Selasa, Jun 30, 2009

Buat Sekarang, Usah Tangguh


Ana lalu hadapan Mahkamah di Jalan Duta tempoh hari. Hairan melihat slogan Buat Kerja ditampal pada beberapa tiang besar-besar. Punya ratusan juta dibelanja untuk bina bangunan Mahkamah yang cantik. Sayang slogan itu mencacatkan kecantikan wajah bangunan.

Apakah tujuan slogan itu? Adakah ini bermakna ada masaalah pekerja dan pegawai Mahkamah (yang termasuk peguan-peguam) tidak buat kerja? Adakah dengan slogan ini akan jadikan mereka supaya mula buat kerja? Kalau mahu memberi semangat mereka untuk kerja dengan lebih bersungguh-sungguh, tidak adakah slogan yang lebih baik?

Kalau difikirkan baik-baik, yang jadikan Mahkamah tak buat kerja adalah hakim benarkan tangguh-tangguh yang tidak perlu.

Nazri baru saja kembali sebagai Menteri JPM menjaga hal-hal mahkamah. Sebelum ini Zaid Ibrahim sekejap. Mungkin sekali masa itu Zaid Ibrahim mahukan Buat Kerja dan jangan tangguh kerja. Pasti dia mahu ada kes tidak ditangguh-tangguhkan juga. Eh ... sedap juga bunyi slogan Jangan Tangguh Kerja atau Elak Tangguh Kerja.

Buat Sekarang, Usah Tangguh. Ini lagi sedap. Cuma panjang sedikit.

Isnin, Jun 29, 2009

Ayah Pin nafi Nik Aziz tapi sokong PAS di Manek Urai

LANGIT 26 JUN: Ayah Pin, Ketua Kerajaan Langit hari ini mengeluarkan kenyataan menafikan tuduhan Menteri Besar, Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat bahawa Kerajaan Langit bekerjasama dengan UMNO.

Menurut laporan Shamsul Yunos, Ayah Pin mengeluarkan kenyataan mee segera ini kepada semua ketua pengarang, mengerang dan memerang melalui teknologi komunikasi yang direka Ai Tea Em.

Selama ini, Ayah Pin dipercayai menyampaikan kenyataan melalui seorang peguam hak asasi manusia yang mempunyai hubungan dengan seorang pengikut Ayah Pin.

Ayah Pin yang telah menghilangkan diri untuk naik ke langit menuduh UMNO menafikan hak asasi kebebasan mereka untuk menyembah tekoh teh. Katanya lagi, pentadbiran UMNO di Terengganu yang memusnahkan Kerajaan Langit mereka di Besut.

Gambar atas: Kerajaan Langit semasa zaman kegemilangan di bawah naungan pemerintahan Hadi di Terengganu. Penempatan Ayah Pin dimusnahkan di bawah pentadbiran kerajaan Idris Jusoh.
Katanya, kerajaan Terengganu pemerintahan PAS yang diterajui oleh Datuk Maksum Alim Kucing Misai Haji Hadi Awang yang telah memberi mereka naungan untuk berkembang. Rakan-rakan PAS yang sama belajar di Universiti Azhar seperti Cikgu Kamariah adalah mengikuti ajaran mereka.

Atas budi baik PAS, Kerajaan Langit sedia memaafkan kesalahan kenyataan Nik Aziz dan sedai memberi sokongan kepada calun PAS di Manek Uari. Sebanyak 1,000 uncang teh Boh Tea telah dihantar dari langit untuk kegunaan petugas-petugas kempen PAS.

- Agensi Husin Lempoyang

Ahad, Jun 28, 2009

Nik Aziz lancar slogan PRK Manek Urai

MANEK URAI Jun 28: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini melancarkan slogan kempen PAS untuk pilihanraya kecil Manek Urai.

Slogan yang berbunyi "Membangunkan Islam bersama DAP" dilancarkan ekoran kenyataan kontroversi Nik Aziz menuduh UMNO sama dengan ajaran sesat Ayah Pin.

Dalam ucapannya Nik Aziz menerangkan bahawa hanya PAS sahaja parti yang dianggotai oleh orang Islam. Dengan demikian, parti-parti yang bekerjasama dengan PAS khususnya DAP dan PKR saja bersedia membangunkan Islam.

Penganalisa politik dari Institiut Kajian Politik Antarabangsa, Prof Alvin Bik Spec berkata kenyataan Nik Aziz ini menunjukkan usahanya untuk memenangi balik hati rakan-rakan Pakatan Rakyat PAS.

Pada Khamis lepas, Nik Aziz menyamakan UMNO dengan komunis dan pengikut ajaran Ayah Pin dalam syarahannya. Setakat ini, Nik Aziz masih tidak berganjak dari pendirian dan mencabar Presiden UMNO Dato Seri Najib Tun Abdul Razak berbahas.

Semasa ditanya dalam sidang akhbar samada Lim Kit Siang dan Karpal Singh telah berkompromi berkenaan negara Islam, Nik Aziz menyatakan ini tidak menjadi masaalah. Mereka tidak pernah menentang negara Islam dan kenaytaan mereka hanya laporan palsu oleh media perdana.


Bila ditanya mengenai syarahan seorang pemimpin PAS yang menuntut kepulangan Chin Peng dalam syarahan di Parit Sulong, Nik Aziz kata tidak mengapa. Walaupun UMNO tentang kepulangan komunis pengganas Chin Peng, dia yang penentu untuk tuduh UMNO komunis.

"Serupa macam saya cakap dahulu. Orang UMNO boleh lompat parti masuk Pakatan Rakyat. Tapi kalau orang Pakatan lompat masuk barisan Nasional, saya kata hukumnya haram dan melanggar prinsip demokrasi," kata Nik Aziz dalam sidang akhbar.

Pendiran yang sama diberi Nik Aziz bila diberitahu wartawan peguam yang mengikuti ajaran Ayah Pin adalah penyokong Pakatan Rakyat.

Pemuda UMNO Kelantan telah membuat laporan polis terhadap kenyataan Nik Aziz. Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria merasakan kesal dengan kenyataan Nik Aziz. Tengku Razaleigh yang jarang memberi kenyataan politik turut menegur. Pemimpin dan pengikut PAS enggan memberi respons. Difahami mereka takut dihujani dengan 60 soalan.

Prof Alvin tidak menolak kemunmgkinan Nik Aziz membuka ruang untuk UMNO memenangi pilihanraya Manek Urai dan mungkin telah mengubah hati untuk kerajaan perpaduan. Dia menyamakan dengan Haji Hadi yang pernah mengkafirkan UMNO dua puloh tahun dahulu yang kini condong untuk berkerjasama dengan UMNO.

Seorang pemimpin masyarkat di Manek Urai yang ditanya mengenai perkembangan ini measakan Melayu dan Islam akan bersatu.

Katanya, "Sebabnya mudoh. Tak lamo kita sama Tok Guru ni." - Agensi Husin Lempoyang

Jumaat, Jun 26, 2009

Syukur ana jual unta, bukan bela ...


Pagi ini, ana bangun rasa banyak bersyukur.

Alhamdulillah. Tuhan kasi ana rezeki dari jual unta. Rezeki halal. Tak ada mintak-mintak orang. Tak ada makan komisyen. Tak ada rasuah. Ana beli anak unta. Kasi makan. Dia besar. Ana jual di bazaar.

Ana syukur tuhan beri kebebasan. Tak ada orang boleh suruh-suruh ana. Tak ada orang ana kena suruh buat kerja. Semua ana bikin sendiri. Jadi ana boleh jual orang. Siapa-siapa ana boleh jual.

Ana paling syukur pagi ini kerana tuhan buka rezeki ana melalui menjual unta. Unta binatang sensitif tapi taat setia. Paling untung, unta tak ada bawa penyakit seperti ayam dan 'kerbau pendik'.

Akhir-akhir ini, ana tengok media asyik bercerita mengenai H1N1. Macam-macam keluar. Dulu Pak Menteri kata semuanya terkawal. Masa Mexico kena H1N1, kita berhati-hati. Satu kapalterbang turun dan ada orang sakit, kita sudah dapat kesan dan baikkan.

Macam mana lepas cuti sekolah, begitu cepat merebak? Ana kata ini bukan salah Menteri tapi pegawai yang cuai. Tanggungjawab untuk urus adalah Ketua Pengarah, Pengarah dan pegawai-pegawai. Kenapa sekarang baru sibuk-sbuk tahan 100,000 pekerja Kementerian tidak boleh cuti? Ini kena kasi masuk jail dan kerja berattttt ..., kata Majistret Tuan Labu.

Ana rasa masaalah ini serius tapi kerajaan tak mahu takut-takutkan orang ramai. Ana pun tak mahu takutkan orang ramai. Dengan demikian, ana rasa kita semua sendiri kena berhati-hati.

Ambil itu injection. Pergi jumpa itu Doktor betul, bukan Doktor Labi.


Kalau dulu ada manusia kejar khinzir untuk makan. Sekarang khinzir sudah kejar manusia balik.

Penyakit H1N1 ini jenis virus khinzir baru dan belum difaham betul. Virus ini merebak dari khinzir ke manusia dan mudah menjangkit. Dari manusia, ia boleh menjangkit balik ke khinzir.

Oleh yang demikian, kita kena jauhkan diri dari mereka yang sakit. H1N1 tersebar melalui batuk dan bersin pesakit. Jauhkan diri dari terdedah dan bersentuh dengan khinzir dan persekitaran yang terjangkit.

Kalau saudara-saudara kita dalam PAS dan PKR nak berdekatan dan bersalaman dengan orang-orang DAP (Dog and Pig), hati-hati lah. UMNO pun jangan cakap banyak. Baik-baik dekat sama MCA dan Gerakan. MIC tak apa, dia makan kambing dan ikan.

Macam mana kita nak tahu samada seseorang itu kena H1N1? Simtom Influenza biasa adalah demam, batuk, lemah, dan hilang selera.

Meracau dan meroyan macam yang berlaku pada Mei 7hb di Dewan Undangan Negeri Perak bukan simtom H1N1. Itu simtom variant S1N3 yang nama saintifik adalah Sivagilum Ngehngarium Nizatitis.

Orang yang suka panggil orang komunis tapi rakannya tuntut Chin Peng balik pun bukan simtom H1N1. Walaupun dia juga panggil orang Ayah Pin, masih bukan virus khinzir H1N1. Itu penyakit lain ia-itu 1Hadi 1Nasha. Simtomnya pelupa, meraban dan flip flop.

Apakah sebabnya berlaku virus H1N1? Buat masa ini, yang telah dikenalpasi adalah penternakan khinzir besar-besaran secara moden dan kononnya bersih.

Kakaka .. kami tidak ... berberber ...sesese... tututu ... ju setuju ... deng ... deng ... deng ... dengan ... pandan pandan ... pandangan ini. Ini konkonkon ... konspirasi Mexico ... opppsss mintak maaf salah sebut ... Barisan Nasional. Babi Negara berusaha ... nak nak nak ... memburukkan Puk ... Puk ... Puk U Rakyat .. maaf Pakatan Rakyat.

Cakap macam begitu pun bukan simtom H1N1. Itu Khalid Ibrahim gagap bila terasa bersalah.

Wow! Ana bersyukur tidak bela khinzir dan dapat juga jual orang.

P/S Ingat ente semua, tak kira parti apa, asal manusia di Malaysia. Bawa keluarga semua untuk dapatkan suntikan dari doktor betul.

Rabu, Jun 24, 2009

Tindakan kerajaan Selangor dikutuk

SUBANG JAYA Jun 24hb - Pemimpin Melayu mengutuk tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menutup kedai dan menyuraikan pembeli-pembeli Melayu dari kedai 4D Subang Jaya yang sedang beroperasi hari ini.

Mereka turut melabelkan kerajaan Selangor sebagai bertindak zalim terhadap rakyat yang ingin membeli empat nombor ekor (ENE).

Setiausaha Agung Persatuan Pembeli 4D Melayu (PP4M), Mat Bingkai berkata, tindakan menggunakan ramai pegawai dan anggota JAIS menahan pembeli Melayu yang beratur secara aman untuk membeli 4D membunuh profesionalisme JAIS.

“Isu lapuk kononnya jualan yang dianjurkan itu haram dan menjejaskan kewangan keluarga amatlah tidak boleh diterima pakai kerana selama ini belum pernah dilaporkan kes membeli 4D jualan Magnum dan kedai-kedai Empat Nombor Ekor (ENE) mengundang muflisan atau timbul sebarang jenayah rompak pihak pembeli.

“PP4M meminta pihak kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat agar tidak bertindak sewenang-wenangnya terhadap hak untuk membeli nombor ekor di negara ini. Tindakan itu menampakkan kerajaan Selangor terlalu tertekan dan takut dengan kebangkitan dan kesedaran pembeli-pembeli ENE untuk melakukan perubahan menyeluruh terhadap sistem kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mat Bingkai berkata, sepatutnya kerajaan Pakatan Rakyat sedar dan insaf bahawa menghalang dan menutup kedai ENE tidak akan mengundang dan memenangi sokongan pembeli ENE. Kami akan menyokong Barisan Nasional di pilihanraya akan datang kerana hanya BN yang membenarkan kedai nombor ekor.

“Mereka harus tahu untuk berdiplomasi dan menerima kehendak pembeli ENE dengan bertolak-ansur dan bukan menutup kedai ENE. Mungkin pembeli ENE lari bertempiaran tetapi adalah amat mustahil undi mereka juga akan lari kepada Pakatan Rakyat Selangor,” katanya.

Beliau berkata, jualan nombor hari itu turut dihadhiri oleh pembeli-pembeli bukan Melayu, pegawai-pegawai kerajaan dan korporat dan amat menyedihkan apabila pegawai-pegawai Jais bersikap terlalu tegas.

“PP4M mendesak agar Kerajaan Negeri Selangor dan pihak JAIS meluluskan lebih banyak kedai-kedai ENE yang dipohon.

“PP4M juga menyeru agar dikembalikan kerajaan Barisan Nasional kerana hanya BN yang akan berlaku adil dan menghormati hak-hak asasi kami dan keperluan berjudi kaum bukan Melayu untuk membeli nombor ekor,” katanya. - Siaran Hairan

Nota: Kadang-kadang kenyataan begini bunyinya macam serupa saja. ... hehehe

* Diolah dari kenyataan rasmi sini

Selasa, Jun 23, 2009

Disoal Mungkar Nakir

Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun. Dari tanah kau datang, kepada tanah kamu akan kembali.

Haji diumumkan pulang ke rahmatullah malam. Sepanjang hidup Haji, dia aktif dan merupakan pemimpin politik PAS yang memperjuangkan gagasan daulah Islamiah.

Nasib dia meninggal semasa dah pencen. Kalau tidak, satu lagi pilihanraya kecil Muhyiddin kena ketuai.

Mayat Haji dimandikan, dikapankan dan disembahyangkan. Sempat anak-anak, saudara mara dan sahabat seperjuangan menghantar mayatnya ke kubur untuk dikebumikan. Selesai dikebumikan, orang ramai pulang.

Maka datanglah malaikat mungkar nakir untuk memulakan temuduga. "Marobbuka," kata Mungkar Nakir. "Siapa tuhan kamu?"

Haji jawab dengan tenang, "Allah tuhan ku."

Kalau ikut penerangan ulamak, roh yang menjawab.

Mungkar Nakir tanya soalan kedua, "Apa Agama kamu?"

Roh Haji menjawab tanpa ada tersekat-sekat, "Islam ugama ku."

"Siapa Nabi kamu?"

"Muhammad," jawab Haji.

Ditanya, "Apa Kitab kamu?"

Mudah lagi dijawab, "Quran kitab ku."

Mungkar Nakir tanya, "Di mana kiblat kamu?"

Haji jawab, "Mekah, kiblat ku."

Soalan terakhir dan Haji sudah pasti lepas dari seksa kubur. Mungkar Nakir bertanya, "Siapa Saudara anda?"

Alamak dah mati pun ada soalan politik. Kena jawab benar. Anggota kita tak dapat tipu. Dengan agak teragak-agak Haji menjawab, "Uhhh ... DAP dan PKR."

Dengan suara yang kuat bagaikan halilintar, Mungkar Nakir menjerit, "Kenapa DAP dan PKR????!!!!!

"Kamu sepatutnya bersaudara dengan orang Islam. Sebagai pemimpin Islam, kamu sepatutnya menyatu padukan umat Allah di muka bumi. Salah kamu memecah belah, menipu menuduh, dan tidak membela saudara kamu!!!"

Haji menjawab dengan suara yang bertambah halus tergetar-getar dari ketakutan, "SSS ...ssaya nak satukan baba .. balik tetete ... tetapi Nik Ajis tttak ... tak tak ... tak bagi ..."

Mungkar Nakir rasa hairan. "Ohhhh ... gitu."

Isnin, Jun 22, 2009

KPI Tsu Koon?


Ketua Menteri yang hilang kerusi dan negeri merangka dan memantau KPI.

Hmmm ... KPI sendiri kasi tak? Entah, sendiri ada tak KPI. Kalau ada, taklah kalah.

Ahad, Jun 21, 2009

Tak bule puji Tok Guru sampa gitu


Komentar ana, Azhar Abdullah ghoyak pasa komen di Harakah. Baco bawoh:

Misalnya di Manek Urai, Wan Rahim terkejut apabila ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Tuan Guru Nik Aziz.

"Inilah bukti gambar Tok Guru mempunyai nilai yang tinggi di kalangan rakyat beliau," katanya ketika dihubungi.
Dema di MyKMU sindir. Kecek gitu serupo gamba atah.

Mu nok politik, suko hati demo. Sampa ghoyak tengok gambar dapak pahlo tu mengaruk. Tokde dale Quran. Tak masuk akal dan melanggar ilmu mantik.

Saye Tok Guru pun jange sampa taksub. Ado maso dia flip flop. Ado maso dio lupo. Dio jugo manusia yang ada kelemahan. Dah tuo pelupo. Orang PAS pun pening. Dio kecik tak jago-jago.

Huduh-huduh UMNO tak buak gini. Keliru-keliru PAS tak buak keja gini. Jange ikuk Nuar. Dio bule angkak sumpoh depe gambar agung untuk jadi PM tahun lepah ...

Tugah ana untuk tegur Salmiyah wartawan Harakah, editor atah dio, dan Wan Rahim. Hok akidah kito kena jaga. Nok berbalah pun takpo.

Ana yakin kecek-kecek gini bule sesat.

Sabtu, Jun 20, 2009

Petua-petua kempen di Manek Urai


Hari penamaan calun untuk pilihanraya kecil Manek Urai adalah pada Julai 6hb. Manakala, hari pengundiaan adalah pada Julai 14hb, 2009.

Bagi UMNO, mereka perlu kembalikan kekuatan lama yang berupaya memenangi pilihanraya kecil walaupun di kawasan pembangkang. PAS pula mahu menyekat UMNO pemulihan UMNO, terutama sekali di negeri kubu PAS Kelantan.

Kekuatan calun adalah faktor penting dalam memenangi Manek Urai. Wakil rakyat bertukar-tukar parti.

Satu lagi jangan pula ada cah keting sesama sendiri. UMNO selalu cah keting. PAS pula dah mengarut tak kasi Nasha dan orang pro-ulamak masuk kempen. Ada nanti cah keting sesama mereka.

Manek Urai adalah sebuah kawasan luar bandar dalam kawasan Parlimen Kuala Kerai di tengah Kelantan bersempadan Terengganu. Penduduknya adalah 99.2% Melayu dan 80% terlibat dengan kegiatan pekebun getah.

Jika PAS kalah di Manek Urai, ia tidak akan mengubah kedudukkan PAS sebagai kerajaan negeri.

Kegiatan balak masih dapat diteruskan. Pendapatan utama kerajaan negeri yang hampir separuh dari cukai balak dapat diteruskan. Harap boleh kekal membalak lepas 2015.

PAS mahu menang untuk menunjukkan sokongan rakyat kepada PAS masih kekal. Ia juga akan membuktikan pendirian PAS Kelantan yang tidak setuju dengan gagasan kerajaan perpaduan diterima rakyat.

Kalau UMNO menang, Manek Urai pasti akan meraih durian runtuh dari kerajaan persekutuan kerana membantu mengembalikan semangat politik UMNO. Kalau PAS kalah, mereka akan bersungguh-sungguh dan adalah saluran wang dari kerajaan negeri untuk Manek Urai.

Ini ide politik stail Cina. Dua-dua belah dia sapu.

Senario sekarang, rakyat sudah letih dengan permainan politik yang tak henti-henti hingga kepentingan Melayu telah terkorban. Bantuan biasiswa, peluang pekerjaan, lesen dan kontrak berniaga dan lain-lain dibuka kepada bukan Melayu tetapi menjejaskan Bumiputera.

Bumiputera adalah 66% peratus rakyat Malaysia. Bumiputera bukan Melayu adalah lebih kurang 11%. India ada 7% tapi gah dan bising macam 70%. Apa parti atau pakatan parti mesti hormati realiti ini? Maknanya mestilah UMNO atau PAS memimpin sebarang pakatan parti.

Walaupun PAS yang memulakan perbincangan ide kerajaan perpaduan, UMNO yang nampak terbuka. PAS pula berbalah berkenaan hal ini. Bagaimanakah rakyat melihat bangkangan dalaman PAS terhadap perpaduan Melayu dan Ummah?

Jeng jeng jeng ... Manek Urai pasti menarik.

Sebagai kawasan luar bandar, berkempen di sini memerlukan sifat kepekaaan yang lebih sedikit terhadap sensitiviti tempatan. Ada beberapa petua-petua yang perlu dihayati.

Jangan ada yang nak datang pada 25 dan 26hb ini bawak gerombolan sederet Rexton hitam. Ini akan mengacau usaha temnpatan. Baik ditahan dari kasi masuk kawasan. Suruh dia orang duduk saja di Heritage Mansion. Jangan bawak kereta besar dan mewah. Ini petua pertama.

Jangan pergi sana berkempen nak bawak pembangunan dan kata orang situ susah dan miskin. Itu sensitif. Mereka ada maruah kerana mereka bukan miskin. Pendapatan cukup untuk gaya hidup setempat. Mereka ini berdikari dan banggsa pada diri. Tidaklah macam ada orang yang ada kompeni Emarcon untuk bina stadium roboh dalam setahun. Ini petua kedua.

Bagi petua ketiga, tak perlu nak kempen situ hentam parti ini dan parti itu. Biar ikut cara berbudi dan berhemah. Orang luar bandar tak suka cara-cara berbalah. Mereka tidak suka kata mengata dan perawakan yang angkuh. Galak perpaduan sesama ummah. Jadi jangan nak tanam-tanam orang. Tak payah becakap lagi baik.

Petua keempat adalah jangan anggap mereka bodoh. Anak-anak mereka banyak yang bagus dalam persekolahan dan pergi ke Universiti. Ramai bekerja di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar. Mereka tahu apa yang berlaku dalam negara. Anak-anak mereka akan pulang untuk mengundi dan berupaya mempengaruhi pengundi sana.

Kelima, dekati mereka untuk selami perasaan, masaalah, dan harapan mereka. Kalau ada nak tidur rumah orang kampung yang bukan bungalow, bagus. Ada sanggup bangun subuh untuk ikut mereka menoreh, bagus juga. Lakukan dengan ikhlas. Molek jika mu bule kecek kelate.

Paling mujarab dalam menawan hati mereka adalah petua keenam. Dema bangga jika SKMK. Gapo dia SKMK? Maksudnya bukan "Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan" tapi "sedia kahwin Mek Kelate". Syarak ni yang susoh.

TTT. Teringin tapi takut.

Jumaat, Jun 19, 2009

Pedoman dari Rasulullah dalam menjaga hati "isteri-isteri"

Jangan salah anggap. Ini bukan gambar Rasulullah

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya.

Ada satu kisah yang sering disebut-sebutkan mengenai kebijaksanaan Rasulullah dalam menjaga hati isteri-isterinya. Kalau Dato Najib pandai, dia akan dapat pelajaran dari kisah ini.

Suatu hari isteri-isteri baginda telah berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya, "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi".

Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain.

Suatu hari, mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang ku berikan cincin kepadanya".

Isteri-isteri baginda tersenyum puas. Masing-masing menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan masing-masing diberi layanan istimewa oleh Baginda.

Rasulullah tak perlu buat macam cerita Madu Tiga yang kuat berbohong. Bijak ....

Kalau Najib pandai dan dengar, dia patut ikut contoh Rasulullah. Sekarang ramai "isteri-isteri" menuntut layanan istimewa tapi konon helah tuntut keadilan.

Najib boleh baik-baik katakan kepada semua "isteri-isteri" ini, "Kepentingan kamu sentiasa di dalam hati saya. Kita jangan bising-bising menuntut macam-macam. Semua hak dah ada jaminan dan adil disebut dalam Perlembagaan.

"Yang penting, kita buat kerja secara diam-diam dan mesti bersatu bekerjasama. Tapi jangan cerita pada "isteri-isteri" lain."

Najib jangan pula lupa beri peringatan, "Jangan pula mengaku pada Rosmah bahawa kamu "isteri" saya. Susah saya. Saya tak dapat izin tambah cawangan."

Wow! Cuit sikit saja. Jangan tak ada gurau-gurau. Ana kasi kebenaran Najib guna cerita ini.

Rabu, Jun 17, 2009

Saya sekolah Henry Gurney aja ...


Kalau sesiapa sedar, hari Rabu adalah hari ramai bekas-bekas penuntut sekolah asrama penuh dan sekolah ternama memakai tali leher mereka. Dengan tali leher itu, mereka dapat mengenal rakan-rakan satu alma mater dengan mereka.

Kalau MCKK, tali leher mereka berwarna merah maroon dengan jalur putih. Sekolah tentera RMC pakai tali leher hijau. VI poula warna kebiruan. MRSM macam-macam warna ikut cawangan. Tak tahulah tradisi sekolah-sekolah lain.

Difikirkan agak pelik kesetiakawanan sekolah lebih kuat dan berkekalan dari pengalaman hidup lain yang lebih lama dan bermakna. Ada bagus dalam tolomng menolomng. Tah bagus bila jadi kroni yang meyisihkan orang lain.

Bagi mereka yang tidak pergi ke sekolah sedemikian, kadang-kadang meluat dan pelik dengan bekas-bekas penuntut sekolah sedemkian. Kadangkala cemburu pun ia juga.

Ceritanya pada satu Rabu diadakan satu corporate cocktail oleh satu Bank untuk bertemu dengan pelangan-pelanggan korporat mereka. Datanglah masing-masing dengan pakaian serba formal. Ada yang datang dengan coat tetapi rata-rata banyak pakai tali leher. Ada pula mereka yang pakai talileher sekolah.

Dalam masa itu, adalah datang seorang CEO bernama Ramzan. Syarikatnya baru disenaraikan dan bangun cara susah. Dia datang bersahaja dengan hanya baju kerja dan talileher belang tanpa menyerlahkan diri.

Salah seorang pegawai Bank menyambutnya dan dia pun mendapatkan air dan bersosial dengan sekumpulan eksekutif berpakaian bergaya. Melihat talileher mereka, mungkin mereka dari sekolah-sekolah asrama penuh dan ada antara mereka memakai talileher sama.

Masing-masing sedang bersembang mengenai sekolah. Dari sekolah mana. Batch mana. Siapa sama batch. Siapa dari kawan-kawan masing yang lain kenal. Cerita sekolah mereka saja.

Encik Ramzan tak banyak bercakap. Dia dengar dan perhati gelagat mereka. Agak meluat juga dengar mereka cerita macam bagus aja. Tapi hanya cerita perkara-perkara yang lepas. Hairannya sedikit tidak dihabiskan untuk berbincang mengenai subjek yang releven dengan pekerjaan atau perkara yang berkepentingan bersama. Ini kira tak ada kelaslah.

Tiba-tiba tajuk perbualan mereka bertukar mengenai syarikat Encik Ramzan dan memuji kenaikkan syarikat itu. Mereka tidak tahu Encik Ramzan datang dari syarikat tersebut dan telah membina syarikatnya dari bawah.

Dah lama bersembang, baru salah seorang pegawai Bank itu memperkenalkan Encik Ramlan adalah dari syarikat yang disebut. Memang betul tak ada class punya host tak tahu kenal memperkenalkan orang.

Encik Ramzan keluarkan kad biznes dan kasikan semua pegawai-pegawai ini. Terkejut mereka semua apabila mengetahui Encik Ramzan adalah CEO syarikat yang mereka sebut tadi. Dengan selamba dia berkata, "Saya sekolah Henry Gurney aja. Itu yang talileher saya berbelang-belang melintang ke bawah ..."

Sindir baik punya.

Wow! Jual Encik Ramzan jual, jangan tak jual orang-orang yang banyak perasan.

Isnin, Jun 15, 2009

Sembang mengenai Muslimah PAS dan aurat


Din, Rahim dan Lan bersembang-sembang di tepi jalanraya luar kedai mamak. Sambil minum teh tarik, mereka bincang mengenai Muslimah PAS tegur wartawan tidak pakai tudung dan aurat perempuan.

Din: PAS ni jumut betul. Hak pompuan nak pakai tudunglah. Tak payah tegur-tegur terbuka dan memalukan mereka. Bijaksanalah sedikit dalam bertarbiyah.

Rahim: Bab aurat ni kita kena ikut mereka yang berilmu. Ulamak dah kata rambut itu aurat perempuan. Kena tutuplah. Tanggungjawab kita tegur menegur antara satu sama lain.

Lan: Aku sebenarnya tak berapa faham. Betulkah wajib tutup kepala bagi perempuan?

Rahim: Yang aku difahamkan, wajib. Kita dengar sajalah apa ulamak sudah cakap.

Lan: Aku tak macam gitu. Aku kena belajar dan faham. Tak boleh main ikut saja.

Din: Aku rasa aurat yang disebut adalah aurat dalam sembahyang. Teori aku, tapi tak boleh diterima umum lagi. Teori aku hukum aurat ni sebab arab. Dia orang ni nafsu kuat. Maka perlu dilindungi perempuan arab.

Rahim: Kau ni pandai-pandai sajalah. Sembang kita malam ini sudah nak mula melarut.

Din: Aku ada buku pendedahan seorang puteri Saudi Arabia. Arab memang nafsu besar. Sampai dia dengar-dengar khabar saja perempuan ini cantik dan lawa, dia sudah masuk meminang. Sana pun ada kes rogol tau.

Lan: Saudi Arabia pun ada kes rogol?

Din: Kau jangan main-main. Arab ni punya besar nafsu, ternampak buku lali pun boleh bergelora. Itu pasal hukum-hukum aurat diturunkan untuk melindungi wanita.

Lan: Aku difahamkan tujuan aurat ini supaya tak menaikkan syahwat lelaki hingga berlaku perkara yang tak diingini. Pada aku, kalau pompuan tak mahu pakai tudung, sekurang-kurangnya bersopan dalam pakaian. Yang mustahak iman dan amalan yang menjaga dan menguatkan iman.

Rahim: Hukum ni kita tak boleh main teka. Biar orang berilmu bercakap.

Din: Aisay kau ni macam Ustaz pulak Rahim. Pintu berijtihad sentiasa terbuka untuk berbincang dan menambahkan ilmu. Kau belum dengar teori aku lagi?

Rahim: Apa lagi lah kau ni?

Din: Kau tengok budak-budak pompuan sekarang. Tudung pakai, tapi pakai jean ketat. Punggung masing-masing begitu jelas hingga tak payah aku nak imaginasikan. Sampai merkah susuk bawah pusat jelas. Yang baju tersenseng nampak pusat dan perut, hai, lagi aku ...

Rahim dan Lan: Setuju setuju ... (menganguk-angguk)

Din: Itulah Muslimah PAS. Apa depa sibuk pasal aurat rambut? Aku tak kereh pun tengok rambut perempuan.

Lan: Kau tak minatlah orang pakai muni jubah macam Musliamh PAS.

Din: Heh heh heh ... tak juga. Kau tau, kau tau ... yang pakai tudung dan jubah pun aku kerah. Aku kalau tengok Dr Siti Mariah senyum ... tutup aurat pun nampak seksi. Macam Dr Mashitah.

Rahim: Kau ni tak senonoh lah. Bini oranglah tu ...

Sabtu, Jun 13, 2009

Samy Velu makan tengahhari lauk kari


Samy Velu menerima jemputan untuk merasmikan satu majlis rasmi di Sungai Siput, Perak anjuran Umno. Makan tengahari telah disediakan dan lauk hari itu adalah kari daging.

Apabila dia melihat kuah kari yang pekat, nasi yang masih lembik-lembik panas, acar timun, dan papodum, Samy begitu berselera. Dia sudah pulun dua pinggan.

Masa nak tambah untuk pinggan ke tiga, Samy bertanya pada Ketua Puteri yang melayaninya, "Ini kari kambing, sapa masak?"

Baru disedar Ketua Puteri, "Aisey Man ... Datuk Seri ... I'm sooo sorry, itu bukan kambing. Itu lembu"

"Haah! Saya tak boleh makan lembu," Samy terkejut.

"Mintak maaf Dato Seri. Mintak saya gantikan lauk lain. ... I'm soo sorry," tawaran Ketua Puteri.

Oleh kerana kari itu sedap sangat, Samy tak beri. Dia berkata, "Tak apa. Tak apa. Kasi saya habiskan pinggan ke tiga."

"Eh! Datuk Seri kata tak boleh makan lembu, kenapa Datuk Seri teruskan" tanya Ketua Puteri

"Takpa ... Takpa, saya baru teringat. Saya Hindu Hadhari. Boleh tukar itu law!"

Ketua Puteri rasa bersalah jika Samy terus makan kari lembu itu. Dia mengingatkan, "Tapi Dato Najib sudah tidak sebut-sebut pasal Hadhari lagi. Sekarang 1Malaysia, satu negara pelbagai kaum dan ugama."

"Ayo yo, ini macam saya berhentilah," jawab Samy dengan nada kecewa sambil meminta basuh tangan.

Jumaat, Jun 12, 2009

Manohara & Mi Bandung, Kisah-kisah cinta dengan Indon


Sekarang ni, skandal yang sibuk dibincang adalah mengenai bekas model Indonesia, Manohara yang lari dari suaminya dan anak Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakry Petra.

Ada cerita Manohara lari dengan memberitahu Kadar Shah menggunakan isyarat. Macam-macam yang dispekulasikan mengenai riwayat hidup Manohara. Dari ibu Manohara yang dikatakan mata duitan, penglibatan Interpol, bekas teman Manohara yang merupakan anak hartawan Bakrie hingga video kekasaran terhadapnya.

Katanya hubungan antara Manohara dan Tengku Fakry masih baik dan mereka sedia kembali bersama. Ada kata masaalahnya kehidupan istana yang penuh protokal dan caranya tersendiri tidak sesuai dengan anak muda yang dahulunya sosial dan bebas.

Cerita Manohara ini sensasi kerana melibatkan putera raja dan seorang wanita muda yang amat cantik. Untuk cerita kehidupan ianya tidak menyayatkan. Pada Husin, ini cerita peribadi antara suami isteri. Tak perlu dihebuh-hebuhkan.

Kawan ana dari Sabah ada menghantar e-mel mengenai satu percintaan dengan wanita Indonesia. Cerita ini sungguh mengguris hati. Ia melibatkan seorang warga Indonesia juga, tetapi hanya seorang pembantu rumah.

Untuk beberapa tahun, Sutina bekerja dengan Ahmad Suffian sebagai pembantu rumah. Sutina seorang pekerja yang baik. Dia ikhlas dalam kerjanya dan baik melayan majikannya. Ini menyentuh hati Suffian. Dia menghormati Sutina dan melayannya dengan baik.

Sutina orangnya sebenar cantik dan menarik tetapi maklumlah buat kerja rumah, tidak menyerlah kecantikannya. Suffian menyedari akan kecantikan Sutina disebalik luarannya yang simple.

Dengan layanannya yang baik, lama-lama dia jatuh hati dan diluahkan perasaanya. Terjalin hubungan sulit antara mereka hingga akhirnya terlanjur.

Satu hari, Sutina memberitahu Suffian yang dirinya sudah berisi. Suffian menjadi serba salah. Dia sedia bertanggungjawab untuk menikahi Sutina. Suffian rasa dirinya mampu menyediakan sebuah rumah untuk Sutina disini. Mungkin tidaklah mampu untuk meletakkan Sutina di sebuah rumah di kawasan mewah semacam seorang Menteri dulu.

Yang menyulitkan, Suffian tidak mahu merosakkan perkahwinannya dan Sutina tidak mahu melukakan isteri Suffian, Norazalina yang melayannya macam keluarga. Akhirnya demi kebaikan semua, mereka bersetuju untuk merahsiakan perhubungan mereka. Dengan berat hati, Suffian bersetuju dengan permintaan Sutina untuk kembali ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana.

Suffian sedih untuk berpisah dan kesal tidak dapat melihat kelahiran anak mereka. Dia berjanji akan menanggung segala sara hidup Sutina dan kos pembesaran anak tersebut sehingga umurnya berusia 18 tahun. Dia akan mengatur untuk mereka bernikah. Sutina berjanji tidak akan menceritakan pernikahan mereka kepada sesiapa.

Suffian meminta Sutina memberitahunya secara rahsia apabila anaknya lahir nanti. Caranya adalah melalui poskad. Dia minta ditulis perkataan "Mi Bandung" dibelakangnya dan dia faham anak sudah lahir. Dia akan segera menghantar belanja tambahan untuk anak.

Sembilan bulan berlepas itu. Satu hari Suffian pulang dari kerja. Dengan ruap muka yang hairan bercampur curiga, maklumlah orang perempuan, Norazalina memberitahu suaminya mengenai satu poskad yang diterima dari posmen hari itu.

"Abang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni."

"Oh, ye ke? Bagi poskad tu kat abang. Biar abang tengok," jawab Suffian dengan hati yang sedih bercampur gumbira. Dia dapat merasa Sutina sudah melahirkan anak mereka.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Suffian.

Suffian terus membalikkan poskad untuk membaca pesanan rahsia mereka. Tiba-tiba muka Suffian berubah. Mula-mula bertukar menjadi biru, kemudian berubah menjadi ungu dan terus pengsan.

Apa isi kandung poskad itu?

Isi kandung poskad itu berbunyi ...

"Mi Bandung, Mi Bandung, Mi Bandung, Mi Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"

Rabu, Jun 10, 2009

Anak khinzir tak sedar diri


Al kisah di dalam sebuah hutan yang permai tinggal pelbagai jenis binatang. Dalam banyak-banyak binatang ada sekor anak khinzir dan seekor anak singa yang bersahabat baik.

Anak singa ini adalah anak raja hutan. Atas baik budi anak singa maka anak khinzir ini dapatlah cari can untuk berlegar-legar di hutan dengan selamat tanpa dikacau oleh singa, harimau dan binatang-binatang liar.

Pada suatu hari, anak singa dan anak khinzir berjalan-jalan bersantai di taman hutan. Lama kelamaan mereka berdua berasa bosan. Mereka tidak ada apa-apa lagi nak buat dan tidak tahu apa nak buat.

Malas pula nak baca buku sekolah. Betul-betul macam anak-anak kita melepak main tak henti-henti tak tahu mahu baca buku masa cuti sekolah.

Fikir punya fikir, mereka bersetuju untuk mengisi kelapangan itu dengan melukis. Anak singa mencadang, "Aku ada satu cadangan. Apa kata aku lukis muka kau dan kau lukis muka aku?"

Anak khinzir menjawab, "Hmmm ... ok juga. Boleh!"

Dia suruh anak singa diam-diam untuk dia lukis. Sudah lima belas minit, anak khinzir berteriak, "Hah, dah siap. Nah tengok. Cantik tak aku lukis? Warna kulit kamu cantik."

"Wah ... lawa kau lukis. Baik, sekarang aku pulak lukis muka kau ...," kata anak singa.

Selepas lebih kurang lima minit saja anak singa melukis sudah siap. Diberikan kepada anak khinzir sambil berkata, "Nah ... siap gambar muka kau yang lawa ni. Cuba tengok ..."

"Cepatnya," anak khinzir terima gambar itu dan tengok gambarnya. Mukanya langsung bertukar merah marah.

"Ape yang kau lukis ni anak singa!!!???," dia bertanya dengan agak marah.

"Betul la apa yang aku lukis tu. Inilah gambar kamu," jawab anak singa.

"Ini bukan muka aku. Mana warna yang berbelang-belang. Ini muka khinzir!"

Besar kepala rupanya anak khinzir ni. Dia tak sedar dia haiwan khinzir. Sementang dia berkawan dan diberi kemudahan oleh singa, dia sudah serba serbi mahu jadi macam juga singa. Sampai tak mengaku dirinya khinzir.

Entah apa maksud cerita ini ...

Selasa, Jun 09, 2009

Pertandingan keberanian antara sayap-sayap pemuda

Kerajaan telah mengadakan satu pertandingan keberanian antara sayap-sayap pemuda PAS, PKR dan UMNO di satu gerisen askar. Oleh kerana, ada ketua-ketua sayap baru, maka tujuannya adalah untuk berkenalan dan secara tidak langsung, mengurangkan ketegangan antara parti.

Nik Ajis, Nuar, dan Najib dijemput datang dan terlibat. Dalam acara pertama, ketua-ketua sayap akan diberi arahan dari ketua mereka dan mereka akan diukur keberanian.

Tok Guru Nik Ajis sebagai orang tua diberi penghormatan jalan dulu. Dia memanggil ketua sayap pemuda PAS baru, Al Ustaz Nasaruddin Hasan Tantawi. Amboi panjangnya nama. Kita panggil Nasa saja lah.

"Nasa, mu maghi sini. Tok gughu nok ghoyak."

Nasa pun datang dengan akur. Dalam PAS, Tok Guru memang diberi penghormatan sangat tinggi. Jangan sesekali persoal Tok Guru, nanti dapat surat kajang 50 soalan.

"Pisto ake ditembok ke aghoh mu. Tangkak pelughu tu."

"Ambo siak sedio doh, Tok Ghuru," Jawab Nasa.

Walaupun Nasa ni jenis Pak Lebai dan tidak menyerlah semacam Salahuddin Ayub, yang menjadi Ketua Pemuda tiga penggal, latihan PAS menjadikan pemuda mereka berani dan bersedia. Lihat hebatnya Unit Amal.

Pistol ditembak tetapi tak dapat tangkap. OLeh kerana terlalu dekat, peluru terkena bahu Nasa. Cedera dari tembakan itu.

Nik Ajis tengok kepada Nuar Berahe dan Najib dan mengatakan, “Mu lihak ketua pemuda Pah. Beghani nok tangkak pelughu."

Najib beri penghormatan kepada Nuar Berahe, yang pernah jadi bos dia dalam Pemuda UMNO, jalan dulu. Maka giliran Nuar pula.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) adalah Shamsul Iskandar. Memang berani orangnya. Mana-mana demonstrasi mesti nampak dia di hadapan dan beri ucapan.

Muka nampak garang tetapi secara peribadi, sopan dan lembut orangnya. Mungkin itu yang katanya dia terkencing dalam seluar menghadapi pemuda UMNO Melaka. Mereka bertembung di balai polis Melaka selepas AMK membuat laporan rasuah terhadap Ali Rustam. Tak apa tetap berani.

Nuar nak tunjuk pada Tok Guru dan terutama sekali Najib, betapa beraninya Shamsul. Dia memanggil, "Askar maju sini."

Ketua pemudanya dipanggil askar. Anak pakai sistem militeri dari RMC. MCKK takda. Shamsul menjawab, "Siap Jeneral."

"Tangkap peluru dari RPG yang saya akan tembak," Nuar beri arahan. Puh ... pakai RPG. Mestilah lebih terer dari Nik Ajis.

"Siap Jeneral," Shamsul menyahut. Sungguh disiplin. Nampak tak disiplin cuma di mata polis kerana buat demonstrasi.

Peluru meluncur cepat. Shamsul dapat menangkap tetapi peluru meletup dan hilang tangan kanannya. Tanpa terkejut, Nuar menoleh kepada Nik Ajis sambil menjeling ke arah Najib dan berkata, "Ketua sayap pemuda saya berani dan dapat tangkap walaupun cacat anggota. Ini menunjukkan saya pemimpin yang layak jadi PM."

Giliran Najib akhir sekali. Ketua Pemuda UMNO kita tahu adalah Khairy Jamaluddin. Dia dulu sensitif tetapi sudah jadi berani. Pandai bercakap, berstrategi politik dan belajar Oxford.

Satu tokoh berpotensi yang punya cara mentaksubkan pengikut. Sampai pengikut boleh kata hanya Khairy boleh realisasikan penyatuan UMNO dan PAS. Presiden, Timbalan dan Naib pun tak boleh.

Najib melentik mata. Khairy pun mahu menang maka dia sanggup tunjuk taat setia. Lalu dia datang ke pada Najib dengan cara begitu penuh disiplin.

Melihat apa terjadi pada Nasa dan Shamsul, Najib ingat ini peluang untuk hapuskan pengacau ni. Dia tukar rancangan asal dan memberi arahan baru, "Seberang ladang periuk api dengan berlari cepat!"

Khairy tahu Najib niat nak cantas politiknya. Dia enggan, "Tidak mau, Dato Seri!"

Najib terkejut mendengar keenganan dan perintah lagi, "Seberang cepat!"

Khairy tetap berdegil, "Tidak mau, Dato Seri!"

Lalu Khairy terus lari. Najib rasa malu. Dalam hatinya menyebut, memang jenis tak dengar cakap punya budak. Dah suruh jangan main politik wang, dia tetap main.

Dia pun menoleh ke arah Nik Ajis dan Nuar lalu berkata, "Lihat Ketua Pemuda UMNO, dialah paling berani. Perintah Presiden langsung dia tak turuti."

Menanglah sayap pemuda UMNO. Najib pun pulang bawa tropi.

Tengah-tengah dalam perjalanan pulang, Najib terima panggilan di talipon bimbitnya. Diangkat dan letak ditelinga. Kedengaran suara wanita tua berkata, "Hoi Najib! Apa kau nak bunuh anak omak ..."

Mak KJ talipon. Ingat berani.

Isnin, Jun 08, 2009

Pakai tutup muka minggu ini untuk elak H1N1


Malaysia bersedia hadapi H1N1 dari luar

SHAH ALAM 16 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pemeriksaan terhadap penumpang di pintu masuk negara, terutamanya penerbangan dari Amerika Syarikat dan negara lain yang dilanda wabak influenza A (H1N1), diperketatkan.

Malaysia perlu mengambil tindakan yang sangat rapi bagi mengekang serangan penyakit itu daripada menular ke dalam negara, katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan rapi itu perlu kerana mereka yang tiba dari negara yang dilanda dengan wabak itu mungkin menghidap penyakit itu tanpa diketahui oleh mereka. (Dari sini)

Walaupun negara ini diisytihar bebas daripada wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) namun rakyat dan agensi kerajaan terbabit perlu terus berwaspada, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, ia termasuk meneruskan pemeriksaan di semua pintu masuk ke negara ini dan membuat pemantauan terhadap lapangan terbang bagi memastikan penyakit tersebut terus dibendung. (Dari sini)

Lebih 150,000 warga Johor yang bekerja di Singapura diingatkan supaya meningkatkan tahap penjagaan kesihatan mereka bagi mengelak daripada dijangkiti selesema babi berikutan kes pertama influenza A (H1N1) dikesan di negara itu semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia, M. Asojan berkata, penjagaan kesihatan berkenaan termasuk sentiasa memakai penutup mulut semasa berada di negara republik itu. (dari sini)

Ancaman wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) di Malaysia belum lagi sampai ke tahap yang memerlukan proses saringan dilakukan ke atas semua pengunjung di pintu-pintu masuk utama seluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Ramlee Rahmat berkata, pada masa ini proses saringan membabitkan pengunjung dari negara yang dikesan kes jangkitan virus itu atau menaiki penerbangan dari negara terbabit.

"Proses saringan yang kita lakukan adalah mengikut tahap tertentu dan berdasarkan nasihat yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya. (dari sini)

AWAS:

Wisma Putra dan KDN telah membenarkan seorang pelawat bertemu dengan pemimpin-pemimpin negeri selama 8 hari. Pelawat ini dijangka akan melepasi sistem saringan.

Bagi mengelakkan orang ramai dari dijangkiti pelawat yang merupakan sumber penyakit H1N1, rakyat Malaysia harus memakai tutup muka minggu ini. Untuk mengetahui siapa pengunjung ini, sila ke pautan sini.

Ahad, Jun 07, 2009

Mencari suami original

Macam-macam orang komplen cerita ana tak ori. Memang ana ada ambik cerita tak ori yang diberi sentuhan ori untuk disesuaikan. Yang pentingnya, mesej cerita yang ingin disampaikan dicuba ori. Baiklah, sekarang ana ada cerita pasal ori. Kalau ada yang sudah dengar, tak ori lah juga.


Sekarang ni musim cuti sekolah. Paham-pahamlah cuti sekolah ada musim kahwin. Sana sini majlis untuk meraikan pemuda pemudi berlaga pusat. YB-YB pun banyak dapat jemputan.

Alkisah seorang anak gadis yang ingin berkahwin dengan jejaka yang dipilih sendiri. Dia tidak mahu terkongkong dengan pilihan orang tua tetapi inginkan kebebasan memilih. Ini hak asasi peribadi dan demokrasi yang tidak patut dipaksa. Hebat ...

Dinyatakan hasrat kepada orang tuanya. Jawab orang tuanya, "Sekiranya engkau ingin lelaki pilihan engkau sendiri, carilah yang sopan santun dan original."

Dengan ada lampu hijau dari orang tuanya, gadis ini mencarilah pasangan hidup untuk dirinya. Alhamdulillah, bertemulah dengan seorang jejaka yang sopan santun yang cukup menyentuh hati dalam sebulan.

Cuma kriteria original yang diberitahu ayahnya belum diketahui. Itu kenalah tunggu apabila sudah sah suami isteri. Gadis ini budak baik dan suci lagi. Dia tidak mahu test drive atau di test drive.

Berkahwinlah muda dan mudi ini. Setelah selesai upacara akad nikah, malamnya adalah malam yang pertama dilalui bersama. Si suami memakai 'alat pencegah' kononnya untuk merancang keluarga.


Keesokan harinya, si isteri pun mengesahkan kepada orang tuanya bahawa suaminya memang betul-betul original. Orang tuanya bertanya: "Macam mana engkau tahu laki engkau tu original?"

Anaknya yang agak naif dengan selamba bercampur megah memberitahu, "Betul abah. Original. Plastik pun tak bukak lagi ..."

Ayah bukan maksudkan lelaki yang baru keluar kilang tetapi lelaki yang tidak bermuka-muka, ikhlas, dan bersungguh-sungguh.

Hai ... macam sama dengan tersilap mengundi pemimpin. Harapkan pandai cakap, mesra tepuk belakang tiga kali, dan macam sopan santun. Akhirnya baru tahu tak original.

Jumaat, Jun 05, 2009

Kisah dalam terowong keretapi


Menteri Besar Selangor dan beberapa exco kerajaan negeri pergi ke satu persidangan yang dianjurkan oleh satu Yayasan Jerman di Geneva, Switzerland.

Habis persidangan, Khalid Ibrahim, Hasan Ali, Azmin Ali, dan Elizabeth Wong sorok-sorok ambil peluang untuk bersiar-siar sebelum bertolak balik esok hari. Mereka tidak mahu Speaker Dewan Teng Chang Khim ketahui.

Teng sudah peringat supaya berhati-hati kerana khuatir diketahui Khir Toyo tahu dan digunakan balik ke atas mereka. Mereka bercadang nak mengenakan Khir Toyo dalam Selcat. Tak kiralah pejabat MB tak ada kena mengena dengan keputusan KDEB dan Balkis. Orang ramai tetap akan salahkan Khir Toyo.

Semasa mereka menaiki keretapi untuk ke satu kawasan pelancungan, keretapi masuk ke dalam terowong bawah bukit. Keadaan menjadi gelap seketika. Semasa itu terdengar bunyi ciuman yang kuat dan diikuti dengan bunyi tamparan.

Keretapi keluar dari terowong dan keadaan terang kembali. Hasan Ali dan Elizabeth Wong kelihatan terpinga-pinga. Khalid IBrahim kelihatan sedang tunduk sambil tangannya memegang pipi yang agak merah seolah-olah ditampar. Semua bersikap diplomatik dan berdiam berfikir dalam hati saja.

Hasan Ali berfikir, "Orang-orang PKR ini semua mesti nak cuba-cuba Elizabeth Wong. Dah tahu cerita peribadinya yang senang. Mesti Khalid Ibrahim nak cuba cium semasa dalam terowong tadi. Dia memang ada cerita dio pejabat dulu. Patut dia kena tampar."

Elizabeth Wong pula berfikir, "Mesti Khalid hendak cium aku dalam terowong tadi. Tersalah cium Hasan Ali. Padan muka kena tampar."

Semua ingat Khalid Ibrahim yang cuba-cuba tetapi dalam fikiran Khalid lain pula. Dia agak kesal, "Celaka betul, mesti Hasan Ali mulut murai ini nak cuba-cuba kat Elizabeth. Dia ingat aku dan terus tampar aku."

Azmin Ali sambil senyum berfikir, "Kalau keretapi ini masuk satu lagi terowong, aku akan buat satu lagi bunyi cium dan biar Khalid Ibrahim kena sepak lagi."

Khamis, Jun 04, 2009

Politik Salam dan Doa

Masa musim pemilihan parti, orang UMNO banyak bertemu, makan-makan dan cakap-cakap. Sesudah habis, ahli atau perwakilan salam-salam dan balik.

Bila balik, acara salam yang paling penting - salam kosong atau salam isi. Ada kata politik salam ini politik wang dan ada anggap ini timbang rasa. Yang pasti, jumpa di jamban PWTC untuk 'settle' pulohan ribu itu rasuah.

Kini masa pemilihan PAS, macam biasa adalah pertemuan, sedikit makan-makan dan lobi melobi. Sesudah selesai, ahli dan perwakilan salam dan balik.

Orang PAS, terutama yang tak YB MP atau YB Adun tak berduit. Bila balik, kata-kata selamat tinggal menarik.

Yang bertanding akan berkata, "Allah yang balas budi (undi) anta tu. Ana doa anta murah rezeki, panjang umur! Doa sungguh ni! Mudah-mudahan murah rezeki anta!" Ada tu pendik saja, "Ana doa, Sheikh!"

Jawapan untuk semua begini, "Tolong doa, ana pun ada mintak projek ni."

Nak kata rasuah, tak boleh. Cuma doa saja. Yang menariknya, dia suruh Allah bagi duit kalau undi dia.

Pada malam terakhir ini, masing-masing tengah sibuk mendoakan sesama sendiri di Shah Alam. Paling sengit, doa mendoa melibatkan Husam atau Nasharuddin.

Jangan main-main, siapa menang bakal jadi Presiden PAS baru. Boleh doakan anta dapat projek. Dua-dua pun YB.

Sibuk Setiausaha Agung, YB Kamaruddin Jaafar nak sediakan banyak sejadah.

Rabu, Jun 03, 2009

P Pinang: TKM1 baru angkah sumpah, Speaker akan ditukar

Gambar: Speaker dewan sekarang, YB Abdul Halim Hussain (kiri).
Speaker dewan baru, Encik Abdul Razak Mohideeen (kanan)

P PINANG Jun 3hb - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Mansor Othman , hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas, di kediaman rasminya di Seri Mutiara di sini, hari ini.

Pada istiadat itu, Mansor, 59, menerima surat pelantikan, diikuti dengan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Timbalan Ketua Menteri I.

Mansor yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri, menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainal Rahim Seman.

Selepas istiadat, Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng merangkap Ketua Pakatan rakyat Pulau Pinang mengumumkan rombakan kepada Dewan Undangan Negeri untuk menghadapi sebarang kemungkinan peristiwa seperti di DUN Perak akan berlaku di Pulau Pinang.

"Kami perlu menukar speaker dewan dengan seorang yang tidak mudah dibuang dewan. Namun begitu, DAP masih menghormati susunan yang telah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat untuk jawatan ini diberi kepada PKR.

"Kami telah bersetuju dengan cadangan Dato Seri Anwar untuk melantik Encik Abdul Razak Mohideeen, seorang aktivis AMK dari Tanjung," kata Lim.

Ditanya oleh wartawan, speaker dewan sekarang, Abdul Halim Hussain menyatakan kesediaan beliau untuk mengosongkan kerusi tanpa diheret keluar.

Sementara itu, bekas speaker DUN Perak, YB S Sivakumar memberitahu telah bersedia untuk menghadapi sidang DUN yang dijangka dalam empat ke lima bukan lagi.

Beliau mengaku masih speaker yang sah dan akan duduk di kerusi pada sidang akan datang.

"Kali ini, mereka boleh cuba tarik dan angkat saya. Tapi mereka tak akan kuat untuk angkat saya," kata Sivakumar.

Gambar: Bentuk badan terbaru Sivakumar

Selama beberapa minggu ini, beliau telah melakukan program penambahan berat badan intensif di Restoren Wenggeh, Ipoh. Menurutnya, berat badan beliau boleh mencapai pertambahan 100 kilo untuk masa sidang nanti.

Sivakumar tidak turut sama dalam mogok lapar baru-baru ini. - Agensi Husin Lempoyang

Selasa, Jun 02, 2009

Salmah! Salmah! Salmah!


Orang kalau terlalu taksub pada seseorang, tak henti-henti disebut dan ulang nama seseorang tu, terutama pemimpin politik idola mereka.

Kalau Dr Mahathir idolanya, tak henti-henti disebut Dr Mahathir. Kalau Tengku Razaleigh, diulang nama Ku Ki, Ku Li, Ku Li. Yang taksub Dolah, dalam diam-diam amsih Dolah, Dolah, Dolah. Yang hormat sangat Nik Ajis, maka Nik Ajis, Nik Ajis, Nik Ajis lah.

Dan seterusnya ... Najib, Nizar, Musa Hitam, Samy Velu, Lim Kit Siang, Khir Toyo, Lim Keng Yaik, Haji Hadi, Ong Tee Keat, Muhyiddin, Taib Mahmud, Kayveas, KJ, Kitingan, Mukhriz, dan lain-lain

Ini mengingatkan ana kepada cerita kawan ana puluhan tahun dahulu. Sampai sekarang ana tak lupa.

Menurut cerita dia, seorang suami beristeri muda sudah mula tenat dan dipanggil isterinya satu hari.

"Salmah, saya ni rasanya tak lama lagi. Terima kasih pada awak kerana menjaga saya selama ini. Terima kasih juga kerana sudi berkahwin dengan saya pada umur saya yang banyak. Akhirnya awak jadi jururawat saya saja. Saya banyak menyusahkan awak. Saya minta halalkan dan minta maaf."

Si isteri tu sedihlah, "Apalah Abang Aji ni cakap macam itu. Sedih saya. Bila saya terima Abang Aji sebagai suami, saya lakukan dengan kerelaan."

"Itu saya tahu. Tapi kita kena hadapi kemungkinan dengan penuh hati terbuka. Saya sudah tinggalkan wasiat. Ada skit duit dalam Bank yang akan bertukar pada nama awak. Insya Allah cukup untuk awak buat Haji dan menampung sara hidup awak sedikit sebanyak."

"Terima kasih, Abang Aji," jawab si isteri.

"Selain itu, saya ada juga tinggalkan barang sedikit untuk menyempurnakan 'hutang' saya dengan awak. Ada dalam kotak merah dalam laci. BUka lepas saya tak ada nanti. Gunakan bila ada keperluan. Sebut nama awak tiga kali."

"Baiklah Bang Aji." Salmah menjawab walaupun dia tak faham maksud suaminya.

Abang Aji meninggal tak lama lepas itu. Selepas kebumi, maka ramailah yang ada hutang piutang datang bertemu Salmah untuk menyelesaikan. Ada yang halalkan saja dan ada yang dibayar.

Satu hari, datang seorang Cetiar ke rumah. Semasa itu, Salmah tak ada kerana keluar ada hal. Si Cetiar itu ketuk pintu dengan payungnya. Tak ada orang. maka tak adalah respon.

Dia pun jerit, "Salmah!" Tak da jawab.

"Salmah!" Tak adalah jawab. "Salmah!" kali ke tiga.

Tak tentu pasal, tiba kelihatan macam "missile" datang terbang menerpa ke arahnya.

"Ayo ayo ... ini apa benda ni." Menjerit terpekik terlolong Ceti ni di kejar.

"Eh ... benda terbang ini macam ... ," terus lari mencecet si Ceti pulang

Rupanya barang dalam kotak merah yang arwah Abang Aji beri kepada isterinya adalah anunya untuk bayar hutang nafkah batin.

--------------------

Ini cerita katun buat ketawa gelak di tepi tembuk sambil main gitar masa muda-muda dulu-dulu.

Kawan yang ceritakan ana ini dahulu masa muda masuk Pemuda UMNO. Sekarang bila tua, dia sokong pula Keadilan. Asal duduk sembang dengannya, asyik pasal "Anwar, Anwar, Anwar." Bosan betul tapi layan sajalah. Macam gitu kita dengan sahabat lama.

Kadang-kadang terasa nak ingatkan cerita lama dia. Supaya dia berhenti sebut nama Anwar lebih dua kali. Takut ... nanti ada benda lain yang datang menerpa.