Ahad, September 14, 2014

Apa pandangan ahli-ahli politik tentang kebocoran kertas UPSR?


Kebocoran kertas soalan UPSR kertas Sains dan Bahasa Inggeris betul-betul menimbulkan kemarahan ibu bapa.

Ini bukan kali pertama kebocoran sedemikian berlaku. Ketika Dato Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan Menteri Pelajaran, kertas bahasa Melayu ada bocor.

Wartawan.bertanya dengan pelbagai ahli-ahli.politik.

1. Najib: Perlu ada transformasi budaya dan etika pengambilan peperiksaan. Malaysia berdukacita dgn kebocoran ini.

Jumaat, September 12, 2014

Mencadang Wan Azizah ikut konvensi mana?


Dato Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng memohon ampun dan maaf dari DYMM Tuanku Sultan Selangor kerana engkar untuk menyerahkan dua nama dari parti politik masing-masing sebagai calun untuk jawatan Menteri Besar Selangor.

Husin tergelak melihat kedua-dua badigol yang suatu tidak lama dahulu, dalam bulan lepas saja,  ada mendesak Tan Sri Khalid Ibrahim meminta maaf daripada Tuanku Sultan. Kali ini, mereka pula yang meminta maaf. Kah kah kah ....

Namun begitu, kedua-dua badigol ini tidak ikhlas dalam memohon maaf.

Khamis, September 04, 2014

Mahu sama rata ... minta saham mana boleh!


Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut.

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada
diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu
mesti diberikan sama rata demi keadilan.

Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara.

Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Selasa, September 02, 2014

Apa pula slogan sambutan Merdeka tahun-tahun akan datang?


Tidak terlambat untuk Husin ucapan ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan. Hari Malaysia adalah pada 16 September.

Slogan dan lagu untuk sambutan Hari Ulangtahun Kemerdekaan tahun ini memang best. Bukan lagi, lagu patriotik berentak march tapi lagu cina balada. Satu pendekatan berlainan yang mahu menaikkan semangat cinta pada negara di kalangan generasi muda Gen Y.

Lagu sambutan seperti berikut: