Khamis, Ogos 26, 2010
Sampai Pak Leman hilang suara
“Nah Oh Nah ..!”
Pak Leman memanggil isterinya Makcik Maznah sebaik dibuka pintu rumah.
Dia baru balik Terawih.
“Yo Bang Aji … Dokek dalamni tongah ngaji. Buek lapan, balik awal,” jawab Makcik Maznah.
“Sayo dok suray lepeh Terawih tadi. Dokek surau tu, macam-macam cito pasal berita dalam blog.”
Pak Leman buat Terawih 20, 23 campur witir 3. Masa moreh, sembang politik begitu rancak.
“Nak pulak baco sendiri di komputer. Awak buat sayo teh panas.”
Di rumah Pak Leman ada dua laptop. Satu cucu beri. Satu lagi gomen bagi untuk kegunaan JKK. Sebagai ahli JKK kawasan Pedas dalam daerah Rembau, Kementerian Penerangan hadiahkan laptop percuma. Syaratnya kena langgan broadband. Ini program kerajaan nak bantu kurangkan jurang digital. Menteri Penerangan orang Negeri Sembilan, dapatlah awal.
“Kojap jorang air.”
Mak Nah tutup Quran dan bangun ke dapor. Di isi cerek dengan air sikit dan jerang air atas dapor gas. Sambil itu, dia sediakan tekoh dan cawan serta keluarkan uncang teh boh dan gula atas meja sementara menunggu air didih.
Pak Leman bukak laptop hadiah cucunya dan cucuk braodband. Laptop satu lagi tak boleh guna. Itu untuk kegunaan JKK. Ini nak guna untuk hal peribadi.
Komputer mula boot dan kelipan lampu modem sudah mula-mula kelip.
Orang kampung bab amanah jaga. Kalau orang politik, desktop dia simpan. Laptop dia guna untuk semua. Dah dah … jangan nak salahkan UMNO, PKR ke PAS. Semua sama aje.
Komputer dah berjalan. Pak Leman buka Internet Explorer dan tekan favourite untuk baca laman berita. Sebaik saja terbuka lama tersebut, dia terus berderai ketawa terbahak-bahak.
“Ha ha ha ha … Kah Kah kah ….Ha ha ha …. Kah Kah kah.”
Masa itu juga cerek dah tiup wisel di dapar. Mak Nah terdengar Pak Leman ketawa. Dia terus matikan gas. Diangkat angkat cerek untuk tuang tekoh air tuangkan dalam teko.
Pak Leman masih terus ketawa.
Ha ha ha ha … he he he he … Ha ha ha ha …
Eh kenapa Haji Leman ni. Ketawa tak renti renti.
Ha ha ha … Ho ho ho … Ha ha ha ha ha ha … tetapi mula perlahan
Makcik Maznah tertanya-tanya. Tiba-tiba tak dengar lagi suara. Segera dia berlari ke depan untuk tengok.
Kelihatan Pak Leman terbaring atas lantai memegang perut. Kepala dia nampak masih bergoyang-goyang. Nasib baik kepala dia masih bergoyang-goyang, kata Makcik Maznah dalam hati. Dia ingat dah pengsan.
Dia masih ketawa tapi dah tidak ada bunyi. Ini namanya ketawa tak boleh berenti. Ahmad Albab menangis tak renti-renti. Berhenti bila Atok dia ketok pintu. Makcik Maznah pun ketok pintu bilik tu.
“Awak ni buek sayo toperanjat ajo.” Mak Cik Nah memarahi Pak Leman.
“Ingat kono sorang sakit jantung. Berdoba hati aaa.”
“Maaf maaf … hehehe … sayo … hahaha … tak dapek tahan ni,” Pak Leman cuba bercakap tetapi masih nak ketawa lagi.
“Heh Heh … ini tengok berito pasal si budak Keri.”
“Keri mano tu Bang Aji?”
Tak ingat Makcik Maznah.
Khairy ni pun sombong balik kampung. Orang Rembau memang tidak berkenan dengan caranya. Mereka nak orang lain. Dengar-dengar Khairy akan pindah kawasan ke Kepala Batas.
“Keri anak Dolah, wakil rakyat kito…”
“Oh si dio tu. Kenapo dio? Jando pontianak dah tolan ko?”
Sebut nama Khairy, tak jadi Macik Maznah nak jenguh-jenguh Komputer. Makcik Maznah memang tak sebulu dengan perangai sombong dan hati busuk dia dari mula dia balik2 ke Rembau. Orang kuat Wanita UMNO Rombau tu.
“He he he … Tak adalah gitu. Awak bawak air teh tu sini. Saya tunjuk awak nanti. Kita baco samo-samo.”
Siapa nak baca sila ke sini. Kalau tidak tahan ketawa, duduk tepi pintu. Senang tepuk ...
Rabu, Ogos 25, 2010
Bung rindu berbuka di rumah Mertua
Sebagai ahli parlimen untuk kawasan Kinabatangan, Sabah, Bung Mokhtar banyak menghabiskan masa di Kuala Lumpur ketika sesi Parlimen. Selain itu, dia juga memegang tugas sebagai Timbalan Presiden BN Backbencher Club.
Banyaklah masanya dihabiskan keseorangan dalam bilik hotel di Kuala Lumpur. Jauh dari keluarga - isteri dan anak. Bagi mengisi masa lapang, banyaklah Bung menerima pelbagai jemputan.
Satu hari dalam satu Majlis dia diperkenalkan dengan artis Zizie. Tengok artis siapa tidak minat? Zizie orangnya cantik, putih gebu dan montok. Ini buat abang Bung geram.
Untuk permulaan, Bung dapat cari sebab musabab untuk bersembang dan bergelak ketawa hingga pergi bersiar. Semua itu mudah untuk seorang ahli politik.
Tahu-tahulah orang politik pandai bercakap dan berhelah untuk ambilhati orang. Pandai berjenaka untuk mencuit hati seorang perawan.
Setelah lama dia merapati Zizie, jauh dari khalayak umum, mereka sudah mesra sebagai kawan. Hati Bung sudah tercuit. Dia tidak tahu reaksi Zizie.
Bung tahu dia sudah berumur, Zizie masih muda. Rambutnya sudah beruban. Macam-macam ubat sudah diguna sejak rapat dan mesra dengan Zizie, untuk dihitamkan rambut supaya nampak sepadan. Kalau sudah ada hajat, kenalah disuarakan.
Setiap kali bersiar-siar atau bersembang-sembang di talipon dengan Zizie, mulutnya tidak terkeluar hasrat hatinya. Lagi bila teringat anak isteri di Kinabatangan. Bagaimana caranya?
Suatu hari di bulan puasa, Bung menalipon Zizie.
Kring kring ...
"Hello."
"Zizie, ini Bung."
"Ehhh abang Bung ... lama tidak dengar. Bila datang Kuala Lumpur? I miss you," jawab Zizie dengan suara yang begitu riang dan ceria.
"Zizie buat apa?" Bung bertanya.
"Tak ada apa-apa. Tunggu nak berbuka.
"Abang Bung nak ajak Zizie berbuka di hotel mana? Bestnya ...!!!!"
Cepat saja Zizie meminta. Artis ... tak ada segan silu. Biasa mereka membaca langkah-langkah lelaki miang.
"Ishhh ... tak bolehlah di hotel. Di lihat orang bah." Bung berhati-hati.
"Kenapa si ... abang Bung ini malu ka kelihatan bersama dengan Zizie ... Yalah kita tak cantik macam Erra Fazira, Siti Nurhaliza ..."
Zizie menyerang perang psyop. Bung pun tahu. Dia menjawab, "Bukan itu. Tak mahu dijadikan gossip. Zizie bertambah popular bila ada gossip. Saya ahli politik. Gossip merosakkan."
"Datang sinilah! Kita buka sama-sama di rumah," Zizie ajak.
"Mak dia di Penang di rumah Akak. Abang bawa isteri berbuka dengan Mak Mertua. Zizie seorang saja," kata Zizie dengan suara manja bernada menjemput.
Idea sudah sampai dalam batu jemala Bung.
"Itulah saya ini selalu berjauhan. Kalau berbuka di rumah, saya selalu juga berbuka di rumah Mak Mertua...," tersekat mulut Bung nak teruskan.
"Hmmm ... Bung rindu masakan Mak Mertua?" Zizie membantu Bung menghabiskan ayat.
"Masakan Mak Mertua hanya di Sabah. Bukan orangnya sangat. Alangkah elok ada rumah Mak Mertua di Kuala Lumpur untuk tempat berbuka."
Dapat umpan Bung terkeluar.
Dihujung talipon sana, mata Zizie terbeliak. Satu tangannya menutup mulutnya keriangan.
"Zizie ... Zizie ... awak ada di sana."
"Ya Ya ada ..."
Bung sudah dapat signal dan petunjuk. Hati sudah suka sama suka.
Tidak lojik untuk buat cerita. Helah Bung ingin memikat Zizie kedalam sangkar untuk dapatkan Mak Mertua?
Banyak alasan orang nak kahwin lagi, tapi tak pernah kerana rindukan berbuka di rumah Mak Mertua.
Ahad, Ogos 22, 2010
Ketua Wira Perkasa ke AS buat laporan polis
WASHINTON: Ketua Wira Perkasa akan ke Washington untuk membuat laporan polis ke ats beberapa pihak media barat yang telah membuat laporan yang menghina Islam dan mengganggu gugat keamanan negara.
Berita CNN melaporkan sebuah gereja The Dove World Outreach Center di Gainesville Florida di Amerika merancang membakar Quran sebagai tanda benci kepada ugama Islam pada hari ulangtahun 9-11 bulan hadapan.
Desakan dan laporan yang dibuat media telah mengakibatkan Presiden Obama dikecam atas cadangan mendirikan Masjid "Ground Zero" di tapak Pusat Perdagangan Dunia di New York. Cadangan dari usaha Yayasan Cordoba bertujuan untuk merapatkan silatulrahim antara Barat dengan Islam.
Stesyen TV Fox News melaporkan ide Masjid "Ground Zero" telah diusahakan oleh Imam Feisal Abdul Rauf.
Fox turut mengaitkan Imam Rauf dibesar dan bersekolah di Kuala Lumpur, Malaysia dengan Yayasan Kepimpinan Perdana, Kuala Lumpur yang dianggap sebagai satu kumpulan terroris.
Dipercayai bahawa YKP dicemar kerana peranan yang dimainkan dalam menembusi kepungan tentera Israel ke atas Gaza dan Tribunal Antarabangsa ke atas jenayah perang.
Fox adalah sebahagian dari rangkaian media neo-con yang bersimpati dengan Anwar Ibrahim.
Reaksi
Seiring dengan itu, Pakatan Rakyat dan NGO seperti Hindraf, Dong Jiao Zong, Hua Zhao, dan Suqiu mengambil pendirian menyokong tindakan pihak media barat atas alasan mempertahankan kebebasan kewartawanan media barat.
Pemuda BN yang diketuai Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin serta disokong Ketua Pemuda MCA, Dato Wee Ka Siong membuat kenyataan mengkritik sikap orang Islam yang menyuarakan bantahan.
Kata Khairy, orang Islam tidak menunjukkan kematangan dan keterbukaan fikiran seperti dirinya dan Nazir Razak.
Pada pandangannya, dunia global hari ini didominasi Amerika. Orang Islam dianggap ketinggalan zaman kerana tidak akur dan rela dizalimi kuasa imperialis Amerika.
Perkasa terpanggil untuk menghantar Ketua Wira ke Florida dan New York untuk membuat laporan polis.
Tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab adalah satu tindakan provokasi yang menghina Islam. Malaysia adalah negara berdaulat yang telah meletakkan dalam Perlembagaan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
Perkasa akan menuntut pihak berkuasa Amerika mengenakan Akta Hasutan dan ISA ke atas pihak yang bertindak menghasut dan menimbulkan ketegangan antara agama yang boleh mengganggu gugat keamanan dan kestabilan Malaysia.
Senaskah Perlembagaan Malaysia akan diberikan kepada pihak yang berkenaan untuk memahami Kontrak Sosial dan pemberiaan kerakyatan atas dasar jus soli. - Agensi Husin Lempoyang
Jumaat, Ogos 20, 2010
Perlu segera buka puasa
Gambar atas tak ada kena mengena dengan karakter yang disebut
Lepas terawih, tiga sahabat lepak minum untuk moreh. Zambri, Harun dan Munir. Cerita merapik.
Harun: Aku dulu ada cikgu ugama tanya. Kalau hang askar, lama tak balik. Jumpa bini dah tak terkawal lagi. Dia tanya macam mana caranya kalau tak kena merdekakan dua hamba atau puasa dua bulan. Hang ingat macam mana?
Zambri: Tak tau pulak.
Munir: Mesti dia suruh buka juga.
Harun: Itulah Ustaz cakap minum supaya batalkan puasa. Lepaih tu berilah nafkah.
Munir: Tapi hang tau tak dosa besaq kalau batal puasa dengan sengaja dalam bulan puasa.
Harun: Tak tau. Mungkin kalau keadaan orang yang tak boleh kawal, itu caranya kot?
Zambri: Takpa, aku ada situasi. Katalah hang sangkut dalam trafik jam dan buah korma takda, makanan takda, air pun takda. Macam nak buka puasa?
Harun: Hmmm ... air takda, korma takda, makanan takda ...
Munir: Ini teka keki ke?
Harun: Kalau hujan, boleh tangkup air luar buat buka.
Munir: Tunggu saja sat.
Zambri: Ini nak dapatkan sunat buka segara bila masuk waktu.
Munir: Aku malas nak fikir-fikir. Mesti jawapan pelik2. Apa dia Zambri?
Zambri: Hang korek telinga.
Harun: Ha ha ha ...
Munir: Siul aje. He he he ...
Macam-macam cerita orang buka puasa.
Sini ada kisah bos Melayu Liberal suratkhabar orang putih yang kena minum air dulu kot ...
Entah tak tau sapa :)
Rabu, Ogos 18, 2010
Ngoh hai ...
Kita sedia maklumlah Anwar Ibrahim sering mengubah-ubah pendirian dan pandangan kepada hadhirin lain-lain yang mendengar ucapannya.
Pada orang Cina, dia cakap lain. Untuk orang India, lain pula yang dipanaskan. Orang Melayu lain juga. Dan Bumiputera Sabah dan Sarawak pendirian. Begitu ketara sifat Anwar ini hingga wartawan The Economics menggelarnya sebagai Chameleon.
Sifatnya yang demikian juga menyebabkannya terperangkap baru-baru ini.
Ketika sdap mengutuk serangan Israel terhadap kapal Turki yang mahu ke Gaza, dia hentam Israel Zionis betul-betul.
Rupanya ini menimbulkan kemaraahan Yahudi Zionis dan mereka anggapnya bukan lagi rakan kongsi. Segera dia ke Amerika mengadap dan memohon maaf dengan kepala-kepala besar yahudi Zionis.
Nasib dia baik sebab sudah ada sahabat-sahabat Yahudi yang sedia membantunya seperti William Cohen, Paul Wolfowitx, John Mallot, Paul Wolfensahn dan lain-lain lagi.
Anwar pun sedia berubah rupa. Satu masa dahulu, dia seorang aktivis radikal Islam. Apabila masuk kerajaan, dia berubah jadi nasionalis. Sebaik dia keluar penjara, Anwar menjadi seorang liberal dan plural.
Wajahnya pun boleh berubah. Sebaik saja dia didakwa dan dibicara di mahamah kerana kesalahan liwat kali kedua, dia segera membuang cermin mata untuk kelihatan tua.
Baru-baru ini MCA menyatakan kesediaan berlainan pendirian dalam BN dan sedia bersama pendirian dengan DAP dalam hal tertentu, khususnya melibatkan kepentingan orang Cina.
Anwar sudah lihat kuasa politik orang Cina bertambah penting. Jika benar DAP, MCA dan Gerakan bersatu padu, maka dia sudah merasakan mereka akan memegang tampuk kuasa politik Malaysia.
Lalu dia memberitahu rakan-rakan rapatnya dalam satu mesyuarat PKR bahawa dia perlu mengubah imejnya menjadi lebih kecinaan untuk dapat lebih merapatkan dirinya dengan kaum Cina.
Pada pandangan Anwar, Perdana Menteri mesti dipilih dari kalangan orang Melayu walaupun orang Cina yang memegang kuasa.
Hatinya berkata dia sudah tidak kira. Dia sanggup jadi boneka asalkan capai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.
Rakan-rakan memberitahu Anwar dia perlu terlebih dahulu dapatkan satu nama Cina. Perlu dicari satu nama Cina yang sesuai.
Salah seorang rakan Cina mencadangkan nama Mr An Wah. Bunyi masih sama macam nama Anwar. Perlu lebih kecinaan. Ada pula nama Mr Ma Tay Sun. Tak boleh, bunyi macam makna anak Mahathir. Pelbagai nama dicadangkan tapi tiada nama yang sesuai.
Sudah kehabisan ide, mereka minta cadangan dari pelayan Cina tua yang menyediakan makan minum untuk mesyuarat mereka.
"Oh ... saya ada satu nama sesuai untuk Dato Seli. Mr Kwek Lee Huat," kata pelayan.
Tanpa sedar dan faham maknanya, semua dalam bilik itu segera menyetujui dan menyatakan ia bersesuaian dengan kriteria yang dikatakan tadi. Suka betul mereka dengan nama itu. Lalu mereka memandang kepada Anwar untuk persetujuan.
Anwar terus menjawab, "Saya nafikan. Ini adalah konspirasi Najib dan UMNO untuk memburuk-burukkan saya dan menafikan hak saya untuk menjadi PM..."
Jumaat, Ogos 13, 2010
Doa tahan puasa
Si anak yang baru belajar berpuasa komplen lapar. Bapaknya nasihatkan, "Sikit lagi nak, berapa jam lagi kita buka. Sabar skit lagi ... Pergi tengok TV, sekejap lagi dah buka."
Itulah cara bapak-bapak mengajar anak berpuasa dengan mengakal dan memujuk anak untuk teruskan puasa.
Kalau yang tak tahan puasa itu dah tua macam mana?
Adalah satu Tan Sri ni ... dah mati pun. Dia ini jenis tak boleh puasa. Bila bulan Ramadhan, dia masuk opis aje di suruh budak2 pompuan buat kopi. Dia Chairman company.
Satu hari satu Dato Lan Pengarah Eksekutif (bukan nama sebenar) tempat Tan Sri buat jadi port cari jalan nak kasi Tan Sri puasa.
Dia sudah cakap pada budak2. Siapa yang buat kopi untuk Tan Sri bersyubahah.
Besuk hari Tan Sri masuk opis mintak kopi, tak ada budak buatkan. Lalu dia tanya, "Lan, apa pasal budak-budak tak mahu buat kopi?"
Dato Lan pun cerita apa yang dia beritahu. "Kalau gitu, kau yang buat kopi aku ..."
Saja Dato Lan buat tak sedap. Dapat saja Tan Sri kopi, dia komplen, "Ekkk ... kopi apa benda ni. Tak sedap langsung. Baik aku puasa aje ..."
Setelah di akal Dato Lan, puasalah Tan Sri akhirnya. Alhamdulillah.
Kalau tidak pasal akal, ramai dah main ikut doa tahan puasa ini ...
"Allahumma, baringsana, baringsini, wataktahan, wamaumati, walihatjam, masihlamalagi, takdenasi, watibaimaggi, nantilainkali, wakasiganti"
Rabu, Ogos 11, 2010
Janganlah nak tanya-tanya OK
Ramadhan telah bermula dan salah satu kueh fofular kita orang Malaysia untuk berbuka puasa adalah karipap.
Cuma masaalahnya tahun ini, kueh karipap ini telah menbuat konotasi berbeza dari tahun lepas.
Janganlah sedang kita menjamu karipap masa buka puasa, ada pula hamba Allah bertanya, "How are you?"
Tidak ke serba salah nak kena jawab. "I am OK. Are you OK?" Orang yang lalu lalang mesti dok apa dalam fikiran mereka.
Lagi seram sejuk apabila ada orang sedang makan karipap, lalu toleh kat kita dan tanya, "Are you OK?"
Lagi aniaya ...
Oleh itu, sapa-sapa nak berbuka, makan saja karipap. Jangan nak tegur-tegur atau sembang-sembang atau nak bersopan santun.
OK?
Ana tak mahu dekat siapa-siapa makan karipap tahun ni.
Selasa, Ogos 10, 2010
Batin, pun batinlah ... Maaf, selamat berpuasa
Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya, Rasulullah S.A.W bersabda:Menjelang bulan puasa yang dijangka tiba besuk, ana Husin Lempoyang, saudagar unta dari Cairo memohon maaf zahir dan batin."Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar.Maka kami pun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata:"Amin.Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi:Amin.Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi:Amin.Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kami pun bertanya:Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.Lalu baginda menjawab:“Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni."Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi:"Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu."Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi:"Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya."Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma’uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka’ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)
Eh ... ana ada dosa batin ka sama ente semua? Ana ingat itu Anwar saja ada dosa batin sama Saiful la ...
Takpalah, batin pun batinlah. Maaf zahir dan batin.
Selamat berpuasa.
Langgan:
Catatan (Atom)