Jumaat, November 30, 2007

Dendangan Buat Khairy Sempena Tuntutan Hindraf

Begitu kuat dan jelas tuntutan Hindraf, dimanakah dikau hilang menyendiri sepi? Bukahkah kau yang berjanji akan kehadapan mempertahankan hak bangsa? Adakah kamu selama ini berolok-olok? Hanya berpura-pura. Di belakang lain pula kira-kira.



Hebat kamu menunjuk perasaan membela Lebanon yang diserang Israel di Kedutaan Amerika dan di luar Majlis yang dihadiri Condoleeza Rice. Di atas pentas kamu memanggil orang dengan gelaran berok, kera dan pelbagai kata. Betul bagaikan aksi badut yang lucu.



Biasalah ada yang mudah dilekakan dengan kata-kata. Mudah dijaja dengan janji, benda dan mimpi. Baik yang memimpin dan dipimpin ... sama sahaja serba tidak tahu dan jiwa yang kosong.



Bukan tak biasa ku lihat kamu lari dari perdebatan. Kamu pernah tak mahu hadir bila diajak berbicara secara terbuka. Kami sedar kamu hanya berani di halaman sendiri dan sesama rakan-rakanmu sahaja. Tahu juga si anu kamu kecut.



Hindraf menghina bangsa dan parti, membohongi sejarah, menuntut yang bukan hak, menuduh yang bukan-bukan, memalukan negara, dan pelbagai lagi. Berdiam sahaja kamu dan Pemuda UMNO dalam berolok-olok, menjadi badut untuk diketawa, sebenar diri itu tolol, dan pengecut rupanya ...

Ah .. kamu fahamkah apa yang kamu kata kepada The Star pada November 2hb, 2007:

Khairy also said that he felt strongly about wanting to start a genuine national conversation among people of different backgrounds, ethnicity and religions on Malaysians as a people.

“There must be a middle ground somewhere,” he added.


Bodoh betul. Tahukah membezakan hak dan kepentingan? Berkata sesuka dan sesedap hati. Tahu tapi tak faham. Hanya berpura-pura berlagak pandai. Jiwa kosong tidak punya jatidiri.



Inikah yang beriya-iya mahu kehadapan membelakangi yang lebih layak untuk memimpin agama, bangsa, parti dan negara?

Terkini dari Forum MyKMU:

Akademik Khairy adalah berikut:

October 1994 – May 1997
St. Hugh College, University of Oxford
BA (Hons) Philosopy, Politics and Economics

October 1997 – September 1998
University College, London
MA Legal and Political Theory

September – December 2002
Oxford Centre for Islamic Studies


Sedutan dari Wikipedia:

St Hugh's College is one of the constituent colleges of the University of Oxford, England, located on St Margaret's Road, North Oxford. It was founded in 1886 as a women's college, and accepted its first male students in 1986. As of 2006 the college had an estimated financial endowment of £27 million.

Satu lagu ku dedikasikan buat pengakhir ...



Disebalik lakaranmu, rupanya jiwa mu didik untuk menjadi "perempuan" ...

Rabu, November 28, 2007

Jangan kasi Karpal naik, susah ...

Dalam satu Majlis dengan ahli-ahli Parlimen, Dato Seri Abdullah Badawi, Dato Seri Ong Ka Ting, Dato Seri Samy Velu dan YB Karpal Singh ditempatkan dalam satu meja. Mereka berbual mengenai kenaikkan harga barang yang tidak terkawal.

Dolah Badawi berkata, "Lembu punya harga sudah naik, kita orang Melayu banyak susah."

Samy Velu pula menceritakan masaalah orang-orang India, "Dato Seri, kambing punya harga sudah naik, kita orang India banyak susah. Orang-orang Hindu tidak makan lembu. Daging yang orang India pelbagai ugama makan adalah kambing. Ayo yo ... banyak susah mahu cakap sama orang-orang saya. Shafie Apdal must do something creative."

Mendengar masing-masing menceritakan masaalah kaum masing-masing, Ong Ka Ting tidak mahu ketinggalan menceritakan masaalah kaumnya. Dia memberitahu, "Babi punya harga sulah naik, kita olang Cina manyak susah...."


Karpal yang menyampah mendengar pengampu Dolah mengikut-ngikut cakap Dolah memikirkan apalah susah sangat untuk menangani masaalah kenaikkan harga barang yang mendadak. Ia terang menunjukkan kepincangan Dolah dalam mencari cara dan helah untuk membendung masaalah negara. Dia pun memintas Ong Ka Ting, "... Ini semua tak ada problem la. Kalau saya punya naik, awak bertiga orang lagi susah."

Alah giji. Jarum besar punya ....


Sebenarnya kalau Dolah mahu membaca dan berfikir, jawapannya adalah dengan membendung harga kenaikkan minyak. Masaalahnya kita menghadapi inflasi yang diimpot dari luar negara atau faktor-faktor luar negara yang mempengaruhi harga barangan tempatan. Kalau inflasi naik seiring pertumbuhan ekonomi tempatan, itu tidak menjadi hal. Pertumbuhan ekonomi sedikit sebanyak menaikkan daya kemampuan membeli.

Karpal Singh pun bukan tahu jawapan pada masaalah ini pun. Dia cuma sudah naik bosan dengar mereka-mereka yang berkuasa melakukan sesuatu, hanya merungut. Kalau DAP, jawapannya senang - ikut model Singapura - ekonomi pasaran bebas dan kebajikan masyarakat berdasarkan sosialisma. Semua samarata dan siapa ada kuasa ekonomi dia lah berkuasa.

Untuk memahami masaalah ini, kena dilakukan melalui kadar pertukaran matawang Ringgit Malaysia. Sekarang US Dollah (hanya slang bukan Dolah Badawi) sedang jatuh nilai kerana masaalah hutang lapuk sub prime. Minyak pula diletakkan harga dalam nilai US Dollah.

Sudah nampak? Tak lagi ya? Baik lah.

Akibat harga minyak yang naik dan US Dollah yang dok turun, maka dua perkara berlaku. Pertama, revenue ekspot kita bertambah rendah. Kedua, yang mempunyai impak terus menerus, minyak tempatan ditetapkan asasnya pada harga pasaran antarabangsa dan dalam US Dollar.

Confuse? OK lah.

Kenaikkan harga minyak menaikkan harga semua barang dan perkhidmatan. Macam mana helah pun Menteri mahu cakap pun, barang tetap naik. Gesa menggesa tak cukup. Ia hanya menunjukkan Menteri tak berkesan menguruskan Kementerian.

Minyak sudah mula meningkat harga pada tahun 2004. Dr Mahathir dah cadangkan di tukar tambatan Ringgit ke US Dollah dari 3.80 ke 3.60. Dolah Badawi penakut pergi akur pada tekanan IMF untuk apungkan matawang Ringgit. Penasihat pun terlalu menyembah pada IMF. Tahun itu, IMF puji dia sikit punya baik. Sukalah Dolah Yahudi Zionis IMF puji. Teringat Anwar Ibrahim pun kena puji kuasa asing masa baru naik MoF dulu.

Hari itu masa duit Ringgit naik berbanding dengan US Dollah, dia main cakap saja ekonomi baik. Di temberang orang kampung seolah-olah dia pandai urus ekonomi. Ini yang Lim Goh Tong beritahu Tun Razak dalam sajak abang Zak (kerlip di sini) ... Tak tahu siapa Perdana Menteri, dia atau menantu? Dia bikin orang manyak susah.

Jadi jawapannya adalah kembali pada sistem tambatan matawang. Dengan demikian Malaysia mendapat satu variable untuk mengawal dan mengimbangi faktor-faktor luar. Selain itu .... ah tak bolehlah cerita habis. He he he ... satu cukuplah, tak bolehlah ajar si Dolah ni semua. Nanti Dolah kaki tidor akan kompang dialah PM yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Kalau dia boleh bayar Konsultan dari Singapura untuk kerja di MAS dan Fakulti Perubatan UKM dengan gaji RM50k sebulan dan hampir 1 juta setahun untuk tak buat kerja apa-apa atau kerja yang orang Malaysia boleh buat, tak kan tak boleh bayar Husin Lempoyang. Husin jual orang lagi untung dari jual unta.



Doa saja tak selesai masaalah rakyat
Ini pula doa depan kamera


Masaalah kita ni, Dolah tidak kerja bersungguh-sungguh. Kita lihat sendiri bagaimana dia sendiri tak ada disiplin dalam dirinya. Tidor tengah majlis dan tidak mahu mempertingkatkan ilmu dalam dirinya. Dia terlalu bergantung pada cakap pelbagai Penasihat. Bila banyak orang kasi pandangan dan nasihat, dia bingung kerana tidak tahu nak memahami, menilai dan mengimbang nasihat-nasihat dan buah fikiran pelbagai orang. Penghabisan dia hanya cakap sesuatu cara am dan hanya mengikut cakap seorang dua.

Teringat tahun lepas semasa Samy Velu berkempen untuk menjatuhkan Dato Subramaniam. Saya mahu orang yang bekerja bukan yang suka berpoya-poya di Kelab Malam. Mungkin Samy kena kasi tahu ini PM, doa saja tak boleh selesai masaalah. Tuhan kata suruh usaha baru tuhan kabulkan. Samy kena kasi tahu samada dia, "Saya mahu boss yang kerja!"

Apa hal jangan kasi Karpal naik, susah ... !

Jumaat, November 23, 2007

Demi Memenuhi Syarat R.A.H.M.A.N.

Politik di Malaysia ini ada satu mitos yang mana nama Perdana Menteri-Perdana Menterinya perlu mengikut satu susunan abjad dalam nama Perdana Menteri yang pertama Tunku Abdul Rahman. Susunan itu adalah R.A.H.M.A.N.

R untuk Rahman atau Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. A untuk Abdul ia-itu Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak. H untuk Hussein, ia-itu Tun Hussein Onn. M untuk Mahathir ia-itu Tun Dr Mahathir Mohamed.

A jelas sekali adalah Perdana Menteri sekarang Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pada satu masa dijangkakan M untuk Tun Musa Hitam yang bakal menggantikan Dr Mahathir dan mitos RAHMAN ini dijangkan tidak akan berlaku. Bagai dikehendaki tuhan, Musa telah meletakkan jawatan dan diganti oleh Tun Abdul Ghaffar. Mitos itu dikatakan akan jadi juga. Kemudiannya Tun Abdul Ghaffar bin Baba ditewaskan Anwar sebelum pemilihan UMNO dan Anwar Ibrahim bakal mengisi untuk abjad A. Tetapi tidak menjadi juga ...

Maka N ini membawa pelbagai misteri. Siapakah bakal menjadi Perdana Menteri selepas Abdullah Ahmad Badawi? Kalau dilihat nama pendik Timbalan Perdana Menteri, tentu sekali Najib atau Dato Mohd Najib yang paling bermungkinan. Ada kata jangan diketepikan Nazri atau Dato Nazri Tun Aziz. Kemungkinan besar masih Najib.

Zaman-zaman lepas gandingan formula PM-TPM yang menjadi dan kekal adalah gandingan seorang agresif dan seorang pelembut. Abdullah orangnya pelembut dan Najib seorang yang agresif. Keadaan kini berlainan sedikit kerana dia telah mengambil seorang muda yang agresif dan bercita-cita tinggi.

Kemungkinan dia boleh menjadi pesaing untuk memenuhi syarat huruf N. Masaalahnya namanya bukan bermula dari N. Sangking (cakap Jawa untuk kesungguhan) hendak sangat jadi PM sebelum 40, katanya dia sanggup tukar dari suku kaum dari Minangkabau ke Jawa untuk membolehkan ia menjadi Perdana Menteri. Nama kawasan tempat asal bapanya pun sudah ditukarkan menjadi Kampung Parit Jawa, Rembau.

Orang muda Jowo itu tidak lain dan tidak bukan adalah Ngairy Jamaluddin.
Ha ha ha ... jual orang lagi untung dari jual unta.

Isnin, November 19, 2007

Disebalik Warna Warni Patriotisma


Jalur gemilang kemegahan negara

Sejak timbulnya Gelombang Kuning, suatu masa dahulu Gelombang Biru di Terengganu pada tahun 2004 dan ada ura-ura mini Gelombang Merah pula, ianya telah menimbulkan minat Husin untuk memahami mengenai bendera Malaysia dan makna-makna warna di dalamnya.
Hasil carian di Google, Husin terjumpa dan menyedut penerangan dari Wikipedia seperti berikut:

The flag of Malaysia, also known as the Jalur Gemilang ("Stripes of Glory"), comprises a field of 14 alternating red and white stripes along the fly and a blue canton bearing a crescent and a 14-point star known as the Bintang Persekutuan or Federal Star. The 14 stripes, of equal width, represent the equal status in the federation of the 13 member states and the federal government, while the 14 points of the star represent the unity between these entities.

The crescent represents Islam, the country's official religion; the yellow of the star and crescent is the royal colour of the Malay rulers; the blue canton symbolizes the unity of the Malaysian people. This blue canton was originally chosen to represent a connection between the federation and the Commonwealth but this was gradually downplayed and eventually supplanted by its current interpretation.

Warna "raja" yang ceria

Seperti yang sudah diketahui, warna kuning adalah warna diraja dan membawa makna raja sebagai simbol kedaulatan negara (sovereign). Warna kuning adalah satu warna ceria yang memberi makna gembira dan aman.

Menjawab sidang akhbar dengan kepintaran dan intelek

Di dalam mitos Hindu, kuning membawa erti penguasaan intelek.

Raja atau pengecut yang duduk di atas kerusi-kerusi kuning?
Disebaliknya, orang Amerika menggunakan perkataan "yellow-belly" untuk membawa maksud penakut. Pada orang Korea, kuning boleh membawa maksud cemburu. Di akhir abad ke 19, warna kuning di Eropah memberi gambaran kurang siuman dan gila.

Rakyat sedia bersatu di bawah pemimpin yang berbaju "biru" ini ...

Warna biru di dalam bendera Malaysia membawa maksud kesatuan rakyat Malaysia.

... tetapi bolehkah kestabilan dan kemakmuran dicapai dengan hanya bermimpi?

Barisan Nasional menggunakan warna biru bagi menggambarkan kestabilan dan gelombang biru di Terengganu pada tahun 2004 menawarkan rakyat negeri kemakmuran dan mestabilan. PKR menggunakan warna biru muda yang sering diguna untuk menggambarkan kesejukkan.

Warna biru banyak digunakan dalam simbol-simbol ugama Keristian untuk menggambarkan maksud amanah dan boleh dipercyai. Ugama Keristian dan ugama lain seperti Judaism, dan Hindu menggunakan biru untuk menggambarkan ketuhanan. Pelbagai variasi biru memberikan suasana tenteram dan nyaman.

Disebaliknya, biru boleh dikaitkan kepada lucah seperti filem lucah. Golongan pekerja-pekerja (working class) sering dirujuk sebagai pekerja kolar biru (blue collar worker). Darah biru (blue blood) pula bermakna darah raja pada orang Inggeris.

Perasaan susah hati atau muram dipanggil feeling blue. Berkaitan dengan perasaan itulah, musik blues timbul dikalangan hamba abdi Amerika untuk meluahkan keperitan dan kesusahan hidup mereka.

Merah dan putih merupakan warna-warna 13 jalur yang melambangkan 13 negeri dalam Persekutuan Malaysia.

Warna merah sering dikaitkan dengan keberanian, kepahlawanan dan hero. Mitos Rom mengkaitkan warna merah dengan dewa perang Mars. Planet Mars di cakerawala pun memang berwarna kemerah-merahan. Prasa red-blooded memberi maksud bertenaga, dan lasak.

Gambar terbaru dari Perhimpunan Agong UMNO 2007:

Merah warna bertenaga dan lasak?

Budaya Cina menganggap warna merah sebagai warna bertuah. Cina zaman purba melambangkan merah sebagai api dan selatan.

Warna pula juga membawa maksud negatif seperti red light district yang bermaksud kawasan pelacuran. Di peringkat extrim, merah boleh membawa maksud permusuhan dan kemarahan.


Semasa yang pertama dalam serba putih memberi gambaran kesucian


Dari segi ilmu sains, cahaya putih mengandungi kesemua warna. Putih adalah warna sejagat untuk keamanan dan kesucian. Pada tamaddun barat, putih adalah membawa maksud kemurniaan (innocence).


Namun, di dalam kebudayaan Cina, Jepun dan India, putih juga adalah warna berkabung, kematian dan hantu.

Gerakan riben putih adalah gerakan yang mengecam keganasan ke atas wanita. Sejarah politik Eropah melambangkan putih sebagai pendekatan konservatif berbanding merah yang melambangkan komunis.


Kuning, biru, merah dan putih - warna bendera kita. Simbol kenegaraan dan kedaulatan Malaysia negara tercinta.

Ahad, November 18, 2007

You You You ... Yo Your Your ... Ya Ya Your



Di dalam posting satira sebelum ini, "Apalah Pak Lah dan Zam gelabah sangat dengan Gelombang Kuning?", Husin mengatakan berikut:
Lain pula Pak Lah, menantu cakap pasal perhimpunn, dia pun nak ikut cakap apa yang menantu cakap. Nampak sah ikut cakap menantu.
Lihat video ini. Betul tidak kata Husin?

Siapa yang memimpin dan siapa yang dipimpin?

You You You ... Yo Your Your ... Ya Ya Your ... We are not like you.

Hahaha ..

Husin Lempoyang tidak memimpin dan dipimpin, Husin Lempoyang lebih banyak untung jual orang dari jual unta.

Selasa, November 13, 2007

Apalah Pak Lah dan Zam gelabah sangat dengan Gelombang Kuning?



Sebaiknya Husin letakkan juga You-Tube ucapan pergulungan Pak Lah semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Oleh kerana tidak ada terjumpa, sidang akhbar ini pun cukuplah.

Husin pening kepala tengok Presiden UMNO dan Perdana Menteri kita. Awat tak steady dalam menguruskan Gelombang Kuning ni. Permit untuk perhimpunan adalah di bawah kuasa polis untuk mengeluarkan. Kenapa perlu disebut dalam ucapan pergulongan di atas pentas UMNO? Ini bukan urusan UMNO tetapi urusan polis.

Sepatutnya cukup dengan membuat komen dalam sidang akhbar untuk mengatakan pihak polis tidak memberi permit. Katakanlah itu terpulang kepada polis. Nampak sangat Pak Lah tidak tahu membezakan bidang kuasa Polis, Menteri Dalam Negeri dan Presiden parti politik.

Sekarang pasti pembangkang akan kata polis ikut cakap UMNO. Ini memalukan dan menjatuhkan martabat pihak polis sebagai badan profesional yang sepatutnya bebas dalam menjaga keselamatan dalam negeri. Orang kini dah melihat bagaimana polis perang sesama sendiri antara Tan Sri Musa Hasan dan Dato Ramli. Yusof.

Sekarang orang takut nak buat laporan polis. Takut pada dua perkara - BPR suruh umum aset/harta dan charge tak jaga anak. Maklumlah 90% rakyat Malaysia tipu income tax. Kedua, budak-budak sekarang terlalu bertenaga dan susah hendak dikawal. Kalau sebat anak yang nakal dan degil, dah kena kes dera anak.

Yang jadi persoalan, macam mana nak jawab kepada tuduhan kata-kata UMNO dan Dato Wan Farid tidak terlibat dalam peristiwa buruk di Batu Buruk, Terengganu.

Ini kes bodos bodos betul! Tidak fikir panjang.

Dahlah PM/Presiden UMNO fumble giler. Lihat dan baca Menteri Penerangan kita menjawab wartawan asing untuk mmberi penerangan. Macam mana dia dapat Tokoh Kewartawanan.



Transcript of Malaysia's Information Minister's interview with Al Jazeera News on the Bersih Protest.

Minister: I commend yo-yo-your journalists trying to project... to exaggerate more than what actually happened. That-that-that-that's it. We are not the-the and I-I congratulate your journalists behaving like an actor, that-that's it...

Reporter: As you say that, sir, we're watching scenes of protesters being sprayed by chemical-filled water!

Minister: YA! I am watching! I'm here! You've been trying... trying to do it this - to do this everywhere but in Malaysia people are allowed to, you know? We know our police head our colleague... Police have whatever allowed the procession to go to the Istana Negara, you know? Do police, first police, like, they handle them, they attack them, they... the police don't, don't, don't fire anybody?

Reporter: Our correspondent came back to the office, sir, with chemicals in his eyes!

Minister: You-you-you-you are here with the idea, you are trying to project, what is your mind! You think that we Pakistan, we are Burma, we are Myanmar. Everything you-you are thinking! WE ARE DIFFERENT! We are totally different!

Reporter: Well unfortunately when you refuse to let people protest, it does appear so.

Minister: Ya ya we are not like you! You-you have earlier perception, you come here, you want to project us like undemocratic country. This a democratic country!

Reporter: So why can't people protest then, if it's a democratic country?

Minister: YES, PEOPLE PROTEST! People do-do... of course they protest. We are allowing them protest, and they have demonstrated. But we just trying to disperse them, and then later they-they-they don't wanna disperse, but later our police compromise. They have compromised and allowed them to proceed to Istana Negara! Police, our police have succeeded in handling them gently, right? Why do you report that? You take the opposition, someone from opposition party you ask him to speak. You don't take from the government, right?

Reporter: Why did you not break up these protests...

Minister: Pardon? Pardon? Pardon?

Reporter: Why did you not break up these protests more peacefully?

Minister: I can't hear you! I can't hear you!

Reporter: Why did you not break up these protests more peacefully?

Minister: No we-we are! We... this protest is illegal! We don't want..this... the... NORMALLY...

Reporter: OK, so let me return to my former question. Why is this protest illegal?

Minister: YA! It's a illegal protest because we have the erection in Malaysia. It's no-no point on having a protest! We are allowing to every erection... every five years never fail! We are not our like, like Myanmar, not like other country. And, and you are helping this. You Al-Jazeera also is helping this, this forces. The, you know, these forces who are not in passion, who don't believe in democracy!

Reporter: Alright, many thanks for joining us.

Minister: I don't, ya, you, Al-Jazeera, this is, is Al-Jazeera attitude. Right?


Cuba lihat macam mana Menteri Penerangan kita menangani wartawan Al Jazera. Malunya ... tak steady langsung. Dahlah tu rupanya dia gagap dan tak tahu cakap orang putih. Baik hantar dia ke kelas Sains dan Matematiks di sekolah. Kalau dapat hantar ke sekolah dan menguasai bahasa Inggeris pun, macam mana nak betulkan gagapnya.

Itu pun nasib baik dia tak sengau. Bayangkan ... nyo nyo ...

Dah lah Ketua Penerangan UMNO macam tu, Menteri Penrangan mcam itu. Perdana Menteripun lebih kurang sama tak tahu memberi penerangan juga.

Inilah dia yang YB Dato Shabery Chik cakap jemaah Menteri terbesar di dunia. Besar saja harap, akai tak ada. Gelabah pulak tu. Macam mana dia dapat anugerah Tokoh Wartawan?

Kalau Husin Lempoyang PM dan Presiden UMNO, Husin tak akan cakap di Persidangan UMNO tapi masa sidang akhbar. Nasib Husin baik sedikit kerana tak ada menantu yang bercakap di Perhimpunan Agung UMNO. Polisi Husin adalah anak dan menantu tak dibenarkan pegang jawatan dalam UMNO.

Lain pula Pak Lah, menantu cakap pasal perhimpunn, dia pun nak ikut cakap apa yang menantu cakap. Nampak sah ikut cakap menantu. Budak hingus tu tak tahu beza urusan kerajaan dan parti, pasal dia kaup semua ... baik kerajaan punya atau syarikat punya. Tuan Penasihat 20%!!!!

Sebagai Presiden UMNO, Husin akan kata UMNO pun menyokong pilihanraya yang bersih. Husin akan minta polis membenarkan perarakkan dan hantar ahli-ahli, Pemuda, Puteri dan Putera untuk sama-sama berarak. Habis apa pembangkang nak cakap lepas tu. Tumpul terus hujah-hujah mereka.

Ada sesiapa nak jadi Campaign Manager Husin Lempoyang untuk tahun depan? Kelayakkan utama adalah mesti boleh dapatkan 30 pencalunan.