Jumaat, Oktober 31, 2008

Taktik Politik II


Ada orang marah pada Husin, apa hentam pemimpin tertentu UMNO saja. Kena adil.

Hi ... susah nak hentam semua. Kalau nak jual pemimpin sudah ramai, pengikut pun lagi ramai perlu dijual. Ada penyokong untuk orang tertentu, tapi diam-diam rupanya jumpa orang lain atau pindah untuk sokong orang lain. Dia ingat orang tidak tahu.

Pembaca kena faham Husin hanya jual yang berharga lebih dari jual unta. Kalau jual semua yang pernah yang pernah onani, 10 dewan parlimen tidak cukup.

Masa Husin tulis pasal Taktik Politik, ada kasi definasi menarik untuk pembangkang. Untuk berlaku adil, Husin siarkan beberapa komentar yang menarik. Kena mula dengan Ketua Pembangkang. Berikut dari Dr. RBAONG:

DiANWARkan/MengANWARkan

1. Menbenarkan ditipu bulat-bulat dan kemudian malu walaupun fakta tu budak tadikapun boleh kata tak logik. Contoh: Kawan saya seorang pengikut PKR telah berjaya diANWARkan oleh pemimpin mereka

2. Perbuatan meggunakan pintu belakang. Contoh 1: Karpal Singh tidak bersetuju PR (Mengikut istilah perubatan, ia bermakna PerRectal) mengambil alih kerajaaan dengan cara pengANWARan Contoh 2: Pemimpin tersebut telah didakwa dimahkamah kerana mengANWARkan bekas pembantunya.

3. Perbuatan yang tidak sabar dadalam mengejar impian dicampur dengan unsur-unsur Mat Jenin. Contoh: Paklah membidas Mahyudin Yasin kerana dia bersifat KeANWARan

4. Kata ganti nama untuk orang yang megGHAFFARKAN.

DiTHERESAkan yang bermaksud diberi makanan yang lebih teruk/sama macam makanan anjing. Contoh: Suatu masa dahulu seorang pemimpim ABIM telah MengANWARkan penduduk Malaysia dengan berkata penduduk miskin Baling terpaksa menTHERESAkan keluarga mereka sehingga kebuluran.

Ana 5:29 PM mendefinasikan berikut:

Bertaresakokkan = menyalak dengan mendayu-dayu. Contoh: Selepas azan subuh berkumandang, kebanyakkan anjing-anjing tua yang belum berlaki akan 'bertaresakokkan'. Ini kerana setan-setan yang bertempiaran lari akibat azan subuh tadi akan kembali semula, dan anjing-anjing ini berseronok berkawan dengan setan-setan ini.

Anon 2:57 pm beri definasi lebih kurang macam ini:

Mentony Puakan bermaksud seseorang yang takhenti-henti senyumd an tersengih. Contoh: Dalam usaha untuk memenangi pilihanraya, calun2 jgn terlalu mentony puakan diri untuk senyum dan tersengih kerana ditakuti lalat masuk mulut dan membawa masuk kuman dalam mulut.

Anon 9:30 am mencadangkan berikut:

MengKhalidkan - Pertama kali seorang calon pilihanraya menyuruh pengundi mengundi parti yang menentangnya bolehlah dirujukkan sebagai mengKhalidkan kekalahan di Ijok.

Bapa Mithali Prihatin tidak kisah pada politik tetapi hanya mengenai anak-anak muda pemimpin negara masa depan. Baca temberangnya berikut:

Tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak supaya bersopan dalam berbahasa dan tingkah laku.

Mereka harus diajar supaya tidak melim kit siangkan nada suara kerana nada yang keras hanya akan menghilangkan kesabaran orang lain dan memulakan pergaduhan.

Anak2 yang suka bergobala krishnan perlu didisiplinkan supaya besar tidak bersikap kurang ajar dengan speaker dewan.

Kita mahu anak-anak ini besar setia kepada ibu bapa dan guru dan tidak mentian chuakan mengaruk dan meronta diri bila dimarah dan dihukum apabila buat salah.

Kita mahu anak-anak berani tetapi jangan terlalu berani hingga boleh mencederakan diri dengan mengkarpalkan singhkan diri. Kalau mahu berani dan lawan, pastikan diri boleh berdiri bila angkat sumpah dan kuat untuk enggan keluar dewan.

Ajar mereka supaya bertutur dengan jelas dan mengelakkan salah faham supaya tidak mengkhalid ibrahimkan diri dengan bercakap gagap.

Mereka perlu difahamkan akan hukum hakam supaya tidak dimat sabukan dalam bilik hotel dengan perempuan yang bukan muhrim atau dikhalid ibrahim (2) kan dengan rahmah setiausaha sendiri.

Anak-anak perlu faham meronnie liewkan diri ke rumah urut sama haram dengan memat sabukan diri kerana masih bersama dengan wanita bukan muhrim di dalam bilik.

Dosa yang paling buruk kesan dan perlu dielakkan adalah suka mezaid ibrahimkan minuman dengan arak dan wiskey. Akibatnya anak itu akan menjadi Menteri penuh paling singkat dan membawa ide2 yang tak masuk akal.

Anak2 Islam harus dikawal supaya tidak menghasan alikan diri untuk terlebih cakap macam murai hingga merelakan khinzir dibela. Tapi kalau dah teruk sangat nilai agama, akhirnya ada yang sampai tidak kisah untuk menghalimah ali atau menyaacob saparikan diri sampai diteresa kokkan untuk membela khinzir di kawasan orang Melayu.

Kita mesti pastikan supaya anak-anak kita tidak di b.a.b.i.kan oleh politik wayang kulit bekas timbalkan perdana menteri yang dipecat.

Jadilah anak islam yang bijak dan tidak mudah dilim guan engkan oleh kafir harbi dengan kata2 manis meminati khalifah omar abd aziz, sedia masuk islam jika bapak tiada ada, dan berarak masa perayaan maulud nabi.

Husin nak menambah sedikit:

Diibrahim Alikan - Ahli politik bebas yang tidak menyebelah mana-mana pihak tetapi puas dapat hentam semua. Contoh: Oleh kerana Ahli Parlimen SAPP tidak setuju dengan pendirian parti, mereka telah mengibrahim alikan diri. Kedua-dua pihak kecewa tetapi Ibrahim Ali yang dapat menambah kerusi parti Bebas dan dengan diam-diam akan menjadi Perdana Menteri.

Dihadikan - Hampir sama makna dengan dipaklahkan dalam erti tidor dalam majlis, meraban bila bercakap dan flip flop seperti di sini tetapi pakai serban diri dan menantu tidak kelihatan dekat dengan minuman arak. Dia tidak pegang wanita hanya kahwin dengan cara halal. Contoh: Usahlah kau mengata kita telah dipak lahkan kerana kamu telah dihadikan.

Wow! Sebagaimana biasa, jual orang lagi untung dari jual unta.

Khamis, Oktober 30, 2008

Taktik Politik 'Mentengkolokkan' Dengan Botol?


Ana semalam dituduh menggunakan taktik politik yang cuba mentengkolokkan dengan botol ... eh maaf, membetulkan pemimpin masa depan dengan menegur.

Ada kata salah kita menjatuhkan maruah seseorang.

Ada persoalkan siapa ana untuk meng-ian chin-kan seseorang?

Ada juga mengatakan ana munafiq kerana ana pun minum air sarbat. ... air sarbat itu air ada halia lah!

Seorang komentar bernama Khairy Jamaluddin berkata:

Ini usaha jahat untuk menafikan hak saya sebagai penuntut Oxford untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO dan akhirnya sebagai Perdana menteri Malaysia seblum saya berumor 40 tahun.

Orang yang dalam gambar itu mungkin kembar saya dari berlainan ibu dan bapa. Kami memang sama lahir di Kuwait pada tahun 71, belajar di UWC, Singapore dan Oxford, dan juga kahwin dengan Nori.

Ini bukan saya. ... Saya tidak minum minuman itu kerana saya minum Champagne Dom Perignon saja.

He he he ... rasanya itu bukan Khairy Jamaluddin yang memberi komen. Dia sedang sibuk mahu cuba mengajak Mukhriz berdebat dengannya tetapi hanya dapat berdebat dengan Khir Toyo. Mukhriz sedia kalau ia hanya satu forum yang tidak ada tembak menembak sesama parti. Khairy sedang sibuk mengira berapa jumlah yang sesuai ...

Komentar Tan Sri Tak Dapek Kalimullah mengagak akan ada tukang nafi untuk Khairy. Pasti ada akan kata ana melakukan rawatan mendoktorkan gambar. Jangan hairan ana akan dikecam sebagai cuba mentian chuakan Khairy.

Ana mahu kebenaran sahaja.

Gambar yang belum disentuh jururawat

Selama beberapa tahun ini kita ditipu oleh permainan putarbelit media perdana hingga tidak dapat lihat mana yang benar dan mana yang penipuan. Kita diberitahu ini adalah modal insan menantu Imam Hadhari dikatakan hebat dan pandai.

Rakyat perlu tidak ditipu dan perwakilan yang mahu mengundi perlu tahu siapa pemimpin yang berkata memperjuangkan alif ba dan ta.

Ana ajak Khairy beri pendiriannya dan media perdana siarkan sepenuhnya. Kalau ana dituduh munafiq, ana tidak mahu Khairy dituduh munafiq kerana dia akan jadi Perdana Menteri satu hari.

Jika dia buat, mengaku saja. Baik sekali, kalau Khairy bertaubat nasuha. Ana sanjungi.

Ana kata ini berlaku.

Kalau Imam Ramlang Poringi dan mana-mana Tuan-Tuan Magistret (melainkan Joe Labu) sedang membaca blog ana, di hadapan ente-ente semua ana mengaku gambar ini benar.

(Sori ana tak mahu sumpah, kerana Haji Hadi, Nik Ajis dan Qardawi tidak kasi. Ana sudah talipon semua ulamak dari Amerika, England, Egypt, Syria, Jordan, 'Arab Saudi, Hindustan, Kongstan, Afghanisatan, dan Gohead Gostan. Hehehe ... ingat siapa cakap macam itu? hehehe.)

Bagi memastikan maklumat cukup dan kalau mahu jadi kes dan tidak dibuang keluar oleh Mahkamah Persekutuan, ana kena sebutkan tempat, alamat, haribulan dan masa - Heritage Mansion, Jalan Kemunting off Jalan Doraisamy, KL, bulan Jun, lebih kurang hari Khamis 17 haribulan, dan antara waktu pukul 10:00 pm ke pukul 2:00 am

Cukup maklumat kalau mahu buat kes.

Kalau tidak cukup puashati, ana kata kerusi-kerusi itu wujud di Master Lounge Heritage Mansion (kalau hari ini tidak diubahsuai untuk hilangkan bukti) kerana ia kerusi sama yang diduduki artis-artis selebriti dalam gambar di bawah ini. Wow!


Kalau tidak percaya, bandingkan gambar bawah ini dan katakan wujud ke tidak kerusi-kerusi seperti itu. Wow!

Kalau tidak cukup juga, ana beritahu orang yang berada disebelah Khairy berbaju merah itu adalah tuan punya tempat bernama William. Wow!



Ada kerusi-kerusi kosong kerana dua orang lagi ia-itu Dax atau Firmansyah Muhammad Kalo dan Jason Lo tidak ada di kerusi. Mungkin sedang buang air dan berdansing.

Malam itu adalah malam pembukaan kelab yang baru selesai kerja-kerja penambahan dan pengubahsuaian. Dahulu cuma satu tingkat dan sekarang sudah ada dua tingkat.

Kelab ini memang selalu didatangai penuh dengan selebriti-selebriti, termasuk Maya Karin. Wow!

Gambar ini diambil pada akhir tahun lepas semasa dia belum kahwin. Muga jadi isteri yang soleh dan berpakaian yang sopan macam Ziela ye.

Ada juga Hannah Tan yang menarik orangnya. Wow!

Jadi kalau Khairy rasa tidak salah pergi ke tempat-tempat sedemikian, katakan seluasnya. Bukankah Khairy percaya pada liberalisasi, globalisasi, meritokrasi dan keterbukaan. Ini adalah cara bersosial dan membina Setiakawan?

Ana pun percaya pada keterbukaan. Sekarang malam panas, ana selalu tidor tak pakai baju.

Amacam Hannah, nak masuk Islam? Ana boleh ajar bab munakahat. Boleh cuba-cuba raptai ijab kabul dengan Husin. Wow!

Ana sudah tidak terlalu banyak Wow! lah hari ini ...

Kemaskini 10:00 pm

Kringggg kringggg ...

Hello Ghasidah Sigaraga kekasih buah hati ku. Apa gerangan dinda talipon kanda malam-malam ni. Mahu Kalabul Malami?

... Tak tak tak ... Ana ana ana ... Maaf sayang ... Ana terlupa ... Tak bukan tak sayang ...

... Sudah 40 tahun ana tunggu ente .... Janganlah sayang ... Sayang, ente saja cinta ana selama-lamanya ... Entelah bulan dan bintang menerangi malam. Entelah matahari yang memberi cahaya siang untuk ana.... Maaf ye sayang

Bye ... love you.


Kacau saja ente ini semua bising pasal ana tersilap bulan. Siapa pula pergi kasi tahu sama Ghasidah. Dia sudah marah sama ana ... Dia kata ana tidak sayang pada dia hingga lupa masa kita keluar bergumbira bersama di Kalabul Malami.



Nasib baik dia sedia menerima pujuk rayu ana. Cinta orang tua-tua macam inilah. Cinta hanya banyak berkata-kata. Kami ni selalu lupa. Dia kata 17 hb yang hari Khamis bulan Julai dan bukan bulan Jun.

Pening ana kalau terlepas cinta ana sekali lagi. Lama mahu Abdul Wahub jalan untuk ana dapat balik sama Ghasidah.

Kalau salah, pergi talipon itu Kelab Silver Tortoise dan tanya bila dia bukak untuk tambahan Kelab. ... eh eh bukan Silver Tortoise tapi Heritage Mansion. Inilah orang tua selalu lupa.

Dunia dunia. Ramai orang takut Khairy kena jual. Wow!

Rabu, Oktober 29, 2008

Modal Insan Islam Hadhari di Kalabul Malami




Amacam boleh buat tajuk debat?

Wow! Ana hanya minum sarbat di Kalabul Malami.

Selasa, Oktober 28, 2008

Yang Berbulu Satu Badan atau Ditempat Tertentu?

Husin terbaca blog Aspan Alias.

Menurutnya, politik sekarang sudah bergelora hingga sudah menyerupai hukum hutan rimba.

Ini poster filem pertama Ziela Jalil.

Menurut penulis blog itu, ada Ziela tiruan dan Ziela Maskot. Padanya yang tiruan dalam dunia tidak tahan lama.

Sila baca sedutan dari blog tersebut:
... perbezaan antara Ziela yang pelakon itu dengan Ziela, maskot Tahun Melawat Malaysia yang diperkenalkan oleh Sabaruddin Cik dahulu.

Ziela, orang utan yang menjadi maskot itu berbulu seluruh badannya sedangkan Ziela yang asal hanya berbulu di tempat-tempat tertentu sahaja. (Gambar sebelah kiri: Ziela yang berbulu ditempat tertentu)

Walaubagaimanapun, kedua-duanya bernama Ziela dan tentu kita tahu dan faham bahawa kita sekarang bersama Ziela yang asal atau Ziela yang maskot itu.

Sekarang Ziela maskot itu sudah mati di Zoo Negara. Persoalannya sekarang ialah samada UMNO tiruan mati menuruti Ziela maskot itu ataupun tidak. ..."
Nak tahu selebihnya maksud blog itu, sila baca di sini.

Susah Husin hendak faham dan rungkaikan antara Ziela yang original dan Ziela tiruan.

Hanya Husin suka tengok pada Ziela yang berpakaian Muslimah.

Tak kiralah ada berbulu atau seluruh badan, asal yang ada nampak original. Wow!

Astaghfirullah ...

Nasib puasa enam tinggal berapa hari lagi.

Sabtu, Oktober 25, 2008

Taktik Politik


Sejak politik negara kelihatan begitu rancak mengalahkan junamnya saham dan matawang di pasaran kewangan, terdapat beberapa taktik politik yang terbina dari bertahun-tahun pertembungan politik.

Mengghaffarkan - Ini adalah cara mengalahkan seseorang dengan cara tsunami pencaluan untuk menafikan penyandang jawatan undi bonus dan terus tewas. Ini memerlukan pemberiaan pink form selama dua tahun sebelum pemilihan. Ia perlu kebolehan melakunkan tidak akan bertanding. Contoh: Setelah peraturan ditukar, agak susah untuk Shahrizat mengghaffarkan Rafidah.

Mentengkolokkan - Ini adalah cara mengadakan kempen media atas kesilapan memakai tengkolok yang kelihatan macam salib dan pencabar tersalah cakap. Contoh: Akibat tersalah sebut, propaganda media membesar-besarkan kenyataannya menyebabkan dia ditengkolokkan hingga kalah pilihanraya.
Selain taktik lama ini, beberapa-beberapa taktik baru telah direka.

Mengkepala Agongkan - Ini adalah taktik mengalahkan seseorang dengan menggunakan kepala agong. Contoh: Sipolon tewas kerana perwakilan telah dikepala agongkan dengan wang ringgit.

Memukhrizkan - Ini adalah kemungkinan dimana berjaya memenangi hati akarumbi dan mendapat banyak pencaluann tetapi akhirnya kalah kepada Kepala Agong yang menguasai perwakilan. Ia boleh juga dipanggil Memuhyiddinkan.

Memusa Hitamkan - 1. Ini adalah taktik untuk mengalahkan seseorang dengan memanggil seseorang itu sudah tua. Contoh: Walaupun Rais Yatim itu berpengetahuan dan beretika dan layak untuk menjadi Naib Presiden, dia telah dimusa hitamkan untuk membolehkan Zahid Hamidi dan Khaled Nordin menang. 2. Ini adalah taktik untuk menuntut dipujuk tetapi tidak menjadi. Contoh: Leman sedang memusa hitamkan dirinya dengan menyerahkan surat perletakkan jawatan dengan harapan ahli jawatankuasa akan memujuknya kembali tetapi Presiden menerima perletakkan jawatan sebelum mesyuarat.

Mengazalinakan - Ini adalah cara untuk memastikan seseorang itu menang tanpa ada pertandingan dengan cara mengkepala agongkan. Contoh: YB berjaya memenangi pilhanraya dan jawatan Ketua Bahagian dua kali tanpa pertandingan dengan mengazalinakan calun parti pembangkang dan pesaing dalam parti.

Mengazeez Mamakkan - Ini adalah taktik untuk mendapat simpati pengundi dengan cara buat-buat nyawa hampir terkorban. Contoh: Walaupun usaha untuk mengazeez mamakkan pengundi dari peristiwa tembakkan pistol, pengundi masih enggan memberi undi.

Menorzakan - Ini mempunyai dua makna taktik. 1. Cara untuk mengetengahkan diri hingga jadi pemegang jawatan dengan banyak bersukarela untuk menjadi juruacara majlis. 2. Cara untuk mengetengahkan diri dengan dengan mengundur diri dari pertandingan dan mendapat jawatan lain yang lebih menguntungkan. Contoh: Walaupun usaha menorzakan diri telah berjaya mendapatkan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kementeriaan Kewangan, dia masih tidak diterima akarumbi dan tewas untuk jawatan rendah sebagai Ketua Cawangan.

Menjayjaykan - Ini adalah usaha untuk mendapatkan diri balik jadi Menteri dengan mengkepala agongkan untuk seseorang yang lain, walaupun orang itu tidak memerlukan kepala agong. Selain itu, mereka-mereka yang suka menggunakan taktik ini perlu suka meraba pinggul pelayan-pelayan. Contoh: Setelah digugurkan dari jawatan Menteri Penuh, YB sedang menjayjaykan perwakilan untuk bakal PM mendapat pencalunan sebulat suara.

Menzahid hamidikan - Ini adalah usaha untuk menjadi mendapat jawatan lebih atas dengan sanggup menyuarakan sesuatu untuk bos walaupun permintaan itu bodoh. Contoh: Dalam usaha untuk menzahid hamidikan diri, dia telah didapati mencuri saham dan melakukan pecah amanah.
Akhir sekali,

Menghusin Lempoyangkan - Ini adalah cara untuk menjual seseorang dengan harga lebih untung dari unta kerana dia layak dijual. Wow!

Jumaat, Oktober 24, 2008

Is it a bird? Is it a plane?

Faster than a speeding bullet?
More powerful than a locomotive?
Able to leap tall buildings in a single bound?




Look!
Up in the sky!
It's a bird!
It's a plane!


No! It's not Superman!".

Itsssss Superrrrr-Kok!!!

Saman newspaper faster than a speeding bullet.
More powerful than local council to remove Jawi signboard.
Able to leap tall mineret in a single bound to silence azan.

And more ...

Caught lying faster than Anwar Ibrahim.
Eat more babi than BABI.
Betis more sexy than a covered purdah woman.
Skirt more sopan than Queen.
Invincible to Molotov Cocktail attack.
Withstand face ripped in poster.

For the pursuit of Malaysian Malaysia, sexism and against Social Contract, its Super Kok to your rescue. No no ... thats not true. Her pursuits is not anti Malay, anti Islam, ...very peka.

Superrr Kok! Up Up and away!!!

Rabu, Oktober 22, 2008

Masa untuk KJ tukar slogan

Pak Habib panggil KJ sebagai Lord of the Lomang. Buluh sudah merkah masa bakar. Habih Lomang di dalam. Pasal nak masak lomang, rosak buloh.

Mana tidak, kempen KJ mengelirukan.

Apa pula kata bertanding atas kekuatan sendiri. Mana orang sokong KJ atas kekuatan sendiri? Sudah tertinggal, ada pula wahyu buat YB K.

Kata seluroh Pemuda Sabah sokong KJ, macam mana Kota Belud dan Tuaran pun KJ tak dapat pencalunan? Wangsa Maju, Kuantan, Putrajaya, dan banyak kawan-kawan setia tidak reti apa yang KJ kempen.

Nogori Lomang Negeri Sembilan konon tompek asal usul pun tak dapek pencalunan. Ada ompek Bahagian tinggal. Siap-siap Rombau pooi kek orang lain. Malu tak dapek dari kampung sondiri. Suruh Norza anu ketot kempen di Pilah. Atau kampung ekau sebonarnyo di padang pasir mano-mano. Negeri omputih takdo la, muko itam serupo Azeez dan Reezal.

Tiap-tiap tahun, KJ buka mesyuarat Pemuda Bahagian sampai orang lain tidak boleh. Bila KJ kata disekat bertemu Pemuda akarumbi, orang keliru. Khir Toyo kata tidak ada masaalah.

KJ kata ada anasir tertentu mahu menyekat perjalanan Mesyuarat. Macam mana Rantau Panjang dan Gelang Patah yang kecoh, KJ yang dapat. Apabila ada Pekida berada di Mesyuarat di Pulau Pinang, KJ yang menang.

KJ persoal mengenai politik wang, orang pun keliru. Orang datang dengar dan sokong KJ kerana wang saja. Keliru orang KJ bercerita mengenai Setia Kawan.

Slogan kasi tukar ...

Photobucket


Barulah orang boleh faham.

Kalau hendak dapat lagi dua tiga pencalunan untuk layak bertanding, berhenti kelirukan orang. Kasi duit banyak-banyak untuk dapat sokongan.

Mula dengan petang ini, petang Rabu bila berjumpa Pemuda Bukit Bintang di Kelab Sultan Sulaiman. Tak payah cerita perjuangan UMNO bermula di situ. Kasi duit beribu-ribu seorang. Dapatlah pencalunan dari Bahagian-Bahagian.

Dengan slogan baru, orang boleh diubahkan. Pencaluan akan turun melimpah. Ada lima bulan bayar "zakat" banyak-banyak.

Kepala Agong bisa meredakan tsunami yang melanda. Kepala Agong untuk berlawan sesama sendiri. Kepala Agong boleh menundukkan mereka yang tidak bermoral dan prinsip.

Sementara itu, Suqiu, Dong Zhong, dan Hindraf terus mendesak. PKR di Permatang Pauh mengasak Pemuda cabut dan tutup gate.

Hendak baikkan keadaan, ikut nasihat Nik Aziz. ... Kasi ambil, undi orang lain.

Kalau diikut nasihat Nik Aziz, licin war chest KJ yang dikatakan RM1 billion. Licin macam kepala Tuan Sadiq Sigaraga tapi jawatan Ketua Pemuda masih tidak dapat.

Wow! Lagi untung jual orang dari jual unta. Orang yang kena jual lebih rendah martabat dari unta.

Isnin, Oktober 20, 2008

Ini lalang atau orang?

Sekejap ikut arahan Anwar, sekejap puji Dr Mahathir.


Sekejap setuju Muhyiddin walaupun salah, sekejap sokong Imam Hadhari dan mazhabnya.


Konon penyokong Najib, Tapi ikut telunjuk Dolah.

Macam mana lalang boleh bercakap ye?

Hairan ...

Oh ... orang rupanya ...


Pandai pulak senyum.

Macam mana senyum pun, orang yang macam lalang tak boleh masuk bergambar sama-sama ...


Itu pun ada juga sebatang dua terlepas.

Mana tukang kebun ... kasi tebas kasi bersih semua lalang ini.

Khamis, Oktober 16, 2008

Dunia ...Dunia ... (6): Baru Tahu?


Baru tahu?

Kali ini, Husin tidak lelong Syed Hamid. Siapa Menteri KDN sebelum ini ....? Apa ke bangang! Benda asas macam ini pun tak tahu.

Macam mana boleh ada niat nak sorok-sorok cuba tembak orang dan dapatkan pencalunan?

Kalau Husin jadi Menteri KDN, ini macam kumpulan Husin buat macam Magistret Labu. Masuk jail hukum kerja berat.

Yang tidur dan lalai dalam kerja, suruh ketuk ketampi di Parlimen.

Wow! Jual orang lagi untung dari jual unta.

* Oleh kerana ada orang itu dah umum undur, dia dah jadi maksum. Tak boleh dikritik. Kita kritik, kena marah. Walaupun dia tak betul, orang marah kita. Nak tocang lah dia. Leceh ...

Rabu, Oktober 15, 2008

Macam-Macam Tajuk Berita dan Majallah


Disamping tajuk berita yang telah dikumpulkan oleh Agensi Boreh & Nasik, tajuk-tajuk berita, majalah dan jurnal ini telah dikumpul oleh Agensi Husin Lempoyang:

JB Advert

PENGIRA UNDI DIPERLUKAN

Upah lumayan. Tak perlu IC. Tak perlu SPM. Kepakaran silap mata terup. Hubungi Jais, Keluang 013-iuqnhfl atau Dolah, Pulai 017-jaglgal

REMBAU Financial

Wang Kertas Kekurangan, BNM Hantar Bekalan

BeROk hiTAm COMedy weeKLY

Khairy claim Mukhriz spent RM10 mil to win nominations

ETHOS ECHO

Fourth Floor Capital secure another fund from Government

... PM says it proofs young Malay professionals are competitive and ready for removal of NEP policies. They are able to secure business in the open market ...

Kota Kinabalu Tribune

Chairman Denied Disallow Floor Nomination for Khairy

... because there was no floor nominations allowed. However, Khairy managed to win ...

Suara Penjual Cendul

Helah penjual cendul merapati peguam dalam pencalunan Naib

Famili Magazine

Role of Father-in-law in Political Advancement

... Calls made on Ministers and Division Chief to address problem of insufficient nominations for Pemuda Chief candidates ...

Suaro Kelate

KJ KASI PITIH, UNDI MUKHRIZ. TOKSE PITIH, JUGA MUKHRIZ.

Journal of Reverse Psychology

Khairy denied oppourtunity to meet delegates.

Majallah Filem Malaysia

Sadiq Sigaraga Akhirnya Terjual

Selasa, Oktober 14, 2008

Khairy dapat satu lagi pencalunan, Rahman Dahlan diberi penghormatan mandi

GAMBAR ATAS: Papantanda di Iskandar untuk rakyat mengikuti
kemenangan yang dijangkakan untuk Khairy

TERKINIJOHOR BARU: Khairy berjaya mendapat satu lagi pencalunan untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO selepas satu lagi Bahagian baru di persisiran pantai Johor habis mengadakan Mesyaurat Pemuda UMNO tengahhari tadi.

Kemenangan ini telah meningkatkan jumlah pencalunan untuk Khairy kepada 20. Khairy mendahului pesiangnya Dato Seri Dr Khir Toyo yang mendapat 12 pencalunan dan Dato Zahidi Zainal.

Sehingga hari ini, TV3, Berita Harian dan NSTP masih menhadapi masaalah teknikal untuk melaporkan jumlah pencalunan untuk Mukhriz. Ketiga-tiga media ini hanya melaporkan Bahagian yang telah memberi kemenangan kepada Khairy.

Bahagian UMNO Pulau Kodomo Lion yang memberikan kemenangan untuk Khairy adalah Bahagian baru yang ditubuh oleh Dato Seri Syed Hamid Albab. Pulau Kodomo Lion terletak tidak jauh dari Pulau Putih Mata.

Kemenangan baru banyak dibantu oleh kehadhiran ahli-ahli Pemuda UMNO yang bekerja di Pulau Putih Mata sebelahan. Keahlian UMNO di sini terbuka bekas-bekas penuntut United World College, Singapore.

Beberapa lagi Bahagian yang baru ditubuh oleh beberapa Menteri dari Terengganu, Perak, Kedah, dan Melaka akan bermesyuarat. Malah kerajaan Pulau Pinang sedang mengusahakn satu pulau baru untuk dimesyuaratkan. Harapan cerah untuk Khairy.

Buat masa ini, sumber-sumber dari Sabah menyatakan Dato Abdul Rahman Dahlan yang sedang bertanding Timbalan Bahagian Tuaran sedang dimandikan. Abdul Rahman adalah Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Pusat.

Memandikan merupakan satu adat penghormatan untuk Rahman yang tidak memberi pencalunan untuk Khairy Jamaluddin.

Keputusan pemilihan masih belum keluar.

Ditanya mengenai harapannya, beliau tidak pentingkan menang atau kalah tetapi peluang untuk memberi perkhidmatan setiakawan. - Agensi Husin Lempoyang

Ahad, Oktober 12, 2008

Sharon Stone Tidak Boleh Di Rekomen Dato Oleh Ali Rustam


Senyum besar Dato Seri Ali Rustam ...

Adakah dia suka benar pelakun popular Bollywood, Shah Rukh Khan dianugerahkan Dato oleh Yang Dipertua Melaka, Tun Khalil Yaacob hari ini? Adakah pasal dia yang rekomen? Kenapa kasi Shah Rukh? Pak Aziz Shamsuddin, Setiausaha Tun rasa pelik. Kenapa dia pilih Shah Rukh dan bukan Amitabh Bachan?

Mengikut alasan Ali Rustam, Shah Rukh dianugerah Dato kerana sumbangannya memperkenalkan Malaysia dalam filemnya. Walaupun Shah Rukh hanya sapi dan ini susu producer dan tuan director yang punya, dunia hanya kenal siapa yang bernai dan di hadapan. Dia yang akan dapat hasil.

Tanya Norza. Walaupun anu kecit tapi berani. Dari hanya juruacara Majlis, dapat naik sampai ahli Majlis Tertinggi dan Setiausaha Politik. Dia nak bertanding ahli Majlis Tertinggi. Sayang dia Setiakawan, bukan Berani Berubah!

Husin rasa, mungkin Ali Rustam mahu Shah Rukh dianugerah Dato kerana dia rasa muka dia macam Shah Rukh. Walaupun Tun rasa dia macam Mere Nam Joker, dia rasa muka dia macam Timbalan Perdana Menteri. Kita tidak pernah tengok muka Ali Rustam tanpa misai. Dia pun ada iras-iras macam sekapal dengan Shah Rukh. Satu yang Husin pasti Ali Rustam tidak syok pada Shah Rukh.


Pasti tidak lama lagi, ada chance kita lihat Madhuri Dixit, Kajol dan Aishwarya Rai bergelar Dato Melaka. Wow!

Husin teringatkan satu musical Broadway yang dijadikan filem Hollywood semasa zaman muda-muda trang tang tang dahulu.

Filem itu, South Pacific menjadi satu filem klasik dan kekal selama-lamanya perkenalkan keindahan Pulau Tioman ke dunia. Sepatutnya pelakun-pelakun utama, Rossano Brazzi, Mitzi Gaynor dan John Kerr patut diberi anugerah Dato.

Yang Di Pertua Melaka adalah orang Pahang.

Sebagai orang Pahang, mestilah terkenal sebagai berjiwa besar dan segala-galanya besar, negeri-negeri yang mana orang Pahang berperanan memang pemurah dalam memberi penghormatan kepada orang.

Apa salahnya dianugerahkan mereka yang berjasa untuk Pahang?

Dalam filem Hollywood, Disclosure berasaskan buku Michael Crichton, nama Malaysia disebut dengan jelas berkali-kali.

Dalam cerita aksi itu, syarikat elektronik lembah silikon dalam cerita mempunyai sebuah kilang elektronik di Malaysia. Hero kita dianiaya oleh seorang eksekutif perempuan yang bercita-cita tinggi.

Tanpa diketahui hero, eksekeutif itu telah pergi ke Kuala Lompor telah mengubah aturan kilang di Keramat untuk menggagalkan projek dia. Jika diketahui orang atasan, dia akan dipecat syarikat.

Watak pengurus kilang di Kuala Lumpur adalah seorang mamak bernama Mohamad Jafar. Bumiputera jugah ...

Dato Micheal Douglas dan Dato Demi Moore sedang
beraksi memperkenalkan Malaysia pada dunia

Mengikut pemikiran Ali Rustam, Micheal Douglas dan Demi Moore patut diberi gelaran Dato Melaka. Filem blockbuster ini memberi pendedahan kepada negara bernilai ratusan juta nilai waktu iklan.

Filem Entrapment pula memperkenalkan Menara Berkembar KLCC ke dunia.

Cerita ini adalah mengenai pakar perompak berlian yang merompak wang berbillion ringgit. Mereka berdua mencerobah masuk pusat komputer di ibu pejabat sebuah cawangan Bank antarabangsa di KLCC dan menyalurkan ke dalam akaun mereka pada malam Milleneum masuk tahun 2000.

Filem itu penuh dengan adegan-adegan yang digambarkan di Kuala Lumpur dan Melaka. Yang menariknya, camera trick mereka memaparkan Sungai Melaka yang penuh biawak itu panjangnya boleh melalui Kampun Baru, Kaula Lumpur sampai bertemu KLCC.

Pelakun-pelakun utama patut mendapat gelaran Dato Sean Connery dan Dato' Catherine Zeta Jones. Catherine adalah isteri Michael Douglas.

Filem The King and I pula digambarkan dengan sepenuhnya di Malaysia. Sebuah istana berjuta ringgit telah dibina di Shah Alam dan ini dibelanjakan di Malaysia.

Ramai pelakun-pelakun tempatan mendapat pendedahan berlakun dalam filem Hollywood. Husin ingat hanya Aflin Shauki tetapi ingat kebanyakkan pelakun pentas Bangsar Actor Studio mendapat peranan.

Eh ... salah poster.

Itu versi klasik yang dilakukan oleh pelakun-pelakun kelasik Yul Bryner dan Deborah Kerr. Mereka berdua tidak berpeluang dapat Dato dari Ali Rustam dan Tun Khalil.

Versi moden dibintangi oleh Judy Foster dan Chow Yun Fatt. Mereka berdua patut diberi anugerah Dato

Kalau pelakun sophisticated Judy Foster tidak perkenan, pasti Dato Ali jenis yang suka lakunan Chow Yun Fatt. Dia banyak berlakun filem-filem bodoh dari Hong Kong.

Suka hati Dato nak kasi CHow Yun Fatt, tapi ...

Yang itu tidak boleh, Tok.

Sedut air liur tu balik. Tak boleh.


Betul ... Michelle Yeoh pun banyak berlakun filem Hong Kong.

Dia sudah pun dapat Dato'. Dia pun ada yang punya, bukan Dolah.

Kalau nak kasi lagi Dato, biar Dolah yang rekomen. Berikan pada orang lain. Dolah hendak kasi kontrak RM10 juta sebagai Duta Perlancongan.

Dolah belum turun lagi. Jefri Zain tidak mahu lagi. Jangan bolayan dan ubah politik kepada Dato Seri Najib lagi. Takut Dolah flip flop.

Malah, Sharon Stone yang berlakun dalam filem Basic Instinct pun tidak boleh diberikan Dato'. Cukup dangan Dato Micheal Douglas saja.

Pertama, filem ini kena ban di Malaysia. Orang ramai dapat tengok filem ini dibeli dari penjual VCD dan DVD haram. Kedua, filem ini tidak dibuat penggambaran di Malaysia. Paling utama dan ketiga, filem ini akan menimbulkan salah faham politik.

Dato Ali tidak perlu risau Najib buat interpretasi salah. Yang selalu akan buat interpretasi salah adalah orang-orang yang bakal bekerja dengannya. Filem ini mudah disalaherti budak-budak yang berangan hendak jadi penasihat tingkat empat baru sebagai menyokong Tengku Razaleigh.

Macam mana tidak, filem ini ada adegan "Pontianak dari Gua Musang" ...


Hooo ... takutnya. Pontianak!!!!

Jumaat, Oktober 10, 2008

Aiyeah Cik Siti ... Olang Manyak Galang



Haiyo … Manyak galang ini semua olang. Olang tua tu pun masih galang.

Misti la. Najili, Ajalina, Shabeli, Kaled, sama Singa Kotomo misti tefen itu bos. Airmuka tia misti kasi jaga, lo. Walau mahu pencen, ia bos juga.

Dia kasi kita makan manyak-manyak. Kenyang sampai cicit, tak abis lo. Pelut manyak buncit. Hitup misti ada siti-ya. Yah yah ... setia, bukan se-tiu.

Tapi … mana tulu manyak galang. Sulah talak? Mat Taip? Jahid Hamili? Ali Lustam? Shalil? Lapita? Shahitan? Lijal Malikan? Tan Sili balu, ah Anua Musa? Apa pasai tiam-tiam, sikalang?

Gatuh la. Gatuh. Lagi tegang, lagi bes, lo. Mini wa cakap pun talak tegang, talak bes ... Hehehe ... kita tengok sapa masuk pelangkap, anon 12:48 pm?

Aiyah cik siti,
Olang manyak mulah, lo.
Wa apek jahit kasut,
Bukan jahit olang.

Puteri Gunung Ledang Mengenai Sebab Dolah Tak Tanding


Husin terbaca satu komen di Chedet.com dalam posting Tun mengenai Bekas Menteri Penyelesai Halal Haram. Baru faham kenapa Dolah tak bertanding:

Puteri Gunung Ledang on October 9, 2008 7:13 PM

Dearest Tun...

Tun, do you want to know why Pak Lah FINALLY quit? He.. :-)

Because he read your blog...

Selama ni Pak Lah selalu syok sendiri. Dia selalu ingat semua orang sayang kat dia.. Dia selalu disorongkan dengan cerita cerita dongeng yang semua orang sayang dia, support dia, kebanyakan source dari KJ pun... KJ yang menkhayalkan Pak Lah selama ini... KJ cuma menunjukkan 10% yang orang suka Pak Lah, dia tak pernah tunjuk/cerita yang lagi 90% majority semua sebenarnya tak suka Pak Lah...

Satu hari tu, Pak Lah tergerak hati buka & mengambil masa membaca blog Tun, chedet.com ni. Pengsan dia....!!!! Baru dia baca & lihat dengan mata kepala dia sendiri yang begitu ramainya comments, begitu ramainya orang yang tak suka dia sebonarnya...

He realised, these are all REAL PEOPLE (yang comment), baru dia tahu segala gala kelemahan dia selama ini. Baru dia tahu banyak perkara. Baru dia tahu realitinya.

Entahlah Tun... saja saja terfikir begitu... I actually really wish he really reads your blog, every words by words, every archives by archieves and every comments from all the commentors. But it sounds too impossible pulak kan, coz he prefer to sleep and doesn't care about what is happening to the country or to the rakyat.... :-(

It was just my wish...

Salam sayang teramat amat sayang sangat sangat buat Tun.
Husin terfikir.

Kalau kita beli buku Chedet.com yang agak murah, RM25 senaskah dan hadiahkan kepada perwakilan-perwakilan dan mereka berpengaruh dalam satu-satu kawasan, boleh kita kasi faham pada mereka apa yang terjadi selama ini.

Talipon 7620 8111 ext: 108/109 untuk orde. Amacam Dato Kadir Jasin, boleh 5 persennnn???!!!!

Kalau hantar banyak-banyak ke Rembau dan mana-mana, agak-agak terbuka ke tidak mata mereka?

Dulu ada buku Hikayat Khairy pun, akhirnya mereka pilih dia. Orang baca Kepala Agung saja, ke? Semalam ada komentar kata ceritanya Kepala Agung juga ...

Anwar tentu faham ...

Wow! Ana lah sekarang penentang korupsi, kroni, nepotisma, perpaduan kaum dan kebebasan.

Khamis, Oktober 09, 2008

Dunia ... Dunia ... (5): Nak Pencen Tu, Pencen La Tuan Sadiq


Nak pencen tu, pencen la, Tuan Saddiq.

Apa lagi nak tubuh tiga Suruhanjaya dan ada lima misi lagi?

Dah tinggal 5-6 bulan dan tolak cuti dua bulan, jadi tinggal lebih 3-4 bulan untuk buat usaha-usaha jangkamasa panjang?

Selama 5 tahun buat apa? Ini semua janji tahun 2004!

Apa jadah nak buat Suruhanjaya Hakim? Nak kasi pulun ex-gratia yang tak payah beritahu sesiapa ke? Nak kasi Hindraf control mahkamah?

Nak siasat salahlaku anak, menantu, Tingkat 4 dan kroni bagus juga?

Mula-mula Husin tak mahu lagi cerita pasal Dolah tapi dah akhir-akhir pun buat kerja pelik. Ini buat orang sakit hati.

Dunia .. Dunia ... Ini macam orang pun ada juga kah?


Kesian ... 50 pound sterling pun boleh. Selagi ada suai.

Rabu, Oktober 08, 2008

Salah Itu Obama, Salah Tu ...Ambil Anwar

Amerika sekarang sedang hadapi masaalah ekonomi dan kewangan yang sangat tenat.

Ekonomi mereka sudah tidak mengembang dengan pesat dan kenaikan minyak betul=-betul menyusahkan mereka. Krisis sub-prime dan kegagalan institusi kewangan, insurans, dan perbankan begitu besar hingga menyerupai Great Depression sebelum Perang Dunia.

Disamping itu, belanjawan ketenteraaan Amerika di Afghanistan, Iraq dan lain-lain tempat sudah diluar jangkaun kemampuan.

Dewan Senat Amerika pula melakukan kesilapan besar untuk meluluskan bailout sebanyak US$700 billion. Ini tidak akan memperbaiki keadaan.

Amerika sepatutnya mengikuti program IMF untuk membiarkan pasaran bebas memainkan peranannya. Biar yang berkebolehan, naik. Yang tidak effisen, tidak boleh dibantu dan disokong tidak henti-henti.

Untuk memulihkan ekonomi, Amerika patut berhentikan projek-projek pembangunan.

Ia patut digandingkan dengan polisi kewangan - menaikkan kadar faedah dengan mendadak, 30% dari pinjaman Bank patut disuruh bayar balik segera, bayaran minima kredit kad patut diturunkan dari 10% ke 5%, pinjaman jual beli kenderaan dikurangkan, dan lain-lain.

Husin tadi mendengar debat antara Obama melawan McCain.

Semasa disoal oleh Tom Brokaw, moderator debat, Tom Brokaw siapa mereka akan ambil sebagai Setiausaha Perbendaharaan (Secretary of Treasury) untuk menyelesaikan masaalah ekonomi.

McCain hanya jawab, "Bukan anda, Tom". Obama pula cadangkan Pengurus Dana hebat, Warren Buffet.

Salah tu Obama, salah.

Ambil Anwar Ibrahim sebagai Setiausaha Perbendaharaan.


Anwar adalah konsultan World Bank. Dan, juga pakar dalam program baik pulih ekonomi IMF. Walaupun dia hanya ijazah Malay Studies, keluar dari penjara dia jadi Adjunct Professor di Georgetown University dan hebat bercakap mengenai akauntabiliti dan Masyarakat Madani sampai ke Oxford dan Harvard.

Pendik kata, apa dia cakap, Amerika akan dengar. Mustahak tu.

Dialah Menteri Kewangan semasa Malaysia membangun dengan pesat. Minyak tak naik, ketika Anwar Menteri Kewangan.

Anwar tidak ada kroni, tidak rasuah, tidak main politik wang untuk menjatuhkan Tun Ghaffar Baba, tidak guna wang untuk bayar ADUN Sabah lompat parti dari PBS, dan tidak tolong adik beradik dia jadi Penasihat KDEB.

Nalla fitnah pasal duit RM60 juta. Azizan dan Saiful hanya fitnah.

Betul, itu yang dia cakap. Tak akan sampai nak bersumpah.

Jika Dr Mahathir tidak kacau dia, Anwar sudah pasti akan selamatkan masaalah krisis matawang tahun 1997. Malaysia lakukan bailout dan Selective Currency Control pada tahun 1997 kerana tidak mahu program IMF.

Walaupun Dr Mahathir dilihat berjaya pulih ekonomi, sejak tahun 2004 hingga sekarang, 2008, ekonomi menjadi caca marba dan teruk. Ini menunjukan program pembaikan pulih ekonomi tahun 1998/2000 gagal.

Obama, ambil Anwar.

Semasa menjadi Menteri Kewangan dulu, dalam setahun Time Magazine gelarnya sebagai Minister of Finance of the Year. Margret Thatcher siap kata, "Kalau ada pilihan, dialah Menteri Kewangan yang dia mahu."

Rugi tak ambil.

Dalam setahun, dia akan jadi Setiausaha Perbendaharaan of the Year. Selesai masalah Amerika. Percayalah guna cara IMF, tak payah bailout.

Selasa, Oktober 07, 2008

Babak-Babak Terakhir: Menantu Bayar Zakat Hari Ini


Hari ini Tuan Sadiq akan memberi zakat.

Siapa-siapa yang suka barang dalam kedai ini, sila ambil. Semua dalam ini adalah harta negara bapak mertua.



Assalamualaikum Ya Tuan Guru.

Ana anak menantu Tuan Sadiq Sigaraga, Abdul Wahub, merangkap Tuan Penasihat, Kassim Pantalon, dan juga digelar Autaman mahu memberi zakat.

Saya hadiahkan kedai ini untuk rumah anak anak yatim. Bayar zakat. Negara punya.

---------------------------


Ana sendiri sedang membayar zakat.

Sesiapa yang tidak dapat zakat seribu seorang dari ana semasa open house di Rembau, boleh datang ke Grand Continental Hotel, Kuala Lumpur petang ini.

Pada 8:30 malam ini, ana berada dengan Pemuda Bahagian Air Hitam di Kampung Parit Yusof, Parit Yani, Yong Peng Johor.

Walaupun ana tidak ada kerja dan gaji, ana kasi juga zakat. Hehehe ... ini untuk bersihkan la ...

Wow! Menunggu Ghasidah, kekasih hamba jadi Mem Besar. Cemburunya ...

Isnin, Oktober 06, 2008

Ingatkan Si KJ Ultraman, Rupanya Autaman


Utusan Malaysia Oktober 6hb, 2008

Kekuatan sendiri – Khairy

REMBAU 5 Okt. – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata, beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda berdasarkan pada kekuatan dirinya sendiri dan bukan kerana pengaruh pihak lain.

Menurut Khairy, beliau berharap semua perwakilan yang akan bersidang mulai 9 Oktober ini dapat menilai dirinya kerana kredibiliti serta kekuatan beliau sejak menjadi Naib Ketua Pemuda empat tahun lalu. ...

Bunyi okay so far ...

The Star, Sunday October 5, 2008

Khairy firm on Umno Youth chief bid

By SARBAN SINGH

REMBAU: Umno Youth deputy chief Khairy Jamaluddin will go ahead and contest the top post in the wing even if the party president decides not to defend his position during the party polls next March.

Khairy, who is also Rembau MP, said although Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi was his father-in-law, he had never relied on Abdullah’s position to garner support.
Ha ha ha ... biar betul.

I have never used my father-in-law’s influence for personal gain. I will be banking on my record as deputy chief for the past four years and for the party work that I have done,” he told reporters Sunday when met at his Hari Raya open house at Kg Gadong near here. Also present was his wife Nori Abdullah.
He he he ... Mak Ai ... pecah perut aku?

“The Youth will decide who they want as their leader.”

On Sept 26, Abdullah had said that he would decide by Thursday -- when the 191 Umno
divisions start nominating leaders for the top party posts -- whether he would defend his position.

Khairy rubbished claims by critics that he was banking on his ties with Abdullah to win the wing’s top post, adding he had the credentials to lead including being campaign director for the Barisan Nasional Youth in several by-elections.
Ha ha ha ha ... memang melucukan. Tak boleh cari makan Husin Lempoyang.

Husin ingat Ultraman, rupanya Autaman.


Nah .... ini kau juga yang cakap.

Sambung laporan tadi.

He also hoped party members would not resort to money politics as this would destroy the party
Yang ini Husin ketawa lagi besar ... koh koh koh kah kah kah. Masing-masing bawak balik duit raya seribu sorang masa beraya Rembau, mana nak sorok?

Autaman ... Lagi untung dijual dari jadi Ketua Pemuda. Wow!