Sabtu, November 29, 2008
Cerita Temenggong Jugah Pergi London
Pada tahun '60an zaman P Ramlee dulu, ada seorang pemimpin dari Sarawak bernama Tun Jugah Anak Barieng (1903 - 1981) atau sering dipanggil semasa itu Temenggong Jugah. Beliau merupakan Ketua Utama Orang-orang Iban selama 55 tahun dan digelar Apai bermakna bapa.
Temenggong Jugah atau kita panggil Apai untuk pendik memenangi kerusi ahli Parlimen pada pilihanraya Malaysia pertama pada tahun 1963, dan menjadi Menteri Hal Ehwal Sarawak.
Kalau tengok gambar Leo Moggie, berbeza dari Temenggong Jugah. Kenapa Leo Moggie tidak bangga dengan pakaian jatidiri Iban? Dengan luaran Iban, dia berperanan dalam sejarah awal negeri Sarawak. Besarnya Apai kepada Orang Iban hingga Yayasan Orang Iban diberi namanya untuk mengenangkan jasanya.
Ceritanya, Tunku Abdul Rahman membawa Apai ke London untuk rombongan rasmi melawat Queen Elizabeth II. Itu adalah pertama kali dia ke London. Dia tidak tahu berbahasa Inggeris. Queen menjemput mereka ke satu Majlis Malan Malam di Raja di Buckingham Palace.
Hidangan pertama adalah sop. Pelayan itu menghidangkan Apai sop. Apabila dilihat mangkuknya sudah habis, pelayan itu bertanya, "Would you like any more soup, sir?"
Apai tak tahu nak cakap apa. Dia tak faham apa yang dikatakan, cuma faham perkataan soup. Ingatkan dia ditanya sedap ke tidak sop itu, dia hanya mengangguk dengan sopan sambil menyebut, "Soup soup ..."
Ingatkan dia mahu lagi, pelayan itu menambah lagi sop dalam mangkuknya. Dah terpaksa dia menghirup lagi sop. Zaman itu, pantang orang membazir makanan.
Apai lihat orang lain sudah dihidangkan salad yang berisi dengan makanan laut. Cepat-cepatlah dia hirup sop itu.
Habis saja, pelayan itu berkata, "You must love the soup, sir. Would you like some more?"
Sekali lagi dia menganngguk sambil menjawab, "Soup soup ..."
Dituang lagi sop dalam mangkuk. Terpaksa Apai menghirup sop, tak mahu membazir.
Tun Dr Ismail, Tun Sambanthan dan Tun Tan Siew Sin hairan kenapa Apai masih menghirup sup. Mereka sudah habis salad dan sedang menunggu hidangan ke tiga stik. Malas bertanya kerana tak mahu malukan dia. Apai pun agak kurang bercakap.
Apai sedar orang lain dah habis hidangan kedua. Semasa dia menghabiskan mangkuk ketiga sopnya, dia lihat pelayan-pelayan lain tengah membawa masuk hidangan stik kepada mereka-mereka yang lain.
Apabila dia habis saja menghirup sop mangkuk ketiga, pelayan itu bertanya dengan hormat, "Sir, you missed the second course, and they are now at the third course, which is steak. Would you still like to have the salad or steak now? Or you still prefer more soup?"
Apai melihat kepada pelayan itu sambil bercakap, "Berapa kali kau nak kasi aku sop? Aku nak makan daging. Sop, sop, sop, nak aku potong kepala ...?"
Tun Tan Siew Sin yang duduk disebelah hampir nak tergelak. Baru faham dia tidak tahu bahasa Inggeris. Dia pun beritahu pelayan, "I believe he would like to have the steak now."
Husin bukan mahu mengingatkan kita mengenai kelemahan Temenggung Jugah.
Semasa kita nak merdeka, 70% dari rakyat yang kebanyakkan orang Melayu dan Kaum-kaum di Sabah dan Sarawak adalah miskin. Kebanyakkan rakyat luar bandar tidak ada air, dan letrik di rumah. Kemudahan sekolah kurang. Inikan nak bercakap bahasa tuan dan mem.
Kadang-kadang bila didesak-desak dan dimintak-mintak anak-anak, Husin keluarkan perkataan dari cerita ini, "Nak aku potong punai?" Maksudnya sunat. Berhenti mereka.
Wow! Husin lagi untung berniaga dalam aman dan tenteram dari ada potong-potong ...
Jumaat, November 28, 2008
Di mana ada orang berkepala palsu?
Sebelum keluar pengumuman menggalakkan nama samaran, seorang komentar tanpa nama 8:18 pm menimbulkan beberapa soalan di sini. Dia bertanya:
Biar hamba, Husin Lempoyang, saudagar unta dari Cairo, bapak kepada Hasan Lengkuas, dan lebih untung jual orang dari jual unta ... Wow! memberi jawapan yang tulus dan ikhlas dengan satu cerita.
Al kisahnya, ...
Al kisahnya, satu persidangan bekas anggota bersenjata seluruh dunia telah diadakan di Paris untuk membincangkan mengenai isu-isu kebajikan bekas-bekas anggota bersenjata.
Di dalam satu sesi bengkel yang membincangkan masaalah kehilangan anggota yang dialami askar semasa pertemporan, seorang wakil dari Amerika menjadi salah satu ahli panel.
Dia memberitahu sebarang anggota bersenjata mereka yang terpaksa dipotong tangan atau kaki digantikan dengan anggota palsu bermutu tinggi.
Wakil dari Perancis yang merupakan ahli panel kedua memberitahu bekas-bekas anggota bersenjata mereka diberikan jawatan tinggi korporat disamping anggota palsu.
Selepas itu sesi perbincangan dari para hadhirin. Setelah pelbagai pandanagn dan persoalan ditimbulkan oleh pelbagai wakil-wakil dari negara-negara maju bangun berbicara, wakil Malaysia yang duduk terperuk dibelakang sebelah hujung bangun.
Dia memberitahu bengkel bahawa askar-askar Malaysia tidak pernah mengalami kehilangan kaki atau tangan.
Askar Malaysia hanya mengalami kehilangan kepala kerana semasa Jepun menceroboh Malaya, mereka banyak potong kepala. Itu pun kami berjaya tukarkan dengan kepala palsu bermutu tinggi yang diperbuat dari kayu.
Seluruh bengkel terpegun. Pengerusi bertanya dimana untuk melihat rekaan Malaysia ini.
Wakil Malaysia menjawab kebanyakkan askar-askar ini sudah tua atau sudah meninggal dunia. Zuriat mereka juga berkepala kayu.
Banyak dari anak-anak mereka berada di Parlimen. Hampir kesemua ahli-ahli Parlimen Melayu dan Bumiputera dari Barisan Nasional, dan parti-parti PAS dan PKR adalah anak-anak askar ini.
Seorang penuntun bangun bertanya adakahs emua ahli parlimen Melayu demikian. Wakil Malaysia terangkan. Satu saja pasti tak. Ibrahim Ali. Dia Bebas ... maaf, dia Perkasa.
Wow! Anon 8:18, aku tujukan Wow! itu untukmu.
1. Adakah UMNO berjuang membela kesejahteraan orang berbangsa Melayu?Soalan yang tepat, padat, dan kaw.
2. Adakah PAS berjuang untuk menegakkan syiar orang yang beragama Islam?
3. Adakah PKR berjuang untuk menegakkan keadilan bagi orang Melayu Islam?
Biar hamba, Husin Lempoyang, saudagar unta dari Cairo, bapak kepada Hasan Lengkuas, dan lebih untung jual orang dari jual unta ... Wow! memberi jawapan yang tulus dan ikhlas dengan satu cerita.
Al kisahnya, ...
...eh ... cut cut. Tuan Direktor, kenapa semua cerita Melayu mesti mula dengan Al Kisahnya? Macam Al Gore.
Dah bapak aku, Abdul Nafsu suka mula cerita macam begitu. Ikut sajalah skrip yang aku sudah tulis ... adat kita ikut tradisi lama. Okay berbalik kita. Ikut saja skrip tu. Action! Taaake two!
Tuan ... sekejap tuan. Kenapa mesti guna perkataan orang putih? Tak boleh ke pakai perkataan Melayu?
Ehhh ... banyak songel engkau ini. Belum pun jadi bintang felem. Baru pelawak pun dah cerewet.
Saya hanya mahu ingatkan "Bahasa Jiwa Bangsa". Okay saya sudah bersedia.
Baiklah peringatan yang baik. Lakunkan! Rakaman ketiga!
Al kisahnya, satu persidangan bekas anggota bersenjata seluruh dunia telah diadakan di Paris untuk membincangkan mengenai isu-isu kebajikan bekas-bekas anggota bersenjata.
Di dalam satu sesi bengkel yang membincangkan masaalah kehilangan anggota yang dialami askar semasa pertemporan, seorang wakil dari Amerika menjadi salah satu ahli panel.
Dia memberitahu sebarang anggota bersenjata mereka yang terpaksa dipotong tangan atau kaki digantikan dengan anggota palsu bermutu tinggi.
Wakil dari Perancis yang merupakan ahli panel kedua memberitahu bekas-bekas anggota bersenjata mereka diberikan jawatan tinggi korporat disamping anggota palsu.
Selepas itu sesi perbincangan dari para hadhirin. Setelah pelbagai pandanagn dan persoalan ditimbulkan oleh pelbagai wakil-wakil dari negara-negara maju bangun berbicara, wakil Malaysia yang duduk terperuk dibelakang sebelah hujung bangun.
Dia memberitahu bengkel bahawa askar-askar Malaysia tidak pernah mengalami kehilangan kaki atau tangan.
Askar Malaysia hanya mengalami kehilangan kepala kerana semasa Jepun menceroboh Malaya, mereka banyak potong kepala. Itu pun kami berjaya tukarkan dengan kepala palsu bermutu tinggi yang diperbuat dari kayu.
Seluruh bengkel terpegun. Pengerusi bertanya dimana untuk melihat rekaan Malaysia ini.
Wakil Malaysia menjawab kebanyakkan askar-askar ini sudah tua atau sudah meninggal dunia. Zuriat mereka juga berkepala kayu.
Banyak dari anak-anak mereka berada di Parlimen. Hampir kesemua ahli-ahli Parlimen Melayu dan Bumiputera dari Barisan Nasional, dan parti-parti PAS dan PKR adalah anak-anak askar ini.
Semua parti dan bebas ada. Siapa yang kepala kayu kerana sayangkan undi?
Seorang penuntun bangun bertanya adakahs emua ahli parlimen Melayu demikian. Wakil Malaysia terangkan. Satu saja pasti tak. Ibrahim Ali. Dia Bebas ... maaf, dia Perkasa.
Wow! Anon 8:18, aku tujukan Wow! itu untukmu.
Potong!!!! Cetak rakaman itu!
Bagus Husin Lempoyang. Pergi pejabat tandatangan kontrak sosial.
Kontrak sosial? Aku ingat kontrak felem. Celaka punya Tuan Direktor.
Rabu, November 26, 2008
Mesyuarat Pertama Majlis Fatwa Rakyat
Tahun 2013.
BN kalah pada PRU 2012 sebab Dolah dikekalkan sebagai PM dan pengundi tidak yakin dengan Pemangku Presiden UMNO masa itu, Ali Rustam. Macam mana dipusing Dolah, Najib tak jadi PM.
Sehingga 2012, Khairy adalah Menteri Kewangan II kepada Abdullah. Pada Mac 2009, dia menang Ketua Pemuda tanpa bertanding.
Jawatankuasa Disiplin telah mereka tindakan disiplin dan terus tidak melayakkan Mukhriz dan Dr Khir Toyo untuk bertanding. Jawatankuasa tersebut terdiri dari Kalimullah, Kamaluddin, Anuar Zaini, Dr. Vincent Lim, dan Khairy sendiri. Merekalah yang menyelit 80 orang Khairy dalam senarai calun untuk pilihanraya 2008 hingga terlepas 5 negeri. Merekalah yang mengatur senarai untuk pilihanraya 2012 hingga kalah.
BN kalah juga disebabkan Khazanah Nasional dijual murah-murah kepada Singapura oleh ECM Libra dan semua kontrak kerajaan diberi Scomi dan TRC.
Yang anihnya, Pakatan Rakyat menang tetapi Gwo-Burne yang jadi PM.
Anwar tak bertanding kerana masuk penjara kerana kes liwat II pada tahun 2010. Dia terlepas peluang untuk jadi Perdana Menteri.
Gwo-Burne simpati kepada Anwar. Dia usahakan untuk dapatkan keampunan Agong. Bagi mengelakkan Anwar mencabarnya apabila keluar, Gwo-Burne letak Anwar sebagai Pengerusi Majlis Fatwa dan ada isu-isu panas yang akan menyusahkan Anwar.
Nama bukan lagi Majlis Fatwa Kebangsaan, tetapi Majlis Fatwa Rakyat, untuk bersesuaian dengan Pakatan Rakyat.
Anggota Majlis adalah Zulkifli Nordin (Timbalan Presiden), Norhayati Kaprawi, Wakil Sister-in-Islam (Cadangan Setiausaha Agong), Zaid Ibrahim, Malik Imtiaz, Mat Sabu, Tan Lian Hoe, dan Sami-Sami Hindu dan Buddha.
Mesyuarat pertama bermula.
Itulah ugama bukan boleh dipolitikkan dan dibincang oleh peguam dan aktivis yang tidak mengamalkan hidup beragama.
Semua ugama berbeza dan tidak boleh bercampur-campur. Masing-masing jaga hal masing-masing dan jalankanurusan sendiri.
Jangan sakitkan hati penganut ugama lain. Hormat menghormati dan berakomodasi sesama kita.
* Disunting dan kemaskini 7 am 7/11/2008

Anwar: Saya tidak mahu bercakap dahulu, tetapi ingin anda semua meluahkan fikiran masing-masing mengenai term of reference kita. Cuma ... ingin umumkan Saudara Zulkifli Nordin sebagai Timbalan Pengerusi dan mencadangkan Saudari Norhayati Kaprawi, Wakil SIS sebagai Setiausaha Agong.(Satu-satu dikerjakan Zul Nordin. Mat Sabu pecah ketawa terbahak-bahak. Anwar menahan dari tersenyum. Malik Imtiaz bingau dan ternganga saja. Ahli-ahli lain marah. Keadaan huru hara hampir hendak gaduh.)
Zaid Ibrahim: Saya rasa term of reference kena tunggu dan lihat. We do it as we go along. Kalau Dolah dapatkan orang untuk lompat, keadaan boleh berubah. Saya dah biasa tiga bulan jadi Menteri. Isu-isu ini hanya hobi sampingan untuk saya. Yang penting, firma guam saya terus dapat kerja kerajaan macam WPI.
Saya hanya ingin tekankan bahawa pihak kajian fatwa perlu mendefinasi kembali arak dari takrif yang ada ia-itu sesuatu yang memabukkan. Sebotol Chivas Regal tak memabukkan saya. Adakah Chivas haram?
(Semasa itu, Zaid sudah menjadi ahli parti Gerakan)
Malik Imtiaz: I agree. A jug of beer should not be haram. It doesn't affect me.
Pardon me for speaking in English. I am supposed to be snobbish and do not know Malay. I had planned to go to Oxford after completing my Bacceleareate at UWC, Singapore. But I end up studying at UIA because my father's tandoori and cloth merchant business sagged in 1986.
They say I am God-send to the legal profession. May I state irrevocably that the Syariah Court is an inferior court to the Civil Court.
(Zul Nordin kelihatan gelisah dan hendak bercakap tetapi Anwar tendang kaki memberi tanda sabar.)
Anwar: It is outside this Council to look into matters of the law per se, but I will take note. Siapa lagi?
(Salah satu repertoire Anwar yang sebagai ahli politik adalah tidak tegas pendirian dan mencari ruang untuk tukar pendirian atau cari alasan.)
Norhayati: Saya tak setuju diberi tugas Setiausaha. Ini adalah gender bias. Mengikut guru kami, Amina Wadud kami pun boleh jadi Imam Sembahyang Jumaat ...
Anwar: Ok Ok ... Yati mahu jawatan apa?
Norhayati: Timbalan
Anwar: Ini saya perlu bincang dahulu dengan Zul. Sabar dahulu Zul. Sebagai Timbalan, anda hanya cakap last sekali.
(Zul Nordin nampak tidak sabar nak bangun kerusi tetapi tangan Anwar sudah pegang peha dia menandakan jangan. Tapi terkena punai pulak. Zul sudah fikir lain macam.)
Theresa Kok: Dato Seli Anwa, saya lasa Majlis ini boleh membeli alahan kepada Masjid dan Sulau supaya titak mengumandangkan ajan pagi-pagi. Saya cadangkan supaya ajan dilakukan mengikut amalan orang Klistian pada cuti hali Ahad sahaja. Kita boleh selagamkan semua agama-agama amalkan jialah lumah ibadat pada hali minggu. Polisi agama ini bena-bena Malaysian Malaysia dan boleh lebih bejaya dali Lee Kuan Yew.
Anwar: Itu idea mungkin ideal tetapi perlu dikaji dengan lebih mendalam supaya tidak ada kekeliruan.
(Satu lagi cara Anwar tidak ambil pendirian.)
Mat Sabu: Peraturan dan amalan ugama bukan boleh macam main tukar-tukar skirt, Theresa. Orang Islam sembahyang hari Jumaat dan orang Melayu kunjung Masjid dan Surau untuk kelima-lima waktu mengikut tradisi Islam ribuan tahun.
(Zul seghiau. Dia hairan melihat Mat Sabu yang nampak lantang tetapi kurang dan berbisa. Ini mesti pasal persetujuan Pakatan Rakyat sudah kunci mulut dia.)
Tan Lian Hoe: Saya cuma hendak belitahu bahawa olang Melayu juga kaum pendatang macam olang lain. Tidak patut agama meleka dibeli kelebihan. Masaalah kita adalah masaalah kepimpinan. Kita pelu satu Obama. Saya lasa Dato Seli Anwa tidak semesti menjadi Pengelusi Majlis ini. Kaum lain pun bole. Ini masih pendilian lasis.
Anwar: Isu-isu yang dibangkitkan boleh dibincang di masa lain yang lebih sesuai. Kita bercakap mengenai term of reference sebagai Majlis Fatwa Rakyat. Kedudukkan saya adalah dilantik oleh PM. Buat masa ini, tugas saya hanya mencadangkan anda semua untuk menduduki Majlis ini dan ini telah pun dipersetujui PM.
Theresa: Kenyataan Dato Seli ini seolah-olah mengugut kami. Ini kerja sukalela ... tak boleh paksa dan ugut, ma.
Anwar: Tak tak ... itu bukan maksud saya. Baik kita jangan bertengkar. Kita teruskan mesyuarat.
Yes, Wakil Hindu?
(Ini satu taktik Anwar untuk cabut lari bagi mengelak dari debat apabila orang bersemuka dengannya.)
Samy Hindu: Saya tidak setuju ini semua. Saya ingat ini Interfaith Commission untuk menentukan penyelesaian isu antara ugama. Buat apa kita mahu terlibat dengan fatwa ugama Islam. Kita bukan Hindu Sangam. Pada kita, Hindu saja ugama. Lain bukan. Pasal kita boleh nampak itu tuhan di kuil. Dalam Masjid orang Islam tak ada apa-apa.
Samy Buddha: Kita pun ugama jugalah, Sami. Kita pun ada patung Buddha dan Dewa Cina lain.
(Zul Nordin sudah tidak tahan dengan sikap tiada pendirian Anwar dan dia terus bangun.)
Zul Nordin:Theresa, mana boleh mahu Islam sama dengan Kristian. Islam tuhan satu. Ugama kamu tuhan ada tiga, tapi kamu kata satu. Ingat apa, kopi ginseng 3 in 1?
Tan, jangan cakap banyak. Lu bawak sama saya satu orang Cina atau India yang bukan Baba atau Chettiar, yang keturunannya sudah ada di Malaya lebih dari 100 tahun?
Hindu dan Buddha sembah patung bukan tuhan. Sami Buddha, patung kamu bukan tuhanlah. Mata dia sepet. Macam mana patung kamu boleh jadi tuhan, kalau mata tak boleh tahan asap? Sami Hindu, patung kamu pun bukan tuhan. Apa punya tuhan mata begitu besar? Dia terbeliak tengok pusat perempuan India kah?
Hoi Zaid, Melayu tak sedar diri ...
Itulah ugama bukan boleh dipolitikkan dan dibincang oleh peguam dan aktivis yang tidak mengamalkan hidup beragama.
Semua ugama berbeza dan tidak boleh bercampur-campur. Masing-masing jaga hal masing-masing dan jalankanurusan sendiri.
Jangan sakitkan hati penganut ugama lain. Hormat menghormati dan berakomodasi sesama kita.
* Disunting dan kemaskini 7 am 7/11/2008
Pengumuman
Gambar dari ihsan laman blog Pezul
Para Pengguna yang Budiman
Perkara: Penggunaan Identiti Anonymous
Kami memohon maaf kerana memberhentikan siaran perbincangan sebentar untuk menyampaikan satu pengumuman.
Dengan banyak sekali komentar mengenai isu-isu tertentu, kami menghadapi masaalah kekeliruan beridentifikasi dari banyaknya penggunaan identifikasi anonymous. Ini tidak menggalakkan interaksi sesama pengguna.
Pihak pengurusan telah mengambil khidmat Blogspot.com yang telah kami terbangkan dari Perth untuk bertindak sebagai konsultan penyelia sistem di pejabat kami di Cyberjaya.
Bagi membantu pihak pengurusan dan memudahkan identifikasi sesama pengguna, mereka telah memberi beberapa cadangan. Antaranya, para pengguna diminta mengurangkan penggunaan identiti anonymous dan meletakkan nama samaran untuk komentar-komentar.
Blogspot.com mencadangkan diikut cara-cara dalam gambarajah di bawah:
Hanya klik pilihan identiti "Name/URL" dan isikan nama samaran pilihan anda. Dalam contoh diatas, nama samaran adalah "Dolah Badawi".
Jika anda inginkan hyperlink kepada nama samaran anda untuk menarik pengunjung kelaman web anda, sila isikan alamat laman web anda atau organisasi anda di dalam kotak di bawahnya.
Merujuk kepada gambarajah, alamat laman web organisasi bagi "Dolah Badawi" adalah http://www.sleepfoundation.org/. Komentar anda akan kelihatan seperti berikut:
Kerjasama amat dihargai sekali.
Pihak pengurusan sentiasa peka dengan kehendak pengguna dan sentiasa komited untuk memastikan perkhidmatan menjual orang sentiasa dipertingkatkan mutu jualan.
Untuk kembali kepada perbincangan "Hindu Sangam sajalah uruskan Kelas Fardhu 'Ain", sila klik di sini.
Sekian. Terima kasih.
"Perkhidmatan Berintegriti Internasional Membina Kecemerlang, Kegemilangan dan Keterbilangan"
Yang benar
Hasan Lengkuas bin Husin Lempoyang
Pegarah Urusan
Isnin, November 24, 2008
Hindu Sangam sajalah uruskan Kelas Fardhu 'Ain
Adakah Ustaz-Ustaz Pengajar Masjid Hadhari
Dibawah Polisi Menteri Agama Hadhari
Perdana Menteri Abdullah Badawi
Akan Akhirnya Rupa Begini?
Dibawah Polisi Menteri Agama Hadhari
Perdana Menteri Abdullah Badawi
Akan Akhirnya Rupa Begini?
Setelah membaca kenyataan Hindu Sangam sepenuhnya di sini, Husin fahami "mereka" nampaknya lebih memahami agama Islam dari orang Islam. "Mereka" begitu faham sehingga ada si Jawa Kaprawi yang mengikuti pendirian "mereka".
Kalau begitu, "mereka" pasti sudah baca, faham dan arif isi kenyataan fatwa sepenuhnya di sini. Jangan salah sangka. "Mereka" mungkin sudah beriman kepada tuhan yang esa.
Dengan liputan demi liputan akhbar yang diberikan oleh Dewa Kali dan Mullah Muslim, dan rakyat boleh mengkritik habis-habisan, ini seolah-olah kerajaan Islam Hadhari seiring sejalan dengan keterbukaan sedemikian rupa dan ianya tidak salah.
Nampaknya "mereka" lebih layak dalam hal-hal hukum hakam agama dari ulama-ulama yang ada, dan perihal undang-undang artikel 11 lebih dari hakim-hakim yang memberi keputusan. Jika demikian, biarlah kita tukar anggota-anggota Majlis Fatwa Kebangsaan.
Anggotanya layak dilantik Anwar Ibrahim (Pengerusi), Lim Kit Siang (Timbalan), Khalid Ibrahim (Jurucakap), Norhayati Kaprawi, Sister-in-Islam (Setiausaha), Zaid Ibrahim, Malik Imtiaz, Harris Ibrahim, Husam Erdogan, Tan Lian Hoe, Datuk A Vaithilingam, Hindu Sangam, dan wakil-wakil ugama Buddha, Kristian dan Sikh.
Barulah Bangsa Malaysia dan layak untuk mengaku, "I’m committed to multiculturalism, multiracialism."
Apa pula fatwa mengenai air bir dan whisky? Kena tanya lawyer-lawyer Melayu atau Mamak tu. Mereka adalah orang-orang progresif yang pasti mahu lihat satu kemaskinian hukum hakam.
Dengan ada Majlis Fatwa Kebangsaan baru, JAKIM pimpinan Menteri Hadhari wal Kretami harus memberi tauliah kepada Hindu Sangam untuk menjalankan kelas-kelas Fardhu 'Ain di Masjid-Masjid dan Surau-Surau seluruh negara.
Pasti Hindu Sangam yang nampaknya pakar dan boleh memperkenalkan syllabus dan pedagogi pembelajaran baru dalam bab-bab sembahyang. Anak-anak dan kaum-kaum ibu akan diajar cara sembahyang baru ala yoga.
Dari kiri: Takbiratul Ihram, Berdiri, Ruku
Dari kiri: Iqtidal, Sujud
Dari kiri: Duduk antara dua sujud, Tahiyat
Lepas sembahyang, Hindu Sangam akan ajar ibadat-ibadat sunat baru ala yoga.
Wirid (kiri) dan doa (kanan)
Ini lain-lain ibadah sunat ala yoga.
Amalan ugama Islam akan lebih diseragamkan dengan agama-agama lain kerana telah mendapat persetujuan agama-agama lain. Majlis Fatwa Kebangsaan kira lebih kurang macam First Council of Nicasea.
Kalau Sadiq Sigaraga marah, dia kena jual. Tapi jika kita tak marah, kita yang kena jual. Dah sampai bab ugama "mereka" nak masuk campur.
Eh eh eh ... Cobaan. Hoi! Ini bukan politik lah, ini betul-betul!
Ahad, November 23, 2008
Syed Hamid pulak kali ini yang tertinggal bas ...
Balik ... balik ... cerita pasal blog. Bosan la cakap dengan orang tertinggal bas ... bas ICT.
Dahulu si Shaziman tertinggal bas, sekarang Syed Hamid.
Nampak sangat dia anak Singa UMNO takut dengan blog. Kalau kerajaan pandai berkomunikasi dan jelas dalam penerangan, apa dia nak takut dengan blog. Nak putar pun tak boleh.
Syed Hamid pulak kali ini yang tertinggal bas ...
Shaziman dulu sudah nak blog dilesenkan. Kali ini Syed Hamid mengaum nak tunjuk dirinya cerdik untuk cadangkan kod etika bloger.
Abenda kamu cakap ni, Pak Habib?
Kalau ada kod etika macam suratkhabar, macam mana nak diimplimentasi seperti macam suratkhabar?
Suratkhabar ada lesen dan pelbagai peraturan dan undang-undang. Adakah Syed Hamid memikirkan mahu menggunakan lesen Internet? Jangan buat kerja bodowi. Kamu ketatkan Internet, reputasi negara terjejas.
Cuba jangan auta macam saudagar arab karpet yang nak kelentong tikar sebaagai permaidani parsi fesyen baru.
Syed Hamid pulak kali ini yang tertinggal bas ...
Proses lesen blog lagi cekap dan cepat. Kalau kamu cakap merepek, orang tak kunjung. Kalau blogger tak menarik, orang tak jenguh pun. Kalau censure dan tahan orang bercakap, tunggulah masa. Kalau kamu belasah blogger tak tentu, ad akomentar lain belasah kamu balik.
Lama-lama blog itu cakap seorang dan mati sendiri.
Kalau Malaysia Today censor komentar dan pendaftaran komentar menggunakan Labisman. Ini serupa "cakap tak serupa bikin" untuk mengaku sebagai bebas, dan imbang.
Kalau MT nampak sekarang macam alat propaganda eksklusif untuk PKR dan agenda suara propaganda kumpulan liberal dan anti nasionalis ... entah-entah Singapura.
Jangan takut, lesen dia akan "ditarik balik" oleh pengunjung. Lama-lama dia mati dalam syok sendiri cakap sesama sendiri. Tak payah saman-saman dan ISA.
Syed Hamid pulak kali ini yang tertinggal bas ...
Blog lagi hebat mentadbir diri dari Menteri.
Syed Hamid pulak kali ini yang tertinggal bas ...
Dia tak faham blog itu adalah suara orang perseorangan dan individu, tak kira dia sokong siapa, dan suka dan kritik siapa. Tak kira dia nak cerita pasal dunia atau pasal kucing dia mati kena gelek stemrol.
Mulut tempayan kamu boleh tutup, mulut blog tak boleh ditutup. Tak payahlah pakai kod etika atau apa sekali pun.
Kadang-kadang orang nak berpolitik macam arab jual karpet, suka pakai trick nak bersatu. Ada telor ke tidak ada telor ke, blog persendirian bergerak persendirian.
Kalau masing-masing baru ngadeng, jangan nak ajar-ajar, cabar-cabar dan atur-atur orang lain.
Inilah orang muda. Mentang-mentang dia selalu-selalu, dia tak tahu dia gopoh dan sekejap-sekejap. Belajar dari orang veteran ... sekali-kali tu lamaaaa ....
Berbincanglah sesama yang baru nak memmaiz.
Kawan Husin kata, mesyuarat adalah usaha formal untuk membuang masa. Macam Syed Hamid bermesyuarat di KDN dan masa sebagai MENLU. Habisnya habuk tara ...
Wow! Anak Husin suka ubat gigi Kodomo Lion pasal dia tak takut pun ...

Tak payah nak ikut proses kerajaan untuk ada proses 60 hari soal siasat, baru hantar ke 2 tahun. Akhirnya bila dah hantar, salah juga tak ikut prosedur dan Menteri tak boleh ambilalih kausa polis. Mahkamah kata salah dan keluar balik.
Tak payah, ikut peraturan untuk bersuara. Hanya Menteri bangang beri komen mengenai ISA yang dibawah bidang kuasa polis.
Tak payah macam ada orang itu yang patut ikut orang tiga bulan baru boleh ISA, tapi tak sampai seminggu berita keluar sudah di ISA. Dua hari kemudian, sudah keluar. Ada arab jual karpet kata ditahan untuk menjaga keselamatan.
Tak payah macam seorang itu yang ditegur tak buat kerja - kajian dan memahami proses mahakmah ICJ - tapi degil. Akhirnya sebab arab jual karpet, hilang satu pulau hilang.
Tak payah ikut proses seorang itu yang tak menerima kenyataan bahawa orang tak mahu dia lagi. Arab jual karpet ini menang tanpa bertanding menggunakan jawatankuasa disiplin. Akhirnya baru sedar, semua jawatankuasa bahagian tak mahu mesyuarat dan bekerjasama dengannya.
Syed Hamid pulak kali ini yang tertinggal bas ...
Dia tak faham blog itu adalah suara orang perseorangan dan individu, tak kira dia sokong siapa, dan suka dan kritik siapa. Tak kira dia nak cerita pasal dunia atau pasal kucing dia mati kena gelek stemrol.
Mulut tempayan kamu boleh tutup, mulut blog tak boleh ditutup. Tak payahlah pakai kod etika atau apa sekali pun.
Kadang-kadang orang nak berpolitik macam arab jual karpet, suka pakai trick nak bersatu. Ada telor ke tidak ada telor ke, blog persendirian bergerak persendirian.
Kalau masing-masing baru ngadeng, jangan nak ajar-ajar, cabar-cabar dan atur-atur orang lain.
Inilah orang muda. Mentang-mentang dia selalu-selalu, dia tak tahu dia gopoh dan sekejap-sekejap. Belajar dari orang veteran ... sekali-kali tu lamaaaa ....
Berbincanglah sesama yang baru nak memmaiz.
Kawan Husin kata, mesyuarat adalah usaha formal untuk membuang masa. Macam Syed Hamid bermesyuarat di KDN dan masa sebagai MENLU. Habisnya habuk tara ...
Wow! Anak Husin suka ubat gigi Kodomo Lion pasal dia tak takut pun ...
Sabtu, November 22, 2008
JJ sarankan UMNO perlu bersih
Apa? Terperanjat membaca tajuk? Betullah tu JJ, Johan Jaafar.
Sila baca tulisan JJ di sini.
He he he ... Mesti kamu ingat JJ yang satu lagi.
JJ yang satu lagi pun boleh sempat hayati, kalau tidak terlambat ...
Jumaat, November 21, 2008
Nak lebih mintak Tamrin, bapak dia kaya
Ini cerita lama. Husin rasa pasti ramai sudah mendengar jenaka ini. Sampai ibu Husin pun pernah ulang jenaka ini pada saya.
Mula-mula ingat jenaka biasa, tapi selidik punya selidik rupanya peristiwa betul. Tak sangka arwah Tun Ghafar seorang yang boleh melawak. Selalu ingat dia serius.
Satu hari arwah Tun Ghafar dilawati di pejabat oleh sekumpulan yang datang dengan niat untuk meminta derma untuk satu Majlis Makan Malam. Kalau Pak Ghafar kasi, dialah akan dijemput sebagai tetamu kehormat.
Selepas digelek-gelek bercerita macam-macam kepada Pak Ghafar, akhirnya mereka luahkan hasrat mereka berjumpa. Nak mintak duit untuk satu Majlis Makan Malam untuk Persatuan. mereka untuk sekian ramai orang dan tujuan.
Ghafar tidak banyak cakap. Dia buka wallet dan terus diberi wang RM200. Terlopong masing-masing. Hasrat untuk dapat dalam sekurang-kurangnya RM2 ribu. Kalau nak jual meja, berat ahli-ahli nak bayar. Tak boleh buat di hotel.
Salah seorang dari mereka yang memang agak rapat denagn arwah terus bersuara, "Eh ... Pak Ghafar apa sedikit sangat?"
Arwahnya menjawab, "Ini saja yang saya ada sekarang."
"Tak akan Pak Ghafar kasi banyak itu. Tamrin pun kasi lima ratus."
Dia merujuk kepada anaknya yang ketika ityu ahli parlimen Batu Berendam.
Mula-mula ingat jenaka biasa, tapi selidik punya selidik rupanya peristiwa betul. Tak sangka arwah Tun Ghafar seorang yang boleh melawak. Selalu ingat dia serius.
Sebelum Husin mulakan cerita, minta kita sedekahkan fatihah kepada arwah. Dia banyak juga jasa, yang paling menyerlah adalah MARA.
Al fatihah!
Satu hari arwah Tun Ghafar dilawati di pejabat oleh sekumpulan yang datang dengan niat untuk meminta derma untuk satu Majlis Makan Malam. Kalau Pak Ghafar kasi, dialah akan dijemput sebagai tetamu kehormat.
Selepas digelek-gelek bercerita macam-macam kepada Pak Ghafar, akhirnya mereka luahkan hasrat mereka berjumpa. Nak mintak duit untuk satu Majlis Makan Malam untuk Persatuan. mereka untuk sekian ramai orang dan tujuan.
Ghafar tidak banyak cakap. Dia buka wallet dan terus diberi wang RM200. Terlopong masing-masing. Hasrat untuk dapat dalam sekurang-kurangnya RM2 ribu. Kalau nak jual meja, berat ahli-ahli nak bayar. Tak boleh buat di hotel.
Salah seorang dari mereka yang memang agak rapat denagn arwah terus bersuara, "Eh ... Pak Ghafar apa sedikit sangat?"
Arwahnya menjawab, "Ini saja yang saya ada sekarang."
"Tak akan Pak Ghafar kasi banyak itu. Tamrin pun kasi lima ratus."
Dia merujuk kepada anaknya yang ketika ityu ahli parlimen Batu Berendam.
Arwahnya menjawab tanpa senyum dan ketawa dan dengan rupanya yang serius, "Oh dia boleh lah. Pergi jumpa pada dia dan mintak lagi RM500. Bapak dia kaya. Bapak saya miskin. ..."
Terlopong masing-masing tak tahu apa nak kata. Dah tentu bapak Tamrin yang kaya itu Pak Ghafar.
Terlopong masing-masing tak tahu apa nak kata. Dah tentu bapak Tamrin yang kaya itu Pak Ghafar.
Rupanya dia saja nak kenakan dia orang. Dapat dua ribu akhirnya.
Inilah susahnya ahli politik. Gaji tu ada untuk membiayai keluarga. Tapi masyarakat banyak sanhat harapan. Mereka tahu mintak saja dengan ahli politik.
Inilah susahnya ahli politik. Gaji tu ada untuk membiayai keluarga. Tapi masyarakat banyak sanhat harapan. Mereka tahu mintak saja dengan ahli politik.
Dah biasa mintak. Dulu mintak raja dan orang bangsawan, kali ini ahli politik. Kita dah anggap orang berpangkat mesti kaya dan perlu ada duit untuk kasi.
Tak kasi, kalahlah ahli politik itu. Dikatakan pelokek.
Tak kasi, kalahlah ahli politik itu. Dikatakan pelokek.
Kalau tak lokek susah mereka. Bayangkan satu hari minggu macam sekarang yang ada jemputan kahwin sampai 15-20 tempat. Satu tempat kena sumbang RM100. Nak makan pun tak larat. Tak ke sampai RM1,500 - 2,000.
Gaji RM10 ribu pun tak cukup melayan harapan dan kehendak orang ramai. Belum yang kaki pau.
Lama-lama terpaksa cari wang lain dari gaji. Ini yang jadi macam-macam. Ada yang rasuah, itu dah memang salahlah. Tapi ahli masyarakat pun sama bersalah.
Lama-lama terpaksa cari wang lain dari gaji. Ini yang jadi macam-macam. Ada yang rasuah, itu dah memang salahlah. Tapi ahli masyarakat pun sama bersalah.
Ini jangan nak hentam UMNO saja. Husin tahu ada MP PAS pun luar baisa banyaknya duit sekarang. Anwar pun ada banyak duit war chest. Lim Kit Siang dapat duit, sorok luar negara. Dulu kempen derma Bukit Cina apa jadi?
Mungkin kita kena ubah hal ini. Peranan ahli politik dan wakil rakyat perlu berubah dan perubahan difahami masyarakat.
Mungkin kita kena ubah hal ini. Peranan ahli politik dan wakil rakyat perlu berubah dan perubahan difahami masyarakat.
Mereka yang nak jadi ahli politik mesti mereka yang gentlemen of means. Kalau sendiri sudah lepas, baru boleh fikirkan untuk jadi pemimpin masyarakat. Tapi kalau seseorang itu pandai, mempunyai semangat dan tenaga untuk berkhidmat, dan berkeupayaan memimpin, apa nak buat dengan bakat sedemikian?
Jika harap orang biznes, akhirnya rosaklah pemimpin muda itu. Mereka fikir hanya macam mana nak cari peluang. Masuk parti politik pun pasal nak cari peluang. Masuk NGO untuk bergiat tapi mereka nak luaskan kenalan. Fikiran orang biznes dah macam gitu.

Tolak tak boleh, rapat sangat tak boleh. Fening lalat.
Wow! Baik jual unta, lagi senang
Khamis, November 20, 2008
Lawak Jenaka Ceramah Politik
Kalau yang bercakap itu sedap, ceramah politik memang amat menghiburkan. Tak kira BN atau PR.
Husin akui syarahan Anwar memang menghiburkan. Dalam dia menghiburkan dan membuat para penuntut terpegun dan beri perhatian, masa itulah dia cucuk jarum. Cucuk jarum saja. Bab cucuk lain Mahkamah Tinggi akan tentukan pada Februari 5 dan 6 hb tahun hadapan.
Pada malam Black 14, Husin pergi dengar Anwar bercakap di Kelab Sultan Sulaiman. Dia kata, "Kita akan mengambilalih kerajaan dalam sedikit masa lagi. Apabila kita dapat berkuasa, kita akan lakukan pembaharuan. ....
Sorang sorang dia mengata dan apabila sampai ke Najib, dia pun cucuk jarum, "
Bagi Najib, kita tak buat apa-apa pada dia, ... tidak tuan-tuan puan-puan. Kita akan hantar dia jadi Duta Malaysia ke Mongolia ...."
Kah kah kah ... penuntun ketawa. Dapat dia sebarkan fitnah dan membuka perasaan ingin tahu dari kalangan penuntun.
--------------------------
Ada satu masa, Husin dengar Saari Amri, budak Keadilan. Masa itu dia hentam Zam selepas interview di TV asing.
"Ini macam mana Menteri Penerangan. Dia seorang wartawan veteran tapi ini bukan Menteri Penerangan tapi Menteri Kekeliruan."
Kah kah kah ... dah kena Zam. Padanlah kau Zam. Kau memang teruk pun.
----------------------
Masa pilihanraya lagi best. Kadang-kadang ceramah itu dekat-dekat. Boleh dengar group sini cakap dan group sana cakap. Kalau satu group speaker dia kuat, terpaksa satu group diam dulu.
Ini satu kisah melibatkan seorang Menteri veteran yang memang hebat dalam ceramah kepada akarumbi. Dah tak ada orangnya. Jadi Husin tak sebut nama dia.
Masa itu, zaman UMNO lawan Semangat 46. Kira lawannya UMNO dgn UMNO juga. Pasal UMNO kena bubar, sorang kata itu bukan UMNO ori dan satu kata dia punya UMNO juga.
Di satu tempat, maka ceramahnya dekat-dekat. Speaker UMNO besar dan power, maka penceramah Semangat 46 terpaksa berdiam dahulu dan dengar untuk dijawab balik.
Dalam ucapan, YB Menteri ingin mencerminkan mengenai pembangunan Islam yang dibawa zaman Dr Mahathir untuk menjawab tuduhan PAS dan Angkatan Perpaduan Ummah.
"... Saya nak beritahu tuan-tuan dan puan-puan semua., Dr Mahathir baru saja pulang dari Mekah. Di sana dia telah diberi penghormatan untuk tawaf dalam kaabah. ...
Belum dapat orang ramai menepuk, penceramah Semangat 46 sudah balas.
"... Hoi YB, mana boleh tawaf dalam Kaabah. Macam manalah kita nak harap UMNO dan BN untuk mengimarahakan Islam, hukum tawaf pun dia tak tahu. ..."
Terbahak-bahak penuntut di dua-dua pihak ketawa.
Diluar pandangan orang ramai, ahli politik dengan ahli politik ini, walaupun bersaing hingga tebar fitnah, heret orang ke mahkamah dan sumbat menyumbat ke penjara, mereka boleh berlawak dan berkawan sesama mereka.
YB itu dan penceramah S46 itu duduk hotel sama dan apabila pulang ke hotel, mereka duduk minum satu meja sama-sama ketawakan kesilapan YB Menteri itu. Begitulah politik satu masa dahulu, tidaklah begitu tension dan stress macam sekarang. Tak ada humour dan kesetiakwanan lagi.
------------------------
Dalam satu ceramah PAS di Melaka, masa itu Tok Mat jadi Menteri Penerangan, Husin terdengar Ketua Pemuda PAS, YB Salahuddin Ayub berceramah. Masa itu dia sedang mengusik Menteri Penerangan. Dalam ceramahnya, dia berkata:
"Kalau PAS memerintah, kita tidak akan buang Tok Mat dari Kementerian Penerangan. Kita akan kekalkan dia di sana. Kita akan pastikan dia kekal di RTM. Kita akan letak dia jadi Pengacara Rancangan ... Pooooppppp Quiz!"
Ada kawan pergi beritahu pada Tok Mat sendiri. Tok Mat jawab, "Beranganlah PAS nak memerintah.
"Macam mana memerintah. Itu pun dia tak tahu. Itu bukan rancangan RTM, itu rancangan TV3 ....."
Kena balik PAS.
Macam begitulah Husin dengar dahulu PAS berangan nak perintah macam Anwar nak ambil alih pemerintahan.
Pada malam Black 14, Anwar berkata,"Kita akan tukar kerajaan dalam sedikit masa, harap tuan-tuan puan-puan bersabar. Kalau tidak dua tiga minggu lagi, bulan depan. Kalau tidak bulan April, bulan Mei. Kalau tidak Mei, Jun atau Julai. Pastinya, paling akhir sekali pada bulan September."
Yang itu Husin ketawa terbahak-bahak. Pada hari September 16, Anwar tak dapat tubuh kerajaan baru, tapi kawan Husin dapat Pertubuhannya diluluskan.
Wow! Sadiq Sigaraga punya suai. Lima puloh paun saja dapat jual.
Selasa, November 18, 2008
Kisah Noh Omar, Usahawan Fofesyenal, dan Sosej
Dalam satu Majlis Ilmu berkaitan ekonomi Melayu, Dato Noh Omar diminta bentangkan kertaskerja.
Dia mengatakan, "Kita perlu mengeluarkan lebih ramai "fofesyenal" Melayu melalui program Modal Insan. Selepas mereka habis belajar dan balik dari luar negara, mereka boleh menimba pengalaman semasa menjadi "fofesyenal-fofesyenal" dan mencebur bidang keusahawanan.
Inilah cara terbaik untuk kita mengeluarkan lebih ramai usahawan-usahawan Melayu dan Bumiputera."
Salah seorang hadirin yang mendengar ia-lah kawan-kawan Khairy gang Tingkat 4. Senyum dia mendengar kerana ini adalah peluang untuk kawan-kawan Oxford and pelajar British Top University untuk diberi projek untuk dapat jadi usahawan .
Semasa berhenti rehat minum teh (biasalah seminar lebih banyak makan sedap dan minum teh dari perbincangan), Dato Noh diletakkan satu meja dengan seorang bekas Menteri yang berkhidmat zaman Tun Abdul Razak dan Tun Hussen Onn (kita panggil Tan Sri sajalah).
Tan Sri itu terus bertanya kepada Noh Omar, "Betul ke budak-budak balik belajar boleh jadi usahawan berjaya?"
Noh menjawab, "Saya lihat ini banyak dari kalangan bekas penuntut-penuntut MRSM, IKM dan UiTM bawah kelolaan MARA yang demikian. Padahal kita tidak beri latihan keusahawanan dahulu. Karakter lasak mereka semasa belajar dan di luar negara menjadikan mereka berani mencuba dan sedia ambil risiko."
"Aku tak percaya. Kita kena bimbing mereka. Mereka mungkin pandai belajar tapi tak mesti berjaya begitu saja. Orang Melayu sudah hilang sejarah berdagang dan berniaga semasa di ketepikan oleh British dari arus pembangunan.
"Aku hantar anak aku ke German untuk belajar."
Noh menyampuk, "Baguslah itu. Sana cara dia praktikal."
Tan Sri sambung, "Taka da juga. Dia banyak main dan akhirnya fail. Kau tahu bila dia balik, aku tanya, kau dah fail ni macam mana?
"Dia kata dia belajar mengenai line production. Katanya, line production yang dia sudah reka boleh buat semua. Masukkan lembu, mesin boleh sembelihkan, buang kulit dan tulang, potong-potong daging, asing jenis-jenis daging dan akhirnya diproses jadi sosej."
"Bagus tu. Kalau teknologi itu boleh dibawa ke Malaysia, kita sedia biayai." Noh Omar mencelah. Macamlah senang biayai usahawan Melayu. Banyak sangat cekadak MARA, SME Bank dan lain-lain agensi. Nak lulus boleh makan setahun, nak dapat release duit lagi satu cerita.
"Alah .. Noh. Kau jangan kena temberang. Anak aku nak kelentong. Kau tahu, apa aku jawab?" Tan Sri bertanya.
Noh yang tidak boleh teka apa jawapan menunggu dengan seronok, "Apa-apa?!"
"Aku jerit kepala hotak kau! Apa kau belajar ambiskan duit abah bertahun-tahun cuma nak buat sosej. Abah pakai sosej masukkan mesin di kilang dan boleh keluarkan lembu ...
.... macam kau."
Kah kah kah .... semua ketawa.
"Apa jadi anak Tan Sri?"
"Sekarang dia usahawan berjaya pasal dia pandai temberang dan meyakinkan orang."
Terpompong mulut Noh Omar yang tak kena gaya disindir. Tak payah "fofesyenal-fofesyenal" nak jadi usahawan. Inilah cara orang lama kenakan orang.
Noh Omar, calun MKT tertinggi pencalunan.
Wow! Husin jadi saudagar unta dari mula cuci taik unta. Tapi Tan Sri jual orang lagi kelas.
Isnin, November 17, 2008
Suami yang macam menyesal ...
Dengan tangan memegang gelas air, si Mail berada dalam gelap merenung bulan melalui tingkap dapur. Sudah 51 tahun dia berkahwin dengan Sarah tetapi tidak aman dan harmoni rumahtangga. Mereka hidup mewah dan makmur tetapi mudah saja berlaku perselisihan faham. Sikit sebab, diungkit isu-isu kelahi lama.
Macam-macam tolak ansur telah dilakukan. Macam-macam cara telah dicuba untuk berlaku adil. Macam pendekatan dicuba untuk berlaku adil antara membantu keluarganya yang susah dan kehendak isteri yang mahu cara liberal tanpa sekatan dan tanggungjawab. Macam-macam helah diusaha untuk dia hormati budaya masyarakat Melayu dan Islam, masih tak berjaya.
Padahal sebelum kahwin, Sarah sudah sedia menerima Islam sebagai ugama keluarga, Melayu sebagai bahasa dan budaya, sama hormati Raja-Raja, dan sedia memberi keistimewaan kepada keluarganya yang susah dan masih susah.
Inilah dilemma dan kesabaran yang ditanggung si Mail sepanjang berkahwin dengan Sarah yang berdarah campuran. Bapanya orang putih dan bertugas sebagai Inspektor Polis British di Malaya. Ibu Sarah kacukkan Cina dan India atau dipanggil orang sekarang sebagai Cindian.
Dato sebelah ibu Si Mail berasal campuran Melayu Sulu dari Brunei dan Pribumi tempatan. Macam simbolik antara Sabah dan Sarawak.
Sepatutnya eloklah perkahwinan mereka. Boleh menjadi model kaum campuran Malaysia. Si suami sebagai ketua keluarga orang Melayu dan isteri pula pelbagai darah keturunan. Masaalahnya timbul apabila hendak menentukan hala tuju keluarga mereka.
Bila menziarahi disebelah ibu bapa dan mertua, diikuti cara-cara mereka sebagai penghormatan kepada cara masing-masing. Dalam keluarga mereka menjadi caca marba. Kalau ikut adat ketimuran, keutamaan adalah pada sebelah suami dan masyarakat.
Tapi si Sarah agak degil. Maka ini yang menjadikan keluarga mereka yang serba cukup keperluan, tetapi sentiasa campalang orang kata. Penghabisan anak pun menjadi keliru dan tidak ada jati diri. Si Mail pula agak kecewa kerana anak-anaknya semakin hari bukan seperti orang Malaysia, jauh sekali jadi orang Melayu, tapi terlalu kebaratan.
Kaum keluarga Si Mail di Kuala Kangso masih tidak terbela.
Fikirannya melayang kembali semasa dia terpikat melihat Sarah di runaway. Dari pandang pertama, dia sudah terpikat dengan kecantikan dan tarikan gadis darah kacukannya yang rupa sedikit ketimuran dan gaya kebaratan.
Silap si Mail yang terlalu kagumi cara lain dan tidak menghargai kecantikan gadis-gadis di kampungnya.
Rupa Sarah sedikit sebanyak antara rupa Linda Lumb dan Seniwati Sarimah, tapi lebih menyerupai Dolly Kwan dalam filem Labu Labi. Sarah pun ada personaliti dan terhibur berdamping dengannya.
Walaupun dia agak sukakan Sarah, Si Mail belum bersedia bersedia hendak kahwin. Apa boleh buat? Nasi sudah jadi bubur.
Semasa mereka courting dahulu untuk ke panggung wayang atau makan-makan atau ke night club, mereka selalu berakhir dengan berdua-duaan di Taman Bunga.
Pada malam bersejarah itu, mereka sedang berasmara dana dan bermadu kasih di Jalan Duta dekat Taman Bunga dalam kereta bapa Sarah.
Rupanya bapa Sarah sedang mengikut polis-polis bawah jagaannya dalam rondaan. Dia berhenti apabila menyedari keretanya parking di pinggir Taman Bunga. Marah betul dia. Terus dia pergi ke arah kereta.
Apabila disedari anaknya dengan seorang pemuda, dia membuka pintu kereta dan menjerit dengan pistol polis diacukan kepada Si Mail, "Apa kau buat? Apa kau lakukan?"
Seram sejuk terkenang bengisnya suara orang putih itu dengan muncung pistol yang dihala terhadapmya yang dalam keadaan bertolak ansur.
Bapa Sarah dengan nada suara tinggi memberi katadua,"I give you two choice - marry my daughter or I make you get sent to prison for 10 years."
Dia kahwin dalam paksa. Dipaksa orang putih. Terpaksa menerima cara-cara campur aduk yang tidak membina satu keluarga.
"Abung, vuat afa dalam gelap?"
Si Mail disentak dari lamunan dikejutkan suara Sarah yang slang macam Susan Lancaster mengejutnya dari lamunan. Sudah 50 tahun kahwin dan jadi rakyat Malaysia masih pelat. Kadang-kadang memalukan bila dia bawa pulang isterinya ke Kuala Kangso.
Dengan pelat British, Sarah menambah, "Whots wrong with you? Are you still angry from our disagreement? Don't we always quarrel all these years?"
"Tak ada apa-apa, abang tengah berfikir.
"Kalau dahulu abang masuk penjara 10 tahun, sekarang dah 40 tahun keluar bebas ...", kata Si Mail lalu terus beredar masuk bilik untuk tidur.
Sarah terpinga-pinga cuba memahami. Memang dia susah nak faham cakap cara sindiran dan berkias Melayu Si Mail. Sarah hanya fikirkan dirinya sahaja. Tidak difirkan pasal peranan Si Mail membina keluarga dan membantu keluarga ibubapanya.
Ini cara orang Inggeris dan Melayu tulin menegur dengan cara budaya yang halus. Tidaklah terlalu berterus terang yang membangkitkan kemarahan, dan memulakan pergaduhan. Kalau anda mahu memahami, mungkin ceritanya ada kaitan dengan posting di sini. Ikut Rukunegara kelima kalau mahu berbicara ye ...
Jumaat, November 14, 2008
Bila PM Bangsa Malaysia tidak boleh bercakap
Karikutur diambil dari blog Demi Negara
Ada orang dalam tulisan sebelum ini tidak ada masaalah, kalau Timbalan Presiden UMNO tidak ada kemahiran berbahasa Inggeris. Ada kata asal dia tidak jadi Timbalan Perdana Menteri.
Baiklah, asal pemimpin itu ... pertama baik dan kedua pandai.
Sejak timbulnya Obama, timbul pula kata-kata jangan sifat perkauman. Orang bukan Melayu pun boleh jadi Perdana Menteri. Kalau tidak sifat perkauman, tak payahlah sebut kaum apa PM Malaysia.
Ini yang melucukan mengenai retorik.
Yang sedapnya, bila PM Singapura ditanya bolehkah orang bukan Cina jadi PM, dia kata mungkin belum masa. Peliknya, pada tahun 1955, boleh pula Singapura ada PM dari kalangan bukan Melayu, Cina dan India. PM Singapura pertama adalah David Marshall, pendatang Yahudi dari entah dari di Asia Tengah.
Kalau kita kajibalik sejarah, banyak retorik sungguh melucukan.
Yang seronoknya, PM Malaysia dan bekas PM Malaysia, kedua-dua berkata tak ada masaalah untuk bukan Melayu jadi PM. Perlembagaan membenarkan. Yang penting, dia mesti melaui proses politik dan bermakna dia mesti mendapat penerimaan majoriti rakyat Malaysia. Dia mesti seorang yang berjiwa Malaysia.
Kira lagi terer dan progresif pemimpin Melayu Malaysia dari pemimpin Singapura.
Kalau Timbalan Presiden UMNO tidak tahu bercakap Melayu, tidak ada masaalah. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Apa pula bahasa Perdana Menteri Bangsa Malaysia itu nanti?
Kalau dia hanya membaca tulisan bahasa tertentu pada papantanda jalan dan pergi ke sekolah bukan bahasa kebangsaan, bagaimana dia hendak melakukan urusan rasminya yang semesti dalam bahasa kebangsaan?
Adakah dia akan menggunakan bahasa ibunda dalam urusan rasmi yang mesti menggunakan bahasa kebangsaan? Seperti dalam karikutur, adakah dia akan sentiasa meminta izin untuk bertutur dalam bahasa ibundanya dalam Majlis dan urusan rasmi?
Belum lagi memperjuangkan bahasa kebangsaan yang dimestikan ke atasnya? Ini belum juga tanggungjawab memartabatkan agama persekutuan dan lain-lain lagi ciri-ciri Perlembagaan yang berada di bawah kuasa mutlak Raja-Raja Melayu.
Ini boleh menjadi mengelirukan dan akhirnya melucukan.
Mungkin sekali Perdana Menteri Bangsa Malaysia akan hanya berdiam macam seorang ahli Parlimen dan hanya ambil gambar macam jurugambar.
Inilah terjadi bila suka retorik mengenai Bangsa Malaysia tetapi tak faham apa maknanya. Maksud Bangsa Malaysia itu yang sebenar lain dan memang lain dari yang diputarbelit mengikut suka hati mereka.
Tuah orang tidak boleh kata. Mungkin satu hari, Gwo Burne menjadi PM kita. Kalau dia belum jadi Bangsa Malaysia, kita akan ada seorang PM yang tak perlu bercakap-cakap.
Wow! Lagi senang jual unta dari layan kaki belit.
Perhatian: Kalau perlu nak bincang, tolong ikut Rukunegara ... Kesopanan dan Kesusilaan. Letih nak buang komen yang agaknya ada yang terlalu perkauman dan tak ikut undang-undang rumah ini. Selamat hari minggu.
Khamis, November 13, 2008
Kenapa Chua Soi Lek menang?
Pada hari minggu, Husin tak berniaga dan tutup kedai. Itulah hari untuk Husin pergi pasar dan kedai untuk membeli belah barangan rumah dengan isteri.
Bila shopping, isteri Husin ada sesuatu kekuatan yang sangat luar biasa. Dia tidak tahu penat, ada saja tenaga. Mintak tolong mandikan unta, dia buat helah. Bab shopping, dia boleh jalan 10 batu dalam kompleks dan pasaraya tanpa henti-henti. Macam ada tempat macam bonggok belakang unta untuk dia simpan tenaga.
Selepas membeli beberapa barang, agak berat dan leceh untuk angkat barang-barang sana sini. Husin akan guna sebagai alasan untuk berhenti ke kedai untuk relaks dan bersembang dengan kawan-kawan. Pada minggu lepas, hampir semua kawan-kawan ada - Muthu, Ah Chong, Tony, dan Sulaiman.
"Husin, lama tidak nampak?" Tanya si Muthu.
"Yalah Husin, mana awak sudah hilang? Lama tidak nampak," Sampuk Ah Chong.
"Ada," Husin jawab.
Tony bertanya, "Husin, whats happening to UMNO?"
Sulaiman menyampuk sebeleum Husin dapat jawab, "Aisay brader. Itu Timbalan, tak akan Mat Taib dan Ali Rustam yang lawan Muhyiddin?"
"Takpelah, demokrasi," Husin jawab.
"Demokrasi? Apa akan jadi kalau Ali Rustam menang? Dia akan juga jadi Timbalan Perdana Menteri!" Ah Chong menyuarakan keresahan.
"Itu pilihan ahli. Nak macam mana?" kata Husin.
"Mana boleh? He is not so smart. Selalu kenyataannya macam parrot. Dia ni selalu bigau. Kadang-kadang dia cakap macam dia sudah lost in space." Muthu menjawab.
"I tell you a story la. Orang sudah komen sama dia. Dato Seri perlu menunjukkan perwatakan yang intelek. You tau apa dia jawab? Apa lagi mau, saya sudah bina bangunan k-economy ... hahaha."
"He is like Dolah and can be worse. Looks like he is being used by some unseen hand. But friends, he is a nice guy. A grassroot politicians who answers every SMS received and will make effort to attend wedding invitation, call up the authority whenever he see a streetlight not lit and visit hospitals of friends, family and rakyat. But ini federal level la." Ah Chong meluahkan perasaan.
Tony menambah, "Many of my MCA friends frust, if he wins. Gerakan also concern. Susah untuk BN hendak menang next General Election dengan personaliti sedemikian memimpin UMNO."
Muthu masuk, "Ada lagi ke Gerakan untuk PRU 13, Tony? Tanpa Penang, Gerakan is finish. Gerakan pun macam tunggu masa untuk keluar BN anytime. Kalau dia keluar BN, dia pun finish lagi cepat."
Sulaiman menyampuk, "Jangan cerita Muthu, MIC pun boleh finish."
"Tak finish ... hijrah ke Finland. Hehehe ... Pada kau orang, Mat Taib menang, ok tak?" Husin tanya.
"Tak ok, Husin. Macamlah kau tak tahu. Engkau juga yang buat joke prestation. Nama sudah rosak kerana banyak sangat cerita. Kena tangkap di Australia dan diberhentikan kerana kesalahan tidak buat deklarasi aset keluarga. Kahwin lari puteri Sultan." kata Sulaiman.
"Lagi pun, Husin. Dia tak tahu cakap Inggeris. Hahaha ... malu kita dalam urusan antarabangsa dengan orang asing. Itu Ali Rustam pun tak tahu cakap Inggeris." Ah Chong menerangkan.
Sulaiman menambah, "Mat Taib memang jaga hati dan tolong orang ramai masa Menteri Besar, tapi dia sudah imej rosak macam si Khairy. Tak boleh jadi muka yang akan mewakili UMNO. Sebagai ketua Penerangan UMNO pun, dia fail, bro."
"Alah, kau orang ini asyik salahkan UMNO saja. Muthu dey ... Itu Samy Velu sudah kalah pilihanraya pun tidak undur. tak akan dia taktahu itu orang sudah tak sula sama dia." Husin mula menembak.
Diam saja si Muthu. Diam seribu batu. Mereka sedar tak ada Samy Velu pun susah. Tak ada pelapis. Ada Samy Velu pun susah, orang sudah banyak marah dengannya sampai tak hormat. Dia ini macam kepala ganster. Lagi ramai orang India lari ikut Parti Hindraf, PKR.
"Tony, kau pun ada problem besar. Parti engkau hipokrit besar. Sejarah kau tercemar sebagai pemula peristiwa 13 Mei. Kau orang bising pada Ahmad Ismail tapi itu Tan Lian Hoe apa cerita. Dia kata dia disalah anggap. Apabila jawab, pun salah. Dia MP kawasan Grik, itu kawasan 80% Melayu, apa cakap macam itu mengenai orang Melayu? PRU13, sila balik dan kelahi dengan PPP untuk kerusi Taiping." Seorang lagi kena balun dengan Husin.
"Ok Ah Chong, gua tak ambik hati pasal apa MCA cakap hari itu. Masa Persidangan, biasalah kita act sama ahli-ahli. UMNO dan MCA ini kawan banyak lama. Sama lama dengan sejarah kemerdekaan negara ini. Tapi ini MCA pun kasi malu sama imej BN. Apa itu pornstar lu orang boleh kasi pilih sebagai Timbalan Presiden?"
"Tidak Husin. Jangan salah anggap. Kami di MCA sekarang mahu lakukan pembaharuan. Objektif kamia dalah untuk meletakkan muka baru dan menitikberatkan meritokrasi. Itu sebab Chua Soi Lek menang."
"Merepeklah kau Ah Chong", Sulaiman menempelaknya.
"Tak merepek, kami memang percaya dan konsisten dalam hal ini. Kami pilih Chua Soi Lek pasal dia memang PERFORMER!"
Ha ha ha ha ha .... ketawa besar kami semua. Sambil ketawa, Husin berkata, "Ah Chong, lu boleh masuk politik dan ganti sama Chua Soi Lek."
Lepas itu, seperti biasa kami orang-orang tua gatal duduk di kedai kopi melihat dan komen mengenai wanita-wanita muda cantik molek yang lalu lalang di situ.
Selasa, November 11, 2008
Peh! 3 bijik dari Ahli Nujum Negara. Takpe, untuk kuatkan semangat ...
Takpelah, tak akan asyik kenakan orang. Sesekali kena menerima pula. Husin nak guna buat air. Berikut Nujum Pak Belalang dari Azuan Bin Rusly
Soalan 1Eh eh eh ... Raja Masai ini macam hamba kenal. Dia ni menantu Sultan Abdullah atau anak jin atas pokok. Ahli Nujum Negara tu terang-terang serupa macam yang beli Bank di Tanah Seberang dengan harga mahal. Soalan bocor ...
Raja Masai: 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PKR..??'
Ahli Nujum Negara: 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PKR..'
Raja Masai: 'Sebabnya...!!??'
Ahli Nujum Negara: 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PKR makin tinggi kedudukannya...'
Soalan 2
Raja Masai: 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang manakah PKR..??'
Ahli Nujum Negara: 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PKR dan yang lari itulah UMNO..'
Raja Masai: 'Sebabnya...!!??'
Ahli Nujum Negara: 'Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!!!'
Soalan 3
Raja Masai: 'Terdapat sebuah masa’elah.. kalau satu, banyak-banyak!!... kalau dua, Sedikit-sediiikit!!... kalau tiga, jar-rang, jarang!!... kalau empat, kad-dang, kad-dang!!. Apa itu..???'
Ahli Nujum Negara: 'UMNO!!!'
Raja Masai: 'Buktikan..!!'
Ahli Nujum Negara: 'Satu... Baaanyak-banyak... Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini... Dua... Sedikit-sediiikit... Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari bilangan ahli UMNO yang banyak itu... Tiga... Jarang-jarang... Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan... Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'
Soalan 4
Raja Masai: 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'
Ahli Nujum Negara: 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya...'
Raja Masai: 'Dimana terletak kekuatannya..???'
Ahli Nujum Negara: 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!!'
Raja Masai: 'Buktikan!!'
Ahli Nujum Negara: 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya... Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Berita Hairan Polis serta toyol dari Utusan Meloya.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...' 'Biasalah... UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila kalah dalam apa-apa pertandingan.. Soalan Extra
Raja Masai: 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana...!!! Apakah yang ada di genggaman beta...????'
Ahli Nujum Negara: '........... ISA !!!..'
Yang tukang tulis teka teki dapat ide dari si cucu hindu kutip botol. Itu pasal belalang dia ISA. Salah kau, Ane. Kau tak guna belalang, tapi pakai kunyit. Baru power macam Sivaji the Bos. Hehehe ... jangan marah, jangan marah.
Hamba kenalah test power sikit, tapi teguran diterima untuk buat air, air kuat semangat. Janji hamba tak bawak lari Tuan Puteri pergi gua atau pun nak tanam orang.
Kalau pandai kasi ide buat teka teki, mesti pandai penuhi janji dan bukan pandai buat alasan. Wow!
Isnin, November 10, 2008
Bilo Nogori lawan Nogori, MIC 80an tak dapek tandingi
Siapa biaso dengan orang Nogori dan Melako akan sodar mereko memang seronok dibuek kawan. Pandai borak, kaki bocerito dan copek mesro. Mereka bule melawak, konokan orang dan sporting bila dikonokan.
Tapi kalau sudah dikono copek melonting, bukanlah sebona Nogori asli. Sampai mengato teruk sangat, nanti orang bonci. Sano sama, sini samo dan yang tembak semuo samo.Dalam bab loyar burok, orang Nogori takdo tandingan.
Husin Lempoyang yang pamous (ahem ahem) pun ado tak konan, bilo lobih-lobih. Tapi ana cuma saudagar unta jual orang ...
Satu orang Nogori jumpo satu kawan dari Johor, jangan tersilap dengan Johol.Janji ado orang terkonal dari Nogori. Tak mahu kalah. Bintang felem pun bintang felem.
Orang Johor dengan banggo bocerito mengenai Dato Onn Jaafar, Tun Hussein Onn, Tan Sri Noah, pak mertuo Tun Razak dan tok pado Najib, dan berjelo-jelo namo-namo pemimpin politik dari Johor yang dijajo.
Menyampah mendonga, dia tanyo. Ekau konal tak Mustapha Maarof? Haji Mahadi? AK Jailani? Suraya?
Tapi kadang-kadang tak makan jugo loyar burok.
Satu orang Nogori pulo sudah jumpo satu kawan dari Kodah.Gitulah orang Nogori dalam mempertahankan maruah dan banggo dengan nogorinyo yang "laut bosa minyak takdo, ompek luak nak dijago." Sodihnyo martabat institusi Raja-Rajo Melayu dilihat hino pabila Yam Tuan dihukum mahkamah.
Orang Kodah itu dengan banggo bercerito mengenai Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr Mahathir yang datang dari Kodah.
Meluat didonga, nak dikonokan balik. Ekau konal tak Tunku Bahiyah, mendiang Sultanah Kedah yang cantik menarik? Bayangkan seri yang dibawo ko tahto Kodah dulu.
Alah ... lawo-lawo tuan puteri Nogori, yang dapek Sultan Kodah jugo.
Memang lumrah nogori-nogori kocek ni begitu kuat mempertahankan maruah.
Ado tu sampai cadang orang lua pun tak boleh. Undang-undang tak usah kiro. Paham ajolah punyo sayang anak nogorinyo.Dalam mereko bagai singo mempertahankan maruah dan air muko hadapi orang lua, sesama dio kelahinyo lagi gilo.
Satu maso dulu, bersaing politik sampai tembak menembak.Dalam bab politik orang nogori, ruponyo cerito biaso.
Peristiwa Ahad hari ini samo hebat.Poning mak ai ... tinggal tigo kerusi bule tuka gomen, pun tak sodar-sodar UMNO Nogori.
Mesyuarat UMNO di Soromban, sesamo orang Nogori (takdo orang lua), sampai kerusi meja ikut bermesyuarat seperti MIC pada tahun 80an. Pemimpin sesamo pemimpin bertokak macam pemimpin PPP, Kayveas. Pengikut dan penyokong menjerit dan merusuh macam Hindraf yang berpejabat di Soromban.
Kalau di UMNO Tanjung, Bahagian tu diajuk sebagai United Mamak Nana Organisation kerano satu maso tu, bermesyuarat mengguno bahasa tamil. UMNO Soromban sudah melebihi itu, serupo gabungan MIC, PPP dan Hindraf sekali gus.
Inilah masaalah kepimpinan dari dahulu hingga kek Iso, dan sampai ko Mat Hasan. Ado ko kawan yang kono caj rasuah di mahkamah dibonakan botanding. Malu parti.Cerito Soromban ni tak tahu mano satu bonar dan mano satu tak botul. Tapi ceritonya samo mano-mano.
Den ingat hebat bonanyo Mat Hasan yang dikato orang korporat bejayo. Punyo kayo sampai dio sondiri ngaku harto den sampai limo keturunan tak habih. Ruponyo harto dari duit ugutan. Tak kau kasi den, AP anak si Koling Mat Min tak bule impot keto. Tu baru satu cerito.
Yang poliknyo. Adik yang Menteri Bosar, abang berkuaso macam rajo.
Tak handa kek mano ... eh orang korporat tadbir. Cari cino Bahau noreh gotah mano-mano yang masuk Islam lagi baik.
Pencen ajo lah kau, Mat Hasan.
Tak kiro Mesyuarat Pemudo, Puteri, Wanita dan Orang Tuo. Bukan lagi didonga tapi dilihat sondiri gaduh baling kerosi pasal Pengerusi menipu, calun main duit, dan permainan batal membatal Mesyuarat.Dikato orang, sobab sorang Pemudo dari Nogori, limo nogori jatuh dan Nogori hampir-hampir kalah.
Sano sini banyaknyo cerito - Rantau Panjang, Segamat, Kuala Selangor, Temerloh, Gelang Patah, Kota Tinggi, Tanah Merah, Kubang Kerian, Pengkalan Chepa, Kuala Krai, Pasir Mas, Semporna, Gua Musang, Johor Baru, Sik, Kuala Kangsar, Alor Gajah, Sg Petani, Gopeng, Ampang, Kuala Nerus, Labuan, Tanjung, Bachok, Sg Besar, dan banyak lagi sampai ratusan aduan.
Tak guno nak kato-kato. Bersedio ajo kito, kerana lain yang jolok, lain yang dapek buah. Usah heran Dolah terus Perdana Menteri, bilo kecoh dan macam huru haro. Pembangkang pun lebih suko. Bosa balik kepalo si Keri.
Tak apolah semuo ini kalau tak mahu ubah.
Anggop ini satu rahmat untuk berlatih. Lopeh PRU13, UMNO dah tidak bertatih.
Harap sudah faham gayo, nak jadi pembangkang dah tahu caro.
Wow! Husin hanyo saudagar unto, bukan sedaro Barrack Hussein Obama.
** Disunting pada pukul 8:15 pagi
Jumaat, November 07, 2008
Kenapa Zaid Ibrahim letak jawatan?
Zaid Ibrahim tidak sempat bertemu Dolah sebelum mengangkat sumpah sebagai Menteri dalam JPM menjaga hal ehwal kehakiman dan Senator. Dia hanya dihubungi si cilik yang kononnya cerdik mengatakan Dolah mahukan ia membawa pembaharuan kepada sistem kehakiman.
Pagi itu adalah perbincangan pertama Zaid dengan Dolah. Dia memasuki pejabatnya dan memberi ucapan, "Selamat pagi Dato Seri."
"Selamat pagi, duduk duduk. Maaf saya tidak dapat jumpa sebelum kamu angkat sumpah. Tak cukup masa."
"Saya faham," jawab Zaid.
"We need to do a judiciary reform. I have promised in 2004 but it has not been forthcoming from Nazri. My hope is that you can undertake that."
"Masaalah utama yang perlu dilakukan adalah mengenai isu yang dipersoalkan oleh peguam-peguam selama ini ia-itu pemecatan hakim pada tahun 1988."
"Baik-baik. Jika itu yang perlu diselesaikan, lakukan. We need to do a judicial reform," Dolah mengulang lagi.
"But it is legally and politically a bit more complex than that..." Zaid cuba menerangkan.
"As long as we do a judicial reform." Cepat Dolah menjawab.
"Another thorny legal issue that is not gaining you public popularity is interfaith issues. We need to resolve the matter of the juridsdiction between syariah court and civil court arising from Lina Joy, Revathi and many other issues." Zaid explain.
"Oh I see .. we should do the judicial reform becasue we are an Islamic country. On that I think you should visit Saudi Arabia on my behalf. You can go and do your umrah too." Dolah ingat dia memahami isu itu.
"But but Pak Lah ...," Zaid berat hati kena suruh kena Saudi Arabia. Dia lebih gemar pergi ke rumahnya di Melbourne untuk istirihat.
"You should learn how the syariah system work in Saudi Arabia in order to do judicial reform. Sambil itu, awak lawati kandang-kandang kambing dan belajar mengenai pemeliharaan kambing. Saya ada bela empat ekor tapi dua dicuri orang.
"Ada apa-apa lagi Zaid?," Dolah bertanya.
"I would like to explore the issue of appointment of judges. We need to ensure the judges chosen especially at the top are capable people and truly dedicated to the legal profession."
"Thats a good idea. I suggest that in your judicial reform, the top judges must be chosen by the King." Dolah mencadangkan.
"They are already are technically but on advise by yourself..." Zaid menerangkan.
"Ok ... as long as we do a judicial reform fast. Saya ada mesyaurat lain. Boleh awak tulis dan hantar apa-apa cadangan kepada saya sebelum kita bentang di Kabinet."
"Ya ...," jawab Zaid dengan berat. Dalam hatinya bertanya-tanya faham ke orang tua ni apa itu judical reform kerana dia asyik ulang-ulang beberapa kali.
Tak sedap hati Zaid. rasanya tidak lama dia jadi menteri. Baik bertanya dengan Nazri apa masaalah yang dihadapi.
Zaid sampai ke lapangan terbang Jeddah pagi tadi dan selepas dapat merehat sebentar akan dibawa bertemu seorang Putera Raja Saudi yang merupakan salah seorang anggota Kabinet.
"Assalamualaikum," Zaid memberi salam.
"Waalaikum salam. Ahlan wahsahlan. Welcome Minister Zaid." Sambut Putera itu dan langsung terus memeluk dan bertemu pipi dengan Zaid. Agak geli Zaid yang bercukur bersih berlaga pipi dengan Arab yang penuh misai, janggut dan jambang.
"I am Prince Addaulah and I am Minister in charge to escort you. How was your flight?"
"Yes excellent. You have a nice airport."
"Thank you. You have a better airport. We are going to build another airport just like your Airport and with F1 racing facility.
"Have a seat." Putera Raja itu menjemputnya duduk.
"Your Majesty, what Ministry are you in charge?" Zaid bertanya.
"I am the Rail Minister in charge of the railway system. How about you?"
"I am in charge of Justice in the Prime Minister's Department. How come you have a portfolio for rail when you do not have Railway in Saudi Arabia? Are you planning to build one?" Zaid bertanya.
"We do not have one but are exploring to build one. Its very difficult becasue of our weather and terrain.
"But just like in Malaysia, you are a Justice Minister but do you have justice in Malaysia?" Putera itu membalas Zaid.
"Hmm ... I was supposed to improve the system to bring justice. But I believe I can't do it my way. So I plan to resign soon ..."

------------------------------------

Langgan:
Catatan (Atom)