Jumaat, September 05, 2008

Bang! Bang! Sembahyang bang!

Husin pergi sembahyang Jumaat di Masjid.

Selesai sembahyang, bergegas pergi jumpa seorang kawan yang katanya ada perkara penting nak beritahu. Dia bawa Husin pergi ke satu pejabat.

Bagai nak gila berjalan, tapi dengan sekelip mata dah sampai ke pejabat itu. Pejabat besar, warna biru muda laut dan sana sini ada mata.

Kami masuk lif yang dalamnya warna biru yang pudar warnya dan macam ada banyak mata memandang.

Sampai ke tingkat 4, kami keluar dan ada satu sidang akhbar nak mula. Semua orang memandang kami macam mata-mata dalam lif. Sidang akhbar bermula tepat pukul 3.

Husin tak berapa dengar apa yang dikata tetapi hanya tiba-tiba terdengar disebut," ... kami dengan ini mengumumkan keluar dari Barisan ... untuk ... Pakatan serentak ...."

Tiba-tiba semua jadi katak-katak hijau besar. Katak-katak ini senyum pada Husin dengan mata yang begitu besar.

Eh apa ni?

Dia orang dah lompat ke? Husin bertanya pada diri.

Tak tentu pasal, Husin jerit kuat-kuat ... "Sial kau Dolah! Sial kau Dolah! Ini semua kau punya pasal. Anak dan menantu kau punya pasal sampai maruah kami dihina. Sial au Dolah. Ini semua kau punya pasal ...!"

Tiba-tiba terasa macam ada tangan mengoyang-goyangkan bahu Husin.

"Bang! Bang! Bangun bang, dah sembahyang"

Eh! Rupanya Husin masih dalam Masjid sembahyang Jumaat dan tertidor masa khutbah. Baru nak qamat.

"Adik abang jerit ke?"

"Ada tadi. Dolah! Dolah! Abang sebut"

"Ye ke?", malunya. Mesti semua orang dengar. Tak apalah. Tak ada orang lompat parti lagi.

30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini dah kira kes berat ini sampaikan mengigau pulak dik bencikan Bodolahwi. Katak takkan lompat tapi ada yang sampai takut buangkan air dalam tempayan sebab takutkan katak melompat masuk air. Katak bukan tak baik tapi kadang kala perlu kalau bertuankan Bodolahwi.
Maruah Melayu lenyap di bumi Melayu disebabkan oleh seorang Melayu bernama Bodolahwi. KKalau dulu Sultan Melayu sampai digulingkan untuk mengembalikan Maruah Melayu inikan zaman moden i Bendahara pulak menghancurkan maruah Melayu dan rakyat pulak sayangkan baginda sultan. Tidak pernah dalam sejarah Melayu kita mempunyai seorangpun Bendahara yang mengadaikan maruah bangsa Melayu sehinggalah hari ini. Semua Bendahara Melayu selama ini diagung-agungkan kehebatannya mempertahankan Maruah dan martabat bangsanya seperti Tun Ali; Tun Perak; Tunku Abd Rahman; Tun Razak; Tun Hussien onn dan Tun Mahathir.
Ampun Tuanku; patik menjunjung kasih merafat sembah ke bawah Tuanku agar dapat melucutkan jawatan memanda Bendahara yang tidak mengenal untung budi rakyat di bawah segala jajahan takluk Tuanku. Ampun Tuanku.



Sepak je Memanda Bendahara Haprak ni

Unfiltered-Madness berkata...

Tak cukup tido ker? hahahaha

Tanpa Nama berkata...

mujoq tak mimpi basah kan Sin? kalau tak, sembahyang kemana, posa kemana..

naya beb...

Tanpa Nama berkata...

Yang aku baca byk kali ayat ni ..`Bagai nak gila berjalan, tapi dengan sekelip mata dah sampai ...'
Sin,
Kau ambil wuduk lagi tak?

Tanpa Nama berkata...

Biar mimpi aje cukup. Tapi mimpi ngeri pemimpin Melayu hari ini memyebabkan kemaruk dan kemelut di setiap benak orang Melayu di Malaysia. manakan tidak lihat sahaja pemimpin kita hari ini.

1. Tun Mahathir - Pemimpin agung Melayu yang dihormati di seluruh dunia khususnya di negara dunia ketiga dan membangun. Tapi di negara sendiri dikeji; dihina dan dipinggiri. Telah terbukti Hebat; Bijak; Petah dan Berwawasan.

2. Paklah - Suka memuja diri; Tak Ambil Tahu; pentingkan diri; takde kerja yang menjadi; dan paling hebat menjahanamkan BN dan Umno serta negara. Dibenci 80% orang Malaysia. Tapi masih mahu jadi PM.

3. Anwar - hebat bercakap tapi belum terbukti. Macam Sultan Mahmud tergilakan Puteri Gunung Ledang asalkan dapat yang mustahil pun dijanjikan. Semua nak disamaratakan. Orang pelik suka ikut pintu belakang hinggakan nak jadi PM pun jalan belakang. Ahirnya Melayu tergadai di dunia.

4. Najib - Kurang bercakap tapi boleh bekerja. Susah sikit dah dicap Buaya. Tapi tak apa yang teruk selalu dianiaya - baik Paklah mahupun Anwar. Tak tau apa dosa selalu terkena. Tapi tak apa dicap buaya asalkan laluannya biasa bukan ikut belakang.

5. Tan Sri Muhyiddin - Sekali bercakap cukup berbisa tapi yang penting bergaya di pentas dunia sebab penuh ilmu di dada. Tak banyak skandal diharapkan mampu memartabatkan semula Melayu.

6. Tan Sri Muhammad Taib - Kalau bercakap bodek belaka tapi bab kerja tak ke mana sebab kekuatan PR sahaja. Suka beri gula-gula tapi kalau lalai di bawa lari Mak Janda. Terlepas tuduhan sebab tak reti bahasa.

7. Khairy Jamaluddin - Terlebih cakap dan terlalu bergaya. Suka buat kerja aniaya sebab nak jadi PM termuda. Agungkan Mat Saleh, bangsa Melayu nak diperkuda.

8. Khir Toyo - Kuat bekerja tapi selalu kena aniaya. Selangor hilang - Karam Singh Walia tak payah kerja - Kena aniaya sebab ditakuti bertanding jawatan Ketua Pemuda. Selepas kalah Selangor semuanya baik hinggakan yang tak baik tak keluar TV3 pun.

Apa nak jadi pada bangsa Melayu generasi akan datang ni. Kalau Malaysia ada juga perkataan MALAY tu. Tapi mungkin juga akan ditukar masa depan mana tau jadi pulak MACINDIA ( Melayu Cina India )Sebab Brader Anwar sedang rancak perjuangkan hak sama rata.

Nasionalis berkata...

Anwar memperjuangkan agenda Lee Kuan Yew dan IMF untuk sama rata dan hapuskan DEB.

Mampus Islam dan Melayu .. Cina dan India ni bukan boleh dikasi betis, peha tak ukup nak diambil.

Apa boleh buat Parti Khinzir Rakyat sanggup bersekongkol dengan PAP Malaysia, DAP. PAS main ikut saja tanpa memikirkan implikasi ... ulart dalam semak bukan ulamak!

Tanpa Nama berkata...

dipetik dari ulasan -rocco-

golongan ini yang mempunyai kecenderungan menyokong Nuar-

a.orang berfikiran pendek (pelupa, emosional & merusuh-tak mampu mengingat nuar dlm jangka 5 ke 20 tahun lepas, siapakah Nuar ini),
b.golongan muda yang tak kenal Nuar (membabi buta menyokong seperti karisma Hitler).
c.beragenda material-(untuk meraih projek dlm hirarki atas kerajaan baru),
d.Beragenda porak poranda (pelabur jahat & orang asing jahat),
e.Pembenci Paklah dan mengambil jalan protes.


Dilema Melayu Global:
Sekarang ini jika memihak kepada UMNO VS PR kedua2nya seolah2 merugikan. Menyokong golongan elit VS menggadai hak diperjuangkan bertahun2?

hafiz berkata...

hahaha lawak la pak husin! salam kunjung! salam ramadhan!

d'Frog Prince berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Sin

Imam hadhari khutbah ke?

Padan kau tertidur?

Aku pun mesti tidur kalau Imam hadhari berucap dalam mana2 majlis.

Pesanan Keramat berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata...

Tumpang lalu,


Jemput Masuk Beras Padu

kamarulzaman ahmad berkata...

sungguh dasyhat mimpi tu, dalam masjid lagi.

tapi tengok lah, kalau jenis mimpi dalam masjid ni menyebelahi DAP maka ostad akan cakap mimpi itu benar. Kalau menyebelahi UMNO maka ostad akan cakap itu adalah syaitan.

itulah antara guideline mimpi dalam masjid.

Panglima Perang Cyber berkata...

Setiap huruf tulisan kita dihisab Allah..

Setiap peluh kita ditanya Allah..

Setiap tugas kita menjadi makmun dalam negara merdeka juga disoal Allah !

Apakah tugas makmum selain mengikut imam ?

Tunggulah sehingga imam keluar dari saf atau anda sendiri yng keluar kerana tidak sukakan imam di depan anda...

Ia dipanggil MUFARAKAH...

salam..

Panglima Perang Cyber

http://penembak-tepat.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Masalah kroni, muncul ketika regim Anwar dalam UMNO. DRB sapu bersih projek Proton, Honda, Intrakota sampai sampah pun dikebas- Alam Flora.

Lepas tu Media TV#, UTUSAN, NST dikontrol Nuar nak jatuhkan Mahathir. Melayu, Cina, India mudah lupa @ ingat nuar dah insaf???

Inilah dulu yg sapu bersih nak cakap pasal kroni!!!

Pasal Racist:
Masalahnya bermula daripada PKR yang terdiri dari orang melayu, menolak hak istimewa yang dipersetujui oleh kaum2 pendatang kepada orang Melayu.

Mereka ini asalnya pokai, miskin dan kini kebanyakkannya menjadi profesional yang dilahirkan melalui DEB.

Kerana politik dan fikiran sempit, tampa memikir nasib sebangsa yang majoritinya miskin, golongan Profesional ini menuduh UMNO rasis. Maka DAP & Hindraf mendapat peluang baik mempersoalkan.

Jika Melayu rasis, dah lama India & Cina tak boleh buka kedai, kilang & sekolah2 rasis mereka. Racism kulit putih membakar orang2 kulit hitam disamakan dgn orang Melayu.

Adalah tidak bertanggung jawab dan bodoh jika Melayu PKR meneruskan kempen yg merugikan diri sendiri dan nasib rakan sebangsa yang masih mundur.

Saya bukan penyokong UMNO, tetapi UMNO melalui Mahathir berjanji pada 2020, masyarakat Malaysia akan lahir. ‘Merit’ adalah ukuran baru, dan racist bukan lagi rujukan dlm kerjaya.

‘Jangan jadi bodoh, memperjuang nasib orang kaya-sedangkan nasib bangsasendiri adalah macai yang hina, kuli dibumi sendiri kepada pandatang yang rasist”

Ikutlah Wawasan 2020-bangsa Malaysia Merit yg tak rasist. sabarlah. PKR jayakan Wawasan 2020 kalau Paklah lembam.

d'Frog Prince berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Pangliam Perang Cyber

Kena faham hukum cybertrooper azalina lesbian.

Nak tunggu apa lagi dari imam. Makmum dah cakap suruh turun. Nak ganti imam baru.

Imam no betul bodolah. Dah sindir, Dah cakap terus terang. Dah dimarahi makmum yg kat belakang.

Nak macam mana baru faham. Tak tahu malu ke. Imam dah nyanyuk atau terlalu bodoh amat sangat.

Imam yang bodoh satu juga. Yg kamu setia kepada lesbian yang melakukan seks luar tabii dan menyokong imam bodoh dan nyanyuk, apa alasan dan hukum kamu pakai?

Fatwa Zahid Hamidi ke?

Husin Lempoyang berkata...

Thomas Mok/Pesanan

Saya tak gemari nada perbincangan yang dibawa, agak berunsur perbalahan serius antara kaum.

Maka saya terpaksa buang perbincangan itu.

Say atidak ada masaalah dgn membicara kan isu antara kaum tetapi ia mesti berupa perbincangan yg tidak menaikkan suhu bilik.

Lagi pun, saya buang khusus kerana tidak ada kena mengena langsung dengan satira ini.

Sila hormati undang-undang rumah ini.

Take your fight somewhere else.

Tanpa Nama berkata...

Biar betul , sampai memberi kesan kat tidur. Sedikit sebanyak telah mengganggu fikiran orang tu.Tapi klu terjadi pada kita memang betul2 menggangu fikiran kita , cuba bayangkan jika ini berlaku, boleh kacau bilau negara dan menjadi huru hara. Hidup aku pun boleh terganggu.

www.muizmisri.com

d'Frog Prince berkata...

tuan rumah, saya minta maaf jika tersalah bahasa.

tapi saya cuma nak jelaskan bahawa bawah kulit, darah sama merah, itu saja.

WAK SAPU berkata...

Husin,

Nanti kita tengok siapa lompat dulu. Yang lompat dulu kita panggey Y.B. JK. Jadi bolehler kita adresskan dia di maklis-majlis rasmi sebagai Y.B. JK (Jeneral Katak)En...... Maka pada 16 September ini seluruh Malaysia akan bergemuruh dengan bunyi Onngggg...Onngggg... Onggggg...

Tanpa Nama berkata...

En. Sin,

Banyak - banyak lah beramal dalam bulan puasa ini. Baut apelah nak menyumpah orang walaupun dalam mimpi . Dapat lapar je sampai ke petang...........kesian

Tanpa Nama berkata...

Thomas Mok,

darah katak pun merah juga, darah lembu pun sama.

Nanti beruk pun tau berpolitik.

d'Frog Prince berkata...

beruk tak tau lah, tapi Kera Jantan tau lah.

kalau katak pandai berpolitik, biarlah dia berpolitik. kalau beruk pun lagi arif dari yang mengaku ahli, lagi baik ikut beruk, dari musnah terus.

menang sorak, kampung tergadai, tak ada gunanya. orang2 malaysia berbalah, yang untung, negara jiran yang dapat pelaburan..

Tanpa Nama berkata...

Berita terkini. Segerombolan katak-katak khas telah ditawarkan program melawat sambil belajar bertapa di bawah tampurung ke luar negeri. Gerombolan itu di ketuai oleh bung Puru mewakili sekelian katak tropika. Pengajian penghususan ialah bidang belajar merayap dan tidak lagi melompat. Ia dianjurkan oleh datuk KodokLAH.

8 hari je tinggal.... agaknya kekatak ni boleh PAS pengajian ke ?

Tanpa Nama berkata...

Husin dengan pak lah sama saja..

tidor dalam majlis..

Tanpa Nama berkata...

Tu la Sin,

Ko asyik cakap Dollah tido Dollah tido sekarang ko pun dah kena kenan dia..hu hu

Tanpa Nama berkata...

Kalau Anwar itu rakyat singapura dan bercakap maacam itu pasti lee kuan yew dah cekup dan masukkan dia dalam jail yg tidak diketahui oleh masyarakat.
Nak masuk dewan parlimen dah masuk pun, lepas itu nak jatuhkan negara..lepas itu nanti semua kuncu-kuncu Amerika masuk malaysia habis di jajahi merata tempat ..malah nanti di panggil Malaysia tempat Pengganas bersembunyi..

Lagu Raya 2008 berkata...

download lagu raya di
http://laguhariraya2008.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Puasa baru berapa hari dah sibuk nak lagu raya ....