Ahad, Januari 31, 2016

Bila Kak Wan bantah TPPA


KETUA PEMBANGKANG SOKONG TPPA

Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang Malaysia, meminta semua Ahli Parlimen menyokong Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dibentangkan pada Persidangan Khas Parlimen di Dewan Rakyat.

Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail  mendakwa penyertaan dalam perjanjian itu merupakan  peluang terbaik memajukan serta merancakkan perkembangan ekonomi negara.

Sabtu, Januari 30, 2016

Maaf zahir dan batin


Sahabat baik Husin hantar WA:

SANTUBONG: Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem mengumumkan Sarawak bakal mengadakan Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11), 30 April ini.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak turut mengumumkan 18 April sebagai tarikh penamaan calon.

Husin hanya ucapkan Selamat Hari Raya. Sebelum ziarah menziarah bermula, pohon maaf zahir dan batin.

Musim jual orang .... opps calun sudah bermula. Asal jangan jual negara.

Janji biar yang boleh ditepati. Yang tak upaya kota, usah bazirkan subsidi beras 20 kilo dari kerajaan.

Untuk ikuti perkembangan politik Sarawak, ikuti portal Sarawakiana dan Sarawak LIVE .

Wow! Apa sekali pun, pilihan ku tetap BN

Selasa, Januari 26, 2016

Orang Perak risau pasai Kedah


Sebaik sidang akhbar UMNO Kedah menuntut Dato Mukhriz diganti, seorang kawan di Perak talipon masa waktu magrib merungut.

Susahlah gini kawan jika UMNO terus bergolak. Husin terpinga-pinga. Apa kena mengena Kedah dengan Perak? Dia kata sebab bersempadan. Nanti api melarat. Gitu pula ...

Malas nak kasi analisa panjang sebab nak solat Maghrib. Lalu Husin beritau kawan tersebut kisah orang Perak dan orang Kedah.

Jumaat, Januari 22, 2016

Buat jilake yang bakal kena auta


Pantun dua kerat macam jilake

Hobi Rafizi wat fitnah aja,
Pastu kata bergurau .. cam jilake ajer

PAN biol, PKR samdol,
Ada ke naik keretapi kena tol ...

Gelaran Khalifah bagi kat Guan Eng,
Akhirnya ADUN PKR nangis, Melayu Penang melempeng ...

Rabu, Januari 20, 2016

Bila nak sembelih, semua disalahkan






Bila nak disembelih, semua salah kamu lah.... Salah sikit pun dikokokkan. Itulah kamu juga yang mula berkokok.

Wow! Unta tidak bising bila nak disebelih.


Jumaat, Januari 15, 2016

Dibuat orang


Orang Melayu kononnya sudah moden dan maju. Sepatutnya tidak lagi percaya benda ghaib, sihir dan bomoh lagi, tapi tidak, masih lagi percaya dan ada amalkan.

Bukan kata Husin tidak percaya, sebab Nabi Muhammad pun diriwayatkan disihir. Cuma tidak mahu bincang sangat dan percaya dalam hal yang lebih tahyul, khuarafat dan temberang dari benar.

Sepatutnya, dengan hutan sudah banyak ditebang dan kita dalam zaman sains dan telnologi, cerita kuasa-kuasa ghaib ini sudah tidak masuk akal.

Rabu, Januari 13, 2016

Tipah Tertipu Pak Ali?


Menjelang perbahasan di Parlimen hujung bulan Januari ini mengenai TPPA atau pendikan untuk Trans Pacific Partnership Agreement, maka satu perhimpunan tunjuk perasaan dianjurkan PAS.

Selain membantah TPPA, mungkin ini satu usaha membina momentum parti PAS untuk pilihanraya umum. Sudah menjadi kelaziman pembangkang sejak dua tiga pilihanraya umum lalu untuk guna demonstrasi sebagai platform untuk dapatkan perhatian dan sokingan pengundi.