Khamis, Ogos 27, 2015

Akronim untuk setia dan sepakat pasti menyusul


Dato Ahmad Maslan sudah umumkan "grand design" untuk kuatkan kembali UMNO melalui resepi yang dipanggil 4S - setia, sepakat, strategi dan sungguh-sungguh.

Husin pernah tulis suatu masa dahulu di sini tentang cara gerak kerja Ahmad Maslan dari aspek strategi dan sungguh-sungguh.

Strategi politik dalam memulihkan UMNO telah dihimpunkan Mat Maslan dalam akronim KKSMB. Sering tunjukkan diri ketika majlis-majlis kenduri kahwin sakit mati bersalin.

Khamis, Ogos 06, 2015

Satu siang, dan satu malam


Satu siang.


Satu lagi malam. Adakah yang lebih ramai lagi hebat.

Melayu ... Melayu ... bila berpolitik, ketepi sahabat dan taulan. Kepentingan bangsa dan ummah sanggup dikorban.

Isy isy isy ... ini bukan cobaan. Ini betul-betul

Ahad, Ogos 02, 2015

Menteri tukaq, polisi Kementerian pun tukaq


Biasalah mai satu Menterhi, tukaqlah polisi Kementeriaan Pendidikan.

Lani Menteri Pendidikan pi pada oghang Kedoh. Orang dah mula kata soalan peksa pun akan ditukaq ka loghat Kedah.

Hangpa diberi 30 minit untuk jawab soalan-soalan berikut. Cuba jawab semua soalan dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Markah luluih 60 persen.

1. Tulong dengaq habih-habih na... toksah dok tebiang satni hang muleh kot.

Ayat di atas kedengaran dalam satu perbualan Antara dua sahabat. Dalam kontek ini ayat tersebut merupakan: