Rabu, Disember 30, 2009

Menghadapi iklim perniagaan yang lembab


Tiga orang kawan - Rahim, Husni dan Atan - bertemu untuk minum teh tarik. Lama dah tak jumpa. Banyaklah ingin dibualkan.

Duduk saja, Rahim mula menceritakan masaalah perniagaannya.

"Aku teruklah tahun ni. Berniaga tahun ni tak menjadi langsung," rungut Rahim.

"Nak dapat kontrak susah. Dapat payment susah. Akhir-akhir ni, nak dapat kontrak pun susah. Gaji pekerja jalan."

"Itulah kamu. Dah baik-baik ada kerja Vice President, kau pegi ambil VSS," Husni mencelah.

"Yalah mana aku tahu ekonomi macam ini," terang si Rahim.

Atan menghentikan perbualan sebelum jadi panas untuk panggil pelayan untuk order air dan makanan. Dia peka orangnya. Tak suka kawan gaduh-gaduh sesama sendiri. Padahal tak ada benda. Selalunya dia suka melawak untuk memecahkan ketegangan.

Pelayan sampai dan masing-masing air dan makanan.

"Cari makan ni tak boleh salah-salahkan orang," Atan masuk cerita.

"Semua kena usaha dan cari jalan. agak-agak tak menjadi, tukar plan."

"Kau macam mana Atan tahun ni?" tanya Rahim.

"Aku okayyyy.... In fact, this year turn out to be very well for me." Atan jawab.

"Biar betul kau ni. Setahu semua tender kau masuk awal tahun tak berjaya. Kontrak gamen yang kau ada hari tu pun payment susah," Husni mencelah.

Dia tahu Atan ni salesman dan optimis selain seorang suka jenaka.

"Aku dah jumpa jawapan pada semua masaalah ni. Kita kena guna probability dalam berniaga."

"Macam mana tu, Atan?" Rahim bertanya.

Macam biasa dia kaki panik. Tak sabar-sabar.

"Aku kira-kira jadi kontraktor kan. Nak dapat kontrak kira zero probability.

"Rugi aku bikin kontrak. Jadi aku melabur dalam business yang lebih tinggi probability. Tahun ni aku dah untung kat RM200,000."

"Mana bizness? Cakap aku, cakap aku," Rahim naik tak sabar.

"Yalah terangkanlah," Husni ingin tahu. Dia agak skeptik. Pasal setahu dia dah tak ada sektor bizness yang ada daya maju sekarang.

Atan terangkan, "Aku tahu probability kontrak dah zero. Habis modal saja prepare untuk masuk tender. Bizness lain dah tak ada prospek juga. Zero juga probability.

"Jadi walaupun bizness yang aku masuk ni probability dia rendah sangat. Masih lebih tinggi dari zero. Itu yang aku masuk."

"Cakaplah. Buat aku suspens saja," Rahim menggesa.

"Aku masuk 4 nombor ekor," Atan jelaskan.

Ketawa kedua-dua mereka.

"Ketawa-ketawa kau orang. Aku dah dua kali dapat 1st prize. Setakat consolation, selalu. Lagi untung dari berniaga."

---------------------------

Ya tak ya Atan.

Harap ekonomi bertambah baik tahun depan. Sara hidup tidak lagi naik tanpa diiringi kenaikkan gaji. Sebarang model ekonomi baru yang mahu diperkenalkan biarlah mengutamakan rakyat dan bukan pentingkan koparat.

SELAMAT TAHUN BARU 2010.

Selamat buat astronaut Melayu pertama, Dr Muszafar yang sudah umum akan kahwin tahun depan bersamaan tarikh 101010. Harap dia faham makna nombor tu. Ganas .... orang lambat kahwin.

Isnin, Disember 28, 2009

Musa Hasan dan Gani Patail memancing di San Diego


Tan Sri Musa Hasan, Ketua Polis Negara dan Tan Sri Gani Patail, Peguam Negara dijemput untuk mewakili negara dalam satu Persidangan Penguatkuasa Undang-undang Sedunia (World Law Enforcement Conference (WOLEC)) di San Diego California.

Jemputan ini memang satu penghormatan bagi Malaysia. Selain membincangkan isu-isu semasa dalam hal-hal penguatkausa undang-undang, WOLEC juga merupakan usaha untuk mengiratkan kerjasama dan membina rangkaian antara penguatkuasa-penguatkuasa sedunia. Adalah acara-acara lain dari persidangan yang diadakan.

San Diego merupakan bandaraya di Selatan California di mana banyak kapal-kapal santai. Ia terkenal dengan kegiatan sukan mengail (sportfishing). WOLEC aturkan kepada peserta untuk naik bot-bot untuk mengail ke tengah laut (deepsea fishing).

Musa Hasan dan Gani Patail telah diatur untuk memancing dengan Pengarah FBI dan Legal Department dari Washington. Baguslah untuk Malaysia buat jaringan dengan penyiasat-penyiasat hebat.

Kedua Pengarah American ini memang kaki memancing. Sampai-sampai ke tengah mereka tak sabar-sabar dan terus memancing. Tak lama sudah dapat ikan Garoupa, Swordsfish dan Tuna. Semua besar-besar belaka. Sampai setinggi orang.

Musa Hasan puji, "Congratulations. That's a big catch you've got."

Pengarah FBI jawab, "It is quite normal. We only go for the big fish and get them."

Pahamlah Musa Hasan mereka sedang cakap besar.

Dia tak mahu malukan Malaysia dan mula memancing. Bersemangat dia nak dapatkan ikan besar.

Lepas satu jam, dia banyak dapat ikan. Saiz ikan tak setanding ikan yang ditangkap Mat Salleh berdua. Paling besar pun besar ikan siakap Malaysia. Kecewa dia. Harapkan kat Gani Patail.

Cara Gani Patail memancing pelik. Asal nampak sekumpulan ikan besar dalam air, dia akan keluarkan mata kail dari air. Pasal mereka memacing dia tengah laut, ikan besar-besar saja. Tak ada ikan yang ditangkap.

Mat Salleh dua kesian pada GHani dan cadangkan mungkiin dia mahu pindah tempat. Gani minta cari tempat yang dekat sedikit pantai. Sampai satu tempat dia minta berhenti. Cepat-cepat dia pancing. Banyak betul dia dapat tapi ikan kecik-kecik.

Baru Musa Hasan tahu, Gani Patail hanya nak pancing ikan bilis saja.

Sabtu, Disember 26, 2009

Khalid Samad nak jadikan Shah Alam Kotaraya Islam?


Keh Keh Keh ...

Jangan tak baca si BERAder Khalid sini.

Tak Beer! Tak Kuil! Tak Gereja!

Penganut Hindu pun sudah hilang kepercayaan dengan usaha Khalid Samad dan Rodziah Salleh untuk selesaikan masaalah kuil di Shah Alam.

Seksyen 23 tak selesai, Cari pula pasal di Sg Rasau

Sasau ...

Khamis, Disember 24, 2009

Singapura terdesak

Pasti ramai di antara kita merindui zaman Dr Mahathir yang tak pernah kasi muka pada Singapura.

Ini ada satu cerita bagaimana Lee Kuan Yew dikenakan Dr Mahathir semasa kedua-dua mereka Perdana Menteri.

Ada satu masa Lee Kuan Yew dikejutkan oleh bunyi talipon pada pukul 4 pagi. Dia angkat talipon dan dengar Menteri Kesihatannya menalipon.

Cakap omputih skit. Taulah Singapura ni pisang; kuning diluar omputih di dalam.

"Sir, it's the Minister of Health here. Sorry to bother you at this hour but there is an emergency! I've just received word that the Durex factory in Bukit Timah has been burnt to the ground. It is estimated that the entire Singapore supply of condoms will be gone by the end of the week."

Rupanya kilang kondom di Bukit Timah terbakar dan Singapura akan kehabisan kondom. Mereka takut ini akan menyebabkan kenaikkan kadar penduduk.

Lee Kuan Yew terkejut, "What a disaster! The economy will never be able to cope with all those unwanted babies - we'll be ruined! We're going to have to ship some condoms in from abroad..."

Mereka mahu impot segera kondom.

Menteri tersebut bertanya, "Indonesia?"

Lee Kuan Yew tak mahu, "No chance! The tabloids will have a field day on this one!"

Dia tak mahu pasal malu.

Menteri bertanya lagi, "What about Malaysia?"

Lee Kuan Yew agak selesa tapi perangai kiasu tak mahu kalah tidak boleh buang.

"Maybe ... but we don't want them to know that we are stuck. Call their Prime Minister to tell him we need one million condoms; coloured white and red; ten inches long and eight inches thick! That way they'll know how big we really are!"

Tak mahu kalah. Macam Cina Singapura punya jaguh-jaguh.

Kesian Menteri tersebut kena panggil Dr Mahathir. Nasib dia sedia menolong puak-puak kiasu ini yang sedang dalam keadaan terdesak.

Tiga hari kemudian, satu penerbangan sampaikan ke lapangan terbang Changi penuh dengan kotal-kotak. Lee Kuan Yew begitu lega lalu dia sendiri berlari mendapatkan kotak-kotak untuk dibuka segera.

Terdapat dalam kotak kondom-kondom seperti yang dipesan. Panjang 10 inci, lebar 8 inci, dan berwarna merah dan putih.

Lee Kuan Yew sedar pada setiap kondom itu ada tulisan kecil. Diambil cermin mata bacanya. Tertulis:

MADE IN MALAYSIA
SIZE: SMALL
Wow! Hanya Dr Mahathir yang cekap boleh jual Singapura.

Rabu, Disember 23, 2009

Kita menang emas bolasepak kerana KJ


Betul kawan kita atas kata kita menang kerana KJ.

Kalau tidak kerana KJ menyamar sebagai pemain pertahanan Vietnam untuk masukkan gol sendiri, tidak tahu kita samada Malaysia boleh menang emas dalam bolasepak Sukan Sea yang sudah lebih 20 tahun tak merasa.


Patutlah kita hargai jasa KJ di sini.

Disamping itu, patut kita puji KJ atas solekan samaran dan lakunan sebagai Mai Xuan Hop (kanan sekali) yang menangis seolah-olah menyesal ke atas kesilapannya.

Sayang sekali, kebolehan KJ yang dipuji hebat sebagai sungguh cemerlang, gemilang dan terbilang oleh cybertrooper Setiakawan tidak menyamai kebolehan berfikir mereka.

Mereka terus menunjukkan sikap tidak mempedulikan tradisi dan amalan UMNO dengan tindakan melobi, mendapatkan bantuan melobi, dan menaik dengan menjatuhkan mereka yang dipilih PM.

Cara demikian betul-betul sama dengan KJ masukkan gol sendiri.

Pihak yang tidak mahu KJ jadi Menteri akan mengukir senyuman di bibir melihat pengikut gali lubang boss sendiri.

Boleh lakukah jual penganggur terkaya di Malaysia? Wow!

Selasa, Disember 22, 2009

Airasia dipercayai mendapat amaran DCA



SEPANG Dis 22: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dipercayai telah memberi amaran kepada Airasia supaya menghentikan iklan yang tidak memenuhi janji.

Menurut sumber, iklan Airasia menjanjikan tidak mengutip yuran pengurusan tetapi hanya cukai lapangan terbang dipersoalkan ekoran keengganan Airasia membayar yuran perkhidmatan dan cukai lapangan terbang kepada Malaysia Airport Berhad (MAB) dan JPA.

Surat amaran ini dipercayai timbul ekoran ketidak puashati pihak DCA dan MAB kepada Airasia yang sering kali tidak mengikut jadual, 'crowding out' jadual perlepasan waktu pagi, dan isu-isu keselamatan.

Butir mengenai isu-isu keselamatan tidak dijelaskan oleh sumber tapi dipercayai berkaitan dengan amalan pendaratan Airasia yang turun rendah dan sering tidak dapat mengelakkan dari terbabas dari lapangan mendarat.

Pihak tertentu dalam Airasia berkata isu-isu itu telah lama selesai dan menyalahkan pihak pengurusan lapangan terbang kerana kelambatan jadual penerbangan.

Difahami dari sumber MAB bahawa kelambatan di lapangan terbang adalah salah Airasia sendiri yang menggunakan model 'turnaround' yang terlalu singkat.

Semasa ditanya pemberita, Ketua Pengarah DCA, Dato Ir Kok Soo Choon enggan memberi komen mengenai amaran yang dibuat terhadap Airasia.

Namun begitu, dia perakui bahawa DCA memandang serius sebarang iklan tidak beretika yang dibuat oleh syarikat penerbangan awam.

Airasia pernah dipersoalkan beberapa tahun lepas berkenaan iklan tambang promosi RM1 yang dianggap awam sebagai mengelirukan. Menteri Penerangan ketika itu Dato Mohamad Rahmat mendapati airasia tidak membuat sebarang kesalahan.

Dr Ir Koo turut memberitahu DCA prihatin dengan isu terbaru berkenaan keselamatan penerbangan.

Menurutnya DCA sedang mengkaji untuk mengenakan peraturan baru dengan memeriksa sendiri syarikat-syarikat penerbangan awam yang dijadualkan terbang untuk memastikan ada enjin dalam kapalterbang. - Agensi Berita Husin Lempoyang

Isnin, Disember 21, 2009

Pasarkan produk pada Tok Kadi dan Tok Mufti


Suatu hari sedang ana duduk di kedai mamak Ilham, datang Leman, kawan borak membawa beg plastik. Dibuka beg plastik dan keluarkan risalah dan sampel-sampel ubat.

Leman menerangkan khasiat ubat yang dibawa alam menguatkan kembali tenaga orang lelaki. Barang ni datang dari sumber asli, tak ada kimia dan proses pengawitan.

Rashid yang sudah beli sebelum ini mengiyakannya.

Katanya, "Oi bagus beb. Semalam Ahad, tak henti-henti tournament. Lepas sarapan sekali, main first nine. Petang, main second nine. Malam lepas dinner, 18 punya course."

Ali masuk cakap, "Hebat kau, sampai 36 hole kau main golf."

"Takkk ... tak main golf. Tapi lebih dari 36 kali keluarkan bola dari lubang. Nasib baik cuti sekolah. Budak-budak ikut cousin-cousin dia dan tidor rumah adik aku. Kalau tak, malu aku riuh rumah ...

"Beli Ali ...?"

Ali diam berfikir. Sambil bersahaja dia berkata, "Mahal betul ni."

Leman menerangkan, "Alah sebotol baru RM90 saja. Aku kasi kau try lima biji. Mula-mula sehari sekali. Bila badan dah sihat dan segar, dua tiga hari sebiji. Petang Khamis tu baik sebiji."

Ali membalas, "Mahal ... ubat kau ni mahal..."

Leman menerangkan lagi, "Sebotol ada dalam 60 biji. Hanya satu pil dalam RM1.50. Sudah disahkan doktor tiada kesan sampingan."

Ali tetap kata mahal. Dia menerangkan, "Cuba kau fikir. Kalau aku makan ubat dan terus power, dah kena ada gelfren. Berapa punya duit nak maintain. Lama-lama komdian kahwin lagi. Berapa pula belanja.

"Dah kahwin nanti, dah mengandung. Bawak pergi appointment doktor mahu dua ratus ringgit sekali. Beranak mahu lima ribu. Kalau kembar, dah tujuh ribu. Nak hantar tadika, sekolah ... diploma. Nak kumpul duit ke Australia mahu sedia seratus ribu etahun ..."

Rashid mencelah, "Ya Allah ke situ jauhnya kau pergi."

Ali menyambung, "... aku belum habis lagi ni. Dah tu tambah Mertua. Nak cari belanja hantar Mak Mertua pergi haji. Kalau Pak Mertua masih hidup, dah dua orang. Nanti dia orang sakit, dah belanja hospital pula. Setiap kali nak raya, nak hantar duit belanja beli daging. Dua kampung nak maintain. ...

"Leman... Ubat kau ni bukan RM90 aja brader. Banyak belanja."

Leman frust cara Ali berborak membuat dia tak dapat jual minyak pada kwan-kawan lain. Masam muka dia.

Melihat Leman masam, ana cuba nak pulih semangat dia. Ana sedapkan hati dia, "Market barangan kau besar Leman."

Ali sambut, "Betul ... Kau boleh jual pada Tok Kadi, Tok Mufti macam Dato Harussani, Dato Noh Gadot dan Dr Asri. Cendiakawan seperti Prof Mahmud Zuhdi, Prof Naguib Al Attas ... Dr Yusof Qardawi yang baru dianugerah Tokoh Maal Hijrah pun sesuai."

Rashid mencelah pula. Katanya, "Isyyy ... Dia orang dah tua-tua."

Ali terangkan, "Takpa. Nik Aziz dah cakap ulamak-ulamak patut kahwin lagi untuk tunjuk contoh poligami yang baik ..."

Rashid menambah, "Jangan lupa jual pada Haji Hadi. Dia banyak bini.

"Pakai sekali jenama Tok Guru. Pasti orang-orang PAS tak was-was untuk beli."

Jumaat, Disember 18, 2009

Petua buat Bung dari Cacing


Cucu dan Kakak ikut Atok balik kampung masa cuti sekolah. Suka Cucu dapat balik kampung. Mana tidak. Di kampung bebas ke sana sini. Tak macam rumah mereka di bandar yang sentiasa terkongkong dalam gate berkunci.

Kampung ada macam-macam permainan semulajadi. Panjat pokok, main sungai dan macam-macam gitu.

Masuk kebun getah cari kelopak buah getah dan biji getah untuk dijadikan mainan. Dalam kebun kelapa sawit cari serangga kumbang dari celah-celah pokok kelapa sawit. Disimpan dalam kotak seperti binatang peliharaan.

Pelepah batang pisang boleh di iris-iris tepinya dan dibunyi 'letup-letup' jadi macam machine gun. Sementara pelepeh pokok pinang boleh diduduk untuk ditarik ke sana sini.

Macam-macam hiburan mainan budak kampung. Sambil tu tolong Atok dan Nenek pun seronok juga.

Satu hari Atok ajak Cucu pergi mancing di jeti tepi pantai. Di ajak ikut untuk tunjuk cara cari cacing buat umpan. Caranya dicangkul tanah yang lembab-lembab sedikit dan pecah-pecahkan tanah dengan tangan untuk cari cacing dalam tanah.

Melihat cacing keluar dari lubang-lubang, Cucu hairan dan tanya Atok macam mana cacing boleh duduk dalam lubang. Atok terangkan cacing keluar lubang untuk cari makan dan diam dalam tanah bila cuaca panas. Dia tanya Cucu, mana susah. Nak keluar lubang atau masuk lubang.

Cucu jawab senang masuk lubang. Keluar susah.

Atok kata keluar senang. Masuk susah pasal nak masukkan cacing dalam cacing lagi susah dari tarik cacing keluar lubang.

Cucu tak setuju dan nak buktikan pada Atok. Dia masuk rumah dan naik ke bilik Kakak. Dibawa hair spray Kakak ke kebun. Lalu dia sembur seekor cacing dan terus jadi keras. Dengan senang ditolak cacing masuk balik tanah.

Terdiam Atok. Senyum dia lihat kepandaian Cucu menjawab. Zaman moden.

Tapi senyuman Atok juga ada maksud lain.

Esok hari Kakak nak bersiap ikut Nenek pergi ke Majlis Orang Kahwin. Dia puas cari hair spray dia satu rumah. Ditanya adiknya Cucu, dia kata dah letak balik dalam bilik.

Lalu dia tanya nenek kalau nampak.

"Ada, malam tadi Atok bawak masuk bilik. Ada dalam bilik nenek."

Kakak tanya, "Nenek pakai ke?"

"Tak. Atok kau. Tapi dai tak pakai pada rambut."

---------------------------------

Buat Bung Mokhtar yang disahkan YB Mohmad Aziz sebagai sudah sah, kami ucapkan tahniah atas kesediaan menambah kerumitan hidup. Kalau ada hadapi kesusahan dengan Zizie, hair spray adalah petua dari Husin.

Khamis, Disember 17, 2009

Siapa bela Bapa Tinggal?


Ana pergi mendengar Seminar mengenai "1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" pada hari minggu lepas.

Baru faham maksud "Pencapaian Diutamakan". Pencapaian yang dimaksudkan sebagai berkaitan dengan rakyat didahulukan melibatkan enam teras NKRA. Teras ini dipertanggungjawabkan pada Menteri-Menteri tertentu seperti berikut:

1. Mengurangkan kadar jenayah pada Menteri Dalam Negeri, Dato Hishamuddin Hussein Onn,
2. Memerangi rasuah pada Menteri JPM, Dato Nazri Aziz,
3. Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan pada Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin;
4. Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pada Menteri Kebanjikan, Pembagunan Wanita dan Keluarga, Dato Shahrizat Jalil;
5. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman pada Menteri Luar bandar, Dato Shafie Apdal; dan
6. Menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana pada Menteri Pengangkutan, Dato Ong Tee Keat.
Besok prestasi NKRA akan disiarkan kepada orang ramai.

Seorang kenalan semasa Seminar berkata, "Bagus menolong rakyat berpendatan rendah, termasuk anak-anak yatim dan ibu tunggal."

Ini tanggungjawab Shahrizat. Komennya, "Ibu Tunggal terbela. Macam mana pula kita Bapa Tinggal?"

Ana ingat maksudnya Bapa Tunggal. Tapi tanya untuk dapatkan penjelasan.

"Macam saya ini yang terpaksa tinggal kaum keluarga untuk berniaga di bandar bagi menyara hidup anak isteri di kampung."

Ohhh ... ini macam senasib dengan Bung Mokhtar yang kena meninggalkan anak isteri di Kinabatangan.

Kurang-kurang Bung ada ura-ura bergomol dengan Zizie. Bapa Tinggal tu bolehlah Shahrizat selesaikan masaalah dengan diperkenalkan dengan Ibu Tunggal saja. Boleh naikkan prestasi NKRA.

Yang nak memerangi rasuah tapi ambil hasil keringat 4,000 pemandu teksi, macam mana nak naikkan prestasi? Hasil keringat yang diambil adalah seperti si Bapa Tinggal yang bekerja keras untuk dapatkan sehari RM40-50 saja tapi bayar syarikat teksi RM50 sehari.

Wow! Orang sebat keringat hasil orang susah patut dijual.

Isnin, Disember 14, 2009

Yes ... We Love You To Bicara


Hai Pak Ji .... sokong cukuplah. Talyah love love .... Baca sini.

Ante mahu bicara mahkamah syariah dan mahkamah sivil tapi Brader Anwar tak mahu dibicara langsung.
Takpa Ante mahu bicara mulalah. Ana sokong.
Kesan takda tapi DNA ada. Saksi ada. CCTV ada. macam-macam ada.
Ana menunggu 25 Januari dengan penuh berdebar ... hehehe.

Ahad, Disember 13, 2009

Banjir bukan malapetaka di Malaysia


Bulan dua belas memang boleh layak dipanggil sebagai bulan banjir kerana bulan itu adalah bulan musim hujan monsoon. Kita di Malaysia yang aman dan tiada susah, banjir yang satu malapetaka di negara lain bukan malapetaka.

Di negara lain, nyawa terkorban disebabkan banjir. Korban kerana banjir di Malaysia hanya sebab anak-anak dibiar bermain air hingga tidak terkawal. Di bawa hanyut air matilah bagi yang tidak tahu berenang. Bukan pasal banjir tapi pasal leka mak bapak.

Banjir itu kadang-kadang macam pesta. Orang Kelantan di Kuala Lumpur sanggup balik ke kampung bila mula banjir. Banjir itu satu pesta untuk bermain air, mandi manda dan main perahu. Hari pertama air naik, mereka tak mandi. Air kotor. Masuk hari kedua dan ketiga, air dah bersih untuk berpesta.

Jangan anggap pula mereka yang kena pindah keluar dari rumah masing-masing satu bala. Bukan kesusahan pun. Susah sikit cuma nak cuci rumah sehabis banjir. Jarang berlaku banjir yang menenggelamkan rumah. Ditempat pemindahan macam-macam bantuan makanan, baju dan barang keperluan sampai dari kerajaan dan derma.

Bandingkan susah dan lamanya nak dapat kelulusan sebarang bantuan kerajaan untuk biasiswa, baja, kebajikan, dll, banjir sebenarnya satu rahmat. Kita patut doa supaya kawasan kita banjir.

Mana tidak? Semua bantuan dapat tanpa dipohon dan tunggu birokrasi. Malah kita patut doa dapatkan banjir. NRKA atau KPI Shahrizat dan lain-lain yang terlibat dalam perkara utama Rakyat diutamakan, Pencapaian didahulukan dah buat kerja baik.

Asalkan bukan Nik Aziz doakan tolak banjir. Takut apa pula yang jatuh. Jangan-jangan tuhan kasi betul-betul banjir.

Maaf jika terlanjur kata. Yang baik dari Allah, yang tak baik dari DAP, PKR, dan PAS.... hehehehe bukan saya ye.

Wow! Jual jangan tak jual.

Khamis, Disember 10, 2009

Kenapa pihak Thailand sedia bina Jambatan Persahabatan dengan Malaysia?


Semalam kita sudah bina sebuah jambatan dengan Siam yang dibina Jambatan Persahabatan. Dengan terbina jambatan ini, bertambah rapat kerjasama antara Siam khususnya rakan serumpun kita dengan Malaysa.

Kita sedia tahu pihak Thai satu masa dahulu agak kurang senang untuk buat kerjasama sedemikian dengan Malaysia sebab isu keselamatan di Selatan. Sebabnya mereka sedar lebih banyak manafaat berbaik dengan Malaysia dari berbaik dengan Singapura.

Kehadhiran Singapura di Selatan Siam banyak membuat sialan. Mereka adalah batu api yang mengkucar kacirkan kawasan itu dan dalang kepada satu kerja jahat. Mereka tak ambil iktibar dari perangai kiasu orang Singapura yang suka memperkecil-kecilkan orang lain.

Kerajaan Thai patut sudah sedar dari dahulu kerana ada satu peristiwa berlaku semasa Makan Malam antara PM Singapura dulu, Lee Kuan Yew dengan Raja Siam dalam satu lawatan rasmi Lee Kuan Yew ke Thailand.

Masa Makan Malamn itu, hidangan pertama adalah udang. Selepas makan udang, Lee Kuan Yew bertanya pada Raja Siam apa orang Thai buat dengan kulit udang lepas dimakan?

Raja Siam jawab, "Kami tak buat apa-apa. Kami buang saja."

Lee Kuan Yew nak tunjuk pandai dan terbiasa suka menjatuhkan orang menerangkan, "Ooo ... kat Singapore, kami recycle kulit udang jadi keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand."

Baiklah, lepas mereka makan limau pula. Lee Kuan Yew tanya lagi, "Lepas makan limau, apa orang Thai buat dengan kulit limau?"

Raja Siam jawab yang sama, "Kami tak buat apa, kami buang aje."

Lee Kuan Yew sekali lagi memberitahu, "Ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik jus limau. Lepas tu kami eksport ke Thailand."

Kemudian tu pelayan membawa keluar chewing gum.

Bagai dijangka, Lee Kuan Yew bertanya soalan sama, "Apa orang Thai buat dengan chewing gum yang dah dimakan??"

Dia menjawab, "Kami tak buat apa, kami buang aje.

Lee Kuan Yew kata sama lagi, "Ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadi kondom. Lepas tu kami eksport ke Thailand."

Setelah berkali-kali Lee Kuan Yew menunjukan kiasunya suka menjatuh-jatuhkan Thailand, ini bola tanggung yang ditunggu oleh Raja Thai.

Raja Thai nak kenakan dia balik. Lalu ditanya, "Apa orang Singapura buat dengan kondom selepas digunakan?"

Lee Kuan Yew jawab, "Kami tak buat apa. Kami buang aje."

Raja Siam jawab, "Ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadi chewing gum. Lepas tu kami eksport ke Singapore."

Terus merah padam muka Lee Kuan Yew macam sotong bakar. Itu yang chewing gum di ban di Singapura. Raja Thai memperjuangkan pembangunan sektor pertanian Thailand.

Kita pula leka juga sampai ada "idea saya" oleh Sadiq Sigaraga. Baik tutup Iskandar Malaysia. Nanti kita-kita semua kena jual macam Sadiq Sigaraga.


* Jenaka dari cik mek molek ni

Rabu, Disember 09, 2009

Johnny "Nazri" English kembali


Siapa akan terjual akhirnya?

Kalau siap ingat, gambar ini adalah gambar pertama yang mulakan konsep poster wayang sebagai poster satira politik. Gambar ini dilukis sebagai mengkritik Nazri yang pedas sekali mulutnya.

Gambar pertama ini keluar di MyKMU. Pelukisnya adalah ... takpa ambo tokse ghoyak. Sampai tiga pagi nak buat poster satira wayang pertama.

Ide ini yang kemudian disambut oleh seorang lagi orang Kelantan, Pengarah Filem dan Penyarah filem, Shieh Azidi. Dia lukiskan pelbagai poster wayang-wayang.

Sebab poster, kononnya nyawa Shieh pertama kali terancam. Ada pihak-pihak nak mengancamnya. Dia menghilang dan tidak boleh dihubungi.

Tiba-tiba Shieh kembali dan muncul blog Kickdefella.

Rocky dan Jeff Ooi disaman NST dan kuncu-kuncu Sadiq Sigaraga. Blog Kickdefella dan Susan Loone menjadi blog tumpuan Bloggers United, satu gerakan tanpa mengira parti politik, bangsa dan macam-macam untuk menentang kebebasan bersuara.

Blog-blog menjadi satu gerakan rakyat dan menyumbang menggulingkan kerajaan Sadiq Sigaraga.

Kali ini, Johnny English buat perangai lagi. Adakah ini semua akan berulang kembali?

Mungkin tidak. Johnny English yang dulu banyak poster kutuk dia kini disayangi pembangkang.

Apa cerita kebebasan bersuara apabila Zaid Ibrahim yang sama 'menyokong' gerakan menuntut kebebasan bersuara menyaman salah seorang suara kuat Blogger United, Dato A Kadir Jasin atas perkara remeh.

Zaid serupa seorang anak manja yang gaduh dengan kanak-kanak lain di taman permainan kanak-kanak. Dia kena sepuk dan balas balik tapi tak puashati kerana tak dapat sokongan dan perhatian kanak-kanak lain. Lalu boy Zaid lari ke mak dia@mahkamah.

Selain Zaid, DAP yang sokong Blogger United pula mengamalkan sikap anti kebebasan akhbar dengan melarang Utusan Malaysia hadhir di press conference kerajaan Pulau Pinang. Mereka buat alasan tapi hakikatnya mereka tahan kebebasan Utusan untuk laporkan mengikut kebebasan mereka menginterpretasi berita.

Theresa Kok dan Ronnie Liu, dua-dua adalah blogger, suka sekali mencari pasal dan mahu saman blogger serta membuat laporan terhadap blogger.

DAP juga anti kebebasan bersuara kerana Speker DAP di Selangor dan Pulau Pinang mudah sekali menggantung mana-mana ADUN yang membuat kenyataan yang mendedahkan keaiban dan menyakitkan hati mereka.

Brader Anwar Bin Ibrahim pula tak henti saman akhbar dan sesiapa saja buat kenyataan mengenainya. Dia larang Utusan dan Agendadaily dalam press conference PKR. Apa namanya kebebasan bersaura apabila hanya mahu soalan yang dia suka.

Bila ambil pendirian, selalu tidak konsisten dan asyik putarbelit untuk justifikasi alasannnya. Ini adalah penyalahgunaan pengaruh.

Nampaknya Pakatan Rakyat sudah macam kerajaan Sadiq Sigaraga. Kerajaan Sepakraga pun tidak boleh ditegur dan tidak boleh dilarang pula.

Hmmm ... lepas jual orang sana sini, tak lama lagi Sadiq Sepakraga pula yang terjual. Siapa pula menantu?

Selasa, Disember 08, 2009

Salah tuduh macam perempuan jaga tandas


Kawan ana pergi The Mall. Bila dia mahu dengar gosip politik terbaru, situlah tempatnya.

Tengah sedap borak, dia rasa macam nak sakit perut. Lalu dia pergi ke tandas. Bayarlah 25 sen di pintu bilik air kat perempuan penjaga pasal nak buang air besar. Bila dudok pula, tak pula nak buang air. Dia keluar dan minta balik duit pasal tak jadi. Perempuan tu mahu bayar balik. Dia kata kawan ana bohong.

Kawan tu rasa rugi. Macam mana nak buktikan pada dia?

Ana tergelak seorang diri.

Ini sama cerita macam DAP tuduh SPRM bunuh Teoh Beng Hock. SPRM perlukan Beng Hock hidup. Buat apa bunuh dia? Beng Hock pun sedia bekerjasama.

Jadi sapa yang main tuduh SPRM bunuh Beng Hock tanpa ada bukti kukuh sama seperti perempuan tepi tandas tuduh kawan ana yang minta duit balik pasal tak buang air besar.

Apa yang dijumpa pada autopsy kedua yang ada pakat British sama periksa kembali Dr Porntip? Diam saja Gobind Singh...

Dalam kes Altantunya pun begitu juga. Cerita macam-macam. Kata ini dan itu mencurigakan tapi bukti tiada. Tak percaya macam-macam dikata. Bukti masih tak timbul-timbul. Hanya asyik diwayangkan 'akan keluar, akan keluar'. Bila temuramah Bala keluar, ingat ada cerita. Banyak pula percanggahan dalam kenyataan. Orang tarik SD mana kata-kata diterima mahkamah.

Apa pula tak tahu nak tolak terus cerita kawan-kawan. Nanti kecil hati. Satu lagi tak mahu pula mereka berhenti cerita.

Ana hanya tergelak seorang diri saja dan tak boleh cerita siapa-siapa.

Nanti mereka kata ana pula macam perempuan jaga tandas tuduh orang bohong.

Dengar-dengar khabar mereka yang mengatur konspirasi pun akan jual sesama mereka? Sama-sama kita lihat nanti, siapa jual siapa.

Dunia ... dunia ... Lagi untung jual orang dari jual unta. Hehehe ... Wow!

Sabtu, Disember 05, 2009

Beza lelaki yang hensem dengan tak hensem


Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: Woow, cool giler...
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: Eh perasan bagus...

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: Memang.... muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: Wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: Entah2 kawan dia...

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: Sepadan sangat...
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: Mesti kena bomoh perempuan tuh!


Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: Jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: ...(diam aja tak mengundang)...

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: Perasaannya halus ... Penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: Sesama keluarga memang harus menyayangi...

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: Matching ... hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: Bang, bosnya mana?...

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: Pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: Tak sanggup melihat hasilnya ya?...


Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: Ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: Naluri pembantu, memang begitu....

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: Let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: Kuat nangis!! Lelaki ke bukan ni?

Kalau lelaki handsome alim kucing ada skandal
Perempuan akan cakap apa pulak?

Jeng jeng jeng ...

Jumaat, Disember 04, 2009

Bila saya besar nanti


Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".

"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel".

"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".

Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...".

---------------------------

Membesar keluarga pun satu cita-cita baik. Asal besar jangan jadi macam Husin cukuplah. Saudagar unta yang juga Bullshidul Am.

Nanti blog ana tak boleh cari makan. Persaingan ...

Rabu, Disember 02, 2009

Palamuniandy pergi cuti


Palamuniandy dan isteri bernama Bhavana adalah satu orang pasangan tua India pergi cuti-cuti ke Phuket Siam. Kedua mereka pergi melawat macam-macam tempat waktu siang. Setelah sehari suntuk bersiar-siar, lepas makan malam, mereka balik ke bilik hotel untuk rehat. Sekejap saja tengok TV dah laluk.

Cuma Palamuniandy masaalah tidor cepat sangat. Maklum orang tua tidak tidor banyak. Tengah malam dia sudah terjaga tak boleh tidor.

Lalu dia pun keluar nak tengok aktiviti malam. Dah tengok-tengok dia teringin pula lalu masuk untuk tanya-tanya. Bhavana sudah tua. Yang dilihat muda-muda belaka.

Pasal dah pencen duit tak berapa banyak. Dia ada bujet untuk RM20 saja. Di Siam itu senang cakap lebih kurang 200 baht. Cukup tu.

Palamuniandy pergi satu tempat rumuh urut. Suka kat satu yang baju biru muda dan nampak macam darah campur-campur. Ditanya, "RM20 boleh tak?"

"Tak mau. Murah sangat."

Dia cuba tengok-tengok kedai sebelah pula. Minat yang baju oren kulit gelap. Tanya lagi, "RM20 okay?"

"Noooo ...," taukeh situ tolak lagi.

Satu-satu tempat Palamuniandy pergi cuba. Beberapa malam dia macam begini. Ada baju putih merah kulit kekuningan, ada baju hijau muka tutup dengan veil, dan macam-macam. Baru dia sedar betapa baik, setia dan boleh harap Bhavana walaupun ada sedikit kekurangan sana sini. Boleh dibaiki.

Sebelum nak balik ke Malaysia, Palamuniandy ajak isteri makan sedap kali terakhir. Duit baht bernilai RM20 nak dihabiskan. Bhavana memakai baju biru tua.

Tengah makan dia masuk ke bilik air terjumpa salah satu tauke kedai rumah urut yang dia lawati. Dia menyindir, "Wah itu awak punya RM20. Sudah dapat lah tu ..."

Malu siol Palamuniandy. Celaka aku kena sindir kata hatinya sambil ketawa pada kesilapan dirinya. Kalau tidak pasal kulitnya gelap, boleh nampak mukanya merah blushing.

Rasmi India, jawab tetap jawab, "Baik atau buruk, yang RM20 pakai sari biru tua sentiasa boleh diharapkan. Dulu, kini dan selamanya."

---------------------------

Ehhh ... ana cerita apa ini?

Pasal Palamuniandy atau politik. Palamuniandy .... para..mundi..andy .... para..pengundi..indy .... para pengundi india.

Para pengundi india sudah kena auta. Sudah masa mereka kembali pada Bhavana ... Ba..na ... Barisan Nasional.

Tahun depan Samy rasanya akan pencen. Sekarang dia hanya bantu kuatkan MIC untuk mula dan sedia berubah. Sekarang MIC paling stable, tara isu. Banyak orang muda pegang jawatan. Setiausaha Murugesu muda. Ketua Penerangan Kamalanathan muda.

RM20 boleh dapat orang muda. Bhavana yang untung. Hehehe ...

Selasa, Disember 01, 2009

Pendekar baru lulus


AL kisahnya ada seorang anak pemuda yang baru tamat belajar silat dan bertapa dari sebuah gunong selama 5 tahun. Turunnya dari gunung, pemuda ini pergi kesebuah kampung berhampiran untuk mencari cari pasal handak test power.

Di badan dibuat tatoo pada bahunya tertulis "PANTANG MUNDUR". Dia masuk kampung itu berjalan gaya angkuh dengan memakai baju singlet untuk menampakkan tatoo itu.

Sekumpulan orang kampung sedar kedatangannya dan benci melihat lagaknya. Lalu dia dipukul beramai-ramai. Pemuda itu cedera parah di keroyok ramai-ramai.

Dia pun lari sambil memberi amaran dengan marahnya, "Awas kamu ... Esok aku kembali ... nahaslah kamu ..."

Orang kampung menjadi takut dan tertunggu menunggu saja nasib yang bakal menimpa. Mereka baru sedar anak muda itu adalah orang pengajian gunong.

Keesokkannya, semua penduduk kampung telah bersedia dgn parang, penyapu, kapak, cangkul, pisau, dan keris menunggu pemuda itu.

Tidak lama kemudian, pemuda itu datang seperti kelmarin hanya seorang diri.

Dengan gaya bangga dan angkuh, dia menunjukkan tatoo di bahunya yang berbunyi "PANTANG MUNDUR KECUALI DI KEROYOK."

--------------------------

Itulah yang penting bila nak jadi pejuang dan pemimpin.

Kalau pandai sekolah handal, bijak pitah bercakap, dan meyakinkan untuk menang jawatan itu tidak bermakna sudah pemimpin. Kena berani berhadapan musuh.

Bila pengikut bawah kena gertak, sudah mintak maaf, mengundur dan berani dan cabar mencabar hanya sesama kita, apa punya pemimpin apa itu. Tak boleh jadi Menteri tu.

Tengok Dato Noh Omar sinii. Tak kira broken English. Tak belajar Oxford. Bukan pemidato hebat, tapi boleh bercakap dan bersyarah. Dia berani. Itu boleh jadi pemimpin. Mana tau MB Selangor lepas ini.

Cuma Tok, awat ada menyerah sebelum bertarung. Kasi dia pakai tatoo "PANTANG MUNDUR KECUALI DI KEROYOK." Tapi tak usah risau Tok, dia pengikut pada pemimpin yang pengikut lain cepat mintak maaf.