Selasa, September 16, 2008

Sept 16 8:30 pagi: Gaduh skit pasal sumpah ... Masih tubuh kerajaan.


Dah mula bertambah orang. Tapi apa pasal macam tourist saja. Highway depan ni pun jam. Padan susah pengikut Anwar tak datang lagi. Ada ke angkat sumpah.

Tetetet tetetet tetetet ... bunyi lagi talipon.

Hello. Ah ... okay ... korek korek ... ah ... korek korek korek ... thats right ... okay okay ... but but but .... okay ... korek korek ....no problem ... you sort your problem ... off course ... the people want to know about the new prime minister.

Rupanya problem. Anwar buang air lama sangat. Bila nak bertolak, Nik Aziz talipon tanya macam mana Anwar akan angkat sumpah? Dia jawab macam biasalah, pegang Quran dan sebut Wallahi Wabillahi Watallahi.

Nik Aziz kata tak boleh, tak sah, macam orang Kristian. Anwar tanya macam mana nak sumpah?

Haji Hadi terdengar dan sampuk, tak boleh benar bersumpah? Sumpah hanya lepas mahkamah. Atau urusan suami isteri.

Anwar cakap ini bukan buat salah tapi sumpah nak jadi PM.

Sivarasa kata jangan sumpah macam begitu. Nanti sumpah Saiful jadi sah. Kes liwat Anwar akan jadi susah.

Lim Kit Siang sedar dari lelap. Dia kata tak boleh sumpah cara ugama dan guna bahasa jawi. Ini bukan negara Islam dan negara Melayu tapi sekular dan negara Malaysian Malaysia.

Dah Haji Hadi berkelahi pulak pasal orang Islam mesti ikut cara Islam ...

Anwar hanya kata tak apa kita mesti cari jalan. Tetap tubuh kerajaan September 16hb.

Dia akan menalipon Sheikh Qardawi, Sheikh Tantawi, Sheikh Al Kohholi, Muqrinin Al Janburi, Mukhallafasi Al Qubasi dan beberapa ulamak dari negara-negara Egypt, Saudi Arabia, Jordan, Syria, Maghribi, dan lain-lain yang bunyi macam hebat. Betul ke Anwar ni? Entah-entah nama Arab itu dia main taram atau tokeh kelab belly dancing.

Sementara itu, Azmin akan dapat pengesahan dari Wolfowitz untuk bertanya dengan ulamak Israel. Juga US State Department mengenai cara bersumpah mengikut Masyarakat Madani.

Kena tunggu tengahhari.

Husin dah mengantuk ... akan lapor balik pukul 12:30 tenaghari. Banyak masa lagi. September 16 haribulan habis pukul 12 malam. ... zzzzzz ....

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah ! Percepatkanlah peralihan kuasa ini ,amin ya rabbal alamin.

bZz berkata...

Ya Allah, perkenankanlah doa Anon di atas.

Kesian Tuan Husin tunggu lama-lama...

Tanpa Nama berkata...

Kah!kah!kah! Kesian betoi MP2 Pakatan rakyat & rakyat yg menyokong Anuar. Dia orang bukan calang-calang ramai yg berpengalaman dlm politik, berpelajaran tinggi- doktor/engineer/ akauntan....boleh jugak kono tipu dek Anuar. Bisik Anuar , " keh!keh! ramai boto yg termakan gula2 aku" Woi, takan sampai sekarang tak kenal siapa tu Anuar.

aemanweirdo berkata...

sin..sin..huargh...
ako da ngattok sgt ni...smlm ckp 545...am...hurm..ye laah sin..tunggu je lah..nasib da link ngan blok ako..arap2 berita sampai pd ako ye..huargh...(nak khodo' tido...)

Piggy Singh berkata...

Ya Tuan Husin,

Dah keluar tiga entri tapi 16 September masih tak menjadi. Amat menyeksakan diri. Bukan ape, wa nak confirm je kot-kot esok boleh isi minyak murah.

Tapi lu Sin main-main sama wa punya perasaan dan harapan, dari lepas sahur wa tunggu sampai sekarang.

Sin, jangan la pula lu jadi sama macam Nuar, penipu besar dan kaki auta.

Tanpa Nama berkata...

cayalah engko sin, veri-veri update pasai ini angkat sumpah !!! Saya baru dapat berita Nuar lari ke kedutaan Turki. Kali ni entah apa pasai.

Zubli Zainordin berkata...

Saya sulah ini pakai baju Melayu suit hitam.

Songkok you ada extra ka?

Kalau saya pakai itu tarbus merah okay ka?

Saya sulah siap.

Lepas dia belak, selesai, kasi tet tet tet sama saya aaa, ini depan istana saya sulah tunggu...

Jamal Pak Tongkol berkata...

dasat anwar ... pemimpin dunia. siap dapat fatwa dari rabbi di israel dan ulamak sekular amerika.

kah kah kah ... psiko psiko sin.

Mankanan berkata...

Setuju dengan artikel kau Sin.. Memang tepat dan padat.. Agaknya itulah cerita yang berlaku di dalam Pakatan kan? Macam mana nak tubuh kerajaan kalau masing-masing tak sependapat yang berlainan fahaman?

sukon berkata...

Hahahahhahahahahhaha.. ko mmg laa husin.. sampai kerja aku tak siap hari nie.. lawak weiiiii... lawak gilerk.. kakakakakakakakkakakka

Poning Palo berkata...

Nama gus dor tiada dlm senarai ke?