Sabtu, Februari 24, 2007

Oh rumput, Oh rumput! Kenapa tak tumbuh?


Alkisahnya, arwah Endon (al Fatihah di pohon dari pembaca) memang sudah bersedia menghadapi kenyataan kerana adik beradik kembarnya pun menghadapi sakit yang sama.

Mengikut sumber-sumber tertentu, cinta Endon cukup suci kepada Dol hingga merelakan ia berkahwin lagi setelah peninggalannya demi kebajikan Dol.

Itu serious dan seterusnya jenaka.

Satu petang bulan puasa semasa Endon sedang sakit di Hospital Putrajaya (sebaik pulang dari LA, USA) dan di hari2 akhirnya.
Dol dan Endon hanya berdua saja di bilek. Endon memandang pada Dol dan berkata, "Lah, lah, aku tahu bila aku tak ada nanti, kau perlukan seseorang untuk jaga urusan kau supaya dapat memerintah negara dengan baik. Saya pun tak mahu Nori tu terhabis masa menjaga kau. Dia dah bersuami dan suami dia ni aku faham benarrrr".

"Dahlah jangan cakap benda-banda macam ini. Insya Allah, kamu akan pulih dan kita akan bahagia seperti sedia kala." Dol seolah-olah tak sedia menerima kenyataan ini.

"Kita kena menerima takdir, Lah", kata Endon. "Aku tak menghalang kau nak cari orang lain lepas aku dah tak ada. Aku cuma mintak satu permintaan saja. Kau jangan cepat sangat. Bagilah masa. Sekurang-kurangnya rumput di kubur saya naik sekaki"

Dengan linangan airmata, "Yalah sayang", kata Dol yang mahu segera mengakhiri perbincangan itu. Ia pun terus memelok isterinya dengan tangisan.

Tak disedari masa itu, Nori baru sampai dan berada di pintu mendengar perbualan ibubapanya.

Seperti sedia maklum Endon meninggal. Selepas selamat dikebumi dan sudah hampir 6 bulan, Dol sekeluarga baru hilang rasa sedih.

Satu hari, hari minggu, semasa menziarahi kubor arwah bersama Nori, Dol barulah teringat pasal pesanan Endon. Dol baru sedar kubor itu bersih tak berumput. Lalu di tanya siapa yang membersihkan kubor. Seorang penjaga kubor datang dan mengaku dialah yg selalu buat kerana di suroh mandurnya. Dol pun beritahu supaya tak payah buat lagi.

"Saya nak buat sendiri", kata Dol. Dia pun hadiahkan wang padanya. Penjaga kubor itu terpinga2. Dalam hati Dol, ia berkata lega dan dalam dua tiga bulan lagi pasti rumput itu akan tinggi sekaki. Nori di belakang dengar dan berasa susah hati.

Satu hari minggu, Dol pergi dan sedar kubor masih bersih. Dipanggil penjaga kubor dan tanya, "Kamu ada bersihkan kubor lagi ke?" Penjaga tu jawab dengan kehairanan, "Tidak Dato". Dol pun hairan.

Habis tu dia ingat nak buat lawatan kejutan. Selalunya dia hanya kelapangan untuk ziarah hari bukan kerja.

Satu hari di pejabat, hari Khamis gitu, Dol berasa mengantuk dan ingat ini masa sesuai untuk hendap kubor arwah Endon. Dia pun balik rumah dan memandu sendiri Morris Minor kesayangannya untuk pergi diam2.

Sampai-sampainya ke perkarangan kubor, terkejut dia melihat. Dari jauh kelihatan ... Nori sedang mencabut rumput kubor ibunya.

Diam-diam Pak Lah pergi ke pondok tukang kubor dan bertanya pasal Nori. "Tiap-tiap Khamis dia mesti datang dengan suaminya. Hari ini tak pulak"

Diambil dari Forum MyKMU. Terima kasih CucuWakTelu dan mungkin BigGuyDotCom. Siapa-siapa yang dudok di Putrajaya, boleh kasi tahu rumput dah naik sekaki? Dengar-dengar dah naik, dah.

Khamis, Februari 22, 2007

Oh belon, oh belon!

Masa ana kecik-kecik dahulu, suka benar ana lagu “Oh bangau, oh bangau”.

Oh bangau, oh bangau!
Kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus, perut aku lapar.


Ditanya pulak perut:

Oh perut, oh perut!
Kenapa engkau lapar?
Macam mana aku tak lapar, nasi mentah.


Begitu pulak jawabnya, dan bersambunglah salah menyalahkan atau alasan demi alasan; dari nasi mentah ke kayu basah, hujan turun, katak panggil dan ular nak makan katak. Akhir sekali bila ditanya ular:

Oh ular, oh ular!
Kenapa engkau nak makan katak.
Memang makanan aku!


Setelah macam-macam sebab, akhir qalam apa boleh buat

Akhir-akhir ini katanya dah ada lagu, "Oh Belon, oh belon!"

Belon? Belon ini?


Atau belon ini?



Ini pun belon.


Tak.

Belon tu panggilan untuk kapalterbang bagi orang Sarawak, Dato Ron cakap.

Oh ... pasal belon yang diketahui ramai pada January 25hb, 2007 di Berita KMU dan gambar yang lebih awal keluar di Malaysia Today. Bila ditanya PM apabila turun dari belon yang kembali dari Davos, gini dan gitu pulak jawabnya. Apa lagi, merebaklah macam api ganas persoalannya sana sini ...

Bila keluar cerita lain, dah mula diam.

Supaya "jangan mudah lupa", ada brader sudah bising semula. Dia kata ini bohong "sunat", bohong haram. Si Tattoo kenit pun dah jerit, "The plane, the plane!". Kuda kepang dah naik sheikh marahkan "kanak-kanak" yang beli belon tapi tak beli buku sekolah. Dah sampai, tak berenti dia merawan "Belon, belon".

Akhir-akhir ini ada keluar juga jawapan secara tak rasmi melalui si Kerinting di Agenda Daily.

Kalau gitu, dah adalah lagu "Oh belon, oh bulan!" Agaknya macam gini kut?

Oh belon, oh belon!
Kenapa kerajaan beli belon?
Macam mana kerajaan beli, itu PMB punya.

Oh PMB, oh PMB!
Kenapa beli belon?
Macam mana tak beli belon, Pengarah suroh beli.

Oh Pengarah, oh Pengarah!
Kenapa suroh beli?
Macam mana tak beli, (katanya) Falcon Focker rosak selalu.

Oh Falcon, oh Fokker!
Kenapa rosak selalu?
Macam kamu tahu rosak, suratkhabar "main" tulis.

Ini baru berapa rangkap, akan bersambung-sambung untuk salah menyalahkan dan alasan demi alasan.

Dengar kata belon awam senang dapat pelepasan diplomatik dari belon TUDM. Belon usang 32 tahun dan 18 tahun. PM tak tahu teknikal? PMB dkuasai MOF teknikal? Jangan heran si Pengedar Belon bawah ni (iklan free) disalah atau diguna jadi alasan...



Ah rasmi di Malaysia .... akan berakhir begini nanti.

Oh Gomen, oh Gomen!
Kenapa mesti perlu beli?
Macam mana aku nak kata, PM nak juga.

Rabu, Februari 21, 2007

Kisah Kapalselam


Pihak KEMENTAH sudah bersedia untuk menamakan kedua dua kapalselam “Scorpene” yang ditempah dari DCNi, Perancis. Dijangka kapalselam ini akan mula beroperasi 2009.

Kapalselam pertama, yang sedang dibina di limbungan DCNi Cherbourg, Perancis dijangkakan dinamakan “KD Tunku Abdul Rahman”. Manakala yang kedua, yang sedang dibina di limbungan Ixar Cartagena, Sepanyol, akan dinamakan “KD Tun Abdul Razak”.

Nama pilihan yang cukup bagus sekali, amat sesuai digunakan kepada alatan senjata strategik melambangkan mereka yang pernah berjasa mempertahankan Malaysia .

Mungkin dari ini, boleh dirumuskan fleet kapalselam TLDM hanya akan berjumlah empat sahaja. Ini kerana, jika ada lima, maka kapalselam kelima itu mungkin tidak berapa bagus. Nampak macam 'clean' (bersih), tetapi bersarang.

Nakhoda sering tertidur semasa bertugas. Nakhodanya juga mungkin akan mengambil keputusan berbaik-baik dan ‘bertepuk tepuk belakang’ dengan “musuh”.

Kapalselam itu akan terlalu kerap keluar negara.

Pegawai-pegawai kananya akan mengaturkan rancangan sendiri (tanpa melibatkan markas) seperti menglibatkan diri dengan Monsoon Cup tahunan.

Anak-anak kapal juga selalu mengunakan kapalselam untuk memancing dimalam hari dan nakhodanya kerap bercuti (R & R) keluar negara juga!

Motto kapalselam kelima itu mungkin "submarine hadhari".

Masalah tu!

Putrajaya schools to use NST: NST Desperate?


February 20th, 2007 marks the one month birthday of Bloggers United. It officially started from the day Sheih called for a Cyberwar to Boycott NST.

NST could be desperate now. People are not buying their newspaper and other publications. They would request their company to stop advertise on NST, Berita Harian and Harian Metro. Some go to the extent of boycotting TV3 and other affiliated channels.

How desperate they are? See this news excerpt below:

New Straits Times
February 16th, 2007

Putrajaya schools to use NST

NST School Sponsorship Programme

Schools in the federal administrative capital will be using the New Straits Times as part of their learning tool, thanks to Alliance Teamwork Marketing Sdn Bhd.

The company is sponsoring the newspaper to 13 schools under the NST School Sponsorship Programme.

The year-long sponsorship is worth RM42,640.

ATM executive chairman Danny Chua handed over the sponsorship to New Straits Times Press group editor-in-chief Datuk Hishamuddin Aun at a ceremony here yesterday.

Some believed that it could be only two things. One, its a long term corporate plan to invest in readers through a scholarship program. Two, it could be a long term plan to develop future news spinners.

Well, I hope NST has deep enough pocket to finance its future readers and spinners. Give us 6 months and we will turn them into Bloggers ... hehehe.

By the way, Rocky will be at the Denmark House court on Thursday February 22nd, 2007 for his court proceeding. AT 2:30 p.m., there will be a cake cutting to mark this joyous one month occasion.

Read the message correctly, Dol


Since raising the Proton issue early last year, Tun Dr Mahathir has been going around the country delivering his criticism of the current adminsitration.

The defiant Tun went to the extent of contesting for a seat as delegate for the UMNO general Assembly. He lost allegedly due to high level conspiracy and money politics.

The weekend before the UMNO GA, he was about to deliver his speech for JB. However, he had a mild heart attack and rested for quiet a while. He was requested to rest for some month or two.

After a while, many of these aggitators have become restless. "We don't even know if Mahathir is still talking about politics. It seems he has finally rest his gauntlet", they say.

Since then, Dol has become bolder and more reckless. Some believed he has got himself a new boat. He has been enjoying himself with long holidays, yachting, golfing and a socilite cajoling with Hollywood stars. He has got himself a new private jet.

When he heard this rumbling on the ground, the good Tun decided to send Dol a letter and doodled something on a piece of paper. This sort of alert him that he is still in the game.

Dol received the private letter from Tun and openned it. He can't understand it since it written in code message.
370H-SSV-0773H
Dol was baffled, so he sent the letter to not-my-adviser KJ. KJ and his band of Tingkat 4 couldn't figure it out. It was not in their textbook and never taught at Oxbridge.
He thought he should give respect to the HP6 Minister before sending it to the intelligence people to decipher. Not that he expect anything out of them.

Subsequently, the letter reached the FBI, but they couldn't figure it out and it was sent to the CIA. The CIA gave up and sent it to the Brit. Even MI6 didn't get anywhere with it, and they sent to Mossad. The brilliant Tun's message was even no feat for the Mossad.

Finally, Dol decide to ask for the help of the Singapore Intelligence, through Kali. Within minutes after e-mailing it to Singapore, Kali forwarded the SMS response from Singapore.
"Tell the Prime Minister he's holding the message upside down."

By the time Flip Flop man Dol could understand the message, Tun already delivered his speech in JB February 10th recently. BigDog, A Voice , and Berita KMU gave quite a peek into what transpired there.

This joke was originally posted on Forum KMU by "bossconsult".

Khamis, Februari 15, 2007

Berapa zero dalam satu trillion?


Sesuai dengan rancangan tuan-tuan Penasihat untuk mempertingkatkan imej PM, beberapa tindakan telah dirancang. Antara rancangannya ia-lah untuk PM pergi ke World Economic Summit, di Davos.

Dah pergi dan dapat pun bercakap. Cakap pasal apa? Islam Hadhari … sabar dulu jangan ketawa.

Maka keluarlah gambar PM dengan ahli panel konon-konon khusyuk mendengar. Alah! Orang putih memang sopan … jangan percaya sangat. Kalau cara British, dengan cara lemah lembut dan sopan kita disindir dan dikutuk.

Dalam penat-penat dah set baik-baik, timbul pulak cerita pasal kapalterbang jet korporat baru. Aiseyman… PM tak tahu struktur korporat PMB yang dalam Kementerian … malunya.

Sorang Penasihat lain memberi buah fikiran kata, kena pertingkatkan keyakinan ekonomi.

Maka, berusaha sedaya upaya para-para balaci mencari alasan untuk mengatakan ekonomi sedang dalam keadaan baik. Setelah itu, semua para-para pemberita telah dipanggil dan diperintah untuk kow tow membantu.

Keluarlah idea untuk kompangkan jumlah dagangan mencecah RM1 trillion. Sebagai satu pencapaian nombor baru, maka boleh memberi gah hebatnya PM. Padahal ini sebenar hasil usaha Tun. Macam mana nak kompang dalam keadaan ekonomi yang unjuran bagi 2006 dan 2007 bawah 6%?

Semasa press conference, pemberita-pemberita diarah bertanya mengikut script. Kebanyakkan pun antara fed-up atau tidak berani nak tanya soalan yang PM tak tahu. Selalu dema kena marah.

Semua ok melainkan satu pemberita suratkhabar nyamuk yang tak berapa tahu isu ekonomi. Dia tanya soalan cerdik: "Berapa zero dalam satu trillion?"

Pak Lah pun jawab: "Oh? Kami akan buat kajian dan beritahu jawapan minggu depan. Yang saya difahamkan, ekonomi kita baik dan rakyat sedang mewah".

Penasihat-penasihat ditepi hantuk dahi. Sebenarnya masing-masing dah tahu dia tak layak jadi Menteri Kewangan, tapi apa boleh buat?

Too much spin that he is believing his own spin.

Khamis, Februari 01, 2007

Kenyataan Jet Baru: Tak Susah Nak Buat Lawak

PM nafi beli pesawat VIP untuk diri sendiri

MStar Online,
29hb Januari, 2007 20:40:42.0

SEPANG: Kerajaan menyewa sebuah pesawat Airbus milik Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) untuk kegunaan pemimpin negara dan orang kenamaan kerana langkah ini lebih murah daripada membeli.

Sambil menafikan laporan bahawa pesawat mewah itu untuk kegunaan peribadinya, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ia juga boleh digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Kami tidak membeli, kami menyewa. Kenapa perlu kita membeli kapal terbang sedangkan ia akan menambahkan kos, jadi lebih baik kerajaan menyewanya dan kita tidak perlu memikirkan soal penyenggaraan.

"Pesawat itu kepunyaan PMB, itu wang mereka. Kerajaan hanya menyewanya macam juga MAS menyewa pesawat-pesawat daripada PMB," kata beliau sewaktu tiba di sini sewaktu pulang dari London dan Davos hari ini.

Beberapa laman web melaporkan jet korporat A319 yang bernilai US$50 juta dipesan pada pertengahan 2005 dan bahagian dalamnya sekarang sedang dihias di Switzerland.

PMB sebuah anak syarikat penuh Khazanah Nasional Bhd, cabang pelaburan
kerajaan, dan juga syarikat induk MAS.
Tam taram tam tam tam tam taram .... berbunyi lagu Mozart di talipon bimbit saya menandakan panggilan masuk. Melihat nombornya kepunyaan sepupu saya Faizi, saya menerima panggilan itu.

Faizi: Assalamualaikum

Husin: Mualaikumsalam

Faizi: Abang Husin, apa ni Pak Lah beli jet baru? Kata dulu, tak mahu hidup bermewah-mewah. Tak mahu menara bergemerlapan. Apa cerita?

Husin: Ehhh.. tak pa lah dia nak beli jet. Anak dia kaya.

Faizi: Tak bang. Dia beli corporate jet kerajaan baru. Lepas tu, dia kata kerajaan tak beli tapi sewa.

Husin: Macam gitu ke?

Faizi: Bila saya cek di website-website dan blog-blog, rupanya dia sewa dari Penerbangan Malaysia Berhad, yang merupakan syarikat sepenuh kerajaan. Tak kan dia tak tahu?

Husin: Dia tak tahu, gut?

Faizi: Dia ni bodoh ke? Dia Menteri Kewangan dan PMB kepunyaan 100% Kementerian Kewangan. Mana boleh tak tahu? Heeeh ... bodohnya!!!

Husin: Kalau dia bodoh, janganlah marah dia. Dia memang bodoh

Faizi: Kalau dah bodoh, janganlah jadi Menteri Kewangan! Janganlah jadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri! Di JPM saja, dah banyak Jabatan dan Agensi! Biarlah orang lain yang tahu kerja, pegang jawatan! Ikut kan, PM pun tak layak!!!

Husin: Itu yang aku cakap. Orang bodoh memang tak tahu dirinya bodoh. Jangan marah dia.

Faizi: (Terpinga-pinga dan tak puas hati kerana geramnya tak habis lepas)