Selasa, November 30, 2010
Jambatan ke syurga
Itu kisah Ratu Elizabeth, Putin dan Anwar di alam akhirat. Kali ini ada satu lagi kisah yang ada satu sahabat hantar.
Kisahnya di akhirat, penghuni syurga dan neraka mahu satu jambatan dibina untuk menyambungkan syurga dan neraka. Penghuni neraka tak sabar nak ke syurha dan penghuni syurga baik hati untuk segera menerima mereka.
Satu jawatankuasa ditubuhkan diwakili oleh penghuni neraka dan penghuni syurga. Lalu satu mesyuarat diadalkan segera.
Mesyuarat mempersetuju jambatan dibina dalam masa enam bulan. Ahli-ahli syurga akan membina separuh dan ahli neraka separuh. Jambatan bertemu ditengah-tengah.
Alangkah senang kalau Malaysia dan Singapura ikut saja formula ini. Taklah sampai Allahyarham Sultan Iskandar kena bertitah dan Sultan Ibrahim dua kali bertitah mahukan jambatan bengkok itu.
Setelah 2 bulan mengikut masa akhirat, jambatan dari neraka sudah siap. Mereka tinggal tunggu jambatan dari syurga siap. Tapi masuk bulan ke 10, jambatan dari syurga tak siap-siap.
Kenapa?
Macam mana jambatan dari neraka tidak siap dahulu, ahli-ahli neraka ramai terdiri dari Jurutera, Quantity Surveyor, Architect, Kontraktor Kelas AA, B, C sampai Z, dan Banker.
Turut tidak sabar nak ke syurga lalu di sokong habis-habisan projek adalah pegawai-pegawai EPU dan Kementeriaan Kewangan, pegawai-pegawai Jabatan-Jabatan Kontrak, Menteri-Menteri, Exco-Exco Kerajaan Negeri dan penyokong-penyokong UMNO, PAS dan PKR.
Tapi yang ada di syurga, kebanyakan adalah Tok Imam, Tok Bilal, Tok Siak, Cikgu Agama, dan lain-lain. Mereka mana tahu tentang bina jambatan.
Ahad, November 28, 2010
Itu panggilan tempatan
Ratu Elizabeth, Vladimir Putin dan Anwar Ibrahim akhirnya meninggal dunia dan dihukum masuk neraka.
Ratu Elizabeth dihukum masuk neraka kerana mengekalkan mahkota England dan bersuhbahat dengan kezaliman terhadap kemanusiaan dari menjajah negara lain, merompah harta negara yang dijajah dan terlibat dengan perniagaan hamba abdi.
Vladimar Putin adalah Presiden Rusia yang pernah menjadi Ketua KGB yang zalim dan menganiaya orang.
Anwar tercapai cita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia tetapi tetap dihukum ke neraka. Walaupun mahkamah tidak dapat pastikan masa berlaku liwat, pandangan hakim bahawa kejadian meliwat ada berlaku disahkan di padanag mahsyar.
Di dalam neraka, mereka mengetahui mengenai satu talipon merah lalu ditanya apa gunanya. Malaikat yang menjaga memberitahu talipon ini untuk menalipon kembali dunia.
Putin mahu menalipon balik Rusia dan bercakaplah dia selama 5 minit. Sebaik habis, malaikat memberitahu harganya satu juta dollar. Putin bayar dengan cek.
Kemudian Ratu Elizabeth minta untuk menalipon England dan bercakap selama 30 minit. Sebaik habis, baginda di beri bill sebanyak enam juta dollar. Dibayar dengan cek.
Akhir sekali Anwar mahu menalipon Azmin. Dapat dia bercakap selama empat jam. Malaikat meminta lima dollar.
Apabila Putin dengar, dia marah dan tanya pada malaikat, "Kenapa harga panggilan Anwar murah?
Malaikat senyum dan jelaskan, "Sejak Anwar ambil alih Malaysia dan diganti dengan Azmin, Malaysia dah huru hara macam neraka.
"Jadi panggilan Anwar tadi itu panggilan tempatan."
Jumaat, November 26, 2010
Cuba Google Beruk
Paling tepat Google letak laman web pasal beruk adalah mengenai seorang beruk.
Satu sifat beruk adalah seorang beruk memang tidak dapat melarikan diri dari seorang beruk yang lain. Dia haiwan yang ikut kumpulan.
Turun satu beruk, dia naikkan seorang beruk lain sebagai ketua. Walau orang tolak dan persoal beruk tu, beruk terpilih tetap dari kalangan beruk-beruk juga.
Beruk beruk ...
Dengar beruk yang tak dapat diberi kontrak baja bagi satu kawasan?
Wow! Ana tak habis makan sorang.
Satu sifat beruk adalah seorang beruk memang tidak dapat melarikan diri dari seorang beruk yang lain. Dia haiwan yang ikut kumpulan.
Turun satu beruk, dia naikkan seorang beruk lain sebagai ketua. Walau orang tolak dan persoal beruk tu, beruk terpilih tetap dari kalangan beruk-beruk juga.
Beruk beruk ...
Dengar beruk yang tak dapat diberi kontrak baja bagi satu kawasan?
Wow! Ana tak habis makan sorang.
Selasa, November 23, 2010
Sedap kopi you
* Baca rintihan dan kekecewaan di blog Anak Omak. Hehehe ... kecian. Takpa ... Tok Jib dah nafi rombakan kebinet.
Isnin, November 22, 2010
Terlebih kerusi
Di sana sini, orang bercakap mengenai pemilihan PKR. Mana tidak jadi bualan, kalau dah sampai bersungguh-sungguhan. Buat malu saja.
Dah nampak jelas sangatkah lorong ke Putrajaya hingga jawatan dah jadi rebutan?
Penipuan, bayaran dan apa saja sanggup dilakukan.
Jawatan datang dengan peluang.
Peluang bertading di PRU. Peluang jadi Menteri bila ambilalih Putrajaya. Perkara kecil yang dilakukan di Selangor boleh dilakukan secara besar-besaran.
Inikah sebab sampai kerusi berbaling-balingan?
Atau sebab terlebih kerusi.
Ada kata sebab terlebih order kerusi untuk dewan.
Nampaknya PAS dan DAP dah terkasi lebih kerusi ...
Mana dia keahlian 300,000 jika yang mengundi hanya 30,000.
Allah melaknati orang yang mumbazirin.
Apa hal pun, begini pengakhirnya pemilihan PKR 2010. Siap begini sekali ...
Hehehe ... inilah Reformasi! Reformasi! Reformasi!
Dah pun basi.
Dah nampak jelas sangatkah lorong ke Putrajaya hingga jawatan dah jadi rebutan?
Penipuan, bayaran dan apa saja sanggup dilakukan.
Jawatan datang dengan peluang.
Peluang bertading di PRU. Peluang jadi Menteri bila ambilalih Putrajaya. Perkara kecil yang dilakukan di Selangor boleh dilakukan secara besar-besaran.
Inikah sebab sampai kerusi berbaling-balingan?
Atau sebab terlebih kerusi.
Ada kata sebab terlebih order kerusi untuk dewan.
Nampaknya PAS dan DAP dah terkasi lebih kerusi ...
Mana dia keahlian 300,000 jika yang mengundi hanya 30,000.
Allah melaknati orang yang mumbazirin.
Apa hal pun, begini pengakhirnya pemilihan PKR 2010. Siap begini sekali ...
Hehehe ... inilah Reformasi! Reformasi! Reformasi!
Dah pun basi.
Jumaat, November 19, 2010
Menangis Taib Mahmud
Bagaimana boleh kalah Tan Sri Taib Mahmud?
Menurut penganalisa politik Unimas, Faisal S Hazis, hanya ada 12 kerusi dari 71 kerusi yang dianggap marginal seat di Sarawak. Peralihan 5% undi kepada pembangkang hanya akan memberi mereka 5 kerusi. Peralihan 10% hanya memberi 21 kerusi saja.
Itulah dia. Politik di Malaysia tidak boleh dilihat terlalu saintifik. Kadang-kadang kala, seni politik boleh membawa perkara diluar jangkaun.
PKR Seri Aman sudah menemui formula. Bayangkan dengan kehadhiran hanya 30 orang, Jimmy Donald boleh dapat 450 undi jawatan MPP yang ditandingi. Itu pengganda sebanyak 15 kali.
Menurut Flying Kick, penganda power sedemikian tidak memberi ruang untuk Taib Mahmud fikirkan cara untuk menangkisnya. Undi popular BN yang sekuarang-kurangnya 55% tidak cukup untuk menewaskan PKR.
Bukan senang Taib Mahmud hendak naikkan ke angka 94% untuk menjamin kemenangan untuk BN.
Wow! Pak Sheikh, tak inginkah nak jadi Ketua Menteri?
Selasa, November 16, 2010
Adakah orang Bajau datang dari Johor?
Husin dijemput seorang rakan blogger dan penulis politik, Musli Oli untuk menghadhiri majlis perkahwinan anak sulongnya, Muhammad Gaddafi dengan pasangannya Sharmila Rahayu M Borhan.
Gaddafi adalah seorang wartawan, dahulunya dengan salah sebuah stesen TV dan kini bersama Harian Metro. Manakala isterinya ia-lah anak pengusaha filem Sabah terkenal, M Borhan dengan bekas isterinya, penyanyi Junainah M Amin. Junainah M Amin sekarang duduk di Johor Baru.
Sambil Husin bercerita, tengok-tengoklah gambar dengan susunan ceritanya. Perkahwinan ini telah di video dan akan keluar di TV9 juga.
Husin tertarik untuk pergi ke Kota Kinabalu menghadhiri perkahwinan ini kerana diberitahu Musli ia akan dijalankan dengan penuh adat istiadat kebudayaan orang Bajau Samah. Adat yang dipersembahkan bukan satu yang diamalkan oleh orang Bajau biasa. Hanya dari keturunan orang tertentu saja yang membawa adat perkahwinan sedemikian.
Satu masa dahulu, Musli pernah memberitahu Husin bahawa orang Bajau di Sabah berasal dari Johor dan menganggap Sultan Johor sebagai Sultan mereka. Husin diberitahu Sang Kelembai yang ada di KK sama-sama bahawa di satu tempat bernama Arang Bakar, Johor (tidak tahu di mana) ada kumpulan orang Bajau.
Secara tidak sengaja, Husin duduk bersebalahan Pengarah Arkib Sabah, Datuk Datu Tigabelas Datu Zainal Abidin. Datu Tigabelas adalah saudara mara Musli. Bila ditanya mengenai itu, dia memberitahu satu teori yang lain pula.
Pada pandangannya, teori asal Johor itu ada kelemahan. Orang Bajau ada 10 juta di Filipina. Tambah lagi jumlah di seluruh Sabah. Bila dibandingkan dengan jumlah orang Melayu di Johor, tidak seramai. Kalau orang Bajau berasal dari Johor, mestilah ada ramai orang Bajau.
Lojik juga apa dikatakan oleh Datu. Arkib Sabah ini banyak sekali khazanah dan maklumat. Ianya ditubuhkan pada tahun 1940an lagi dan ke tiga tertua di Asia. lebih tua dari Arkib Negar di Kuala Lumpur.
Datu menerangkan satu perkara yang sangat rapat dengan orang Bajau adalah kuda padi. Sekurang-kurangnya orang Bajau pantai barat yang lebih petani, kerana Bajau pantai timor yang kebanyakkan adalah nelayan lebih rapat untuk mengambil kapal layar sebagai simbol.
Banyak-banyak tempat, hanya tanah Jawa sahaja yang boleh dijumpai kuda padi. Mengikut kisahnya, orang Bajau datang ke Sabah dengan membawa sekali kuda padi.
Itu yang dalam adat persandingan Bajau Samah, pengantin lelaki datang dengan kuda dan dipapah naik hingga ke dewan (kononnya naik sampai ke atas pelamin).
Sebahagian tenunan dari pelamin bercorak dan motif dari tanah Jawa. Kalau tidak salah Husin, Datu pun memberitahu orang Bajau masuk Islam dari tanah Jawa dan lebih awal dari Parameswara membawa Islam ke Melaka.
Apabila begitu cakap Datu, hati jahat Husin berkata-kata isyyy ... Datu yang menafikan hubungan dengan Johor akhirnya ada juga hubungan dengan Husin melalui Tanah Jawa. Akhirnya kita ini serumpun, setidaknya rumpun manusia anak cucu cicit Adam dan Hawa.
Masa melihat Majlis Perkahwinan, Husin terlihat suatu perkara menarik. Ini membuat Husin merasa kurang tepat teori yang diberitahu Datu.
Bukankah adat tahan-tahan pengantin macam "toll" dalam adat persandingan orang Johor?
Samada dari tanah Jawa atau tanah Johor atau manusia sejagat, ianya hampir sama buat Husin jua. Orang Bajau Sabah ada kaitan dengan Husin, anak Johor dan Jawa (sedikit Bugis).
Ini mengingatkan Husin kepada satu kisah orang Jawa yang mahu migrasi ke Johor tapi tersalah ke Negeri Sembilan. Huruf ra dibaca sebagai lam, langsung sampai ke Johol. Orang Jawa dan tidak kurang orang Johor banyak berkelana untuk mencari rezeki dan penghidupan yang lebih baik.
Bagi orang Bajau, sepatutnya mereka kekal di Johor dari ke Sabah. Lagi senang dari di Sabah. Namun begitu, Borneo Post semalam menyiarkan berita Sabah bukan lagi negeri termiskin.
Kalaulah orang Bajau di Sabah tidak sesenang orang Johor, bagi sahabat saya Musli, Allah mengurniakan rezeki untuk dapat mengadakan perkahwinan sehabt ini di Hotel. Muga Allah kurniakan lebih dari itu untuknya.
Bagi dua pengantin baru, semua berkekalan sehingga akhir hayat dan dikurniakan ALlah kebahgiaan di dunia dan akhirat.
Sekarang sudah selesai majlis semua, ada ke tidak kuda padi di Johor, Gaddafi anak Bajau akan kembali juga ke Johor untuk ziarah ibu mertuanya di Johor Baru.
Khamis, November 11, 2010
Cadangan nama parti baru Zaid Ibrahim
Dato Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamil Ayub sedang mengatur dan melaksanakan tekanan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim. Ada demonstrasi, ada sidang akhbar menuntut pengunduran dan lain-lain tindakan.
Husin rasa baik kita pendikkan saja cerita. Zaid akan ulang pe'el lamanya dan keluar PKR. Pilihan terbaik buat Zaid adalah untuk pencen dari politik. Dia terlalu idealistik, tidak sabar dan terlalu gopoh hingga hipokrit; tidak sesuai jadi ahli politik.
Namun demi maruah dirinya, dia tidak akan berhenti terus tetapi akan cari jalan lain untuk terus gagal dalam politik. Khabarnya Zaid akan berganding dengan Mustaffa Kamil Ayub untuk keluar buka parti baru. Gandingan ini pun sudah boleh diramalkan gagal.
Buat sementara waktu, kita ucapkan selamat untuk usaha terbaru Zaid menubuhkan parti baru itu. Pasti Zaid serta rakan-rakan superliberal, aktivis NGO haluan kiri dan mereka-mereka yang kuat berangan perlu nama untuk parti baru mereka?
Cadangan anda pasti dihargai.
Jumaat, November 05, 2010
Padanlah bah ...
... pueh teman mikio, Yob. Rupe-rupenya pasai jalan keretapi.
Pelik juge teman memikio. Padang Rengas sampei buat lubang gelap nak bagi keghetapi lalu kut Bukit Berapit. Takde pule ayor bahnye. Ate ngape sampei Alor Setar dan Kuale Kedah tenggelam dengan ayor bah?
Beda'ah beno mike ni Azizan. Itu le kome lain kali ada duit bagi-bagi le zakat kat orang asli.
Khamis, November 04, 2010
Lepas dua minggu lawa pulak ... Selamat mengundi
Pagi semalam ketika berkempen ke kampung orang Asli di Pos Hendrop, dua sukarelawan dari Perak baru dapat rehat sedikit untuk bersembang.
Kaptan bersara Sahak datang membantu kontingen negeri dari sehari sebelum penamaan calon hingga sekarang tak balik-balik. Manakala Salim dah dua minggu sini di Galas Gua Musang. Dia datang awal untuk mengumpul bahan dan memahami isu. UMNO sibuk di Persidangan Agong Tahunan di Kolumpo.
"Dah seminggu Yop ... aku tinggalkan keluarga," Kaptan menyuarakan rindu kepada Salim.
"Apa hal anak-anak di rumah ..."
"Alah ... besuk dah mengundi. Lusa dah boleh balik," Salim menjawab.
"Sehari dua pun ... aku juga jaga orang tua di rumah tu, Salim" Sahak terus dengan rengeknya.
"Sabo je lah Sahak ..."
"Apa jadi pula ayam aku kat reban ... Budak2 tu ingat tak kasi makan," Kaptan menyambung.
"Projek sayur aku tu bersiram ke tidak...."
Salim dah naik hilang sabar.
"Yob! Mika ni cukup-cukuplah. Aku tau. Sebenornya kamu ni rindukan isteri. Aku pun ...," Salim membuat pengakuan.
"Betul la Salim, itu sebenonya ..." Kaptan mengiyakan.
"Aku cakap dengan mika, jangan ko sampai-sampaikan. Nanti PAS tuduh aku menghina orang Asli. DAP perkauman dah tentu cepat panggil aku rasis. Hindu tak kena mengena saman aku di London.
"Mula-mula aku datang sini, Kaptan. Takda selera tengok pompuan orang Asli ... Aku punya lama tak dapat ... lepas dua minggu, dah jadi lawa pulak aku tengok dema."
Kaptan ketawa tak dapat menahan perut.
"Agaknya calon-calon tu begitu juga, Yob."
Wow! Husin tak rindu, hanyo kecewa. Tiap-tiap male gi kedai tomyam signboard oren berdepan Hotel GM. Ada mek come betul. Tapi mek ghoyak dio kahwin doh .... huhuhu.
SELAMAT MENGUNDI KEPADA PARA PENGUNDI DI GALAS DAN BATU SAPI.
JALANKAN TUGAS ANDA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA. KALAU TIDAK, RAMAI DARI INDON, MYANMAR, BANGLA, INDIA, CHINA, SIAM, DAN LAIN-LAIN TEMPAT SEDIA JADI WARGANEGARA MALAYSIA DAN PERGI MENGUNDI.
JALANKAN TUGAS ANDA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA. KALAU TIDAK, RAMAI DARI INDON, MYANMAR, BANGLA, INDIA, CHINA, SIAM, DAN LAIN-LAIN TEMPAT SEDIA JADI WARGANEGARA MALAYSIA DAN PERGI MENGUNDI.
Rabu, November 03, 2010
Selasa, November 02, 2010
Langgan:
Catatan (Atom)