Sabtu, Januari 29, 2011
Tidor pun sedondon
Selepas sepanjang hari kempen, Mala dan suami pulang kepenatan malam Jumaat petang Khamis hari itu.
Lepas mandi lap2, mereka masuk tido.
Makrof berada atas katil dalam selimut. Sambil memandang Mala, dia berkata, "Sedap pakai sama-sama sedondon."
"Ya ka bang?" sambut Mala dengan senyum manis.
"Sayang sekali ... kenapa masa tido tak mahu sedondon?" tanya Makrof.
"Tido pun nak sedondon ke bang," Mala tanya.
"Mestilah ... Abang dah syoh sama-sama sedondon," kata Makrof
"Abang nak Mala cari baju tidor warna apa?" Mala tanya.
"Alah ... Tak payah. Kita boleh sedondon tanpa pakai baju ..."
Dengan bibir tersenyum si Makrof misai melenting sambut ... sambil membuka selimut melihatkan dia tanpa baju.
"Penatlah bang ... Lepas PRK la ... Pagi-pagi besuk kita nak ziarah kuil," Mala merungut.
"Baiklah ... Mana pill depression abang?" Makrof kata.
"Mala pun nak satu," Mala meminta.
"Kenapalah abang ambil MC hari tu? Mala pun ikut depress ..."
Surat terbuka Normala kepada Papagomo
Apa yang lu merapu Papagomo?
Gua sebenarnya bukan tak chenta sama dia .. gua cuma bosan makan ayam.. Tiap kali dating dan sampai dah berumahtangga dia asyik kasi gua makan ayam..
Sekali sekala gua nak jugak makan nasi lemak..
Setibanya gua di maktab, gua berkenalan dengan abang misai yang sudi temankan gua sekerap boleh..biarpun dia terpaksa ambil MC untuk tuang kelas..lagipun dia kacak dengan misai kucingnya.
Ada kawan-kawan dia yang beritahu gua walaupun dia poyo tapi gua tak ambil port itu semua kerana memang gua dah bosan makan ayam..
Gua cuma nakkan seorang lelaki yang boleh bantu menjadikan gua calon.. Menang belum tentu tapi tak apa, gua memang dah tak larat nak makan ayam.
Lu bayangkan Gomo sampai bila gua nak makan ayam... takkan selepas bersara nanti gua nak ternak ayam pulak.. Gua tak sanggup jika nanti anak-anak gua terpaksa makan ayam setiap hari.
Laratkah kalau setiap pagi gua terpaksa makan roti telur ayam dan telur ayam setengah masak.. Tengahari makan kari ayam.. dan malam makan ayam lagi..
Gua jemu Gomo.. Lu cubalah faham.
Takkanlah kemahiran gua cuma perlu berkisar pada ayam.. Lu bayangkan kalau dalam tempoh berkempen gua cuma boleh bercerita pasal ayam.. Takkanlah peruntukkan yang gua dapat gua cuma mampu rakyat Tenang bina reban ayam? Sampai bila Gomo sampai bila?
Lu tahu Gomo.. Gua sudah seakan badi dengan ayam.. Kalaulah gua menang di dalam Pilihanraya ini gua tak mahu terbang seperti ayam.. sekejap terbang dan kemudiannya jatuh.. gua mahu jadi seperti burung.. Lagipun daging burung lebih mahal berbanding daging ayam..
Di dalam ruang sesempit reban ayam ini..
Ketahuilah Gomo bahawa gua bukan tak chenta sama dia cuma gua sudah terlalu alergik dengan ayam..Berdamailah kita Gomo dan gua takkan kedekut ilmu jika lu mahu mendalami ilmu ayam..
Tahniah Gomo dan kerjalah dengan iklhas di Tenang.. Jangan buat-buat sakit dan minta MC walhal sebenarnya lu sihat.. Ketahuilah Gomo..memalsukan MC hanya akan menyebabkan lu makan duit gaji haram.
Yang benar,
Aku bukan penchenta ayam..
Dari seekor ayam yang kuat berkokok
Sabtu, Januari 22, 2011
Pangkah Cikgu
Rabu, Januari 19, 2011
Mulakan serangan
ADO Rengit sudah diumumkan calun untuk Barisan Nasional. Kedua-dua pihak sudah umumkan calun.
Buat apa tunggu hari Sabtu nak serang menyerang. Apahal pun, Pakatan sudah mula ceramah. BN pun sudah berceramah atas nama agensi kerajaan.
Suami Cikgu Normala Sudirman berperanan menyerang Pengarah Pelajaran Johor.
Tibai pasal Muslimut curi IC orang kampung.
Bantailah balik pasal fatwa Nik Aziz yang kata dulu wanita tak boleh berpolitik, fatwa sekarang boleh jadi calun.
Nak kasi pengsan sama Cikgu Mala, dedahkan bapa dia banduan. Baca sini.
Hehehe ...
Baiklah kita jangan main peribadi ye.
P/S Sori lupa blog ana curi ide ini
Sudah dapat ... Akar Umbi punya
Calun BN pun cikgu juga
PAS sudah mumkan akan meletakkan seorang bekas guru sebagai calun untuk pilihanraya kecil kecil Tenang. Ianya seorang wanita dan bernama Normala Sudirman.
Cikgu Mala pun sudah letakkan jawatan.
Pandai PAS nak dapatkan sokongan undi dari guru-guru yang merupakan penyokong tradisi UMNO, terutama di Johor.
Dari apa yang Husin dengar, calun yang akan diumumkan UMNO hari ini ialah seorang guru dan wanita juga.
Telek pun telek dari satu panggilan talipon ke satu panggilan talipon, Husin dapat tahu calunnya ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Labis, Haslinda Salleh.
Kalau Cikgu Linda yang dimaksudkan, baguslah.
Orangnya agak gempal. Maka tiadalah nanti cerita tidak sedap dan fitnah konon calun ada skandal.
Dah tentu dia orang perempuan, tiadalah pula fitnah dia ada suami dua atau tiga atau empat.
Faham-fahamlah kempen pilihanraya. Segala benda nanti akan diungkit.
Husin pun difahamkan Cikgu Linda kini sudah diet dan badannya sudah surut.
Tiadalah dia nanti dikatakan sebagai tidak aktif dan berupaya untuk jalan tugas sebagai wakil rakyat.
Tiadalah cerita-cerita pilihan ini akan berakhir dengan satu lagi pilihanraya kecil. Ramai sudah letih kerana banyak sangat pilihanraya kecil pada penggal kali ini.
Tenang ialah pililhanraya kecil ke 15.
Husin paling bersyukur Cikgu Linda sudah slim sebab terhindarlah tomahan dan fitnah jahat terhadap Cikgu Linda.
Setakat nyanyi karaoke tak ada hal. Itu kira cikgu yang sporting. Penting untuk Husin, tiada lagi orang mengata dia "kuat makan" dan asyik "makan sorang."
Muga-muga menang dengan lebihan undi yang baik.
May the best woman win.
Selasa, Januari 18, 2011
Projek perintis kesihatan mental
The Star melaporkan Kementeriaan Kesihatan dan Pendidikan akan melancarkan projek perintis di 4 sekolah untuk mengenalpasti dan menangani masaalah kesihatan mental pada peringkt awal.
Harap mula di MCKK.
Ada bercita-cita mahu jadi Perdana Menteri Malaysia tapi masa meminta berkata, "Tak akan tak biasa di sekolah asrama."
Kini dah melarat menjadi teruk. Tapi mulanya di situlah.
Sabtu, Januari 15, 2011
Kesitu pulak
Empat sahabat dalam perjalanan ke Ipoh menaiki kereta. Supaya pemandu tidak mengantuk, ketiga-tiga yang lain berborak.
Termasuk bab politik.
Termasuk bab politik.
Rahim: Fed-up la aku dengan isu-isu tempatan macam kes perlantikan SUK Selangor dan isu azan di Pantai Dalam.Semua ketawa.
Salleh: Segala isu sekarang ni dipolitikkan. Itu sebabnya.
Shaari: Sebabkan suasana politik yang sengit, setiap kesalahan atau kelemahan dibesar-besarkan oleh pihak lawan. Jadi setiap kali dijadikan isu. Setiap pihak akan putar belitkan jawapan.
Rahim: Itu betul juga. Tapi kalau setakat kes SUK dan azan yang terbaru ini, aku rasa masaalah sebegitu sebab ada terlibat yang berkelamin dengan bukan Melayu. Ia membuat cara buat keputusan pelik2 ...
Zaki (yang memandu): Maksud kau?
Rahim: Pasal dia orang ni suka bukan Melayu, maka anu dah masuk benda alah bukan Melayu. Fikiran dia dah tidak Melayu tapi macam bukan melayu.
Salleh: Tak ada kena mengenalah. Apa kau orang cerita ni.
Shaari: Ya la .... macam mana kena mengenanya. Siapa kau maksudkan? Teruskan aku nak dengar teori kau orang.
Rahim: Aku tak mau sebut nama. Sebabnya bila anu dah masuk benda alah bukan Melayu, pemikiran dan emosi dah lain. Dia sudah terbuka hati kepada pemikiran bukan Melayu. Apa mereka kata dan minta, hati dia terbuka. Hilang kemelayuan.
Zaki: Aku rasa itu bukan masaalah. Benda alah tu semua sama, tak kira bangsa. Asal dia tak melintang horizontal. Aku dah bo banyak bukan Melayu tapi masih kuat jiwa Melayu aku.
Salleh dan Shaari: Dia sama dia pun lain pandangan. Apa pula pandangan ko Zaki. He he he ...
Zaki: Aku sebenarnya lagi susah hati pada mulut yang pergi rasa benda alah bukan Melayu. Pasal akhirnya mulut tu bercakap macam benda alah bukan Melayu. Itu yang jadi masaalah kita sekarang.
Salleh: Gila la kau orang ni. He he he ... tapi luculah aku bayangkan mulut tu boleh bercakap.
Selasa, Januari 11, 2011
Isnin, Januari 10, 2011
Nak makan apa?
Satu hari Sultan memanggil wakil-wakil rakyat dari kalangan pegawai-pegawai kerajaan, pentadbiran awam, peniaga-peniaga, pekerja-pekerja dan lain-lain bersama exco kerajaan negeri untuk bincang pasal hala tuju negeri.
Tuanku sangat prihatin dengan keadaan perpaduan dan kebajikan rakyat. Baginda mahu semua rakyat dan semua pihak bersemuka dan bersifat ikhlas menyelsaikan pelbagai kemelut dalam kerajaan.
Satu lagi yang menimbulkan kemurkaan Tuanku ialah exco-exco kerajaan yang suka engkar dan tentang pilihan Tuanku. Tuanku masih bersabar lagi.
Sebelum mesyuarat bermula, Tuanku ajak mereka makan dahulu.
Sebaik duduk, Tuanku berpaling kepada seorang ahli kesatuan sekerja yang mewakili pekerja-pekerja. Dia ini berbangsa India.
"Apa awak mahu makan?"
India itu menjawab, "Patik vegetarian. Makan sayur saja."
Lalu Tuanku bertanya pada seorang ahli perniagaan berbangsa Cina, "Awak mahu makan apa? Ayam dan daging ada, tapi khinzir tak ada."
"Takpa Tuanku, patik boleh makan ayam."
Tuanku bertanya pada pegawai kerajaan, "Awak mahu makan apa?"
"Patik makan apa saja yang Tuanku hidangkan. Daging pun boleh. Menurut perintah, Tuanku."
Akhir Tuanku bertanya seorang exco kanan kerajaan, "Apa yang kamu mahu makan? Kamu yang selalu susah dan kompen."
Exco itu tidak cakap apa-apa tapi hanya menggeleng leher. Adakah maksudnya tak makan ayam atau daging?
Sultan murka exco ini tidak mahu jawab. Ditinggikan suaranya lalu ditanya, "Cakaplah beta, kamu nak makan apa!?"
Dengan gugup dan terketar wakil exco kerajaan bercakap, "Ampun Tuanku. Beribu-ribu ampun. Patik memang tak makan ayam atau ikan atau daging.
"Patik hanya makan duit ..."
Sultan tidak terkejut pun. Tuanku hanya berkata, "Padanlah kamu selalu engkar dan lawan titah dan perkenan beta."
Rabu, Januari 05, 2011
Separuh bunuh diri separuh dibunuh?
Ranjit Singh, Nathan, Leong dan Robin. Empat peguam berjumpa untuk minum bir di sebuah bar.
Ranjit: Macam mana keputusan koroner itu kes mati Teoh Beng Hock?
Nathan: Sure suicide la. Tiga orang pakar sudah cakap.
Leong: Itulah dia. Siapa mahu bunuh? Takkan SPRM ... dia mahu Teoh terus hodup?
Robin: Saya dapat berita SMS The Star. Dia kata open verdict.
Ranjit: Maknanya Teoh Beng Hock tidak mati bunuh diri atau mati dibunuh.
Nathan: Bunyi macam koroner takut buat keputusan.
Robin: Tak boleh cakap itu macam Nathan. Bukti tak cukup.
Leong: Kalau tidak bunuh diri atau dibunuh, macam mana dia mati?
Nathan: Dia sudah matikah?
Leong: Aiyyy ... jangan cakap itu macam. Seram saya. Mayat dia ada dan sudah kebumikan serta gali untuk bedah siasat balik.
Nathan: Kalau dia bukan dibunuh diri atau dibunuh, takkan separuh separuh bunuh diri dan separuh dibunuh.
Ranjit: Mana tau, dia mahu bunuh diri tapi takut dan tak jadi. Datang satu orang yang mahu dia mati, terus tolong dia bunuh diri?
Nathan: Atau pun, dia mahu bunuh diri. Masa dia duduk di tepi tingkap, dia takut dan tak mahu bunuh diri. Tapi dia pengsan, lalu terus jatuh?
Robin: Ehhh ... gila lah lu orang. Mari order minumlah!
Leong: Biar polis selidiklah .... Tiada tekanan terhadap polis untuk tentukan outcome. Sapa yang mahu handphone dia mesti jawab .... hehehe.
Selasa, Januari 04, 2011
Macam mana orang nak pangkah BN
Asal PRU, kita berkempenlah suruh pangkah BN. Setiap kali kita dapat yakinkan pengundi, kekallah dia jadi wakil rakyat atau Menteri.
Orangnya pandai cakap, berpantun dan faham budaya. Pelajan tinggi educated. Kita percaya dia bagus dan baik.
Mana nak sangka rupanya anak dia ada macam-macam hal.
Kemungkinan dah lama sangat Menteri. Dah terambil mudah macam-macam perkara.
Besuk ada laporan polis di IPD Seremban 2 pukul 10:45 pagi pulak. Susah ni ....
PRK Tenang dah dekat. Macam mana pengundi nak ikut cakap dia bila dia ceramah suruh pangkah BN di Tenang?
Pasal dia sendiri tak pangkah BN. Dia pangkah amah.
Isnin, Januari 03, 2011
Tambah umur berkurangan keutamaan
Hari ini, hari ke 3 tahun baru 2011. Maaf ana tidak sempat beri ucapkan. Selamat tahun baru.
Dengan umur kita semakin hari semakin meningkat, maka sesekali kita perlu duduk untuk memikir sejenak mengenai kehidupan.
Ingin ana kongsi beberapa falsafah Cina yang ana sudah terjemahkan.
人生是什麼?
Apakah erti kehidupan ini?
1 歲時出場亮相
Pada umur 1 tahun, ANDA adalah paling utama dalam hidup.
10 歲時功課至上
Pada umur 10, kejayaan dalam akademik adalah paling utama dalam hidup.
20 歲時春心盪漾
Pada umur 20, memuaskan si anu adalah paling utama dalam hidup.
30 歲時職場對抗
Pada umur 30, kerjaya yang baik adalah keutamaan hidup.
40 歲時身材發胖
Pada umur 40, menjaga kesihatan badan adalah keutamaan hidup.
50 歲時打打麻將
Pada umur 50, mengalahkan rakan dalam permainan mahjung (atau lain-lain mainan) menjadi keutamaan.
60 歲時老當益壯
Pada umur 60, mengekalkan si anu masih hidup menjadi keutamaan hidup.
70 歲 時 常常 健忘
Pada umur 70, mengingatkan sesuatu adalah keutamaan hidup.
80 歲時搖搖晃晃
Pada umur 80, dapat bergerak jadi keutamaan hidup.
90 歲時迷失方向
Pada umur 90, dapat tahu arah pun penting dalam hidup.
100 歲時掛在牆上
Pada umur 100, tinggal ingatan dari gambar tergantung di dinding menjadi keutaman.
Langgan:
Catatan (Atom)