Jumaat, Disember 21, 2007

Dolah Korban Lembu DiGi Lagi?

Semasa zaman Dr Mahathir jadi Perdana Menteri, yang Husin ingat Dr Mahathir selalu diberitakan hanya buat ibadah korban dengan membuat sumbangan peribadi sebanyak 2 ekor lembu untuk Kampungnya di Kubang Pasu. Jumlah semua untuk kampung-kampung lain adalah dalam 10 ekor.

Di zaman Dolah, asyik main 100 atau 200 ekor sahaja. Ini boleh bermakna bahawa gaji Perdana Menteri sekarang adalah sekurang-kurangnya 10 kali ganda. Mungkin dalam hal ini pun kita nak tandingi gaji Perdana Menteri Singapura.

Pada tahun lepas 2006, yang merupakan tahun annus horribilis untuk Dolah, salah satu isu tetapi tidak ramai sedar dan tidak diributkan adalah ibadat korban Dolah yang ditaja oleh syarikat DiGi Telecommunication Berhad (DiGi) hingga diajuk sebagai Lembu DiGi. Berikut ada berita Utusan ini tahun lepas:


Di dalam laporan bertarikh Disember 15hb, 2006, DiGi telah membuat majlis penyerahan lembu sebanyak 200 ekor kepada Perdana Menteri.

Semasa Hari Raya Korban dua minggu kemudiannya, Dolah dilihat sangat hebat kemurahannya untuk menyerahkan 130 ekor lembu untuk kawasan Parlimen Kepala Batas. Padahal itu Lembu DIGi yang diberi. Maka orang Kepala Batas makan Lembu DIGi.

Lembu DiGi, Lembu DIGi ...

Sebenarnya agak anih untuk melakukan ibadat korban menggunakan binatang ternakan yang di taja. Ibadah korban adalah ibadah peribadi yang perlu dilakukan lafaz …."Aku korbankan … lembu ini …”, sebagai contoh. Mengikut hukum yang lazim digunakan, salah satu syarat sah korban adalah berugama Islam.

Macam mana syarikat DiGi Berhad, pemegang saham utama, syarikat Norwey Telnor, Pengerusi DiGi Ave Johansen, dan Pengarah Urusan DiGi Morten Lundal hendak niat ... kerana Allah? Sahkah korban jika dibuat bukan Islam? Duit apa untuk kasi orang Islam makan? Entahlah hukum apa zaman Islam HadhariLembu DiGi.

Baiklah, mungkin lembu-lembu ini boleh dianggap sebagai hadiah kepada Dolah. Sebaliknya, Dolah membuat ibadah korban dari lembu-lembu pemberian DiGi yang sudah jadi haknya. Hmmmm … pemberian sebanyak itu luar biasa, mana boleh dianggap pemberian atau hadiah. … Berapa ekor Dolah boleh makan? Entahlah hukum apa zaman Islam HadhariLembu DiGi

Oh ya ... kemana 70 ekor lebihnya disedekahkan? Islam Hadhari ...hilang Lembu DiGi

Itulah dunia korporat. Apa saja kebaikan mahu dihebah-hebahkan untuk diketahui semua. Apa saja keburukan mereka perlu cepat-cepat ditangani.

Husin tak nampak gambar Lembu DiGi itu, tapi cuba bayangkan lembu-lembu yang akan dikorbankan di Kepala Batas ditampal dengan logo-logo DiGi … hehehe

Kalau dibuatnya DiGi ni buat tabiat, mereka buat pelbagai gimik-gimik saudagar dengan Lembu DIGi.

Bayangkan reaksi-reaksi Pak Imam, Pakcik-Pakcik dan Makcik-Makcik melihat pom-pom girl DiGi yang seksi-seksi mengiringi lembu-lembu DiGi yang serba kuning.


Bayangkan di depan masjid dan surau, diletakkan patung lembu kuning dengan logo DiGi. Hehehe...

Astagfirullah … mengucap panjang Pak Haji Mak Haji. Islam Hadhari, macam-macam boleh jadi ….

Lembu DiGi, Lembu DIGi ...

Baiklah itu tahun 2006. Sudah dibisingkan tahun lepas, rupanya tahun 2007 Dolah buat lagi! Cuba berdiam tapi akhirnya disedari juga.

Budak Tingkat 4 ingat cerdiklah untuk umum korban dahulu dan dengan ringkas …


… harap-harap orang tidak sedar.

Orang korporat mesti kompang. Akhirnya keluar di suratkhabar semalam, semua orang tahu Dolah korban Lembu DiGi lagi. Semua sekali jumlahnya dapat …


… dapat 134 ekor bermacam-macam binatang.

Jika tidak sah ikut hukum syariat, tak apalah. Sumbangan lembu itu menjadi sedekah sahajalah. Apahal pun, ibadah itu urusan masing-masing, kerana tuhan sahaja yang menentu. Yang penting dalam apa kita mahu lakukan, ianya perlu dilakukan dengan ikhlas dan dielakkan dari timbul sifat membangga diri.

Hairan bagaimana PRO DiGi Tengku Alizakri boleh memikirkan ide sedemikian. Tidakkah dia faham hukum dan budaya korban. Sebenarnya banyak cara lain untuk melunaskan tanggungjawab sosial korporat. Apa salah dibuat derma di tempat-tempat yang lebih miskin dan memerlukan. Kalau mahu buat Korban juga, pekerja-pekerja Islam DiGi lah buat Korban. Tak apa juga syarikat hendak bantu taja.

Sebenarnya Kepala Batas ni sudah kaya raya …

Sharif Udang yang dapat banyak kontrak Jabatan Laut boleh sumbang korban. Katanya, dia dapat kontrak sentiasa, malah kontrak yang tidak ada dalam peruntukkkan bujet pun tiba-tiba boleh ada. Katanya …

Kamal Bilal, sepupu dan adik angkat Pak Lah tu sorang dah boleh kasi 100 ekor. Katanya dia ada buat sesuatu di Pulau Carey satu masa dulu dan komisyen yang dia mintak RM25 juta. Tak tahulah ada kena mengena dengan PKFZ ke?

Ada pula anak buah Pak Lah, Haji Wahid Mahbut yang sedang membina resort 5 bintang di Kepala Batas. Satu lagi ide luar (k)otak dari Pak Lah. Dengar-dengar selurohnya dibiayai oleh Bank SME. Hehehe ... kalau bungkus, SME Bank boleh write off kemudian …


Kepala Batas ni tak payah ibadah korban lagi noh, depa semua tiap-tiap hari makan daging. Dah tak ada orang miskin lagi. Kalau ada orang miskin, kira bodohlah tidak tahu guna peluang.

Semua orang Kepala Batas, kaya raya. Dolah tidak pernah menghampakan orang Kepala Batas. Ratusan lembu ini diharap untuk memastikan orang Kepala Batas tidak menghampakan Dolah untuk kekal menang pilihanraya.

... tak perlu Lembu DiGi. Sebagai orang dah kaya, hanya perlu terus menerus memberi kontrak.

Husin tertarik dengan cara orang asal Kepala Batas buat Korban ... Sapi punya kepala, DIGi punya Duit, Dolah yang dapat nama. Hehehe... Lembu DiGi, satu lagi ide atau hukum luar (k)otak dari Dolah.

Tiap-tiap tahun Husin buat korban unta. Itu sudah mestilah. Ana berniaga unta lah.

Ahad, Disember 16, 2007

Hubungan Hindraf Dengan Reezal, Azeez Dan Khairy?

Apa agaknya pendirian Dato Reezal Merican, Dato Azeez dan Belum-Mahu-Dato’ Khairy Jamaluddin tentang Hindraf? Mereka ini adalah kononnya pemimpin-pemimpin harapan negara yang sedang meyakinkan orang ramai dan kelihatan menyuarakan isu-isu dalam memperjuangkan nasib orang Melayu.

Semasa demonstrasi dan tuntutan Hindraf mendapat perhatian orang ramai, Husin terfikir persoalan-persoalan nakal:

Di dalam hati mereka-mereka ini, adakah tidak sifat atau naluri kemanusiaan untuk menaruh simpati kepada orang-orang India yang susah tetapi terikut-ikut dengan perjuangan Hindraf? Jika ada, apakah yang membuat mereka memberi simpati kepada penyokong-penyokong Hindraf?


Mari kita kaji ketiga-tiga mereka ini.

Dato’ Reezal Merican adalah bekas penuntut Sekolah Al Masyhur, Pulau Pinang dan pelajar UIA. Reezal adalah Setiausaha Politik Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri Malaysia dan ahli exco Pemuda UMNO.

Sebelum dengan Pak Lah, dia bekerja dengan Dato Shahrizat Jalil. Nama dia mula diketahui ramai apabila berjaya merampas jawatan Presiden GPMS. Khabarnya dia ada cita-cita untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO.

Sebagai orang “Melayu” Pulau Pinang, Reezal memang mempunyai darah kacukan India Muslim atau Mamak.

Apabila dia menjadi Presiden GPMS, ramai yang mempersoalkan. Apa salahnya? Seorang kawan berkata, kita tidak mahu GPMS menjadi Gabungan Pelajar Mamak Semenanjung.

Nakal betul dia orang ni … ah ah ah

Ya tak ya juga … orang kata UMNO Bahagian Tanjung Pulau Pinang pun sebenarnya berlainan dari UMNO tempat lain kerana di Bahagian itu, UMNO bermakna United Mamak and Nana Organisation ha ha ha

Dikhabarkan kepada Husin bahawa dalam satu majlis UMNO, Reezal menyebut:

…. Walaupun saya ni mamak, saya lebih Melayu dari kebanyakkan dari tuan-tuan dan puan-puan yang berbangsa Melayu asal….

Apa sekali pun, GPMS penganjur utama dan Reezal hadir di Majlis Damai Malaysia. Namun, itu hanya kenyataan tidak bersetuju dengan demonstrasi jalanan. Biar Husin baling spanar. Pendiriannya berkenaan tuntutan Hindraf tidak diberitakan …

Dato Abdul Azeez bin Rahim adalah Ketua Putera UMNO Malaysia. Di pertandingan untuk Exco Pemuda UMNO pada tahun 2004, dia menduduki tempat ke 10.

Latarbelakang Azeez tidak banyak diketahui melainkan beliau adalah seorang peniaga kereta terpakai. Dia mengaku memulakan perniagaan pada umor 18 tahun dan menjadi jutawan sebelum umor 21 tahun. Dia mengaku memperolehi ijazah MBA dari Universiti tertua di Amerika Syarikat, Preston University.

Bagus lah ada MBA tapi … tak payahlah canai kuat sangat. Universiti tu baru dibuka hanya lebih dari 10 tahun dahulu.

Bila disebut nama Azeez, orang ramai biasa teringat pasal usahanya untuk membetulkan Mat Rempit. Husin lebih teringat Azeez pasal satu peristiwa pada tahun Disember 2005 yang dikhabarkan media perdana:



Apa alasan Azeez pula?


Canai saja kau ini, Azeez.

Sebagaimana Reezal, Azeez juga keturunan Mamak atau India Islam Pulau Pinang. Mereka ini selalunya ada darah kacukan Melayu dalam keluarga, dan menyerap dan mengamal budaya orang Melayu.

Jika dilihat gambar di bawah, Azeez dan Reezal ada persamaan …


Gambar menunjukkan darah keindiaan Azeez lebih pekat dari Reezal. Dengan gaya pakaian dan siap ada name tag, banyak persamaan dengan Menteri kegemaran Husin.

Hahahaha …. bukan iras lagi tetapi sebijik.

Pendirian Azeez berkenaan Hindraf tidak didengari kerana Azeez tidak ada membuat apa-apa kenyataan mengenai Hindraf. Untuk ambil mudah, dia pasti akur kepada pendirian yang dikeluarkan oleh Dato Hishamuddin dan Khairy.

Tapi Husin belum yakin. Kenapa?

Sebab apa, kisahnya dalam satu majlis MIC, dia telah dipinta bercakap. Dia pun memulakan syarahannya dengan bahasa Melayu dengan mukadimah dan protokal penghormatan yang sepatutnya hingga …

… tuan-tuan dan puan-puan, benarkan saya bercakap dalam bahasa ibunda saya ...

Lepas itu, Khairy yang ada bersama, terus tidak memahami apa yang dikatakan. Hahaha …

Memang ada mamak ini masih fasih lagi berbahasa Tamil.

Azeez memang rapat dengan Khairy dan dia naik menjadi Putera UMNO atas sokongan dan cadangan Khairy. Apakah persamaan antara mereka yang membuat mereka rapat? Betulkah Khairy tidak faham atau buat-buat tidak faham syarahan Azeez di majlis MIC?


Ramai orang mengenali Khairy Jamaluddin sebagai anak Dato Jamaluddin bekas diplomat. Dato Jamaluddin berasal dari Rembau dan itulah sebabnya pendaftaran Khairy sebagai ahli UMNO adalah di Bahagian UMNO Rembau.

Dato Jamaluddin memang orang nogeri sojati. Tapi kenapo kulit si Khairy tidak sawo matang macam orang Melayu. Orang ashli Rombau yang golap sedikit pun lebih corah.

Mesti seboleh omaknya yang asal dari Kodah. Puas satu Internet tak jumpo gamba. Yang ado di laman Bernamo pun sudah diperintah padam. Akhirnyo dapek gamba kocik dokek bawah yang dah dibosarkan.


Tekojot bosar den. Mak ai golap omaknyo! Tapi golap-golap omaknyo, katonya ado bondo yang buek mata dio torang. Apa hal t
ak ayah dipertikai lagi, Khairy ni lebih mamak dari nogori!

Donga-donganyo akak si Khairy kahwin Negro. Nasib dio kahwin si Nori rupo Jopun. Kalau tidak, sekeluargo golap.


Padan si Khairy syukur bosar Jibrael Ali Jamaluddin tak ngikut ruponyo. Hahaha ...


Faham ajo lah ….

Kalau dilihat sejarah hidupnya, Khairy dilahir di Kuwait. Penghidupannya dari kecil hingga dewasa tidak pernah di Malaysia.

Semua orang tahu sejarah persekolahnya kerana Khairy ke sana sini mendabik dada tentang sekolah-sekolah yang dia pergi - United World College, Singapore, Oxford University, dan University of London, UK. Habis belajar, dia bekerja di London. Bila balik dan mula bekerja di Malaysia, dia tidak fasih bercakap Melayu.

Bolehkah dia menjiwai hati dan harapan orang Melayu? Itu baru sejarah hidup. Apa pula pemikirannya?

Dalam laporan akhbar The Star November 2hb, 2007, ramai hanya bising berkenaan pengakuan dia menerima perlindungan dari bapa mertua.


Ramai tidak menyedari kata-kata Khairy berikut:

“There must be a middle ground somewhere,” he added.

Fahamkah apa dia cakap itu?

Seorang kawan rapatnya, Phar Kim Beng pernah menulis di Straits Times, Singapore bertarikh Julai 20hb, 2004. Dia membayangkan Khairy sebagai berikut:

… Mr Khairy briefly stayed and quietly admires - he is a firm believer in justice and freedom. However, he strenuously stays away from garnishing issues with ideological rhetoric, unlike former deputy prime minister Anwar Ibrahim and his cohort, whom Mr Khairy clearly detested as early as 1997.

At one stage, his e-mail domain was Hang Jebat, a 15th-century Malay figure who believed in the importance of truth, rather than blind faith in the establishment.

The original idealism that burns in Mr Khairy has not changed, nor his attempts to translate this idealism into political beliefs. …

Sedap bercakap. Malah, pendirian anak muda ini yang sedang dalam proses menjadi kenyataan:

Yet, if Malaysia is to take a turn towards greater economic growth, his views are almost inevitable. For one, he believes the 'subsidy mentality' that has plagued the Malay mindset is a bane, especially in an age of globalisation.

Walaupun pandangan Khairy ada sedikit kebenaran, itu bukan persoalan.

Ada yang dapat membaca majalah Ethos menyatakan pemikiran Khairy tidak ada langsung menjiwai sejarah perjuangan kebangsaan Melayu dan UMNO.

Jiwa dan worldview Khairy adalah anglophile. Seorang pejuang Nasionalis Melayu memahami sejarah, bijak mengimbang hak dan kepentingan pelbagai pihak, dan tidak mudah bertolak ansur berkenaan kepentingan Melayu yang tinggal sedikit dan sentiasa ditiris.

Bolehkah dipercayai pendirian Khairy yang berkerangka minda barat berkenaan demonstrasi jalanan dan tuntutan Hindraf? Di pentas UMNO, ucapan-ucapannya berdegar-degar konon mencadangkan wadah Agenda Melayu, mempertahankan hak Melayu dan kesinambungan perjuangan UMNO.


Apabila bab Hindraf, tindakan dan kenyataannya agak sederhana dan hambar?

Kenapa dia tidak panggil penyokong-penyokong Hindraf sebagai monyet, sebagaimana dia memanggil blogger dan penyokong Bersih dan gelombang Kuning?

Ah ah ah ha ha ha he hehe …

Padahal Hindraf menentang perkara-perkara quid pro quo dalam Perlembagaan kita? Selain itu, dia seolah-olah sunyi sepi sebelum, sepanjang rusuhan Hindraf, dan selepas penangkapan pemimpin Hindraf di bawah ISA.

Inilah sepatutnya masa seorang ahli politik muda menjadi hero.

Itulah sebab Husin berpegang kepada Prinsip WYSWIG untuk bersahabat. What you see is what you get.

Lebih baik bersahabat dengan Ah Piow penternak "kerbau pendek" atau Aci yang geleng kepala (bukan angguk) bila setuju. Kedua-dua tidak bercakap Melayu dengan baik dan tidak kata memperjuangkan Melayu tetapi kehidupan keluarga mereka. Mereka tidak cuba berpura-pura jadi Melayu untuk berkawan dengan Husin.

Sebagai seorang saudagar, Husin sedar betapa penting untuk ada banyak kawan dan bermesra dengan semua orang; tidak kira bangsa, ugama, suku kaum, dan juga politik mereka.

Kepelbagaian bangsa di Malaysia sebenarnya amat menyeronokkan. Kaum-kaum Melayu, Asli dan Bumiputera Sabah dan Sarawak sebagai rakyat asal. Kaum Cina, India, Portugis, dan lain-lain sebagai rakyat yang berkelana ke sini. Menarik kepelbagaian makanan, pakaian, budaya, perayaan, dan kerenah.

Yang penting, kita berpegang kepada janji kita untuk menjadi satu negara. Hak-hak dan kepentingan yang sudah dipersetujui perlu terus dihormati dan dipertahankan. Walau dunia nak ubah macam mana, kita jalan terus ke hadapan. Kalau kita bersatu dan kerjasama terjalin, lama-lama perbezaan itu lenyap dengan semula jadi.

Bukan tidak ada yang boleh dibaiki. Perkara yang tidak disenangi pun boleh disuarakan tetapi lakukan dengan kesopanan dan kesusilaan. Kalau kita pandai berhemah menjaga sensitiviti sesama kita, perkara sensitif boleh dibincang. Perkara ini perlu dihayati oleh semua, baik si Pemerintah atau si Pembangkang atau rakyat biasa.


Dalam perkara ini Husin meminta dan patut diberi pengecualian demi meneruskan blog satira ini.

Buat pengakhir kata, berhati kita kepada mereka yang suka berpura-pura.

Reezal mengaku dirinya mamak dan hanya mahu mendapat keyakinan mengenai kesediaannya berjuang untuk orang Melayu. Azeez belum diketahui berkata dengan ikhlas tentang kemelayuan atau kemamakannya, tetapi tidak segan untuk mengaku bahasa ibundanya adalah Tamil.

Khairy berusaha untuk dilihat sebagai Melayu dan cuba mendapat keyakinan ramai tentang perjuangannya untuk Melayu tetapi darah mamaknya dirahsiakan. Dia berdegar-degar bersyarah hanya untuk mengaburi orang ramai latarbelakang dan pemikirannya yang jelas anglophile.

Jika seseorang itu tiada halal dan haramnya dalam mencapai agendanya, maka tidak menghairankan untuk seseorang itu sanggup bersekongkol dengan Hindraf dan membawa porak peranda kepada negara. Ini terutama logik jika tuntutan Hindraf boleh memenuhi agenda yang dia ingin bawa.


Kalau rakyat negara Cina menggelar orang Singapura pisang kerana kuning diluar tetapi putih di dalam, Khairy layak di gelar manggis. Mana tak, manggis berwarna hitam di luar tetapi putih di dalam.



Hitam hitam si Khairy manggis
Lagi hitam sungguhkah manis?

Pahit! …. ah ah ah ha ha ha

Jual orang lagi untung dari jual unta. Wow!


** Terima kasih kepada seorang akauntan melayu yang muka macam cina yang memberi maklumat dan ilham.

Sabtu, Disember 08, 2007

Susah Bila Dolah Berfikir Di Luar (K)otak

Sesudah ranap Kuala Terengganu dan Johor Selatan, giliran Sungai untuk menjadi hasil pemikiran Dolah di luar (k)otak.

Blogger dan penulis Dato' Kamal Amir menulis dalam kolumnya "Bila Dolah Buat Lawak":

Sementara Abdullah Ahmad Badawi pula diberitakan oleh RTM meninjau sekitar kawasan yang dinaiki air di Johor dengan menaiki pesawat dan sebaik sahaja ditanya oleh wartawan lantas beliau mencadangkan agar sungai di Johor diluruskan.

“Bila dah lurus sungai, mana-mana kawasan yang jadi tasik boleh buat tempat memancing atau famili berkelah di musim cuti, boleh juga buat tempat naik bot untuk tujuan riadah, mana-mana tebing yang telah dihias dapat jadi kawasan istirehat. Bila sungai lurus masalah banjir dapat diatasi.”

Begitulah ucapannya yang tersiar di Berita Radio klasik sebelum masuk waktu sembahyang zohor.

Kah kah kah ...

Ini bukan bedek. Bernama pun melaporkan.

Kah kah kah ... Sempatkah Dato sembahyang zohor? Kalau Husin dengar radio tu, pasti terbahak-bahak ketawa dari masuk waktu zohor hingga ke waktu asar. Kah kah kah ...

Dato Kamal mesti faham .... kah kah kah .... bahawa .... kah kah kah ...(diam, selawat, dan minum air bertenang sebentar 5 minit).... ha ha he he ...., maaf Dato', ... saya sambung... sakit perut sikit.

Tok mesti faham bahawa sejak tahun 2004 Husin sudah berkali-kali dengar dia bersyarah, "We must think out of the box". Bolehkah dianggap Dolah menggunakan kaedah ini dengan berkesan untuk mengendalikan ide-ide pembangunan baru?

Yang numero uno hingga di puji seorang Dato Vice Chancellor adalah Piala Monsoon untuk pertandingan kapal layar. Tiap-tiap kali pertandingan, cerita lagenda ide ini akan diulang. Begitulah hebatnya hingga baru tiga tahun, tapi dah dipuji dengan begitu cemerlang, gemilang dan terbilang. Tunggu masa tutuplah F1.

Alkisahnya Dolah mendapat ilham ini dalam salah satu expedisi memancing di Terengganu. Dalam perbualan menunggu ikan memaut, mereka berbincang mengenai masaalah kekurangan pelancong ke Terengganu di musim tengkujuh. Dolah dikatakan mendapat ide mengadakan acara pelancongan yang besar untuk Terengganu.

Fikir-fikir punya fikir, anak angkatnya Patrick Badawi mencadangkan pertandingan kapal layar world class. Mesti world class kerana menandingi ide F1 Dato Mahathir. Bagi pelancong yang tidak dapat bersantai di pulau-pulau maka Pulau Duyong dibangunkan sebagai Marina Resort. Boleh biznes sedikit ... Thinking out of the Box.


Menyedari ombak tengkujuh terlalu kuat untuk kapal layar belayar, ditutup muara sungai Terengganu dan pertandingan diadakan di muara. Dapatlah biznes untuk membina penahan ombak ... Thinking out of the Box.


Khabarnya penahan ombak yang tinggi 20 kaki tidak dapat bertahan dan kos membaiki akan menelan belanja berpuloh juta tiap-tiap tahun. Ohhh ... itu tidak apa, itu biznes. .... Thinking out of the Box.


Khabarnya pelancong barat yang diharap datang untuk Monsoon Cup tak berapa sangat. Lalu dikatakan audit media mentaksirkan satu pertiga ummah manusia akan menonton pertandingan itu di TV. Adakah ketinggian angka audit menguntungkan negeri dan rakyat Terengganukah? Asal nampak macam berjaya ...Thinking out of the Box.

Dari orang komplen sangat, dilalaikan dengan dibina Masjid Kristal untuk melambangkan Terengganu Negeri Islam Hadhari. Tamaddun dan peradaban Islam boleh juga dijadikan tarikan pelancong barat untuk jemur bersantai dalam pakaian mandi. Memang hebat ... Thinking out of the Box.

Khabarnya angin tidak kuat dan tidak menentu. Pertandingan hanya merupakan nasib siapa baik dapat angin. Bagaimana akan diselesai masaalah ini? Adakah akan dibina mesin kipas angin gergasi untuk menjana angin bagi melayarkan kapal-kapal ini? Pasti boleh membina satu industri baru. Satu lagi ide untuk Dolah .... Thinking out of the Box.

Kalau tak habis-habis keluar wang dan tak habis-habis menyelesaikan masaalah, bukanlah thinking out of the box atau berfikir di luar kotak, tapi ... berfikir di luar otak.


Itu pun ramai tak tahu kesan alam sekitar Piala Monsoon kepada sistem ekoloji dan perairan Kuala Terengganu. Tunggu saja untuk melihat kesannya. Ada prospek biznes.

Tahun lepas, Dolah ada satu lagi ide berfikir di luar otak. Malah dia mengaku, "Ini ide saya."

Tidak lain dan tidak bukan, ide itu adalah projek Wilayah Pembangunan Iskandar. Ialah projek yang dikatakan Megapolis. Kemudian dikatakan Hong Kong Malaysia. Penasihat Dolah, Musa Pendekar Tualang Tiga, katakan Shenzhen. Eh mana satu ni? Shenzhen untuk siapa?

Dengan WPI, maka Dolah dapat mengalihkan pandangan orang ramai daripada masaalah pembatalan Jambatan Bengkok. Dolah dapat menghidupkan harapan dan keyakinan orang Johor kepada kerajaan BN. Padahal harapan mereka untuk dapatkan jambatan tidak tercapai ... Thinking out of the Box.

Sekali tak laku dapat menarik pelabur, maka dibenarkan pula pembeli-pembeli hartanah membeli hartanah berharga RM250,000. Developer lah untung ... Thinking out of the Box.

Orang marah, maka mereka diam saja dulu. Bila Akta dapat diluluskan, pelbagai rancangan dan kemudahan untuk orang Singapura diumumkan - kad pintar imigresyen, mudah dapat permit kerja, kemudahan keselamatan, dan macam-macam lagi. Pembangunan untuk memanafaatkan rakyat... Thinking out of the Box.

Akhirnya bagi memastikan Singapura terlibat, maka ditubuh Jawatankuasa Peringkat Menteri melibatkan Malaysia dan Singapura. Menteri Singapura terlibat untuk membangunkan tanah Johor? Kata Dolah dan Musa, negara tak terjual. Macam mana tu? ... Thinking out of the Box..

Rupanya Akta WPI memberi kuasa mutlak kepada kerajaan persekutuan dan pegawai-pegawainya hingga mengubah peraturan dan tidak boleh di saman. Ini bukan sahaja "berfikir di luar kotak atau otak", orang Johor kata kepala hotak!!!

Berbalik pada cerita meluruskan sungai dan adakan tasek menakung air untuk berkelah dan bersantai, Husin takut dengan "idea saya" dan "Thinking out of the Box" Dolah.

Tak payahlah Dolah buat sungai lurus. Lebarkan dan dalamkan pun cukup. Selalu-selalulah keluarkan sampah-sampah dari sungai. Pastikan orang dan industri tak buang sampah.


Nasiblah ... dia dah mula berfikir di luar otak. Adalah orang yang akan buat biznes dan bertambah mahallah belanja.

Mungkin cara Dolah berfikir di luar otak terlalu maju, maka terlalu berharga dan mahal di luar kemampuan Malaysia. Lebih baik Dolah tawarkan buah fikiran dan caj mahal-mahal sebagai konsultan kepada MNC dan Negara yang minat.

Husin lebih untung jual orang dari jual unta.

** Disunting dan dikemaskini dengan gambar pada 10/12/2007 pada 11:59 malam

Isnin, Disember 03, 2007

Bila Pemimpin Lemah, Macam-Macam Boleh RAF

Negara kita menjadi huru-hara di bawah pemerintahan Dolah Badawi yang lemah. Sekarang ini, rakyat sudah rasa betul apa kesan negatif dari polisi-polisinya dan mula bersuara hingga perhimpunan haram pun mereka sanggup ambil risiko.

Husin tidak suka pun pada demo-demo ini. Tak mendatangkan hasil. ... Susah untuk Husin menjual unta. Sudahlah ekonomi teruk bawah Dolah hingga tak ada chance lagi nak jual orang.

Sekarang ini, berapa banyak kumpulan sudah mogok sejak Dolah membuat tak betul. Orang ramai atau "pembangkang" sudah mogok pasal tol naik.

Penggiat ugama bukan Islam atau "pembangkang" sudah mogok kerana orang "Islam" tak boleh tukar ugama. Penggiat ugama Islam atau "pembangkang" sudah mogok kerana orang bukan Islam telah mogok.

Orang Cina atau "pembangkang" sudah lama monyok pasal tak boleh cari makan. Orang Melayu atau "pembangkang" lagi marah sejak pelbagai ketirisan dan tuntutan terhadap hak mereka.

Peguam atau "pembangkang" sudah mogok sebab video tape. Gabungan NGO atau "pembangkang" telah mogok sebab mahu celup jari dalam dakwat.

Baru-baru ini, orang-orang Hindraf sudah mogok pasal kuil yang jumlahnya sudah melebihi jumlah surau diroboh. Susah Husin nak percaya ... tapi memang orang Hindu suka buka kuil di-mana-mana ada pokok besar. Bila kuil sudah besar dan kasi tidak tenteram pada orang Islam, mereka tidak mahu pindah.

Dolah pulak ambil jalan mudah suruh MIC buat kajian ... apa itu MIC buat selama ini? Tak akan tak tahu masaalah orang India. Peliknya si Dolah bila besoknya baru dia baru nak kata Hindraf melampau. Menantu baru kasi fahamkah?

Sekarang India sudah bising dan orang tak sedar mereka sudah ada joint military understanding dengan Singapura baru-baru ini. Anwar Ibrahim pun cari peluang politik ... Amerika sudah bising dan Britain pun sama. Nampak Dolah akan kelam kabut kerana mereka sudah berani.

Dolah mudah tolak ansur apabila setiap tuntutan dan tekanan dibuat keatasnya tanpa memahami samada tuntutan itu masuk akal dan konsisten dengan undang-undang atau perlembagan. Macam kes Hindraf, dia akan ber"dolah dalih" berubah-ubah pendirian dan pandangan seolah-olah tidak tahu apa dan tidak faham isu.


Ini yang membuat Husin pening. Husin sudah dapat tahu dari maklumat-maklumat pembeli-pembeli dan pemborong-pemborong unta bahawa pelbagai kumpulan akan melakukan demonstrasi dan rusuhan.

Kita dah tahu pasal Peguam akan berjalan pada Desimber 9hb. Desas desus kata Pekida akan berarak tetapi tidak sudah tak jadi. Ada pulak Damai Malaysia nak berarak ... damai bagus lah tapi bolehkah damai dan tenteram bawah pemerintahan Dolah yang didalang Khairi dan puppetmaster?

Banyak kumpulan-kumpulan lain yang sudah bercadang untuk membuat tuntutan dan bearak. Semuanya garang macam Hindraf kerana pengakhir nama pertubuhan mereka adalah RAF atau Rights Actions Force. Oiii ... force tu maknanya main paksa tu. Husin senaraikan berikut:
Teapinraf - Kumpulan Bekas Penuntut Ayah Pin RAF menuntut supaya orang-orang Malaysia berhenti menggunakan cawan dan teko untuk minum kerana ianya adalah alat suci untuk ugama sesat mereka.

Tazkiraf - Kumpulan penyembah pemimpin RAF yang zikirnya berbunyi "saya sokong" walaupun tak tahu apa dia sokong. Mereka menuntut kumpulan mereka didaftarkan dan masuk dalam senarai ugama-ugama yang sah dalam Malaysia.

Utaraf - Kumpulan ugama RAF yang menuntut hak berugama tetapi menuntut untuk membangunkan kerajaan negeri baru.

Jawaraf - Kumpulan Jawa RAF menuntut supaya kawasan Parit Jawa hingga ke air Itam dan Pontian Johor di jadikan satu negeri yang berfiraun ... opps bersultankan seorang radin.

Perliraf - Kumpulan anak Melayu Perlis RAF yang menuntut supaya Raja Perlis bukan dari Orang Arab .... Ini susah ni beb. Boleh dikira menghasut dan masuk penjara kerja berat!!! ... kerana termasuk dalam tindakan-tindakan menghasur yang meliputi hak kewarganegaraan kaum lain dan kedudukan bahasa Melayu, ugama Islam, Raja-Raja Melayu, dan hak keistimewaan orang Melayu.

Musyaraf - Kumpulan Manshester United shareholder RAF menuntut supaya Musyaraf turun sebagai President Pakistan dan digantikan oleh Sir Alex Ferguson dengan Khazanah Nasional Pakistan mengambilalih Manchester United.

Minaraf - Kumpulan Minangkabau RAF menuntut supaya mereka di bezakan dari orang Negeri Sembilan dan hak asasi mereka menjual sikat di tepi jalan dan nasi padang tidak dicabul.

Hainan-raf - Kumpulan Cina Hainan RAF menuntut orang melayu tidak menjual nasi ayam kerana meraka sudah tidak boleh cari makan. Mereka berjanji akan jual daging ayam yang halal dan dibeli dari orang Melayu.

Boyan-raf - Kumpulan boyan penang RAF menuntut agar Wan Zaleha, Dr Mahathir, Tan Sri Tajuddin Ramli dan lain-lain orang ternama dan kaya berhenti naik kuda kerana harga kuda sudah naik harga dan mereka tidak dapat mampu mempunyai kuda lagi.

Cangkuraf - Kumpulan anak yang cangkul dalam peperiksaan SRP RAF menuntut supaya hak mereka untuk hidup mewah dihormati dan mereka diperuntukkan 20% dari jawatan-jawatan tinggi dalam kerajaan, GLC, dan swasta.

Ashraf - Kumpulan perokok-perokok RAF menuntut hak mereka untuk merokok di panggung wayang, restoren, dewan-dewan, pejabat-pejabat dan tempat-tempat awam di hormati. Kata mereka lung cancer sudah menurun dan kanser payudera lebih meningkat. Mereka patut diberikan hak mrokok mereka kembali.

Paraf - Kumpulan penagih dadah RAF menuntut projek bangunan dan rumah yang sudah terbengkalai tidak dipulihkan supaya mereka hak mereka untuk tidak ditangkap polis.

Jampiraf - Kumpulan bomoh-bomoh RAF menuntut supaya profesyen dan teknik perubatan mereka diiktiraf oleh Malaysian Medical Association dan Kementerian Perubatan.

Artiraf - Kumpulan artis-artis muda cantik RAF menuntut suratkhabat media perdana tidak mengkaitkan mereka dalam gosip-gosip dengan Dato-dato dan Tan Sri Tan Sri hartawan.

Rabaraf - Kumpulan GRO-GRO RAF menuntut supaya harga meraba meraka di naikkan dan dikira mengikut kadar jumlah sentuhan dan harga berbeza untuk lain-lain bahagian badan.

Dandraf - Kumpulan Dato Seri gatal RAF menuntut isteri-isteri mereka memberikan mereka keredaan untuk kahwin lagi kerana mereka yang kini lebih diminati oleh artis dan model dari Dato biasa yang sudah terlalu banyak.

Begokraf - Kumpulan blogger yang dipanggil goblog oleh Menteri-menteri RAF menuntut supaya Menteri-menteri tersebut di ISAkan.

Lemporaf - Kumpulan peminat Husin Lempoyang RAF menuntut supaya harga unta dinaikkan supaya orang ramai tidak kena jual dengan Husin Lempoyang.

Remraf - Kumpulan Mat Rempit RAF yang menuntut hak mereka untuk tidak melakukan sesuatu yang bermunafat dan hak mereka untuk membunoh diri di jalanraya.

Raf-raf - Kumpulan Tindakan Tuntutan Hak RAF yang mahu menuntut dan bertindak tetapi tidak tahu apa yang mahu di tuntut lagi.

Tengok! Macam-macam boleh RAF.

Sudah diatur tiap-tiap minggu di bandaraya Kuala Lumpru dan bandar-bandar utama dalam Malaysia untuk diadakan demonstrasi aman hingga bukan April.

Husin rasa Dolah seorang pemimpin lemah dan kurang faham akan mudah tolak ansur akan tunduk pada semua tuntutan-tuntutan. Macam mana punya kecoh kalau ini semua dilayan?

Layak lah Jeanne, Khairy, Kamaluddin, Kalimullah, ... Tingkat 4 dan para-para CDM menubuhkan Lahlumraf ... Kumpulan penyokong pemimpin lemah RAF. Khairy yang akan perjuangkan hak orang Melayu ... Diam saja raffff...

Aisayman ... banyak susahlah Husin Lempoyang mahu berniaga kerana tidak dapat jual orang dan unta ..... Undur ... Lah! RAF! RAF!

** Terima kasih Guni Timun atas ilham anda

Jumaat, November 30, 2007

Dendangan Buat Khairy Sempena Tuntutan Hindraf

Begitu kuat dan jelas tuntutan Hindraf, dimanakah dikau hilang menyendiri sepi? Bukahkah kau yang berjanji akan kehadapan mempertahankan hak bangsa? Adakah kamu selama ini berolok-olok? Hanya berpura-pura. Di belakang lain pula kira-kira.



Hebat kamu menunjuk perasaan membela Lebanon yang diserang Israel di Kedutaan Amerika dan di luar Majlis yang dihadiri Condoleeza Rice. Di atas pentas kamu memanggil orang dengan gelaran berok, kera dan pelbagai kata. Betul bagaikan aksi badut yang lucu.



Biasalah ada yang mudah dilekakan dengan kata-kata. Mudah dijaja dengan janji, benda dan mimpi. Baik yang memimpin dan dipimpin ... sama sahaja serba tidak tahu dan jiwa yang kosong.



Bukan tak biasa ku lihat kamu lari dari perdebatan. Kamu pernah tak mahu hadir bila diajak berbicara secara terbuka. Kami sedar kamu hanya berani di halaman sendiri dan sesama rakan-rakanmu sahaja. Tahu juga si anu kamu kecut.



Hindraf menghina bangsa dan parti, membohongi sejarah, menuntut yang bukan hak, menuduh yang bukan-bukan, memalukan negara, dan pelbagai lagi. Berdiam sahaja kamu dan Pemuda UMNO dalam berolok-olok, menjadi badut untuk diketawa, sebenar diri itu tolol, dan pengecut rupanya ...

Ah .. kamu fahamkah apa yang kamu kata kepada The Star pada November 2hb, 2007:

Khairy also said that he felt strongly about wanting to start a genuine national conversation among people of different backgrounds, ethnicity and religions on Malaysians as a people.

“There must be a middle ground somewhere,” he added.


Bodoh betul. Tahukah membezakan hak dan kepentingan? Berkata sesuka dan sesedap hati. Tahu tapi tak faham. Hanya berpura-pura berlagak pandai. Jiwa kosong tidak punya jatidiri.



Inikah yang beriya-iya mahu kehadapan membelakangi yang lebih layak untuk memimpin agama, bangsa, parti dan negara?

Terkini dari Forum MyKMU:

Akademik Khairy adalah berikut:

October 1994 – May 1997
St. Hugh College, University of Oxford
BA (Hons) Philosopy, Politics and Economics

October 1997 – September 1998
University College, London
MA Legal and Political Theory

September – December 2002
Oxford Centre for Islamic Studies


Sedutan dari Wikipedia:

St Hugh's College is one of the constituent colleges of the University of Oxford, England, located on St Margaret's Road, North Oxford. It was founded in 1886 as a women's college, and accepted its first male students in 1986. As of 2006 the college had an estimated financial endowment of £27 million.

Satu lagu ku dedikasikan buat pengakhir ...



Disebalik lakaranmu, rupanya jiwa mu didik untuk menjadi "perempuan" ...

Rabu, November 28, 2007

Jangan kasi Karpal naik, susah ...

Dalam satu Majlis dengan ahli-ahli Parlimen, Dato Seri Abdullah Badawi, Dato Seri Ong Ka Ting, Dato Seri Samy Velu dan YB Karpal Singh ditempatkan dalam satu meja. Mereka berbual mengenai kenaikkan harga barang yang tidak terkawal.

Dolah Badawi berkata, "Lembu punya harga sudah naik, kita orang Melayu banyak susah."

Samy Velu pula menceritakan masaalah orang-orang India, "Dato Seri, kambing punya harga sudah naik, kita orang India banyak susah. Orang-orang Hindu tidak makan lembu. Daging yang orang India pelbagai ugama makan adalah kambing. Ayo yo ... banyak susah mahu cakap sama orang-orang saya. Shafie Apdal must do something creative."

Mendengar masing-masing menceritakan masaalah kaum masing-masing, Ong Ka Ting tidak mahu ketinggalan menceritakan masaalah kaumnya. Dia memberitahu, "Babi punya harga sulah naik, kita olang Cina manyak susah...."


Karpal yang menyampah mendengar pengampu Dolah mengikut-ngikut cakap Dolah memikirkan apalah susah sangat untuk menangani masaalah kenaikkan harga barang yang mendadak. Ia terang menunjukkan kepincangan Dolah dalam mencari cara dan helah untuk membendung masaalah negara. Dia pun memintas Ong Ka Ting, "... Ini semua tak ada problem la. Kalau saya punya naik, awak bertiga orang lagi susah."

Alah giji. Jarum besar punya ....


Sebenarnya kalau Dolah mahu membaca dan berfikir, jawapannya adalah dengan membendung harga kenaikkan minyak. Masaalahnya kita menghadapi inflasi yang diimpot dari luar negara atau faktor-faktor luar negara yang mempengaruhi harga barangan tempatan. Kalau inflasi naik seiring pertumbuhan ekonomi tempatan, itu tidak menjadi hal. Pertumbuhan ekonomi sedikit sebanyak menaikkan daya kemampuan membeli.

Karpal Singh pun bukan tahu jawapan pada masaalah ini pun. Dia cuma sudah naik bosan dengar mereka-mereka yang berkuasa melakukan sesuatu, hanya merungut. Kalau DAP, jawapannya senang - ikut model Singapura - ekonomi pasaran bebas dan kebajikan masyarakat berdasarkan sosialisma. Semua samarata dan siapa ada kuasa ekonomi dia lah berkuasa.

Untuk memahami masaalah ini, kena dilakukan melalui kadar pertukaran matawang Ringgit Malaysia. Sekarang US Dollah (hanya slang bukan Dolah Badawi) sedang jatuh nilai kerana masaalah hutang lapuk sub prime. Minyak pula diletakkan harga dalam nilai US Dollah.

Sudah nampak? Tak lagi ya? Baik lah.

Akibat harga minyak yang naik dan US Dollah yang dok turun, maka dua perkara berlaku. Pertama, revenue ekspot kita bertambah rendah. Kedua, yang mempunyai impak terus menerus, minyak tempatan ditetapkan asasnya pada harga pasaran antarabangsa dan dalam US Dollar.

Confuse? OK lah.

Kenaikkan harga minyak menaikkan harga semua barang dan perkhidmatan. Macam mana helah pun Menteri mahu cakap pun, barang tetap naik. Gesa menggesa tak cukup. Ia hanya menunjukkan Menteri tak berkesan menguruskan Kementerian.

Minyak sudah mula meningkat harga pada tahun 2004. Dr Mahathir dah cadangkan di tukar tambatan Ringgit ke US Dollah dari 3.80 ke 3.60. Dolah Badawi penakut pergi akur pada tekanan IMF untuk apungkan matawang Ringgit. Penasihat pun terlalu menyembah pada IMF. Tahun itu, IMF puji dia sikit punya baik. Sukalah Dolah Yahudi Zionis IMF puji. Teringat Anwar Ibrahim pun kena puji kuasa asing masa baru naik MoF dulu.

Hari itu masa duit Ringgit naik berbanding dengan US Dollah, dia main cakap saja ekonomi baik. Di temberang orang kampung seolah-olah dia pandai urus ekonomi. Ini yang Lim Goh Tong beritahu Tun Razak dalam sajak abang Zak (kerlip di sini) ... Tak tahu siapa Perdana Menteri, dia atau menantu? Dia bikin orang manyak susah.

Jadi jawapannya adalah kembali pada sistem tambatan matawang. Dengan demikian Malaysia mendapat satu variable untuk mengawal dan mengimbangi faktor-faktor luar. Selain itu .... ah tak bolehlah cerita habis. He he he ... satu cukuplah, tak bolehlah ajar si Dolah ni semua. Nanti Dolah kaki tidor akan kompang dialah PM yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Kalau dia boleh bayar Konsultan dari Singapura untuk kerja di MAS dan Fakulti Perubatan UKM dengan gaji RM50k sebulan dan hampir 1 juta setahun untuk tak buat kerja apa-apa atau kerja yang orang Malaysia boleh buat, tak kan tak boleh bayar Husin Lempoyang. Husin jual orang lagi untung dari jual unta.



Doa saja tak selesai masaalah rakyat
Ini pula doa depan kamera


Masaalah kita ni, Dolah tidak kerja bersungguh-sungguh. Kita lihat sendiri bagaimana dia sendiri tak ada disiplin dalam dirinya. Tidor tengah majlis dan tidak mahu mempertingkatkan ilmu dalam dirinya. Dia terlalu bergantung pada cakap pelbagai Penasihat. Bila banyak orang kasi pandangan dan nasihat, dia bingung kerana tidak tahu nak memahami, menilai dan mengimbang nasihat-nasihat dan buah fikiran pelbagai orang. Penghabisan dia hanya cakap sesuatu cara am dan hanya mengikut cakap seorang dua.

Teringat tahun lepas semasa Samy Velu berkempen untuk menjatuhkan Dato Subramaniam. Saya mahu orang yang bekerja bukan yang suka berpoya-poya di Kelab Malam. Mungkin Samy kena kasi tahu ini PM, doa saja tak boleh selesai masaalah. Tuhan kata suruh usaha baru tuhan kabulkan. Samy kena kasi tahu samada dia, "Saya mahu boss yang kerja!"

Apa hal jangan kasi Karpal naik, susah ... !

Jumaat, November 23, 2007

Demi Memenuhi Syarat R.A.H.M.A.N.

Politik di Malaysia ini ada satu mitos yang mana nama Perdana Menteri-Perdana Menterinya perlu mengikut satu susunan abjad dalam nama Perdana Menteri yang pertama Tunku Abdul Rahman. Susunan itu adalah R.A.H.M.A.N.

R untuk Rahman atau Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. A untuk Abdul ia-itu Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak. H untuk Hussein, ia-itu Tun Hussein Onn. M untuk Mahathir ia-itu Tun Dr Mahathir Mohamed.

A jelas sekali adalah Perdana Menteri sekarang Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pada satu masa dijangkakan M untuk Tun Musa Hitam yang bakal menggantikan Dr Mahathir dan mitos RAHMAN ini dijangkan tidak akan berlaku. Bagai dikehendaki tuhan, Musa telah meletakkan jawatan dan diganti oleh Tun Abdul Ghaffar. Mitos itu dikatakan akan jadi juga. Kemudiannya Tun Abdul Ghaffar bin Baba ditewaskan Anwar sebelum pemilihan UMNO dan Anwar Ibrahim bakal mengisi untuk abjad A. Tetapi tidak menjadi juga ...

Maka N ini membawa pelbagai misteri. Siapakah bakal menjadi Perdana Menteri selepas Abdullah Ahmad Badawi? Kalau dilihat nama pendik Timbalan Perdana Menteri, tentu sekali Najib atau Dato Mohd Najib yang paling bermungkinan. Ada kata jangan diketepikan Nazri atau Dato Nazri Tun Aziz. Kemungkinan besar masih Najib.

Zaman-zaman lepas gandingan formula PM-TPM yang menjadi dan kekal adalah gandingan seorang agresif dan seorang pelembut. Abdullah orangnya pelembut dan Najib seorang yang agresif. Keadaan kini berlainan sedikit kerana dia telah mengambil seorang muda yang agresif dan bercita-cita tinggi.

Kemungkinan dia boleh menjadi pesaing untuk memenuhi syarat huruf N. Masaalahnya namanya bukan bermula dari N. Sangking (cakap Jawa untuk kesungguhan) hendak sangat jadi PM sebelum 40, katanya dia sanggup tukar dari suku kaum dari Minangkabau ke Jawa untuk membolehkan ia menjadi Perdana Menteri. Nama kawasan tempat asal bapanya pun sudah ditukarkan menjadi Kampung Parit Jawa, Rembau.

Orang muda Jowo itu tidak lain dan tidak bukan adalah Ngairy Jamaluddin.
Ha ha ha ... jual orang lagi untung dari jual unta.

Isnin, November 19, 2007

Disebalik Warna Warni Patriotisma


Jalur gemilang kemegahan negara

Sejak timbulnya Gelombang Kuning, suatu masa dahulu Gelombang Biru di Terengganu pada tahun 2004 dan ada ura-ura mini Gelombang Merah pula, ianya telah menimbulkan minat Husin untuk memahami mengenai bendera Malaysia dan makna-makna warna di dalamnya.
Hasil carian di Google, Husin terjumpa dan menyedut penerangan dari Wikipedia seperti berikut:

The flag of Malaysia, also known as the Jalur Gemilang ("Stripes of Glory"), comprises a field of 14 alternating red and white stripes along the fly and a blue canton bearing a crescent and a 14-point star known as the Bintang Persekutuan or Federal Star. The 14 stripes, of equal width, represent the equal status in the federation of the 13 member states and the federal government, while the 14 points of the star represent the unity between these entities.

The crescent represents Islam, the country's official religion; the yellow of the star and crescent is the royal colour of the Malay rulers; the blue canton symbolizes the unity of the Malaysian people. This blue canton was originally chosen to represent a connection between the federation and the Commonwealth but this was gradually downplayed and eventually supplanted by its current interpretation.

Warna "raja" yang ceria

Seperti yang sudah diketahui, warna kuning adalah warna diraja dan membawa makna raja sebagai simbol kedaulatan negara (sovereign). Warna kuning adalah satu warna ceria yang memberi makna gembira dan aman.

Menjawab sidang akhbar dengan kepintaran dan intelek

Di dalam mitos Hindu, kuning membawa erti penguasaan intelek.

Raja atau pengecut yang duduk di atas kerusi-kerusi kuning?
Disebaliknya, orang Amerika menggunakan perkataan "yellow-belly" untuk membawa maksud penakut. Pada orang Korea, kuning boleh membawa maksud cemburu. Di akhir abad ke 19, warna kuning di Eropah memberi gambaran kurang siuman dan gila.

Rakyat sedia bersatu di bawah pemimpin yang berbaju "biru" ini ...

Warna biru di dalam bendera Malaysia membawa maksud kesatuan rakyat Malaysia.

... tetapi bolehkah kestabilan dan kemakmuran dicapai dengan hanya bermimpi?

Barisan Nasional menggunakan warna biru bagi menggambarkan kestabilan dan gelombang biru di Terengganu pada tahun 2004 menawarkan rakyat negeri kemakmuran dan mestabilan. PKR menggunakan warna biru muda yang sering diguna untuk menggambarkan kesejukkan.

Warna biru banyak digunakan dalam simbol-simbol ugama Keristian untuk menggambarkan maksud amanah dan boleh dipercyai. Ugama Keristian dan ugama lain seperti Judaism, dan Hindu menggunakan biru untuk menggambarkan ketuhanan. Pelbagai variasi biru memberikan suasana tenteram dan nyaman.

Disebaliknya, biru boleh dikaitkan kepada lucah seperti filem lucah. Golongan pekerja-pekerja (working class) sering dirujuk sebagai pekerja kolar biru (blue collar worker). Darah biru (blue blood) pula bermakna darah raja pada orang Inggeris.

Perasaan susah hati atau muram dipanggil feeling blue. Berkaitan dengan perasaan itulah, musik blues timbul dikalangan hamba abdi Amerika untuk meluahkan keperitan dan kesusahan hidup mereka.

Merah dan putih merupakan warna-warna 13 jalur yang melambangkan 13 negeri dalam Persekutuan Malaysia.

Warna merah sering dikaitkan dengan keberanian, kepahlawanan dan hero. Mitos Rom mengkaitkan warna merah dengan dewa perang Mars. Planet Mars di cakerawala pun memang berwarna kemerah-merahan. Prasa red-blooded memberi maksud bertenaga, dan lasak.

Gambar terbaru dari Perhimpunan Agong UMNO 2007:

Merah warna bertenaga dan lasak?

Budaya Cina menganggap warna merah sebagai warna bertuah. Cina zaman purba melambangkan merah sebagai api dan selatan.

Warna pula juga membawa maksud negatif seperti red light district yang bermaksud kawasan pelacuran. Di peringkat extrim, merah boleh membawa maksud permusuhan dan kemarahan.


Semasa yang pertama dalam serba putih memberi gambaran kesucian


Dari segi ilmu sains, cahaya putih mengandungi kesemua warna. Putih adalah warna sejagat untuk keamanan dan kesucian. Pada tamaddun barat, putih adalah membawa maksud kemurniaan (innocence).


Namun, di dalam kebudayaan Cina, Jepun dan India, putih juga adalah warna berkabung, kematian dan hantu.

Gerakan riben putih adalah gerakan yang mengecam keganasan ke atas wanita. Sejarah politik Eropah melambangkan putih sebagai pendekatan konservatif berbanding merah yang melambangkan komunis.


Kuning, biru, merah dan putih - warna bendera kita. Simbol kenegaraan dan kedaulatan Malaysia negara tercinta.