Jumaat, September 05, 2008

Lompat! Lompat! Lompat lah Katak? Akhirnya ...

Heee Heeee Heee ... Berdayu-dayu bunyi Bomoh kaki auta mengenakan sumpah untuk menjadikan mereka-mereka katak. Tapi ini mesti bomoh Do Re Mi.

Macam mana ada nak pakai SMS minta merayu-rayu suruh tukarkan diri jadi Katak.

Ikut Tok Do Re Mi. Sudah pasti berlaku September 16hb banyaklah katak. Ikut skrip, hari ini seberang sana umum jadi katak. Besok semua yang akan jadi katak melompat keluar tempurong. Kata dah ada lebih 40. Sampai jumlah 43 ekor katak.

Tiba-tiba dah bunyi jadi dua pulak katak keluar tempurong? Kata sebenarnya katak Melayu tinggalkan tempurong satu lagi.

Sekarang tak ada katak sana keluar pun. Orang sana dah fed-up hingga menyampah dan malas nak janji.

Tok Sadiq nafi.

Tapi apa pasal pergi ke seberang? Ohhh ... tak. Dia tak gabra. Cuma memastikan projek-projek pembangunan tempurung disegerakan.

Hairan pulak. Ada beritahu katak-katak bercuti dari 7 hari bulan ke 19 haribulan ... musafir. Kerana Allah. Adakah ini taktik sama masukkan katak dalam kolong juga?

Di negeri monsoon drain, lompat juga jadinya. Apa? Tok Do Re Mi dapat katak-katak? Hehehe ... Nanti dulu. Siapa yang anjurkan cuti tu?

Dunia, dunia ... tidak ada yang pasti.

Kata orang tua-tua, orang yang terlalu asyikkan sesuatu selalunya akhir melepas. Baik yang hendak sangat benda tu, atau yang beriya-iya nak pertahankan walaupun tak ada kebolehan.

Yang pasti, Tok Sadiq dah patut dijual dari semalam lagi ...

Wow! Untung jual orang dari jual unta. Akhirnya Cina berniaga juga yang makan katak.

11 ulasan:

Nasionalis berkata...

Aku rasa katak-katak ni konfius baca apa kau tulis, sin.

Akhirnya Dolah kekal PM dan entah apa nak jadi PRU13.

Tanpa Nama berkata...

bulan2 puasa ni org tak mau pikiaq pasai politik sin ooi..letih otak.

Tanpa Nama berkata...

Lebih baik kita tunggu 10 September 2008....

huhu

Tanpa Nama berkata...

Woi !!! Katak, katak jugak. Mereka pun golongan haiwan jugak. Pandai berposa jugak. Sebenarnya gerakan melompat-melompat nie meletihkan jasmani di bulan Ramadhan...

Tanpa Nama berkata...

Tak salah kalau katak melompat daripada bertuankan KEPALA Bahalolah. Sebenarnya Malaysia sepatutnya gembira apabila harga minyak mentah mencecah harga USD147.50 setong kerana kita merupakan pengeksport bersih minyak mentah. Cuba lihat darimana negara mendapatkan hasil pendapatan - sebahagian besar dari hasil minyak. Sebagai negara pengeksport komoditi yang pelbagai kita memperolehi pendapatan yang lumayan dari pelbagai eksport negara.
Bila harga minyak turun ke paras USD110setong harga CPO jatuh dari RM4,470setan ke kurang dari RM2,500 setan. Lihatlah betapa banyak negara rugi dari segi keuntungan pendapatan.
Masalahnya adalah Kelembapan Pakar Punahsihat ekonomi negara; Menteri Kabinet yang Half Past Six dan paling teruk Tuan Katak Bodohlahwi yang tak tau langsung apa yang dia nak buat atau telah buat. Mampuih lah kau rakyat Malaysia. Keluar buat demo lagi kau.

Tanpa Nama berkata...

Katak tak katak...janji sikit hari merdeka!!!

Sape nak jadi pembangkang tinggal la dalam BN.

Tanpa Nama berkata...

macam-macam binatang ada.. ada katak.. ada BABI... ada kucing... tapi dollah ni menatang jenis apa pulak ye.. tak paham2 bahasa

Tanpa Nama berkata...

Baik UMNO memerintah atau PKR/PAS memerintah, yang untung taukeh Cina jugak.

Katak2 ni akan dibiayai oleh taukeh2 Cina dan akhirnya mereka yang dapat untung dari projek2.

Yang mula2 berjuang lama2 ikut jadi broker Cina.

Bawah UMNO, hak tak terhakis. Ada can untuk diperbaiki dan ditukar kepimpinan.

Tapi bawah Anwar, hak dah terhakis dan tak kan dapat kembali.

Budak2 muda yg sokong Anwar, anak cucu mereka akan dihambakan Cina, Amerika dan Yahudi.

Sebelum nak kasi peluang kepada Anwar fikirkan. Apa dia nak rancang utk Melayu?

Tanpa Nama berkata...

Katak-katak yang 30 tu, eh!... yang 40 tu, eh!... yang 43 tu tak jadi melompat kot sebab diorang tak jadi katak pun. Pendek kata jampi serapah Anwar untuk sumpah mereka jadi katak tak menjadi. Mereka tetap manusia. Macam mana nak jadi? Anwar hanya bermimpi je..

d'Frog Prince berkata...

saya nak tanya, kenapa MP tak boleh lompat? kalau lompat dituduh tidak mengikut kehendak rakyat. yang sebetulnya, semasa mengundi, semua MP BN menang 100% kah? setahu saya, kebanyakkannya menang tipis sahaja, lebih sedikit dari 50%, jadi, kalau tukar belah, mereka masih mewakili rakyat yang telah mengundi pembangkang sebelum itu. jadi, apa salahnya?

Tanpa Nama berkata...

Sin .....

Tunggulah PRU 13 kalau nak test power. Bukan merayu orang melompat parti. Tak merdeka minda lansung....Demokrasi perlu subur bukan al- kataki. Tak nak ....