Khamis, September 25, 2008

Kalimullah mintak maaf dengan Husin Lempoyang?


Husin dapat kad e-mel raya dari ecmlibra.

Jangan main-main, yang memberi ucapan dan memohon maaf zahir dan batin termasuk pengurusan.

Mengikut Akta Syarikat dan M&A Syarikat, Lembaga Pengarah Syarikat adalah mengetuai pengurusan Syarikat. Pengerusi ECM Libra Financial Group bukan kecik anak. Dato Seri Kalimullah bin Masheerul Hassan.

Dia mintak maaf dengan Husin. Kalimullah tekun kerja, tak peduli orang.

Sampai Dr Mahathir marah hingga panggil dia Hindu God Muslim Priest, Kali-Mulah. Tak ambik endah pun dia. Rocky panggil dia Kali, pasal macam bunyi Kalimuttu. Dia tak ambik endah, biar mahkamah tentukan siapa yang betul. Ada panggil dia Riong Kali. Tak tak ... tak ambil endah dia, Tekun dengan tanggungjawabnya. Satu masa dulu, orang sibuk pasal katun. Takpe dia tak peduli pun.

Orang kata dia sebahagian dari KKKK dan kini dah jadi JKKK. Bagus tu Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung. Bagus tu.

Dia sibuk kerja main "gasing". Orang pun pejenis happy happy. Dia suka tolong orang. Masa muda dia budak tabligh. Pak dia orang tabligh Pakistan, Masyu'lah Hasan. Maaf tak pandai sebut Masheerul Hassan.

Apa dosa dia nak mintak maaf kat Husin? Haaa ... Ada benda dia ambik dari Husin? Benda yang tahu, Husin maafkan. Kalau banyak , pulangkan ye.

Cuma yang jadi seghiau, dia mintak maaf batin. Naik bulu roma tengkok Husin. Apa dosa batin batin ni.

Wow! Husin mintak maaf sepanjang tahun. Tapi orang tak baik, baik jual.

11 ulasan:

Unfiltered-Madness berkata...

dosa batin? musykil

Gelombang Rakyat berkata...

Nak tunggu Husin Lempoyang dapat dak kad dari PM...

Emptynest berkata...

Just wonder if you are a working man?

Tanpa Nama berkata...

Dio mintak maap pasal lopeh ni dia nak lotak kau kek kamunting bro ..jangan kau percayo rincheh ni ...lagi torok dari polosit kek belukar tu hah ..kelaku orang macam budak ado darah koling ni memang susah nak baco ..anak orang karkun konon ....paklah tu pun anak cucu orang alim jugak ...apolak perangai dollah ni lagi torok dari iblis ...kau sendiri pikirlah bos ...


"WARIEH"

Tanpa Nama berkata...

ini haji lebai misai kontot. saya taknak beli sin.. bawak sial! sial dia dah melekat kat muka dolah.

Quantum Metal Consultant berkata...

Kemaafan, dendam yang indah..

Tanpa Nama berkata...

Husin,
Kali dah sedar tu tentang kejahatannya kepada orang Malaysia.
Bila orang minta maaf kita kena maaf jika tidak kita berdosa. harap-harap Kali benar-benar insaf atas kegasingannya memutarbelit fakta, sokongan kepada PM semata-mata untuk kepentingan diri. dulu dia sokong Tan Sri Sanusi Junid bila Sanusi pegang jawatan MB Kedah. kali minta macam-macam atas nama syarikat samudera biru tapi sanusi pandai "tendang" dia keluar.

perfectwater75 berkata...

Salam!

dapat maklumat terbaru perhimpunan agong kena tangguh lagi...

tuan blh confirm ke?

Tanpa Nama berkata...

maafkan je ar bang husin...mungkin ada dosa yang dah bang buat tapi tak sedar. hari baik bulan baik ne kena bermaafan....maaf batin tu bukan pasal "TUT" jek weh...luas skopnya....

Tanpa Nama berkata...

Adapun Maaf Batin itu sebenarnya berkaitan ia dengan hati atau sesuatu yang batil atau tersembunyi, Mmg bnyak yang tahu akan kalimah Maaf Zahir dan Batin , diminta maafkan Perlakuan Jasmani dan Rohani, terpulanglah akan keihklasan sesorang itu , tp kekdang tu husin baru hari mintak maaf dah esok lusa dia penaya balik kawan dia....

wanbaki berkata...

sin...
suruh dia mintak maaf seluroh rakyat isketam bola dekat isketam batu sin..
kalau tak kau jual dia...
ha ha ha....
1/4 (suku) darham....