Cadangan Ibrahim Ali:
“Saya cadangkan kepada kerajaan supaya melantik Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sebagai wakil tetap negara ke Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) bertaraf menteri kerana dia sahaja yang faham globalisasi.”Ibrahim Ali tidak tersentuh dengan panggilan 'jaguh kampung' yang dilemparkan oleh Khairy. Malahan Ibrahim Ali berbangga kerana dia berasal dari kampung dan ramai orang Melayu yang susah adalah di kampung. Ini bermakna dia telah membela orang Melayu terbanyak.
Bila sudah tersilap panggil, baru Khairy mahu membetul dengan menukar panggilan. Dalam perang panggil memanggil, bila dah silap panggil dan dijawab, mana ada aci tukar-tukar panggilan. Kira kalahlah.
Untuk Khairy panggil orang tua samseng, siapa boleh lupa Khairy yang macam samseng di Ijok pada tahun 2007? Tiada siapa yang boleh lupa perangai Khairy yang angkuh sepanjang pentadbiran Tun Abdullah. Umur tidak setahun jagung tapi sudah sombong, berlagak dan samseng.
Lagi ramai tidak sedar, Khairy tidak ada satu pun jasa melainkan yang boleh pengikutnya mengaku, menang emas untuk bola di Sukan SEA. Setiap langkah Khairy gagal dan menjadikan rakyat benci kepada UMNO dan kerajaan.
Tak akan Khairy yang dikatakan genius, intelligent dan hebat boleh salah dan silap dalam hampir semua tindak tanduknya? Tak akan Khairyyang dikatakan pandai dan digelar Chief oleh penyokongnya tidak tahu orang benci padanya, maka dia perlu cuba perbaiki dirinya?
Ini bermakna ia telah diatur untuk gagal supaya UMNO dan Melayu dibenci. Kalau begitu, Khairy bukan faham globalisasi seperti dikatakan Ibrahim Ali. Khairy mebantu musuh dan penjajah menjajah kembali. Dia hanya faham goblok-sasi