Khamis, Ogos 30, 2012
Bila sarkas datang ke pekan
Itulah terjemaahan, "when the circus came to town".
Maka akan dapat dilihat pertunjukkan kata-kata aksi trapeze berbelit-belit di awang-awangan untuk menghasut penuntun dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.
Selalunya dimulakan atau diakhiri dengan aksi menggerunkan dan mencemaskan dengan harimau berupa pertembungan dengan pihak berkuasa keselamatan.
Semua ini dilakukan dengan selitan jenaka badut untuk mencuit hati penuntun.
Dalam filem P Ramlee dulu-dulu, dia menyindir dengan ejaan "alif mim nun wau ... sarkas!"
Jaman dah berubah. Tak payah ke mesyuarat parti politik untuk lihat pertunjukkan sarkas. Tunggu bas Pee Gay Arr ... datang ke pekan anda.
Wow! Lagi selamat jual unta dari jinakkan rimau
Selasa, Ogos 28, 2012
Janji Atuk pada "cucu" ditepati
Perayaan kemerdekaan tahun ini nampaknya meriah betul. Ada pelbagai macam-macam poster kemerdekaan.
Poster ini menunjukkan kanak-kanak tersenyum yang membawa mesej rakyat suka dan gembira apabila kerajaan telah tepai janji kontrak sosial yang diperlembagaankan 55 tahun dahulu ketika nak merdeka.
Jumaat, Ogos 24, 2012
Kawalan ketat untuk naik bas kempen Anwar
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim telah membeli bas kempen untuk kegunaan Penasihat Kewangan Negeri Selangor, Dato Seri Anwar Ibrahim.
Rabu, Ogos 22, 2012
Petanda mangsa liwat
Kalau ditanya tertuduh, pasti dia akan menafikan dan macam-macam helah akan dilberi. Lagi pula dia kaki kelentong dan penipu besar.
Namun begitu, siapa nak mengaku jika hukuman untuk 366B kanun keseksaan melibatkan penjara beberapa tahun?
Selasa, Ogos 21, 2012
Budak sekarang kenakan YB masa beraya?
Di musin raya ini, budak-budak buat satu geng untuk raya dari rumah ke rumah. Kita tahu budak-budak ini datang hanya untuk duit raya tapi keluarga Husin pastikan kedatangan budak-budak ini diraikan.
Keluarga kami akan pastikan budak-budak ini dihidangkan air Maklumlah haus budak-budak ini berjalan. Sambil tu, container kueh dipastikan berisi. Ada makanan pun dihidangkan. Kita akan bantu mulakan perbualan dan tanya soalan dan adakala berikan nasihat.
Pantang kami untuk kasikan mereka duit sebelum mereka masuk rumah. Kunjungan kanak-kanak ini membawa bersama doa dan rahmat. Satu hari mereka akan membesar dan layanan kita kepada kedatangan mereka akan tertera dalam ingatan.
Sabtu, Ogos 18, 2012
Ampun Maaf dipinta
Sahabat ku ...
Usahlah mohon MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Aku sentiasa bersedia memaafkan mu sebelum kamu melakukan apa saja dosa dan sebesar mana pun sekali terhadap ku.
Harap ucapan sedemikian dirahsiakan dan tidak diketahui sahabat2 kita yang lain dan juga orang ramai.
Usahlah mohon MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Aku sentiasa bersedia memaafkan mu sebelum kamu melakukan apa saja dosa dan sebesar mana pun sekali terhadap ku.
Harap ucapan sedemikian dirahsiakan dan tidak diketahui sahabat2 kita yang lain dan juga orang ramai.
Khamis, Ogos 16, 2012
Kalau anak susah bangun sahur ....
....tak bangun juga, tak tahulah.
Sebenarnya mak bapak kena juga bangun sahur. Kejutkan anak tu pelan-pelan dan baik-baik. Makan sama-sama dan latih anak tu ...
Hehehe.... berapa hari aje lagi, nak. Lepas ni raya sakanlah ko.
Rabu, Ogos 15, 2012
Laman Web paling power
Internet sudah jadi begitu powerful dan boleh membawa perubahan sosio-politik. Maka laman-laman web di Internet mula mengadu domba dan tunjuk terer mengaku masing-masing power dan berpengaruh terhadap dunia.
WIKIPEDIA: "Aku tahu semua, beb. Aku pandai!"
FACEBOOK: "Aku pula kenal dengan semua orang. Aku boleh mempengaruhi ramai orang."
FRIENDSTER: "Alah Facebook, semua kenalan kau tu, kau curi dari aku! Aku yang terer sebenarnya."
MYSPACE: "Kami musuh anda wahai Facebook. Kami akan kejar kamu hingga jadi leboh kuat dan berpengaruh!"
Isnin, Ogos 13, 2012
Mahfuz letih puasa
Sepanjang bulan Ramadan, Dato Mahfuz Omar banyak buat tazkirah di masjid dan surau. Pilihanraya nak dekat tapi tak tahu bila.
Ramai orang PAS dan PKR dah letih berkempen. Orang UMNO yang kurang berkempen pun letih dan tak sabar nak "get the election over." Kerja malas, nanti "over" kang?
Orang sekarang tak mai ceramah politik. Ramai yang di masjid dan surau. Kena Mahfuz masuk surau dan masjid dan pakai taktik tazkirah untuk selitkan kempen politik.
Dalam keletihan puasa, Mahfuz tetap ke sana kemari. Ketika perjalanan ke majlis sambil mendengar radio kereta, Mahfuz rasa terlalu lapar. Disuruh makan saja pasal lebih dua marhalah, dia tak mau.
Ahad, Ogos 12, 2012
Akhirnya pingat emas Olimpik untuk Malaysia
Acara: Lompat parti
Hehehe .... sumbangan pingat olimpik dari negeri Sabah pula.
Wow! Lagi untung jual orang dari jual unta
Langgan:
Catatan (Atom)