Jumaat, Mei 30, 2008

Strategi Melawan Ezam Masuk UMNO

Suatu berita SMS tergempar sudah masuk!

Dr Mahathir akan dijadikan Ketua Baru GERAK menggantikan Ezam Mohd Nor yang telah kembali menganggotai UMNO. Sebelum ini, Dr Mahathir telah berhenti keahliannya dari UMNO.

Kembalinya Ezam ke UMNO agak pelik. Dia boleh datang ke Parlimen untuk menyerahkan borang dan Pak Lah boleh terima begitu sahaja.

Tan Sri Mahyuddin tidak begitu selesa dan berkata Ezam adalah seorang yang mempunyai rekod dan tentu sekali memerlukan Majlis Tertinggi untuk meluluskan. Dato Najib datang terima borang, berkata, "Orang ramai boleh buat tafsiran" dan terus keluar.

Oleh kerana UMNO sudah macam bapak dan keluarga dia punya, maka Ezam yang pernah maki seranah UMNO disambut dengan penuh publisiti.

Bagi pemerhati-pemerhati politik, kemasukkan Ezam sudah dijangka. Tidak berapa lama selepas keluar dari PKR tahun lalu dan memegang jawatan sebagai Ketua GERAK, Ezam dapat bertemu PM untuk menyampaikan laporan berkenaan salah laku seorang Menteri. Kemasukkan Ezam sdah dijangka.

Ezam sudah menyatakan kesediaan untuk bertanding Ketua Pemuda UMNO dan ini dilihat sebagai tekanan terhadap Mukhriz atau Khir Toyo. Mungkin sekali Khairy yang tidak ada harapan untuk bertanding Ketua dan terpaksa bertahan di Naib menggunakan ini untuk menggabrakan Hishamuddin dan kekal Ketua.




Mukhriz atau Khir Toyo mungkin akan undur diri jika Hishamuddin kekal. Sebenarnya antara mereka berdua boleh tewaskan Khairy. Harap-harap "Hashimah" membuat keputusan yang berani dan bijak. Dia pun mempunyai tiga soalan sebelum sedia menerima Ezam, tetapi masih ditunggu-tunggu lagi.

Ezam mempunyai agenda peribadi dan ramai menjangka dia merancang untuk membawa kembali Brader Anwar Bin Ibrahim kedalam UMNO.

B.A.B.I. sedang menunggu masa untuk bertanding Parlimen Kelana Jaya atau PJ Selatan. Mungkin Ezam akan dipertandingkan, tetapi pasti membenar dirinya dikalahkan. Kalau kepimpinan UMNO bijak, letak keahlian Ezam dalam probation dan suruh dia bantu dan pastikan kekalahan Anwar dahulu dengan orang lain yang bertanding.

Asal bukan Mat Taib yang ditandingkan, Insya Allah. Kalau Aziz Shamsuddin atau mana-mana bekas Polis, tentu menarik.

Jika Anwar menang dan masuk Parlimen, dia bakal meletakkan tekanan ke atas Dolah. Akhirnya Anwar boleh masuk kembali ke dalam UMNO dan menggantikan Dolah sebagai Presiden dan PM.

Dengan perlantikan Dr Mahathir sebagai Ketua GERAK, rancangan itu mungkin gagal. Jika Ezam ada 6 kotak yang sampai sekarang tidak keluar-keluar, maka Dr Mahathir ada 6 lori hanya berkenaan rasuah Anwar dan kroni-kroninya sahaja. Lagi 6 lori mengenai salahlaku seks Anwar. Dan 6 lori lagi untuk dokumen yang menerangkan kenapa mulut Anwar serupa macam tak renti di jolok straw.

GERAK memerlukan gedung simpanan besar baru untuk menyimpan dokumen-dokumen yang ada pada Dr Mahathir, selain dari dua fail berkenaan Nazri Aziz dan Annuar Musa yang telah diserahkan kepada Pak Lah untuk tindakan.

Dengan blog Dr Mahathri yang dapat mencecah 1 juta dalam masa sebulan, susah Pak Lah, Anwar, Khairy dan Ezam dapat menentang Dr Mahathir yang mempunya besar sekali publisiti. Lain pula tekanan dari dalam UMNO.

Jika Peguam Negara tidak membawa kes-kes ke mahkamah, pendedahan akan menyusahkan mereka. Rancangan Pak Lah untuk kelihatan sebagai seorang reformis akan jadi ikan busuk yang hamis jika dia menahan sebarang kes dari dibawa ke mahkamah.

Samada cerita kemasukkan Dr Mahathir sebagai Ketau GERAK ini betul atau salah, masih belum dapat dipastikan. Apahal pun politik tahun 2008 ini menarik. Wow!

Khamis, Mei 29, 2008

Middle Rock Menjadi Pulau Kodomo Lion


Ekoran keputusan ICJ untuk memberikan Pulau Batu Puteh kepada Singapura dan Middle Rock kepada Malaysia, kedua-dua pihak bersetuju untuk menukarkan nama kedua-dua pulau tersebut.

Singapura mahu mengambil hati orang-orang Johor dan bersempena dengan kedudokannya di alam Melayu untuk tidak memanggil pulau itu Pedra Banca tetapi memanggilnya Pulau Putih Mata.

Middle Rock pula akan dipanggil Batu Kodomo Lion bersempena kejayaan Mantan Menteri Luar Negara mengambilalih Batu tersebut dari Singapura. Jika ayahnya dipanggil Singa UMNO, Syed Hamid pun sama garang macam jenama ubat gigi Kodomo Lion.

Majlis Tertinggi UMNO bercadang untuk segera melantik Syed Hamid sebagai Ketua Bahagian UMNO Penaja.

Dia pun sudah ada rancangan untuk menggunakan longgokan pasir yang tidak terjual ke Singapura sejak dari tahun 2004 untuk menambak hingga menjadi Pulau Palm seperti di Dubai. Syed Hamid bercadang untuk membesarkan Batu Kodomo Lion menjadi Negeri Selat Laut Cina Selatan baru dalam Persekutuan Malaysia.

Ura-ura mengatakan, Syed Hamid akan menempatkan semua Arab-Arab yang datang ke Malaya menjual carpet, minyak wangi, kayu gaharu, lukisan khat ayat Quran, songkok dan tarbus, kitab-kitab dan lain-lain untuk menjadi penduduk kawasan baru ini.

Sebahagian tanah akan dijual kepada Ronaldinho dan Cristiano Ronaldo. Pembeli pertama bakal ditawarkan kepada Husin Lempoyang, taukeh pasukan lumba unta.

Ini juga cara untuk anak-anak Arab berpeluang menjadi Menteri Besar. Di Johor, Syed tidak diiktiraf sebagai Melayu dan tidak akan direstu Tuanku untuk menjadi Menteri Besar. Bertambah lagi, Syed Hamid tidak diperkenan lagi oleh Tuanku dan pernah dimarahi Tuanku Sultan Johor di khalayak ramai ekoran pembatakan Jambatan Bengkok, "Kau tipu aku. Aku dendam kau!"

Untuk pemilihan UMNO tahun ini, Syed Hamid sudah pasti mendapat dua pencalunan untuk bertanding Naib atau Timbalan Presiden UMNO. Walaupun, dia tidak pernah menang apa-apa jawatan dalam apa-apa pemilihan UMNO dari masa pemuda hingga ke zaman tua, dia masih merasa kepimpinannya hebat. Cuam tidak sehebat Pak Lah.

Usaha penambakan boleh menjadikannya Ketua Perhubongan bagi Batu Kodomo Lion. Syed Hamid pun dikatakan sudah mempunyai cukup modal hasil dari sokongan belia dan sebagai Presiden MAYC, dia ingat dia masih muda dan bertenaga untuk mengusahakan projek ini.

Apabila Batu Kodomo Lion sudah dinaik tarif menjadi Pulau, rancangan Syed Hamid adalah untuk bekerjasama dengan Patrick Lim untuk Pak Lah melancarkan Koridor Jenin yang meliputi Pulau-pulau Laut Cina Selatan dari Pulau Kodomo Lion hingga Pulau Tioman sampai ke Pulau-Pulau Peranginan di Terengganu.

Perancangan pengapungan saham syarikat pembangunan Batu Kodomo Lion sudah dibuat oleh ECM Libra-Avenue dan akan disenaraikan sebagai saham Infrastruktur. Bahagian untuk Khairy sudah diperuntukkan.

Patrick Lim sudah bersedia menyalurkan keuntungan Monsoon Cup kepada rancangan Koridor berbillion billion Ringgit ini. Michelle Yeoh pun sudah sedia membenarkan bahagian tubuh badan lain dari bahu untuk diraba oleh Perdana Menteri semasa makan malam pelancaran.

Cemerlang Gemilang Terbilang ... eh dah lama tak dengar slogan ini. Wow!

Rabu, Mei 28, 2008

Orang salah, gelabah macam gitu

Ini betul-betul bukan olok-olok. Cobaan ...

Sehari selepas Tun Dr Mahathir mengumumkan pengunduran keahliannya di Alor Setar pada hari Isnin cuti Wesak, satu SMS tersebar:

Sebuah cawangan dengan ahli 420 orang di Bahagian PJ Selatan akan mengadakan Mesyuarat Agong Tergempar untuk bertujuan untuk membubarkan cawangan.

SMS ini bersebarlah keseluruh ahli-ahli UMNO Bahagian PJ Selatan hingga akhirnya sampai ke handphone Dolah sendiri.

Sudahlah malam semalam, hanya 1,300 orang Ketua-Ketua Cawangan UMNO Selangor yang hadhir dari 3,000 yang sepatutnya datang. Terpaksa menipu dalam syarahan konon laporan Shabery Chik mengatakan ada usaha menggagalkan pertemuan.

Masih tidak faham orang tua ni, orang tidak suka dan tidak payah perlu buat apa-apa usaha pun.

Dolah terpaksa elak dan tidak jawab satu soalan dari Serdang berkenaan bila peralihan kuasa. Yang lain itu semua menyengat saja bercakap dari bawah hingga ada yang baca sajak Mahathir "Melayu Mudah lupa". Macam orang tidak dengar apa yang diucapkannya.

Nasib ada opportunis, Adzman Salleh dari Klang cuba membodek.

Ha ha ha ...

Berbalik cerita SMS itu, Husin dengar Dolah siap talipon terus kepada Ketua Bahagian Kapten Zahar. Menggagau Ketua Bahagian disuruh cari cawangan yang ada keahlian 420 orang. Tidak jumpa pun, kerana tidak ada cawanagn ada ahli tepat-tepat 420 orang.

Ha ha ha ...

Minggu lepas, My KMU mengumumkan di Portal mereka bahawa Tun Dr Mahathir akan balik dari Jepun semalam pukul 5 petang. Maka faham-fahamlah, mesti ada orang perseorangan dan persendirian (maknanya tidak ada sponsor) yang ingin menyambutnya.

Boleh tahan 500-800 orang datang, walaupun polis menahan orang ramai dan akhbar untuk tunggu mauk dan terpaksa tunggu hampir di jalanraya. Tidak apa, demi keselamatan.

Husin dengar-dengar tidak lama selepas MyKMU mengumumkan, bergegas-gegas segera Ibu Pejabat UMNO mengeluarkan arahan kepada UMNO kawasan-kawasan Subang, Petaling Jaya, Shah ALam, dan lain-lain menghantar cawangan-cawangan menyambut.

Ha ha ha ...

Dikira-kira tidak cukup, berpuloh bas-bas dari Penang dikerah datang. Entah entah, ahli-ahli KEMAS, JASA, BTN, pelajar-pelajar Universiti, Pemuda UMNO, Putera "Rempit" UMNO dan lain-lain dikerah datang.

Dilaporkan KLPos.com, ada 5,000 orang datang tetapi tidak ada pemimpin yang sambut. Ingat sampai 10,000 ...

Ha ha ha ...

Sedapnya, mula-mula diatur untuk balik pukul 7 petang, tetapi ganti pukul 9 malam kerana ada SMS tersebar mengatakan orang Islam Hadhari tidak sembahyang Maghrib sambut pemimpin. Ada pula kata-kata masa berubah menjadi pukul 10.30 malam.

Ha ha ha ...

Di Jepun, Dr Mahathir sibuk dengan pelbagai Majlis ilmu dan setiap kali mendapat standing ovation. Manakala, Pak lah cuma pergi satu Majlis saja. Dia sebenarnya pergi holiday. Kompang dalam sidang akhbar macam-macam kerja hebat. Katanya dah hendak holiday lagi ke Perth?

Duit rakyat buat sambut-sambut pemimpin dan holiday. Bagus lah tu ...

Jeanne dapat award kerana sumbangan kepada pembangunan wanita. Baru setahun kahwin. Penghargaan kerana jadi ketua maid di Putrajaya? Malas nak sebt pasal arwah Endon. Buta ke Jepun ni?

Ha ha ha ...


Turun-turun Dr Mahathir sudah bersuara, tapi Pak Lah berdiam bisu ...

Inilah orang bersalah banyak menggelabah ...

Wow! BENSON & HEDGES Bila ekau nak si-menantu orang nogori (rembau), habis ekau dan gomen ekau solosai.

Selasa, Mei 27, 2008

Hanya sambut kepulangan Perdana Menteri

Satu surat pekeliling dikatakan telah dikeluarkan oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib kepada Ketua-Ketua Bahagian, terutama di negeri Selangor.

Mei 25hb, 2008

Ketua Bahagian,
Ketua Wanita,
Ketua Pemuda,
Ketua Puteri
Ahli-Ahli Jawatankusa
dan ahli-ahli
UMNO Bahagian

SURAT LARANGAN MENYAMBUT DI LAPANGAN TERBANG

Saya telah diarahkan oleh Presiden Parti untuk memberitahu ahli-ahli UMNO akan larangan mengadakan acara sambutan, secara peribadi atau rasmi, di Lapangan Terbang, melainkan untuk Presiden parti sahaja.

Ini bertujuan untuk mengembeliling tenaga ahli khusus untuk hanya menyambut Presiden pulang dari mana-mana. Sambutan besar-besaran itu penting bagi memastikan Presiden parti dapat dikejutkan dari tidornya dalam kapalterbang.

Dengan memberi tumpuan kepada sambutan Perdana Menteri, kita dapat menyatupadukan sokongan ahli-ahli UMNO kepada pucuk kepimpinan, terutama kepada saya yang ingin merampas kembali jawatan Naib Presiden.

Ahli seharusnya sentiasa diingati bahawa yang penting adalah parti bukan individu. Jika biji buah saga pun menjadi pucuk kepimpinan, kita harus setia kepada biji saga.

Tuduhan menjual negara ke atas Presiden parti adalah satu fitnah kerana ia boleh dibeli balik dengan harga yang lebih mahal dari Temasek seperti Bank Indonesia International atau dijustifikasikan melalui ICJ.

Bagi mengelakkan kekeliruan, ahli harus difahami bahawa keahlian negarawan seseorang itu dilucutkan apabila dia berundur keahlian dari UMNO dan parti-parti Barisan Nasional dan jasa-jasanya dilelong.

Dengan arahan ini, ahli-ahli dilarang menyambut kaum keluarga dari mana-mana Lapangan Terbang, samada untuk tujuan Haji dan Umrah, belajar ke luar negara, urusan perniagaan, tugas kerajaan, dan lain-lain.

Kekurangan ahli UMNO akan membolehkan Lapangan Terbang lain dirobohkan dan akan mempertingkatkan kegunaan LCCT kegunaan Airasia yang dipunyai oleh kaum keluarga Presiden.

Larangan Perdana Menteri adalah konsisten dengan larangan dan surat-surat pekeliling yang pernah saya keluarkan untuk menghalang ahli-ahli untuk menghadhiri Forum-Forum politik, bercakap di Majlis-Majlis anjuran saya dan memaksa Ketua-Ketua Cawangan mendengar ucapan Presiden yang membosankan.

Ahli-ahli UMNO yang patuh akan arahan ini akan mendapat kursus peribadi dari saya tentang "Cara-cara untuk tidak tahu berbahasa Inggeris" yang amat berguna untuk membawa duit yang banyak ke Australia.

Yang menurut perintah

Tan Sri Muhammad Muhammad Taib
Ketua Penerangan UMNO


Sementara itu, Dr Mahathir akan mendarat di Lapangan Terbang Subang hari ini, Selasa 27hb Mei pukul 5:30 petang. Untuk mengelakkan kesesakkan, datang awal sedikit. Sambutan anda memberi rangsangan kepadanya untuk terus berjuang mempertahankan kedaulatan negara.

Dolah dikatakan akan pulang hari ini juga. Kemungkinan pulang di KLIA pada waktu magrib 7:00 petang ... opps 9 petang ... opps 11 ... ops 1 pagi. Mungkin tempat dan waktu itu tidak berapa betul :).

Ahad, Mei 25, 2008

Menziarah Makam Tunku

Tun Dr Mahathir mendapat jemputan ke suatu Majlis di Kedah. Jemputan itu waktu tengahhari.

Pada waktu paginya, dia teringin untuk menziarahi makan Tunku Abdul Rahman. Mungkin dia teringatkan Tunku yang meninggal semasa dia bukan ahli UMNO.

Semasa Tun selesai membaca Yaasin dan sedang mendoakan untuk Tunku, kedengaran suara Tunku, "Hang mai Mahadirr?"

"Ya, saya terkenangkan Tunku."

"Kenapa hang tidak mai bawak kuda, saya tahu hang suka naik kuda ...," suara Tunku menyahut dan terus tidak kedengaran lagi.

Tun tidak terasa gentar tetapi hanya hairan dengan permintaan itu.

Semasa dalam syarahantengahhari itu, dia bercerita mengenai ziarahnya ke makam Tunku. Tun berkata pemimpin-pemimpin hebat seperti Dato Onn, Tunku, dan lain-lain pun kena mengundur apabila mereka sudah lari dari perjuangan UMNO dan sudah tidak diterima ramai. Maka tiada masaalah untuk ahli UMNO menukar pemimpin jika mereka sudah lari dari landasan perjuangan parti dan untuk orang Melayu.

Hebatlah syarahan hari itu hingga isi kandungnya disampaikan orang kepada Pak Lah yang sedang melawat kawasan.

Mendengar Tun pergi ziarah makam Tun, Pak Lah hendak pergi. Oleh kerana dia tidak pernah pergi dan tidak tahu di mana, dia pun talipon Tun di rumahnya di Jitra untuk minta tunjukkan tempat. Tun bersetuju tetapi dengan syarat Pak Lah bangun pagi-pagi.

Mereka pergi sama-sama besok paginya. Baru mereka hendak mula membaca Yaasin, Tun mendengar suara Tunku sekali lagi. Suara yang bunyi agak marah bercampaur kecewa berkata, "Mahadirr, Mahadirr, Aku mintak hang bawak kuda, bukan bawak kaldai ....!"

Walaupun Tun terdengar, Pak Lah tidak dengar suara. itu. Tun tidak tahan ketawa dan berdalih untuk pergi ke tandas berdekatan. Sambil menahan ketawa, dia berkata kepada Pak Lah, "Hang dah tau, saya beredar dahulu ... "

Wow! Satu keldai sudah kena jual.

Sabtu, Mei 24, 2008

Shahidan Tidak Tersentuh Hati

Walaupun Tun masih luka dan tidak mahu memperakuinya lagi, dia tetap menunjokkan kekesalan ke atas apa yang berlaku.



Kira okay lah tu Dato Seri.

Kalau menjadi, ada can jadi hero dan menang pertandingan untuk Naib Presiden UMNO. Ini susahnya bila dah mantan, susah nak dapat perhatian.

Khamis, Mei 22, 2008

Wan Azizah salah tanya soalan

Semasa sidang Parlimen semalam hari Selasa Mei 21hb, 2008, YB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, (Permatang Pauh) memberi soalan tambahan kepada Menteri Kewangan Kedua, YB Tan Sri Nor Mohammed Yakcop (Bukit Glugor).

Soalan Wan Azizah seperti dalam hansard Parlimen mukasurat 19 adalah seperti berikut:

Terima kasih Yang di Pertua, terima kasih Menteri yang menjawab. Bunyinya baik tetapi saya nak tanya. Menurut IMF, keruntuhan pasaran subprima di Amerika Syarikat akan menyebabkan kerugian sebanyak USD945 billion dan lebih dari USD3.2 billion seluroh dunia. Soalan saya, berapa banyakkah serta jumlah nilainya institusi kewangan negara terdedah kepada keruntuhan pasaran subprima di Amerika Syarikat dan implikasi kepada ekonomi negara? ...

Aisay ... salah soalan Kak Wan. Mungkin lama sangat ke penerangan Nor Mohamad kepada soalan utama Kak Wan hingga hilang tumpuan.

Di Malaysia, pembangunan kita bagus. Jumlah dagangan kita RM1 trillion. Jumlah rizab kita besar dalam ratusan billion (lebih seratus billion saja :) ). Institusi perbankan kita stabil. Kita tak tidak akan beri pinjaman kepada peminjam yang tidak berkualiti (Sebenarnya bank kita tak beri langsung pinjaman tetapi hanya kepada peminjam besar dan kaya sahaja).

Pelaburan hasil dari pembukaan koridor-koridor pembangunan akan membawa pembangunan ke seluroh negara. Projek ini diterima dunia dan pelabur-pelabur dari seluroh dunia mahu melabur.

Ini semua kerana kita negara Islam yang mengamalkan pendekatan Islam Hadhari. .... cough cough cough ...Kita kan lakukan bersama. Yang penting, rakyat memberi sokongan kepada kepimpinan Barisan Nasional. Kita semua harus bekerja dengan lebih tekun dan mengubah gaya hidup. Jangan lagi kita lalai dan alpa ...

Eh eh ... sorry pembaca. Husin dah bersyarah macam Dolah pulak. Mana kita ada gaya hidup? Lama dah tak ada gaya hidup. Hanya cukup makan untok hidup. Mati pun tak cukup nak tinggalkan harta pusaka untuk anak-anak.

Dulu Dolah asyik ingat harga komoditi baik dan orang luar bandar akan sokong dia dalam pilihnaraya, segala isu-isu dia tak ambil peduli. Harga barang naik dia tak ambik kisah kerana itu masaalah orang bandar. Orang bandar tak undi, ada orang kampung. Angkuh!

Sekarang rakyat dan akarumbi parti sudah tak mahu dia, dia masih angkuh dan degil untok mahu terus kekal jadi Presiden dan PM. Padahal ramai orang lebih layak, pandai dan yakin untok membawa kemajuan, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Sebenarnya kalau Kak Wan cerdik, sepatutnya ditanya: Adakah Malaysia menghadapi masaalah pasaran sub-prime minister?

Wow! Jual PM lagi mahal dari jual MP tetapi selalunya lagi untong jual unta. Kad-dang kad-dang ada MP yang paling mahal kerana sangat hebat dan berwawasan. Tetapi bukanlah suami Kak Wan.

Shahidan Terkedu di Airport

Dilapurkan berita ...

Umno Perlis Yakin Tun Dr Mahathir Akan Ubah Pendirian

KANGAR, 20 Mei (Bernama) -- Badan Perhubungan Umno Perlis yakin mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengubah pendiriannya untuk terus berada di luar Umno jika beliau disajikan dengan langkah-langkah berkesan untuk memperkasakan parti itu.

Pengerusinya Datuk Seri Shahidan Kassim berkata negarawan itu mempunyai alasan tersendiri untuk meninggalkan Umno tetapi tidak semestinya beliau akan kekal dengan keputusannya jika ada kaedah terbaik untuk memperkasakan parti.

Katanya beliau akan mengetuai rombongan Barisan Nasional (BN) bertemu dengan Dr Mahathir esok dan antara yang akan dicadangkan termasuk menubuhkan Majlis Veteran Umno.

Beliau memberitahu Bernama pada Selasa bahawa BN Perlis akan memulakan kempen memulihkan semangat anggota-anggota Umno supaya tidak mengikut jejak Dr Mahathir meninggalkan parti itu semalam selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Shahidan berharap pertemuan dengan Dr Mahathir itu nanti akan membawa kepada perkembangan menarik ke arah memperkukuhkan parti.

Bekas Menteri Besar Perlis itu berkata beliau dan rombongan BN Perlis telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri hari ini di Putrajaya mengenai perkembangan terkini politik di negeri itu.

Menurutnya antara yang telah dibangkitkan kepada Abdullah dalam pertemuan itu ialah berkaitan kedudukan kerajaan negeri yang disifatkannya sebagai belum serasi dengan semangat BN dan pelaksanaan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

-- BERNAMA

Dengar di Airport Subang, ada pi jumpa orang dan ditanya siapa tu?

Balik terkedu ...

Rabu, Mei 21, 2008

Hati Baik, Minta Maaf Akhirnya


Marah? Nothing new.

Hishamuddin hati baik. Akhirnya dia akan minta maaf.

Isnin, Mei 19, 2008

Sorang! Sorang!

Muzium Alor Gajah ada pameran mengenai pahlawan Naning, Dato Dol Said. Tulisan pameran menulisnya sebagai pahlawan yang menentang British pada tahun 1831-32. Semasa itu, Naning adalah sebahagian dari Melaka.

Dol Said menentang cukai yang dikenakan oleh British. Pada Julai 1831, British menghantar askar seramai 150 orang. Oleh kerana, ada sokongan dari pembesar-pembesar Seri Menanti, Sg Ujung, Johol, Muar, dan lain-lain, tewaslah British dalam Perang Naning I.

Menyedari bukan mudah menentang dengan sendiri, maka British meminta atau kemungkinan memaksa Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau memberi bantuan tenaga askar. Dia bersetuju menghantar 600 askar membantu British. Mungkin Yamtuan Muda Rembau ini setuju dengan cukai yang dikenakan oleh British kerana dia dapat bahagian komisyen dari cukai yang dikutip dan ada jawatan sebagai Chief Kadhi.

Pada Mac 1832, British menyerang Naning sekali lagi dengan askar seramai 1,200 orang. Kali ini, tidak ada bantuan dari jpembesar-pembesar lain seperti sebelum ini. Kemungkinan British sudah menggunakan Yam Tuan Muda Rembau untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu lain dari membantu pemberontak atau lebih tepat, penentang British.

Husin cuba membayangkan Dato Dol Said sedang beratur dengan tenteranya menghadapi tentera British dan tentera Yamtuan. Dia pun mengangkat tangan untuk memberi isyarat untuk menyerang. Dengan suara kuat dan pelat Nogori, dia menjerit, "Sooraangggg!!!!!!!"

Semasa sedang bergerak mengarah menuju tentera British, baru disedari bahawa yang lain tidak ikut serang dan dia keseorangan. Kalahlah Dato Dol Said dalam Perang Naning ke II.

Mungkin sejarah tidak tulis, Dato Dol Said mendapat bantuan dari orang-orang Johor. Oleh kerana panglima-panglima tersalah beritahu Dato Dol Said bahawa yang membantu adalah orang-orang Johol, dia tersilap memberi arahan serang dalam pelat Nogori. Ini tidak difahami oleh orang Melayu Johor.

Itu jenaka saja. Namun, sejarah hari ini menyanjung mereka sebagai pahlawan kerana menang Perang Naning I, tetapi hakikatnya dia tewas dan perjuangan menentang British tidak beroleh kemenangan. Maka, sejarah kita yang tertulis mengagongkan mereka yang tewas.

Tulisan di Muzium juga tidak beritahu bahawa dia dikhianati orang-orang Melayu lain yang penakut atau mudah di "beli" oleh British. Selain itu, kebanyakkan orang Melayu memberi kesetiaan membabi buta kepada Yam Tuan Muda Rembau, walaupun dia bersekongkol dengan anasir asing dan penjajah demi kekayaan diri dan jawatan.

Husin terfikir ...

Hari ini, kita sanjung mereka sebagai pahlawan dan disempenakan sekolah dan jalan dengan nama mereka, seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Bahaman, Si Bongkok, dan lain-lain.


Buat apa di sanjung mereka sekarang?

Hanya untuk memberi pengagongan palsu konon-konon orang Melayu hebat dan ada hero?

Dulu orang Melayu khianat mereka. Semasa berjuang, orang Melayu tunggu dan lihat, dan tidak sama membantu. Malah, mereka dikalahkan orang Melayu juga. Bagi yang tidak dapat hilangkan diri seperti Mat Kilau, bila mati dihina oleh orang Melayu sendiri.

Sebenarnya sejarah orang Melayu selepas zaman kegemilangan Melaka pentadbiran Tun Perak/Hang Tuah, penuh dengan penakut, pembelot, pengaut, pengkhianat, hasad dengki, setia membabi buta dan lain-lain sifat-sifat cela tetapi yang diagongkan bangsawan Melayu.

Sejarah Melayu ini sedang berulang ...

Karakter Yam Tuan Muda Rembau pun ada. Entah mungkin, ayahanda pada (Jibrael) Ali?

"Raja" lemah dan "Rajah" akan menjadi begitu berkuasa di "takhta" dan mahkamah hingga orang Melayu akan akur setia atau merintih menerima keputusan kedua-dua mereka.

Sekarang kita dengar selalu, sikit-sikit menyokong dan hanya menyerah bulat-bulat kepada pucuk kepimpinan. Bila memberi pendapat, akan disangkal dengan alasan tak tahu maklumat disebaliknya.

Kalau pendapat kritikal, dituduh konon-konon pemecah perpaduan. Pahlawan yang banyak menyumbang dan berani memberontak menentang penjajah luar, kita tidak hirau. Malah, sanggup dia di "gantung terbalikan" dengan dimalukan dengan tuduhan. Padahal kepincangan yang membahayakan agama, bangsa dan tanahair begitu jelas.

Kini, wakil penjajah sudah berada di dalam dan menghuru-harakan iktisad, siasah, masyarakat, dan agama orang Melayu. Kalau digantikan pun, penggantinya adalah wakil penjajah yang menunggu di tepi untuk melakukan yang sama. Penjajah tidak payah menyerang tetapi hanya mengatur melihat dari luar saja.

Orang Melayu hari ni kebanyakkan mereka adalah penakut tidak berani bersuara, mementingkan diri sendiri, gila kuasa, mudah ditipudaya belit, mudah digelapkan mata dengan kata-kata manis, dan pengkhianat alif, ba dan ta.

Tunggu masa, kita pasti akan terjajah sekali lagi.

Wow! Layak dijual orang Melayu - otak mahal pasal tak guna, setia macam anjing cukup kasi makan tulang, mudah ditarik hidung macam kobau, dan harga lebih mahal dari unta.

Khamis, Mei 15, 2008

Banyaknya Wang Ehsan!


Padanlah Michelle Yeoh
Sanggup bahu pinggang diraba
Walaupun yang pegang si tua
Dalam majlis kaki tido saja

Sini boleh beri sentuhan
Di sini sanggup mahu pegang
Asal dapat sikit dah sakan
Banyak rupanya wang ehsan

Patrick Lim kaut merata
Buat surau harga ratusan juta
Lorong Monsoon repair tiap2 tahun
Harganya dalam pulohan juta

Idris Jusoh pun ada syarikat
Enterprise saja tapi keliling sebat
Yg cari makan halal tak dapat
Di blkg Kamaluddin byk rembat

Jawatan Pak Lah tetap selamat
Bila pemimpin telor tak kuat
Yg rugi tetap rakyat
Yg miskin tetap merempat

Siri pantun ini luahan hati Husin di Rocky Bru apabila Dato Amirsham Aziz menjelaskan Wang Ehsan Terengganu berjumlah RM7.364 billion untuk 3 tahun! Pada pukul rata, jumlah tahunan adalah RM2.45 billion!

Berbanding dengan budget tahunan negeri Selangor sebanyak lebih kurang RM1.2 billion, jumlah itu banyak. Perbincangan dalam posting Rocky Bru menarik.


Maaf, tiada yang menjenakakan di sini.

Husin sedih memikirkan kesusahan dan masa depan orang Terengganu akibat keseronokan untuk kemajuan yang hanya mahu membandarkan. Mereka mungkin tidak sedar kerana dilekakan dengan slogan Islam Hadhari dan duit 'rasuah' raya tiap-tiap tahun.

Selasa, Mei 13, 2008

Bagaimana Reaksi Pak Lah Kentot?


Pada Mei 7hb, Malaysiakini melaporkan Dr Mahathir berkata Pak Lah menghalang sebarang permintaan untuk berjumpa dengan Datuk Najib. Berikut harinya, Pak Lah menafikan. Dato Najib diam saja belum mengiyakan bosnya.

Susah nak percaya cakap Pak Lah ini. Bukankah Dr Mahathir pernah berkata macam-macam acara dan pertemuannya pada tahun 2006 telah di halang oleh Pak Lah, tidak termasuk insiden spray di Kota Baru dan politik wang di pemilehan G7 di Kubang Pasu. Beliau pun berkata tidak ada sebarang Menteri yang datang berkunjung menemuinya selepas hari persaraannya.

Ada orang kata, antara cara untok mengenali orang adalah melalui kentot. Adakah mudah mereka terlepas dalam Majlis dan jika terlepas, bagaimana reaksi mereka. Husin boleh bayangkan bagiamana ketiga-tiga mereka kentot.

Kalau orang itu bersopan dan berdispilin, dia akan berjaga-jaga supaya tidak terkentot di dalam Majlis. Jadi jangan harap kita akan terjumpa keadaan di mana Dr Mahathir terkentot dalam Majlis. Siapa tak kenal punctuality Dr Mahathir? Selama 22 tahun memerintah, tidak pernah kita terjumpa Dr Mahathir tidor dalam majlis.

Husin rasa Dato Najib pun jenis begini juga. Dia seorang dari keluarga bangsawan yang penuh dengan ketertiban dan pembawakan yang berbudaya tinggi. Kata-katanya pun akan dijaga air muka orang.

Kalau dia berdiam, itu membawa maknanya tersendiri.

Kalau dia berkata, ianya dijaga dan diukur. Mungkin ini tabiat yang diambil dari pembesaran dan persekolahan di England. Maka, kalau dia terkentut, pasti mengikut cara kesopanan orang British untuk berkata, "Excuse me."

Pak Lah ini pula macam mana pula kalau terkentut. Husin rasa dia akan kata, "No .. no .. not me".

Wow! Jual orang lagi untong dari jual unta kentot.

Isnin, Mei 12, 2008

Baru dua hari ...

Semalam cakap ini ...



Baru berapa hari, cakap dan arah ini ...


Senang saja ditembak balik.

Nampaknya masaalahnya bukan penguasa media, Shaberry ataupun perencana media, Mat Taib (susah Husin nak perakui), masaalahnya produk itu sendiri bermasaalah.

Cepat pelupa!

Sabtu, Mei 10, 2008

Menyokong Tindakan Terhadap Karpal Singh



Hah hah hah ... belum belum belum. Jangan salah faham. Husin belum cium tangan lagi.

Walaupun tidak nampak logiknya untuk dia arah Tengku Adnan buat repot polis, namun setuju tindakan dibuat terhadap Karpal Singh si Kepala pu-Sing.

Ini bukan pertama kali Karpal buat lancang mulut. Baca Rocky Bru di sini.

Malah, suatu masa dahulu dia pernah ditampar dalam mahkamah oleh Allahyarham Kiai Arshad kerana memperkecil-kecilkan orang Melayu. Dia bukan jenis manusia yang akan minta maaf.

Lim Kit Siang semasa berarak yang akhirnya menimbulkan reaksi Melayu hingga terjadi 13 Mei 1969 pernah memijak-mijak bendera Malaya. Semasa DAP berarak, mereka bukan meraikan kemenangan tetapi mengejek-ejek dan menghina orang Melayu.

Dalam ada antara kita yang berbaik dengan puak-puak ini, ada yang sedar betapa kurang asam mereka ini.

Harap si boroi sedar, kawan mereka dah mainkan mereka. Di Pulau Pinang, dia diberi satu kerusi exco. Padahal di Perak, mereka dapat lebih banyak berbanding kerusi yang dimenangi. Lantaklah, kalau suka dimain-mainkan.

Oh ya, Pak Lah.

Tolong suroh Tengku Adnan buat follow-up 26 repot polis ini kerana ada Menteri Persekutuan bahalol yang menentang keputusan Sultan yang mana permintaan sudah diberitahu dari bulan November lagi.

Rabu, Mei 07, 2008

Japanese, Englishman, American and Malaysian


A Japanese man was boasting about how his country had such advanced medical technology. He said, "We take the lungs out of a man, perform an operation, put the lungs back in, and in 4 weeks, the man is looking for work."

An Englishman said, "We are far more advanced than you. We can take the heart out of a man, perform surgery and have him ready for work in just 3 weeks."

The American says, "That's nothing; we can take a kidney out of a man, put into another man's body and have them looking for work in 2 weeks."

The Malaysian says, "Well hell, that's nothin'. We had an idiot taken out of Kepala Batas, put in the Parliament and now half the country is lookin' for work!"

There you go, Malaysia Boleh!

by lady_j Forum MyKMU

La Ilaha Illallah, Masya Allah

"Alhamdulillah, sempat aku sampai untuk bersama isteri malam Jumaat," kata si Zawi sesampainya ke Kuala Lumpur dari Terengganu dan Pulau Pinang pada petang Khamis.

Sudah sebulan, si Zawi dan Rolan menguruskan perjumpaan Perdana Menteri dengan Ketua-Ketua Cawangan UMNO seluroh negara. Banyaklah dia out-station untuk mengatur ini semua.

Sabtu malam lepas, ketua-ketua cawangan terpilih dari Pulau Pinang dijamu di kediaman rasmi PM. Malam ahad, rombongan dari Terengganu. Tiap-tiap minggu telah diatur pertemuan sedemikian hinggalah bermula mesyuarat-mesyuarat cawangan pada pertengahan bulan Julai.

Zawi mengenalpasti, menyenarai dan memujuk ketua-ketua cawangan yang terpilih untuk datang ke Putrajaya. Rolan pula mengatur bas-bas persiaran untuk membawa mereka makan angin keliling Putrajaya dan diberi sedikit duit kocek untuk membeli belah. Selepas makan malam, ketua-ketua ini akan diberi sedikit ole-ole dan buku-buku penerangan.

Kononnya perjumpaan ini adalah untuk memberi penerangan kepada ketua-ketua penerangan. Sebenarnya ia adalah untuk memujuk ketua-ketua cawangan yang sedang marah dengan Dolah, anak dan menantunya. Jika reda kemarahan mereka, maka tidak perlulah peralihan kuasa dan dapat Dolah kekal bila menentang Tengku Razaleigh atau sesiapa.

Sesampainya ke rumah, anak-anak riuh menerpa untuk menyambut Zawi. Gembira hati Zawi dapat mendengar suara anak-anak. Terus dia bawa ke dapur menjinjang keropok lekor Losong, buah tangan dan buah-buahan yang dibeli dari urusan luar bandar di Penang dan Terengganu dari minggu lepas.

"Mah, abang bawak balik keropok lekor. Tak payah goreng. Dah rebus, boleh terus makan." Zawi berkata pada isterinya dengan bibirnya senyum.

"Ah! Abang ini. Tak sabar-sabarlah. Malulah kalau didengar jiran." Rahimah buat-buat marah. Dia faham benar apa yang tersirat dalam kata-kata suaminya.

"Biar Mah goreng juga. Budak-budak ni tak biasa keropok lekor rebus. Kasi dia orang makan sambil baca buku dan tengok TV."

"Baguslah. Abang dah makan tengah jalan. Nak sembahyang dulu...." Sambil dia mencemeik mata pada isteri.

Zawi terus mandi dan segerakan sembahyang Magrib. Selepas habis sembahyang Magrib, tak lama bang Isya pun masuk dan dia terus sembahyang Isya. Selepas isya, dia buat tahlil dan berwirid.

La ilaha illallah La ilaha illallah La ilaha illallah ...

Di tengah-tengah zikir itu, dia berhenti sekejap untuk bertanya pada si isteri untuk memberi signal. "Mah! Budak-budak sudah makan!?"

"Sudah bang."

La ilaha illallah La ilaha illallah La ilaha illallah ...lebih deras dia berzikir.

Dia berhenti sekejap untuk bertanya isterinya, "Budak-budak sudah tidor?"

"Sudah bang."

Wah sudah bagus ni, dia sudah bertambah berdebar-debar dan menunggu-menunggu. La ilaha illallah La ilaha illallah La ilaha illallah ...

Laju betul zikirnya seolah-olah sudah naik sheikh. Allah saja yang tahu apa sebenarnya.

Dia berhenti sekejap lagi untuk bertanya, ""Mah sudah sembahyang isya?"

"Tak dapat bang, lepas Maghrib tadi sedar-sedar tak boleh ...'

"Laaaaa ilaaaahaaaa illlllallaaaahhh." Mengeluh panjang Zawi dalam zikirnya. Masya Allah, dengan rasa kecewa, si Zawi terus bangun dari tikar sejadah dan baring atas katil. Badan pun baru disedari penat.

Rahimah yang sedang menjahit diluar, hairan apa pasal dah tak dengar zikir si suami.