Sabtu, November 28, 2015

Alasan yang pasti Sabah tidak marah



Sabah begitu marah terhadap Nurul kerana telah berjumpa dan bergambar bersama dengan anak ketua penceroboh Sulu yang menyerang Lahad Datu pada 2013.

Tiada alasan yang diberi Nurul boleh diterima. Tian Chua yang didedahkan telah mengatur perjumpaan dalam satu pertemuan NGO-NGO.

Tian Chua pula lagi memburukkan keadaan dengan percubaan untuk pertahankan Nurul dengan alasan-alasan tidak munasabah.


Sepatutnya Tian Chua beri jawapan yang lebih ikhlas dan terus terang. Jika tidak pasal dia cuba putarbelit, Tian Chua pasti masih boleh masuk Sabah.

Patut katalah, saya tidak atur Nurul untuk berjumpa tetapi hanya untuk bergambar bersama Jacel.

Wow! Pasti terus masuk wad sakit jiwa di KK

Jumaat, November 27, 2015

Jijah selamatkan Nuar


Ada dua orang kekasih bernama Nuar dan Jijah telah dimasukan ke Tanjung Rambutan.

Satu hari semasa sedang bersiar-siar di tepi kolam mandi, Nuar terjatuh ke dalam kolam yang dalam. tanpa melengah-lengah, Jijah terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan Nuar. 

Maka selamatlah Nuar.

Keesokkannya, doktor telah memangil Jijah untuk memberitahu yang dia telah buat kesimpulan dari tindakan menyelamatkan Nuar semalam bahawa Jijah telah baik dan kini disahkan waras.

Selasa, November 24, 2015

Baik punya alasan banjir



Nasib tak disalahkan Makcik jual rojak petis tepi stesyen keretapi.

Mana tahu kulit sengkuang jadi sebab air kawasan tadahan hujan yang dibuka untuk pembangunan kondo-kondo mengalir dengan deras.

Wow! Kencing unta pun boleh sebabkan banjir

Isnin, November 23, 2015

Bang Mat siang ikan


Inilah contoh pemimpin akar umbi. Tahu serba serba. Siang ikan pun boleh buat. Biasa guna pengeruk sisek ikan.

Belum lagi keruk kerang ternganga. Sampai ke siang hari tidak cuci muka.

Wow! Teringin buat korban unta

Khamis, November 19, 2015

Tak payah butang baju


Tak payahlah nak cari butang untuk baju Melayu.

Rabu, November 18, 2015

Salleh Man perlukan kursus perkahwinan YaPEIM


Banyaklah kecuh pasal YaPEIM terlibat dan biayai program kursus perkahwinan pada pelajar-pelajar Malaysia di luar negara.

"Abang Jamil" tanya apa salahnya?

Cuba bayangkan jika tak diberi bimbingan, akan jadi macam Salleh Man. Bernikah orang lain tetapi "bersama" orang lain.

Maklumlah negara asing tu pelik-pelik budaya mereka.

Dah rosak. PKR memang suka kot ... Lelaki nikah lelaki. Perempuan nikah perempuan.

Selasa, November 17, 2015

Selamat pagi .. dah PM baru ka?


Selamat pagi.

Tidoq lambat malam tadi. Ada dinner dengan kawan-kawan di restoren Jepun. Sampai rumah sudah lewat.

Masa dinner dok cerita ada undi tak percaya. Halangan pertama melalui undi tolak bajet. Syarat nak luluskan adalah dengan PM berenti.

Betoi ka ada PM baru untuk Malaysia hari ini?

Khamis, November 12, 2015

Ahli-ahli anggota "Council of Elders"


Kenyataan Tawfik Tun Dr Ismail yang dilaporkan The Malaysian Insider sini mendedahkan hasrat Tun Dr Mahathir untuk bawa satu gagasan baru dalam pentadbiran negara.

Selain dari perlu menjawab kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan rakyat melalui Parlimen, PM dikehendaki dengar dan seharusnya terima nasihat "Council of Elders".

Kata Mahathir, beri panduan dan nasihat yang berlainan. Maka bolehlah dijangka nasihat orang tua-tua ini adalah mereka yang lama makan garam.

Jumaat, November 06, 2015

Ahli politik macam budak-budak?


Kawan Husin dari Pasir Gudang talipon pagi-pagi. Nama dia Man tapi pasal dia suka panggil orang yang dia tak suka Senoi, maka nama dia jadi Man Senoi.

Faham saja kita apa yang sedang bergelora di sana. Man Senoi pun banyak rungutannya terhadap UMNO dan semua parti-parti politik. Idola Man Senoi sudah tiada jawatan lagi tinggal. Sampai arwah Nik Aziz pun dia sebut sekali.

Kata Man Senoi, orang politik ni macam anak aku yang berumur dua tahun. Bila bapa tanya, "Sayang Mak ke sayang Abah?", dia akan jawab Abah.

Rabu, November 04, 2015

Dimanakah kekuatan panglima Bugis?


Dalam filem Nujum Pak Belalang oleh P Ramlee, rahsia kekuatan Hang Tuah dikatakan terletak pada huruf jawi "tho". Tanpa "tho", nama Tuah jadi hanya wah!

Itu kisah panglima Melaka, bagaimana pula kekuatan panglima Bugis?