Khamis, September 11, 2008

Kalau jumpa ular di Isketambola, kasi tebas lalang dulu


Apa kamu cakap dan suka?

Telinga Husin kurang dengar. Cakap itu kuat sedikit, Zahid ... opps Yang Berhormat Dato Dr Ahmad Zahid bin Hamidi . Orang cerdik ada Doktor. Mesti kasi respek.

Dipetik dari Utusan Malaysia hari ini:

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta ahli parti supaya tidak memandang sinis atau memperlekehkan keputusan itu (keputusan Dr Mahathir untuk kembali ke UMNO).

Katanya, apa yang berlaku sebelum ini umpama 'merajuk pada yang sayang' iaitu merajuk yang tidak berpanjangan.

"Sepedas mana pun pandangan beliau kepada UMNO sebelum ini, ia sebenarnya pandangan yang ikhlas.

"Pendapat Dr. Mahathir sebagai bekas presiden parti tentu lebih bernilai dan mempunyai kredibiliti jika beliau berada dalam UMNO," katanya.

Yang Husin dengar, kau cakap lain.

Hi ... YB! YB!

Jowo ini tak mudah lupa.

Dari Musa Hitam, kemudian ke Najib.

Husin dengar dia cakap, "Aku sayang orang tua tu" merujuk kepada Dr Mahathir. Kemudian mengata "orang tua" tu kerana ikut cakap Anwar Ibrahim.

Anwar kena tangkap. Dia balik sokong Dr Mahathir. Belakang-belakang pergi Indonesia jumpa budak-budak reformasi.

Habis Anwar, pergi ke Najib.

Naik Menteri hasil bodek Dolah Amat Bahalol. Sambil itu, ikut cai Najib untuk Naib Presiden tetapi masih bersekongkol sokong Dolah.

Jangan hairan, kalau sekarang dah mula jengok-jengok ke Langgak Golf.

Ini juadah buka puasa mu ... .... nnnaaaahhhhhh!!!!!



Banyak lalang jadi semak
Baik-baik ular dan ulat bulu
Kalau jumpa ular dalam semak
Di Isketambola bunuh lalang dulu

Wow! Jual lalang tak laku. Kalau nak tebas, dulukan lalang yang pakai songkok.

13 ulasan:

Nasionalis berkata...

Zahid ni bakal pencen muda.

Boleh bawak motor tiap2 hari .

Tanpa Nama berkata...

Aku nak belajar bodek dengan pakar si-Zahid ni. Boleh hidup pada segala keadaan. Tetapi ingat2 balik aku tak boleh lakukan kerana....yang membezakan aku dengan si-Zahid ni adalah...aku ada sifat malu, takut apa kawan2 atau pun saudara mara katakan...

Gelombang Rakyat berkata...

Husin Lempoyang,

Apanama?

Cecair bunuh lalang itu?

Kasi jauh unta dari meminumnya.

Rugi you tak pee Taiwan. Macam-macam peluang ada...

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Husin Lempoyang berkata...

Husin kenal nic2 ini.

Dia orang yang akan menikmati hasil kilang RM100 juta di sepang yg dibina terasa kok.

BUkan nak bincang tapi suka cari pasal dan provok isu perkauman kasi marah melayu.

Patut kerja dengan sin chew jit poh dan kosoookun.

yiemega berkata...

tuan husin,

Ana suka dengan corak penceritaan ni,

Anyway biasalah kalau orang dah rasa tergugat 'makan rumput' pun dia sanggup...

p:s Jaga unta sekandang lebih senang dari jaga Pak Lah seorang...

http://www.suaragenerasimuda.com

perfectwater75 berkata...

Salam Husin!

memang betul la ko cakap lebih baik jual orang dari jual unta...
Zahid sebenarnya dok kelam kabut la ni nak pi ke mana...

teringin la kalau ko tolong pautkan blog teman ni dalam blog mike...

http://perfectwater75.blogspot.com

thanks Husin

Tanpa Nama berkata...

"Apa bejadah kau berdua masuk luar topik.?Why provoking the Malays u retarded! Do both of u suffered from kind of inferiority complex? Or both of u instigators to create choas?"

penjual kasut cara traditional juga merungut, penjual kedai letrik, peraih ikan, dsb.

orang pergi Hypermart Jusco, Mydin

"to create choas? & goreng2" Nasib Pencacai dah tak laku lagi. zaman dulu2 oranng mcm ni kaya raya2. sekarang masuk tong sampah & dlm lipatan sejarah.

DiNO-JPB berkata...

Apa juadah yang kau bagi tu..boleh ke dia telan....

Sin kau rasa mp's yang gi taiwan rasa-rasa balik nanti gemuk-gemuk tak macm project RM100 juta kat sepang.

Tanpa Nama berkata...

Zahid nie mmg lalang yang paling fleksibel sekali.. aku ingat lagi masa tahun 2003 dia buat thesis PHD dia dalam Komunikasi Massa.. dia minta aku arrange supaya dia boleh interview Tun Mahathir. Masa tu dia cakap kat aku yang dia bercadang nak buat thesis tentang Mahathir dan Media.

Pastu masa dapat jadi menteri penuh.. dia menggelabah kutuk tun mahathir.. aku meluat tgk orang macam nie.. patut laa tun mahathir tak layan dia langsung! mmg orang tua tue kenal perangai buruk zahid nie..

aku pikir laa.. entah berapa ramai yang dia upah buat thesis phd dia tue... Allahuallam!

Tanpa Nama berkata...

tosongih-songih, kat belakang Najib (membodek)