Isnin, Oktober 01, 2007

Ekonomi Gila Babi

Dato M Daud Kilau terkenal dengan lagu gelek, "Gila Judi". Lagu versi L, Husin "Sparkle" dikenali "Ekonomi Gila Babi". Lirik di bawah ini dan irama yang sama. Kalau tidak tahu, muat turun dari laman Durian di sini. Mari nyanyi sama-sama.

Ekonomi gila babi
Cara Dolah Badawi
Menantu aturkan diri
Haru biru jadi
Kaya keluarga sendiri
Ekonomi mati

Jalan keretapi dibatal
Proton akan dijual
Jambatan johor isu mual
Airasia tak kawal
Singapura jangan lawan

Mari kita kawan

Satu juta
Dua juta
Tiga juta
Ampat juta!
Lima juta

Satu juta
Dua juta
Tiga juta
Ampat juta!
Lima juta

Selesai

WPI serambi ekonomi

Jual tanah ujong negeri
NCER
Patrick Badawi
ECER trick basi
Temasek juga akan beli
Ide Badawi

Bonus kerajaan tak kasi
Suruh rakyat belanja lagi
Duit KWSP kasi joli

Pencen tak ada lagi
Minyak tak ada subsidi
Toll dinaiki,

Seratus juta
Dua ratus juta
Tiga ratus juta
Ampat ratus juta lah!
Lima ratus juta

Seratus juta
Dua ratus juta
Lapan ratus!
Satu billion!

Hancai!

Jangan tipu sendiri

Rakyat tak sayang lagi
Buang kerja tak ada ganti
Industri mati
Bina banyak universiti
Nganggur berdegree

Duit nak pakai lagi
Lima ratus billion lagi
Belanja tak henti-henti
Duit mana mari
Hutang lagi, bankrup nanti
Jual negeri

Telunjuk siapa

Arah mana pergi

Tidak teliti
Tidak awasi
Pantau lepas beri