Khamis, April 30, 2009

Siapa patut urut Brader Anwar?


Lelaki atau perempuan?

Hangpa ni, ada saja nak buat isu.

Brader Anwar Bin Ibrahim sakit pinggang.

Usahlah wayang balas wayang. Hehehe ... best tu slogan. Wayang balas wayang. Tak mengugat macam darah balas darah.

Ingat tak dulu?

Brader Anwar Bin Ibrahim sampai kena diusung kerusi roda untuk ke sana ke mari. Penyakit dia lain macam. Tak boleh jalan depan kamera. Sakit pinggangnya terus menusuk. Kalau kamera sorok, dia boleh jalan.

Dah operate pun masih sakit. Brader Anwar Bin Ibrahim pakai bengkung di luar baju ke sana ke mari. Dia sorang saja pakai bengkung di luar baju. Orang lain pakai di dalam baju dan sembunyikan kerana tidak sesakit Brader.

Mana tak kesakitan Brader Anwar Bin Ibrahim paling teruk? Orang sakit pinggang makan 5-10 tahun sakit baru operate. Brader kita masuk penjara sekejap dah kena sakit pinggang. Dalam beberapa tahun dah kena operate.

Dia mangsa teruk. Tan Sri Rahim punya ilmu punya dahsyat. Dia bantai boleh slip disc dan bukan patah tulang atau apa. Ilmu seni pertahankan diri yang amat tepat. Boleh tolak tulang belakang dari dalam badan ke arah luar badan untuk kasi slip disc..

Macam mana pun, ana hairan.

Orang sakit pinggang bolehkah liwat orang? Jeng jeng jeng .... kita tunggu Julai 1hb.

Sementara itu, kesian sama Brader.

Biarlah dia berurut. Hangpa kasi dia serba salah.

Kalau pompuan urut, hangpa kata bukan contoh pemimpin Islam. Kalau jantan, hangpa kata ... hmmm pun bukan contoh pemimpin Islam. Kak Wan dah tak kuat, siapa nak urut dia?


Itu pasal ana beli dua hamba bekas penyangak - Abdul Wahab dan Abdul Wahub - jadi tukang urut ana. Tak ada cerita-cerita. Hehehe ...

Wow! Lagi untung jual orang dari jual unta.

Rabu, April 29, 2009

Kentut tak batalkan haji, Nek

Ini bukan nenek dalam cerita. Cantik senyuman nenek ini ...

Satu nenek ni nak pergi haji. Dia ikutlah kursus haji untuk mempelajari hukum dan kaedah buat haji. Maklumlah dah tua. Susah nak kekal tumpuan. Ada kala tertidur. Ini yang tersilap dengar antara perkara yang membatalkan air sembahyang dan syarat-syarat sah haji.

Cukup masa dia pergi haji. Dia ikutlah seperti yang dikehendaki. Nenek memang kuat beribadat. Rakan-rakan satu khemah dengannya hormat melihat rajin dan lamanya dia beribadat tanpa batal air sembahyang.

Namun kerajinannya tidak bertahan. Hari demi hari dia menjadi resah dan akhirnya bertambah lemah dan sakit. Dibawalah ke hospital.

Sampai di hospital, doktor di klinik Tabung Haji tanya kenapa nenek sakit? Dia cuma berdaya kata susah buat haji ni. Banyak kena pantang dan nak dielak lakukan. Nenek tak tahan.

Doktor ingin mengetahui apa nenek dah pantang? Pantang haji tidak menyelesakan tapi tak ada sampai sakit.

Nenek pun cerita semua pantang2 haji yang dibuat. Biasa saja. Akhir sekali disebut, "Nenek cuma tak tahan menahan kentut? Dah berapa minggu tak kentut?"

Hairan doktor. Kenapa nenek tahan kentut? Jawabnya, nanti tak sah haji.

Rupanya dia tersilap. Ikut Syafie, kentut membatalkan air sembahyang tapi taklah sampai boleh boleh membatalkan haji.

Inilah bila salah dengar aturan.

Cara dan peraturan selalu ambilkira tabii dan fitrah manusia. Begitu juga dalam apa serba serbi, kena tahu aturan, tabii dan fitrahnya. Tak boleh buat main suka hati dan ikut teka-teka.

Bak kata omputih, there is honour even between thieves. Let alone us ...

Kadang-kadang tu, tersilap.

Selasa, April 28, 2009

Siapa disembelih dalam usahasama tahun lepas?

Ada satu loyar cerita pada ana. Cerita dia cerita orang putih.

Satu hari, ini kerbau pendik tak bertanduk dan ayam mahu berniaga bersama dalam perniagaan sarapan, khususnya makanan egg and bacon. "Kerbau" membekalkan bacon dan ayam membekalkan telor.

Masa membuat perjanjian, si "kerbau" baru sedar sesuatu mengenai perjanjian ini. Untuk membekalkan bacon, "kerbau" perlu disembelih untuk mendapatkan daging dari bahagian tertentu. Ayam hanya mengeluarkan telor saja.

Si "kerbau' persoalkan ketidakadilan usahasama ini kepada loyarnya. Dia merasakan dia rugi kerana bakal terkorban.

Loyar tu menjawab ini perkara biasa. Dalam mana-mana joint-venture, mesti ada pihak yang kena sembelih.

Dengan tersebar wabak penyakit terbaru ini, teringat kita pada projek-projek Balkoni tahun lepas oleh Brader Anwar Bin Ibrahim.

Sekarang siapa yang kena sembelih dalam projek usaha bersama? Rakyat atau pengguna yang dikerbau atau ayam-ayam yang duduk bertelor?

Kesian pada Menteri Pertanian baru, Dato Noh Omar yang kena menyelesaikan masaalah ini. Sabar saja Tok, asal dilakukan dengan fofesyenal. Buat apa saja yang perlu, tak payah tunggu rosolusi.

Wow! Balkoni Antara Bangsa Iktisad dilancar oleh Brader Anwar Bin Ibrahim

Isnin, April 27, 2009

"MB Negeri Sembilan" letak jawatan?


Siapa ada dengar boleh tolong konfem?

Khabarnya "MB Negeri Sembilan" sudah letak jawatan atas sebab kesihatan.

Ana rasa pelik pasal Dato Mohammad Hasan telah diberi tugas sebagai Ketua Perhubungan UMNO Negeri. Penolongnya pula adalah Dato Shaziman.

Tak akan dilantik, kalau akan mengundur diri.

Entahlah. Jangan-jangan "MB Negeri Sembilan" dengan MB Negeri Sembilan orangnya berlainan.

Jahatnyo mulut. Kasi khabar gini kek den. Nanti di sekeh dek Rais Yatim. Padan muko.

Ikut undang-undang tu ha. Nak mengato pakai fakta. Berbudi bahaso. Disaman didakwa ... padan muko. Heh heh heh ...


Wow! Ada-ada aja nak jual orang.

Ahad, April 26, 2009

Kawan dah rasai dulu


Hari itu ana cerita pasal hok sana huduh belaka, kali ini ada cerita hampir sama. Ini cerita pasal satu orang lama bernama Dato Ikhwan Nasir.

Orangnya pun dah lama tak ada. Ikhwan Nasir adalah bekas setiausaha politik kepada Tun Dr Ismail. Pernah memegang jawatan di Kedutaan Canada. Satu masa dahulu, dia pernah jadi Campaign Manager pada Dato Najib. Masa Najib MB Pahang.

Dia sahabat baik Tok Mat, Tan Sri Mohamad Rahmat. Sebagai orang Johor yang berasal dari Pontian, rasmi Ikhwan Nasir bila menggelar dirinya adalah sebagai kawan. Orang Johor menggunakan istilah kawan untuk menggantikan saya atau aku atau patik.

Kawan pergi sana. Kawan setuju. Kawan nak mintak tolong. Kawan berpendapat. Macam gitulah bunyinya.

Satu kawan ... opps tukar pakai rakan pulak. Satu rakan menceritakan kepada Ikhwan Nasir mengenai percutiannya di Switzerland menaiki keretapi merentasi gunung dan keindahan gunung Matterhorn.

Ikhwan Nasir dengar, dia kata, "Memang lawo tempat itu. Kawan dah pergi dulu dah masa ikut Tun Dr Ismail."

Satu rakan menceritakan kepada Ikhwan Nasir mengenai satu tempat bernama Cargill di New Zealand. DI situ tempat pemilaharaan lembu dan kawasannya pun sungguh indah.

Ikhwan Nasir dengar, dia kata, "Memang banyak betul lembu. Kawan dah pergi dulu lagi masa 60an lagi."

Pada tahun 1986, fenonema penyakit AIDS di Amerika bermula. Ramai mereka yang dijangkiti virus tersebut meninggal.

Ada rakan memberitahu Ikhwan Nasir mengenai penyakit yang meragut nyawa orang di Amerika.

Ikhwan Nasir dengar, dia kata, "Memang teruk penyakit AIDS. Masa kawan di Canada dulu, kawan dah kena."

Dia mesti mengaku lebih dahulu mengalami apa saja pengalaman yang diceritakan kepadanya. Cuma penyakit AIDS tu tak boleh baik.

Untuk pengetahuan, dia meninggal kerana penyakit tua dan bukan kerana AIDS.

Saja cerita buat suka-suka. Mengingatkan sesuatu yang seronok mengenai seseorang.

Ikhwan Nasir adalah anak murid arwah Pak ana yang berjaya. Siapa yang sudi hadiahkan fatihah, diharap buat demikian.

Sabtu, April 25, 2009

Menghadapi Speaker yang tak henti cakap


Katanya, kalau tidak pasal kedegilan Speaker Perak, kemelut krisis Perak sudah lama selesai.

Dia main pakai hentam saja untuk cakap menggantung MB baru dan 6 orang exco. Sebelum itu dia main hantam saja kata Setiausaha Dewan digantung. Bila sudah dideklarasikan keputusan mahkamah mengharam tindakannya menggantungan, dia pulak main kata tak mahu ikut keputusan mahkamah.

Cara main hantam cakap tanpa mengambil peduli undang-undang dan peraturan yang meleret-leretkan krisis perak ini.

Dalam sembang-sembang dengan rakan, seorang kawan ana berkata ini mudah hendak diselesaikan.

Memang susah dan pening hendak menjangka seseorang yang tak peduli peraturan dan undang-undang serta main pakai buat bodoh tapi mempunyai kuasa tertentu yang rumit dalam mempersoalkan.

Kami semua tahu kawan ini bukannya loyar. Maka kami agak curiga dengan memberi penyelesaian kepada kemelut ini.

"Aku cakap engkau aku tahu. Aku dah nampak sendiri caranya."

"Mandai-mandai kau lah Ajak."

"Betul ... aku pernah tengok satu orang India yang kaki bising lalu mencabar polis. Punya bising sampai nak memukul polis. Polis fed-up dan garinya.

"Bila gari, dia terus diam. Polis mudah dapat membawanya ke balai."

Hamid hairan, "Kena gari tak merontakah, Razak?"

"Mula-mula dia meronta. Bila digari, terus diam dan akur.

"Balik cerita aku. Masa di balai polis, dia diam dan turut tapi tak cakap apa bila ditanya. Tanya nama, dia diam. Tanya alamat, dia diam. Tanya bangsa apa pun, dia diam.

"Sampai satu pegawai polis nak hampir pencen sedar lalu disuruh buka garinya. Bila bukak saja gari dan tangan dia lega, terus dia mula bercakap dengan tanganya berjalar-jalar."

"Jadi bila tangan kena gari, dia tak boleh bercakap lah?" Ja'afar bertanya.

"Habis macam mana kamu nak selesaikan masalah Perak. Nak gari Sivakumar?" Amran pula bertanya.

"Bila kita gari Sivalumar, dia kurang cakap merapu kerana tangan dia tak boleh bergerak."

Kah kah kah .... ketawa semua kami.

Cuma kalau digari, macam-macam cerita dikata nanti. Polis kekerasan lah. Ganas dan zalimlah ...

Jumaat, April 24, 2009

Hok sana hudoh belaka


Beberapa hari lepas, riuh pasal mahkamah syariah membenarkan permintaan ADUN Melor (Kelantan) Wan Ismail Wan Jusoh menghalang media melaporkan kes perceraiannya dengan isteri keduanya, Siti Aishah Chou Abdullah.

Ada mempersoalkan PAS tidak menghormati kebebasan akhbar. Kawan kita sibuk pasal kebebasan media atau pasal isteri come?

Isteri come satu hal tapi oleh kerana ada tuntutan harta RM3 juta, rakyat mahu ambil tahu takut-takut ada elemen rasuah dalam wakil rakyat mereka.

Kelemahan manusia pada wang, jantina lain, pangkat, dan lain-lain bukan boleh kira parti. Tapi dalam berpolitik, masing-masing akan tuduh dan ngato parti lawan.

Hok sana hudoh belaka.

Ana diberitahu satu peristiwa lucu di Kelantan satu masa dahulu. Dari yang dikhabar kawan ana, kebetulan seorang Ketua Bahagian UMNO dan seorang ADUN PAS dari kawasan yang sama kena tangkap basah.

Nama Ketua Bahagian ana tahu tapi tak mahu dedahkan pasal cerita dah lama dan menganggap sudah berubah. Kawan PAS menafikan berlaku tetapi hanya menyebut dua nama lain dari peristiwa lepas. Hok yang kahwin ramai diakui adalah Wan Rahim, Speaker DUN Kelantan dan Wan Ismail ini.

Tak apalah, nama-nama ana tak siarkan. Ambil dahulu mesej disebalik jenaka ini. Harap sporting sikit saudara-saudara kita orang-orang PAS.

Apabila berlaku keadaan kebetulan ini, maka riuh jadi perbualan rakyat setempat. UMNO selalu slow Machang sikit dalam menjelaskan atau memberi helah atau jawapan. PAS selalu adakan ceramah, maka cekap dan cepat mereka memberi jawapan dan helah.

"Adik kakok, mu tengok sendiri oghe UMNO ni. Ade ke nok tino pun hok yang doh umor lima pulo tahun lebih. Tengok wakil rakyak Pah, dua pulo lebih aje. Sampai separuh umor. huduh UMNO ni."

Pasti ada yang waras yang tak menerima hujah itu. Salah tetap salah. Bagi menjawab pandangan sedemikian, orang PAS dah bersedia dengan jawapan untuk perbualan di kedai kopi. Jangan main-main. Kedai kopi itu adalah pusat dalam perang saraf.

"Tino come. Ambo pun nok. Mu tak se bini se lagi hok come?"

Sudah rasmi orang jantan. Memang tak terjawab hujah sedemikian. Kalau tidak pasal takut, semua orang jantan ada keinginan untuk bini satu lagi yang muda dan come. Pandai PAS dalam hal perang saraf atau psyway.

Hok sana hudoh belaka.

Wow! Memang sesuai penyokong PAS berniaga jual korma, kupiyah, kitab dan .... unta.

Khamis, April 23, 2009

Dikantul nak mulakan spin


Semasa media dipegang oleh jari jemari Kalimullah, Brendan Pereira, Kamal Khalid dan lain-lain, tingkah laku mereka betul anih.

Media perdana kuat betul spin - memutarbelit, menipu atau sembunyi fakta - dan tidak seimbang dalam laporan, tetapi mereka dilihat menyokong dan mengaku memperjuangkan keterbukaan dan kebebasan berakhbar.

Dalam dibenci media yang sedemikian, kena hargai bukan senang nak spin cerita. Ia satu seni yang halus. Kalau tidak pandai dan ditangkap orang ramai, hilang kredibiliti dan pembaca lari seperti yang terjadi pada Muslim Mullah Hindu God dan Brendan Pariah.

Ini yang media perdana sedang cuba dipulihkan.

Bagi media kiri atau alternatif dan media luar nampaknya urusan seperti biasalah. Benda tak kata dilapor ada berkata dan ada cuba melaga-laga. Ana tak marah mereka kerana itu kerja mereka. Itu juga kerja sesetengah blogger (he he he ...)

Masa dulu boleh media perdana buat kerja macam itu dengan terbuka.

Namun begitu, jangan salahkan orang lain. Kenalah bijak dan cekap dalam menangkis usaha untuk spin. Tak boleh leka.

Ini kisahnya dalam satu press conference seorang Pak Menteri. Biasalah keadaannya yang agak-agak berebut-berebut dan masing-masing tak menyabar nak ambil gambar dan tanya soalan.

Dalam keadaan macam huru hara dan nak cepat inilah keluar soalan cepuk mas yang boleh mengena Pak Menteri yang menjawab atau salah jawab.

Ada satu wartawan bertanya, "Menurut sumber-sumber tertentu ada ... Apa komen Pak Menteri?"

"Sumber apa itu?" ditanya Pak Menteri. Kalau tak tahu sumber, tak tahulah apa yang nak dirujuk untuk komen.

"Pendapat orang ..."

"Orang yang mana satu memberi pendapat? Boleh sebutkan nama atau nama-nama?"

"Orang ramai, Dato Seri."

"Itu banyak sangat. Bila awak sempat tanya ramai orang? Kalau awak buat survey, kena sebut nama laporan survey. Tahulah saya nak rujuk untuk jawab.

"Baiklah, orang ramai mana yang awak maksudkan?" ditanya Pak Menteri lagi.

"Rakyat."

Lagi kena media kiri itu dengan Pak Menteri, "Wah hebat awak. Kelompok rakyat mana awak wakili? Saya pun hanya wakili rakyat kawasan Parlimen saya saja."

Tersipu langsung tak tertanya wartawan yang cuba hendak meletakkan kata-kata dalam mulut Pak Menteri.

Kalau dijawab, nanti medianya akan laporkan sebagai kenyataan Pak Menteri dan bukan menjawab satu perkhabaran.

Wow! Kalau banyak Pak Menteri macam ini, susahlah ana mahu jual orang. Jual unta saja laa ... Rindu kat Sadik Sigaraga.

Rabu, April 22, 2009

Bola yang mengecil



Kelazimannya dan ini ditujukan kepada keadaan yang sering berlaku, permainan popular pada masa muda dan di sekolah adalah bola sepak. Bagi budak pompuan, lazimnya bola permainan adalah bola jaring. Budak-budak Cina pula bola keranjang.

Untuk cerita ini, diguna bola sepak saja.

Bila habis dunia persekolahan, meningkat dewasa dan mula bekerja, permainan popular bertukar menjadi boling. Masa untuk bersukan sudah berkurangan. Tempat untuk bersukan tidak semudah masa di kampung dan sekolah.

Selain boling, mutakhir ini yang meningkat popular adalah futsal. Tak apalah, guna boling untuk konsep cerita.

Naik pangkat dalam pekerjaan, sudah mesti ada peningkatan taraf. Sebenarnya cuma belum sedar badan sudah tak sekuat masa muda. Ini yang kebanyakkan mula main tennis.

Bila benar-benar "cemerlang, gemilang dan terbilang" dalam kerjaya mereka, permainan riadah mereka berubah kepada yang benar-benar prestij ia-itu golf.

Secara kebetulan, lagi meningkat seseorang dalam pekerjaan, dan status kehidupan mereka, bola permainan mereka mengecil, lagi mengecil hingga betul-betul kecil.

Kenapa kebanyakkan mereka begitu?

Bola permainan yang mengecil atau bola apa yang mengecil?

Bukan setakat dalam kerjaya, lebih ketara adalah perubahan seseorang dari aktivis menjadi ahli politik, seterus meingkat jadi wakil rakyat dan Menteri. Yang begitu jelas mengecil hingga hilang.

Kalau ada orang kata, biar kecil asal ada power, kini kita boleh kata biar besar bola asal berani.

Wow! Jual orang lagi untung dari jual bola golf tepi jalan.

Selasa, April 21, 2009

Kenapa Nizar tak ada tanda alim?


Masa pilihanraya kecil Bukit Gantang, kebetulan masa masuk magrib di satu Masjid si Nizar berada di tempat sama dengan pesaingnya Ismail, MB Zambery dan lain-lain. Lalu mereka sembahyang jemaah sama-sama.

Nizar terus kedepan jadi Imam. Lepas tu dia baca doa Nazilah (kalau tak salah namanya) yang orang PAS suka baca panjang-panjang. Dia 'rampas mikrofon' dan bersyarah. Lepas itu, jadi isu kempen. Tahulah orang politik.

Ana tahu Nizar ini sebahagian kumpulan aktivis Islam, Suara Islam yang lebih radikal dari kumpulan Islamic Revolutionary Council (IRC) semasa dia belajar di England. Tapi ana kata dia tidak ada tanda orang alim.

Bukan pasal dia suka menunjuk-nunjuk mengetengahkan diri depan orang ramai nak jadi Imam sembahyang. Bukan pasal dia suka rampas mikrofon untuk bersyarah walaupun tak kena tempatnya (seperti lepas SPR menang PRK Bt Gantang).

Nak tahu, baca cerita pasal sahabat baik yang macam abang adik dengan ana, berikut:

Sahabat ana ini hitam. Memang sungguh-sungguh hitam. Samy Velu pun tak sehitam kawan ana. Mulut dia macam "sial". Orang Melaka kaki mencarut.

Hitamnya hitam manggis. Di luar hitam di dalam manis. Hati dia baik, be.

Lama ana tak berjumpa, rindu padanya. Entah di mana dia. Paling-paling pun, Insya Allah, kita jumpa di akhirat.

Masa mudanya, dia kuat mengembara. Pernah dengan duit seribu, dia boleh menjelajah sampai ke Eropah. Sebelum meneruskan cerita, kita panggil saja sahabat ana ini si Hitam.

Dalam satu pengembaraan hidupnya, Si Hitam berada di India. Dalam keretapi menghala ke satu destinasi, terjumpa satu orang India yang boleh cakap omputih. Mereka bertegur sapa dan jadi kawan bual untuk menghabiskan masa.

Orang ni bertanya pada Si Hitam, "Are you Muslim?"

Si Hitam jawab, "I am."

Orang ni menafikan, "No, you are not. I am a Muslim, but you are not."

Si Hitam fed-up. Seperti biasa pe'el dia, hatinya sudah menyumpah haram jadah si Koling ni. Dia bertanya, "How come?"

Si Koling ini menunjukkan kepada dahinya yang ada bekas hitam dan berkata, "I have this prayer's mark. You do not have. So, you are not a Muslim."

Lalu Si Hitam kata balik, "I think you are not a Muslim."

"Why did you say that?" Terpegun si Koling Hindustan yang kulit dia agak cerah Bollywood.

"I am a Muslim. I have prayer marks all over my body. My whole body is praying ..."

Ternganga si Koling itu kena dengan Si Hitam.

Dari cerita ini, Nizar tak cukup tanda hitam.

Itu buat jenaka, tapi Nizar adalah masaalah serius. Malas cakap, tapi kena cakap. Muga-muga dia sedar dirinya yang lari melencung.

Ada masa kempen di PRK Bukit Gantang, dia boleh pergi kedai Cina dan masak kuew tiaw yang Cina masak. Tak terfikir ke dia kuew tiau Cina ada sosej babi. Tak caya, pergi tanya Mustafa Ali yang macam nak muntah lari keluar kedai Cina.

Itu kotor fizikal yang boleh cuci atau samak. Bayangkan bila orang bukan Islam mula ambil mudah amalan orang Islam dengan alasan "Nizar boleh, apa pasal lu tak boleh."

Bagaimana pula pendiriannya berkenaan tanah 999 yang Mustafa Ali pun tak setuju. Sudahlah tersilap dan ditegur dalam PAS, masih lagi dia janjikan tanah 999 tahun kepada Cina Kuala Sepetang.

Ada pula tanah untuk pejabat ugama diberi taukeh Cina.

Nizar berbohong dalam DUN menafikan PAS memperjuangkan negara Islam. Dia pertahankan gereja guna istilah Allah tanpa memikirkan mubaligh Kristian boleh putarbelit sesatkan orang Islam.

Dia kata DEB tidak mendatangkan hasil tapi dia sendiri belajar England dan dapat kontrak kerajaan dan syarikat kerajaan sebagai Engineer atas keistimewaan DEB.

Pasti ada hujah defensif atau kritikan balas kawan-kawan Pakatan Rakyat. Mungkin betul dan mungkin salah. Bagi si Nizar ni, harap PAS tidak pilih Munafiq Erdogan ini sebagai Naib Presiden.

Malangnya, PAS sekarang bukan macam PAS dahulu.

Isnin, April 20, 2009

Dulu tak suka langsung, lain pula Shahrir sekarang


Pagi ini, The Star melaporkan Dato Shahrir Samad menentang jambatan bengkok dan mahukan jambatan tegak.

Dilaporkan dia mencadangkan dibangunkan jambatan tegak. Ini akan melambangkan jalinan persahabatan antara kedua-dua negara Malaysia dan Singapura. Hubungan dua hala akan terjejas jika jambatan bengkok dibanunkan.

Utusan Malaysia pula melaporkan kenyataan Shahrir dengan tajuk, "Jambatan Bengkok wajar dibina - Shahrir".

Laporan Utusan ini telah dibuat pembetulan online bahawa dia hanya bersetuju jambatan tegak dan bukannya yang bengkok. Tidak pula ada pembetulan untuk kandungan lain dalam laporan asal.

Dalam laporan asal, Shahrir bercakap seolah-olah dia tahu ada persetujuan antara Dato Najib dengan Hsien Loong untuk membina jambatan ini. Malah dia berkata berikut:

“Jika diamati kenyataan Perdana Menteri Singapura sebelum ini ada menyuarakan komitmennya berhubung projek yang dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan menyatakan kerajaan republik itu hanya bersedia turut sama terlibat dengan pembinaan jambatan itu selepas 2007."
Bingung nak faham pendirian Shahrir.

Semasa Majlis Penerangan dengan UMNO Wilayah Persekutuan pada Julai 18, 2006 di Nikko Hotel, dia kata dalam ucapannya dia tidak setuju dengan jambatan Johor. Walau dibelasah para hadhirin, dia berbelit-belit tetap dengan penentangannya. Cadangan keretapi ke Singapura pun ditentang pasal ada jambatan.

Dia menyangkal kepentingan strategik seperti yang dikatakan oleh Dr Mahathir. Kononnya, kapal-kapal besar yang nak lalu Selat Tebrau kena pakai bot tunda untuk tarik. Katanya kos mahal dan terlalu sempit. Mati-mati dia tak setuju dengan Jambatan Johor ini langsung.

Kali ini tak timbul pulak pasal bot tunda dan tak feasible. Macam flip flop aja.

Shahrir ... Shahrir ... kelakarlah kamu. Burung tiung ana pun kelakar macam kamu.

Ahad, April 19, 2009

Komunikasi dengan baik

... juga dengan pekerja-pekerja bawahan

Kalau berurusan dengan orang ramai atau rakyat, kena cakap dengan jelas. Dengar dengan baik supaya faham apa yang dimaksudkan. Kalau tidak, masing-masing cakap dan faham lain-lain.

Ini ada satu cerita.

Kisahnya melibatkan sepasang pengantin yang baru berkahwin empat bulan. Pada suatu malam siisteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, "Ayang, period I dah lewat sebulan, tapi I tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena pegi check kat doktor."

Sisuami terasa amat gembira lalu. Dia akan meluang masa untuk pergi bersama berjumpa gynaecologist. Sementara itu, dia meminta isterinya tidak memberitahu sesiapa pun sehingga benar-benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini dilawati oleh seorang pegawai dari TNB yang datang menuntut bayaran tunggakan letrik. Pegawai TNB tu ketuk rumah bertanya, "Ini rumah Encik Ahmad ker?"

"Ya, saya ni isterinya. Ada apa Encik?"

Pegawai TNB memberitahu, "Puan, saya nak beritahu puan sudah sebulan lewat. Saya kena jalankan tugas. Puan tak boleh tunggu, nanti boss saya marah."

Si isteri hairan pegawai itu boleh tahu dia lewat sebulan. Dengan nada terkejut, si isteri itu membalas balik, "Apa? Macam mana pulak Encik tahu yang saya ni sebulan lewat?!"

Pegawai TNB menjawab dengan selamba, "Ala Puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Ini yang membuat siisteri lagi terkejut. "Apa!!! Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahu!"

Dengan tenteram pegawai TNB tu menerangkan, "Relek Puan. Puan baru lewat sebulan. Ada yang lagi teruk sampai 5-6 bulan"

Siisteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai itu memberitahu dia akan bincang dengan suami saya. Pegawai TNB itu pun beredar.

Keesokan harinya, selepas Ahmad dia beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan.

Tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ, dia menjerit, "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh-hebohkan ke dalam Internet. Awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan ke?! Bisness apa korang buat niii? Nak kena saman ke?"

Pegawai yang datang ke rumah Ahmad keluar dan mententeramkan keadaan.

"Sabar Encik. Sabar Encik. Apa susah, kalau Cik nak settle perkara ni, bayar je ...," kata pegawai TNB.

Ini membuat si Ahmad naik lagi berang. "Apa? Nak bayar korang? Belahlah ..."

Pegawai tersebut pun memberi peringatan, "Kalau macam tu, kami terpaksa 'potong' Encik punya ..."

"Apa? Potong?! Abih isteri saya di rumah nak pakai apa?"

"Nampak gayanya isteri Encik kena pakai lilin aja laa ..."
Ini jadinya bila lemah dalam komunikasi.

Yang jadi bos pula, berkomunikasi bermakna mendengar keluh resah pekerja-pekerja. Jangan asyik sedap bersyarah. Ambillah kisah kebajikan pekerja.

Kalau besar sangat ego tak mahu dengar, berhentikan saja Dato Najib. Susah orang Melayu yang tak ingat asal usul ... Baik juga kasi hantar masuk SPRM sekali.

* Disunting 20/4/2009 9:30 pagi

Sabtu, April 18, 2009

Peraduan Cantik 1Malaysia


Bersempena dengan perlantikan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, satu pertandingan ratu cantik telah diadakan. Tema peraduan ratu cantik 1Malaysia adalah Unity in Diversity (Perpaduan dalam kepelbagaian).

Setelah 3 kali pusingan meragakan pakaian dan maju mandi, 13 peserta telah ditapis menjadi tinggal 5 orang. Bagai diatur maka 5 finalis terdiri dari lima kaum utama negara ini.

Pusingan akhir yang bakal menentukan adalah kemenangan adalah pusingan kecerdasan akal. Setiap peserta akan ditanya soalan yang sama. Mereka menunggu giliran dalam bilik sound proof supaya tak tahu soalan terlebih dahulu.

Peserta yang pertama adalah wanita kaum India, Sonia. Berasal dari Kuala Lumpur dan mendapat pelajaran di Sekolah Tamil Brickfield. Soalannya adalah sebutkan tiga buah buahan yang bermula dengan huruf "L". Wanita pertama menjawab, "Lemon Laichee Longan."

Yang kedua adalah wanita Melayu kacukan dengan Jerman, Maria. Banyak menghabiskan masa di luar negara dan kini seorang pelajar dan peragawati sambilan. Bila ditanya, dia menjawab, "Uhmm ... Limau, Langsat, dan Lai."

Ketiga pula peserta dari Sabah seorang kaum Kadazan, Cindy Guntingan. Seorang kerani dari Kota Kinabalu. Putih melepak. Dia agak nervous, "Limau, Langsat ...." Cuma dapat dua.

Selepasnya, peserta kaum kacukan Iban berbapa Cina bernama Margret Sng. Sebagai seorang pramugari, dia menjawab buah-buah antarabangsa yang boleh dijumpai di Malaysia, "Lai, Laici, Longan."

Akhir sekali peserta kaum Cina dari Taiping, Strawberry Chan. Mendapat pendidikkan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) di Ipoh.

Antara banyak-banyak peserta, dialah yang paling bersungguh-sungguh mahu menang. Tak tahu siapa dia goda tapi dia sudah tahu soalan. Dia mahu menyerlah dan merancang memberi jawapan berlainan dari dijangka.

Juruacara pun tanya soalan 3 buah bermula dengan L. Dengan penuh yakin, dia menjawab, "Flut numba 1, lulian. Flut numba 2, lambutan. Flut numba 3, luku-langsat ..."

Tak apalah. Asal lepas peraduan, dia untung boleh dapat sugar daddy.

Untuk peraduan depan, kena dapatkan Penasihat Ethos Consulting untuk buat KPI bagi peraduan ratu cantik 1Malaysia. Biar nampak macam Perpaduan dalam Kepelbagaian, supaya tak sedar Cacamarba dalam Kesamarataan.

Jumaat, April 17, 2009

Tiap-tiap pagi election


Ana teringat cerita berkenaan pertemuan antara bekas President Amerika, George Bush, bapak bekas Presiden W Bush, dengan bekas Pengerusi Parti Komunis Cina, Deng Xiao Peng.

Dalam pertemuan itu, Bush ditanya mengenai Election Cycle di Amerika. Dengan bangga dia jawab, di Amerika kami ada election setiap empat tahun untuk memilih pemimpin baru negara. AMerican selalu perasan negera dia saja demokratik dalam dunia.

Deng Xiao Peng pun memberi respon. Katanya, kami di Cina lagi kerap. Kami ada election setiap hari masa bangun pagi.

Kita pula tak seterer Deng Xiao Peng tapi dalam setahun, nampaknya nak masuk 6 by-election. Kira terer rakyat Malaysia dari Amerika yang hanya empat tahun sekali.

Ada lagi
sandiwara dan perbalahan politik. Orang ramai dah letih.

Khamis, April 16, 2009

Rasuah sebagai helah kempen


Bila ada saja kempen pilihanraya kecil, maka keluarlah macam-macam tuduhan dan slogan rasuah.

Mereka yang dituduh rasuah serba salah nak jawab. Nak menafikan begitu saja, tidak cukup meyakinkan pengundi. Nak kata BPR atau sekarang SPRM dah siasat dan lepaskan, pun akan timbul tomahan campur tangan. Walau dilepaskan mahkamah, nanti dikatakan tidak meyakinkan.

Kalau Brader Anwar Bin Ibrahim, semua dituduh ada konspirasi ... dari polis, pendakwa, hakim, doktor dan jururawat hospital, hingga ke cikgu dia di MC Gay Gay pun bersalah terlibat. [Cerita pasal MC Gay Gay, kenapa ramai bekas penuntut MC Gay Gay banyak sekarang menyokong PKR?]

Untuk meyakinkan para pengundi sekarang ni, Najib kena betul-betul lakukan tindakan yang tegas. Mereka-mereka yang telah disahkan melakukan rasuah perlu dikenakan tindakan parti, tidak kira pak mertua dia pernah punyai negara ini atau negeri dan korporat mana sekali pun dia ketuai.

Mereka yang disyaki perlu disiasat. Yang cukup bukti perlu dihadapkan ke mahkamah. Jangan ada campurtangan dan pengaruh luar dalam urusan penyiasatan dan mahkamah. Selagi ini tidak berlaku dan tidak ada nama-nama besar disabitkan, orang tidak akan percaya Najib bawa pembaharuan.

Oleh kerana susah nak menghilangkan persepsi rasuah, maka seseorang yang berkuasa, tak kira, dalam korporat, kerajaan atau politik perlu bersih dan kelihatan bersih. Tidak ada sesuatu yang pelik dan boleh menimbulkan syak wah sangka.

Habis part khutbah. Maka ana ada cerita mengenai bagaimana tuduhan rasuah yang sering menyusahkan calun boleh diputarkan untuk memenangkan calun. Akal kena sebakul.

Kawan ini pegang jawatan di Bahagian kampungnya. Pemilihan sudah hampir dan masa itulah juga, dia paling sibuk kerana ada program promosi satu negara bagi perbadanan tempat dia kerja. Kalau dia curi-curi balik kempen, dia boleh kena marah oleh Menteri.

Macam mana dia nak pertahankan jawatannya ni?

Kebetulan masa itu, dia sudah dapatkan sumbangan RM30,000 untuk baik pulih Masjid. Cuma belum ada masa nak hantar pulang derma itu. Datang satu ide. Disuruh kawan itu, buat cek kepada Bahagian dan diundurkan beberapa minggu haribulan cek itu. Ditalipon kuncu-kuncunya di kampung suruh sebarkan cerita kata dia dapat duit sumbangan RM30,000 tapi telah lesap dia kebas.

Maka kuncu-kuncu dia menyebarkan cerita di kedai kopi dan pelbagai tempat. Dikata kawan ana ni tak guna, tak tahu balik kampung lagi. Kemudian diselit cerita, dia dah lama tak dapatkan wang sumbangan untuk Bahagian. Ditokok tambah dia tak bantu dan jangan-jangan dia sebat duit.
Bila mula ianya merebak, diselit cerita ada tahu dia dapat RM30,000 untuk baiki Masjid tapi tak diberikan. Merebak macam api membakar lalang kering fitnah ni. Mana tak merebak. Bab duit derma Masjid kena kebas mesti mengaruk orang.
Sampai kuncu yang tolong sebarkan fitnah palsu dicadangkan cawangan tertentu untuk jawatan tersebut untuk melawan kawan ana.
Dah hampir seminggu dua hari pemilihan, kawan ana pun balik. Dia pergi surau subuh. Orang macam benci tengok muka dia. Lepas sembahyang subuh dia minta izin Pak Imam nak bercakap sedikit. Dia terangkan dia lama tak dapat balik kerana sibuk tugas. Ditemberanglah pasal kerjanya.

Akhir sekali dia keluarkan cek RM30,000 yang sudah back date. Dikatakan saya dah lama pegang cek ini dan tak sempat-sempat nak serah kepada Bendahari. Masa itu juga, dia serahkan kepada Bendahari Masjid dalam jemaah.

Bila cerita ini diketahui orang ramai, masa itu juga kawan dia yang sudah dicadangkan mengumumkan tidak mahu bertanding dan menyokong kawan ana terus memang jawatan. Menang tanpa bertanding kawan ana.
Hehehe ... politik politik. Kalau panjang akal, fitnah dan tuduhan salah boleh dijawab. Inikan pula fitnah dan tuduhan palsu.

Wow! Kalau kawan ana berniaga jual orang, ana tak boleh lawan dan kena balik jual unta.

Rabu, April 15, 2009

Cuti sekolah YB pening


Bila masuk cuti sekolah wakil-wakil rakyat kita, pening kepala. Tak kira ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri. Samada UMNO atau PAS atau PKR atau apa sekali parti, pasti pening. Mereka syok, YB-YB ni pening.

Mana tidak pening, banyak jemputan kahwin di kawasan. Kalau dua tiga tak ada hal. Ini main berbelas sehari.

Setiap rumah kena jamah makanan. Setiap rumah kenalah duduk barang setengah jam. Nak jalan dari satu tempat ke satu tempat makan masa. Kalau ada yang pejenis Majlis di dewan, itu lagi pening. Kena tunggu sampai habis. Di suruh tepung tawar.

Dari satu rumah ke satu rumah, nak kekal mesra pun satu hal juga.

Tapi yang pening sekali adalah wang nak kena hulur. Bayangkan kalau jemputan satu hari sampai 10, satu rumah kasi RM100, dah seribu. Dua hari minggu, mahu dua ribu.

Serumah tak boleh RM50. Bawah standard YB. Ada kala kalau rumah penyokong, kena kasi lebih.

Gaji YB banyak mana sangat. Claim saja lebih. Tak akan nak habiskan untuk derma kerja kahwin saja. Maka lain-lain YB ada trick masing-masing untuk mengurangkan kos.

Kebanyakkan YB akan pakai paket ang pau dan tak tulis nama. Bila dah campur dengan paket lain, tak tahulah YB kasi berapa.

Satu trick adalah dengan tidak memberi masa salam. Kasikan dalam poket baju Melayu tuan rumah terus. Kalau dia letak duit-duit sumbangan dalam poket bawah, ia akan bercampur dengan poket orang lain.

Kisahnya ada satu YB ni, dia pakailah taktik masukkan dalam poket. Cara demikian dapat dia mengurangkan kos. Dari RM100 sepeket jadi RM50 sepaket. Sudah puluhan rumah maka kuranglah kos.

Ada satu pakcik ni tahu taktik YB. Maka dia pun pakai baju Melayu yang tak ada poket bawah, hanya ada poket atas, untuk kenakan YB. Sumbangan orang ramai, dia pegang sendiri dan serahkan kepada anak untuk dimasukkan dalam kantung wang derma.

Bila YB sampai, dia dijemput makan. Selalunya adalah orang yang duduk sama melayan. Oleh kerana banyak rumah nak dipergi, YB makan sikit saja. Dia cuma jamah makanan dan berbual dengan yang melayannya. Dalam setengah jam gitu, dia pun nak beredar.

Ikut skrip dia, dia salam tuan rumah dan selitkan duit pada poket bawah. Bila nak selitkan peket yang RM50, baru dia sedar poket bawah tak ada.

Siul... kalau poket atas yang kosong, tahulah tuan rumah berapa dia kasi. Alahai ... cepat-cepat kasi dua sampul.

Selasa, April 14, 2009

Macam sama aje


Megat Firdaus, Rozabil, Reezal Merican dan Shahrul Zaman mengangkat sumpah sebelum menjalankan tugas masing-masing.


Macam sama dengan Majlis di atas aje ...

Mungkin amalan yang ana tidak tahu.

Isnin, April 13, 2009

Panglima Pembelah Laut Mati tersalah acah


Alkisah disatu masa dalam kerajaan Melayu Benua, ada seorang pembesar yang teramat pandai lagi licik membantu Mamak Bendahara Rajin Baca dalam mentadbir negara.

Adalah pembesar ini teramat licik hingga digelar Dato Seri Panglima Hitam Pembelah Laut Mati. Panglima Pembelah Laut Mati mempunyai cita-cita dan cara sendiri dalam urusan hingga timbul ketidak puasan hati dengan cara Mamak Bendahara. Lama kelamaan timbul pergeseran antaranya dengan Mamak Bendahara.

Dengan kebijakkannya mengata di belakang-belakang, ramailah dari jemaah menteri yang dapat dihasut dan perdaya untuk menyokongnya.

Apabila sudah diyakini cukup jumlah dan kuat sokongan, Panglima Pembelah Laut Mati mahu mulakan persemukaan dan usahakan untuk Mamak Bandahara digugurkan Paduka Tuanku.

Dalam persemukaannya Panglima Pembelah Laut Mati mengutus surat menyatakan ketidak puasan hati. Dia cuba berpura-pura acah mengundur diri dan terus pergi ke seberang ke ibu negara orang putih kerajaan bersatu.

Diharapnya agar Mamak Bendahara membawa ke mesyuarat sesama Menteri untuk dibincang. Penyokong-penyokongnya telah diatur untuk mendesak Mamak Bendahara menolak. Terpaksa Memanda Bendahara menolak atas permintaan ramai. Dengan demikian, jatuh malulah akan dia.

Rupanya dalam bijak Penglima Pembelah Laut Mati mengatur, tidak tersangka akan dia. Mamak Bendahara mengguna kuasa yang diberi Sultan untuk menerima perlantikan jawatan. Semasa Mesyuarat bersama para Menteri, Mamak Bendahara hanya memberitahu menerima perletakkan jawatan.

Terus ternga-nga penyokong yang mahu menahan Mamak Bendahara menerima perletakkan. Oleh kerana sudah terancang sedemikian, akhirnya mereka hanya menghantar wakil untuk memujuk Panglima di ibu negara kerajaan bersatu. Jawatan dalam kerajaan paduka Tuanku telah terlepas.

He he he ... hanya cerita lama buat peringatan kepada yang cepat merajuk, nak acah-acah, dan nak berontak.

Jumaat, April 10, 2009

Kerenah-kerenah di sebuah pejabat daerah

Di sebuah pejabat daerah pada sata masa yang lampau adalah tempat yang ada macam-macam manusia.

Seorang bekas DO seronok cerita dengan ana mengenai kerenah-kerenah manusia dalam berurusan di pejabat DO, khususnya dalam berurus dengan orang India.

Bila cukup bulan dapat gaji, pekerja-pekerjanya terutama piun-piun, kerani-kerani dan dreber-dreber paling resah sekali di pejabat. Masa hari itulah peminjam wang suku India chettiar akan datang ke pejabat untuk menuntut bayaran balik pinjaman.

Mereka ini tidak mudah mengaku kalah. Kalau hari ini tidak dapat, hari lain dia akan datang sampai dapat bayaran. Bila mintak mereka cakap kuat-kuat, sampai malu pekerja-pekerja.

Chettiar ini pandai memujuk. "Kalau pokok tara bole bayar, bunga kasi dulu. Suppoloh satu juga."

Faedah mereka giler punya tinggi. Tapi lembut-lembut mereka, bila perlu bertegas, mereka boleh bertegas. Lama-lama terpaksa DO melarang peminjam wang chettiar dari masuk kawasan pejabat daerah.

Itu kisah chettiar, lain pula dengan India yang mahu memohon lesen todi.

DO selalu paling tak suka sekali nak keluarkan lesen todi. Peniaga todi ini hanya jual todi kepada pekerja-pekerja buruh India estet. Habis duit buruh-buruh India membeli todi. Bila pulang mabuk sering berlaku pergaduhan dalam rumahtangga.

Nak tahan tak boleh pula. Mereka bukan orang Islam dan bukan hak kita menahan. Pada orang Hindu, minum todi bukan haram. Inilah serba salahnya masyarakat berbilang kaum.

Peniaga todi ini tahu DO keberatan nak keluarkan lesen todi. Bila mereka berjumpa DO, punyalah pujuk rayu. Mereka akan merayu sampai memuja dan memanggil tuan DO macam-macam ...

...Tuan lah saya punya mak. Tuanlah saya punya bapak. Kalau mak dan bapak tak kasi sama anak, siapa yang boleh tolong. Saya ada keluarga mahu kasi makan.

Kalau begitu tak jalan, mulalah tambah filem Tamil ....

... Anak saya kecik sakit. Mak saya di hospital. Nenek rumah kena rompak. ...

Macam-macam drama dan pujuk rayu.

Mungkin dua tiga hari lepas, Dato Najib mesti macam DO melayan mereka-mereka yang melobi untuk dikekalkan dalam Kabinet dan mahu dipilih masuk Kabinet

... Tok Najib lah saya punya bapak. Datin Rosmah lah saya punya mak. ...

Rabu, April 08, 2009

Bukan pangkah gasing, makcik


"Makcik pangkah sapa tadi," tanya seorang wartawan kepada seorang makcik yang baru keluar dari pusat mengundi untuk bahan berita.

"Makcik memang geram kat DAP. Nger dan Nga ni memang jahat. Cina komunis dua orang ini. Mereka yang sebenarnya berkuasa di negeri Perak. Sampai bekas MB sanggup derhaka kat Sultan." Katanya dengan geram.

"Jadi Makcik undi Barisan?"

"Mestilah undi Barisan. Tak akan nak undi Nizar boneka DAP?

"Hang tau, dia parti PAS tapi anak Makcik kata dalam Dewan Undangan dia tak mengaku PAS perjuangkan negara Islam. Penipu besor punya anak Cina. Makcik pangkah-pangkah kotak boneka DAP."

"Makcik letak pangkah pada kotak sebelah PAS atau BN?" Ditanya si wartawan untuk kepastian.

"Makcik tak suka, maka makcik pangkah sebelah muka Nizar macam pangkah gasing!"

Alamak ... padan kalah. Cina Bukit Gantang yang tak setuju dengan negara Islam. pangkah PAS macam pangkah gasing, gut?

Oghang Iban lagi pandai pangkah.

Hehehe ... Saja buat menghibur hati yang kalah.

Isnin, April 06, 2009

Pakar bom diperlukan

Sudah tinggal jam terakhir sebelum kempen berhenti. Besok, tiga kawasan akan mengundi ADUN dan MP.

Inilah masa yang memerlukan kepakaran seorang ahli bom.

Ahli bom mesti berpakran dalam melakukan carpet bombing, tetapi tak perlu hantar air soya beracun hingga pekerja parti masuk hospital. Bukan pula pakar bom yang bayar orang untuk tidak keluar mengundi.

Carpet bomber ini mesti yang cekap dalam mendapatkan undi last-minute. Caranya dia saja tahu.

Ada kenal sesiapa? Ajak yang belum turun berkempen?


Kalau pandai lompat, lagi bagus. Hehehe... macam penyamun.

Ahad, April 05, 2009

Gigilkah lutut ...

... mendengar pengumuman memeranjatkan Brader Anwar Bin Ibrahim malam tadi? Hebat ... V Nagarajan dan pengikut masuk PKR. Wah ... pasti goyang ni.

Siapa V Nagarajan ini?

Hehehe ... orang pun tak tahu siapa.

Kalau sama geng sama dengan si Kayveas, tak ada hal. Dia konon nak ugut keluar tapi orang lagi cabar suruh segera keluar. Orang Bukit Gantang lagi sakan kalau Kayveas yang keluar.

Sementara itu, Dr Mahathir dah masuk balik UMNO dan akan turun kempen di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.


Amacam boleh celen, Brader? Ana dengar ada sudah gabra punya.

Inilah namanya jual pantun, orang tak beli. Kah! Kah! Kah!

Sabtu, April 04, 2009

Berrrrrapa harrrrribulan pulak kali ini?


Siap diperingat wartawatan akan kena marah kalau tidak datang dengar Brader Anwar Bin Ibrahim malam ini.

Ada benda mengejutkan.

Hehehe ... berrrrrapa harrrrribulan naik jadi PM pulak kali ini?

Pergi jangan tidak pergi. Pak lawak memang menghiburkan.

Asal jangan kasi undi pada kaki temberang.

Jumaat, April 03, 2009

Lelaki berbaju Melayu hitam ditahan di luar Istana Negara

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berbaju Melayu hitam telah ditahan polis dipintu Istana Negara pagi ini kerana menjerit-jerit menuntut hak untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Lelaki yang bermisai dan berjanggut itu kelihatan berlegar-legar di luar perkarangan istana dari malam tadi.

Pada mulanya, dia memberitahu orang ramai dia akan menggantikan Dato Seri Najib jika dia ditolak oleh SPB Agong atau kurang sihat untuk menyempurnakan upacara angkat sumpah. Lama kelamaan, dia bertukar menjadi lebih mendesak menuntut dilantik menjadi Perdana Menteri

Menurut orang ramai yang menunggu di pagar untuk melihat Perdana Menteri Malaysia yang baru, lelaki tersebut seiras dengan Anwar Ibrahim.

Kemungkinan besar dia adalah Anwar Ibrahim kerana asyik menyebut-nyebut dirinya sepatut sudah menjadi Perdana Menteri pada September 16hb tahun lepas tetapi telah dinafikan hak oleh Abdullah.

Katanya Speaker Dewan Rakyat adalah pengecut kerana tidak membenarkan usul undi tidak percaya pada Abdullah dibahaskan pada akhir-akhir tahun lepas.

Yang menjadi kekeliruan orang ramai akan kewarasan lelaki tersebut adalah apabila dia mengatakan dia akan membawa usul percaya kepada Abdullah untuk terus menjadi Perdana Menteri.

Polis terpaksa menahan untuk menjaga ketenteraman Istana Negara dan mengelakkan pengikutnya yang sama kurang waras untuk bersorak dan baring di jalanraya. - Agensi Husin Lempoyang

Khamis, April 02, 2009

Malam-malam pun dapat makan telor


Sulaiman Akhlaken menulis Teresa Kok buat lawak April Fool semalam memberitahu dia akan kahwin dengan peguam Sankaran Nair dalam Facebook.

Dia sudah nafikan.

Ana cuma hairan dalam banyak-banyak orang, kenapa Sankaran Nair yang dia sebut. Ada hati ke?

Baguslah tu.

Kalau dalam tahanan ISA dapat dua biji telor pagi petang, malam-malam pun boleh makan telor.
Dapat duit pulohan juta dari saman Utusan Malaysia, boleh hdup bahagia selama-lamanya memperjuangkan kebebasan akhbar.

Kalau hati Teresa tercapai dengan Sankaran, dia bina gereja atau kuil?

Wow! Ana bina masjid dan malam Jumaat "bunuh Yahudi".

Rabu, April 01, 2009

Rrrr.... saja sempurna, tapi tak serrrrupa bikin

Hang sindir aku naa ...? Memang!

Lebih kurang 15 tahun dahulu, ana pergi ke Pasir Mas, Kelantan untuk urusan keluarga. Keluarga sebelah sana rama oghe Pah. Itu tok kisah la. Sama Isle. Kita ke sana untuk mengiratkan keluarga dan bukan hal politik.

Habis Majlis tengah make-make, sembang politik Pah di Kelete dan tersebut pasal Brader Anwar Bin Ibrahim. Masa itu Brader masih Timbalan Perdana Menteri. Ada seorang yang ana panggil sebagai Ustad memuji Anwar.

"Anwar ni Insan Kamil. Sangat sempurno ... "

Ana terkejut dengar oghe Pah puji Nuar maso tu. Ana diam saja. Tak mahu cepat sangat bertanya.

"Anwar mempunyai sebutan huruf ra yang paling sempura."

Sindir ruponye. Tersenyum ana masa tu. Memang betul pun. Tengah pilihanraya kecil Tiga Bukit Satu Batang Sungai, sana sini Anwar berucap .... rrrr.

... Rrrrrakus ..... Rrrrrasuah .... Derrrrhaka .... Rrrrraja ..... Rrrrrampas ..... Rrrrrobek .... Serrrrrang .....

Rrrrr ..... Anwarrrr .... Nizarrrr .... Manikumarrr ..... Jawah Gerrrang

Tetapi ana Rrrrralat. Hanya .... rrrr saja sempurna. Cakap tak serrrrrrupa bikin.