Ahad, September 20, 2015

Dato Bendahara dihukum ke rumah pasung


Alkisah di negeri Baitul Kasihan yang aman makmur dan kaya raya adalah satu Bendahara Dato Akhir Joyo berbangsa Jawa yang kulit gelap menjadi seri.

Sayang sekali, keserian tidak berpanjangan. Bendahara muda Dato Akhir Joyo kalah dalam pilihanraya akibat ketaksuban Putera Menantu Dato Bahawi Al Jemala Batas untuk mahu menangi jawatan Raja Orang Muda.

Lalu dihuruharakan pentadiran Bendahara dan difitnah dengan bantuan musuh.

Dikala pertandingan untuk merebut jawatan Raja Orang Muda, Putera Menantu telah menghantar burung bulbul ke udara untuk mengintip dan lukis rumah Bendahara. Lukisan rumah dijaja untuk burukkan Bendahara.

Selesai saja pertandingan dan Putera Menantu berjaya ditabalkan Raja Orang Muda, muncul musuh Kapitan Cina Daerah Ikan Bakar yang menjaja lukisan burung bulbul untuk difitnah Bendahara menerima rasuah dari seorang pembina.

Akirnya sampai perkhabaran ke istana Raja Baitul Kasihan lalu di arah Laksanama siasat dan Peguam Istana, Pehin Seri Guni Empat Pikul dakwa untuk diadili di Mahkamah.

Selasa, September 01, 2015

Jual PAN tart?


Permohonan Mat Sabu untuk daftar parti baru ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan atas sebab nama bertindih dengan parti lain.

Lalu Mat Sabu telah mengambil opsyen lain untuk ambilalih parti lama, Parti Pekerja-Pekerja Malaysia atau Workers Party.

Parti ini adalah parti haluan kiri radikal yang berfahaman sosialis. Logo parti ini menyerupai logo parti Buroh yang mana latarbelakang sama dan tidak menolak ia parti sama.

Parti Buruh ini merupakan tempat bersorok operator subversif komunis yang menjadi batu api perkauman dan pembakar semangat peristiwa perkauman 13 Mei 1969.