Jumaat, April 30, 2010

Kuda awak talipon dari Jakarta


Dato Hj Zaid Ibrahim sedang membaca suratkhabar apabila tiba-tiba tak semena-mena Datin datang ketuk kepalanya dengan frying pan.

"Kenapa awak ini?" Zaid bertanya.

Datin menjawab, "Itu untuk secebis kertas dalam baju awak yang ada nama Jenny dijumpai oleh bibi."

Zaid menerangkan, "Awak ni. Cubalah bertanya dahulu. Itu nama kuda yang saya disuruh taruh."

"Ha ... awak kata awak tak main judi kuda? Tipu ye ..."

"Saya tidak judi. Saya cuma beli kuda lumba saja." Zaid terangkan.

Isteri pun minta maaf dan teruskan dengan kerja-kerjanya sambil memantau kerja-kerja bibi.


Tiga hari kemudian isterinya datang mengetuk kepalanya dengan frying pan yang lebih besar sedang ia menonton TV. Pengsan dia sebentar.

Sebaik saja dia sedar dari pengsan, Zaid bertanya kenapa ketuk kepala dia lagi.

Datin jawab, "Kuda awak talipon dari Jakarta."


* Risalah atas yang diambil dari blog The Unspinnenrs ada contoh risalah psyop. Bila Zaid dah kena hentam teruk pasal isu peribadinya dan tidak mahu menafikan pernah minum dan sudah tersilap jawab pasal judi kuda, caranya adalah menerukkan serangan peribadi terhadapnya hingga orang kesian. Akibatnya peti undi Serendah kalah. Paham apa itu psyop wahai pemimpin UMNO yang bingai tak boleh ada orang lagi pandai darinya? Susah bila bodoh tidak boleh diajar kerana ego besar sangat...

Rabu, April 28, 2010

Tindakan kena tunggu jawatan Menteri baru


Blogger semua dok main isu Nizar membuat kata-kata hasutan untuk menimbulkan perasaan perkauman.

Ana hanya menunggu amaran dari Menteri Amaran Dalam Negeri.

Tindakan seterusnya kena tunggu cabinet reshuffle untuk jawatan baru Menteri Tindakan Dalam Negeri.

Isnin, April 26, 2010

Keesokan paginya


Seperti biasa, tiap-tiap pagi dua orang pencen - Berahim dan Dolah - yang duduk di Taman Sg Buaya, Hulu Selangor bertemu untuk sarapan di Kedai Makan Seri Mutiara.

Sehari selepas pilihanraya kecil, Berahim dan Leman tetap bertemu untuk sarapan bersama. Mat yang agak kritikal terhadap kerajaan join sekali.

Berahim: Baguslah tanah-tanah orang-orang Felda tu dibeli kerajaan akhirnya. Nak buat interchange pula. Naik rumah-rumah kita sekali ye?

Leman: Nasib baik Najib ni pejenis tegas masa pilihanraya kecil. Nak tunggu Khalid Gagap ... harap ceramah saja. Tak selesai2 masaalah.

Mat: Masaalahnya antara pemaju dengan pemilik tanah. Bukan salah kerajaan negeri. Kalau ye pun, kenapa sampai berbelas tahun, baru kerajaan pusat nak selesaikan? Pilihanraya baru nak selesai.

Leman: PRK tu pekej ransangan ekonomi.

Berahim: Arwah Dato Zainal dulu kata nak selesaikan. Dua tahun tak selesai juga. Pakatan dok menyalahkan BN saja. Apa cerita surat kabo hari ni, Leman?

Leman: Oh ... ada berita baik dan berita buruk hari ini. Mana satu kau nak dengar?

Berahim: Aku suka dengar berita baik dulu.

Leman: Berita baiknya pilihanraya kecil sudah selesai. Budak muda India Kamalanathan MIC menang.

Mat: Aku nak Melayu ...

Berahim: Janji BN. Apa berita buruknya?

Leman: Kerajaannya masih yang sama.

Mat: Betul tu ... BN masih memerintah kerajaan pusat. Tak ada perubahan.

Leman: Betul kau cakap, tapi maksud aku kerajaan negeri masih diketuai Khalid Gagap.

Berahim: ... hehehee. Pembersihan sungai bermula di Hulu. Begitu juga Selangor. Ko jangan kecik hati Mat. Politik politik, tapi kawan kawan.

Ahad, April 25, 2010

Pesanan P Ramlee pada pengundi


Kalau memilih calun, ala tuan, pilih betul-betul
Kalau tersalah pilih, ala tuan, kena kaki botol

Undilah calun BN P Kamalanathan
Calun bersih, Calun bekerja

Sabtu, April 24, 2010

Cadangan lain untuk debat politik


Anwar cabar Najib berkenaan isu APCO. Inilah modal Anwar untuk menepis lingkaran Anwar dengan Zionis yang begitu banyak, berkait dan sudah di dokumentasikan oleh blog AIDC.

Ketika kempen PRK Hulu Selangor, banyaklah cabar mencabar untuk debat perihal pelbagai iu.

Azam dari Kumpulan Mageran sudah cabar Zaid Ibrahim tapi Zaid tidak timbul pada hari yang ditetapkan. Sekarnag Azam akan bakar patung Zaid sebagai memomokkan Zaid sebgaai pengecut.

Latheefa Koya sudah hantar SMS kata suruh berhati2 seolah-olah BN nak provokasi. Takda cerita BN, cuma Azam peguam yang terkias-kias saja.

Anwar yang sudah tersangkut tidak dapat membuktikan kesalahannya membuat tuduhan tanpa bukti sedang dihadapkan ke Jawatankuasa "Disiplin" Parlimen.

Dia pula cabar
Najib untuk debat mengenai Najib. Belum diterima tapi Anwar sudah pampangkan kain rentang. Macam Azam pula, si Anwar ni.

Selain debat-debat di atas, ana fikir adalah lebih sesuai diadakan debat-debat berikut:

1. Anwar menentang Saiful Bahri di Mahkamah Tinggi
2. Ezam menentang Azmin di gelanggang tinju
3. Balasubramaniam menentang Nallakarupan di padang latihan Kalari Payat
4. Nik Aziz menentang Tan Sri harussani di Masjid yang dibenarkan Sultan untuk debat politik
5. Zaid menentang Mr Daniel atau Mr Mason di mana-mana bar untuk tengok siapa terlankung dahulu

Jumaat, April 23, 2010

Ulu Yam sulah lali

"Latuk lu manyak kuat minum...semua paper alak cakap....sikalang lu tak boleh minum lagi arrr...Lain kali mali sini boleh minum sama saya (sambil menunjuk kearah botol Tiger Beer diatas meja)".


我是耶稣基督至微仆人林牧师,向你生.
(kita olang cina baru tahu ni zaid,tak lak guna punya org,cakap besar saja)

赐给世人,叫一切信他的,
(undi BARISAN lagi selamat)

不至灭(约三
(25hb April 22010)

Jit Poh Sew Sin Daily News.

Khamis, April 22, 2010

Zaid pula perlu tunjuk sijil



Raja Petra Kamaruddin mengatakan calun BN dari MIC telah memalsukan ijazahnya. Sorrylah Pet, atas adalah ijazahnya dari University Edith Cowan. You are wrong.

Baiklah. Sekarang kami cabar pihak PKR tunjukkan sijil sekolah ugama Zaid Ibrahim. Sebab apa, pandangan ugama dan pendiriannya mengenai Lina Joy dan IFC macam orang apa aja. Nak sahkan Taib Azamuddin kata sekarang dah Islam sini

Kalau dapat tunjuk sijil surat beranak pun bagus juga. Hai ... kenapa orang Melayu perlu mengaku "Saya pun Melayu?"

Itu saja pasal Zaid tidak pernah hadiah seluar pada orang lelaki ...

P/S Garamanis sini sudah sediakan senarai fitnah-fitnah PKR terhadap Kamalanathan. Nasib baik dia tidak ada cerita dihadiah seluar... heheheh..

Rabu, April 21, 2010

Apa persamaan Zaid Ibrahim dan Bill Clinton?


Wahhh ... macam hebat Zaid Ibrahim bunyinya. Pasti senyum sampai ke telinga orang-orang PKR. Taulah mereka mendewakan barat.

Semasa Bill Clinton berkempen untuk Presiden, orang menimbulkan isu peribadi bahawa Bill Clinton hisap ganja. Dia jawab, "Saya hisap tapi tak sedut."

Masa skandal seksnya dengan Monica Lewinsky didedahkan, dia didedahkan menerima layanan tiup-tiup dari Monica. Dia jawab, "Saya di tiup, tapi tidak masuk. Itu bukan seks."

Zaid Ibrahim didedahkan minum arak. Selepas pelbagai tipu helah pemimpin PAS yang berkempen memutarbelit, dia mengaku dulu minum. Bila ditanya bila berhenti, tidak jawab. Ada sumber memberitahu dia cuma berhenti minum beer dan whisky tapi masih minum wine. Wine bukan minum, gut?

Zaid Ibrahim didedahkan kaki judi kuda. Dia mengaku tuan punya kuda lumba tapi tidak judi. Bila ditanya mengenai kemenangan US$450,000, dia kata "So what?" Kuda lumba dan menang dapat duit judi bukan judi ke?

Wow! Jual orang lagi untung dari beli wine dan taruh kuda lumba.

Selasa, April 20, 2010

Ah Eng aaaa ... baby pun ketawa sama lu

Kah.. kah.. kah... Apa?

Lim Guan Eng kata jangan serang peribadi Zaid? Hah? Serangan peribadi tak baik? Kah.. kah.. kah...

Apa? Puak2 Pas pun marahkan UMNO sebab buat fitnah kat Zaid? Kah.. kah... kah...



Apa dia orang ni dah buat tabiat ke? Orang tua-tua kata kalau dah buang tabiat tu maknanya dah tak lama lagi dah nak hidup tu. Biasalah buang tabiat selalu dikaitkan dengan perangai orang yang dah nak masuk kubur. Kah.. kah.. kah...!!



Oik... Guan Eng, puak2 kapir DAP dan puak2 Pas, korang lupakan siapa RAJA FITNAH kat Malaysia ni kalau bukan CIFU korang si Nuar Berhim tu? Bukankah dia kaki tabur fitnah kata Najib bunuh Altantunya. pasal Apco, pasal rasuah, bla.. bla.. bla... Bukan ke puak2 DAP yang tabur fitnah konon amoi China kena ketok ketampi bogel walhal dia minah Melayu. Waaa kakakakaa...


Bukan korang ke yang duk serang peribadi calon BN masa PRK Permatang Pasir dulu? Sampai mamat tu dah bercerai-berai sebab korang duk jaja dia berbini dua. Kah.. kah... kah....


Wah bukan main lagi bila korang duk tabur fitnah kat puak2 UMNO/BN, korang bukan main seronok dok main isu Altantunya, pasal Beng Hock, pasal Apco walhal korang pun tak ada bukti pun. Kalau ada pun tu semua hasil sentuhan "Adobe Photoshop" . Kah... kah... kah...


Sudahlah. Kalau dah syaitan tu syaitan jugak. Tak boleh jadi malaikat punya. Mana ada syaitan nasihatkan manusia jangan buat jahat. Kah kah kah...



Dipetik dari Mesin Taip Buruk

Taubat atau Tau Buat?


Kalau baru balik Mekah sebagai alasan, hai ... Abu Lahab manusia paling alim dalam dunia.

Kalau taubat dah berhenti muda2 dulu, hai ... ceritalah bila dan takyah nak tibai orang lain. Kenapa taubat masa kempen? Adakah orang rapat yang perakukan?



Kalau dah taubat, hai ... apa pula cerita dengan kuda lumba.


Tapi kalau betul nak taubat, hai ... apa pendirian tentang IFC, kemurtadan Lina Joy, dan kebebesan berugama sekarang?

Nak faham, hai hai hai ... buka ayat Al Maidah 90 sini.


* Tajuk ditiru dari sini

Ahad, April 18, 2010

TERKINI HULU SELANGOR: Zaid marah kepada Khalid


Malam tadi merupakan malam pertama dibenarkan kempen pilihanraya kecil yang sah bagi keempat-empat calun.

Calun Barisan Nasional, P Kamalanathan masih belum biasa dan kekok sebagai calun. Sebagai Ketua Penerangan MIC, dia sudah terbiasa berucap dan bercakap di khalayak ramai. Bila berkempen, dia terbawa-bawa dengan tugasnya sebagai Ketua Penerangan.

Baru hari pertama, besuk dia akan mulai peranan sebagai pengantin. Bila sudah menang dan jalankan tugas sebagai wakil rakyat, masa mempertahankan kerusi baru sendiri boleh kempen.

Sementara itu, Zaid Ibrahim akur kepada peranannya sebagai pengantin. Dia tidak bercakap langsung mengenai isu sistem kehakiman, hak murtad, Suruhanjaya Antara Ugama (IFC), menentang isi kandung perlembagaan dan lain-lain.

Peranan ini diserahkan kepada pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat untuk menaikkan namanya dan membincang isu-isu.

Presiden PAS, Haji Hadi memberitahu para pengundi dalam ceramah di Sungai Thani bahawa Zaid sudah mengerjakan haji dan beberapa kali umrah. Secara kias, mereka mahu memberitahu seolah-olah Zaid sudah taubat dan tidak minum.

Sana sini poster yang ada muka Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Zaid diguna photoshop untuk di superimpose lakaran songkok.

Tiba giliran Khalid berucap, dia berkata dalam ceramahnya, "Tuan-tuan dan puan-puan jangan ... percaya ... pada dakyah ... Barisan Nasional. Mereka akan sentiasa menggunakan fitnah seperti mengatakan saya tidak mahu menerima dan memulangkan pembayaran cukai YBK.

"Kita usah bermain dengan kempen serangan peribadi. Percayalah cakap saya, Zaid sudah berhenti minum ...."

Zaid marah dengan pembohongan itu lalu berkata semasa giliran berucap, "... saya belum berhenti."

Sabtu, April 17, 2010

Tiada botol berterbangan dihari penamaan calun


Kuala Kubu Baru Apr 17: Penamaan calun untuk pilihanraya kecil Parlimen p94 Hulu Selangor berjalan dengan lancar.

Walaupun suasana agak tegang, keadaan terkawal dan semua pihak dapat mengawal emosi penyokong masing-masing.

Rahim Ambak, seorang penyokong BN memberitahu tiada botol berterbangan kali ini.

"Cuma rakan-rakan dari UMNO Kelantan ingin sekali lihat kaki botol yang berterbangan," katanya.

Kaki yang dimaksudkan itu kaki judi kasino, main kuda, dan politik wang. Dia pun cakap berbelit-belit dan berubah-ubah pendirian mengikut suka hatinya dan dalam masa terdekat.

Ketika ditanya mengenai botol yang diharapkan terbang, P Kamalanathan, calun Barisan Nasional dari MIC berkata, "Saya tidak ada masaalah kaki botol walaupun ugama saya membenarkan saya minum sedikit. Asal tidak keterlaluan."

"Falsafah saya adalah semua terpulang kepada masing-masing untuk berpegang kepada ugama pilihan masing-masing.

"Yang penting, kita mesti berpegang teguh pada ajaran dan nilai-nilai yang kita pegang. Penganut berlainan agama perlu menghormati dan menerima perbezaan amalan agama masing-masing."

Kamalanathan akan ditentang oleh Dato Zaid Ibrahim (PKR), bekas Naib Pengerusi MIC Hulu Selangor V.S. Chandran dan Johan Mohd Diah.

Hari pemilihan adalah pada April 25hb.

Sementara itu, PAS akan mengadakan majlis sembahyang istiharah hari-hari untuk menunggu petunjuk turun yang memboleh mereka terima untuk meyakinkan perjuangan Zaid itu selari dengan perjuangan PAS.

Ilham tidak boleh dijangka bila akan turun tetapi Dato Naik Aziz akan ke Hulu Selangor pada April 21hb untuk mengumumkan fatwa yang membolehkan Zaid diberi undi. - Agensi Husin Lempoyang

Khamis, April 15, 2010

Fatihah untuk ana


Satu SMS sedang tersebar:
Saya pilih orang yang boleh baca fatihah bila saya meninggal dunia.
Baguslah kalau dapat. Cuma berhati-hati bila memilih. Ada orang itu kata dia Melayu dan suruh kita pilih dia.

Kita ingat dia tahu baca fatihah tapi macam mana baca fatihah yang sokong Sister in Islam, Interfaith Commission, lawan hukum hudud di Kelantan, cadang buka loteri, peminum arak dan meluahkan pendapat yang hanya menghuru harakan masyarakat.

Kalau macam itu, baik ana pilih India yang tidak pura-pura Islam. Orang muda belum ada dosa politik lagi.

Bila ana mati, ana tahu dia tak boleh baca fatihah. Tapi dia carikan orang yang tahu dan baik bacaan untuk bacakan fatihah untuk ana.

Sepanjang hidup, dia berjuang untuk bantu bawa aman makmur kepada semua rakyat. Dengan itu, mudah untuk kita beribadat dengan tenang. Kata-katanya tidak menyakitkan hati orang dan menghuru harakan masyarkat.

Jangan ada syak dan wasangka. Undilah Kamalanathan.

Rabu, April 14, 2010

Bijak PKR pilih calun


Ana dapat SMS berikut:

Bijak sungguh PKR meletakan calon di Hulu S'gor yang punyai nama sama dengan nama orang Melayu bagi mengelirukan pengundi Melayu. ... SUA Perkasa.
BN pun tak bodoh. Kalau mahu, boleh letak MIC dapat macam Melayu.

Menurut RBF, mereka boleh pilih Ustaz Farid Ravi.


Umno nak melayu, MIC nak india. Pilih Ustaz Farid selesai masalah. PKR pasti hilang deposit.

Kalau tidak mahu, pilih pula Kamalanathan.


Fasih berbahasa Malaysia, rekod bersih, tidak pernah meliwat atau main bini orang.

Semua boleh, janji Samy Velu ada otak lagi dalam kepala.

Isnin, April 12, 2010

Tak takut pun


Apa yang Parpukari marah ni [Baca sini]?

Bunyi macam menakutkan bila Menteri Dalam Negeri beri amaran. Dari amaran, sudah menjadi amaran keras. Langsung menjadi amaran terlalu keras.

Eh ... ini bukan jadi orang bertambah takut dan berhati-hati tapi bertambah stim.

Auw ... nak jumpa blogger pun takut-takut dan elak-elak sampai kensel 6 kali.

Khamis, April 08, 2010

Lompat Bung ... Lompat


Bung dan Zizie hadhir ke Anugerah Berita Harian. Cewah cewah Bung ... macam pengantin baru.

Ini yang ana teringat cerita Kluangman...

Di awal pagi yang indah. Kriiiinnggggggg...bunyi hp nokia lama..

Anwar: Hello Bung, ini Anwar..

Bung: Oh Bro..saya pun baru mau telefon bro..tapi bro telefon sudah..

Anwar: Jadi ke lompat..

Bung: Sudah tentu, ini perkabaran yang mau saya katakan..

Anwar: Bagus bagus bagus..bila mau buat press statement

Bung: Dalam masa terdekat, saya juga akan bawa seseorang sebagai saksi dan penyokong...

Anwar: Iye....separuh suspen..siapa lagi yang akan sertai kita..

Bung: Ahli Parlimen Sri Gading..Mat Ajis

Anwar: (Terkejut Beruk) Hebat tu...tahniah tahniah...di luar jangkaan kita mendapat sambutan, Johor kita akan tawan....

Bung: Saya harap bro sudi datang...

Anwar: Ohhh..sudah pasti, Azizah dan Nurul akan ikut serta, itu hari istimewa, kita patut raikan bersama..

Bung: Kad Jemputan mungkin on the way..

Anwar: No Problem..tanpa kad pun saya akan datang

Bung: Tapi ini majlis privacy, jangan kasi tau semua orang...bila dah sah baru saya umumkan

Anwar: Tapi...kawan kawan kita Lim Kit Siang, Karpal takkan tak boleh kita bagitau...

Bung: Boleh tu boleh ...hendak ke mereka datang ke masjid...

Anwar: Kenapa buat di masjid...

Bung: Benda baik bro, nak dirikan masjid..itu kehendak Zizie...


Anwar: *^%$#@#((*^%%##@@#$$$ (pengsan kot)

Selasa, April 06, 2010

Memperkenalkan TV Kak Enon

Memperkenalkan blog baru TV Kak Enon.


Berikut adalah video terbaru:


Yang sebelum ini, sila ke sana.

Sabtu, April 03, 2010

Kemelut memilih calun



Hulu Selangor boleh dikira tempat selamat untuk Barisan Nasional jika G Palanievel tidak dipilih untuk bertanding.

Setelah tiga penggal jadi wakil wakyat di situ, dia sudah cuai dalam tanggungjawab dan tidak ambil peduli hal kawasannya. Orang Hulu Selangor tak mahu dia lagi.

Masaalahnya Samy Velu pula berdegil mahu dia bertanding. Sana sini dia mengaruk pasal tak dapat letak Palanievel. Sampai Parthiban dan macam-macam orang dia sudah merungut.

Nampak sangat Samy sudah ketinggalan zaman. Dia ingat asal letak Timbalan Presiden MIC, apa dia mahu boleh menjadi begitu saja. Orang sekarang tak peduli. Dia tak mahu, tak ada sesiapa boleh paksa.

Malulah Timbalan pilihannya untuk kalahkan Dato S Subramanium tidak ada jawatan di Parlimen dan dalam kerajaan.

Sekarang timbul pula kemelut baru. Orang Melayu Hulu Selangor sudah begitu terluka dengan Palanievel hingga mereka tidak boleh maafkan MIC. Mereka mahu calun BN mesti Melayu.

Kata mereka, setelah lebih 50 tahun, sampai masa giliran UMNO untuk merasa "kongsi kuasa" di Hulu Selangor.

Ini memeningkan Dato Najib yang mahu mengekalkan persefahaman persepakatan kongsi kuasa. Bertambah lagi, dia perlu mengkotakan slogan 1Malaysia dengan mengekalkan calun MIC.

Kesian dia begitu runsing lalu menalipon Husin tadi minta nasihat.

Ana beritahu sama Dato Najib supaya cuba mencari formula yang boleh diterima dua-dua pihak. Mereka mahu Melayu maka perlulah dia ahli UMNO. Untuk memuaskan hati MIC, perlu dicari seorang yang "serupa" dan cakap pun "serupa".

Suka Dato Najib.


Dia tanya ana siapa yang boleh memenuhi kriteria ini. Ana sudah kasi cadangan Azeez Raheem kerana dia memenuhi kedua-dua kriteria. Nama dia saja lain sedikit ejaan.

Kesian Azeez nanti kena tumbuk pada hari penamaan calun macam di Bagan Pinang. Selamat sedikit kalau dia yang bertanding.

Lagi pun, dia pandai berlakun nak kena tembak. Mana tahu dapat undi kesian ... boleh menang.

Settle.

Cuma ana tak tahu Dato Najib setuju ke tidak. Kenalah ente semua tunggu pengumuman.

Khamis, April 01, 2010

Samy Velu bertemu Dato Najib


Berhari-hari Dato Seri Samy Velu cuba mendapatkan masa untuk bertemu PM tapi masih belum diberi tarikh. Akhirnya Dato Seri Najib bersetuju untuk bercakap sebentar di holding room dalam sebuah majlis di Hilton Kuala Lumpur.

Najib: Ya, Dato Samy. Apa hal yang penting sangat untuk berjumpa saya?

Samy: Saya mahu berjumpa untuk menyerahkan senarai calun MIC untuk pilihanraya kecil Hulu Selangor.

Najib: Terima kasih ... (sambil membuka sampul untuk membaca isi kandungnya segera) ... Kenapa satu saja dalam senarai? Sepatutnya ada tiga nama calun.

Samy: Itu yang saya perlu bertemu sendiri memberitahu bahawa MIC telah membuat keputusan sebulat suara untuk mencadangkan hanya nama Dato G Palanievel. Sebagai Mantan Wakil Rakyat di situ, kami pasti dia boleh menang balik Hulu Selangor.

Najib: Dia sudah jadi wakil rakyat selama tiga penggal dari 1990 tapi kalah pada percubaan keempat pada 2008. Bolehkah dia menang balik?

Samy: Boleh ...

Najib: Kalau boleh menang, seluruh negara akan senang hati.

Samy: Ya Dato Seri.

Najib: Macam mana kalau kalah?

Samy: Ohhh ... takpa Dato Seri. Kalau kalah, saya sorang hati banyak senang ...