Ahad, Julai 15, 2012
Bekalan air rendah sila jimat air
Hari Khamis lepas Husin pergi ke Forum Air pasal risaukan ternakan unta ana..
Baru Husin faham bahawa bekalan air di Lembah Klang sudah rendah dan kritikal. Loji Sungai Langat 2 perlu dibina sekarang tetapi Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mahu keluarkan development order.
Ianya bukan dibiayai oleh kerajaan negeri dan bukan menelan satu sen pun duit kerajaan negeri. Hanya untuk memastikan bekalan air cukup. Kerajaan negeri pun sudah komplen kata kilang dan pembangunan tidak dapat dijalankan sebab tidak cukup air
Sabtu, Julai 14, 2012
Dulu tilam, kini TALAM
Penasihat Ekonomi pandai elak jawab isu tilam, Menteri Besar lah yang jawab isu Talam.
Menteri Besar pula nak dapat khidmat 5 firma perakaunan.
Puh! Guna big 5 accounting firm baru tahu nak jawab?
Ini buat Husin hairan kenapa tidak boleh jawab. Macam mana pihak jemaah exco kerajaan negeri buat keputusan kalau tidak faham hingga tak terjawab? Takkan main ikut setuju tanpa tahu apa sebenarnya yang dipersetujui?
Isnin, Julai 09, 2012
Petua buat Betty
Macam-macam kisah timbul apabila suami kuat bekerja di pejabat menjalankan tanggungjawab.
Itu biasa saja. Tak perlu sampai baling ashtray hinga bertampal kepala suami.
Ingin Husin cadang supaya mencari petua dari yang sudah pernah melalui.
Ahad, Julai 08, 2012
Perkhidmatan LCC
Menurut penggunaan biasa, LCC dimaksudkan ramai sebagai Low Cost Carrier atau Kapalterbang Kos Rendah.
Entahlah ... betulkah itu naik kapalterbang.
Entahlah ... betulkah itu naik kapalterbang.
Jumaat, Julai 06, 2012
Aiyeah .. apa ini baling ashtray, nyonya!?
Kena kepala olang, kena tampal plaster di kepala. Wa cuma main lagu pasal itu pelangi atau orang putih kata rainbow.
Munyi manyak sedap. Rainbow manyak cantik ma ...!
Rabu, Julai 04, 2012
Pe.. pe.. perempuan takpe
Ketika sidang akhbar Tan Sri Khalid Ibrahim, dia ditanya wartawan.
Wartawan: Adakah satu polisi kerajaan negeri tidak membenarkan sebarang surat sokongan, Tan Sri?
Khalid: Ya, memang .. memang ... begitulah. Kita tidak boleh teruskan amalan salah lagi korup yang dibawa oleh UMNO dalam pentadbiran. Sebelum ini parti DAP ada melucutkan jawatan seorang kounselar yang memberi mengeluarkan surat sokongan.
Wartawan: Tapi kenapa pula Exco yang terlibat tidak ambil tanggungjawab meletak jawatan.
Khalid: Ah... itu tak bolehlah. Mana boleh saya pecat Ronnie Liu.
Wartawan: Kenapa tak boleh?
Khalid: Takpa takpa ...lain soalan?
Langgan:
Catatan (Atom)