Rabu, Oktober 31, 2012

Husam tuntut royalti minyak ke atas Bertam

Husam terjuling gembira dapat tambah bajet Kelantan dari royalti minyak Bertam
KOTA BARU: Exco Kerajaan negeri Kelantan, Dato Husam Musa menyatakan bahawa negeri Kelantan berhak dan akan tuntut minyak yang baru diumumkan jumpa di kawasan eksplorasi blok PM307 yang dipanggil sebagai medan minyak Bertam.

Menurut Husam, negeri Kelantan berhak mendapat royalti minyak dari kawasan Bertam kerana kawasan tersebut berada dalam perairan negeri Kelantan.

Katanya lagi, dia mendapat arahan dari Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Aziz Nik Mat yang telah  bermimpi ketika tidor lepas sembahyang asar di pejabat selepas mendengar berita penjumpaan minyak Bertam semalam.

Dalam mimpi tersebut, Nik Aziz menyaksikan Cik Siti Wan Kembang menandatangani perjanjian dengan Petronas untuk membolehkan carigali dalam tanah jajahan negeri Cik Siti Wan Kembang ketika itu.


Sabtu, Oktober 27, 2012

Mat Sabu lupa satu lagi warna


Mat Sabu nak adakan Perhimpunan BERSIH sebagai petanda kebangkitan rakyat pada awal bulan November.

Peserta diminta datang dalam empat warna. Bukan enam warna untuk mengelak disalah anggap LGBT.

Kuning sebagai lambang perjuangan Bersih untuk pilihanraya bersih. Warna merah lambang tuntutan royalti minyak Kelantan. Hijau sebagai lanbang perjuangan alam sekitar anti Lynas dan anti RAPID Pengerang. Oren lambang anti Felda dan penyenaraian FGVH.

Nampaknya Mat Sabu lupa.

Perjuangan PAS untuk negara Islam dan hukum hudud tiadakah warna?

Wow! Warna wang dari untung jual orang bermacam-macam * Ilham dari Dato Ibrahim Ali

Khamis, Oktober 25, 2012

Sedia bertempur di perhimpunan BERDARAH



Satu perhimpunan BERDARAH akan diadakan pada 26 Oktober 2012 ini. Jangan peduli dengan amaran polis. Di harap semua umat Islam di Malaysia BERSEDIA untuk bertemput!

Anda di haruskan membawa senjata seperti parang, pisau dan juga kapak yang tajam!

PERHIMPUNAN BERDARAH ini bertempat di Masjid dekat rumah anda. Sasaran anda ialah (Lembu dan kambing).

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA, MAAF ZAHIR BATIN

Rabu, Oktober 24, 2012

Nak dekat cuti sekolah


Kawan Husin di Kota Baru hantar gambar di atas. Marah betul dia.

"Dapak air kotor pun minta bayar bil. Kalau tak bayar, dema nak potong air!"

Tanya dia mana duit RM1.3 billion yang sudah diberi kerajaan pusat untuk air telah pergi? Pasang meter pun kita ditipu.

Husin suruh dia bersabar.

"Bayar sajalah bil tu. Kalau kena potong, kan susah."

Lagi pun, dah dekat nak cuti sekolah. Ini yang buat dia lagi marah.

"Gapo mu ni Sing. Takdok kena mengena cuti sekoloh denge bayar bil?!"

Husin jelaskan.

"Mestilah... duit nak pakai segera. Buat melancong ...."

Sabtu, Oktober 20, 2012

ASNA ... Asal bukan Nik Aziz



ASNA ... Asal bukan Nik Aziz! Hidup ATM!

Jawapan rakan-rakan:

Lu tak cium bau syurga nanti, bro ...

Aku butuh ATM. Penting Pak. Tambahan ketika aku putus uang. Maka aku sokong!

Ha ha ha ... ambo orhe umno tapi tkpe ambo sokong ASNA ... he he he

Rabu, Oktober 17, 2012

Ci-bi-uk ... Bukan Cebuk


Seorang rakan baru buka sebuah restoren makanan Sunda di Kajang. Nama restoren itu Rumah Makan Cibiuk.

Nama Cibiuk (atau dituturkan ci-bi-uk) sebut itu bersempana satu sambal yang popular di Jawa bernama sambal Cibiuk. Selain itu, Ciciuk adalah nama satu desa di Jawa Barat.

Dalam sembang-sembang, Husin beritahu rakan tersebut bahawa namanya kurang enak dan akan disalaherti dengan cebok.

Orang Jowo di Johor atau orang Melaka sebut cebok untuk perlakuan membersihkan hadas kecil dengan menyimbah air dari gayung.

"Nanti nama perniagaan jadi bahan dipermainkan," kata Husin.

Seorang kawan pula memberi pandangan, "Husin, kita tidak boleh cibuk-cibuk. Itu biznes rakan kita ini. Terpulanglah pada dia."

Rakan yang isterinya berasal dari kampung sama dengan Husin di Johor, kata mula-mula dia rasa janggal. Lama-lama dia sudah rasa biasa dan tidak apa-apa.

Kawan tadi pun berpendapat namanya unik dan boleh jadi ingatan ramai. Yang penting, makanannya sedap.

Rakan itu berkata, "Yang aku mula-mula risau adalah adakah orang ramai akan oder menu yang ada nasi liwet dan sop bontot? Makna liwet adalah tanak dan sup buntut adalah sop ekor."

Kawan tadi terus berkata, "Kena tukar nama tu."

"Tadi kau tak kasi tukar nama restoren. Nama menu tak unik ka?" taya Husin.

Kawan itu ada saja jawabnya.

"Bayangkan nanti ada pelanggan mintak nasi yang belum di liwet. Takkan pelayan nak jawab maaf Pak nasi kami semua mesti di liwet baru boleh dihidangkan.

"Lepas tu, ada pelayan jeritkan oder. Sup bontot meja sini! Satu kedai tengok nanti."

Ketawa kami ...

Sebenarnya, yang menarik mengenai perniagaan ini adalah amal jariah disebalik usaha ini.

Johan ke? Oh ... Dr Fadhilah Kamsan

Rumah Makan Cibiuk ini berasal dari Bandung dan amat terkenal sekali. Ada lebih 34 cawangan di Bandung dan Jakarta.

Pemilik asal rangkaian restoren ini, Pak Iyus Ruslan merupakan seorang yang soleh yang objektifnya selain dari berniaga, adalah untuk menolong para hafiz dari pensantren di Indonesia.

Hampir kesemua pekerja dia - panggilan karyawan, (tukang masak dan pelayan) terdiri dari hafiz. Dia melatih para karyawan sehingga boleh pandai berniaga, sekurang-kurangnya membuka restoren.

Zakat perniagaan restoren Cibiuk juga disalurkan pada pesantren-pesantren di Bandung. Dan nawaitu pengusaha restoren ini adalah untuk menggunakan model ini menyokong pengajian hafiz di Malaysia. Insya Allah ....

Maka sila mampir ke:

Rumah Makan Cibiuk 
No. 1-G, Jalan Putra 6, Taman Putra Kajang, 
43000 Kajang, Selangor Malaysia. 
GPS: 2.98, 101.8 
Tel: 03-89254918 Email: cibiukmalaysia@gmail.com
Laman web: cibiuk.my Blog: cibiuk.blogspot.com


Nak datang liwet-liwet, pun tak mengapa. Masanya 11.00 pagi hingga ke 11.00 malam.

Wow! Makanan Sunda yang berjaya di KLCC kini ada di Kajang

Isnin, Oktober 15, 2012

Awas bila ekonomi merudum kelak


Husin melihat laporan-laporan berita mengenai kedudukan ekonomi luar negara yang tidak meyakinkan. Negara kita pula begitu mewah memberi bantuan wang tunai kepada rakyat yang kurang berada. Maklumlah potongan cukai dan lain-lain tak akan mereka rasakan sumbangan kerajaan.

Bak kata Mesin Taip Buruk, "...dalam keadaan politik nyawa-nyawa ikan, rakyat bukan setakat mesti diberi ikan dan perlalatan menangkap ikan tetapi Kerajaan juga seharusnya mengenal pasti di mana lokasi yang banyak ikan untuk sampan berlabuh."

Seingat Husin, setiap kali ekonomi merudum dan banyak peniaga dan peminjam tidak dapat servis hutang mereka, ramailah pemungut-pemungut hutang, chettiar-chettiar, loyar-loyar dan lain-lain sewaktu dengannya ini pergi ke rumah-rumah orang untuk mengutip hutang.

Selain hal ini yang mengingatkan Husin kepada satu jenaka lama seorang kawan mengenai hutang, Husin pun terbaca kisah artis seberang dalam blog Pilihan Anda di sini.

Kisahnya seorang lelaki yang berumur dapat isteri muda. Setelah sekian lama mereka bahagia bersama, si lelaki mula sakit-sakit. Maklumlah orang dah banyak umur.

Satu malam lepas makan, dia beritahu pada isterinya, Salmah, "Kalau abang tiada nanti, Mah cari orang lain tak?"

"Eh ... abang ni! Apa cerita yang bukan-bukan ni?" Salmah menjawab.

"Mah tak terfikir ini semua."

"Alah Mah ni ... Abang tanya saja. Hidup lawannya mati. Bila isteri abang lama meninggal, abang cari lain dan jumpa Mah pula. Takkan abang nak nafikan Mah pasangan untuk hidup bersama?" si suami terangkan.

"Entahlah bang...."

"Kalau abang tiada dan sementara menunggu ada orang mahukan Mah, abang tak mahu Mah terasa sunyi ketiadaan abang nanti. Mah simpan anu abang dan bila Mah rindukan abang, Mah sebut nama Mah tiga kali," Terangkan si suami.

Tak berapa tahun meninggal si suami dan tak lama selepas semua urusan si suami selesai datanglah satu chettiar. Dia tahu si suami dah tiada dan dia mencari balunya, Salmah. Ketika itu Salmah tiada di rumah.

Dengan baju lengan pendek dan kain dhoty putehnya serta payung, si cetiar mengintip sana mengintip sini mencari pintu atau tingkap yang terbuka. Sebaik tak jumpa, dia terus berteriak saja, "Salmah! Salmah! Salmah!"

Kenapa tidak kasi Assamualaikum? Dia bukan Islam, nak buat macam mana?

Tiada sahut lalu dia nak teriak lagi. Belum dia teriak, tiba-tiba kedengar bunyi bising dan kelihat  seketul pisang terbang menerpanya. Dah hampir dekat baru dia dapat kenal pisang itu.

Ayoyo ... sambil menjerit-jerit dalam bahasa Tamil dia mencecet lari.

Oleh yang demikian, beringat sedikit wahai chettiar dan pemungut hutang bila ke rumah orang yang kosong dan sunyi. Tidak boleh teka apa yang menerpa keluar nanti. Kalau tak anjing ...

Itulah sebab ajaran Islam menggalakkkan kamu menghalalkan hutang jika peminjam tidak mampu membayar.

Wow! Baik dijual bank-bank dari dijual harta peniaga yang bank rampas

Isnin, Oktober 08, 2012

Semua turun melainkan ...

Kerajaan keluarkan cadangan Bajet. Pakatan Rakyat yang tidak memegang tampuk kerajaan pusat pun nak keluarkan bajet.

Ketika mengumumkan Bajet, macam-macam yang diumumkan turun oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. 

"Dari dulu saya sudah janjikan. Hari ini Pakatan Rakyat menang, besuk minyak turun lima puloh sen. 

"Selain dari penurunan harga petrol, cukai eksais kereta pun akan diturunkan." 

Tambahnya lagi, Anwar berkata, "Bayaran tol akan dikaji semula supaya turun. Bayaran balik PTPTN bukan setakat diturunkan tapi dihapuskan. Yuran pendidikan tinggi dan Wifi percuma," tambah Anwar.

"Tariff bayaran elektrik pun turut diturunkan."

Selain itu, Anwar menjanjikan imbuhan guru ditambah RM500 sebulan, gaji minima dinaikkan RM1,100, suri rumah dapat elaun RM1,000 setahun, bonus tahunan warga emas RM1,000 setahun dan dinaikkan bantuan kebajikan dari RM300 ke RM550 sebulan.

"Semua tambahan perbelanjaan ini selari dengan tema kita supaya semua turun. 

"Unjuran kami mendapati lebihan bajet akan turun hingga mencecah defisit RM220.6 billion. Insya Allah, kita akan turunkan tahap pengurusan kewangan kita agar mencapai prestasi Greece dan Italy, ujar Anwar.

"Dalam masa dua tahun, tercapai hajat kita untuk bankrupkan Malaysia.

"Ya, ada apa-apa soalan?"

Wartawan bertanya, "Dato Seri, saya yakin dengan cara pengurusan yang telah ditunjukkan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, bajet ini boleh mencapai sasarannya. Tetapi ...."

"Tetapi apa?" tanya Anwar. 

"Tetapi ..."

"Tanyalah! Tanyalah! Kita sentiasa telus dan terbuka!" Anwar mendesak. 

"Dato Seri, saya percaya semua ini boleh dikasi turun tapi anu Dato Seri boleh kasi turunkah?"


"Sialan ... Awak mana punya suratkhabar! Siapa hantar awak sini!?" Anwar naik birang.

"Dato Seri, saya tanya untuk orang ramai mahu tahu kenapa itu anu susah mahu turun. Naik saja ...  Demi freedom of the press." balas wartawan.   


"Ohhh bila saya freedom of the press. Bila saya ketelusan.

"Berapa UMNO kasi bayar sama awak? Ada dapat Datok kah bila jadi banjingan UMNO? Jawab soalan saya dulu. Saya mahu tanya ...."

Membebel panjang Anwar bila dia kena soalan cupumas wartawan. Adakah begini rupa kerajaan  telus dan bebas yang dijanjikannya? 

Hehehe....begitulah temberang Bajet Anwar yang tak masuk akal.

Wow! Harga jual orang masih lebih mahal dari jual unta

Jumaat, Oktober 05, 2012

Tok Ali kahwin pasti lagi ramai


Husin dapat jemputan Dato Ali Rustam melalui SMS orang kuatnya tetapi hari itu ada macam-macam hal anak dan mak, maka tidak dapat hadiri majlis perkahwinan tersebut.

Majlis Bar-B-Que kawan pun tak sanggup terima jemputan.

Mula-mula ada rakan yang buat lawak kata ini gimik pilihanraya. Untuk memberi rakyat makan, Dato Ali Rustam sudah suruh anak sulongnya kahwin.

"Pilihanraya nak dekat. Ayah nak panggil orang satu Melaka makan tapi ayah tak ada alasan. Satu alasan yang baik iaitu kau kena kahwin wan..." Tok Ali menyuarakan permintaan pada anaknya.

"Baik ayah, Siapa pasangan saya?" jawab anak yang setia pada ibu bapa.

Sebenarnya tidak.

Anak sulong Tok Ali, Mohd Ridhwan, 26 memang sudah bertemu jodohnya dengan Nor Azieha Mohd Ali, 26 juga.

Selasa, Oktober 02, 2012

Rumah Azmin tiada cermin muka

Gambar rumah tidak bercermin muka yang dipetik dari Sahabat Gunung sini

Macam mana agaknya dia sikap rambutnya kemas-kemas jika tiada cermin muka di rumah? Begitulah nampaknya bila YB Azmin membuat kenyataan berikut: