Jumaat, Ogos 24, 2007

Tidor, bangun dan hidup

Husin tidor terlalu lewat malam atau lebih tepat pagi tadi. Selepas bangun sembahyang subuh, terpaksa tidor balik. Orang-orang tua-tua kata tidak baik, mewarisi malas. Sedang Husin bertafakur … maksud disini tidor, tiba-tiba dikejutkan oleh satu SMS dari seorang kawan berbunyi:

“Pak Lah tidak turn up for launch buku ‘Lilin Membakar Diri’. Buku on the Badawis. Organiser kata dia tak bangun tidoq lagi.”
Apa lagi lah cerita Pak Lah ni, Husin terfikir?

Dahlah masa akhir bulan Jun, dia beri ucapan waktu pagi di satu Seminar tapi tak datang mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Dengarnya tercungap-cungap Dato Najib lari mengejar dari out-station untuk tiba-tiba perlu sampai awal untuk mempersediakan diri ganti menjadi Pengerusi. Pernah satu masa, Raja Petra pernah menceritakan bahawa pada satu masa, dia lambat mempengerusikan Mesyuarat Kabinet hari Rabu kerana hendak bertemu seseorang.

SMS ini mengacau Husin tengah bertafakur di pagi Jumaat.

Sejak berkahwin dengan Jeanne Abdullah, hidup Pak Lah sudah mula nampak tersusun. Jeanne sudah atur hidupnya dengan lebih baik. Muka dia asyik senyum sahaja. Dia sudah tidak teruk sangat gelabahnya semasa majlis bersama wartawan yang tidak selalu dan kalau ada pun, pendik sahaja.

Pak Lah, sebagai suami ni memang patuh pada isteri. Isteri tidak minat warna merah talileher Kementerian Kewangan yang diberikan, sedia dia patuh pada Jeanne untuk tukar pada warna merah yang lain. Kalau dahulu, Pak Lah suka pakai batik dan songket, sekarang dia lebih memakai “Jean”.

Memang berbeza zaman KKKK dulu dengan JKKK sekarang. KKKK memang lazim diketahui adalah pendikan untuk mereka yang berkuasa dalam negara ini beberapara tahun lepas - Kamal, Khairy, Kalimullah dan Kak Endon. JKKK pula bukan Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung, tetapi Jeanne, Kamal, Khairy dan Kalimullah.

Sudah tidak ada gambar-gambar terbaru Pak lah tidor tengah Majlis. Semasa Pak Lah suka benar tidur, ada penganjur-penganjur Majlis terpaksa buat sebahagian Majlis dalam gelap supaya tidak nampak sangat Pak Lah tidor. Betul ke Husin?

Hmmmm … dengan Husin jangan kelentong, tahu sahaja macam mana nak cari maklumat dan bukti. Tak percaya lihat gambar ini yang Pak Lah tidur semasa Majlis tutp lampu sekejap.

Sudah tidak boleh bertafakur Husin bila sudah terganggu. Segera bangun menalipon kawan tu tadi.

Pelancaran pagi Jumaat (Ogos 24hb, 2007) patut bermula pukul 10 dan dilancarkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Dato Radzi Sheikh Ahmad di Bilik Pacific Ballroom A, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. Husin tidak kelentong, ada detail ni. Pak Lah sepatutnya datang kerana ini adalah buku berkenaan keluargnya. Rupanya dah pukul 10:30, Pak Lah tidak datang lagi. Setelah dapat dihubungi orang tertentu, baru diketahui bahawa Pak Lah masih tidor.

Kenapalah Pak Lah ini? Padahal majlis pelancaran buku yang ditulis oleh Dato Yunos Ahmad dan terbitan Thinkers Library adalah suatu public relation exercise untuk memperbaiki imejnya. Kenapa berlaku ni, Husin tidak tahu? Sepatutnya sudah tidak berlaku.

Bagi orang yang berumor macam Pak Lah, kata balaci-balacinya, dia memang kuat bangun malam buat ibadat. Selalunya bagi orang Islam yang sudah berumor dan mahu meningkatkan maqam atau tahap kerohaniannya akan beribadat dalam sejuk keheningan pagi. Bukan senang untuk diamalkan bangun semasa sedang sedap tidor untuk beribadat. Bagi yang sudah mendapat nikmat atau zouknya, dia sudah merasai erti kehidupan di dunia sementara ini.

Walaupun balacinya pernah menggunakan ini sebagai helah semasa dia lambat memileh Dato Najib sebagai Timbalan, Husin tak mahu pertikaikan sesuatu yang antara dia dengan tuhan sahaja yang mengetahui. Mungkin Pak Lah bangun bermalam hingga subuh tetapi terlena semasa baring-baring lepas subuh. Kenapa Jeanne yang dikatakan effisyen tidak kejutkan? Entah dia pun ikut terbaring pasal sama-sama berjemaah dibelakang suami tercinta, kut? Atau dia demam dan lupa nak beritahu.

Cerita pasal terbaring ini, Husin teringat satu jenaka lama dari kalangan peguam-peguam semasa mahkamah mula mengubah dari berbicara dalam bahasa Inggeris kepada Melayu. Katanya YB Karpal Singh mahu menyebut, “I put it to you that you are lying, yes or no?” dalam bahasa Melayu. Maka disebut “Saya taruk sama awak, awak terbaring. Betul ke tidak?”

Dalam Husin menyebut mengenai mencari erti kehidupan, teringat akan kata-kata seorang rakan. Katanya, kita ini semasa berumur dalam 20an, itu tahap pandangan hidup. Bermakna pandang dah hidup. Bila mencecah 30-40, itu tahap pegangan hidup. Bermakna dengan bantuan pegangan, hiduplah. Ada yang dalam linkungan 40-60 disebabkan kesihatan, bermati-matian untuk hidup. Kalau dah mencecah 70 keatas, itu tahap kebijaksanaan yang memahami falsafah kehidupan. Tinggal merindui dan angan-angan untuk hidup.

Sebagai Perdana Menteri, selalu terdengar laungan “Hidup Pak Lah!”. Melihat begitu romantis First Pengantin Baru, pastinya ... hidup. Sebagai rakyat, Husin menumpang bahagia PakLah sudah menunjukkan kehidupan.

Sudah banyak slogan, spin dan lancar, bilakah ekonomi bukan hanya falsafah tetapi pandangan hidup?

Rabu, Ogos 22, 2007

Arab Family Holiday Picture


This is also Islam? So what?

To each their own, what matters to Husin is in the "eye of God". Husin Lempoyang is cool ...

Isnin, Ogos 06, 2007

Hidup Samy Vellu!

Apabila disebut nama Samy Vellu, sering orang akan tersenyum dan menghormati kesungguhan dia mahu bertutur dalam bahasa Kebangsaan, walaupun kadang-kadang perkatan yang disebut agak janggal bunyinya.

Sebagai contoh, semasa dia di atas pentas bersama seteru lamanya Dato Pandithan dari IPF di Ijok. Oleh kerana keadaan pilihanraya kecil yang tegang di Batang Berjuntai, maka dia dan Dato Pandithan sanggup duduk atas pentas bersama-sama menyokong calon India dari BN, Parthiban. Samy berkata di atas pentas, “Itu cerita-cerita lama saya tidak ada di dalam hati lagi.”

Jangan ketawa kerana maksudnya jelas bahawa dia tak ambil hati lagi, apa-apa kata-kata dan perbuatan-perbuatan Pandithan terhadapnya selama ini. Untuk usaha mahu berbaik dengan Samy, Pandithan sudah dapat jadi Tan Sri. Hai ... apa jasa Pandithan untuk dapat Tan Sri?

Samy memang terkenal kerana loyar buruk dan pandai keluar dari soalan-soalan susah yang ditanya pemberita.

Kata orang, satu masa dahulu dia telah di tuduh sebagar korup. Di Parlimen dia dituduh mempunyai rumah di Australia dan pelbagai lagi tuduhan yang di tujukan pada Samy. Maka, Samy dengan cekap menafikan. Dia berkata, “Yang Di Pertua Dewan, saya menafikan semua tuduhan pihak pembangkang kerana salah tuduhan mereka. Saya tidak ada satu rumah di Australia tetapi saya ada dua rumah.”

Ya tak ya. Betul dia cakap pihak pembangkang membuat tuduhan salah. Dia ada dua bukan satu rumah. Ini kata orang.

Ramai orang Islam masih ingat semasa pertelingkahan antara UMNo dan PAS yang melibatkan kafir mengkafir. Samy pun ikut sama dan dipanggil kafir oleh orang PAS. Dia marah, "Kenapa PAS memanggil saya kafir?" PAS tak salah, kerana bagi orang Islam, orang yang tidak memeluk agama Islam adalah kafir. Macam Yahudi panggil orang bukan Yahudi, goyim.

Ada satu masa Samy terpaksa menjawab mengenai kerosakkan pembinaan fasiliti awam. Apabila ditanya sesuatu teknikal yang dia tidak boleh jawab dia akan berkata, “Itu perkara tidak boleh tanya sama saya, saya hanya arkitek. Tolong tanya Timbalan saya, Ir Dato Zain.” Dapat dia tepis ke Zain Badak.

Kalau dia dapat jawab, dia akan kata orang yang membuat tuduhan tidak mempunyai kepakaran semacam kami di JKR. Malah, dia akan kata, siapa mereka untuk menyoal.

Pernah semasa di kritik hebat oleh satu kerosakkan fasiliti awam, dia mengelakkan tekanan dengan memberi nombor handphone peribadinya. Orang ramai pun senang hati dapat membuat aduan terus. Terlalu banyak panggilan, akhirnya Samy terpaksa menyuruh staff menjawab. Tapi orang lupa kes yang dia disoal dan Samy pun selamat. Nombor handphone dia berhentikan juga. Mudah lupa.

Antara yang paling bijak dia mengelak adalah berkenaan bangunan Martrade. Dia kata Kementerian tidak boleh membuat apa-apa keputusan, kuasa adalah pada EPU. Habis berapa ramai orang yang dia dapat cannon, termasuk PM kerana EPU dibawah Jabatan PM. Entah PM terkejut sedar dari tidur ke?

Selain Pandithan, ramai pernah berusaha untuk menjatuhkan Samy dari jawatan Presiden MIC. Mudah dipatahkan pesaing-pesaingnya. Dato S Subramaniam mencuba beberapa kali, hingga akhirnya terpaksa tunggu saja sebagai Timbalan hingga Samy berhenti. Bila Samy kata, “Kita mesti cari orang yang kerja bukan bersukaria”, lain Subramanium yang jadi Timbalannya. Berbuih S Subra berkata “achimilai achimilai achimilai … jangan takut, jangan takut, jangan takut”, habis di ladoo sampaikalah oleh delegasi MIC.


Samy banyak jasanya kepada kaum India hingga mereka tersayang dan terhutang budi. Mereka tidak akan benarkan Samy di tentang sesiapa.

Samy telah banyak membina sekolah-sekolah dan Universiti untuk anak-anak India melanjutkan pelajaran. Sesuatu yang mereka amat terhutang budi adalah patung dewa Murugan yang besar bersalut emas di kuil Baru Caves. Kalau difikirkan, kadang-kadang semacam muka Samy ternampak pada muka Dewa Murugan. Saya tidak niat untuk mempermainkan ugama Hindu, hanya menyatakan hebatnya Samy diagungkan kaum India.

Malah di kawasan Melayu Sungai Siput pun susah untuk pembangkang melayu untuk menjatuhkan Samy. Dia sentiasa memberi bantuan kewangan untuk membiayai program UMNO Bahagian Sg Siput.
Cuma terkilan dan kesian pekerja-pekerja estet India yang masih tidak ada gaji minima. Bila Samy akan dapat membantu mereka yang kadang-kadang hidup dalam keadaan daif?

Semasa Tun Dr Ling Liong Sik mengumumkan pengunduran diri dari jawatan Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan, ramai menjangkakan Samy pun akan berundur. Masa itu Tun Dr Mahathir pun sudah umumkan perletakkan jawatan dalam setahun.

Ketika pengumuman itu, Samy sedang membuat lawatan ke India untuk membantu kontraktor-kontraktor Malaysia mendapat kontrak di India. Di satu lawatan ke tapak, Samy terjatuh dan dagunya patah dan dia tidak boleh bercakap. Namun, sebagai pemimpin yang bersikap penuh bertanggungjawab, Samy meneruskan lawatan-lawatannya.

Kalau Samy membuat lawatan hingga tidak dapat menghadiri Mesyaurat Jemaah Menteri hari rabu, dia akn menalipon secara terus menerus membentangkan laporannya. Kali itu, walaupun tidak boleh bercakap, dia mahu membentangkan laporan. Dia meminta jurukamera untuk menghantar klip video sebagai laporannya.

Dari sebuah kampong di India, Samy mendapatkan seeokor ayam dan menunjukkan ke kamera. Kemudian, dia mendapatkan kambing orng kampung untuk ditunjukkan ke kamera. Akhir sekali, dia meminjam beg seorang pembantunya untuk di tunjukkan kamera.

Semasa mesyuarat jemaah menteri, video laporan Samy ditayangkan. Dr Ling Sik menyuarakan pendapat bahawa Samy cuba memberitahu keadaan kekurangan makanan di India dan dia meminta kita menghantar derma beg2 berisis beras.

Dr Mahathir yang mempengerusikan mesyuarat tidak bersetuju dengan pendapat Dr Liong Sik. Jemaah Menteri memandangnya dan menunggu huraian. Dengan senyum, Dr Mahathir beritahu, “Tidak … Samy sedang cuba memberitahu dia akan kembali dan kekal sebagai Presiden MIC”. Memandang semua masih tak faham, Tun terangkan “AYAM KAMBING BAG dalam pelat India bermaksud I am coming back."

Sampai sekarang, masih Samy dan nampaknya dengan Timbalan yang belum cukup kuat dan berpengalaman, lama lagi dia akan kekal sebagai MP Sungai Siput dan Menteri.

Khamis, Ogos 02, 2007

Masuk Kiri Masuk Kanan ...Ah ah ah ...Cari Makan

Satu babak filem P Ramlee yang sangat lucu pada saya hingga jadi ikutan sampai sekarang adalah babak bertapa di kubur dalam filem Pendekar Bujang Lapok. Masa tiga bujang lapuk sedang mertapa membaca mentara … “Mambang kiri mambang kanan …”, guru silat mereka, Pendekar Mustar datang menjerit-jerit meminta tolong nak daranya diculik.

Lucunya adalah jawapan mereka yang bersahaja … “Ah Ah Ah … dugaaaan …”. Berkali-kali Pendekar Mustar memberitahu … “Ini bukan dugaan, ini betul-betul”… bersahaja mereka meneruskan mentera … “Mambang kiri mambang kanan … Ah Ah Ah … dugaaaan …” Mereka hanya berhenti membaca mentara bula disebut Ros sudah dibawa lari.

Zaman sekarang ni, jawapan bersahaja yang sering kita dengar adalah “Ah Ah Ah … cari makan …” Oleh sebab cari makan, maka ramai sanggup berbuat benda tak betul atau ada yang menerima sahaja kata-kata, “Kita kena faham, dia cari makan.” Tak apalah, kau orang cari makan. Aku nak buat lawak.

Saya tengok perkelahian antara Raja Petra, Malaysia Today dengan Rosli, AgendaDaily lucu sekali. Dua-dua penuntut bekas MC Gay Gay … opps maaf … MCKK. Datok Nazri yang pedas tu pun MCKK. Raja Petra tak habis, kata Rosli. Ohhh gitu … maknanya Rosli dan Nazri lebih lama Gay Gay.

Masuk kiri masuk kanan … Ah ah ah cari makan …”



Saya rasa perkara yang buat si Rosli hot adalah tuduhan dia adalah suara upahan UMNO dan pernah dibayar sebanyak RM200,000 oleh Dato Norzah. Raja Petra telah lama tulis perkara ni dalam Khairy Chronicle part 6 bertarikh Ogos 4, 2005. Sudah 2 tahun cerita pertalian antara Rosli Agenda Daily, Khairy, Norza, 2M, dan dua adik beradik Reformasi – Rozaid dan Rozabil Abdul Rahman dengan dua jumlah wang RM200,000 dan RM100,000.

Apa pasal Rosli baru nak hot sekarang? Buka saja di Khairy Chronicle, Malaysia Today di sini . Dua beradik Reformasi tu dah jadi orang Khairy. Alah Rosli … bak kata 2M, “ini cerita lama”. Cerita bila dah lama, sudah tidak salah. Yang salah cuma cerita baru. ... eh eh eh sindir.

Masuk kiri masuk kanan … Ah ah ah cari makan …”

Rosli ni marah dan terus cabar Raja Petra kalau dia ada telor.

Rosli, jangan kau cabar. Anak Raja Bugis ni bukan tahu takut. Buat apa kau nak bandingkan telor kau dengan telor dia, telor dia telor orang putih.

Cuba kau banding dengan telor Khairy. Tak payah dengan Khairy, eck … telor monyet berbulu dan hitam. Telor Norzah? Orang pendek selalu anu besar, tapi tanya Norza, besar tak? Tapi 2M, tak boleh lawan, sasa … sondol saja.

Masuk kiri masuk kanan … Ah ah ah cari makan …”

Cerita bab sondol ni, kamu pun boleh tahan dalam bab menyondol. April tahun ni, kamu siarkan dua email pasal Tun.




Kau cakap ada beberapa email yang pro dan kontra. Tak nampak pun? Kalau tak mahu siar, tak apa tapi tak payah cakap.

Kantul kena tangkap!!!

Masuk kiri masuk kanan … Ah ah ah cari makan …”

Sebelum kau sondol, kau memang hebat mencari isu dan memberi laporan yang seimbang. Ingat aku expose kamu pasal iklan bir sebelah berita mengenai PM lancar Islam Hadhari dah mencemar Islam Hadhari.



Amat bermutu!!!!

Masuk kiri masuk kanan … Ah ah ah cari makan …”

Memang kamu terlatih dan berpengalaman dalam kewartawanan. Aku dok baca resume kamu dalam AgendaDaily baru aku faham peningkatan kamu dari bawah rupanya – tabloid Bintang Timor, tabloid Watan, dan akhirnya Utusan Malaysia. Rupa-rupanya kamu ada terlibat dalam laman web si Rehman Rashid Rectum AgendaDaily.com yang dah bungkus. Rehman ni pun Gay Gay juga ... hehehe.

Kamu dah lebih bijak sekarang dari pengalaman Rosli.

"Masuk kiri masuk kanan ... Ah ah ah cari makan ..."

Memang hebat kewartawann kamu. Aku tengah baca article “The Good, The Bad and The Ugly dalam Industeri filem” bawah ni.



Sama lah kamu dengan Raja petra yang kadang-kadang guna bahasa rojak. Ini ke yang kamu belajar dari orang Anwar, Dato' Johan Jaafar di Utusan Malaysia … bahasa rojak? Kalau ikut stail Anwar Ibrahim bersarah ... rrrrojak.

Kurang-kurangnya prestation Inggeris kamu taklah macam 2M.

Masuk kiri masuk kanan … Ah ah ah cari makan …”

Saya bergurau saja Rosli. Ini semua cerita kedai kopi. Kau dah lama jadi wartawawan, benda ni semua lali dah.

Patutlah kamu nak pertahan boss kamu. Biarlah berisi sedikit, macam kamu cuba memberi penjelasan mengenai Raja-Raja suruh tamatkan kontrak Tan Sri Musa dan Pak Lah menghadap Sultan Perak. Saya saja yang tak jelas.

Jangan macam 2M buat repot polis tapi tak tahu kat mana yang salah. Jangan jadi Khairy asyik panggil monyet sana, monyet sini. Sebenarnya dia beruk hitam, yang dulu cakap lain dan sekarang cakap lain. Jangan jadi Zam, mamak nak cuba cakap Jawa dan curi modal Rocky Bru. Janganlah yang bercakap Nazri mulut murai, Shahril ular putar belit, dan Norza … anu kecik ke besar?

Patutlah orang macam kamu tahan UMNO. Patutlah orang macam kamu pertahan institusi Perdana Menteri. Pertahan Pak Lah, Rosli. Aku dan rakyat dapat geleng kepala dan ketawa selalu dengan kelucuan Pak Lah dan algojonya.

“Masuk kiri masuk kanan … Ah ah ah cari makan …”



Kisah Khalid Nordin Di Rumah Geisha

Adegan dari filem Memoir of a Geisha,
bukan Khalid berasmara dengan Geisha

Dengo-dengo Dato Gani Osman dah sebuk mengemas Saujana, rumah rasmi Menteri Besar Johor, untuk berpindah. Macam dah pasti, dia tidak akan kekal sebagi Menteri Besar. Semasa PRU lepas, Dato Khalid Nordin sudah sepatutnya berpindah ke kerusi ADUN dari kerusi Parlimen dan Dato Gani sebaliknya, tetapi di minit terakhir malam pukul 2 pagi sebelum hari pencalunan Pak Lah tukar balik. Flip flop memang rasmi Pak Lah dari dulu, bukan masa cerita Jambatan Johor saja.

Gani ni pun satu juga. Masa di Federal dulu, bermati-matian tidak mahu dihantar ke Johor. Mungkin dia sedar, bila Tan Sri Mahyuddin pindah ke Federal, politik Mahyuddin akan lagi menyerlah. Di PRU lepas, bila hendak dihantar balik ke Federal, macam-macam cara untuk dapat kekal di Johor pula.

Entahlah ... Baik kita kembali pada cerita mengenai Khalid Nordin, anak didik Dato Shahril Samad dan cucu didik Tun Musa Hitam, atau Musang tak berbulu kening.

Walaupun belum lagi rasmi diangkat jadi Menteri Besar Johor dan dia faham perkara last minute boleh berlaku, Khalid sudah berusaha sedaya upaya untuk awal-awal lagi mendapatkan pelaburan untuk WPI. Sebagai contoh, dia telah siang-siang dapatkan komitmen syarikat TRC Synergy Berhad untuk melabur di Johor. Nak tahu kenapa, hehehe ... sila buka blog Si Mata Biru di sini dan sini.


Khalid amat menyedari bahawa dia banyak kekurangan berbanding dengan dua Menteri Besar sebelum ini. Satu, dia bukan keturunan Bugis atau Melayu Deli, tetapi orang Banjar. Kedua, dia bukan dalam jaringan dan keluarga orang Muo tetapi entah mana asal usulnya di Johor. Dia belajar pun di Sekolah Aminuddin Baki, yang semasa dia menuntut dulu, ada reputasi sebagai sekolah budak jahat. Tidak macam Gani dan Mahyuddin yang belajar di High School Muo.

Akhir sekali, dia pendek, gelap dan muka sedikit bulat, tidak hensem. Tan Sri Mahyuddin segak dan sasa. Dato Gani Osman tinggi, gaya aristokratik, dan suatu masa dulu meminati dan diminati Sharifah Aini, kata-kata gossip tidak baik.

Al kisah yang tidak diketahui kesahihan ceritanya, dalam satu lawatan ke Jepun anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (pendikan dulu KPUN tetapi sekarang KPUNDEK), Dato Khalid Nordin telah dapat bertemu dengan seorang Industrialis Jepun yang menunjukkan minat untuk melabur ke WPI.

Selepas berbincang panjang, dia telah dijemput pada petang hari untuk ke sebuah rumah Geisha. Jangan salah faham Geisha bukan pelacur tetapi penghibur tradisi. Kalau kamu tidak kaya dan orang Jepun tempatan, bukan boleh dapat masuk rumah Geisha. Di rumah Geisha, tetamu akan dijamu makanan dan minuman, dan dilayani serta di hiburkan oleh Geisha. Mereka ini pandai mempersembahkan kesenian Jepun.

Selepas puas makan dan dihibur dengan persembahan kesenian Geisha, Industrialis itu mengajak Khalid berehat dan urut di kemudahan Spa tradisional Jepun yang merupakan sebahagian rumah Geisha itu. Khalid bersetuju.

Mereka bangun bersama teman Geisha dan ikut tuan punya rumah Geisha itu atau kita panggil mamasan, membawa dia ke bahagian Spa. Sampai-sampai di bilek persalinan, teman Geisha membantu dia salin pakaian ke seluar pendek dan robe. Dia pun berendam dalam air panas gunung berapi, dan mengeluarkan peluh dalam steam room dan bilek panas. Selesai dan rehat rasa otot-otot, dia pun mandi dan teman Geisha membantu dia tukar pakaian ke kimono untuk berurut.

Geisha membawa dia kebilik sendirian. Sebelum dia memanggil masseur, dia suruh Khalid bersedia telanjang dan tiarap di atas katil. Khalid pun buat seperti yang disuruh. Tidak berapa minit, seorang masseur wanita masuk dan bila Khalid menoleh untuk melihat cantik ketidak, dia tiba-tiba tersipu-sipu dan lari keluar.

Datang lagi seorang masseur wanita lain, dia meletakkan ubat-ubat dan minyak-minyaknya. Semasa dia baru nak melumurkan minyak ke badan, Khalid menoleh untuk hendak bertanya sesuatu tapi sebenarnya nak tengok lawa ke tidak. Sekali lagi masseur tu tersipu-sipu ketawa dan bergegas keluar membawa ubat-ubat dan minyaknya meninggalkan Khalid.

Khalid menjadi birang dan memanggil mamasan. Dia memberitahu peristiwa yang sudah berlaku. Mamasan tunduk-tunduk dan beberapa kali membongkok-bongkok memintak maaf dan memberi jaminan tidak sepatut berlaku. Dengan segera, dia keluar dan hiruk pikuk kedengaran dari bilik Khalid suara Jepun ni memarahi anak-anak buahnya. Tiba-tiba hilang suara bising dan di ikuti dengan ketawa.

Khalid heran dan tertanya-tanya di dalam hati. Apa sudah berlaku? Bila dia akan dapat di urut? Tidak lama kemudian, masuklah mamasan itu sambil berbongkok hormat. Dia meminta maaf dan menawarkan seorang masseur lelaki. Khalid tidak mahu lah kerana dia nak merasa juga jari jemari lembut wanita Jepun mengurutnya. Dia bertanya kenapa?

"Sori sir, I think very difficult. Japanese girl cannot concentrate to work when they giggle" jawab mamasan itu dengan pelat Jepun yang pekat.

"Whats wrong with me to make them giggle uncontrollably", jawab Khalid yang sebagai lawyer mempunyai kebolehan bahasa Inggeris tetapi cakapnya masih ada pelat banjo.

Sambil menunduk ke bawah dengan hormat, mamasan itu menjawab dengan perlahan-perlahan, "Apologise again sir. The girl cannot stop laughing becasue when you turn your head, the girl said your face look like your ass".

Itulah siapa pergi suruh cium tangan Khairy, tukang urut rumah Geisha pun ketawa tengok kamu. Hehehe ... Lagi untung berniaga orang dari berniaga unta. Wow!