KUALA LUMPUR Julai 10hb: Menteri Dalam Negeri, Dato Hishamuddin Hussein Onn mengingatkan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak supaya tidak lagi terlibat dalam sebarang perhimpunan haram.
Hishamuddin memberi amaran kepada Najib yang semalam menziarahi peniaga-peniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman yang terjejas dengan perhimpunan haram Bersih pada hari Sabtu.
Blog
MIK melaporkan Najib menerima pelbagai rungutan dan beliau sudi mendengar keluhan para peniaga yang amat berang dan marah dengan sikap tidak bertanggung jawab penganjur perhimpunan haram Bersih yang didalangi pimpinan Pakatan Pembangkang
Menurut Hishamuddin, Akta Polis Seksyen 27 begitu jelas tentang sebarang perhimpunan melebihi 5 orang di kawasan awam memerlukan permit polis. Klausa 2(d) jelas juga sebarang organisasi haram tidak boleh diberi permit berhimpun walaupun di luar Kuala Lumpur atau dalam stadium terbuka.
"Tidak kira sesiapa saja. BERSIH, Pemuda UMNO atau PERKASA ...tiada pihak dibenarkan membuat perhimpunan atau perarakan di ibu negara," katanya ketika ditanya wartsawan selepas Majlis Penerangan PM bersama BN dan NGO di Pusat Perdagangan Dunia Putra Kuala Lumpur semalam.
Rombongan lawatan Dato Najib melebihi 5 orang, khususnya terlalu ramai kaki bodek ikut bersama dan ini telah melanggar undang-undang.
"Kalau saya ada bersama Perdana Menteri, tak mengapalah juga. Asyik-asyik muka Ijat (Dato Shahrizat Jalil). Kerja Ketua Wanita asyik posing depan kamera. Kasi can orang lain," ujar Hishamuddin.
Menurut Dato Hishamuddin, Dato Najib perlu diingatkan bahawa sebagai Menteri Amaran di dalam Kementerian Dalam Negeri, dia tidak teragak-agak seperti biasa untuk memberi amaran dan jika perlu, memberi mandat kepada polis untuk mengguna kuasa mengambil tindakan sepatutnya.
Anggota polis sudah bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan termasuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang berdegil untuk menganjurkan serta menghadiri apa-apa perhimpunan.
Pihak kami cuba menghubungi Dato Seri Anwar Ibrahim untuk mendapat komennya berkenaan perkembangan ini tetapi tidak berjaya.
Anwar dikatakan kembali kedalam karakter nazak dan leher berbengkong setelah menziarahi kematian Baharuddin dan bertemu Kelab Penyokong Anwar (AIC) petang semalam. Dia dijangka akan menimbulkan isu arsenik, disuntik AIDS dan mata lebam tumbuk sendiri.
Ketika diminta penjelasan oleh wartawan Malaysiakini tentang mandat kepada polis adalah diberikan dibawah kuasa Parlimen, Hishamuddin meminta pihak media alternatif tidak mengelirukan isu. Sebagai anak bekas Perdana Menteri, dia berhak untuk tunjuk kononnya dia boleh lakukan sesatu lebih dari beri amaran.
Hishamuddin turut ditanya tentang samada tindakannya memberi amaran kepada Perdana Menteri akan jejaskan kerjaya politiknya. Katanya, dia yakin Najib akan bersikap profesyenal untuk menerima teguran.
"Lagi pun apa saya nak risau lagi? Imej saya dah tercemar sejak digelarkan Menteri Amaran Dalam Negeri. Saya sudah tiada peluang untuk jatuhkan Muhyiddin dan Zahid Hamidi di pemilehan UMNO akan datang.
"Kalau tidak tukar kawasan, saya boleh kalah di Sembrong yang ada pengundi 45% Cina. Menyesal tukar dari Tenggara. Malu pula nak balik ke situ semula." -
Agensi Husin Lempoyang