Khamis, Mac 31, 2011
Rabu, Mac 30, 2011
Satu adegan di zaman teknoloji Tweeter
Di satu pejabat, seorang Pengurus memarahi pekerja yang prestasi tidak meyakinkan.
"Kau ni, apa nak jadi Leman. Jualan menurun, batang hidung tak nampak di pejabat," Borhan bersuara.
Leman hanya menunduk saja.
"Dulu aku yang bawak kau masuk kompeni. Dia orang tak mahu kamu, tapi aku suruh beri kamu peluang.
"Patutnya kamu pahamlah. Jangan kecewakan aku."
Leteren Borhan berterusan.
"Baiklah sekarang aku nak tahu."
"Apa dia Encik Borhan,?" Leman bertanya.
"Bila kau tak lawat customer, mana kau pergi?" Borhan tanya.
"Saya akan datang ke pejabat untuk buat paperwork dan documentation," jawab Leman.
"Ada orang kata kau selalu melalut pergi tempat tak senonoh pada waktu pejabat. Semalam ada ke kau ke tempat-tempat macam gitu pada pukul 3:30 petang ke 5:30 petang?"
"Takde Encik Borhan. Tak percaya tengok Twitter saya ....."
Isnin, Mac 28, 2011
Hoya! Hoya! ...
Seorang ahli politik pergi berkempen di kawasan pedalaman yang didiami oleh kaum-kaum pribumi. Tempatnya jauh dari bandar. Nak sampai berjam-jam memgikuti jalan balak.
Penduduk peribumi telah diberitahu awal. Lalu mereka semua berkumpul di balai kampung mereka yang ala kadar untuk mendengar ucapan ahli politik berkenaan.
Setelah hampir satu jam beliau berucap dengan ucapan yang panjang-lebar, maka semangat dan nada ucapan menjadi lebih panas dengan sambutan hangat penduduk berkenaan.
Dia mengeluarkan satu buku kecil berwarna jingga. "Buku ini mengandungi semua janji-janji kami."
Panjang lebarlah dia bercerita mengenai buku jingga. Semuanya janji nak kasi itu ini pada rakyat, takda pun cerita pasal macam mana dapat duit untuk biayai janji-janji.
Dia sedar tapi dalam hatinya berkata dia orang ni semua tidak akan sedar. Melihat penduduk di situ senyum, dia yakin mereka suka padanya.
"Dengan sokongan tuan-tuan dan puan-puan, kita akan ambilalih kerajaan negeri dan bawa perubahan!"
Mereka melaungkan "hoya! hoya!"
Untuk memantapkan sokongan, ahli politik menjanjikan hak demokrasi untuk bersuara dan tiada lagi sekatan hak asasi manusia.
Penduduk peribumi melaungkan dengan kuat "hoya! hoya!"
Ahli politik menjadi bersemangat kerana sambutan yang menggalakkan itu.
"Kami akan pastikan kebebasan berakhbar dan rakyat selamat dari pelbagai fitnah."
Laungan penduduk lebih kuat lagi: "Hoya! Hoya Hoya!!!"
Di akhir majlis, ahli politik itu dibawa melawat sekitar kampung mereka. Tuai rumah panjang tersebut bertanya, "Bolehkah parti tuan ambilalih kerajaan negeri untuk tunaikan janji? Kalau buku jingga janji beri macam-macam wangnya datang dari mana?"
Beliau jelaskan kami tahu apa nak buat bila kami ambilalih nanti. Dia meyakinkan partinya akan menang.
Mengelakkan ditanya soalan susah begitu, beliau menunjuk ke arah lembu-lembu yang meragut di sekitar kampung, lalu bertanya pada ketua kampung: "Ini semua lembu peliharaan penduduk di sini kah?"
Jawab ketua kampung: "Ya, lembu kami semua ini."
Untuk mengambil hati penduduk, beliau berkata: "Boleh kita ambil gambar beramai-ramai?"
"Boleh," balas ketua kampung.
Ahli politik cuba menambah perisa lagi: "Kita ambil dekat sikit dengan lembu-lembu itu supaya nampak lebih menarik lagi."
Jawab ketua kampung lagi: "Boleh... tapi hati-hati sikit... nanti terpijak hoya."
Sabtu, Mac 26, 2011
11:39 PM Balik main Twitter
Dua das dalam 20 minit dan balut dengan tissue paper.
Sambung semula main twitter.
Harap-harap orang tak tahu ... hehehe.
Jumaat, Mac 25, 2011
Suatu adegan kekasih gaduh
Ini pergaduhan antara kekasih.
Satu orang yang kita gelas A telah ditangkap bersama seorang pelacur dari China. Kekasihnya yang kita AA mengamuk sakan dengan A.
Asal ceritanya, A nak jumpa AA untuk terangkan apa sebenarnya berlaku. A sepatutnya terangkan pada W kenapa ini berlaku tetapi dia terangkan pada AA dulu.
AA menghentak-hentak kaki dan mengarah semua staf pejabat keluar. Namun begitu, mereka tak peduli kerana arahan tak nampak serius. Maka pergaduhan antara dua insan bercinta ni dapat dilihat semua.
Lepas menghentak kaki, AA mula tanya dengan suara yang tinggi, "Kenapa you main dengan pompuan pelacur?"
"No no ... please do understand. I tak main, cuma berzina aje," jawab A.
"Oooo ... berzina dengan betina. Dah takde jantan lain ke?," sergah AA.
"Please Yang, sumpah lepas ni abang tak buat lagi," pujuk A.
"OK, kalau you berani, sumpah la ...," kata AA yang mula lembut.
"Err Yang, sumpah cara saiful ke cara ...? Takutla Yang, nanti I kena sambar petir betul-betul macamana?" tanya A pada AA.
"You sumpah je la ... asal ada. Nik Ajis kan dah ajar kita buat apa yang rasional je ...," kata AA.
"Saya A bin I dengan ini bersumpah di hadapan tuhan plural yang pelbagai akan setia bersama jantan sahaja dan tidak akan mencari pompuan lain ..."
Selepas itu, dikhabarkan mereka saling berpelukan. A kenyit mata kat staf lain sambil tunjuk signal OK.
Nak tahu siapa A yang kaki bohong ini, pergi ke GAP sini.
Rabu, Mac 23, 2011
Di mana anda ketika itu?
Orang Amerika ada satu tabiat yang menarik. Mereka suka bertanya dimanakah anda semasa sesuatu kejadian utama sedang berlaku.
Contohnya, dimanakah anda ketika John F Kennedy ditembak Dealey Plaza, Dallas, Texas pada pukul 12:30 tengahhari pada hari Jumaat November 22, 1963?
Atau dimanakah anda ketika John Lennon ditembak di The Dakota, New York pada Disember 8hb, tahun 1980?
Apakah anda sedang lakukan ketika Apolla 11 mendarat di bulan pada July 20, 1969?
Ianya seolah-olah satu mistik buat orang Amerika untuk menghubung kaitkan diri mereka dengan kejadian-kejadian penting sebegini.
Sekarang satu persoalan besar di Malaysia tetapi tidak mistik untuk mencari siapa sebenarnya orang dalam video seks.
Di manakah anda pada tarikh 21 Februari dari pukul 10.23 hingga 10.45 malam?
Anwar kata dia sedang main Twitter, kononnya. Bukanlah dia.
Ini bermakna dia tuduh orang lain si buncit itu.
SMS kata bukan Dato Thajudeeen Wahab sebagai Dato T ataupun yang hilang jam Omega. Dia berada di Yemen membantu pelajar-pelajar yang berhadapan dengan negara tidak aman ketika itu.
Husin tidak twitter atau pun blogging masa itu tetapi tidor di rumah. Ana tunggu video tersebar luas kelak.
Selasa, Mac 22, 2011
VK Lingam the past, Anwar the present
2007
VK Lingam: "Looks and sounds like me, BUT it is not me."
2011
Anwar Ibrahim: "Look, long and strong like me BUT perut buncit ..."
Read Anwar's denial in The Star here. Still blaming others, particularly those with bulging stomach.
How come he can deny? Has he seen the video?
Selasa, Mac 15, 2011
Kisah Melayu, lalat dan ...
Husin baru balik dari jemputan dari seberang laut untuk kerja-kerja khusus yang boleh membantu dilakukan dari sini. Semua sukarela dan tiada sesiapa kasi arahan atau jadi boss atau ketua untuk kasi arahan.
Kami buat kerja diam-diam. Tak suka riuh-riuh kerana lebih mudah kerja jadi. Tak famous pun takpa, janji tercapai tujuan.
Ada beberapa orang penting dapat kami berjumpa untuk dapatkan gambaran makro yang jelas. Perkara mikro bukan ruang minat kami.
Sebagai media alternatif, biasalah persoalan yang ditimbulkan atau soalan yang diajukan tiada selindung-selindung dan sembang-sembang agak terlalu santai.
Sayang sekali, keterbukaan itu tidak dapat dibezakan oleh orang tertentu yang tidak perlu kami jumpa tapi mahu juga ikut-ikut jumpa. Akhirnya rahsia diriuhkan dan sendiri nanti yang akan rugi.
Itulah kedangkalan pemikiran sesetengah Melayu apabila diri itu kekurangan ilmu dan jiwa kosong semasa mengejar sesuatu, maka mudah tertiup rasa hasad dengki.
Sayang sekali kerana Melayu itu pandai dan kadangkala bijak kalau mahu berfikir dan tidak diselubungi kegelojohan. Bila Melayu berhelah, lagi hebat dan halus berbanding kaum lain.
Ikut semangat 1Malaysia, kisha Melayu ini sesuai untuk semua warga.
Ini meingatkan Husin kepada cerita seorang rakan mengenai tiga orang rakan - seorang Melayu, India dan Cina - yang setelah berjalan mahu duduk rihat di sebuah warung.
Malangnya warung makanan itu kurang bersih persekitaran dan banyak lalat. Tetapi pasal kaki sudah penat, maka mereka terpaksa duduk juga di warung itu.
Rakan India kata biar dia bunuh dahulu lalat ini. Badannya memang tegap dan sasa. Orangnya memang kuat dan laju lumba lari.
Setelah beberapa lama dia mengejar dan menepok bunuh lalat, akhirnya dia letih dan hanya dapat bunuh 20 ekor lalat.
Masih banyak lalat lagi dan rasa kotor untuk order makan.
Rakan Cina pun bantu. Dia sangat pakar dengan chopstick dan macam aksi Jet Li dan Jackie Chan, dia gunakan chopstick untuk tangkap.
Akhirnya dia penat dan terpaksa berhenti. Banyak juga lalat dibunuh. Ada dalam 50 ekor. Tapi masih ramai juga lalat.
Tinggal si Melayu.
Dia fikir-fikir lalu dicucuk jari ke dalam duburnya dan dia angkat tangan. Ini bukan kesalahan meliwat ye ...
Berkerumun semua lalat ke jarinya dan rakan-rakannya terus membantu membunuh semua lalat. Dia lah hebat.
Baru mereka bertiga dapat order minuman. Melayu itu harap tidak lupa cuci tangan dahulu.
Maksud cerita ini adalah kalau Melayu itu mencari jalan menyelesaikan masaalah atau mengambil peluang dari keadaan, dia boleh mengguna otak untuk berfikir dan lakukan dengan baik.
Itulah sayangnya ... alangkah baiknya jika Melayu pandai selesaikan kerja yang lain dari melibatkan lalat dan dubur.
Isnin, Mac 14, 2011
Kalau anti, kenapa Gali?
Sana sini satu Malaysia semalam ada demo menuntut Anwar menyerahkan tanpa dolak dalik sampel DNA kepada Mahkamah.
Walaupun tak berapa ramai, dari yang dilaporkan The Unspinners sini, rupanya satu negara berdemo dalam hal ini.
Maklumlah semua sudah letih dengan kes yang sudah di tunda menjadi dua tahun.
Kita pernah dengar blog Gerakan Anti PKR atau GAP, kemudian ada pula Gerakan Anti Penyelewengan Selangor atau GAPS, dan terbaru pula Gerakan Anti Liwat atau GALI di Minaq Jinggo sini.
Oi ... kalau sampai bergali-gali, sakit tu.
Sabtu, Mac 12, 2011
Beri sampel DNA
Ahad, Mac 06, 2011
Ng Yen Yen yakin Cina undi BN di Merlimau
Selasa, Mac 01, 2011
Hot air
A woman in a hot air balloon realised she was lost.
She reduced altitude and spotted a man below. She descended a bit more and shouted: "Excuse me, can you help me? I promised a friend I would meet him an hour ago but I don't know where I am."
The man below replied, "You're in a hot air balloon hovering approximately 30 feet above the ground. You're between 40 and 41 degrees north latitude and between 59 and 60 degrees west longitude."
"You must be an Engineer," said the balloonist.
"I am," replied the man, "How did you know?"
"Well," answered the balloonist, "Everything you have told me is probably technically correct, but I've no idea what to make of your information and the fact is, I'm still lost. Frankly, you've not been much help at all. If anything, you've delayed my trip by your talk."
The man below responded, "You must be in Management."
"I am," replied the balloonist, "But how did you know?"
"Well," said the man, "You don't know where you are or where you're going. You have risen to where you are, due to a large quantity of hot air. You made a promise, which you've no idea how to keep, and you expect people beneath you to solve your problems. The fact is you are in exactly the same position you were in before we met, but now, somehow, it's my bloody fault."
Langgan:
Catatan (Atom)