Pada mulanya video itu tidak jelas rupa pelaku rogol itu menyerupai Sivakumar.
Isnin, Disember 31, 2012
Muncul pula video rogol mantan Speaker Perak
Sebaik saja timbul skandal tanah-untuk-jawatan MB di blog Pisau dan turut juga muncul di sidang Dewan Undangan Negeri Perak, mantan Speaker DUN Perak dan ADUN Tronoh telah membuat sidang akhbar mendedahkan mengenai satu video seks yang dipercayai melibatkan Speaker DUN, Datuk Ganesan.
Selama beberapa hari, orang ramai tertanya-tanya dan ingin melihat video tersebut sebelum menyatakan pendirian masing-masing.
Ahad, Disember 30, 2012
Boleh jual iklan
Takkan tak boleh jawab di media alternatif pembangkang? Macam-macam alasan.
RTM mesti tidak berani beri Hadi peluang dengan Rais Yatim begitu konservatif. Namun begitu, sebagai TV swasta, TV3 boleh ambil peluang.
AMbil peluang jual ruang iklan ubat kuat.
Wow! Jual iklan akan jual orang
Jumaat, Disember 28, 2012
Dulu cakap untuk rakyat ... Kini kompeni Pakatan Balak
Suatu hari, Azizan, Ahmad Awang, Ngeh Koo Ham, Nga Kor Meng, Ahmad Awang dan Husam Musa berjalan-jalan dalam kereta syarikat mereka yang bernama Pakatan Balak Sdn Bhd.
Kereta dipandu oleh CEO dan drebar mereka, Nik Aziz. CEO ini sudah terlalu tua untuk memandu tapi masih menggesa hanya dia saja yang boleh memandu kerana dia CEO.
Rabu, Disember 26, 2012
Musang Berjanggut 2012: Puspawangi III ke IV
Antara filem lama kegemaran Husin adalah Musang Berjanggut. Ianya mengisahkan anak angkat Sultan, Nila Kencana diarahkan mencari pasangan hidup. Akhirnya dia ketemui Puspawangi yang bukan saja seorang rupawan, tapi bijaksana sekali.
Apabila dibawa pulang isterinya ke istana untuk bertemu ayahanda, ramai para pembesar dan juga Sultan jatuh hati padanya. Masing-masing membuat rancangan untuk memilikinya sendiri.
Dengan kepandaiannya mengakalkan kesemua pembesar dan Sultan dengan helah Musang Berjanggut, akhirnya dia berjaya menyelamatkan diri dari godaan mereka-mereka yang begitu berkuasa, dan membuat semua menyedari kesalahan dan meminta maaf.
Isnin, Disember 24, 2012
Adakah Nik Aziz nak haramkan Krismas?
Besuk penganut-penganut Kristian akan meraikan hari Krismas.
Berdasarkan salah satu fatwa Nik Aziz, adakah dia akan haramkan Krismas diraikan oleh penganut-penganut Kristian yang menguasai rakan Pakatan Rakyatnya, DAP?
Mana tidak Hari Krismas itu Maulud Nabi Isa. Hehehe ...
Ahad, Disember 23, 2012
Tun Keng Yaik akan kekal dalam ingatan
1939-2012 |
Tun Dr Lim Keng Yaik meninggal dunia semalam pada umur 73 dirumahnya di Petaling Jaya. Husin akan merinduinya.
Mendiang Dr Keng Yaik terkenal dengan cara bercakapnya di sidang-sidang akhbar yang begitu jujur sekali. Dengan stail apek tua yang bercakap secara santai, Mendiang tak tahan dan jaga-jaga ayat tapi begitu terus terang.
Caranya ini sering agak lucu dan menggelikan hati.
Jumaat, Disember 21, 2012
Thailand kuasa dunia baru, Amerika bergolak dengan isu dalaman
Sejak terpilih dalam pilihanraya umum yang lepas, Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra dilihat sebagai satu aset yang dilihat berupaya memimpin Thailand untuk menjadi salah satu kuasa besar utama yang boleh muncul dari benua Asia.
Sentuhannya dan diplomasi yang ditunjuk telah meninggalkan kesan walaupun ada pihak-pihak mempersoalkan samada dia masih akan kekal sebagai Perdana Menteri. Politik Thailand sentiasa bergolak mutakhir ini dan Perdana Menteri seringkali bertukar ganti.
Khamis, Disember 20, 2012
Cari kerja dengan kerajaan
Seorang anak muda, Musa bin Hasan dari desa datang ke kota untuk mencari kerja.
Waktu petang dia akan berjumpa dengan kawan sekampong, Ramli bin Yusof yang sudah lama bekerja di Jabatan Perkhidmatan Awam untuk tanya-tanya. Ramli turut membawa bersama rakan istimewanya dari tempat sama kerja tapi di Jabatan Kehakiman, Anita Harun yang sudah agak intim perhubungan mereka. Nak tunjuk rakan sekampong lah konon.
Sebaik mereka bertemu di sebuah warong dan Musa diperkenalkan oleh Ramli kepada Anita, mereka oder minuman dan kueh-kueh untuk minum teh petang.
Musa: Kamu kerja di Jabatan Perkhidmatan Awam, kan?
Ramli: Ya ... apa pasal? Apa aku boleh tolong?
Musa: Aku ada mohon kerja yang sesuai dengan pelbagai tempat. Ada kerja syarikat swasta. Ada kerja syarikat kerajaan. Ingat nak juga cuba jabatan-jabatan kerajaan tertentu. Nak tanya sedikit ... bagus ke kerja dengan kerajaan. Orang kata gaji sikit.
Selasa, Disember 18, 2012
Amanat Haji Hadi versi Hari Krismis 2012
Itu Haji Hadi dulu, PAS dulu.
PAS kini sudah lain.
Banyak pendirian dan amalan PAS dari tahun 1981 seterusnya selepas keluarnya Amanat Haji Hadi telah lari dari isi kandung amanat tersebut.
Ahad, Disember 16, 2012
Kadir Sheikh Fadzir sesuai dilantik ke AJK Pusat DAP
Akhirnya, keputusan untuk pemilehan 20 aggota ahli Jawatankuasa Pusat DAP keluar malam tadi setelah beberapa hari, jika tidak berbulan DAP berkempen, melobi dan tidak kurang cakar bercakar sesama sendiri di peringkat cawangan dan negeri.
Reaksi utama yang diberi oleh akhbar aliran perdana adalah mengetengahkan isu semua calun Melayu seramai 8 orang kalah. Lebih tepat lagi, 7 orang Melayu dan 1 orang mengaku Melayu, yang menawarkan diri semua kalah.
Dilaporkan salah satu media perdana bahawa calun Zulkifli Mohd Nor yang hanya berjaya mendapat 215 undi menyuarakan kekecewaan kerana setelah lebih 20 tahun bergiat dalam DAP, dia masih gagal meyakinkan perwakilan untuk mendapatkan tempat untuk orang Melayu dalam AJK Pusat DAP.
Jumaat, Disember 14, 2012
Menikan dengan senjata tumpul satu kesalahan
Malaysia tewas kepad Thailand 2-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki di Bangkok malam tadi. Dengan ini, Thailand berjaya masuk ke perlawanan akhir untuk bertemu Singapura.
Usahlah kita marah pada sesiapa. Jangan tuduh pengadil berat sebelah kerana manfikan gol Norshahrul. Atau menuntut Dato Rajagopal berundur kerana kononnya salah strategi.
Bola bolat dan adat pertandingan mesti ada menang kalah. Lebih elok salahkan diri sendiri supaya kita boleh perbaiki kelemahan.
Dalam perlawanan pertama dengan Thailand, kita sudah mendahului 1-0 pun tetapi pertahanan kurang mengasak untuk menghalang Thailand membina serangan hingga akhirnya terlepas gol untuk seri.
Setelah prestasi yang agak lembab di pusingan awal pertandingan di Kuala Lumpur seperti keputusan-keputusan seri dengan Bangla Desh, kalah 3-0 kepada Singapura, dan lain-lain, Harimau Malaya berjaya untuk kembali dalam pertandingan.
Oleh itu, janganlah ada sesiapa nak ke Thailand untuk berbalas dendam dengan mahu melepaskan geram ke atas "gadis-gadis" Siam. Menikam dengan senjata yang tumpul itu satu kesalahan.
Wow! Biar kalah bola, jangan lakukan dosa "membunuh."
Isnin, Disember 03, 2012
Suruh "... jaga hutan kita sendiri" salah
Sungguh kejam! Sungguh tidak demokratik! Sungguh menindas dan salahguna kuasa!
Takkanlah wakil rakyat sebut "jaga hutan kita sendiri" dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri boleh dikenakan denda RM1,000. Ini sudah tidak adil!
Isy isy isy ... khadam ni. Tak sedar diri. Nak komplen pulak. Akulah tuan besar di rumah ini. Ini mem besar engkau.
Itu hanya sedikit adegan dalam filem Tiga Abdul. Apa yang tidak adil ni?
Ahad, Disember 02, 2012
Jawatan baru Presiden UMNO
Husin sempat meluangkan dua hari semalam dan hari sebelum itu di Persidangan Agong UMNO 2012. Nak dengar ucapan, perbahasan dan tidak lupa untuk bergambar dengan peminat. Bagi peminat yang kenal, kenallah Husin.
Tak payah kita berselindung. PAU 2012 kali ini adalah untuk persediaan untuk pilihanraya umum. Maka mereka tidak mahu ada kontroversi, tiada isu mahu ditimbulkan atau tiada ruang untuk pembangkang jadikan isu.
Dibuat demikian, supaya tiadalah pemimpin atau pembahas ikut lazim mereka untuk tembak kaki sendiri.
Langgan:
Catatan (Atom)