Khamis, Ogos 14, 2008

Mestilah Orang Pahang ...


Baru-baru ini, Husin diberitahu Sultan Pahang telah memanggil 1,000 orang pemimpin-pemimpin UMNO Pahang ke istana.

Kawan yang beritahu tidak sedap hati, tetapi malam-malam kawan itu membetulkan syaknya. Dia kata tidak ada apa-apa hanya Tuanku menyampaikan pesanan dan kerisauan hatinya.

Tuanku memang seorang Sultan yang berjiwa besar dan sentiasa prihatin mengenal hal ehwal rakyat dan keamanan dan kesejahteraan negara.

Tersebut besarnya jiwa Tuanku Sultan Pahang, perlu sedar Pahang adalah negeri yang terbesar di Semenanjung.

Sungai Pahang adalah sungai yang paling panjang di Semanjung. Gunung Tahan di Taman Negara ikut Jerantut merupakan Gunung tertinggi dan Taman Rimba terbesar di Semanjung.

Pada orang Pahang, serba serbi mengenai negeri Pahang itu terbesar.

Bertambahlah, apabila penyanyi jelita suara buluh perindu, Siti Nurhaliza orang Pahang. Punya banyak dia menang anugerah, pasti dia mempunyai almari trofi yang terbesar di Semenanjung. Rasmi orang Pahang ...

Orang Pahang tidak boleh dipuji. Kalau dipuji, mereka akan jawab, "Mestilah orang Pahang ..."

Masa bujang dahulu, Husin ada seorang rakan dari Pahang. Begitulah dia, sikit-sikit "Mestilah orang Pahang ..."

Satu masa dia ajak kami, bujang-bujang ke rumah ibubapanya di kampung semasa musim buah-buahan. Rumahnya rumah Pahang lama yang begitu besar. Apabila dipuji rumahnya besar, dia jawab, "Mestilah orang Pahang ..."

Lepas dapat bonus tahunan, member ini sudah beli kereta. Keretanya terlalu besar untuk orang bujang. Apabila dipuji keretnya besar, dijawab, "Mestilah orang Pahang ..."

Dalam kami bujang-bujang bersukaria selalu ke Kalabul Malami, kawan ini terjatuh cinta dengan hostes, Imah yang selalu mendampingi kami. Walaupun kami kurang sedap dengan pilihannya, tapi kami hormati keputusannya. Rupanya jodohnya untuk kahwin dengan Imah.

Kenduri besarlah dia di kampung. Beberapa pokok kelapa tumbang untuk buat lauk umbut yang dikira makanan kerja kahwin yang special di Pahang. Memang sedap. Bila dipuji kenduri besar dan lauk sedap, dia seperti biasa menjawab, "Mestilah orang Pahang ..."

Malam itu kira malam pengantin. Besoknya kami talipon dan sakat, "Selamat pagi pengantin. Amacam seronok kahwin ..."

"Seronok ...", dia jawab tetapi nadanya tidaklah begitu riang gembira sangat. Biasa-biasa saja.

"Rupanya Imah dah orang Pahang ..."

Eh ... bukan ke Majlis nikah dengan Imah yang kami pergi di Parit Buntar? Husin tak faham masa itu. Woooo ...

22 ulasan:

Unfiltered-Madness berkata...

Tak faham endingnyer...

Tanpa Nama berkata...

tak brapa nak paham la sin...cuba xplain sket...

zeme berkata...

salam,

aha lah..tak faham..macam best jer cerita ni..sambung²..hehehe

wasalam.

Tanpa Nama berkata...

Imah punya dah besar macam negeri Pahang?

Ada orang Pahang tu, bini dia pun Mah, byk botox tapi dari Soromban ...

Tanpa Nama berkata...

ooo...besar sbb bekas org dah kot...baru la ana pahammm....

Tanpa Nama berkata...

mesti si JJ dah rasa dulu.....

Tok Pawi berkata...

Elok juga Imah tu "dah orang Pahang", beranak senang.

R@duan berkata...

ada ada saja usin ni...
tapi terhibur!!
sentiasa ternanti-nanti posting usin...

Hang-Jebat berkata...

nasib baik hamba kain org johor, jawa plak tuh,..

Unfiltered-Madness berkata...

ooooo.... kesian gadis2 pahang

Tanpa Nama berkata...

ahahahah...kui kui kui

baru aku PAHAM.!!

Akar Umbi berkata...

Sin,
Ni patut tag dgn SG18X. Ko main belasah aja, budak2 baru semua melopong jadinya..

Tanpa Nama berkata...

Imah dah orang Pahang? Dengan sapa? Orang Pahang jugak?

Tanpa Nama berkata...

`Imah dah orang Pahang' sama maksudnya dengan `Imah dah kena pahang'...sin sin...aku baru paham

Tanpa Nama berkata...

Propose projek besor telekom sampai kena datang Putra Jaya..mesti ler org Pahang.. -JantanGiler

Canser vs B17 berkata...

Ana tak boleh tahan gelak la dengan ente punya cerita, ana terbayangkan berapa Pahang si Imah tu.

Ente punya unta baka dari baghdad atau dari Pahang, kalau dari Pahang mesti mahal harganya.

essey berkata...

HA AH LA CIN..TAK FAHAM..YANG SULTAN NAK JUMPA TU,,APA CITE NYE..?

Tanpa Nama berkata...

weeiii... tu joke lama le... berdesing koi dengar. gonne nye awok masih ingat joke tu ha.
tak mende. awok dah rodong, koi pun suka baca. lain kali awok buat lak orang negeri.

Tanpa Nama berkata...

Cicit Husin,

Mestilah Orang Pahang...

Kalau tak percaya sila follow lik ini: http://rockybru.blogspot.com/2008/08/18-billion-ringgit-man.html

heheheheh caya lah Husin !!!

Tanpa Nama berkata...

En Husin, Kalau tak silap saya , Imah bukannya dah besar, tapi anunya tu dah besar.

Tanpa Nama berkata...

Sin..tak pe Imah dah Orang Pahang..baru kena dengan Kawan Husin yang Memang Orang Pahang..Ngam kan sama saiz ler tu..kawan Husing nak saiz lain kot...

Kih kih..kih..Husin husin...Wow...

Tanpa Nama berkata...

Kutuk orang Pahang yerr.. Ko singapore boleh mamapuos lah agen KJ macam kau tak tahu!

Bedawi sponsor engko!