Sejak diketahui tengkorak Pak Aab kosong pada bulan tiga tetapi ada dijumpai tumor yang ada cell otak, Jenah selalu risaukan Pak Aab.
Walaupun Pak Aab masih manusia, takut benar dia sesuatu yang tidak disangka akan berlaku pada suami tersayang. Malu satu kagi cerita.
Buat masa ini, dia tidak ada masaalah lagi. Pegawai di pejabat sudah diberitahu supaya jangan ambil lagi gambar atau video dia terlena sekejap dalam Mesyuarat atau Majlis. Nampak seolah-olah dia sudah sihat.
Namun Jenah sentiasa tidak senang.
Dia sudah dibertahu Dr R Azman, cell otak dalam tumour itu hanya boleh bertahan selama 10 minit. Selepas itu, dia tidak berfungsi dan perlu rehat.
Anak menantu sudah ajar dia. Dalam meeting, lebihkan orang lain bercakap dan dia hanya memberi pendapat dalam 10 minit pertama. Jadi orang lain tidak perasan, dia tidak berfikir. Kadang-kadang terjatuh lena juga. Tak apa asal tak ada orang ambil gambar.
Sejak kempen promosi produk di bandar Penatang Peruh baru-baru, keadaan Pak Aab sudah balik merunsingkan Jenah.
Katanya ada masaalah dengan salesman Mat Semail yang tersalah cakap semasa kempem promosi barangan. Sampai lani, tidak tahu siapa yang betul. Penulis iklan atau salesman.
General Manager, Koh dan Manager si-Cina Chia percaya penulis iklan dan tuduh salesman tipu pada 25hb lepas.
Sales team marah lah. Mula-mula budak siam, Keprak PePRaT cakap berhenti tuduh-tuduh dan ambil peluang dari kesederhanaan Pak Aab.
Tapi Koh dan Chia diam-diam suruh kawan dia dari syarikat lain, Lau buat polis repot. Sorang lagi Manager Fong pulak suruh lokap si Mat Semail. Lepas tu bisinglah macam-macam orang nak bercakap.
Malas panjang cerita, suruh Jip mintak maaf. Ini membuat salesmen-salesmen lain nak marah. Apa babitkan semua orang. Biar Mail soranglah.
Pak Aab mula-mula kata hari Sabtu Mail tidak bermaksud dengan apa yang dikatakan. Kemudian bila ditekan-tekan, dia suruh Mat Semail jelaskan tuduhan.
Tapi Mat Semail ni tegas, Dia kata dia tak salah dan orang-orang ni saja bising tak tentu pasal. Hanya perkara kecil. Kawan-kawan dia sokong. Cerita pun jadi panjang.
Pak Aab ingatkan semua jangan kecoh dan berhenti gaduh. Dia kemudian kata penulsi iklan salah buat iklan. Tapi bila terus ditekan ramai Cina-Cina iklan ni, rasanya Pak Aab yang suruh si Ajip kata kawan-kawan salesmen tak patut sokong Mail. Pak Aab suruh Mat Semail jelas lagi.
Tak kan Semail nak ubah-ubah pendirian?
Pak Aab pulak kata dia akan bersikap tegas. Cina-cina iklan bising dalam mesyuarat suruh hukum Semail. Dah Pak Aab kata nak hukum Semail. Salesmen salesmen menunggu apa nak berlaku. Kalau dihukum, memang mengaruk mereka. Siap-siap Pak Aab akan dibuang kerja ramai-ramai.
Mendengar menantu beritahu padanya keadaan di pejabat, Jenah dah faham. Dia tahu ada tak kena dengan Pak Aab bila dia berubah-ubah. Ini mesti lidah dia tak boleh duduk diam melompat-lompat dalam mulut nak flip flop. Sebab lidah flip flop lah Jenah dah lama tak dapat ...
Pak Aab tidak boleh diberi tekanan begitu. Besok kena di bawa Pak Aab ke hospital.
--------------------------------
Besoknya sesampai ke hospital, Dr R Azman suruh jumpa Specialist Mulut, Dr Sivarasa.
Dr Siva suruh Pak Aab duduk dan dia kata, "Buka mulut lebar-lebar. Doktor nak tengok dalam."
Pak Aab diam saja.
"Bukak Pak Aab ... Ahhh"
Masih dia berdiam tak mahu bukak mulut.
Jenah pun pujuk, "Kenapa bang? Jangan risaulah, bang. Doktor nak tolong. Kasilah dia periksa."
Mendengar pujuk rayu Jenah, layulah Pak Aab. "Tolong rahsia jangan sampai orang tahu."
"Baiklah. Bukak lebar-lebar dan besar-besar mulut. Saya nak tengok dalam-dalam."
Selepas di belek-belek, doktor terkejut. Dia berdiri dan diam.
Jenah terkejut dan bertanya, "Kenapa doktor?"
"Puan, maaf puan. Suami tuan lidah dia banyak pelik"
"Apa tu?"
"Lidah dia forked tongue!"
Jenah pergi melihat mulut Pak Aab yang terbuka luas. Terkejut dia. Padan dia berubah-ubah pendirian, rupa-rupanya dia lidah bercabang.
"Abang kena undur bang. Dah tak boleh buat kerja tu lagi," kata Jebah.
Tiba-tiba semuanya menjadi gelap dan Jenah rebah pengsan ...
15 ulasan:
Salesmen Mat Semail dah kena gantung bekerja selama 3 tahun.
Kesian dia.
Mana nak cari duit kasi makan anak isteri?
Sin, ini betul-betul kau. Bukan lidah bercabang dua macam ular tapi garpu bercabang lima. Sebenarnya isunya tidak besar tapi diperbesar-besarkan oleh media. Media berbahasa Cina khasnya perlu dipantau sebab terlalu sering memutarbelitkan isu perkauman. Semasa PRU 12, media Cina lebih banyak memainkan isu-isu sensitif dan negatif yang melanyak kerajaan saban hari. Apakah di KDN tiada lagi agensi yang memantau terbitan media atau semuanya di ambil alih oleh budak hingusan di tingkat 4.
Kenapa rakyat kita menjadi emosional tahap nazak kebelakangan ini, saya rasa faktor utama adalah kesusahan mencari makan/soruuuk. Ahli politik juga patut lebih sensitif bila membuat kenyataan baik di media atau di khalayak ramai.
Sejak kebelakangan ini di dapati telah terserap politik Radikal dalam suasana iklim politik Malaysia yang jelas menunjukkan sikap keterbukaan melulu oleh Pak ABB yang terbukti bendulnya. Kalau tetamu yang disuruh keluar dari rumah dengan terhormat tidak diendahkan maka jalan yang nekad adalah halau dengan penyapu. Bab ini kena suruh Dr pakar iaitu Dr Khir Toyo yang pernah buat kat Selangor. Sapu dan buang semua sampah haprak secepat mungkin.
Hebat cerita kau lempoyang oi. Kenapa AAB tak lantik kau sebagai penasihat. Rasanya Semail n geng keluar beramai-ramai dari khemah Badawi tak lama lagi. Bukan ada faedah lagi yang depa dapat dok dalam khemah tu lagi. Tauke Rocket dah bawa ke bulan. pandang aja le.
Hebat cerita kau lempoyang oi. Kenapa AAB tak lantik kau sebagai penasihat. Rasanya Semail n geng keluar beramai-ramai dari khemah Badawi tak lama lagi. Bukan ada faedah lagi yang depa dapat dok dalam khemah tu lagi. Tauke Rocket dah bawa ke bulan. pandang aja le.
Husin Lempoyang.
Lidah begini yang seronok dua orang. Yang seksa dan sengsara, 27 juta orang.
Hahahahaha...
BRAVO!Berabuk..ait silap plak...xpe mat ismail...org perjuangan isu gantung ni biasalah... salutela pada mat sbb nmpk die je berani...yg lain seme kantoi...dlm keadaan kalut begini masih flip-flop.....teruskan p erjuangan mat... isu ke cil be gini Dollah tak le nak selesai ...nampaknya zamanse karg zaman umno k ena dengar dan ikut ca kap parti keling dan c ina....pertimbangan yg saksama dah lenyap....
Sin, dalam cerita itu, Jenah selama ini tak tahu ke Pak Aab lidah bercabang..
Jenah kan boleh tahan pakar dan berpengalaman...main satu lidah dengan main dua lidah atau yang bercabang kan ada beza..ada rasa..
atau Jenah tak pernah kena main...
Kalau asyik main nyorok nyorok saban malam, saban siang..boringlah sin, asyik tak dapat je..
Aku ingatkan Pak Aab yang selama ini asyik terlentuk bila bermesyuaat, letih sebab kuat main, rupanya tidak..
Unta kau mungkin lebih bernasib baik sin..
Sin,
Kau buat satu artikel ttg "Paklah Kena Turun Segera"..aku yang jenis hardcore sokong BN pun dah naik meluat tengok muka dia, klu dengar suara dia di radio, aku tutup radio, klu aku nampak muka di kat tv, aku tukar channel lain...
tak boleh tahan la sin..do something more aggresif to ask him to step down asap la sin..dia ni aku nampak dah lost control dan tak bermaya lg nak jlnkan tugas sbg PM..
Wak Karman
husin,
hang selalu buat aku tersenyum sorang-sorang bila baca posting hang..terima kasih bebanyak..LAH memang tarak otak punya orang..
Wak Karman
Kau ingat cerita Husin mengenai pertandingan samurai?
Kalau siapa kasi kerat empat anu si Dolah, dia sure keliling Putrajaya dan atuk kepala kat dinding berkali-kali dan resign!!!!
Kepada Saudara Husin Lempoyan,
Ada dinasihati supaya tidak menulis aktikel yang menghina AAB. Kau kena tahu yang ujud kan putra jaya , cyberjaya , pudu raya, petaling jaya ...ada lah tak lain perdana menteri ABB, jadi kita kena berasa banga kerana mendapat perdana menteri yang
mempunyai wang-wang insan 2020.
Pimpinana nya tak boleh di banding dengan pimpinan TUn. Yang menjadi negara maju adalah ABB. jadi kita kena calon dia jai PM seumur hidup...
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16898&Itemid=1
Jam Malaysia berdetik Perlahan-lahan ke 16 September!
---------------------------------
Tick, Tock! Tick, Tock! Tick Tock!
Sementara tu alatganti tambahan dan batteri masih belum mencukupi, jika berhenti.
Ada yang cuba percepatkan masanya 15 minit, ada yang nak 30 minit.
Tak ada sesiapa pun yang mengerakan ia ke belakang. Hairannya aku?
bersambung di http://patek1472.wordpress.com
Aku dah fed-up bagai nak giler dengan keputusan Abdullah ni.
Maruah UMNO tercemar. Penghormatan dari ahli2 BN yang lain hilng.
Zero kepandaian dan kebijaksanaan menangani isu Ahmad Ismail.
Ini nama baru untuknya ... Abdullah "Amat Bahalol"
Doa saya agar tidak ada orang akan sokong kerajaan LOMPAT tajaan PM in waiting @ Mat Jenin Anwar Ibrahim.
bukan dengki dgn dia tapi saya rasa biarlah kekalkan siapa yang mendapat majoriti..
Bayangkan diasak bertubi2 oleh Tun Mahathir dan Anwar serta pembangkang pun, Pak Lah masih dapat lagi majoriti.
Tak hebat ke tu ??? sedangkan Anwar dilepaskan pun time Pak Lah jadi PM !
Sedangkan Mahathir habis kata kata kutuk Pak Lah...tapi rakyat tetap sokong lagi BN bawah Pak Lah..
Fikirlah ....
Lagi bagus jika ada orang yang dok ganggu Pak Lah sekarang ini tak mampu lagi mengacau.
Bagaimana cara tu kerja Allah lah...
salam semua.
Kebenaran akan datang. kebatilan akan pergi.
Penulis Cyber
http://beritamalaysiakini.wordpress.com
Catat Ulasan