Khamis, Januari 31, 2019

AG Tomato benyek, Forensic jadi sos


Tubuh Tribunal untuk pecat orang yang sudah berhenti.


Adib yang sudah mati bila nak ambil tindakan....
Buat inkues tapi saksi tidak boleh beri kenyataan?


Anak Mat Sabu, polis masih tidak dapat lagi hasil ujian kencing. Suspek lain dalam 2 hari dah dapat.
Polis mohon cepat dari 9hb Januari tetapi masih tak terima
Kalah PRK, tikam anak di taman?

Wow! AG Tomato benyek, Forensic jadi sos

Selasa, Januari 29, 2019

AKJ layak KSU KHEN, pingat Tan Sri


Sudah 3 hari tidak kedengaran suara Menteri Hal Ehwal Najib (MHEN), Yang Berhormat lagi Berkuasa Lim Kit Siang sejak DAP kalah di Cameron Highlands.

Dalam diam-diam, rupanya MHEN mengambil tindakan untuk hantar SPRM ke rumah Dato Najib pada malam keputusan PRK tersebut.

Najib telah ditemuramah beberapa jam malam itu dan keesukkannya bersambung hingga pukul 2 tengahhari. Pada pukul 3 tengahhari, Najib didakwa dengan 3 lagi pertuduhan baru berhubung SRC.

Kegopohan pejabat AG yang jelas tidak sabar mengarahkan SPRM membuat ada pihak menganggap dan menjangka balas dendam kekalahan di CH.

Isnin, Januari 28, 2019

KSM... KSM... KSM... KSM

Kenangan 2 tahun lepas sebelum kena kencing... 

Dr. Mahathir bin Mohamad gembira dapat pingat KSM (Kerja Sampai Mati).

Anwar Ibrahim pula kecewa dapat pingat KSM (Kempunan Sampai Mati) sebab tak dapat jadi Perdana Menteri.

Rakyat pun dapat juga KSM (Ketawa Sambil Menangis) tengok nasib Anwar. 😂

Wow! Kena KSM (Kencing Sama Mahathir)

Khamis, Januari 24, 2019

Dulu "Buy British Last"


Sekarang, "Buy French Last" pulak.

Iceland pun tak mahu lagi beli kelapa sawit. Teresa Kok sudah "condemn". Mesti "Second Last".

Sebaik dia naik, dia sudah "Buy China Last" dan kensel ECRL Sekarang mahu pusing kata dunno.

Apa punya PM tak tahu projek berbeliyon-beliyong. Orang nak samun berbeliyon-beliyong akan pura-pura tidak tahu.

Isnin, Januari 21, 2019

Kementerian hentikan rawatan untuk beberapa penyakit


Bertubi-tubi Khalid Samad serang Najib dengan dibantu Mr Bean.

Namun, tak menjadi-jadi. Sentuhan humour dia tidak ada. Malah Najib bantu dengan kasi LIKE.

Melihat teruk Khalid Samad kena troll, tak jadi Husin nak tulis mengenainya. Ramai dah kerjakan dia.

Baik tulis pasal Menteri Kesihatan, Dr Dzulkifly Ahmad yang PhD dalam sains sosial (ilmu kemasyarakatan) dan bukan sains perubatan.

Jadi jururawat atau jututeknik perubatan pun tak layak. Dr Dzul boleh analisa masaalah masyarakat. Jauh sekali faham punca masaalah dalam otak ahli-ahli masyarakat.

Khamis, Januari 10, 2019

Menteri Luar lebih suka cakap dengan media dari diplomat negara lain


Husin teringat masa isu panas Malaysia dan Singapura, Saifuddin Abdullah ajak Singapura bertenang.

Lalu ditempelak bekas diplomat Singapura sebagai kelihatan bodoh. Diplomat ini pernah bertemu Saifuddin pada pertengahan tahun dan rasanya dapat lihat gelagat Saifuddin.

Setiap kali ada apa-apa, dia suka nak bercakap dengan media.

PM hendak mengadap Sultan Johor, dia nak sibuk cakap pertemuan ini tiada kena mengena dengan hubungan dengan Singapura.

Apa perlunya?

Sabtu, Januari 05, 2019

Bukan Mat Syabu... tapi Mat Ganja kantoi di Ampang


Seorang anak Menteri dilaporkan beberapa media aliran utama atau pro-kerajaan kantoi ganja dalam satu serbuan di sebuah Pusat Hiburan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. [Sila ke Harian Metro SINI.]

Adakah Menteri Malaysia Baru akan cuba tutup kes atau memastikan tiada campur tangan dalam proses "rule of law"?

Sama-sama diikuti perkembangan politik Anwar untuk jadi PM ke 8. Mana pihak parti 11 kerusi sokong: DAP-Anwar atau PPBM-UMNO katak?

Harap jangan tersalah sebut. Yang kena tangkap itu, Mat Ganja dan bukan Mat Syabu.

Wow! Mat Pet apa pula politiknya?

Jumaat, Januari 04, 2019

Teknik lakunan juih bibir berkesan


Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir terkedu ketika ucapan penggulong bila menyebut nasib bangsa.

Dia tak menangis tapi hanya cakap bertahan-tahan sudah akhbar laporan Tun menangis.

Teringat juga video kempen PRU yang mana Tun kelihatan menangis tetapi tidak menangis tetapi tekniknya hanya dengan bercakap perlahan-lahan dengan menjuihkan bibir sambil terketar-ketar dan 

Suatu teknik yang pelakun-pelakun baru boleh pelajari dan guna untuk lakunkan babak-babak sudah dengan mudah.

Juihkan bibir dan cakap perlahan-lahan be serta lagu yang power.