Pada mulanya video itu tidak jelas rupa pelaku rogol itu menyerupai Sivakumar.
Isnin, Disember 31, 2012
Muncul pula video rogol mantan Speaker Perak
Sebaik saja timbul skandal tanah-untuk-jawatan MB di blog Pisau dan turut juga muncul di sidang Dewan Undangan Negeri Perak, mantan Speaker DUN Perak dan ADUN Tronoh telah membuat sidang akhbar mendedahkan mengenai satu video seks yang dipercayai melibatkan Speaker DUN, Datuk Ganesan.
Selama beberapa hari, orang ramai tertanya-tanya dan ingin melihat video tersebut sebelum menyatakan pendirian masing-masing.
Ahad, Disember 30, 2012
Boleh jual iklan
Takkan tak boleh jawab di media alternatif pembangkang? Macam-macam alasan.
RTM mesti tidak berani beri Hadi peluang dengan Rais Yatim begitu konservatif. Namun begitu, sebagai TV swasta, TV3 boleh ambil peluang.
AMbil peluang jual ruang iklan ubat kuat.
Wow! Jual iklan akan jual orang
Jumaat, Disember 28, 2012
Dulu cakap untuk rakyat ... Kini kompeni Pakatan Balak
Suatu hari, Azizan, Ahmad Awang, Ngeh Koo Ham, Nga Kor Meng, Ahmad Awang dan Husam Musa berjalan-jalan dalam kereta syarikat mereka yang bernama Pakatan Balak Sdn Bhd.
Kereta dipandu oleh CEO dan drebar mereka, Nik Aziz. CEO ini sudah terlalu tua untuk memandu tapi masih menggesa hanya dia saja yang boleh memandu kerana dia CEO.
Rabu, Disember 26, 2012
Musang Berjanggut 2012: Puspawangi III ke IV
Antara filem lama kegemaran Husin adalah Musang Berjanggut. Ianya mengisahkan anak angkat Sultan, Nila Kencana diarahkan mencari pasangan hidup. Akhirnya dia ketemui Puspawangi yang bukan saja seorang rupawan, tapi bijaksana sekali.
Apabila dibawa pulang isterinya ke istana untuk bertemu ayahanda, ramai para pembesar dan juga Sultan jatuh hati padanya. Masing-masing membuat rancangan untuk memilikinya sendiri.
Dengan kepandaiannya mengakalkan kesemua pembesar dan Sultan dengan helah Musang Berjanggut, akhirnya dia berjaya menyelamatkan diri dari godaan mereka-mereka yang begitu berkuasa, dan membuat semua menyedari kesalahan dan meminta maaf.
Isnin, Disember 24, 2012
Adakah Nik Aziz nak haramkan Krismas?
Besuk penganut-penganut Kristian akan meraikan hari Krismas.
Berdasarkan salah satu fatwa Nik Aziz, adakah dia akan haramkan Krismas diraikan oleh penganut-penganut Kristian yang menguasai rakan Pakatan Rakyatnya, DAP?
Mana tidak Hari Krismas itu Maulud Nabi Isa. Hehehe ...
Ahad, Disember 23, 2012
Tun Keng Yaik akan kekal dalam ingatan
1939-2012 |
Tun Dr Lim Keng Yaik meninggal dunia semalam pada umur 73 dirumahnya di Petaling Jaya. Husin akan merinduinya.
Mendiang Dr Keng Yaik terkenal dengan cara bercakapnya di sidang-sidang akhbar yang begitu jujur sekali. Dengan stail apek tua yang bercakap secara santai, Mendiang tak tahan dan jaga-jaga ayat tapi begitu terus terang.
Caranya ini sering agak lucu dan menggelikan hati.
Jumaat, Disember 21, 2012
Thailand kuasa dunia baru, Amerika bergolak dengan isu dalaman
Sejak terpilih dalam pilihanraya umum yang lepas, Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra dilihat sebagai satu aset yang dilihat berupaya memimpin Thailand untuk menjadi salah satu kuasa besar utama yang boleh muncul dari benua Asia.
Sentuhannya dan diplomasi yang ditunjuk telah meninggalkan kesan walaupun ada pihak-pihak mempersoalkan samada dia masih akan kekal sebagai Perdana Menteri. Politik Thailand sentiasa bergolak mutakhir ini dan Perdana Menteri seringkali bertukar ganti.
Khamis, Disember 20, 2012
Cari kerja dengan kerajaan
Seorang anak muda, Musa bin Hasan dari desa datang ke kota untuk mencari kerja.
Waktu petang dia akan berjumpa dengan kawan sekampong, Ramli bin Yusof yang sudah lama bekerja di Jabatan Perkhidmatan Awam untuk tanya-tanya. Ramli turut membawa bersama rakan istimewanya dari tempat sama kerja tapi di Jabatan Kehakiman, Anita Harun yang sudah agak intim perhubungan mereka. Nak tunjuk rakan sekampong lah konon.
Sebaik mereka bertemu di sebuah warong dan Musa diperkenalkan oleh Ramli kepada Anita, mereka oder minuman dan kueh-kueh untuk minum teh petang.
Musa: Kamu kerja di Jabatan Perkhidmatan Awam, kan?
Ramli: Ya ... apa pasal? Apa aku boleh tolong?
Musa: Aku ada mohon kerja yang sesuai dengan pelbagai tempat. Ada kerja syarikat swasta. Ada kerja syarikat kerajaan. Ingat nak juga cuba jabatan-jabatan kerajaan tertentu. Nak tanya sedikit ... bagus ke kerja dengan kerajaan. Orang kata gaji sikit.
Selasa, Disember 18, 2012
Amanat Haji Hadi versi Hari Krismis 2012
Itu Haji Hadi dulu, PAS dulu.
PAS kini sudah lain.
Banyak pendirian dan amalan PAS dari tahun 1981 seterusnya selepas keluarnya Amanat Haji Hadi telah lari dari isi kandung amanat tersebut.
Ahad, Disember 16, 2012
Kadir Sheikh Fadzir sesuai dilantik ke AJK Pusat DAP
Akhirnya, keputusan untuk pemilehan 20 aggota ahli Jawatankuasa Pusat DAP keluar malam tadi setelah beberapa hari, jika tidak berbulan DAP berkempen, melobi dan tidak kurang cakar bercakar sesama sendiri di peringkat cawangan dan negeri.
Reaksi utama yang diberi oleh akhbar aliran perdana adalah mengetengahkan isu semua calun Melayu seramai 8 orang kalah. Lebih tepat lagi, 7 orang Melayu dan 1 orang mengaku Melayu, yang menawarkan diri semua kalah.
Dilaporkan salah satu media perdana bahawa calun Zulkifli Mohd Nor yang hanya berjaya mendapat 215 undi menyuarakan kekecewaan kerana setelah lebih 20 tahun bergiat dalam DAP, dia masih gagal meyakinkan perwakilan untuk mendapatkan tempat untuk orang Melayu dalam AJK Pusat DAP.
Jumaat, Disember 14, 2012
Menikan dengan senjata tumpul satu kesalahan
Malaysia tewas kepad Thailand 2-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki di Bangkok malam tadi. Dengan ini, Thailand berjaya masuk ke perlawanan akhir untuk bertemu Singapura.
Usahlah kita marah pada sesiapa. Jangan tuduh pengadil berat sebelah kerana manfikan gol Norshahrul. Atau menuntut Dato Rajagopal berundur kerana kononnya salah strategi.
Bola bolat dan adat pertandingan mesti ada menang kalah. Lebih elok salahkan diri sendiri supaya kita boleh perbaiki kelemahan.
Dalam perlawanan pertama dengan Thailand, kita sudah mendahului 1-0 pun tetapi pertahanan kurang mengasak untuk menghalang Thailand membina serangan hingga akhirnya terlepas gol untuk seri.
Setelah prestasi yang agak lembab di pusingan awal pertandingan di Kuala Lumpur seperti keputusan-keputusan seri dengan Bangla Desh, kalah 3-0 kepada Singapura, dan lain-lain, Harimau Malaya berjaya untuk kembali dalam pertandingan.
Oleh itu, janganlah ada sesiapa nak ke Thailand untuk berbalas dendam dengan mahu melepaskan geram ke atas "gadis-gadis" Siam. Menikam dengan senjata yang tumpul itu satu kesalahan.
Wow! Biar kalah bola, jangan lakukan dosa "membunuh."
Isnin, Disember 03, 2012
Suruh "... jaga hutan kita sendiri" salah
Sungguh kejam! Sungguh tidak demokratik! Sungguh menindas dan salahguna kuasa!
Takkanlah wakil rakyat sebut "jaga hutan kita sendiri" dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri boleh dikenakan denda RM1,000. Ini sudah tidak adil!
Isy isy isy ... khadam ni. Tak sedar diri. Nak komplen pulak. Akulah tuan besar di rumah ini. Ini mem besar engkau.
Itu hanya sedikit adegan dalam filem Tiga Abdul. Apa yang tidak adil ni?
Ahad, Disember 02, 2012
Jawatan baru Presiden UMNO
Husin sempat meluangkan dua hari semalam dan hari sebelum itu di Persidangan Agong UMNO 2012. Nak dengar ucapan, perbahasan dan tidak lupa untuk bergambar dengan peminat. Bagi peminat yang kenal, kenallah Husin.
Tak payah kita berselindung. PAU 2012 kali ini adalah untuk persediaan untuk pilihanraya umum. Maka mereka tidak mahu ada kontroversi, tiada isu mahu ditimbulkan atau tiada ruang untuk pembangkang jadikan isu.
Dibuat demikian, supaya tiadalah pemimpin atau pembahas ikut lazim mereka untuk tembak kaki sendiri.
Rabu, November 28, 2012
Tuan Sadiq mula muncul
"Kita berjaya menghadapai dan menyelesaikan masaalah segera sebelum menjadi isu utama," kata Tuan Sadiq dalam ucapannya baru-baru ini tentang kejayaan BN menyatukan rakyat berbilang bangsa.
Yang ini, Husin setuju. Tapi 6 tahun terlalu lama untuk selesaikan masaalah yang dah jadi masaalah utama hingga kini.
Tuan Sadiq yang baru-baru ini mula muncul memberi pelbagai ucapan di sana sini turut menyatakan sistem kehakiman yang kuat perlu bagi membenteras rasuah.
Ketika zamannya, dia telah menaikkan taraf BPR dari sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri menjadi Suruhanjaya Bebas. Namun namanya agak tercemar kerana menantu yang jadi Penasihat.
Dan ketika pentadbirannya juga di bayar hakim-hakim besar tanpa sebab musabab dan asas melainkan hanya tuduhan yang belum disahkan oleh mana-mana pihak berkuasa.
Akibat dari kelemahannya, Bar Council menjadi besar kepala dan bukan lagi badan profesyenal mendokong undang-undang tapi NGO hak asasi manusia dan mahu jadi penentu mana satu undang-undang yang mereka mahu ikut dan langgar.
Tuan Sadiq juga membiarkan hingga IFC yang dipelopori Bar Council naik tocang hingga gejala murtad membiak dan kini perempuan Melayu bertudung bernama Nurul Izzah dan rakan2 dalam Sister in Islam menentang syariat tuhan supaya benarkan orang Islam murtad.
Pada tahun 2007, Tuan Sadiq terlepas kata dan kini dipegang orang. Baca sini
Wow! Terlepas kata dalam tidor ka?
Isnin, November 26, 2012
Bandjarmasin ke Badan Masam
Dalam dunia, ada banyak bandar dan bandaraya yang namanya ada bandar.
Di Pahang ada Bandar Pusat Jengka yang kini bergelar Bandar Tun Razak.Hmmm ... akhir-akhir ini, diam saja Mak Lampir.
Di Cheras, ada taman juga bernama Bandar Tun Razak.
Manakala, di Kajang pula ialah Bandar Tun Hussein Onn. Bandar Sunway lagi ... dan lain-lain taman perumahan.
Di Johor, ada Bandar Tenggara.
Di Perak Tengah, ada Bandar Iskandar
Di Brunei, ibu negaranya Bandar Seri Bengawan.
Di Iran, pelabuhannya bernama Bandar Abbas.
Di Sulawesi, Indonesia, tidak ada Bandar, tapi Bandjarmasin
Di Ampang, ada Badan Masam. Bukan bandar atau taman, hanya wakil rakyat PKR, Zuraidah Kamaruddin.
Apa salah berbanggalah dengan dirinya sebagai anak imigren dari Bengkulu yang hijrah ke Singapura, lalu pilih warganegara Malaysia dan dapat naik dari penjual ubat ke ahli Parlimen dan kini ada 4 kereta mewah. [Baca Sel13.com sini.]
Selalunya dialah tuduh orang macam-macam sampai pernah guna surat palsu buat tuduhan PATI, sedangkan dirinya pun pendatang asing dan berkod IC 71.
Wow! Lagi untung auta orang dari jual unta
Rabu, November 21, 2012
Pemimpin Bajau di Langit?
Husin sedang bercuti di Sabah.
Sambil-sambil bercuti, jumpa-jumpa kawan untuk tahu perkembangan di Sabah. Hebat rupanya Anwar Ibrahim. Bukan hebat gagasan atau wawasan tapi hebat temberang.
Satu Semenanjung Anwar jaja macam real dia dapat ramai ikut lompat. Padahal tiada apa-apa berlaku di Sabah. Malah dengarnya dia sedang pening untuk kekalkan kelentongnya mengenai Sabah di Semenanjung.
Perbincangan dengan pelbagai pihak tidak bertemu hasil. Strategi politik dan temberang tak menjadi. Hanya Dato Lajim Ukin dan lima yang lain tersilap percaya akan akhirnya naik jadi Ketua Menteri.
Politik Sabah bukan senang untuk faham, bah!
Sabtu, November 10, 2012
Pengamal ayat kerusi
Apabila Nurul Izzah sebuta Melayu sepatutnya bebas berugama seperti orang bukan Melayu bebas berugama, takkanlah maksudnya orang Melayu tak bebas dalam amalan agama Islam.
Dalam konteks soalan yang ditanya kepada Nurul oleh seorang peguam aktivis hak asasi manusia Melayu bernama Siti Kassim, maksudnya jelas. Tapi Husin cadangkan anda baca tulisan YB Dato Zulkifli Nordin di sini.
Husin tak mendalam dalam pemahaman ugama dan Quran tapi tahulah sedikit-sedikit dari belajar bapak ana yang merupakan seorang Imam dan Naib Kadhi.
Hairan Husin apa perlu orang Islam sibuk sangat nak jadikan Islam sama dengan ugama lain. Apa perlu kita lihat Islam dari kacamata orang bukan Islam? Apa perlu kita terima pakai cara-cara pemikiran dan weltanschauung dari barat?
Isnin, November 05, 2012
Rais bohong ala zaman Wayang Pacak
Zaman kecil-kecil dahulu, satu acara yang Husin gomar bilo balik kampung adalah tengok wayang pacak dari Unit Wayang Gambar, Jabatan Penerangan. Ia dipanggil wayang pacak pasal skrinnya main pakai pacak kayu batang pokok atau buloh.
Padahal Husin duduk di bandar dan rumah ada TV. Setiap kali balik kampung rumah Dato dan ada wayang pacak datang ke kampung, Husin seronok untuk turut serta.
Bukan pasal wayangnya pun, selalunya drama RTM ajo, tapi seronok duduk ramai-ramai atas tikar dengan sepupu-pupu dan pakcik makcik serta jiran tetangga yang kebanyakkannya kaum keluarga sama-sama bentang tikar tengok wayang atas padang.
Lecehnya adalah tongah babak-babak yang best best dan suspens, maso tulah tayangan tergendala. Ado sajo alasan. Masaalah projector lah apo. Sambil itu, kono donga kojap ceramah Jabatan Penerangan.
Wayang free kono lah donga iklannya.
Sabtu, November 03, 2012
Hikayat 'Sadik Sigaraga' bersambung: Enggan letak jawatan
Husin teringat Hikayat Sadik Sigaraga lama yang mengisahkan seorang menantu menjual begitu banyak harta negara hingga rakyat marah kepada ayahanda mertuanya.
Serupa pula macam kisah saudagar penipu bernama Sadik Sigaraga dalam cerita P Ramlee. Cuma kelainan sedikit adalah si Penasihat dengan Menantu orang yang sama. Menantu pula bukan jual harta bapa mertua. Akhirnya ayahanda letak jawatan akibat dari tekanan rakya.
Nampaknya Hikayat lama Sadik Sigaraga boleh disambungkan.
Rabu, Oktober 31, 2012
Husam tuntut royalti minyak ke atas Bertam
Husam terjuling gembira dapat tambah bajet Kelantan dari royalti minyak Bertam |
Menurut Husam, negeri Kelantan berhak mendapat royalti minyak dari kawasan Bertam kerana kawasan tersebut berada dalam perairan negeri Kelantan.
Katanya lagi, dia mendapat arahan dari Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Aziz Nik Mat yang telah bermimpi ketika tidor lepas sembahyang asar di pejabat selepas mendengar berita penjumpaan minyak Bertam semalam.
Dalam mimpi tersebut, Nik Aziz menyaksikan Cik Siti Wan Kembang menandatangani perjanjian dengan Petronas untuk membolehkan carigali dalam tanah jajahan negeri Cik Siti Wan Kembang ketika itu.
Sabtu, Oktober 27, 2012
Mat Sabu lupa satu lagi warna
Mat Sabu nak adakan Perhimpunan BERSIH sebagai petanda kebangkitan rakyat pada awal bulan November.
Peserta diminta datang dalam empat warna. Bukan enam warna untuk mengelak disalah anggap LGBT.
Kuning sebagai lambang perjuangan Bersih untuk pilihanraya bersih. Warna merah lambang tuntutan royalti minyak Kelantan. Hijau sebagai lanbang perjuangan alam sekitar anti Lynas dan anti RAPID Pengerang. Oren lambang anti Felda dan penyenaraian FGVH.
Nampaknya Mat Sabu lupa.
Perjuangan PAS untuk negara Islam dan hukum hudud tiadakah warna?
Wow! Warna wang dari untung jual orang bermacam-macam * Ilham dari Dato Ibrahim Ali
Khamis, Oktober 25, 2012
Sedia bertempur di perhimpunan BERDARAH
Satu perhimpunan BERDARAH akan diadakan pada 26 Oktober 2012 ini. Jangan peduli dengan amaran polis. Di harap semua umat Islam di Malaysia BERSEDIA untuk bertemput!
Anda di haruskan membawa senjata seperti parang, pisau dan juga kapak yang tajam!
PERHIMPUNAN BERDARAH ini bertempat di Masjid dekat rumah anda. Sasaran anda ialah (Lembu dan kambing).
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA, MAAF ZAHIR BATIN
Rabu, Oktober 24, 2012
Nak dekat cuti sekolah
Kawan Husin di Kota Baru hantar gambar di atas. Marah betul dia.
"Dapak air kotor pun minta bayar bil. Kalau tak bayar, dema nak potong air!"
Tanya dia mana duit RM1.3 billion yang sudah diberi kerajaan pusat untuk air telah pergi? Pasang meter pun kita ditipu.
Husin suruh dia bersabar.
"Bayar sajalah bil tu. Kalau kena potong, kan susah."
Lagi pun, dah dekat nak cuti sekolah. Ini yang buat dia lagi marah.
"Gapo mu ni Sing. Takdok kena mengena cuti sekoloh denge bayar bil?!"
Husin jelaskan.
"Mestilah... duit nak pakai segera. Buat melancong ...."
Sabtu, Oktober 20, 2012
ASNA ... Asal bukan Nik Aziz
ASNA ... Asal bukan Nik Aziz! Hidup ATM!
Jawapan rakan-rakan:
Lu tak cium bau syurga nanti, bro ...
Aku butuh ATM. Penting Pak. Tambahan ketika aku putus uang. Maka aku sokong!
Ha ha ha ... ambo orhe umno tapi tkpe ambo sokong ASNA ... he he he
Rabu, Oktober 17, 2012
Ci-bi-uk ... Bukan Cebuk
Seorang rakan baru buka sebuah restoren makanan Sunda di Kajang. Nama restoren itu Rumah Makan Cibiuk.
Nama Cibiuk (atau dituturkan ci-bi-uk) sebut itu bersempana satu sambal yang popular di Jawa bernama sambal Cibiuk. Selain itu, Ciciuk adalah nama satu desa di Jawa Barat.
Dalam sembang-sembang, Husin beritahu rakan tersebut bahawa namanya kurang enak dan akan disalaherti dengan cebok.
Orang Jowo di Johor atau orang Melaka sebut cebok untuk perlakuan membersihkan hadas kecil dengan menyimbah air dari gayung.
"Nanti nama perniagaan jadi bahan dipermainkan," kata Husin.
Seorang kawan pula memberi pandangan, "Husin, kita tidak boleh cibuk-cibuk. Itu biznes rakan kita ini. Terpulanglah pada dia."
Rakan yang isterinya berasal dari kampung sama dengan Husin di Johor, kata mula-mula dia rasa janggal. Lama-lama dia sudah rasa biasa dan tidak apa-apa.
Kawan tadi pun berpendapat namanya unik dan boleh jadi ingatan ramai. Yang penting, makanannya sedap.
Rakan itu berkata, "Yang aku mula-mula risau adalah adakah orang ramai akan oder menu yang ada nasi liwet dan sop bontot? Makna liwet adalah tanak dan sup buntut adalah sop ekor."
Kawan tadi terus berkata, "Kena tukar nama tu."
"Tadi kau tak kasi tukar nama restoren. Nama menu tak unik ka?" taya Husin.
Kawan itu ada saja jawabnya.
"Bayangkan nanti ada pelanggan mintak nasi yang belum di liwet. Takkan pelayan nak jawab maaf Pak nasi kami semua mesti di liwet baru boleh dihidangkan.
"Lepas tu, ada pelayan jeritkan oder. Sup bontot meja sini! Satu kedai tengok nanti."
Ketawa kami ...
Sebenarnya, yang menarik mengenai perniagaan ini adalah amal jariah disebalik usaha ini.
Johan ke? Oh ... Dr Fadhilah Kamsan |
Rumah Makan Cibiuk ini berasal dari Bandung dan amat terkenal sekali. Ada lebih 34 cawangan di Bandung dan Jakarta.
Pemilik asal rangkaian restoren ini, Pak Iyus Ruslan merupakan seorang yang soleh yang objektifnya selain dari berniaga, adalah untuk menolong para hafiz dari pensantren di Indonesia.
Hampir kesemua pekerja dia - panggilan karyawan, (tukang masak dan pelayan) terdiri dari hafiz. Dia melatih para karyawan sehingga boleh pandai berniaga, sekurang-kurangnya membuka restoren.
Zakat perniagaan restoren Cibiuk juga disalurkan pada pesantren-pesantren di Bandung. Dan nawaitu pengusaha restoren ini adalah untuk menggunakan model ini menyokong pengajian hafiz di Malaysia. Insya Allah ....
Maka sila mampir ke:
Rumah Makan Cibiuk
No. 1-G, Jalan Putra 6, Taman Putra Kajang,
43000 Kajang, Selangor Malaysia.
GPS: 2.98, 101.8
Tel: 03-89254918 Email: cibiukmalaysia@gmail.com
Laman web: cibiuk.my Blog: cibiuk.blogspot.com
Nak datang liwet-liwet, pun tak mengapa. Masanya 11.00 pagi hingga ke 11.00 malam.
Wow! Makanan Sunda yang berjaya di KLCC kini ada di Kajang
Isnin, Oktober 15, 2012
Awas bila ekonomi merudum kelak
Husin melihat laporan-laporan berita mengenai kedudukan ekonomi luar negara yang tidak meyakinkan. Negara kita pula begitu mewah memberi bantuan wang tunai kepada rakyat yang kurang berada. Maklumlah potongan cukai dan lain-lain tak akan mereka rasakan sumbangan kerajaan.
Bak kata Mesin Taip Buruk, "...dalam keadaan politik nyawa-nyawa ikan, rakyat bukan setakat mesti diberi ikan dan perlalatan menangkap ikan tetapi Kerajaan juga seharusnya mengenal pasti di mana lokasi yang banyak ikan untuk sampan berlabuh."
Seingat Husin, setiap kali ekonomi merudum dan banyak peniaga dan peminjam tidak dapat servis hutang mereka, ramailah pemungut-pemungut hutang, chettiar-chettiar, loyar-loyar dan lain-lain sewaktu dengannya ini pergi ke rumah-rumah orang untuk mengutip hutang.
Selain hal ini yang mengingatkan Husin kepada satu jenaka lama seorang kawan mengenai hutang, Husin pun terbaca kisah artis seberang dalam blog Pilihan Anda di sini.
Kisahnya seorang lelaki yang berumur dapat isteri muda. Setelah sekian lama mereka bahagia bersama, si lelaki mula sakit-sakit. Maklumlah orang dah banyak umur.
Satu malam lepas makan, dia beritahu pada isterinya, Salmah, "Kalau abang tiada nanti, Mah cari orang lain tak?"
"Eh ... abang ni! Apa cerita yang bukan-bukan ni?" Salmah menjawab.
"Mah tak terfikir ini semua."
"Alah Mah ni ... Abang tanya saja. Hidup lawannya mati. Bila isteri abang lama meninggal, abang cari lain dan jumpa Mah pula. Takkan abang nak nafikan Mah pasangan untuk hidup bersama?" si suami terangkan.
"Entahlah bang...."
"Kalau abang tiada dan sementara menunggu ada orang mahukan Mah, abang tak mahu Mah terasa sunyi ketiadaan abang nanti. Mah simpan anu abang dan bila Mah rindukan abang, Mah sebut nama Mah tiga kali," Terangkan si suami.
Tak berapa tahun meninggal si suami dan tak lama selepas semua urusan si suami selesai datanglah satu chettiar. Dia tahu si suami dah tiada dan dia mencari balunya, Salmah. Ketika itu Salmah tiada di rumah.
Dengan baju lengan pendek dan kain dhoty putehnya serta payung, si cetiar mengintip sana mengintip sini mencari pintu atau tingkap yang terbuka. Sebaik tak jumpa, dia terus berteriak saja, "Salmah! Salmah! Salmah!"
Kenapa tidak kasi Assamualaikum? Dia bukan Islam, nak buat macam mana?
Tiada sahut lalu dia nak teriak lagi. Belum dia teriak, tiba-tiba kedengar bunyi bising dan kelihat seketul pisang terbang menerpanya. Dah hampir dekat baru dia dapat kenal pisang itu.
Ayoyo ... sambil menjerit-jerit dalam bahasa Tamil dia mencecet lari.
Oleh yang demikian, beringat sedikit wahai chettiar dan pemungut hutang bila ke rumah orang yang kosong dan sunyi. Tidak boleh teka apa yang menerpa keluar nanti. Kalau tak anjing ...
Itulah sebab ajaran Islam menggalakkkan kamu menghalalkan hutang jika peminjam tidak mampu membayar.
Wow! Baik dijual bank-bank dari dijual harta peniaga yang bank rampas
Isnin, Oktober 08, 2012
Semua turun melainkan ...
Kerajaan keluarkan cadangan Bajet. Pakatan Rakyat yang tidak memegang tampuk kerajaan pusat pun nak keluarkan bajet.
Ketika mengumumkan Bajet, macam-macam yang diumumkan turun oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.
"Dari dulu saya sudah janjikan. Hari ini Pakatan Rakyat menang, besuk minyak turun lima puloh sen.
"Selain dari penurunan harga petrol, cukai eksais kereta pun akan diturunkan."
Tambahnya lagi, Anwar berkata, "Bayaran tol akan dikaji semula supaya turun. Bayaran balik PTPTN bukan setakat diturunkan tapi dihapuskan. Yuran pendidikan tinggi dan Wifi percuma," tambah Anwar.
"Tariff bayaran elektrik pun turut diturunkan."
Selain itu, Anwar menjanjikan imbuhan guru ditambah RM500 sebulan, gaji minima dinaikkan RM1,100, suri rumah dapat elaun RM1,000 setahun, bonus tahunan warga emas RM1,000 setahun dan dinaikkan bantuan kebajikan dari RM300 ke RM550 sebulan.
"Semua tambahan perbelanjaan ini selari dengan tema kita supaya semua turun.
"Unjuran kami mendapati lebihan bajet akan turun hingga mencecah defisit RM220.6 billion. Insya Allah, kita akan turunkan tahap pengurusan kewangan kita agar mencapai prestasi Greece dan Italy, ujar Anwar.
"Dalam masa dua tahun, tercapai hajat kita untuk bankrupkan Malaysia.
"Ya, ada apa-apa soalan?"
Wartawan bertanya, "Dato Seri, saya yakin dengan cara pengurusan yang telah ditunjukkan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, bajet ini boleh mencapai sasarannya. Tetapi ...."
"Tetapi apa?" tanya Anwar.
"Tetapi ..."
"Tanyalah! Tanyalah! Kita sentiasa telus dan terbuka!" Anwar mendesak.
"Dato Seri, saya percaya semua ini boleh dikasi turun tapi anu Dato Seri boleh kasi turunkah?"
"Sialan ... Awak mana punya suratkhabar! Siapa hantar awak sini!?" Anwar naik birang.
"Dato Seri, saya tanya untuk orang ramai mahu tahu kenapa itu anu susah mahu turun. Naik saja ... Demi freedom of the press." balas wartawan.
"Ohhh bila saya freedom of the press. Bila saya ketelusan.
"Berapa UMNO kasi bayar sama awak? Ada dapat Datok kah bila jadi banjingan UMNO? Jawab soalan saya dulu. Saya mahu tanya ...."
Membebel panjang Anwar bila dia kena soalan cupumas wartawan. Adakah begini rupa kerajaan telus dan bebas yang dijanjikannya?
Hehehe....begitulah temberang Bajet Anwar yang tak masuk akal.
Wow! Harga jual orang masih lebih mahal dari jual unta
Jumaat, Oktober 05, 2012
Tok Ali kahwin pasti lagi ramai
Husin dapat jemputan Dato Ali Rustam melalui SMS orang kuatnya tetapi hari itu ada macam-macam hal anak dan mak, maka tidak dapat hadiri majlis perkahwinan tersebut.
Majlis Bar-B-Que kawan pun tak sanggup terima jemputan.
Mula-mula ada rakan yang buat lawak kata ini gimik pilihanraya. Untuk memberi rakyat makan, Dato Ali Rustam sudah suruh anak sulongnya kahwin.
"Pilihanraya nak dekat. Ayah nak panggil orang satu Melaka makan tapi ayah tak ada alasan. Satu alasan yang baik iaitu kau kena kahwin wan..." Tok Ali menyuarakan permintaan pada anaknya.
"Baik ayah, Siapa pasangan saya?" jawab anak yang setia pada ibu bapa.
Sebenarnya tidak.
Anak sulong Tok Ali, Mohd Ridhwan, 26 memang sudah bertemu jodohnya dengan Nor Azieha Mohd Ali, 26 juga.
Selasa, Oktober 02, 2012
Rumah Azmin tiada cermin muka
Gambar rumah tidak bercermin muka yang dipetik dari Sahabat Gunung sini |
Macam mana agaknya dia sikap rambutnya kemas-kemas jika tiada cermin muka di rumah? Begitulah nampaknya bila YB Azmin membuat kenyataan berikut:
Sabtu, September 29, 2012
Rosnah sedarkan rakyat tentang masaalah obesiti
Husin terbaca di akhbar hari ni berkenaan Minggu Kesedaran Obesiti Dunia (World Obesity Awareness Week) yang akan diadakan pada Oktober 15-19. Diharap pelbagai maklumat mengenai obesiti dapat diperolehi dan difahami pada minggu tersebut.
Husin ingin sangat nak kuruskan badan yang sudah memang kurus. Ramai yang suruh kurangkan makan unta dan makanan berlemak. Adalah pula yang kata supaya utamakan pengurangan makanan yang manis, nasi putiih, dan makanan karbohidrat.atau gula kompleks.
Tahniah perlu diberi pada Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Rosnah Abdul Rashid yang merangkap Ketua Puteri Malaysia dalam usahanya membasmi obesiti dikalangan rakyat Malaysia.
Jumaat, September 14, 2012
PANAS! KUNYIT hangit ... Jam Omega dah jumpa!
Dijumpai sebagai iklan di mukadepan The Star bertarikh Mei 9hb 2011.
Tak percaya? Tengok gambar berikut:
Sabtu, September 08, 2012
Mencari gambar Ammar
Keberanian Ammar menunjukkan punggungnya kepada gambar Najib dan Rosmah begitu dikagumi Anwar Ibrahim.
Malahan dia dikhabarkan tidak takut langsung bila disoalsiasat polis. Dia tidak menunjukkan rasa bersalah langsung. Malahan dia anggap pendedahan punggungnya perkara biasa saja macam di Eropah. Kumpulan Sex Pistol biasa buat demikian di Eropah, tak ada hal.
Memang pun.
Ahad, September 02, 2012
Menolak rukunegara
Dilaporkan di sini, Anwar tidak mahu angkat tangan ketika ikrar dibacakan ketika majlis menyambut kemerdekaan Selangor.
Ikrar mengandungi 5 prinsip rukunegara yang menghendaki semua rakyat Malaysia mesti pegang kepada lima prinsip:
1. Kepercayaan Kepada TuhanKalau tidak setuju pada Rukunegara, ia bermakna Anwar mungkin berpegang kepada Rukundurjana mendokong 5 prinsip yang bercanggah dengan rukunegara ia-itu:
2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan
Khamis, Ogos 30, 2012
Bila sarkas datang ke pekan
Itulah terjemaahan, "when the circus came to town".
Maka akan dapat dilihat pertunjukkan kata-kata aksi trapeze berbelit-belit di awang-awangan untuk menghasut penuntun dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.
Selalunya dimulakan atau diakhiri dengan aksi menggerunkan dan mencemaskan dengan harimau berupa pertembungan dengan pihak berkuasa keselamatan.
Semua ini dilakukan dengan selitan jenaka badut untuk mencuit hati penuntun.
Dalam filem P Ramlee dulu-dulu, dia menyindir dengan ejaan "alif mim nun wau ... sarkas!"
Jaman dah berubah. Tak payah ke mesyuarat parti politik untuk lihat pertunjukkan sarkas. Tunggu bas Pee Gay Arr ... datang ke pekan anda.
Wow! Lagi selamat jual unta dari jinakkan rimau
Selasa, Ogos 28, 2012
Janji Atuk pada "cucu" ditepati
Perayaan kemerdekaan tahun ini nampaknya meriah betul. Ada pelbagai macam-macam poster kemerdekaan.
Poster ini menunjukkan kanak-kanak tersenyum yang membawa mesej rakyat suka dan gembira apabila kerajaan telah tepai janji kontrak sosial yang diperlembagaankan 55 tahun dahulu ketika nak merdeka.
Jumaat, Ogos 24, 2012
Kawalan ketat untuk naik bas kempen Anwar
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim telah membeli bas kempen untuk kegunaan Penasihat Kewangan Negeri Selangor, Dato Seri Anwar Ibrahim.
Rabu, Ogos 22, 2012
Petanda mangsa liwat
Kalau ditanya tertuduh, pasti dia akan menafikan dan macam-macam helah akan dilberi. Lagi pula dia kaki kelentong dan penipu besar.
Namun begitu, siapa nak mengaku jika hukuman untuk 366B kanun keseksaan melibatkan penjara beberapa tahun?
Selasa, Ogos 21, 2012
Budak sekarang kenakan YB masa beraya?
Di musin raya ini, budak-budak buat satu geng untuk raya dari rumah ke rumah. Kita tahu budak-budak ini datang hanya untuk duit raya tapi keluarga Husin pastikan kedatangan budak-budak ini diraikan.
Keluarga kami akan pastikan budak-budak ini dihidangkan air Maklumlah haus budak-budak ini berjalan. Sambil tu, container kueh dipastikan berisi. Ada makanan pun dihidangkan. Kita akan bantu mulakan perbualan dan tanya soalan dan adakala berikan nasihat.
Pantang kami untuk kasikan mereka duit sebelum mereka masuk rumah. Kunjungan kanak-kanak ini membawa bersama doa dan rahmat. Satu hari mereka akan membesar dan layanan kita kepada kedatangan mereka akan tertera dalam ingatan.
Sabtu, Ogos 18, 2012
Ampun Maaf dipinta
Sahabat ku ...
Usahlah mohon MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Aku sentiasa bersedia memaafkan mu sebelum kamu melakukan apa saja dosa dan sebesar mana pun sekali terhadap ku.
Harap ucapan sedemikian dirahsiakan dan tidak diketahui sahabat2 kita yang lain dan juga orang ramai.
Usahlah mohon MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Aku sentiasa bersedia memaafkan mu sebelum kamu melakukan apa saja dosa dan sebesar mana pun sekali terhadap ku.
Harap ucapan sedemikian dirahsiakan dan tidak diketahui sahabat2 kita yang lain dan juga orang ramai.
Khamis, Ogos 16, 2012
Kalau anak susah bangun sahur ....
....tak bangun juga, tak tahulah.
Sebenarnya mak bapak kena juga bangun sahur. Kejutkan anak tu pelan-pelan dan baik-baik. Makan sama-sama dan latih anak tu ...
Hehehe.... berapa hari aje lagi, nak. Lepas ni raya sakanlah ko.
Rabu, Ogos 15, 2012
Laman Web paling power
Internet sudah jadi begitu powerful dan boleh membawa perubahan sosio-politik. Maka laman-laman web di Internet mula mengadu domba dan tunjuk terer mengaku masing-masing power dan berpengaruh terhadap dunia.
WIKIPEDIA: "Aku tahu semua, beb. Aku pandai!"
FACEBOOK: "Aku pula kenal dengan semua orang. Aku boleh mempengaruhi ramai orang."
FRIENDSTER: "Alah Facebook, semua kenalan kau tu, kau curi dari aku! Aku yang terer sebenarnya."
MYSPACE: "Kami musuh anda wahai Facebook. Kami akan kejar kamu hingga jadi leboh kuat dan berpengaruh!"
Langgan:
Catatan (Atom)