Isnin, Jun 30, 2008

Apa best sangat di Turki?

Husin tertanya-tanya kenapa ada orang menyorok dan mahu meminta suaka politik ke Turki?

Rupanya ranjau malam di Turki bergelora sekali.



Dan kalau bukan yang seperti citarasa, boleh tengok yang ini.



Untuk wanita miskin yang tidak cukup kain untuk buat pakaian, Husin hanya terkata, Wow!

Ahad, Jun 29, 2008

Where exactly is Anwar, now?

Since the explosive story about young Saiful Bukhary Azlan made a Police report in Hospital Kuala Lumpur Police Beat exactly 24 hours ago, no one ever heard from Anwar.

We only had PKR Vice President R. Sivarasah, then PKR President Wan Azizah Wan Ismail making statements.

We also heard stories that 1,000 PKR members surrounded Quality Inn hotel in Shah Alam and barred anyone from coming up to meet Anwar. The Police have not taken any statements from him yet, after the Police report made.

Why hasn’t Anwar faced the media yet, personally, rather than have his statement read by his reps?

Unconfirmed reports also said Anwar sought asylum in the Turkish Embassy in Kuala Lumpur, citing fear of assassination. Stories also rave around the sms that the Turkish Foreign Office will issue a statement on this.

If this story is good, then some of us should help him. We should set up an NGO immediately; LIBERATION of INTERNATIONAL WORKINGGROUP for ANWAR in TURKEY or L.I.W.A.T. for short.

Any takers?

(From http://bigdogdotcom.wordpress.com/)

Jumaat, Jun 27, 2008

Membina Masjid, Membunuh Yahudi

Tiap-tiap kawasan hendak di bina Masjid Hadhari, kata Dato Ahmad Zahid Hamidi, Menteri "Ugama". Masjid pun hendak di Hadharikan. Padahal apa yang dikatakan itu adalah amalan Rasulullah untuk mengimarahkan Masjid. Tak ada pun dipanggil hadhari masa itu.

Inilah pentadbiran zaman Dolah, asyik kerja meranapkan dan menjenama semula tetapi tak ada apa yang dicapai. Buatlah Masjid Hadhari di negeri-negeri yang dimenangi BN, tak usah cerita Terengganu itu negeri Islam Hadhari Bijak Bestari.

Atas nama Hadhari, Patrick Lim tipu rakyat Terengganu dengan Masjid Kristal tetapi sebenarnya kaca. Dari atas jambatan nampak besar macam Masjid, tetapi sebenarnya surau. Surau berharga RM250 juta yang mana tidak cukup jemaah untuk buat sembahyang jumaat. Taman Ketamadunan Islam yang nampaknya tempat permainan kanak-kanak.


Katanya Tuanku Sultan Terengganu enggan merasmikan Masjid kerana begitu buruk kualiti kerja hingga sana sini rosak dan tidak baik mutu kerja.

Apa pula nak jadi jika banyak Masjid Hadhari nanti. Nampaknya tanggungjawab Menteri Ugama untuk membetulkan keadaan ini dengan kebolehannya menyebut perkataan-perkataan Arab dan ayat-ayat bagi mengembangkan Islam Hadhari. Macam stail Brader.

Baru-baru ini, didedah dalam satu Majlis bahawa Zahid pernah diarahkan Brader dari dalam jail untuk tubuh parti lain semasa dia dilepaskan dari ISA. Orang lain ikut parti itu tapi dia tidak masuk.

Eh eh eh ... macam Dolah yang terlibat dengan S46 tapi tak masuk. Kalau jadi PM, berpotensi menjadi satu lagi Dolah Badawi.

Tapi jangan diperkecilkan. Walaupun Zahid berkebolehan menyebut perkataan Inggeris "father" sebagai "fade", dia ada cita-cita untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Mahu jadi Imam ummah Melayu dan Islam di Malaysia.

Orang bercita-cita tidak boleh ditahan, tapi kena ingatkan.

Sebelum jadi Imam besar, Masjid sendiri perlu bersih dan aman. Baru boleh jaga Masjid orang lain. Jangan sampai ada timbul fitnah, kerana fitnah dan syak wasangka tidak timbul dengan sendirinya tapi berpunca dari salah laku sendiri.

Hendak jadi Imam besar, kena bersih diri dari perbuatan munafik. Tuduh orang tetapi sendiri pun bikin. Adab dan sopan santun kena jaga. Jangan perangai macam lalang. Baru betul membina Masjid Besar. Kalau tidak, serupa membina Masjid Hadhari.

Wow! Malam Jumaat boleh buat pahala bunuh Yahudi Zionis. Hi Sayang .... kena bina Masjid dahulu baru mandi sama-sama.

Rabu, Jun 25, 2008

Hari Ini Hari Kau, Besok ...


Dilaporkan Majlis Tertinggi UMNO yang diketuai Tuan Sadiq Sigaraga telah mengeluarkan tataetika baru pemilihan UMNO. Tujuan etika ini adalah untuk menjamin pemilihan berjalan dengan lancar dan bersih dari elemen-elemen kurang baik.

Ejen, pelobi, pengurus kempen dan perayu undi tidak dibenarkan dan mereka yang melakukan boleh digantung keahlian dan dipecat daripada parti. Abdul Wahub berkata, "Ini amat adil sekali. Ia menunjukkan ketegasan dan keterbukaan; tegas kepada saya dan terbuka kepada Tuan."

Calon-calon pula tidak dibenarkan menghadiri majlis perkahwinan, tahlil dan kesyukuran. Abdul Wahub berpendapat, "Ini amat baik sekali kerana hanya calon-calon yang berjawatan sahaja yang ke hadapan dalam Majlis-Majlis rasmi. Ini menunjukkan pengurusan ekonomi yang baik."

Tataetika ini mula berkuatkuasa Julai 1hb, 2008. Pemilihan UMNO di peringkat cawangan akan bermula dari 17 Julai, bahagian dari 9 Oktober dan peringkat Pusat dari 16 Disember. Presiden pun sudah selesai bertemu Ketua-Ketua Cawangan. Abdul Wahub berpendapat, "Ini amat bijak sekali kerana orang lain tidak perlu berkempen. Ini menunjukkan kebolehan dalam menggunakan kuasa."

Sebarang usaha untuk berkempen perlu diaturkan oleh pihak Perhubungan Negeri. Abdul Wahub berpendapat, "Ini amat meyakinkan kerana pihak perhubungan boleh mengurangkan atrcara berkempen. Ini menunjukkan pengurusan yang jimat cermat."

Mengikut Perkara 7.2 tataetika, adalah menjadi kesalahan bagi ahli-ahli UMNO mempertikaikan keputusan-keputusan MT dan Lembaga Disiplin. Abdula Wahub berpendapat, "Ini amat cekap sekali kerana bila banyak orang bercakap, susah untuk memerintah. Ia menunjukkan amalan demokrasi."

"Apa ini semuanya baik dan setuju, dia tidak marah?!," Sadiq bertanya dengan hairan kepada Tuan Penasihatnya.

"Sekejap lagi dia akan marah," jawab Tuan Penasihat untuk menyedapkan hati bosnya.

... sambil itu berbaring di kandang kuda, Abdul Wahub merenung ke siling dan berkata, "Tak apa Sadiq Sigaraga. Hari ini hari kau, besok hari aku ..."

Wow! Menunggu bapak mertua hendak kena jual.

Selasa, Jun 24, 2008

SMS Dari Khalid

Rahman menalipon Yahya Saari, Setiausaha Sulit Pejabat Menteri Besar Selangor,"Yahya, aku dapat SMS ini dan rasanya untuk engkau. Aku tak faham isi kandungnya."

"Kau forward kat akulah."

Dalam hatinya, dia sudah merasakan ada sesuatu tidak kena sedang berlaku. Tet! tet! ... bunyi signal handphone memberitahu kemasukkan SMS baru. Dibacanya:

"Tetotolong be..be..be..berita...ta..ta..hu Yaye. Awak..wak ...aaa de..aaaa...dengan iii..ini ... aaaa di..di...aaaa..gan...tung..tung..tung du..du..du..dua bulan ke..ke..ker..kerja. Kekekekalau ...aaa... Bip..Bip...Bip.. P ..Arrr lepas, bebebole ker ker kerja balik."

Ah! Ini SMS si Khalid la, kata Yahya dalam hati. Teruknya gagap si Khalid sampai tulis SMS pun ikut gagap.

Ditalipon Rahman, "Aku dah dapat dah. Itu SMS boss."

"Apa hal?"

"Dia gantung aku pasal laporan polis hari itu. Celaka punya Khalid. Penakut nak beritahu sendiri. Dia ingat aku tak tahu apa dia buat belakang-belakang," beritahu Yahya dengan geram.

Hari itu, Khalid kata siasatan awal BPR tidak menunjukkan apa-apa masaalah dan dia akan hantar Yahya pergi kursus. Rupanya ia bermaksud gantung.

Berita terbaru mengatakan, Yahya sudah berhenti dari menjadi Setiausaha Sulit Khalid. Sahlah seperti dikatakan orang bahawa ini cara tidak ada hati perut orang korporat untuk memberhentikan orang dan menutup salah diri.

Padan hari Ahad, ada demo tuntut Khalid turun di Gombak. Malam tadi orang berkerumun dihadapan rumah rasmi Khalid dan hari ini mereka bertemu Anwar Ibrahim dirumahnya tengahhari.

Baguslah digantung bergaji sementara penyiasatan. Tuluskan? Kenapa Yahya marah?

Rupa-rupanya ada cerita lain. Ada orang kata laporan polis itu didalang oleh kaum keluarga Khalid yang tidak suka Yahya. Ada yang melihat ini adalah usaha untuk mengetepikan akar umbi reformasi untuk membawa orang-orang korporat masuk.

Maklumat hampir dengan maklumat Si Lempoyang memberitahu Khalid mendalang laporan untuk buat sandiwara.

Apahal pun letih Husin melihat sandiwara Khalid dengan taktik alih pandang.

Baru 100 hari dah macam-macam cerita. Dari nak buat kilang babi ke banyaknya rumah urut. Kasi air free tapi ranapkan syarikat negeri KDEB. Bila ditegur dia tuduh pentadbiran lepas?

Nak rayakan 100 hari buat apa? Apa hasil yang nak diraikan?

Tet! Tet! ... SMS baru masuk dalam handphone Yahya ...

"Per..per..per..le..le..le..takkan..kan..kan jawa..tan..tan..tan ke..ke..ka..kamu diteri...mememama."

Wow! Husin hanya menegur. Kalau tak mahu dengar, nanti kena jual macam Sadiq Sigaraga.

Isnin, Jun 23, 2008

Campaign For The Introduction Of A Malaysian Word


This SMS Campaign have been going for the last two months and it deserves our support. It reads:

There are possible plans underway to apply to the Oxford and Webster Dictionary to introduce a new word for their latest 2009 edition.

badawi (baa-daa-wee) v.t. To start something full of promise but end in disappointment, failure and/or disaster. eg. 1. I'm trusting you too perform this task well. Don't do a badawi, ok? 2. France badawied their Euro 2008 campaign. 3. England pre-badawied theirs, while Italy were guilty of over-badawification!

Certainly a useful word to describe a certain specific action. This is another accolade for Malaysia which no more seek to Boleh (Can do) but surprisingly is seeking to attain Cemerlang, Gemilang and Terbilang (Glorious, Outstanding and Distinction).

Husin see another derived word, badawilisation to describe the disillusion to start a new civilisation or religion but it is too confusing to be understood and although end up as failure and disappointment, still is being pursued. eg. Islam Hadhari.

Wow! Make more money selling people than camels ma ...

Ahad, Jun 22, 2008

Kenapa Dolah Menangis?

Gambar sebelah adalah rupa Dolah apabila dia merenong jauh dan resah memikirkan sesuatu.

Sekarang ini, Husin rasa dia sedang risau memikirkan tuntutan berhenti oleh akarumbi. Semalam teruk dia dibelasah cawangan-cawangan seluruh Johor. Isnin ini apa pulak jadi dengan undi tak percaya dari SAPP. Apa sebab dia tidak mahu turun?

Husin tahu tapi belum ceritakan. Semalam ceritanya terkeluar dalam Majlis Tun Dr Mahathir di Ipoh. Mesti cerita Si Lempoyang sampai ke telinga Tun. Mulut murai mana yang gatal sampaikan?

Supaya anda tidak keliru, Husin terangkan. Ceh macam Mat Taib berucap yang asyik jangan keliru, macam orang ramai ini bodoh sangat. Sebenarnya Husin Lempoyang bukan seorang tetapi Husin adalah perawinya dan Si Lempoyang.

Berbalik kepada cerita sebabnya. Ini bukan cerita buat-buat.

Pada tahun 1988 lebih kurang, lepas perlawanan Team A dan Team B berakhir dengan Team B kalah, Ku Li suruh semua yang bertanding dan kalah berhenti dari kabinet. Ini adalah cara yang berprinsip. Maka ada yang berhenti dan mengikut sejarah mereka lawan di mahkamah dan akhirnya kalah dan jadi parti Semangat 46.

Kita tahu bahawa yang tak ikut S46 adalah Musang Hitam, Shahrir Si Tiung dan Dolah. Kira belotlah. Musang terus pencen dari politik dan diberi macam-macam tugas oleh Tun. Si Tiung jaga kedai dobi dan lama-lama lepas Dr Mahathir reda, dibawa balik jadi MP. Dolah yang belot dahulu.

Ramai tidak tahu bahawa Dolah sebenarnya adalah pendalang utama bawa UMNO ke mahkamah dimana mesyuarat pertama dirumahnya di Bangsar. Semasa itu, dia menang sebagai Naib Presiden. Maka Dolah sebagai Naib Presiden dan diatur oleh Mantan Setiausaha Agong UMNO, Radzi yang sebenarnya membawa UMNO ke mahkamah.

Bukan Ku Li yang sering puak-puak Musang Hitam ini salahkan. Ku Li tidak tahu menahu pasal lepas kalah dia holiday ke Eropah. Bila balik, dah berlaku dan orang ajak dia jadi ini itu, dia terima atas permintaan penyokong.

Hakim Harun Hashim yang sepatutnya menentukan pilihan UMNO itu haram dan bukan UMNO diharamkan. Ini kerja puak-puak Musang Hitam salahkan Dr Mahathir pulak. Orang-orang Musang memang jahat sampai sekarang.

Bila UMNO bubar dan buat balik UMNO baru, Dolah ditawarkan sebagai Naib Presiden penaja dan menerima. Maka Dolah yang perancang utama hingga UMNO diharamkan adalah orang pertama masuk balik UMNO Baru. Sepanjang masa, dia beriya-iya hendak balik jadi Menteri hingga menggunakan seorang Sultan untuk pujuk Dr Mahathir.

Kenapa dia bertindak demikian seperti orang yang tidak ada tulang belakang? BUkan kerana dia mahu selamatkan UMNO dan mahu Melayu bersatu atau lebih pentingkan perjuangan dari peribadi. Ini semua temberang dan pembohong Dolah macam sekarang juga.

Semasa Menteri-Menteri dari kumpulan yang kalah ini letak jawatan bersama Ku Li atas dasar prinsip, Dolah dan Kadiaq Mamak yang tidak meletakan jawatan Menteri. Sebab Kadiaq kita tak tahu, tetapi Dolah kita tahu. Kadiaq pun orang Musang juga.

Semasa hari Rabu lepas pemilihan, Dolah ingat semua business as usual. Dia pergi Mesyuarat Kabinet dan lepas itu, dia ada rancangan untuk makan tengahhari dengan Si Lempoyang yang menunggu di pejabat. Sesampainya ke pejabatnya di MINDEF (semasa itu dia Menteri Pertahanan), satu surat sampai.

Dolah tersentak kerana surat itu surat ia pemberhentian. Masa itu Si Lempoyang melihat Dolah berubah muka menangis. Dalam hatinya berasa hairan, dah masuk lawan dengan Team B dan kalah, mestilah kemungkinan ini berlaku. Sebagai Menteri, kerja bukan kerja tetap dan sentiasa boleh ditukar bila-bila masa.

Selepas dia uruskan apa yang perlu dilakukan, Pak Lah balik dan dia ajak Si Lempoyang ikut sama balik dalam kereta untuk teman dia yang sedih. Dalam kereta dia mengeluh dengan tangisan, "Pak Lah ini Menteri tau. Kesana kemari ada kolonel angkat beg dan cermin mata Pak Lah."

Rupanya besar benar erti jadi Menteri dari prinsip yang diperjuangkan oleh Team B masa itu. Pada Husin masa itu, Team A atau Team B, berbezanya adalah pada pendekatan, semangat perjuangan sama.

Rupanya besar padanya untuk ada seorang Kolonel angkat beg dan cermin matanya. Askar tabik padanya perasaan hebat sangat. Padahal dia bukan pegawai askar.

Si Lempoyang sound terus.

Itu yang dalam fikiran Pak Lah sekarang gut?

Ini satu lagi Dolah pernah kata pada Si Lempoyang, "Sekarang kita diam-diam dan ikut saja. Bila dah naik, time kita pulak."

Ini yang Kamaluddin dan Khairy buat gut, pasal time dia.

Jangan pulak hangpa semua nak menangis, pasal hangpa bukan Menteri. Rasanya hangpa patut menangis kerana inilah pemimpin bangsa, agama dan negara kita yang perasan diri cemerlang, gemilang dan terbilang. Padahal seperti kata seorang Ketua Cawangan Johor direct pada Dolah, dia sudah membawa huru hara kepada negara dan menggadaikan kedaulatan Melayu di Tanah Melayu.

Mari kita semua usaha sungguh-sungguh demi alif ba ta untuk memastikan Dolah menangis secepat mungkin. Kalau Tok Najib nak cepat naik PM, janjikan pada Dolah seorang kolonel yang akan sentiasa bersama untu membawa beg dan cermin mata masa dia pencen di Perth kelak.

Wow! Bangga cerita Husin Lempoyang disampaikan oleh Tun Dr Mahathir sendiri. Dia pun menangis juga dulu.


* Updated 23/6/2008 8:51

Jumaat, Jun 20, 2008

Apa Itu Keadilan?

Mutakhir ini, perkataan keadilan sering disebut-sebut. Satunya kerana sejak Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah dapat mengetuai negeri Selangor.

Selain itu, kerana Dolah ada seekor lembu baru bernama Zaid yang terlalu asyik menguak-nguak mengenai keadilan tetapi sebenarnya dilembukan Dolah untuk menghina Dr Mahathir. Apa punya saudara mara?

Seorang anak muda bertanya kepada seorang pemimpin veteran meminta penjelasan mengenai perkembangan terbaru ini dan floodgate yang terbuka luas sejak PRU12.

Pemimpin ini memberitahu walau apa loyar-loyar kata, kita perlu faham keadilan itu ada lima jenis.

Pertama, keadilan dari kacamata barat. Mengikut pemahaman mereka, ianya berdasarkan hak. Jika seorang isteri orang bertokcek dengan suami orang, ia tidak salah dari segi undang-undang dan keadilan kerana hak masing-masing.

Kedua, keadilan Islam. Ini kita ketahui adalah keadilan yang komprehensif bukan hanya berdasarkan apa yang tertulis dan semangat ia digubal tetapi kebijaksanaan dalam mengambilkira situasi dan fitrah manusia.

Ketiga, keadilan dari kacamata orang Melayu. Untuk orang Melayu, benda lain tak kisah asal mereka dapat hak keistimewaan, tanah rizab Melayu, sistem raja dikekal, Islam ugama persekutuan, dan bahasa Melayu bahasa rasmi.

Benda lain mereka kena tipu dan didominasi mereka tak kisah. Pada mereka dah adil dah hak keistimewaan yang hanya mengenai biasiswa, lesen berniaga, kerja kerajaan, dan lain-lain berkaitan.

Keempat adalah keadilan Cina dan India. Pada mereka, walau banyak mana harta, luas pernaigaan, tinggi pelajaran dan pangkat dan kekuatan lain mereka, sesuatu keadilan itu tercapai hanya setelah mereka dapat apa yang Melayu dapat. Maka mereka berjuang dan bersuara melalui parti politik dan NGO untuk menuntut apa yang Melayu dapat.

Akhir sekali adalah keadilan dari kacamata orang Pulau Pinang. Undang-undang, peraturan, dan amalan boleh dilanggar asal Dolah kekal PM, Khairy bakal PM dan Kamal billionaire. Manakala, apa saja tipuhelah itu sah dan adil asalkan Brader Anwar Bin Ibrahim dapat jadi Perdana Menteri.

Wow! Kalau tak mahu Husin kutuk lagi orang Pulau Pinang, cepat-cepat terajang dua orang ini. Mamak! Kasi dua undi tak percaya, tarik baik-baik.

Rabu, Jun 18, 2008

Tuan Penasihat! Tuan Penasihat! Apa saya nak buat??!!!!

"Tuan penasihat, tuan penasihat, apa sudah jadi?," Tuan Sadiq Sigaraga mendesak-desak setelah mengetahui SAPP mengeluarkan kenyataan tiada keyakinan.

"Sabar Tuan Sadiq, sabar Tuan Sadiq, ini semua hanya permainan saja."

"Itulah kau. Aku sudah mahu mengundur, tetapi engkau tahan-tahan. Kalau aku mengundur, bukankah aku nampak terhormat!"

"Kita tidak boleh buat kerja terburu-buru. Saya pasti kita boleh tangani ini semua. Kita telah jumpa mereka dan kasi jawatan. Sekarang kita tawarkan macam-macam lagi yang lain. Jangan lupa tuan, anak tuan dan sepupu isterinya banyak hutang," ujar Kassim Pantalon, lawyer kaki belit yang juga penasihat Sadiq Sigaraga.

"Apa kita hendak buat?"

"Itu senang sahaja. Kita jumpa semua ketua-ketua cawangan. Kita pujuk baik-baik. Suruh mereka datang Putrajaya. Kita kasi tikar sembahyang dan kain. Selokkan duit yang berjasa RM50, 100. RM150 dan RM200."


"Bagi masaalah Sabah, kita tawarkan jawatan Pengerusi Dewan, kita tawarkan jawatan Timbalan Menteri dan Ketua Bangku Belakang, dan kita tawarkan ....."

Belum habis Tuan Penasihat memberi cadangan, kerani Tuan Saddiq mengetok pintu.

"Masuk!" suruh Tuan Saddiq.

"Tuan Sadiq, kita kalah dalam keputusan mahkamah. Sanglang kena pilihanraya kecil. Kuala Kangsar dan Kulim pun dijangka pilihanraya kecil. Anwar, Saudagar Minyak Jub Jub pun dah mahu bertanding."

"Botak kepala aku, Tuan Penasihat. Dalam perjumpaan dengan ketua-ketua cawangan pun saya kena balun. Ini hendak jumpa rakyat bawah. Baru nak selesaikan satu masaalah, sudah datang menimpa lagi masaalah-masaalah lain. Macam mahu menang pilihanraya kecil? Ini semua kamu punya pasal, Kassim Pantalon!" reaksi Sadiq sudah agak marah.

"Sabar Tuan Sadiq, jangan marah nanti kita kena jual."

"Ini semua pasal Ghasidah, kahwin dengan suami tak guna!"

Dalam tidak semena-mena, timbul Abdul Wahub dari belakang pintu, "Ayahanda marah?"

Wow! Selagi tak undur si tua kerepot, lagi sial negara aku.

Ikut KJ Cakap

Apabila KJ cadang ...


... minggu hadapan Tan Sri Hasan Merican sudah kena membuat laporan.

Padahal dalam TV, bagai nak gila yok yok Si Shahrir Tiung pertahan dan putarbelit tuntutan YB Salahuddin Ayub supaya Petronas lebih telus dengan laporan kewangannya.

Apabila KJ nampak macam setuju pulangkan wang ehsan tetapi tidak kata demikian ...

... PM pun "saya yang mengikut perintah" ...


... dan Terengganu dapat 5% saja hak pengurusan. Apa benda 5 % hak pengurusan? Kalau saham 5%, serupa tidak ada kuasa. Kenapa hanya 5% peratus dan bukan 100%? Mungkin bukan KJ tapi Patrick Lim yang tidak setuju.

Wah dah cakap macam Mukhriz ...


Sat lagi ulang apa Mukhriz kata dan mengaku anda liabiliti negara dan parti.

Wow! Dapat kasi sebiji pada tuan penasihat. Berapa komisyen Maybank beli Bank Indonesia Indonesia International dari Temasek pada harga 4.6 kali nilai buku berbanding pasaran 2.5 kali? Emaknya dapat 20% ke?

Selasa, Jun 17, 2008

Membangunkan Tenaga Alternatif

Apabila harga minyak naik, maka sekali lagi kita dengar seruan perlunya membangunkan sumber tenaga alternatif. Kita banyak tenaga alternatif yang boleh dibangunkan tetapi oleh sebab subsidi minyak, minyak masih murah. Selagi tak terantuk, kita tak terngadang.

Jika penyelidik kita mahu cuba, Husin ada ide untuk menjana tenaga dan membantu mengekalkan alam sekitar ia-itu menggunakan kentot. Bayangkan gas original ini dijadikan NGV untuk sumber tenaga teksi.

Sumber tradisi tenaga adalah membakar kayu. Sumber itu kini dipanggil dengan terma yang lebih canggih sekrang ia-itu tenaga biomass. Kalau TNB mahu membantu membangunkan tenaga alterantif, mereka boleh bina IPP kecil menggunakan biomass dari sampah sarap, barangan buangan ladang, dan lain-lain. Enjin generator biomass pun Husin sumber dan agensinya.

Tapi TNB tak mahu, macam-macam cekadak lah mereka kasi alasan. Korparat kita manja ... fikir nak buat duit saja, termasuk korporat kerajaan.

Satu masa, heboh pasal bio-diesel. Rupa-rupanya cuma 5-10% saja minyk sayuran yang dicampur minyak diesel. Taklah mengurangkan sangat minyak. Grant dan insentif diambil tapi apa hasilnya? Ini kena tanya JJ yang dahulu MOSTI. Kadang-kadang keliru cuba memahami JJ, dia ini kerajaan atau korporat?

Dulu bising pasal tenaga solar. Kalau kita pergi pameran2, macam-macam solar panel yang dipamerkan. Tapi setakat guna di rumah. Industri-industri kita manja, tak mahu ambil jalan susah dan jangkamasa panjang tetapi bergantung penuh dengan elektrik dan minyak. Biasalah korparat ...

Kalau kita bersunggoh-sunggoh, boleh dilakukan. Taik lembu di India dijadikan sumber tenaga untuk kegunaan rumah-rumah dari proses yang boleh mengeluarkan gas methane. Di sinilah Husin dapat ide semasa melihat saluran National Geographic di Astro. Dengan harga barang dan tenaga naik mendadak, orang berjimat dan ikat perut. Banyak perut yang berangin.

Sejak Khalid Ibrahim menghampiri 100 hari pertama sebagai Menteri Besar Selangor, perut Husin pun dah balik perangai lama terkentot-kentot. Bagi siapa yang ingat, apabila pelik-pelik berlaku, mulalah. Ada pulak laporan polis ke atas pegawai Khalid oleh ahli-ahli PKR. Reaksi pelik Khalid. Terbongkar kroni Khalid dengan Cina.

Mana pula peel si Dolah Dilly Dally dan Flip Flop Flup?

Kalau ada penyelidik boleh buat sistem untuk menakong udara kentot Husin yang serupa gas methane dari taik lembu, kentot itu boleh digunakan menjadi gas masak. Jika cukup banyak, boleh dijadikan NGV dan digunakan oleh kereta-kereta dan kilang-kilang.

Bagi memperbaiki baunya, boleh dicampur dengan herba lavender. Boleh juga diguna jadi air freshner. Kalau semua teksi pakai, harum semerbak bandar-bandar utama Malaysia. Banda lain macam Johor boleh pakai, bau pandan. Penang pakai bau daun kari.

Pasti boleh memohon tanah dengan kerajaan Khalid, Hasan Ali dan Ronnie Liew untuk buat kilang. Kalau kilang Carlsberg dan rumah urut pun tidak tutup, tentu boleh bina kilang memproses kentot.

Wow! Kentot orang pun boleh buat business dan spin politik la ...

Ahad, Jun 15, 2008

Dolah Percaya Perlu Mengekalkan Tradisi ...

... Flip Flop atau terkini Flip Flop Flup.



Bukan Boh tapi ...

Sabtu, Jun 14, 2008

Dolah dan Najib Muafakat?


Perbualan Dolah dan Najib yang hanya didengari Zubli Zainordin

Dolah: You ni tanya banyak kali. I fed up. You mai sat kita bincang dan tentukan.

Najib: Bukan I, orang lain desak.

Dolah: You tak usah dok dengaq depa tu. You mai laa, kita tentukan.

Najib: Okay...

Dolah: You tak sabaq dah ka?

Najib: I okay, bila-bila pun you suka, I terima.

Dolah: I ni bukannya nak jadi PM selama-lamanya. Bukan 22 tahun. I lain.

Najib: I faham...

Dolah: Tak kan lah I bodoh sampai tara tu.

Najib: Baiklah, bila?

Dolah: 2 PRU lagi...

Najib: (tercengang!)

Dolah: Awat, you tak suka ka?

Najib: Bukan, err, boleh diskaun tak?

Dolah: You cadang bila?

Najib: Sebelum Disember 2008?

Dolah: Mana boleh...tak dapat 2 per 3 majoriti pun I masih menang, semua orang masih sayangkan I. Apa I buat, rakyat suka.

Najib: Itu betul.

Dolah: Kalau betul, you tunggulah, bila I sebut tarikhnya, I bersara, you naiklah jadi PM pulak.

Najib: Bila?

Dolah: Nanti I umumlah.

Najib: Baiklah...

Dolah: Jadi boleh I kata, I telah mencapai permaufakatan di antara you dengan I.

Najib: Boleh, I tak akan lawan you. You kekallah PM selama yang you suka.

Dolah: Okay, kita akad noo...

Najib: Baiklah.


Ada versi lain ke?

Will he remember?

Malaysiakini.com reported

PM, Najib 'agreed on succession plan'

Jun 13, 08 2:56pm

Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, facing calls to quit after disastrous election results, said today he had agreed a plan to hand power to his deputy.

Abdullah had previously rejected calls from within the ruling Umno to formalise his plans to relinquish power, saying he would only discuss a transition after December internal leadership polls.

Deputy Prime Minister Najib Razak is Abdullah's heir apparent but has made no public challenge, despite the crisis in Umno since March general elections which produced the worst results in its half-century history.

"Najib and I have decided on the right time for me to hand over the premiership to him. We've no problems and we enjoy good working relations," Abdullah said according to the state Bernama news agency.

"The leadership change will definitely take place at the right time," he said at a luncheon with government officials and community leaders.

Umno might not survive leadership battle

Najib, whose father was Malaysia's second prime minister, said during a visit to Britain this week that Umno might not survive a leadership battle.

"Umno is now at its lowest point and if you create a serious fight for the leadership, the party will be further weakened and unable to face the challenges ahead," he said.

"What's the point of inheriting a position when you lose in the general elections? I don't want to lead the party to defeat."

Abdullah, who has repeatedly rejected calls to resign, called for an end to speculation over his relationship with Najib which he said would only damage the party.

"It's important for everyone to see the relationship between me and Najib as very crucial to strengthen Umno and the government and to implement the development projects and programmes that have been planned," he said.

The March elections saw the Umno-led coalition lose a third of parliamentary seats and five states to a resurgent opposition, which now has ambitions of seizing power with the help of defecting government lawmakers.

An SMS came to me .... By the time, you finished reading the message, most probably PM Flip Flop already forgotten he had a succesion plan with Najib Razak!

Its PM Flip Flop Flup now.

Wow! Lagi untung jual Perdana Menteri dari tunggu dia perbaiki dari peluang kedua yang diberi.

Jumaat, Jun 13, 2008

Tabiat Flip Flop Boleh Menjadi Barah


Pertama kali Dolah membuat flip flop adalah apabila mahu memulakan kembali jambatan Johor dan akhirnya membatalkan kembali jambatan itu. Baru saja Dolah flip flop flup pasal isu kenaikan minyak.

Sekarang dia berkata dia sudah ada persefahaman dengan Najib dalam menetapkan peralihan masa. Husin rasa dia akan terlupa perjanjian ini sesampai rumah dan setelah berjumpa dengan anak-anak dan menantu.

Tengok rupa muka Najib semasa Pak Lah umumkan. Adakah Najib umumkan atau membuat apa-apa kenyataan?

Bahaya orang flip flop.

Orang yang memakai selipar flip flop boleh kena barah kulit, kata laporan Bernama berikut:
Flip-Flops 'Linked To Skin Cancer'

LONDON, June 13 (Bernama) -- They may be just perfect for hot weather and a fashion hit of the summer, but remember wearing sandals and flip-flops can put you at risk of developing skin cancer on your feet.

Researchers have earlier warned of some link between open-toed footwears and skin patches.

Now, medics have also joined the attack, by saying that sporting them can increase a person's chance of getting lesions as the skin becomes exposed to intense sunlight, a key cause of skin tumours, or melanomas, the Press Trust of India (PTI) reported Friday.

Cancer that affects the feet is actually known as "acral melanoma" and typically occurs on the sole of the foot, between the toes or under the toenails.

Research has revealed that only half of patients with foot melanomas survive.

Anthony Kontos, Head of the clinic at the Hospital of St John and St Elizabeth, who regularly treats patients with flip-flop injuries, said people often mistook skin cancer on the feet for bruising.

"With the increasing popularity of open-toed sandals and flip-flops, feet often have a sudden blast of intense sunlight. Our feet are enclosed in shoes most of the year and then we pack our sandals for a holiday in hot temperatures. This means feet are particularly susceptible to sunburn.

"People are generally aware of checking other parts of their body for suspicious moles but they're unlikely to examine their feet," the Indian news agency quoted the podiatric surgeon as saying in a British daily.

But, Kontos added: "Hey ladies, if you still want to sport those comfortable footwears apply sunscreen to feet, including the soles -- that is the advice from doctors".

However a British Skin Foundation Spokesman said: "The fact is that all types of skin cancer are on the rise. Women especially are susceptible because any lotion applied to the bridge of the foot gets rubbed off by sandals."

Bagi orang yang pemikiran dan pendirian sering flip flop, mungkin dah kena barah otak. Kalau dah sampai tahap flip flop flup, dah berat. Dah patut di undurkan.

Wow! Jual orang lagi untung dari jual unta.

Rabu, Jun 11, 2008

Minyak Naik Pagi Jumaat Ini?

Berita ini di bawah ini keluar tadi di blog Rocky dan tersiar di The Star Online pukul 7:45 petang.




Ikut congak dahulu, laporan kenyataan Shahrir mengatakan minyak naik dalam dua bulan lagi pada bulan Ogos diterbitkan suratkhabar pada lebih kurang pukul 7 pagi.

Rupa-rupanya ia bermakna minyak naik pada pukul 12 tgm malam, 17 jam kemudian.

Kalau hingga akhir tahun, 7 bulan baru naik, bolehkah ia bermaksud minyak naik dalam masa lebih kurang 60 jam lagi?

Maka, minyak akan dinaikkan pagi Jumaat?

Hai! Senang dahulu masa Dolah kaki kerja tidor. Sekarang dia celek, kelam kabut kehidupan kita. Husin salahkan pembangkang pergi kejutkan dia.

Tolong sorang pergi bisik Jeanne suruh ajak Pak Dolah selalu tidor ...

Selasa, Jun 10, 2008

Jawapan Hujung Lidah


Dilaporkan Anwar pergi ke Filipina untuk bertemu Joseph Estrada. Bekas President Filipina ini telah digulingkan dan disabit mahkamah terlibat dalam rasuah. Pentadbirannya diambilalih oleh President sekarang, Gloria Magapagal.

Estrada adalah seorang bekas bintang filem aksi Filipina. Seorang lagi bekas pelakun yang menjadi President adalah mendiang Ronald Reagan. Seolah-olah kebetulan, President atau Perdana Menteri, yang hanya bergantung kepada kebolehan tahu membaca skrip saja, kesemua tidak cerdik.

Cerita mengenai kekurang cerdik Estrada ini amat banyak dan terkenal sekali. Disamping itu, bekas bintang filem ini juga adalah seorang yang terkenal sebagai seorang playboy.

Alkisahnya, dalam satu sidang akhbar, Estrada telah ditanya dalam banyak perkara.

Semua dapat dijawab dengan baik kerana soalan-soalan yang ditanya adalah yang telah dijangka dan tersedia.

Seorang wartawan yang menyedari keadaan itu saja hendak mengenakannya dan bertanya, "What is the most sensitive part of a woman?"

"Oh ... I know the answer ... hmmm .... I know that .... hmmmm ... the answer was at the tip of my tongue last night."

Semasa bertanding untuk menggantikan President Fidel Ramos, Joseph Estrada bukan calun yang berkebolehan dan cerdik berbanding dengan calun-calun lain. Dalam ramai-ramai calun, Estrada yang menang. Anihnya media asing memberi banyak liputan kepadanya.

Estrada dipercayai menang kerana dia adalah operatif CIA. Filipina, yang menjadi tuan rumah US Airforce base di Subic Bay, adalah juga pusat operasi CIA di Asia Tenggara.

Wow! Saya mahu jadi spy, kata Mat Bond. Walang problema (Tak ada masaalah dalam bahasa Tagalog). Jual saja orang, lagi untung dari jual unta.

Isnin, Jun 09, 2008

Ketawa boleh tapi jangan undi dia orang ...

... Tuntut Pak Lah turun cukup.



Husin dapat video ini dari blog YB "Cun" Elizabeth Wong.

Wow! Nombor dia 012-205.... tak boleh kasi.

Ahad, Jun 08, 2008

Suka benar diperiksa doktor

Ada seorang Mantan Menteri pergi buat pemeriksaan doktor biasa. Sesampainya doktor bertanyakan perkembangan sakit pinggangnya.

Semua orang tahu dia suka menunjuk-nunjuk bengkong dengan memakai di luar. Padahal bengkong itu boleh dipakai dalam baju. Saja hendak minta belas kasihan.

“Sila buka bengkong untuk saya tengok”.

Mantan ini ikut saja.

Setelah doktor habis melihat keadaan pinggangnya dan memberitahu semua okay, Mantan meminta,”Doktor saya rasa macam bawasir nak datang. Boleh tak doktor periksa?”

Hairan doktor muda dan segak ini. Dalam hati, dia bertanya-tanya asal datang suruh cek bawasir. Terpaksalah di buat.

“Saya akan masuk scope untuk periksa. Agak sakit tetapi sekejap saja. Selama menyebut nombor 55.”

Mantan pun menonggeng untuk diperiksa dan scope dimasukkan.

“Sudah, Dato Seri.”

“Tak apa, lama pun boleh. Saya masih tengah kira pelahan-lahan ... 7 8 9 ...”

Eck Muntah! Biarlah ambil pencen selama-lamanya dari jadi PM.

Sabtu, Jun 07, 2008

Pak Lah Pesakit Terbaik

Semasa waktu rehat minum teh di satu persidangan pakar bedah di Kuala Lumpur, lima orang pakar bedah bersimbang sesama mereka.

Seorang dari mereka bertanya, siapa antara orang-orang kenamaan Malaysia, jika mereka sakit dan perlu pembedahan, adalah pesakit yang baik.

Pakar bedah pertama berkata, "Saya rasa Tan Sri Azman Hashim. Dia seorang Akauntan dan dengan demikian, apabila kita membedahnya, segalanya di dalamnya adalah dinomborkan."

Pakar bedah kedua menjawab, "Ya itu mungkin betul, tapi saya rasa Tan Sri Shamsuddin Sapura, lebih mudah. Sebagai Jurutera Elektrik, segalanya dalam kod berwarna."

Pakar bedah ketiga menyambut, "Ohh... tidak! Saya betul-betul rasa Tan Sri Sanusi Junid adalah yang terbaik. Sebab dia seorang yang sangat kuat membaca dan ada perpustakaannya sendiri, pasti segalanya dalam susunan abjad."

Pakar bedah keempat pula bersuara, "Kamu semua tahu, saya rasa Tan Sri Hamdan Ranhill. Sebagai seorang Jurutera Sivil, naluri badannya untuk siapkan sesuatu kerja mengikut masa dan boleh ubahsuai variable order untuk cari untung."

Tetapi kata-kata pakar bedah kelima yang membuat pakar-pakar bedah lain semua terdiam apabila beliau berkata, "Kamu semua silap, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah yang termudah untuk dibedah. Sebagai ahli politik, dia tiada berhati perut, dan tiada perasaan. Isi kepala dia pun senang untuk flip flop untuk diubah-ubah."

Wow! Masih naik minyak barang naik, kepala pening tak ada 'mood' untuk si anu nak naik.


* Jenaka ini diubahsuai dari LawakJenaka.com

Jumaat, Jun 06, 2008

Geram



Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! ...

Jangan suruh aku bertenang. Jangan cakap tak boleh emosi, aku manusia ada emosi dan perasaan. Jangan suruh aku faham tindakan Dolah si Bodoh biul!

Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! Dolah bodoh! ...

Minyak naik mendadak! Elektrik pun dinaikkan sama! Tak boleh fikir jalan lainkah?

Harga pengangkutan naik. Budak nak naik sekolah, bas akan naik. Perkhidmatan pengangkutan awam terencat. Sampan dan bot di Sarawak sangkut. Harga makanan semua naik. Air cap "jambu" naik. Pakaian naik. Harga kos pembuatan naik. Kilang tutup mana orang nak kerja? Kontraktor pulang balik projek, tak mampu rugi lagi. Jalanraya nampak lengang. Dulu ada RM4 billion, mana janji tingkatkan pengangkutan awam? MAsuk poket Scomi ke? Dahlah Shahrir biarkan beras, tepong, dan minyak makan naik. Gula Robert Kuok tak naik pasal dia kawan Musa Hitam dan subsidi masih diberi. IPP dan pengilang dapat harga subsidi. Buat untung gila-gila. Shahrir kata terpaksa tukar kenaikkan dari Ogos ke segera dan sekali sahaja. Tak apa, dapat rebet, katanya. Kenderaan Singapura dan Thai dapat beli minyak subsidi? Ogos naik lagilah ikut harga antarabangsa? Buat apa jadi pengeluar minyak? Semua luar kemampuan. Mana ada lagi gaya hidup untuk tukar?

Sial engkau cakap saja pandai ...

Shahrir si Tiung! Shahrir si Tiung! Shahrir si Tiung! Shahrir si Tiung! Shahrir si Tiung! Shahrir si Tiung! Shahrir si Tiung! Shahrir si Tiung! Shahrir si Tiung! Shahrir si Tiung! Shahrir si Tiung! Shahrir si Tiung! Shahrir si Tiung! Shahrir si Tiung! Shahrir si Tiung! Shahrir si Tiung! Shahrir si Tiung! Shahrir si Tiung! Shahrir si Tiung! Shahrir si Tiung! Shahrir si Tiung! Shahrir si Tiung! Shahrir si Tiung! Shahrir si Tiung! ...

Wow! Geramnya, tapi belum puas ...

Khamis, Jun 05, 2008

Macam Pilihanraya Pulak

Rabu lapor ini.


Hari Khamis, keluar begini pula.


Macam hari umum pembubaran Parlimen. Sudah diberitahu, kalau adakan pilihanraya pada Mac 8hb, 2008, terjejas BN. Buat juga, masak ...

Sudah tahu impak kenaikan mendadak mengkucar kacirkan ekonomi dan rakyat. Fikirlah jalan untuk elakkan orang ramai panik. Buat juga, masaklah nanti ...

Wow! Baik lelong Pak Lah ini cheap sale, akal tak guna satu sen.

Rabu, Jun 04, 2008

Untung Taukeh Pasir


Ada yang untung dari dapat Batu Tengah ni. Pasal pasir jugakah sebab kita kalah?

Wow! Ada juga hasil kepala Mantan Menteri Luar Negera jadi botak.

Selasa, Jun 03, 2008

Makna Mahathir

Musa Hitam anggap pengunduran Dr Mahathir dari UMNO sebagai hilangnya "duri dalam daging" dan berakhirnya Mahathirism.

Jawab Dr Mahathir, Musa adalah sebenarnya "duri dalam daging". Sumbangan sebagai Menteri tidak seberapa tetapi kerjanya mengadu domba sesama pemimpin. Dia pujuk Tengku Razaleigh supaya melawan Dr Mahathir. Apabila kalah, dia tidak ikut Semangat 46 tetapi masuk UMNO.

Dolah Bodowi ini adalah anak didik Musa. Ide-ide lapok Musa yang tidak laku yang dibawa oleh Dolah.

Yang tidak malu si Musa, dia terima bantuan Dr Mahathri untuk menjadi Duta ke Bangsa-Bangsa bersatu dan lain-lain jawatan korporat.

Demi dendamnya, dia sanggup mempertahankan Dolah membohongi orang Melayu dengan slogan Agenda Melayu tetapi mengikis hak orang Melayu di WPI dan akan diperluaskan ke seluruh negara. Selepas PRU12, dia akur kepada tekanan dan menghancurkan tiang-tiang kuasa Melayu dan hak yang termaktub di dalam Melayu dan

Dr Mahathir amat realistik untuk menyedari orang Melayu belum bersedia untuk bersaing dan perlu dibantu. Orang Melayu yang kononnya berkata dirinya berani bersaing hanya cakap banyak saja. Mereka tidak pernah bersaing, malah belajar, bekerja, berniaga, dan lain-lain urusan yang bergantung dengan bantuan kerajaan. Sebenarnya, mereka hanya berurusan dengan firma-firma Cina sebagai Ali Baba.

Abdullah bukan saja dilekakan dengan pemikiran sedemikian, malah terbawa-bawa hingga kedaulatan negara tergugat dengan persekongkolan Kalimullah, Khairy dan juga Anwar dengan Singapura dan kuasa barat. Hilang Pulau Batu Puteh dan bakal hilang WPI.

Padanlah nama MAHATHIR bermakna "Must always hit Abdullah till he is removed". Fahamlah kenapa Musa mahu menamatkan Mahathirism kerana ia bermakna "Must always hit Abdullah till he is removed, including Si Musa." Mengikut orang Thai, Maha-thir bermakna "the great erection", bermaksud seorang pembina yang hebat.

Ada orang kata, ia banyak melakukan pembaziran, mengamalkan korupsi, kronisma dan nepotisma, dan menghakis kuasa hakim. Bila disuruh bukti, tidak ada yang beri bukti yang tiada kesangsian dan boleh dipertahankan. Konon membersihkan kes Salleh Abas pun menggunakan rasuah, penipuan dan hanya permainan politik.

Kalau Dr Mahathir tidak bising mengenai kedurjanaan Dolah, siapa pula boleh? Nik Aziz dan Hadi terlalu cetek pemahaman untuk mengetahui ini semua dan tidak akan didengari. Kalau Anwar, serupa sokong Dolah. Orang PAS ada yang sedar telah ditipu dan diketepikan Anwar untuk DAP. Kalau Lim Kit Siang, serupa Lee Kuan Yew. Hendak berharap kepada Samy Velu dan Lim Keng Yaik gut?

Kata Zam, Malaysia have "erection" every five years. Speak for yourself. Husin can have "election" every breakfast, lunch, dinner and supper. Wow!

Ahad, Jun 01, 2008

Jangan Sedih


Kawan Husin hantar SMS ...

Jangan sedih, kita hanya hilang Batu Puteh. Kita ada banyak lagi batu - Batu Pahat, Batu Gajah, Batu Burok, Batu 3, Batu 6, dan Batu Kikir.

Malahan, masih banyak seperti batu blok, babtu bata, batu nisan, batu ladung, batu sempadan, batu belah batu bertangkup.

Selain itu, ramai yang ada batu api, batu karang, kepala batu dan hati batu.

Tak akan tak boleh jaga batu masing-masing.

Wow! Kawan Husin, Arab dari Yemen jual Batu Akik



* Gambar atas dikatakan gambar batu Israq Mikraj. Betulkah? Bukankah batu itu berada dalam Dome of the Rock di Baitul Muqaddis yang kini diputarbelit Media Antarabangsa Zionis sebagai Masjidil Aqsa?