Jumaat, Julai 31, 2009

Khasiat telor setengah masak sama kicap dan lada sula


Entah macam mana, KJ ada pergi appointment di Hotel Grand Season Kuala Lumpur. Di sana dia terserempak Dato Ibrahim Ali, Presiden Perkasa yang sedia berentap dengan GMI. Mereka bersapa dan berbual-bual kosong.

KJ berkongsi masaalah anaknya Jibrael. Psttt psttt ... punai Jibrael kecil, Dato. Ish kamu ni, sahut Brahim Ali. Masih kecik budak tu. Mestilah kecil. Brahim Ali cadangkan ke satu klinik di Sentul. Dia pernah bawa anak saudara ke situ.

Esoknya KJ dan Nori bawalah Jibrael ke klinik tersebut. Nori teringat klinik ini pernah dicadangkan untuk bawa baba untuk rawat masaalah tidor tapi tak ada masa nak pergi. Doktor memang hebat dalam merawat penyakit anih-anih.

Masuk-masuk mereka terangkan masaalah kepada doktor. Jawab doktor senang saja. Tiap-tiap pagi makan telor setengah masak dan taruk sikit saja kicap dan lada sula.

Keesokkan Jibrael bangun dan nak sarapan. Dia nampak ada 10 biji telor setengah masak. Dia tanya, "Mama banyaknya ael nak kena makan telor?"

Nori jawab, "Tak sayang. Banyak-banyak tu untuk daddy. Jibrael makan satu dua biji saja."

Itu mesti amalan Ibrahim Ali gut. Pasal KJ belajar makan half boil egg di Oxford tak taruk kicap, cuma salt and pepper.

Masa dulu nampak macam berani. Pasal ada baba. Dah tak ada, ini sebenarnya. Tak apa makan telor banyak-banyak. Tambahkan kolesterol.

Kalau Pemuda UMNO ada makan telor setengah masak, buang baju Pemuda tu dan turun pagi-pagi besok kumpul ramai-ramai di Pasar Seni. Bawak IC sekali, senang bila kena tangkap polis.

Ada berani??? Tak berani, jangan ngaku berjuang dan bela alif ba ta. Belajar ambil rasuah sajalah dari sorang tu.

Mahaguru Omar Din pun dah tak kasi anak silat demo. Kena makan telor lah juga. Tapi untuk dia, nak kuatkan kaki.

Rabu, Julai 29, 2009

Kenapa namanya Lim Kit Siang?


Sebagai ahli pembangkang yang lama, Lim memang pandai mengungkit isu-isu. Dia sangat cekap menjawab balik apabila dia tersalah ungkit.

Selalunya dia siang-siang lagi akan mengagak jawapan kepada isu-isu yang ditimbulkan dan sedia dengan serang balik. LIM ungKIT SIANG-siang. Jadilah namanya Lim Kit Siang.

Masa dia tak ada di Parlimen, tak seronok pulak. Lecehnya, dia kini ada di Parlimen dengan Seniman Agung, Brader Anwar Bin Ibrahim. Tak lama lagi, tinggal dia dengan Karpal semula.

Selasa, Julai 28, 2009

Anak Omak takut?


Kecian ... ceba calah ya. Kalau nak jadi pemimpin, tak boleh ceba calah.

Jangan lupa mintak baba ingatkan Tok Said Hamdan jangan kacau. Cucah nanti. Kita dah cetuju adakan Curuhanjaya Diraja.

Isnin, Julai 27, 2009

Bahasa Melayu Bahasa Antarabangsa 4


Shima, Lina dan Su, tiga pelajar Malaysia di UK berjalan-jalan ke bahagian benua Eropah semasa musim panas. Sampailah mereka ke Amsterdam.

Mereka berjalan-jalan dan berlegar-legar di sebuah pusat coklat. Orang Eropah memang pandai membuat coklat. Bermacam rasa, rupa reka, campuran dan macam-macam kepelbagaian.

Macam tikus jatuh ke tepong melihat gelagat tiga gadis Melayu ini. Taulah wanita dan manisan.

"Eh ... tengok tu best nya." "Itu mesti sedap." "I minat yang itu." "I nak yang ini! I nak yang ini!"

Kesukaan mereka. Adakala macam jakun masuk ke bandar.



Bila masing-masing kira duit dalam tangan dan bujet pengembaraan mereka, tak mampu. Dikira pula harga yang dalam matawang Euro dan terjemah ke duit Malaysia, lagi tak terdaya nak makan coklat yang mahal-mahal.

Lalu mereka keluar dan berjalan-jalan pula ke farmer's market. Tiba-tiba mereka terjumpa gerai coklat. Coklat yang mereka lihat di pusat coklat tadi ada pula. Oleh kerana barangan ini homemade, harganya lebih murah.

Coklat di gerai itu dijual secara terbuka. Masing-masing memandang coklat macam harimau nak telan anak kambing. Shima dah tak tahan hendak dipegang coklat itu. Rasa macam lembik-lembik.

Tiba-tiba penjaga gerai, seorang wanita separuh umur berbangsa Eropah berambut perang menegur mereka.

"Enggak boleh dipicit-picit. Kalau udah teringin, belik saja ..."

Tercengang ketiga-tiga mereka ditegur oleh wanita belanda itu dalam bahasa Indonesia.

"Maaf maaf bu' ...," Lina dapat mengeluarkan respons.

"Kami tadi pergi ke pusat coklat dan teringin benar. Tapi harganya enggak mampu." Tak malu Su bercakap sedemikian.

Wanita belanda itu memahami naluri wanita dan anak Asia yang enggak kemampuan.

"Ambil rasa yang ini." Lalu diberi seorang satu.

Macam berada di syurga ketiga-tiga gadis ini dapat melepaskan gian makan coklat.

Bukan saja itu, wanita itu menawarkan harga yang lebih baik kepada gadis-gadis ini. Masing-masing tahu malu juga. Mereka hanya membeli sorang satu untuk beberapa jenis coklat sahaja. Tahu juga malu dengan budi bahsa orang.

Orang Belanda sedia menggunakan bahasa Indon di Belanda. Bahasa serumpun pun sudah antarabangsa.

Sabtu, Julai 25, 2009

Bahasa Melayu Bahasa Antarabangsa 3


Tiga orang pelajar Malaysia - Latif, Amir dan Kamal - yang belajar di Liverpool datang ke London. Biasalah belajar di England. Asal cuti atau bosan, merela jalan-jalan ke London. Mereka ni baru datang ke UK.

Inilah kali pertama mereka sampai ke London. Tak boleh elakkan perangai macam pelancong. Tak henti-henti ambil gambar. Tak henti-henti tengok pemandangan kota London. Tak henti tunjuk sana tunjuk sini. Maklumlah pengalaman baru.

Dah petang, mereka pun mula fikir mana tempat tidor. Nak fikirkan kawan mana mereka nak bunking. Dengan duit biasiswa, mana cukup untuk duduk hotel. Mereka kenalah tidor rumah kawan. Janji bawa grocery sendiri. Tak kacau bujet kawan tu pula.

Bincang punya bincang, mereka setuju nak pergi ke rumah kawan si Amir dari masa hostel. Rumah dia jauh skit dari Central London. Arahan kawan Amir adalah turun di Northwood. Tempatnya jauh lepas dari Wembley di Metropolitan Line.

Naiklah mereka Underground Tube. Masing ada one-week pass. Tak risau sangat pasal harga. Dalam train mereka bersembang. Dah lepas saja Wembley kereta mula agak lengang. Tinggal ada seorang ole English gentleman duduk dekat kerusi mereka.

Tiba-tiba Latif baru sedar, Northwood ada dua station - Northwood atau Nothwood Hills. Tanya Amir dia tak tahu mana satu. Kamal pula tanya-tanyakan apa alamat sebenar. Agak panic mereka. Mulalah salah menyalah sesama sendiri.

Melihat keadaan mereka yang agak cemas, English gentlemen menawarkan bantuan, "Where are you lads going to?"

Amir pun menjawab, "We are from Malaysia and this is our first time here. I am trying to go to a friend's place. He instructed us to get off at Northwood Station. There seemed to be two Northwoods. This is his address."

Dihulurkan kertas yang tertulis alamat kawan asramanya.

"Oh ... Mengikut alamat ini, jauh nak poirgi rumah kawan kau. Baik turun di Northwood Hills. Ada bas nombor 367 yang bawak terus ke alamat ini."

Jawab Old English Gentleman dalam bahasa Melayu yang sedikit saja telo British. Terkejut beruk mereka bertiga mendengar orang putih ni bercakap dalam bahasa Melayu. Nasib baik dia tak mengata bukan-bukan.

Latif tanya, "Tuan boleh cakap Melayu?"

"Dulu korjo di Melaya selopas Perang Dunia Kedunia. Pulang lopas Malaya Merdeka."

Kamal buat sibuk pulak nak tanya pasal kerja apa dilakukan di Malaya.

"Den D.O. kopilah," sambil dia berdiri untuk turun di station North Harrow.

Ketiga-tiga mereka lagi tercengang. Bukan saja dia tahu cakap Melayu. Dia boleh loghat Nogori, loghat pendita Zaaba.

"Jago-jago. Dua stesyen lagi dah sampai tompek ekau," dia mengingatkan.

Zaaba dah nampak lama dah. Masa nak tubuh ada satu pertubuhan pada tahun 1946, dia suruh selit istilah kebangsaan. Melayu mesti Nasional. Jadi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

Dia tahu satu hari Melayu akan jadi Internasional pula. Bahsa melayu punya hebat, omputih pun kecek Nogori.

Jumaat, Julai 24, 2009

Bahasa Melayu Bahasa Antarabangsa 2


Razman dan Dato Rahim keluar dari kapalterbang untuk melegakan badan semasa kapalterbang mereka transit di Geneva. Berapa jam dalam kapalterbang. Badan Dato Rahim lenguh-lenguh dan sakit-sakit. Ini yang dia menyampah pergi overseas. Sampai seronak. Nak sampaikan tu yang penat.

Mereka berjalan-jalan di kawasan duty free airport sambil bersembang-sembang cakap Melayu. Dato Rahim ajak Razman duduk di lounge bar untuk membeli minuman. Waktu dalam pukul 10 pagi. Tak ramai sangat orang. Hanya seorang wanita orang putih berambut gelap di satu sudut.

Ada dalam setengah jam lagi nak dibuang. Masing-masing bersembang dan berjenaka. Ketawa terbahak-bahak. Keadaan bar yang sunyi riuh dengan suara mereka bersembang dalam bahasa Melayu.

Wanita orang putih asyik menoleh saja. Dato Rahim beritahu Razman wanita itu asyik memandang dia saja. Razman memang tampan, segak dan hensem orangnya. Memang betul pun. Wanita ini nampak sangat mengesut-ngesut berpindah tempat duduk seolah-olah untuk mendekati mereka.

Razman hairan. Wanita ini macam nak mendengar perbualan mereka. Lalu dia halakan pandangan ke arah wanita berskirt hitam dan susuk badan yang agak menarik. Wanita itu pun terpandang juga dan bertentang mata mereka. Masing melemparkan sedikit senyuman.

Apa lagi Razman dah dapat cue. Dia pun bangun buat-buat pergi ke bilek air. Jalan ke bilik air melalui tempat duduk wanita itu. Macam lalu pantry MACC. Apabila dia keluar dari bilek air, dia bertentang mata dengan wanita itu sekali lagi.

Memang cantik, kata Razman dalam hati. Sudah ada opening. Dia pun pergi ke arah perempuan dan memulakan perbualan. Dia bertanya, "Hello how are you?"

Wanita itu menjawab dalam bahasa Inggeris yang bertelo Eropah. "I am fine."

Bila dia menjawab, Razman pun tebar sedikit jaring, "I am on transit here in Geneva."

"Oh ... I am waiting for my flight to London."

"We are having a drink there. Would you like to join us?"

"Why, thank you. I would love to. I am Francoise. You are?" Dia bertanya sambil bangun dari kerusinya untuk ikut Razman ke kerusi bersama Dato Rahim.

"I am Razman."

Sampai ke kerusi Razman memperkenalkan Dato Rahim. "May I introduce you Dato Rahim. Dato this is Francoise."

Apabila dia duduk saja, Francoise bertanya, "Are you from Malaysia?"

"Yes yes ..." Dato Rahim menjawab.

"Saya dengar dari jauh macam orang bercakap Melayu. Itu yang saya cuba dekat sedikit untuk dengar betul-betul."

Tiba-tiba perkataan Melayu terkeluar dari mulut Francoise.

"Oh ... awak tahu cakap Melayu. Tak sangka," balas Razman.

"Saya dahulu duduk di Malaysia. Sekarang saya sudah balik ke Switzerland," beritahu Francoise.

Suka Razman mendengar orang putih ni sudah biasa dengan Malaysia. Dato Rahim bertanya, "Kerja di Malaysia?"

"Tidak tidak, saya berkahwin. Kami sudah bercerai. Saya ini janda Dato Nazri ..."

Lagi senyum dan berdebar-debar hati Razman bila dia mengaku janda. Memang ada can aku.

Francoise bertanya, "Dato dan Encik Razman mahu ke mana?"

Cepat-cepat Razman jawab. "Tak payahlah panggil saya Encik. Razman cukup. Dato hendak ke New York. Saya pun hendak ke London. Mungkin kita boleh jumpa di sana."

"Boleh boleh ... Saya pun takut travel seorang diri," Francoise menjawab.

Itu yang mahu didengarinya. Memang menjadi.

Bersembanglah mereka hingga berpisah. Francoise dan Razman bertukar-tukar nombor handphone GSM.

Dalam perjalanan balik ke kapalterbang. Dato Rahim memberi komen, "Terus tukar travel plan kamu, Razman ..."

"Kesian janda orang Melayu di London sorang sorang ... Kenalah tolong tengok-tengok."

Melayu sudah internasional cita rasa. Bahasa Melayu pun ikut internasional. Suka A Samad Said. Tak payah dah nak bersajak-sajak lagi. Sudah ada martabat bahasa Melayu.

Khamis, Julai 23, 2009

Bahasa Melayu Bahasa Antarabangsa 1


Leman pemandu teksi veteran. Dia tak main ambik pemandu dari stesyen keretapi dan hantar balik rumah. Dia hanya main hotel dan kawasan pelancong suka pergi.

Penumpang pelancong pun dia memilih. Arab dia tak main. Cerewet dan berkira. Cuma Mat Salleh. Mat Salleh yang pakai serebeh, bawak haversack dan macam seminggu tak mandi pun dia tak angkat.

Satu hari dia dapat satu penumpang couple Mat Salleh dari England. Dua-dua badan besar dan jantannya badan berbulu. Dia ambik mereka pasal mereka kelihatan agak kemas, sopan dan kebingungan.

Mereka masuk teksinya dan beritahu arah tuju ke Hotel Pan Pac di Airport. Ini kira bagus kerana dia boleh berdalih untuk dapat tambang lebih. Dia pun bertawar menawar dan orang putih ini pun setuju. Bukan mahal sangat pun untuk mereka. Dalm sterling paun kira sap sap swai.

Mula kereta berjalan Leman bertanya, "Where are you from and why are you staying at Sepang Airport?"

Isteri omputih menjawab, "Oh we are from England and just stopping over in KL on the way to Sydney. He have a few hours to just look around KL. It has changed much."

Tiba-tiba Rahim seorang lagi pemandu teksi taliponnya. Leman pun angkat. Rahim bertanya dimana Leman nak berehat makan tengahhari.

Leman menjawab, "Entahlah aku kena ke Sepang. Nak hantar beruk2 ni. Nanti aku talipon lah."

Selepas tu, Leman cuba bersembang dengan kedua orang putih ni tapi macam tak dilayan. Hinggalah sampai ke hotel Pan Pac. Sampai-sampai saja, mereka berdua keluar dan terus masuk tanpa membayar. Leman pun kejarlah mereka.

"Why you run away and did not pay?" jerit Leman.

"We are beruk. So we do not have pocket to carry money. Tanpa wang, kami tidak boleh bayar," jawab suaminya.

Leman ternganga dengar omputih ni faham dan tahu cakap Melayu. Menyesal ...

... Betullah Dato Dr Hasan Ahmad tuntut hapuskan PPSMI. Bahasa Melayu sudah bahasa antarabangsa.

Rabu, Julai 22, 2009

Lagu budak hitam

Bila keadaan sudah macam-macam tension, mari kita hiburkan diri. Dengar lagu ini.


... simbolik.

Selasa, Julai 21, 2009

Mintak tuntut Suruhanjara Diraja, Bro KJ

Kalau boleh tuntut Suruhanjaya Diraja untuk Cina DAP yang mati, tak akan KJ tak boleh tuntut untuk Siti Farhan?

Siti adalah pelajar UKM yang mati jatuh dari Tingkat 4 asrama Pendeta Zaaba pada Jun 22hb. Suruhanjaya Diraja boleh minta polis percepatkan siasatan kalau masih belum habis siasat

Tak akan tak boleh tolong. Tak global ke?

Kalau tak, model ni global gut? World lagi itu.

Takpa Menteghi Besaq pasang lilin

Siasat! Siasat! Siasat!


Tak mahu cakap! Tak mahu cakap! Tak mahu cakap!


Takpa ... Menteghi Besaq pasang lilin.

Isnin, Julai 20, 2009

Penyelesaian kepada kemelut dari kematian Teoh Beng Hock


Lim Kit Siang mahu Suruhanjaya Diraja. Pihak DAP mahu SPRM dihukum salah. Mereka tidak akan terima siasatan yang tidak menunjukkan SPRM salah.

Kalau adakan Suruhanjaya Diraja, adakah pihak mereka akan setuju dengan keputusan siasatan yang dilakukan? Adakah mereka sedia menerima anggota yang akan dilantik kelak? Adakah Suruhanjaya ini berupaya memantau dan membantu polis dalam penyiasatan dan pertuduhan ke atas yang bersalah?

Adakah semua pihak termasuk pembangkang sesama pembangkang boleh capai kata sepakat dalam hal ini?

Kerajaan pun tak mahu Suruhanjaya. Ini seolah-olah kerajaan tidak berfungsi. Semacam syarikat yang ditadbir oleh Lembaga Pengarah dan bukan Pengurus Besar. Atau Jabatan kerajaan yang ditadbir oleh Kabinet. Keluarga yang tidak ditadbir oleh ayah.

Apakah penyelesaian? Jawapannya senang saja. Sesiapa yang berdegil dan enggan mahu penyelesaian yang rasional dicampak dalam sangkar wrestling dan bergusti sesama sendiri. Yang akhir kekal yang menang.

Hehehe ... agak Anwar kurus keding boleh kekal tak?

P/S Maaf lama tak tulis.

Rabu, Julai 15, 2009

Stimulus Package pindah ke mana pula?


Walaupun PAS menang hanya 65 undi lebih di Manek Urai, kedua-dua pihak mendapat apa yang mereka mahu. PAS dapat pertahankan kerusi mereka. UMNO dapat buktikan pengaruh PAS dan Pakatan Rakyat sudah menurun. Cara Nik Aziz berkempen pun boleh membuat orang benci.

Akhbar menyiarkan pelbagai janji untuk Manek Urai. BN tidak datang untuk menjatuhkan kerajaan Nik Ajis tetapi hanya berjanji mahu bawa pembangunan untuk Manek Urai. Banyak sekolah dapat peruntukkan naik taraf.

Selain Stimulus Package, baik UMNO dan juga PAS pun ada hadiah Stimulus Package untuk pengundi. Fatwa Nik Aziz benarkan ambil.

PRK Manek Urai sudah selesai.

Sekarang MP dan ADUN mana patut "mati" untuk Stimulus Package sampai segera ke kawasan mereka? Kalau tak ada yang "mati", ADUN dan MP yang mana mahu di kasi "mati"?

Dengar-dengar Azmin Ali da da da dan Za Za Zaid Ibra ra ra rahim su su su dah ada ran ran cang cang cang cangan ... AMK pun sudah mula meroyan.

Selasa, Julai 14, 2009

Estrada lawat Zoo Negara dengan Anwar

Bekas President Phillipnes, Joseph Estrada memang diketahui ramai adalah President boneka caturan CIA.

Dia adalah President Phillipines semasa Anwar ditangkap kerana liwat pada tahun 1998 dan mengkritik Malaysia di atas tangkapan Anwar semasa itu.

Apabila Estrada diguling dan ditahan atas kesalahan korupsi, Anwar pula membalas budi dengan menyeru pembebasan Estrada pada tahun 2007.

Pada Julai 2008, kedua-dua ikon demokrasi kononnya dapat bertemu setelah kedua-dua mereka kini bebas. Wan Azizah pun ikut sama untuk bertemu dengan Corazon Aquino di Manilla.

Anwar menyanyi lagu "It's Now or Never" dalam Majlis itu tapi gagal untuk melakukan rampasan kuasa pada September 16, 2008. Estrada akan terus membantu usaha CIA dengan bertanding pada tahun 2009 ini.

Anwar menjemput Estrada datang ke Malaysia. Dalam diam-diam dia datang pada awal tahun ini. Semasa lawatan itu, Estrada meminta Anwar iringinya untuk melawat Zoo Negara. Katanya, dari kecil dia memang suka melawat Zoo. Semasa dia Presiden, dia tak dapat melawat Zoo negara-negara yang dilawatinya. Anwar setuju.

Esok harinya Estrada dan Anwar pergi melawat Zoo Negara di Hulu Kelang. Sampai ke satu sangkar, Orang Utan membuat satu isyarat mencarut dengan kakinya seolah-olah ingin memberitahu sesuatu kepada Estrada mengenai Anwar.


Anwar rasa malu melihat tingkah laku Orang Utan. Estrada faham apa yang diberitahu oleh Orang Utan itu dan akan sampaikan kepada President baru Amerika Obama. Obama mungkin tidak lagi menyokong Anwar.

Saja aja dia tanya Anwar, "What is the Orang Utan trying to tell?"

Anwar menjawab, "Oh... I don't know what Najib's intention to instruct the trainer to teach the Orang Utan that. He is always conspiring against me. Traditionally, that gestures mean good bye."

Estrada mengangguk-angguk konon menerima penerangan Awnar tetapi dia faham sudah maksud Orang Utan. Supaya Anwar tidak terasa malu, Estrada si playboy membalas, "I like that. Very good hand gesture."

Esok hari Estrada balik. Semasa di Airport dan lepas bersalaman dengan Anwar, dia pun berjalan menuju ke pintu departure. Dia berpaling dan lakukan dengan tangan seperti isyarat kaki Orang Utan ke arah Anwar dengan tujuan nak kata terima kasih. Anwar tak mahu rasa malu, dia pun balas isyarat yang sama.

Orang ramai yang melihat garu kepala melihat mereka berdua carut mencarut. Seorang playboy dan seorang lagi ada kes liwat.

Ahad, Julai 12, 2009

Kuda Chedet lawan Kuda Utusan Malaysia

Ini kuda Chedet. Dah dekat 70,000. No menang jauh ni.


Bawah ni kuda Utusan. Tengah jauh tertinggal. Undi jumlah baru 6,000. Leading lebih skit


Campuq, tertinggal juga.

Pi lah sini dan sini untuk tolong kuda masing-masing.

Sabtu, Julai 11, 2009

Nasha N Aziz di atas pentas sama


Ana maksudkan Nasha Aziz. Betullah Nasha Aziz sedang menggayakan dan meragakan pakaian di atas pentas sama dengan peragawati-peragawati lain. Ohhh how lovely ... hehehe

Pasti ada antara ente-ente yang ingatkan ianya mengenai Nasha dan Nik Aziz. Memang katanya Nasha akan berada atas pentas yang sama dengan Nik Aziz di Manek Urai. Sudah ada pula kata dia sudah berada di Kota Baru dan akan muncul di Manek Urai.

Ini semua politik bodoh tetapi inilah realiti politik. Ia bukan berlaku dalam PAS, tetapi hampir dalam semua parti politik di Malaysia. First world facility, third world politics. Politik yang masih berdasarkan personaliti dan bukan kepimpinan, agenda dan program.

Tengah sibuk dan serius pilihanraya untuk rakyat memilih wakil untuk ke Dewan Undangan Negeri, ada pula cerita-cerita dalaman politik. Apa kena mengena Nik atau Nasha? Yang bertanding Fauzi dan Tuan Aziz.

Isunya siapa yang layak antara dua.

Tak ada cerita mengenai taraf seorang pegawai Kesedar dan sorang peraih ikan. Tak ada cerita sorang berpelajaran dan sorang tak cekap membaca. Bawah kacamata demokrasi semua sama.

Dalam pengamalan demokrasi, apa yang penting sangat semua ruang kosong dipenuhi oleh poster dan bendera parti? Letak beberapa poster calun ditempat tertentu cukuplah. Berlebih macam amalan sekarang adalah membazir.

Yang penting mereka dapat liputan untuk memberitahu mesej masing-masing dan pengundi pilih. Mereka boleh ceritakan track record masing-masing. Ragakan apa yang menjadi pakaian politik mereka cukuplah. Macam model pula ye.

Abendalah cerita Nik Aziz dan Nasha perlu berada atas pentas sama. Bukan mereka bertanding. Nak jadi model pula nak hiasi pentas.

Baiknya Pak Lebai yang menghiasi pentas, ia tidak menarik sugar daddy yang membiang.

Wow! Ana jual orang tapi terjual orang nak jadi Arab.

Khamis, Julai 09, 2009

Anak manusia, Anak lembu


Ini cerita ana jumpa di sini mengenai perbualan antara lembu dan ayam. Boleh buat tauladan.

Ayam: Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!

Lembu: Kenapa kau kata macam tu?

Ayam: Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!

Lembu: Hah! Buat apa pulak?

Ayam: Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku. Macamana aku nak dapat anak!

Lembu: Alah! Kau punya masaalah kecil aja!

Ayam: Maksud kau?

Lembu: Aku ni. Kalau fikirkan nasib, aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!

Ayam: ... (Tak terkata apa-apa!)

Ana terfikirkan anak-anak manusia yang sekarang terlalu bergantung pada susu tin dan kurang mendapat susu ibu.

Padan ibu-ibu dan bapa-bapa pening memikirkan sikap dan perangai anak-anak muda sekarang. Rupanya bukan anak mereka tetapi ANAK LEMBU.

Jangan marah, nanti kena jual.

Rabu, Julai 08, 2009

Sankara Niaya dengan wartawan


Perbicaraan Anwar Ibrahim patut bermula hari ini tetapi ditangguh kali kedua kerana Ketua Peguambela, Sulaiman Abdullah sakit. Berikut adalah kenyataan dari jurucakap pasukan peguambela Anwar, Sangkara Niaya:

Sankara Niaya: Saya hanya ada sedikit kenyataan saja. Pendengaran kes tidak dapat diadakan hari ini sebab ketua peguambela, Sulaiman Abdullah sakit. Dia tidak dapat datang dan ada kasi surat cuti MC kepada hakim. Hakim telah tetap tarikh mahkamah ditangguh kepada hari Rabu minggu hadapan, Julai 15hb.

Wartawan 1: Sulaiman sakit apa?

Sankara Niaya: Tidak kami tidak ada buat-buat. Dia sakit butul...

Wartawan 1: Tidak, nak tahu sakit apa saja?

Sankara Niaya: Dia sakit purut hari itu. Itu yang ditangguh dari Julai 1hb ke hari ini. Dia ada perigi Pantai tapi jatuh lepas keluar dari Hospital Pantai. Sekarang dia sudah masuk HKL. Itulah tempat yang patut untuk buat lapoiran forensik tapi kami hanya sebut pasal laporan Pusrawi.

Wartawan 2: Adakah benar Dato Seri Anwar akan berlepas ke Perth pada 11 Julai ini?

Sankara Niaya: Itu tidak patut. Itu telah melanggar hak asasi manusia. Dia berhak sebagai Ketua Pembangkang dan Wakil Rakyat untuk travel. Kerajaan perlu percaya bahawa dia seorang bertanggungjawab.

Wartawan 2: Pegi ke?

Sankara Niaya: Kami masih menunggu kebenaran dari mahkamah.

Wartawan 1: Adakah Sulaiman menghadapi gastrik atau lain-lain sakit yang agak serius?

Sankara Niaya: Oh itu saya tidak tahu. You tahulah sakit perut paling senang dapat MC. Doktor pun tak boleh verify.

Wartawan 3: Adakah Sulaiman Abdullah dijangka sedia untuk bertugas minggu hadapan dan tidak ada lagi tangguh-tangguh tarikh?

Sankara Niaya: Oh ... saya rasa dia boleh sihat minggu depan. Tapi saya tidak jangkakan mahkamah dapat mula bicara lagi.

Wartawan 3: Kenapa?

Sankara Niaya: Saya pun kurang sedap badan. Saya macam rasa mahu sakit minggu depan ...

Wartawan 4: Awak pun mahu MC ke minggu depan?

Sankara Niaya: ... Takpa takpa ... Terima kasih. I have to go now ...

Selasa, Julai 07, 2009

Tukang kempen yang tersohor


Tun Ghaffar sudah beberapa tahun meninggal dunia. Walaupun dia kelihatan seorang yang simple, tetapi jasanya banyak. Diplomasi adalah kekuatannya. Masa MCA berbalah sesama sendiri, Ghaffar pernah menjadi Pemangku Presiden MCA.

Kekuatan Ghaffar adalah dalam berceramah ke akas umbi. Tiada pilhanraya kecil tanpa Ghaffar turun berceramah. Walaupun dia ditewaskan dari jawatan Timbalan Presiden, dia tetap setia dan terus berkhidmat untuk parti. Tak ada bukak parti baru dan lawan balik.

Ada satu masa lepas dia sudah tak ada jawatan dan badan mula uzur, dia turun ke satu tempat untuk kempen bagi BN. Dia dah tak boleh cakap dengan banyak. Dia naik pentas dan beri salam dan beri mukaddimah.

Langsung ditanya: "Tuan-tuan dan puan-puan ni, nak hidup atau nak mati?"

Orang diam saja. Diulang: "Nak hidup ke atau nak mati?"

Orang pun menjawab nak hidup. Ada laung tak mahu susah hidup. Langsung dia terus berkata: "Kalau nak hidup, undilah Barisan Nasional. Kalau nak ..."

Selesai dia terangkan soalan dan jawapan dengan ringkas, terus dia duduk. Itu saja dia cakap. Tak ada konsep ini. Tak ada janji apa. Tak ada cerita gagasan.

Pembangkang dapat undi 80 saja.

Tak payah pakai blogger, cybertrooper, SMS, risalah banyak-banyak, dan menoreh subuh-subuh. Pasal orang mudah paham apa yang ingin disampaikan. Pasal orang percaya pada orang yang bercakap.

Nak gi Manek Urai, mesti pahe dan kecek Kelate. Dema pahe, mudoh cayo.

Kalu dok, mu jale-jale sokmo.

Isnin, Julai 06, 2009

Kaedah PRK segerakan Pekej Ransangan Ekonomi setempat

PUTRAJAYA Julai 6hb: Pekej Ransangan Ekonomi (PRE) boleh dipercepatkan melalui kaedah tertentu, kata Menteri Kewangan Kedua Dato Ahmad Husni Hanazlah ketika mengulas anggapan ramai mengenai kelambatan pekej ransangan ekonomi.

Husni menyangkal tuduhan pekej ransangan ekonomi yang diumumkan Menteri Kewangan di Parlimen pada suku akhir tahun 2008 untuk menghadapai kemelut ekonomi global. PRE berkait rapat dengan Danajamin yang belum beroperasi lagi.

Namun demikian, kata Husni, kerajaan sedia memberi perhatian istimewa untuk tempat-tempat tertentu melalui kaedah Prosedur Ransangan Khas (PRK) di bawah PRE. Kaedah PRK telah dibuat di beberapa tempat seperti Penanti, Bukit Selambau, Bukit Gantang, dan Batang Ai.

Terbaru adalah di Manek Urai yang mana penamaan calun telah dilaksanakan pada pukul 10 pagi tadi.

Kaedah PRK adalah satu usaha bipartisan yang mendapat sokongan kuat dari Pakatan Rakyat (PR). Selain Kuala Terengganu, kebanyakkan insiatif PRK diusahakan dari kawasan yang mempunyai wakil rakyat PR.

Pengorbanan PR dalam menyegerakan PRE ke kawasan-kawasan mereka amat disanjungi. Sebagai contoh, PAS telah mengorbankan dua wakil rakyat untuk menyegerakan PRE ke kawasan-kawasan mereka.

Parti Keadilan Rakyat telah mengorbankan kerusi yang diduduki Presiden parti. Kini mereka mengenal pasti beberapa kawasan-kawasan untuk kaedah PRK seperti di Kelana Jaya dan Bandar Tun Razak yang menghadapi masaalah-masaalah wakil rakyat yang bisu di Parlimen dan gagap.

UMNO agak lambat dan masih terkial-kial merancang dan mengenalpasti kawasan-kawasan yang perlu dikorbankan wakil rakyat. Satu kawasan yang menghadapai wakil rakyat yang bisu dan tidak pernah bercakap di Parlimen telah dikenalpasi.

Parti komponen Barisan Nasional sedang digalakkan mengenalpasti kawasan-kawasan yang boleh disegerakan PRE. - Agensi Husin Lempoyang

Ahad, Julai 05, 2009

Cara Malaysian berbahasa atau ...

Sahabat ana kata cara Malaysian berbahasa Inggeris agak terlalu mudah, pendik, tepat, dsb. tetapi efektif. Dia bandingkan dengan cara orang Briton berbahasa seperti dalam contoh-contoh yang diberi melalui e-mel berikut:

WHEN GIVING A CUSTOMER BAD NEWS
Britons:
I'm sorry, Sir, but we don't seem to have the sweater you want in your size, but if you give me a moment, I can call the other outlets for you.
Malaysians: No Stock.

RETURNING A CALL
Britons:
Hello, this is John Smith. Did anyone page for me a few moments ago
Malaysians: Hello, who page?

ASKING SOMEONE TO MAKE WAY
Britons:
Excuse me, I'd like to get by. Would you please make way?
Malaysians: S-kew me

WHEN SOMEONE OFFERS TO PAY
Britons:
Hey, put your wallet away, this drink is on me.
Malaysians: No-need, lah.

WHEN ASKING FOR PERMISSION
Britons:
Excuse me, but do you think it would be possible for me to enter
through this door?
Malaysians: (pointing the door) Can ah?

WHEN ENTERTAINING
Britons:
Please make yourself right at home.
Malaysians: Don't be shy, lah!

WHEN DOUBTING SOMEONE
Britons:
I don't recall you giving me the money.
Malaysians: Where got?

WHEN DECLINING AN OFFER
Britons:
I'd prefer not to do that, if you don't mind.
Malaysians: Don't want la ...

IN DISAGREEING ON A TOPIC OF DISCUSSION
Britons:
Err. Tom, I have to stop you there. I understand where you're coming from, but I really have to disagree with what you said about the issue.
Malaysians: You mad, ah?

WHEN ASKING SOMEONE TO LOWER THEIR VOICE.
Britons:
Excuse me, but could you please ! lower your voice, I'm trying to concentrate over here.
Malaysians: Shut up lah!

WHEN ASKING SOMEONE IF HE/SHE KNOWS YOU.
Britons:
Excuse me, but I noticed you staring at me for some time. Do I know you?
Malaysians: See what, see what?

WHEN ASSESSING A TIGHT SITUATION.
Britons:
We seem to be in a bit of a predicament at the moment.
Malaysians: Die-lah!!

WHEN TRYING TO FIND OUT WHAT HAD HAPPENED
Britons:
Will someone tell me what has just happened?
Malaysians: Wat happen Why like that ...?

WHEN SOME ONE DID SOMETHING WRONG
Britons:
This isn't the way to do it here let me show you,
Malaysians: like that also don't know how to do!!!!

WHEN ONE IS ANGRY
Britons:
Would you mind not disturbing me
Malaysians: Celaka u

Pandai saja rakan ana mengaku Malaysian.

Malaysian sebenar berbudaya ketimuran yang tinggi. Malaysian sebenar berbudi bahasa dan tinggi nilai kesopanan. Malaysian sebenar tahu hidup bertolak ansur, berkompromi, dan bertoleransi. Malaysian sebenar sentiasa jaga hati orang lain. Malaysian sebenar tahu menghargai budi orang.

Bahasa macam begini bukan Malaysian tapi bahasa Malaysian Malaysia. Satu kerusi pun act semacam, kita ada *29 kerusi situ!

* Pembetulan: Maaf, bukan 30. Butir sini.

Sabtu, Julai 04, 2009

Nama sesuai untuk NGO Hindraf

Baru-baru ini kumpulan haram HINDRAF mengumumkan akan menubuhkan parti politik. Namanya PAHAM atau maksudnya Parti Hak Asasi Manusia.

Lim Guan Eng merasakan mereka tak faham isu sebenar dalam hal Kampung Buah Pala atau dipanggil Kampung High Chapparal seperti cerita koboi lama. LGE pula satu hal. Orang nak jumpa tapi dia melarikan diri. Masa pilihanraya ceh ceh ... macam real laungkan MAKHAL SAKTI.

Apabila Autakumar .... oppps Uthayakumar keluar dari Kemunting, dia terus umum akan tubuh satu parti sendiri kerana tak mahu berada di bawah PKR atau DAP. Dia tak percaya pada BN atau PR untuk memperjuangkan nasib orang India. Semua pemimpin India tak boleh pakai; baik Samy Velu, atau Kayveas, atau pun Anwar Ibraheem.

Bakal bertambah parti politik untuk orang India kepada yang ada sekarang MIC Yem My See, IPF, PPP Pee Pee Pee, parti Nalla, dan ada satu lagi. Semua ada enam katanya.

Masa suatu masa Ibrahim Ali kata, kalau India ada Hindraf, Cina ada Dong Jiao Zong, Melayu ada PERKASA.

Ini yang membuat Manoharan, selepas tak berapa bulan keluar ISA, membuat kenyataan menuntut diharamkan Perkasa. Dia tuduh Perkasa sebagai rasis.

Mana dia belajar law? Perkasa pertahan apa yang dalam Perlembagaan. Hindraf tuntut gantung Perlembagaan Persekutuan. Kepala ayah dia! Lu siapa Tambi nak gantung perlembagaan?

Mungkin Hindraf cemburu dengan nama Perkasa. Nama Perkasa boleh tunjukkan mereka nak perkasakan kaum Hindu atau India, entah mana satu mereka perjuangan.

Mano kena faham. Nama itu sudah sinonim dengan tokoh-tokoh mereka seperti Ibrahim Ali, Fuad Hasan, Shuib Lazim, Ruhanie Ahmad, dll. Tak ada nilai jenama atau branding untuk Hindraf.

Nama parti politik Hindraf nak dikasi nama Paham untuk tunjuk mereka tak faham.

Kalau jadi pertubuhan dan nak ikut bunyi masa Perkasa, baik pakai nama PERKASAM untuk tunjuk mereka tak bau masam.

Baik sekali fail permohonan kumpulan haram, militan dan ganas seperti mereka ini diperam dan tidak diluluskan sampai jadi perkasam.

Ada cadangan nama lain?

Jumaat, Julai 03, 2009

Jang Oh Jang ... Apo ekau termonung tu ha


Jang. Oh jang. Apo ko buek tu?

Takdo apo, Omak.

Hai, apo nak jadi ekau ni ha. Tak habih-habih termonung.

Yo lah. Bingung den mikirkan hidup ni. Selalu gagal dalam bacinto. Apo nak jadi diri ni ...

Maso umo 14, teringin nak ado teman wanita. Ado kawan-kawan sebayo dah mulo ado gelfren. Utus-utus surat, dating.

Umo 16, dapek den gelfren satu. Budak samo sekolah. Anak Cikgu Seman. Tapi dio macam suko tak suko. Tak bersemangat. Takdo passion. Malas cerito. Tinggal den. Cari pompuan yang ado keceriaan.

Sampai umo 18, den dapek keluo dengan sorang gadis yang penuh keceriaan, bersemangat dan sentiasa riang tapi terlalu emosi. Budak Ipoh. Perhubungan kami macam drama; sekojap gembiro, sekojap sodih, sekejap ketawo riang, dan sekejap menangis sampai nak bunuh diri. Tak tahan den. Baik cari yang lebih tenteram.

Hari jadi den 25, terjumpo seorang gadis yang begitu tenteram sekali orangnyo. Oghang Johor. Tapi pulak tu membosankan. Oghangnyo terlalu mudah dijangko dan serupo tak ado perasaan. Perhubungan kami membosankan, maka den raso baik cari seorang gadis yang memberi keriangan.

Pada umo 28, terjumpa den seorang gadis yang sangat riang sampai tak terikut. Budak Bangsar. Dio suko buek kojo gilo-gilo dan menjadikan den kadang-kadang susah dan kadang-kadang gembiro. Mulo-mulo seronok tapi lamo-lamo macam tak ada arah hidup ni. Mako den tak mahu laghi dengan dio dan nakkan wanita yang ado berarah tuju dan cito-cito.

Alhamdulillah, umo den 30 terjumpo wanita sedemikian. Oghangnyo cerdik bercito-cito dan realistiklah kato. Rumah oghang tuo dio tak jauh dari rumah Omak dokek Ampangan di Soromban. Kami pun kahwin. Masaalahnyo cito-cito dio terlalu tinggi. Semuo nak konop ikut cakap dio. Kito asal kampung, mano ado cito-cito nak jadi oghang bosa. Jodoh kami tak panjang. Akhirnyo bercorai. Habih semuo harto diambil nyo.

Hari ni, den dah 35. Umo dah banyak. Lebih bijaksano. Kali ni baik den cari gadis yang barang bosa ajo.

Rabu, Julai 01, 2009

Boleh lepaih tapi tak done nak mengaku?

Merenung Pak Shiekh. Kes liwat dah mula. Nak lari Washington dah tak boleh. Kenalah hadapi.

Dalam fikiran dia bermacam-macam yang sedang dikatakan.

Kalau kena, balik penjara lagi aku.

Depa tuduh aku liwat. Depa liwat tu lagi teruk. Ada yang dok liwat sampai hancuq. Kalau aku liwat pun, aku liwat orang. Depa tu liwat negara.

Aku dah tua dan sakit belakang. Tak akan depa tak boleh terima alasan itu.

Tak makan alasan na. Celaka betui depa ni. Latu tak habis-habis dok main-mainkan aku.

Kalau nak lepaih, bukan tak bole. Aku ada alasan dan bukti yang boleh diguna. Mesti lepaih guna hujah ini.

Teruih jatuh semua tuduhan-tuduhan. Mustahil depa boleh tuduh aku ada apa-apa dengan pompuan atau jantan lagi. Orang ramai punya mesti percaya. Naik peluang nak jadi PM.

Tak done nak guna alasan itu? Lagi depa dok main-mainkan aku.

Depa betoi juga. Macam mana nak bangun jadi Perdana Menteri, kalau apanama dah tak boleh bangun.

Celaka betoi ...