Isnin, Jun 29, 2015
Legasi Tun tetap dikekalkan
Tempoh hari, bising di media sosial akan usaha untuk musnahkan legasi Tun Dr Mahathir. Anggapan demikian lahir apabila TV3 asyik menyerang Tun saja dan Tun pun turut menulis hal ini dalam blognya.
Minggu lepas, Dato Najib telah umumkan legasi Tun dalam UMNO tetap dikekalkan. Ini menafikan sesuatu yang dikatakan telah dibisikkan Tan Sri Lim Kok Wing kepada Tun.
Jumaat, Jun 26, 2015
ISU TERBARU MELETUP???!!! Najib sudah gulong tikar!!!
Maklumat terkini yang diterima dari sumber dalaman PMO memberitahu Dato Najib sudah gulung tikar sebelum tarikh sasaran Jun 30hb yang diwar-war sebagai tarikh sasaran untuk Najib lepaskan jawatan Perdana Menteri.
Pelbagai pihak membuat spekulasi bahawa isu 1MDB berjaya menjatuhkan Najib akhirnya. Ada pihak kata isu pembelian asrama di Melbourne oleh MARA Incorporated.
Ada pula pihak mengatakan Najib sudah gulong tikar sebelum satu isu panas yang meletup didedah oleh Tun Dr Mahathir, Dato Kadir Jasin, Sarawak Report, The Edge dan penyambut kompang lain.
Isnin, Jun 22, 2015
Sabtu, Jun 20, 2015
Cepat Zahid .. Cepat beli kueh
Semalam mantan PM, Tun Dr Mahathir pergi ke Jalan Raja Alang untuk membeli juadah untuk berbuka puasa. Ini tabiaat Tun yang dilakukan dari masa dia PM lagi.
Pada hari Khamis, Perdana Menteri, Dato Najib pun turun walkabout ke gerai bazaar Ramadhan di Putrajaya.
Khamis, Jun 18, 2015
Strategi baru, Peranan sama PKR
Dengan DAP mengumumkan Pakatan Rakyat sudah tamat, PKR sama menurut untuk umumkan PR sudah mati. Pelbagai analisa dan ramalan senario politik pembangkang akan dibuat, namun PKR akan berada dalam keadaan yang susah.
Selama ini, PKR bergantung pada jentera PAS yang kini bakal terbelah dua - pecahan saja tidak diketahui besar mana. Dengan tercampak jauh semua pemimpin Anwarinas luar cai, kumpulan golongan ulamak berkemungkinan lebih besar dari kumpulan Anwarinas.
PKR selama ini berperanan menjadi gam yang melekatkan kedua-dua PAS dan DAP yang ideologi jauh sangat berbeza. PKR juga yang akhirnya merenggangkan dengan cuba masuk campur dalam politik dalaman PAS.
Selasa, Jun 09, 2015
Inggeris, Cina, India dan ... Melayu
Orang Inggeris bila berseorangan, dia akan mengembara dalam ngaaranya. Bila berdua, mereka akan mengembara ke negara orang lain. Dan bila bertiga atau ramai, mereka akan menjajah negara orang lain.
Orang Cina bila berseorangan dia akan berfikir. Bila dia berdua, mereka akan berniaga dalam negaranya sendiri. Dan bila bertiga atau ramai, mereka akan berniaga di negara orang main.
Jumaat, Jun 05, 2015
Tun M hebat macam Superman
Dua hari lepas, Husin sarapan dengan kawan-kawan. Mula-mula cerita berkenaan nama restoren India Muslim yang pelik. Akhirnya masuklah cerita politik.
Seorang kawan pensyarah berkongsi satu cerita. Dia kata Tun Dr Mahathir ini hebat macam superman.
"Dia seorang yang hebat. Dia tidak boleh tidak berlawan sesiapa atau sesiapa. Tak sabar dia nak pakai baju superman dia", kata kawan ni.
Seorang kawan yang pro Tun M menyelit. Katanya, mestilah.
Khamis, Jun 04, 2015
Tsunami sapu licin melanda PASma
Sebaik saja rasmi Suhaizan Kaiat dan Zailah serta kumpulan ulamak sapu licin semua jawatan sayap-sayap dalam PAS, keadaan sudah berubah.
Tsunami nak datang lalu segera masing-masing perlu konar dan lari.
Langgan:
Catatan (Atom)