Rabu, September 28, 2016
Manis sudah terasa tetapi masih tidak dapat telan
Sejarah politik Muhyiddin banyak peristiwa-peristiwa di mana sesuatu yang mahu dikecapi hampir dapat tetapi akhirnya tidak dapat.
Ketika Anwar Ibrahim mengejar jawatan Timbalan Presiden UMNO untuk jatuhkan Ghaffar Baba pada tahun 1993, dia mulakan Team Wawasan untuk kuasai jawatan-jawatan Naib Presiden. Maka menanglah Muhyiddin, Najib dan Mat Taib.
Ketika itu Muhyiddin pegang jawatan Naib Presiden UMNO nombor 1 dengan undi terbanyak. Kalau tak salah, Najib nombor 3. Sudah mula jadi sebutan bahawa dialah bakal Timbalan Presiden merangkap Timbalan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim kelak.
Jumaat, September 23, 2016
Menabung jual roti dan "humble pie"
He he he ... percayalah kita.
Etika berniaga Tun Dr Mahathir adalah dia tetap bayar walaupun kedai sendiri. Baru-baru ini ada jualan promosi "Humble pie".
Banyak diskaun boleh dapat ....
Selasa, September 20, 2016
Nombor 1 atau NO1 atau ...?
Nombor 1 Bersatu boleh dipendikkan menjadi NO1.
Sebaik sahaja PPBM diluluskan pendaftaran, tertunggu-tunggu bila pula 10% yang konon akan keluar dari UMNO untuk sertai parti baru itu.
Setakat 2 orang pemimpin has been di dua bahagian UMNO Johor tiada impak. Mereka merupakan pengikut setia Muhyiddin dan balas budi masa lepas dapat jadi wakil rakyat serta dapat pencen sampai hari ini.
Di satu majlis ceramah di Seremban baru-baru, ada majlis penyerahan borang permohonan keahlian yang diumum sebanyak seribu dua borang. Jika bukan tipu macam petisyen Deklarasi Rakyat, pernah GKCM umum seramai itu sedia keluar UMNO. Mana lagi?
Umum keluar masuk parti hanya trick politik biasa setiap kali ada pilihanraya kecil atau besar dan pelancaran gerakan politik baru.
Yang mahu dilihat adalah nama pemimpin besar seperti ahli jemaah kabinet yang sedia letak jawatan untuk sertai parti baru Mahathir.
Jumaat, September 16, 2016
Merdeka ke Malaysia: Sedarlah orang kita!
Dulunya hanya ada India Melayu Cina
Campur segala etnik Sabah Sarawak juga
Barulah wujudnya Malaya
Maju sikit tukar nama Malaysia
Sikit-sikit bangsa lain ikut serta
Mula dari Negara Indonesia
Menetap disini sama bekerja
Alasanya serumpun sama kita majukan Asia Tenggara
Lepas itu menyusul Mat bangla pula
Dulunya sikit sekarang sudah berjuta
Setiap ceruk mesti ada orang dia
Segala kerja bagi pada dia punya bangsa
Rabu, September 14, 2016
Tidak, SPRM tidak zalim ...
Pada Jumaat lepas, September 9hb, Pengarah Eksekutif (pengurusan projek) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Seri Syed Afendy Ali Syed Abid Ali telah didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur diatas sembilan pertuduhan berkaitan rasuah RM2.9 juta dan sembilan pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM1.5 juta.
Maka ketahuiah kita siapa Dato Seri yang dilaporkan sebelum ini mempunyai kereta-kereta mewah, wang tunai, 31 buah kondominium, dan lain-lain harta diluar kemampuan.
Isnin, September 12, 2016
Bermalam di kandang unta
Apabila raya Haji, mereka-mereka yang sudah naik haji begitu nostalgik. Masing-masing teringatkan pengalaman masing-masing mengerjakan haji.
Husin pun nostalgik juga teringat pengalaman mengerjakan Haji pada Oktober tahun 2011.
Antara tulisan di blog lain ada menceritakan pengalaman ketika dalam ihram. Memang luar biasa hehehe.
Petang semalam waktu Malaysia adalah wukuf di Arafah. Beberapa jam lepas itu, jemaah mula bertolak ke Mina.
Dalam perjalanan itu diwajibkan bermalam di Muzdalifah. Semasa singgah bolehlah kutip beberapa batu untuk lontar jumrah kelak.
Ahad, September 11, 2016
Perhimpunan bersih
Petang Ahad ini akan ada perhimpunan bersih di Arafah.
Jangan terkejut Menteri-Menteri, MB dan KM serta MP, baik BN mahu pun pembangkang akan sama-sama berhimpun.
Insya Allah, bekas MP PKR bertukar Bebas, Dato Zulkifli Nordin pun akan turut serta.
Sabtu, September 10, 2016
Akram perlu jelaskan status keahlian
Permohonan Parti Pribumi Bersatu Malaysia sudah diluluskan dengan segera oleh ROS. Maka tiadalah tomahan pihak kerajaan sengaja melambatkan kelulusan.
Cuma Tan Sri Muyiddin merasa agak kecewa kerana singkatan BERSATU tidak boleh digunakan. Difahamkan akan menimbulkan kekeliruan dengan parti-parti politik yang ada. Hanya PPBM dibenarkan guna.
Pasti mereka akan terus usahakan satu nama singkatan yang catchy di kemudian hari.
PPBM harus mulakan penghijrahan penyokong-penyokong mereka daari UMNO dan PERKASA ke PPBM. Sana sini mereka hebahkan tunggulah ramai akan keluar serentak sebaik pendaftaran.
Oleh kerana demikian, singkatan BERMADU adalah catchy dan bermakna manis. Tambah lagi, ia sesuai bagi mereka-mereka yang masuk parti kedua dan sering akan berlaku penceraian dengan parti pertama.
Masaalahnya ia bakal jadi bahan lawak-lawakkan.
Jumaat, September 09, 2016
Bukan salah GST
Bapa: "Dulu zaman abah kecik-kecik, atok ko bagi RM1 saja untuk membeli barang di kedai.
"Abah boleh dapat keropok, minuman tin, chewing gum, gula-gula, pen, pensil, buku dan mainan."
"Sekarang ni peniaga saja naikkan harga. Walaupun dapat rebat GST, dia caj juga pembeli."
Anak: "Murahnya dulu kan abah .... kalau takde GST, boleh dapat murah lagi ke?"
Khamis, September 08, 2016
Obama arah DOJ tarik balik saman
September 7hb, 2016
VIENTIANE: President Amerika, Barrack Obama telah mengarahkan Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) untuk menarikbalik permohonan mahkamah untuk bekukan aset 1MDB.
Kenyataan ini dibuat dalam suatu sidang akhbar bersama selepas pertemuan dengan Dato Najib Tun Abdul Razak di Sidang Kemuncak Asean dan lain Sidang Kemuncak yang ke 28 dan 29 di sini semalam.
Pada 20 Julai lepas, DOJ telah memfailkan permohonan saman ke mahkamah California di Amerika Syarikat untuk membekukan aset syarikat pengeluar filem Red Granite, Riza Aziz, Taek Jho Loh dan rakan-rakan kongsi Arab mereka.
Selasa, September 06, 2016
Lagu kena jual
Didedikasikan lagu ini untuk mereka-mereka yang selama ini begitu istiqamah menyokong reformasi Anwar Ibrahim dan lagi lama, yang percaya Mahathir itu pemimpin ulung, sempurna lagi maksum setaraf Rasul.
Ikut irama lagu gila judi oleh Dato M Daud Kilau:
Isnin, September 05, 2016
Politik mamak punya putar
Pertemuan dua pemimpin besar kaum mamak kaki putar alam.
Satu mamu kaki toron dan kaki gaduh suka toron orang. Dan satu mamu lagi kaki toron dan kena toron masuk penjara berkali- kali.
Dua-dua kaki pusing. Sekarang cakap lain, kemudian pusing dan boleh konar baring. Memang tak boleh percaya dan mesti ada sesuatu disebalik setiap yang dilakukan dan kata.
Bila dua-dua kaki toron bersepadu, siapa pula depa nak toron sambil depa toron sesuatu masuk poket?
Syed Saddiq tu mungkin ...
Ahad, September 04, 2016
Bang Din mahu berani tetap serba salah
Sebaik Dato Khir Toyo dan bekas pemberita Norashikin Rahman bernikah lagi, gambar di atas turut tersebar.
Pertama gambar ini palsu.
Kedua, Husin susah nak percaya Tan Sri Muhyiddin ada hubungan sulit berdekad lama dengan isteri orang bernama Dato Nika Gee.
Tambah lagi, kisah yang didengar mengenai Nika boleh dipendikkan cerita sebagai "wild".
Tak akanlah anak orang wara cikgu ugama dan orangnya pun membawa politik Melayu dan Islam bertingkah laku demikian.
Jumaat, September 02, 2016
Pak Mokhtar mengenang zaman yang lepas
Pak Mokhtar sudah tua.
Umur sudah 89 tahun. Anak banyak. Cucu lagi banyak. Cicit pun ada.
Sesekali mereka balik menjenguknya, riang dan gembira orang tua ni.
Sepanjang masa dia hanya duduk di kampong bersendirian dengan cucu yang menjaganya. Isteri dah lama meninggal.
Selalunya dia duduk atas pangkin tepi sawah melihat pandangan yang hijau dan indah sambil pemikirannya jauh mengembara.
Masa mudanya kerja polis hutan.
Langgan:
Catatan (Atom)