Selasa, September 09, 2008

Pak Lah hantar Ahmad Ismail 'retreat' ke mana?

Semalam, 41 orang ahli-ahli Parlimen (AP-AP) Barisan Nasional selamat berlepas ke Taiwan dari Sepang untuk lawatan belajar seminggu.

Yang tak perlu pergi adalah AP-AP veteran dan bekas Menteri, seperti Rafidah Aziz, Tengku Razaleigh, Jamaluddin Jarjis, dan lain-lain.

Dari Sabah yang tidak pergi adalah AP Kimanis, Datuk Anifah Aman (Umno), AP Kalabakan, Datuk Ghapur Salleh (Umno), dan yang tak makan saman dari SAPP - Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepangar) dan Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau).

AP-AP MCA yang tidak pergi pula adalah Chua Tee Yong (Labis) dan Tan Ah Eng (Gelang Patah). Datuk Seri Ong Ka Ting, Datuk Seri Fong Chan Onn dan Lee Chee Leong tidak pergi kerana terlibat dengan pemilihan parti.

Nampaknya mereka yang bakal melompat ke PKR adalah terdiri dari Rafidah Aziz, Jamaluddin Jarjis, Tengku Razaleigh, Ong Ka Ting, dan Fong Chan On. Menteri-menteri yang tidak pergi pun bakal lompat ke PKR. Hehehe ...

September 16, Anwar PM baru lah ...

Dalam kesungguhan mereka, PKR akan kejar AP-AP yang pergi ke Taiwan.

Parti Kiasu Rakyat ini lama-lama boleh jadi PCK ... bukan Phua Chu Kang tapi Parti Cari Katak.

Kalau siapa yang biasa tahu mengenai Taiwan, hmmmm ... syurga dunia dan neraka akhirat. Kira AP-AP yang ke Taiwan sudah pasti dikira covered untuk dapat apa-apa. Adalah taukeh-taukeh PCK bakal sediakan macam-macam ... ahem ahem.

Husin diberitahu orang Permatang Pauh bahawa Anwar kata dalam perjumpaan peribadi bahawa jika dia tidak jadi PM pada September 16hb, keesokan harinya dia akan letak jawatan. Sumpah ... itu yang orang Permatang Pauh beritahu Husin.

Boleh bayang Anwar berkata macam nak turunkan minyak ... "Hari itu tak jadi PM, besok letak jawatan".

By-election lagi ....

Kalau dah tentu ke Taiwan, balik itu singgah-singgahlah untuk lawatan belajar ke Macau. Atau dah dalam perancangan?

Entah siapa yang bayar semua ini?

Ibusawa Corporation yang membiyai pembekal "kain pelikat" dan perbelanjaan kerjaya politik Menteri Penerangan, ke? Kalau begitu, pasti rasuah.

Ini bermakna kerajaan tanggung. Begitulah jadi wakil rakyat, semua beres.

Husin tertanya-tanya, Ahmad Ismail macam mana pula?

MCA, Gerakan dan Sin Chew Jit Poh tengah mengerja Ahmad Ismail macam PKR mengejarkan AP-AP BN. Maka, layaklah dia dihantar keluar negara.

Syurga dunia dan neraka akhirat yang mana satu agaknya?

Wow! Husin hanya mahu buat umrah di Mekah pada bulan puasa.

19 ulasan:

ALI MAIDIN berkata...

Lu ada ini hari ha. Ingatkan pi cari MP sama atau ikut ke taiwan

Nasionalis berkata...

Ahmad Ismail boleh pi Silicon valley dan kemudian ke Las Vegas ...

Tanpa Nama berkata...

"Nampaknya mereka yang bakal melompat ke PKR adalah terdiri dari Rafidah Aziz, Jamaluddin Jarjis, Tengku Razaleigh, Ong Ka Ting, dan Fong Chan On. Menteri-menteri yang tidak pergi pun bakal lompat ke PKR. Hehehe ..."

Lawak pulak bila baca ayat di atas... Dapat bayang tak? Hahaha...

Ahmad Ismail tak perlu dihantar ke mana-mana. Pandai-pandailah dia nak nak hidup. Dia yang cari pasal, Najib back up kan. Sekarang nak hantar dia melancong pulak. Tak perlu semua tu.... Biar dia tempuh apa jua dugaan ke atasnya...

Tanpa Nama berkata...

Hehehe ... mana Ahmad Ismail pergi. Saya sokong Ahmad Ismail!

Baik Parti Khinzir Rakyat atau Phua Chu Kang atau Parti Cari Katak atau Khairy Bin Jamaluddin atau Democratic Action Party ...

... semua kasi blow job pada Lee Kuan Yew.

Tanpa Nama berkata...

Taiwan digegarkan gempa bumi menyambut ketibaan AP AP Malaysia. Setakat ini belum dimaklumkan mereka selamat atau tidak...

Kalau mereka tidak selamat...parti Anwar otomatik majoriti di parlimen dan tidak perlu siapapun melompat..

Adalah silap untuk menganggap bahawa MP MP tesebut di hantar ke Taiwan sebagai cara menjauhkan diri mereka dengan Anwar kerana di kelompok tersebut tidak kuang 5 dari mereka adalah agen Anwar untuk 'berunding' dengan semua MP MP tesebut...kluangman

Sutera Timur berkata...

Nak tergelak pula baca komen Pak SIN kali ini.Gempakgempak....nampaknya kali ini PM kita ada banyak kerja nak dibuat. APA PM dak gi sekali ke .Ini tentu dia pun ada potensi lompat juga kot....apa ingat senang ke jadi PM....letak-letakla wei...boleh berehat.. jantung pun tak cedera dan boleh sambung hobby..tid.....lagi baik...Ahmad Ismail nampak very good joblah....menyedarkan PM akan t/jawab berlaku adil pada semua dan tidak setakat retorik sahaja....

Laxmana berkata...

Salam sin...

Tadi gua sempat sembang2 ngan rakan karib gua dari parti gerakan...

Dia ni dulu rakan sepermainan gua waktu kat kampus, sama2 byk cakap...

Dulu dia pernah ajak gua masuk Gerakan, time tu, gua tak berape kenal Gerakan ni, and tak tau yang salah seorang pengasas Gerakan ni ialah Syed Hussin Al Attas...

So, nak dijadikan ceriter, dier cakap ngan gua,

"bro, memang tak akan kuar BN, buat apa nak kuar BN? Tapi c Ahmad dan UMNO Penang ni memang dah melampau...hingga m'jejaskan ktenteraman dan kharmonian rakyat Malaysia. Inilah sebab utama kekalahan teruk dalam 308 yg lepas...ini jgk sebab Anwar dapat sambutan..."

Hmm, pastu gua tanye lah, kenape tak nak kuar BN dah mcm tu? takkan stil pecaye kat Abdullah lg?

Dier jawab, takkan pecaye Abdullah and Najib lg!

Gua tanye, so, nak angkat sape jd PM?

Dier jawab, Mustapha Mohamed Jeli!

p/s : KIASU tu aper sin?

Nostradamus berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

nostradamus...cukup cukuplah wat keje copy and paste..macam dah bankrap idea je..rata ceruk ko main copy and paste..bagus sangat ke..

Unta pun berak sehari sekali je, setempat je.. tak bersepah, sebab itu taik unta harganya mahal..kluangman

Tanpa Nama berkata...

HOT ! ‘MAD COW DISEASE’ DI PULAU PINANG
Kenyataan akhbar Kesatuan Nasi Kandar dan Nasi Bungkus Pulau Pinang telah meminta masyarakat Pulau Pinang agar jangan ‘memboikot’ warong dan restaurant nasi kandar.

Kenyataan ini juga telah menafikan yang ahli-ahli mereka terlibat dalam penjualan kari daging yang diberitakan telah membawa ‘ mad cow disease’.

Khabar-khabar angin tentang nasi kandar adalah punca ‘mad-cow disease’ ini bermula apabila orang ramai terutama penduduk Pulau Pinang melihat kelakuan seorang yang lelaki yang dikatakan menyerupai seorang mamak telah melocat-loncat dan mengoyak-ngoyakkan gambar bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sir Richard Gelimard pakar perubatan dari Holborn Hospital London telah menerangkan bahawa Bovine Spongiform Encephalopathy (BSE), lebih di kenali sebagai Mad-Cow Disease (MCD), amat bahaya dan boleh membawa maut.

Menurut Sir Gelimard yang telah menyelidiki penyakit ini semenjak tahun 1986 berkata bahawa tanda-tanda awal penyakit ini ialah meloncat-loncat dan menyiat-nyiatkan kertas-kertas. Kadang kala orang yang di hinggapi oleh penyakit ini akan menjerit beramai-ramai.

Berita yang masih belum di sahkan ini masih lagi sedang mencari siapakah dia lelaki yang terjerit-jerit dan terloncat-loncat itu. Adakah ianya Melayu atau Mamak.

Tanpa Nama berkata...

sin dieorang gi sana buat aper...krusus ape kat sana...belajar urut kut...atau kena urut? heeeee....Abis dieoarang punya duit pket sapa bagi....

Tanpa Nama berkata...

dia orang pi taiwan nak belajar kungfu dalam parlimen sebab taiwan terkenal dengan aksi sedemikian. balik nanti bolehlah praktis di parlimen kita pulak aksi yang serupa. mangsanya mungkin ketua kerajaan, boleh jadi juga ketua pembangkang. memang terkangkanglah siapa yang kena penerajang kungfu taiwan nanti.

d'Frog Prince berkata...

laxmana - kiasu tu bahasa hokkien, maksudnya takut kalah - atau erti kata lain, tak nak rugi apa2, apa yang ada nak simpan, kalau boleh nak tambah, tapi sikit pun tak boleh luak.

asalnya, digunakan untuk "describe" rakyat singapura tapi sesuai sangat dilabelkan kat parti komponen Bangang beNor.

label kiasu tu selalu dipadankan dengan 3 kia lagi :-

kiasu (dah explain dah)

kiasi (takut mati - mcm ada pemimpin tu)
kiaboh (takut bini - mcm ada menteri sorang tu)
kiachenghu (takut kerajaan - ramai yang tak berani nak marah kerajaan, tu sebab salah guna kuasa terlalu berleluasa)

Tanpa Nama berkata...

Thomas

Kau ni nak kerja seplain sana sini macam bagus saja.

Ini blog satira la.

Kau ni macam budak cina pee wee herman pejenis pakai spek plastik hitam hexagon, dalam poket ada calculator dan enam jenis pen, poket seluar belakang ada sikat keluar, dan semur hidup tak pernah melancap.

Macam mat toye tak ada sense of humour. Rugged dan cool skit la kalau nak campur melayu.

Tanpa Nama berkata...

takpa la thomas tu nak ajaq korang,

..to Thomas,
nak ajaq tu kena bagi fun2, sikit- nanti budak2 boring.


Lagi, pasal Thomas ade kat sini

Bagi cool down,
Ahmad Ismail tu memang darah panas,kerana kenyataan dia diputar belit.

Tapi tak patutla dia koyak gambar
presiden.

Apapun kita jangan jadi ular, orang sekarang bukan bangang.

Kalau Ismail kena tindakan pun bukan pasal kenyataannya, tapi kerana dia koyak. itu ajer.

"Pak Lah hantar Ahmad Ismail 'retreat' ke mana?"

Cadangan Saya:
Lepak dgn Koh Soo Koon, kat bukit bendera, minum kopi sama2. Baru muhibbah.

Memang ada orang pantang dibelit2kan.
Jenis sayapun, kalau cakap saya dibelit2kan, sayapun boleh mengamuk. Manager sayapun habis saya maki.

Tanpa Nama berkata...

Cakap pun dah kena gantung 3 tahun tak tau pulak gantung bertali ke tidak. Usah perbesarkan lagi isu tersebut dan Paklah patut mengarahkan juga pihak media agar berhati-hati dalam menulis artikel berhubung isu perkauman. Saman semua editor terlibat. Didapati suratkhabar berbahasa Cina kuat mempermainkan isu tersebut dengan saban hari memuatkan beritanya dimuka hadapan.
Sin, tulis aje satu tarikh dan kita ramai-ramai buat demo hantar Paklah pergi `retreat selama-lamanya. Tengok mukanya berucap dalam TV pun dah meluat. Macam nak mampus je langsung tak bermaya.

d'Frog Prince berkata...

la, ingatkan laxmana tanya betul2 apa maksud kiasu, jadi saya explain lah, bukan nak nunjuk pandai ke aper?

lawak husin memang best, tak kira siapa, dia kenakan je, adil. kalau ramai lg kat malaysia telus cam tu, alamat bertambah makmur lah malaysia kita.

bab si semail kat penang tu, dah tak rasa apa2 dah. mulut org, suka hati dia nak cakap apa lah. siapa yang bukan penumpang kat dunia ni?

org yg tak der self confidence je selalu nak ngata org, kan?

A Voice berkata...

Thomas

Jangan ambik hati sulaiman akhlakan.

Dia tengah tension tu.

Dah berapa hari puasa tak batal2.

d'Frog Prince berkata...

sdr sulaiman - melancap tu haram lah, bukan kah gitu?

kawan melayu saya tak pilih cool ke tidak, dia orang berkawan sebab saya manusia cam dia orang gak, bukan sebab saya cool.

sdr ismail - siapa pun marah kalau diputar belitkan. tapi ada benda yg tak patut dilafaskan, pastu memalukan ketua sendiri. bayangkan, kalau cakap ko diputarbelitkan oleh customer, bos ko minta maaf kat customer, pastu ko pegi bising kat customer, mana muka bos ko nak taruk?