Ahad, Julai 31, 2016

Lagu-lagu permintaan


Dari kita berperang dan bertekak terjerit-jerit, sebenarnya lebih elok kita bercakap dan membuka hati kepada sesama kita. Biarkan Kelab Che Det dan RBA dengan cara mereka. Ramai pihak mempunyai pandangan dan asas hujah masing-masing. Ada macam-macam pandangan dan sedikit sebanyak berbeza.

Akhirnya pendirian terbaik adalah yang boleh ambilkira semua pandangan dan terima sebanyak asas hujah-hujah yang baik untuk membentuk satu "solution" kepada masaalah atau membawa kita ke hadapan.

Namun tidak semua boleh buat demikian. Jika sudah tidak tahan pun, tak payah kita berperang dan bertekak tapi kita menyuarakan perasaan dengan memilih lagu permintaan seperti yang sering dibuat di radio untuk orang tersayang atau tertentu.

Boleh ke tidak?

Pasti sentimen ramai terkini mahu dedikasi lagu ini untuk penyokong Najib:

Ahad, Julai 24, 2016

1MDB: Banyak cerito kelakar

Ketawa anak-anak JDT

Macam-macam hal berlaku dalam dan luar Malaysia. Banyak pulak dilihat *kelakar* sekali.

1. *Kelakar* bilo Amrika kato duit kepunyaan rakyat Malaysia tapi syarikat kerajaan Malaysia kata takdo yang hilang malah mereko buek untung.

Kenapo tu?

2. *Kelakar* bilo Amrika kato duit dicuri dari 1MDB tapi 1MDB dan kerajaan masih tak jumpo siapa pencuri.

Pencuri kek luar ko?

3. *Kelakar* bilo mencuri, menyamun dan menipu satu kesalahan jenayah tetapi saman ini bukan jenayah tapi sivil.

Jiko gitu, Husin pun bule dakwa penyamun ...?

Jumaat, Julai 22, 2016

Otak macam kelentit tikus?


Hahaha ...

Kalau otak pun sudah besar kelentit tikus, kelentit tinggal besar mana?

Sampai ke situ perbincangan mengenai kleptocracy di ABITW. Terus baca di sini .

Kak Wan pulak beri kenyataan sini  macam orang sudah menopause. Memang sudah menopause pun ....

Banyak membaca dapat tambah perbendaharaan bahasa (vocabulary) dengan perkataan-perkataan canggih yang baru.

Wow! Camna agaknya buaya heret punai?

Isnin, Julai 18, 2016

Luaskan kuasa ... makan mi dengan tangan


Negeri lain hanya gelar rakyatnya sebagai orang Perak, orang Kelantan, orang Kedah dan orang Selangor tapi Johor gelar dirinya sebagai Bangsa Johor. Begitulah bangganya orang Johor hari ini dengan identitinya sejak wujudnya pasukan bolasepak JDT.

JDT adalah untuk jati diri Bangsa Johor. Jauh sekali ingat ia hanya platform untuk popularkan sesiapa. Bangsa Johor bukan setakat bermakna mana-mana kaum atau penduduk tetapi lebih luas hingga membawa maksud Negara Johor.

Hanya Johor satu-satu negeri dalam Malaysia yang ada askar sendiri yang dipanggil Timbalan Setia. Kini ada ura-ura mahukan "polis" sendiri untuk jaga keselamatan Iskandar Malaysia.

Cita-cita mahu jadikan Johor Baru sebuah Metropolis untuk menyaingi Singapore jika tidak upaya kalahkan buat masa terdekat. Rancangan untuk adakan #BankJohor boleh satu hari jadikan Jay Bee pusat kewangan.

Jangan pula salah anggap Johor mahu tinggalkan Malaysia. Kerajaan Johor hebat di masa sejarah silam.

Jumaat, Julai 15, 2016

Mahathir KETUMBAR, Khairuddin pembancuh kopi


Kisah percutian hari raya di Pulau Phuket yang di dedahkan RPK kini terungkai.

Dalam satu sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya semalam, Tun Dr Mahathir mengumumkan pakatan pembangkang baru akan ditubuhkan yang melibatkan DAP, PKR, Amanah dan satu lagi parti baru yang akan ditubuhkan.

Pakatan ini usah disamakan dengan Saksama, satu lagi pakatan pembangkang untuk Sabah dan Sarawak pula. Saksama tidak mahu Pakatan Harapan masuk Sabah dan Sarawak.  

Parti baru itu akan dipimpin oleh Mahathir. Nama tidak ada, kepimpinan tidak diketahui lagi dan ahli tidak tahu berapa banyak tetapi hanya disebut Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato Mukhriz dan Dato Shafie Apdal akan turut serta.

Ia merupakan suatu penyelesaian politik. PKR tidak boleh terima masuk Mahathir. DAP tidak mungkin akan disertai Mahathir. Amanah nafi Muhyiddin diterima sebagai Presiden dan Ketua Pembangkang.

Cara demikian sesuai dengan tujuan PKR, DAP dan PAN untuk lupakan sementara kisah yang lalu bagi mem"bantu" Mahathir jatuhkan Najib.

Rabu, Julai 13, 2016

Orang Melaka pujuk Perancis


Kepada penyokong France

Jangan bersedih kerana kalah kepada Portugal. Kami dari negeri Melaka pernah kalah juga dengan Portugal pada tahun1511. 
 
Bukan 1-0 saja tetapi satu negeri Melaka diambil Portugal.

Wow! Lepas tu, Netherland, England, Jepun, dan MCA pun ambik

Isnin, Julai 11, 2016

Peluang untuk Perancis


Malam ini jam 7pm@Astro Arena dan Astro Supersport ada siaran ulangan final Euro 2016 antara PORTUGAL MN PERANCIS.

Mudah-mudahan PERANCIS tidak mengulangi kesilapan mereka dalam siaran ulangan ini. Kepada semua penyokong PERANCIS.. berilah sokongan habis-habisan.

Rabu, Julai 06, 2016

Salam raya


Salam 1Malaysia buat semua pembaca,
Muga Ramadhan mu penuh bermakna
Sambutlah Syawal dengan riang gembira .

Baik-baik memandu dijalan dan lebuhraya
Supaya tidak berada di sepital pagi-pagi raya..

Yang tidak puasa, patut tak boleh raya
Tahun depan kenalah belajar berpuasa

Buat yang bukan Islam, raikan bersama
Muga dikurnia hidayah, dapat bersama solat raya

P/S
Baik-baik orang Islam taruk holy water dalam kotupat. lomang dan rondang.
Air kurnian tuhan ... hehehe

Ahad, Julai 03, 2016

Kosian cino-cino tak dapek rayo


Nampaknya ramai rakyat Malaysia berketurunan cino tak dapek ikut serta berayo dengan orang-orang Islam tahun ini.

Taek Jho Loh tak dapek balik Malaysia tahun ni. Guan Eng sibuk. Tak meraso lomang dan rondang.

Jho Loh berayo bersama kekasih tercinto, Paris Hilton di Taiwan. Situ sajo selamat dari dipakso balik ke Amrika atau dicekup di Malaya.

Jumaat, Julai 01, 2016

Ucapan yang buat rakyat pasti raya sakan


Untuk Siaran Segera

LIM GUAN ENG LETAK JAWATAN HARI INI

Saya ingin mengumumkan perletakan jawatan saya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini bagi membolehkan saya menumpukan perhatian untuk pembelaan saya untuk membuktikan kerajaan Pulau Pinang bersih daripada rasuah.