Khamis, September 30, 2010

Selasa, September 28, 2010

Hishamuddin kasi amaran

“Mungkin perkara ini dibuat (memfitnah Tun Dr Mahathir) kerana pihak tertentu mempunyai tujuan tertentu, jangan pula kita mengikut rentak mereka ini, lebih-lebih lagi jika ia tidak benar.” - Hishamuddin Hussein Onn
Samada amaran atau betul2, ataupun hanya mengikut tiupan angin atau rancangan politik sendiri, jangan pula minta maaf kemudian.

Kian lama Hishamuddin telah dianggap lembik.

Kini Khairy yang sering dikatakan disokongnya sudah terdiam sunyi.

Menunggu masa untuk dimandikan rakyat Rembau yang sudah meluat dan orang UMNO yang sudah lama terbuku.

Nazri cuba menyalak balik tetapi tidak dipedulikan. Tidak langsung ditakuti sesiapa.

Kenapa portal pembangkang, The Malaysian Insider jadi tempat dia menyalak.

Hanya nak tahu, siapa tuan-tuan mereka sekarang?

Isnin, September 27, 2010

Jumaat, September 24, 2010

Rabu, September 22, 2010

Jawapan Nazri untuk tandingi PERKASA

Khabar baru didengar.

Nazri Aziz telah ada jawapan kepada populariti Ibrahim Ali dan Perkasa. Dipercayai dia akan menubuhkan satu NGO baru untuk menandingi Perkasa.

NGO itu akan dipanggil PERKOSA.

Bagi menandingi keberaniaan Wira Perkasa, Nazri sudah pun mengenalpasti seorang yang layak untuk memegang jawatan Ketua Wira PERKOSA.

Siapa lagi kalau bukan anaknya sendiri ...









Awas kau Arman!

Terpelanting kelak songkok tinggi kamu.

Mana daya kamu nak tandingi Ketua Wira PERKOSA dalam bab memperkosa Wanita.

Selasa, September 21, 2010

Nik Aziz pergi Silver Tortoise?


Menurut Malaysia Sensasi, gambar di atas adalah gambar Dato Nik Aziz Nik Mat bersanding semasa berkahwin pada tahun 1950an dahulu.

Gaya fesyen yang mereka pakai sama macam Cikgu Shaari main saksafon di Kelab Silver Tortoise yang merupakan tempat isterinya, 'Cikgu' Norkiah mengajar 'masak-memasak' malam-malam.

Masa ini Nik Aziz balik dari Darul Uloom Deobandi, Uttar Pradesh, India dan Universiti Azhar.

Khamis, September 16, 2010

Ente bukan pakar sakit puan


Ya Khalifah Umar 'Abdul 'Aziz!

Apa ente sudah bikin?

Ente Khalifah. Ente bukan gynaecologist atau pakar sakit puan.

Ana kenal ente sama-sama jual orang. Ente suami isteri kena jual cheap cheap di Melaka. Ente guna bapak ente kasi tendang keluar DAP itu orang yang kasi ente kalah. Heee ente banyak main kotor.

Kenapa ente umum itu orang pompuan punya sakit dalam ente punya kenyataan? Ente mesti ingat ente bukan suaminya.


Kenapa ente kasi malu sama itu perempuan?

Ini mesti ente mahu tutup malu pasal itu perempuan tak mahu nyanyi dalam konset untuk ente jual orang Melayu.

Jadi ente jangan putarbelit kata ada orang kenakan tekanan dan ugut itu prempuan jangan nyanyi.
Pasal orang sudah tidak minat sama itu perempuan. Dia bukan lagi anak dara sunti yang mengisi idaman lelaki.

Ana tengok itu perempuan, ana terbayang Dato K dengan misai tipis kaki penipu kasi cium-cium, cumbu-cumbu, pegang-pegang, raba-raba, dan ...

Heee
... ana banyak geli. Banyak jijik. Tak sanggup ... tak sanggup lagi angan-angan sama itu perempuan.
Ente boleh putarbelit kata The Star suratkhabar komunis. Itu ana percaya.

Bodoh punya suratkhabar!

Ingat orang tak nampak dia mahu putarbelit kasi tutup malu sama ente. Baca sepenuhnya di sini. Mana boleh campur aduk laporan kenyataan ente dan perihal sakit itu perempuan jadi satu?


Ana pun tak tahu kenapa ana panggil ente Khalifah Umar 'Abdul 'Aziz.

Khalifah Umar satu orang baik dan pentadbir yang cekap. Ente orang jahat. Rambut saja lurus. Hati banyak hitam. Sikap banyak sombong dan angkuh. Pemikiran begitu cauvanis. Cakap kuat bohong dan putar satu alam.

Ente lebih layak di panggil Pinochio Lim.

Mengingati 16 September: "I got the power"


[Sila baca dengan nada macam iklan Merdeka oleh Pengarah arwah Yasmin Ahmad. Cuma lagu iringan "I Got the power" agak rancak. ]

Semasa itu, ana masih muda. Blog ini baru tahun kedua.

Perniagaan menjual orang belum lagi untung dari menjual unta. Ana perlu menampung pendapatan dengan bekerja sambilan dengan kumpulan media Agensi Husin Lempoyang. Kerja pun tidak tentu, wartawan bukan, dan jurugambar pun bukan.

Pada malam September 15hb, 2008, ana dapat tip untuk sembunyi di Istana Negara kerana Anwar Ibrahim akan angkat sumpah jadi Perdana Menteri. Dia sudah janji, kalau tidak jadi PM, dia akan berhenti lusa September 18hb.

Kami diberitahu Anwar akan angkat sumpah pada pukul 5:45 pagi sebelum wartawan lain sempat berkumpul di istana. Muhyiddin ada buat penafian di TV3, tapi kami lebih percaya sumber kami.

Sampai pukul 5:45 pagi, tak ada lagi orang depan istana.

Pukul 6:45 pagi pun tak ada orang. Gaduh pasal siapa layak jadi imam solat subuh antara sesama pemimpin DAP, PAS dan PKR.

Tunggu 8:30 pagi, ada lagi cekadak. Masih lagi nak tubuh kerajaan baru.

Pukul 12:30 tengahhari, gaduh pasal siapa nak jadi PM dan TPM. Belum gaduh pasal projek untuk kroni lagi ni.

Sampai masa 1:40 tengahhari, Tian Chua pula mengaruk buat stunt. Dia tuntut jadi Yang Di Pertua Dewan. Tuntutannya pasal dia bersusah pergi ke Taiwan untuk dapatkan orang lompat.

Akhirnya, Anwar Ibrahim angkat sumpah depan Agong pada pukul 2:30 tengahhari. Cuma dia angkat sumpah depan gambar Agong. Dia tak angkat sumpah di Istana Negara tapi di Tropicana pejabat PKR.

Hingga hari ini ana tidak akan lupa hari yang penuh bersejarah ini.

Selepas ini nasib ana bertambah baik. Ana bertambah famous. Bila kawan-kawan jumpa, mereka tak panggil nama ana, mereka panggil ana sebagai Husin.

Ana dijemput jumpa Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, dan Menteri-Menteri lain. Tokoh korporat, penulis polisi kerajaan, dan macam-macam orang mahu jumpa ana.

Ada bakal Sultan pun nak jumpa, tapi ana tidak dapat hadhirkan diri. Sekali sekala, bila sudah famous, kenalah jual mahal. Sebenarnya malu pasal tak ada baju, seluar dan sepatu yang sesuai untuk mengadap.

Anwar Ibrahim pun ana dah jumpa, tapi sebelum dia "jadi" Perdana Menteri.

Terima kasih Anwar Ibrahim.

Tanpa Dolah dan kemudian hari, tanpa mu, tiada orang yang dapat menggantikan mu ... untuk bahan lawak ku.

Selamat hari Malaysia. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Wow! Jual orang pun boleh jadi famous.

Rabu, September 15, 2010

Teka teki peguam DAP


SOALAN: Apa patut anda lakukan sebelum berjumpa seorang peguam DAP?
JAWAPAN: Tulis wasiat anda dan minta maaf kepada semua orang. Beritahu anda akan kembali dalam masa tiga hari.

SOALAN: Apa anda patut bawa untuk pergi ke rumah terbuka peguam DAP.
JAWAPAN: Seberapa banyak bodyguard yang mungkin.

SOALAN: Apa harus anda lakukan apabila melihat seorang peguam sedang mencangkul taik lembu.
JAWAPAN: Apa lagi ... lari bagai nak gila. Cari balai polis dan buat laporan.
Soalan dan jawapan lain dialu-alukan.

Wow! Biar jual unta dari dijadi bahan bakar peguam

Isnin, September 13, 2010

Khairy tunda penubuhan Omak

KUALA LUMPUR 13 September: Penubuhan Organisasi Melayu Anti perKasa atau singkatan Omak terpaksa ditunda ekoran kehadiran yang rendah disebabkan perayaan hari raya yang masih disambut.

Encik Khairy Jamaluddin yang merupakan pengasas Omak dan bakal menjadi Protem Presiden tidak menjangka orang-orang Melayu masih lagi berhari raya pada hari ketiga Syawal semalam.

Khairy menyalahkan Perkasa kerana enggan menerimapakai tradisi barat yang meraikan Krismas untuk hanya satu hari.

Dalam kenyataannya, Khairy menerangkan Omak ditubuhkan untuk menggembelingkan tenaga anak-anak muda Melayu yang "pandai tapi kurang bijak" bagi menentang agenda Melayu yang mahu dibawa oleh mana-mana pihak, khususnya Perkasa.

Ide ini datang semasa sedang minum dengan Zaid Ibrahim di Work-In-Progress Bangsar.

Kumpulan pengasas Omak dengan kerjasama bekas-bekas penghuni Tingkat 3 dan Ethos Consulting sedang mengenalpasti anak-anak muda sedemikian yang telah mereka tempatkan di tempat-tempat strategik dalam GLC seluruh negara.

Ditanya wartawan kenapa mereka tidak bekerja dengan MNC atau berniaga, Khairy menerangkan mereka ini telah khusus dilatih untuk hanya menyamun GLC. Terangnya lagi, walaupun mereka percaya pada meritokrasi dan persaingan, mereta turut percaya mereka perlu dikecualikan syarat tersebut.

Khairy turut ditanya kenapa tidak menggunkan Kimma yang merupakan pertubuhan bersekutu UMNO sebagai landasan. Dia tidak menafikan ada usaha-usaha sedemikian. Namun namanya tidak sesuai kerana pihak Kimma mahu digunakan persatuan bersekutu mereka bernama Persatuan Ushawan KIMMA atau nama singkatan PUKIMMA.

Ianya terlalu mencerminkan keperibadian saya, kata Khairy.

Kebanyakkan anak-anak muda yang bakal menyertai Omak adalah bekas penuntut-penuntut dari Oxford University, Cambridge University, Warwick Univerisity, Bristol University, Imperial College, London School of Economics dan lain-lain Universiti ternama di Britain.

Menurut Khairy, Omak menentang tindakan rasis kumpulan Melayu untuk menuntut hak Melayu. Namun Omak menyokong dan menggalakan mana-mana kumpulan-kumpulan dan parti-parti bukan Melayu untuk membuat tuntutan kerana Omak percaya undi mereka lebih ramai.

Omak bercadang membuat laporan ke NST dan Malaysian Insider setiap kali Perkasa membuat laporan polis.

Mesyuarat penubuhan telah ditunda kepada cuti Hari Raya Haji pada 17 November. - Agensi Husin Lempoyang

Sabtu, September 11, 2010

Ucapan raya dari Tun di radio


Penerbit Radio Kotaraya RTM, Fidah sedang mencari ide untuk liputan hari raya. Semasa berbincang dengan staf, salah seorang dari mereka beritahu mereka merindui perutusan Tun Dr Mahathir semasa malam raya.

"Masa Tun dulu, saya tidak miss perutusan Tun. Dia mesti kaitkan Raya dengan kejayaan negara dan pengorbanan. Ada nasihat perlu terus bekerja sungguh," kata Yati Penolong Penerbit

"Betoi la. Takdak la pasai jangan main mercun," Leman Audio Engineer menyampuk.

"Isyy .. kau ni. Jaga mulut siki. Nanti kereta kau dilanggar orang," Fidah berkata.

"Lin boleh temuramah Tun?"

DJ bertugas raya pertama, Lin angguk.

"Baiklah, kita talipon pejabat Tun untuk talipon dia untuk beri ucapan raya tapi macam perutusan raya," Fidah buat keputusan.

-----------------------

Lepas sembahyang raya dalam pukul 10:00, mereka talipon rumah Tun. Masa itu, anak dan cucunya tengah berkumpul beramai-ramai.

"Itulah lagu Lebaran Aidil Fitri oleh Dato Siti Nurhaliza.

"Pendengar sekelian, seperti mana yang kita janjikan anda akan dapat mengikuti ucapan hari raya dari Mantan Perdana Menteri ke empat kita, Tun Dr Mahathir Mohamad sekejap lagi. Kami sedang menghubunginya.

"Hello Tun. Hello ..."

"Hello ..." suara Dr Mahathir mula kedengaran.

"Hello Tun, assalamualaikum. Saya Leen dari Radio Kotaraya."

"Waalaikum salam," Dr Mahathir jawab.

"Selamat hari raya Tun," ucap Leen.

"Ya ... Selamat hari raya," balas Tun

"Tun, ramai pendengar menalipon kami menyatakan rindu kepada perutusan raya Tun setiap kali menyambut raya. Ianya sungguh membanggakan kami sebagai rakyat Malaysia dan penuh dengan nasihat-nasihat bernas."

"Itu dulu ...," jawab Tun merendah diri.

"Tun ingin memberi ucapan hari raya kepada pendengar kami?"

Fidah berada di belakang cermin mengikuti perbualan Leen dengan Dr Mahathir.

"Selamat hari raya kepada semua pendengar radio ibukota ... koraraya. Semuga bergembira bersama sanak saudara. Sambil kita bersuka ria, jangan lupa pada mereka-mereka yang kurang bernasib baik seperti di Palestin, Afhganistan, Iraq, dan lain-lain tempat. Sentiasa bersykur dengan keamanan dan kedamaian yang kita kecapi di Malaysia. Turut serta saya harap rakyat-rakyat Malaysia dari bukan Islam sama-sama ikut berziarah untuk mengeratkan silatulrahim sesama kita," kata Tun.

"Rasanya Tun, tidak cukup raya Tun tanpa ada kata nasihat untuk anak-anak muda bakal generasi masa depan negara."

"Saya dah pencen. Bukan lagi Perdana Menteri. Cukuplah 22 tahun saya kasi nasihat."

"Sikit saja Tun," pinta Leen.

"Untuk anak-anak muda, khususnya orang Melayu dan Bumiputera, mereka perlu bersungguh-sungguh untuk berusaha mempertingkatkan diri mereka. Samada dalam pelajaran, pekerjaan, perusahaan dan apa bidang sekali yang mereka ambil. Lakukan sesuatu bersungguh-sungguh," ujar Dr Mahathir.

"Ya Tun."

"Orang Melayu ini selalu cuai dan kurang berusaha. Suka ambil jalan senang. Masa saya dulu kasi AP, depa bukan nak guna kemudahan AP untuk membangunkan perniagaan. Mereka guna untuk jual AP dan ambil komnisyen. Dapat duit, mereka habiskan untuk berseronok dan membina mahligai dengan ada helikopter," Tun dah mula panas.

Fidah sudah mula risau. Ini isu-isu yang perit telinga mendengar.

"Orang Melayu patut kejar peluang-peluang yang dibuka kerajaan. Macam-macam telah diberi. Sepatutnya kita berjaya.

"Ya Tun Ya Tun."

"Ada tu kata Melayu sudah boleh berdikari dan juangkan polisi terbuka, liberal dan pasaran bebas. Tapi depa ni semua dok makan gaji dalam GLC. Bukan berniaga atau kerja dalam syarikat MNC. Melalui polisi terbuka, liberal dan pasaran bebas, pihak lain yang akan untung. Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak tidak boleh maju tanpa bantuan dan sokongan," Tun sudah mula syok bercakap.

Fidah diluar faham keadaan boleh hilang kawalan. Dia memberi isyarat kepada Leen dan memandang kepada Leman. Audio Engineer tahu mereka kena pura-pura line terputus nanti.

Leen cuba menukar haluan Tun, "Tun ... Tun ... apa perlu anak muda sekarang lakukan untuk mengisi masa santai mereka?"

Macam hilang modal Leen nak cakap. Dia pun sebenarnya gamam dapat bercakap dengan Tun.

"Anak-anak muda kena belajar dan masa lapang lakukan perkara-perkara yang bermanafaat. Kegiatan mereka perlu untuk perkara berguan dan memberi faedah kepada diri sendiri. Budak Melayu ni banyak sangat lalai. Merempit naik motor tengah-tengah malam."

"Macam mana yang pula bagi mereka yang memandu pulang ke kampung dan bermain mercun hingga berlaku kemalangan masa Raya, Tun?" Leen sekali lagi cuba elakkan Tun naik syok bercakap.

"Itu Pak Lah dah nasihatkan lima tahun. kata nak dengar nasihat saya?

"Itulah saya cakap tadi, kita perlu lakukan benda berfaedah dan berfikir apa yang kita lakukan," Tun sambung. Gagal Leen nak lencungkan Tun.

"Tanamkan semangat mahu maju. Kejar peluang. Macam-macam Kerajaan berikan. Semua kemudahan ada. Orang Melayu ini banyak tolak peluang. Sampai benda free tuhan nak kasi pun depa tak mahu cari. Doa saja dah dijamin akan makbul, pun tak dikejar peluang itu."

"Apa itu Tun?" tanya Leen yang sendiri pun nak tahu. Tak dapat lagi husband kaya.

"Lailatulqadar masa sepanjang Ramadhan ..."

Takjub semua dalam studio. Sampai ke situ Tun fikir. Betul pulak tu ...

-------------

Para pembaca, ini semua hanya satira atau parodi. Diminta SKMM dan Gani Patail sporting la sikit, jangan saman. Tak takut saman pun. Boleh lepas. Cuma menyusahkan ...

Tun Dr Mahathir akan mengadakan rumah terbuka esok hari raya ke 3 di 58, Jalan Kuda Emas, The Mines Resort City, Seri Kembangan.

Bagi yang nak pergi, jangan macam orang jakun yang tidak pernah nampak makanan sampai berebut-rebut.

Jumaat, September 10, 2010

Duit raya - Selamat hari raya

Gambar atas bukan Aji Isam dan cucunya Amir tapi blogger Mahaguru58 dan cucunya Aiman dan Irdina

"Amir nak duit raya, pergi salam Atok," Roslan bisik pada anaknya yang berumur 6 tahun. Amir sudah masuk kindergarten. Dah mula belajar puasa.

"Kalau Atok tanya berapa hari Amir puasa, beritahu Amir puasa 20 hari."

Amir angguk.

"Mai sini, Amir!" *Aji Isam memanggil cucu pertamanya. Nak sebut nama Aji Isam perlu dengan telo jawa baru betul bunyinya.

"Amir puasa tak tahun ini?"

Inilah kegemaran Aji Isam bila anak dan cucu datang melawat pagi raya. Kerja dia bersembang dan melayan cucu.

Bila mereka senyap sepi, disakat budak-budak. Budak-budak diam-diam, di ajak main atau naik moto cabuknya. Langsung hegar begar rumah dengan suara budak ketawa dan berlari-lari.

"Puasa Atok," Amir jawab.

"Berapa hari Amir dapat puasa?"

"Ayah cakap 20 hari," jawab Amir.

"Apa pulak ayah ajar jawapan. Ini sudah soalan bocor."

Dah mula Cikgu dan Imam pencen ini nak sakat.

"Takpa, Atok ada duit raya untuk Amir. Dua puloh ringgit. Setiap hari Amir puasa, atok kasi seringgit.

"Sebelum Atok kasi, Atok nak tanya. Amir dah niat raya belum?" Aji Isam nak temberang budak ini.

"Ehhh ... mana ada?" Amir menjawab. Tahulah budak-budak sekarang. Cepat aje menjawab.

"Mestilah. Masa puasa bulan Ramadhan, malam-malam niat untuk puasa besuk. Nak raya, malam tadi kena niat dulu."

Fatwa mana Aji Isam reka nak temberang cucunya.

"Macam mana niat raya itu, Tok," Amir tanya sambil melihat pada muka ayah yang kelip mata sebelah.

Dia tahu Atok temberang.

"Niatnya. Saja aku raya esok hari bulan Syawal kerana Allah Taala." Macam real aje bunyinya.

"Bunyi Arabnya macam mana?" Amir tanya.

"Ah ... tak payah Arab. Cakap Melayu pun takpa."

"Ha tu. Atok tak tahu. Atok tipu. Eeee tak malu. Amir tangkap Atok tipu, Mak."

Amir seronok dapat ajuk Atoknya. Aji Isam terus peluk cucunya dan diberi ciuman ke pipinya.

"Nah duit raya Amir ... pandai cucu Atuk."

"Terima kasih Atok," Amir menyambut hadiah Atoknya.

Sambil Amir menerima, Aji Isam beri nasihat.

"Belajar rajin-rajin. Jadi budak baik selalu. Mintak ayah ajar sembahyang.

"Besar nanti, jangan tipu orang dan jangan kena tipu. Amir besar nak jadi apa?"

"Atok, Amir nak masuk politik. Nak jadi Perdana Menteri. Mula-mula Amir nak beli kereta dan langgar kereta anak pompuan Dato Najib ..."

"Lah kok gitu ... Ini kau ajar juga ke Lan?"

Atak ketawa sambil tepuk dahi. Satu rumah sama-sama ketawa.


Dengan ini ana saudagar unta dari Cairo yang lagi untung jual orang dari jual unta

mengucapkan


Selamat Hari Raya serta Maaf Zahir Batin ...

kepada semua pembaca setia. Muga bergembira dihari mulia ini dan ...

Berbanyak sabar dan berhati-hati di jalanraya.


* Karakter Aji Isam bersempena arwah bapa ana. Mohon fatihah untuknya

Selasa, September 07, 2010

Peraturan wakili Malaysia ke Pertandingan Ratu Cantik Antarabangsa


Kabinet telah mengumumkan polisi baru berhubung kelayakan minima untuk wakil-pertandingan ratu cantik Malaysia ke luar negara.

Dato Seri Utama Dr Rais Yatim yang mencadangkan setiap wakil-wakil Malaysia ke pertandingan ratu cantik antarabangsa perlu ada kelulusan ijazah asas atau lebih, berbahasa Inggeris DAN boleh berpantun dalam bahasa Malaysia.

Ini berlaku ikutan satu peristiwa beberapa tahun dahulu di pertandingan akhir pertandingan ratu cantik dunia Miss Intercontinental di Sibu.

Miss Malaysia diwakili oleh seorang sedara mara Namewee (mari kasi ludah ini babi! ptoih) yang pergi sekolah Cina dan penentang kuat konsep 1Sekolah.

Ratu-ratu cantik Miss USA, Miss Singapore dan Miss Malaysia adalah antara yang layak ke pusingan separuh akhir. Untuk naik ke pusingan terahir, mereka akan dihakimi dari jawapan kepada tiga soalan mudah yang sama.

Mereka disoal tiga ratu sekali gus. MC mulakan soalan untuk Miss USa, Miss Singapore dan Miss Malaysia.

MC: The first question is, name me an electrical appliance starting with "L"
Miss USA: Lamp
Miss Singapore: Light bulb
Miss Malaysia: LADIO

Ketua Hakim: No, no, Radio does not start with the letter "L"

MC: I am going to give you two more questions. Now, name me an animal starting with the letter "L".

Miss USA: Lion
Miss Singapore: Leopard
Miss Malaysia: LABBIT

Ketua Hakim: No, no, no it is rabbit. Not LABBIT!

MC: Next question. The name of a famous car that starts with "L"
Miss USA: Lexus
Miss Singapore: Lamborghini
Miss Malaysia: Lolls-Loyce

Ketua Hakim: Oh my God! Rolls Royce, for heaven sake.

MC: I am going to give another question as a last chance! Name me a fruit starting with the letter "L"
Miss USA: Lemon
Miss Singapore: Lychee
Miss Malaysia: (Dengan penuh yakin, sambil tersenyum dia menjawab) LIEWLIAN!!

Rupanya cerita ini belum berakhir lagi.

Para hakim terpaksa bermesyuarat sebentar untuk menentukan samada Miss Malaysia patut di disqualified. Akhirnya mereka bersetuju Miss Malaysia berhadapan dengan masaalah penyebutan huruf L. Dia patut diberikan peluang sekali lagi.

Hakim: (sendiri bertanya) OK, the final question is name me a part of the human anatomy starting with the letter "L"
Miss USA: Lung (tepuk tangan)
Miss Singapore: Liver (lebih kuat tepuk tangan)
Miss Malaysia: LAN CIAU

Kesemua juri hakim-hakim pengsan ...

Memang patut adakah 1Sekolah untuk membentuk perpaduan rakyat pelbagai kaum dari kecil. Miss Malaysia yang mewakili Malayis apasti tidak faham kebudayaan Melayu yang kaum paling ramai di Malaysia.

Pengajaran bahasa Inggeris patut dipertingkatkan. Tak kiralah samada melalui program PPSMI atau tidak PPSMI.

Isnin, September 06, 2010

Jangan takut ludah Namewee, cuma amaran saja


Ini jadinya pabila cuma

. beri amaran ...
.... amaran lebih keras ...
....... amaran paling keras ...
.......... amaran terlalu keras .... auw sakit Anuar Zain

Fikir-fikirkan lah ....

Tonton wayang si Gondrong
Ke sana sini menaiki unta
Kepentingan diri hanya Sembrong
Peduli kesejahteraan aif ba ta

Jumaat, September 03, 2010

Perbezaan orang bodoh dan orang pandai


Orang bodoh pakai credit card sampai maximum, lepas tu takleh bayar tapi berlagak macam org banyak duit. Orang pandai pakai credit card tapi orang lain bayarkan!

Orang bodoh ada moto tapi pergi kerja naik LRT. Mungkin kes suka 'bergesel'la ni ... Orang pandai tak ada moto, tak ada kereta, tak ada LRT tapi ada otak. Dia tumpang kereta or motor kawan.

Orang bodoh pergi minum berbayar di kafetaria, walaupun majikan sudah sediakan nescafe, milo, biskut dan lain-lain di pantry. Orang pandai tak minum di cafeteria dan minum nescafe, milo, biskut dan lain-lain yang disediakan majikan serta siap bawa balik rumah.

Orang bodoh beli suratkhabar untuk tengok nombor ekor dan buang saja lepas itu. Orang pandai tunggu kaki ekor bodoh buang suratkhabar untuk baca, lalu kumpul banyak-banyak untuk jual kat orang surat khabar lama.

Orang bodoh kentut kuat-kuat di opis tapi bangga dengan bau busuknya. Orang pandai kentut diam-diam, takde bunyi tapi baunya na'uzubillah ... lepas itu salahkan orang bodoh yang kentot kuat.

Orang-orang bodoh ada masalah memahami cerita jenaka orang-orang pandai. Orang-orang pandai perlu ramai-ramai beri faham pada orang-orang bodoh bahawa tindakan mereka itu bodoh macam baghal.

Tak kiralah orang-orang bodoh itu ada pelajaran tinggi; gelaran Dato atau Tan Sri-Tan Sri; pergi kerja dihantar driver; dan pegang jawatan tinggi macam CEO TNB, Peguam Negara, atau Pengerusi SKMM. Kalau sudah bodoh, akhirnya akan buat tindakan bodoh ...

Yang luluskan undang-undang bodoh macam Akta SKMM di Parlimen pun sama orang-orang bodoh pakai kot. Sekarang punya "chief" orang-orang bodoh itu Nazri Aziz.

Mari kita orang-orang pandai tandatangan petisyen sini.

Wow! Lagi untung jual unta dari jual orang-orang bodoh pakai kot.

Ciplak dari Cari Forum

Khamis, September 02, 2010

Pakatan tangani masaalah rakyat dan gejala masyarakat


SHAH ALAM: Pakatan Rakyat memutuskan akan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa dan badan-badan khusus untuk menanggani masaalah-masaalah rakyat dan gejala-gejala masyarakat.

Perkara ini diumumkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim semalam di pejabat Parti Pakatan Rakyat di Tropicana Kuala Lumpur.

Menurut Anwar, ekoran penerimaan orang ramai kepada pelantikan YB dari Bukit Lanjan sebagai jawatankuasa Anti Zina Selangor, ide ini telah dipersetujui untuk dikembangkan ke seluruh negara.

Setiap badan dan jawatankuasa akan diletakkan pencapaian KPI dan pengurangan subsidi. Atas izin Dato Najib, Dato Idris Jala yang terbuka untuk meraikan Krismis dengan pemimpin DAP akan dijemput merangka sistem pemantuan dan pengurangan subsidi.

Perkara utama yang ditekan tanpa menggunakan genetilia oleh Anwar adalan membasmi gangsterisma dan rasisma.

Pakatan turut menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa untuk meningkatkan cinta pada negara seperti untuk mempromosikan penggunaan bahasa kebangsaan, kedaulatan undang-undang, dan kemasyarakatan.

Walaupun Pakatan mengambil sikap pluralistik dan liberal dalam hal ugama Islam, beberapa jawatankuasa khusus akan diperkenalkan.

Gangsterisma

Dalam pengumuman semalam, 'task force' untuk menangani masaalah gangsterism akan dipengerusikan oleh ADUN Pandamaran, YB Ronnie Liu. Dia akan dibantu oleh Naib Presiden PKR, Sivarasa dan AP Ampang, YB Zuraidah.

Ronnie dipertanggungjawabkan memberi pekerjaan dan penempatan untuk gangster-gangster belasan tahun dalam DAP dan PKR. Sivarasa untuk keluarkan mereka bila ditangkap polis dan Zuraidah memang gangster.

Penasihat Jawatankuasa ini akan diumumkan sekiranya MIC keluar barisan Nasional dan memasuki Pakatan Rakyat.

Menyahut seruan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abdul Razak untuk menentang rasisma, pihak Pakatan akan menubuhkan Jawatankuasa Kempen Anti Rasisma yang dipengerusikan oleh Lim Kit Siang.

Penasihat kempen ini ialah pemimpin veteran PAS yang bertemu Tunku Abdul Rahman untuk mencadangakan dirampas harta dan perniagaan Cina semasa peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Cinta negara

Theresa Kok telah dipertanggungjawabkan untuk mempengerusikan Jawatankuasa Meningkatkan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dan Tulisan Jawi. Tan Seng Giaw yang memang diketahui berupaya membaca dan menulis dalam tulisan jawi dijadikan Penasihat.

Ahli-ahli jawatankausa akan dianggotai oleh wakil-wakil dari Dong Jiao Zong, Su Qui dan Hua Zhou. MCA, Gerakan dan SUPP telah memberi komitmen secara sulit untuk menghantar wakil sebaik sahaja wakil-wakil rakyat mereka lompat parti selepas pilihanraya umum kelak.

Bekas Menteri Besar, Dato Seri Muhammad Nizar akan mempengerusikan Jawatankausa Kedaulatan Sistem Raja Berparlimen. Manakala, Karpal Singh akan mempengerusikan Jawatankuasa Anti Tunda khusus untuk keluhuran undang-undang.

Kerja-kerja kemasyarakatan yang akan diberi pengkhususan oleh Pakatan Rakyat adalah jurusan sumber manusia. Pengerusi Jawatankausa Peningkatan IQ adalah Dato Mahfudz Omar. Dia akan dibantu oleh Penasihat, Dato Ustaz Azizan.

Pengerusi Kemajuan Peningkatan Perawakan dan Ketinggian adalah Shamsul Iskandar Akin dan Timbalan Jonah.

Ugama

Pakatan akan menubuhkan Perbadanan Mempertingkatkan Syiar Islam yang akan beribu pejabat di Pulau Pinang. Pengerusi perbadanan adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Timbalan pengerusi ialah Irene Fernandez, dan ahli-ahli Lembaga Pengarah terdiri dari Teo Nie Ching, Reverend Dato Ngeh Koo Ham, William Leong, Xavier, Hannah Yeoh, Harris Ibrahim, Malik Imtiaz, dan Uthayakumar. Penasihat ialah Theresa Kok.

Perbadanan khusus akan ditubuhkan untuk membantu mereka yang murtad, mubaligh kristian dan Khawarij, dan kebajikan gereja dan kuil. Ia akan dipengerusikan oleh Khalid Samad, dan dibantu oleh Dr Dzulkifli Ahmad. Tuan Guru Nik Aziz akan bertindak selaku Penasihat.

Jemputan istimewa akan dibuat kepada Nazri Aziz untuk mengganggotai Lembaga Pengarah Perbadanan.

Anwar akan mengambil peranan dalam hal moral dan akan mempengerusikan Jawatankuasa-Jawatankuasa Anti Liwat dan Anti Bohong.

Tian Chua dipertanggungjawabkan untuk mempengerusikan Badan Kebajikan Mangsa Kemalangan Stunt dan Makan Karipap.

Tanggungjawab menubuhkan badan khairat bagi mangsa mulut terplaster dan tangan terikat diserahkan kepada Nasaruddin Md Isa, Salahuddin Ayub, dan Dr Hasan Ali. - Agensi Husin Lempoyang

Ilham dari Leman Pulut


U/P Dato Che Khalib, Attorney General Tan Sri Gani Patail dan MCMC
Jika tidak pernah membaca sastera seumur hidup, posting di atas adalah tulisan satira atau parodi.

Sesiapa yang komplen atau saman atau mendakwa Husin Lempoyang di atas tulisan atas boleh disalah anggap sebagai bodoh atau tidak berpendidikan atau paling extrim dan tidak mungkin, anak luar nikah.


Husin Lempoyang mengutuk tindakan mahkamah atas pertuduhan penyebaran maklumat salah terhadap Hassan Skodeng!