Gambar sebelah adalah rupa Dolah apabila dia merenong jauh dan resah memikirkan sesuatu.
Sekarang ini, Husin rasa dia sedang risau memikirkan tuntutan berhenti oleh akarumbi. Semalam teruk dia dibelasah cawangan-cawangan seluruh Johor. Isnin ini apa pulak jadi dengan undi tak percaya dari SAPP. Apa sebab dia tidak mahu turun?
Husin tahu tapi belum ceritakan. Semalam ceritanya terkeluar dalam Majlis Tun Dr Mahathir di Ipoh. Mesti cerita Si Lempoyang sampai ke telinga Tun. Mulut murai mana yang gatal sampaikan?
Supaya anda tidak keliru, Husin terangkan. Ceh macam Mat Taib berucap yang asyik jangan keliru, macam orang ramai ini bodoh sangat. Sebenarnya Husin Lempoyang bukan seorang tetapi Husin adalah perawinya dan Si Lempoyang.
Berbalik kepada cerita sebabnya. Ini bukan cerita buat-buat.
Pada tahun 1988 lebih kurang, lepas perlawanan Team A dan Team B berakhir dengan Team B kalah, Ku Li suruh semua yang bertanding dan kalah berhenti dari kabinet. Ini adalah cara yang berprinsip. Maka ada yang berhenti dan mengikut sejarah mereka lawan di mahkamah dan akhirnya kalah dan jadi parti Semangat 46.
Kita tahu bahawa yang tak ikut S46 adalah Musang Hitam, Shahrir Si Tiung dan Dolah. Kira belotlah. Musang terus pencen dari politik dan diberi macam-macam tugas oleh Tun. Si Tiung jaga kedai dobi dan lama-lama lepas Dr Mahathir reda, dibawa balik jadi MP. Dolah yang belot dahulu.
Ramai tidak tahu bahawa Dolah sebenarnya adalah pendalang utama bawa UMNO ke mahkamah dimana mesyuarat pertama dirumahnya di Bangsar. Semasa itu, dia menang sebagai Naib Presiden. Maka Dolah sebagai Naib Presiden dan diatur oleh Mantan Setiausaha Agong UMNO, Radzi yang sebenarnya membawa UMNO ke mahkamah.
Bukan Ku Li yang sering puak-puak Musang Hitam ini salahkan. Ku Li tidak tahu menahu pasal lepas kalah dia holiday ke Eropah. Bila balik, dah berlaku dan orang ajak dia jadi ini itu, dia terima atas permintaan penyokong.
Hakim Harun Hashim yang sepatutnya menentukan pilihan UMNO itu haram dan bukan UMNO diharamkan. Ini kerja puak-puak Musang Hitam salahkan Dr Mahathir pulak. Orang-orang Musang memang jahat sampai sekarang.
Bila UMNO bubar dan buat balik UMNO baru, Dolah ditawarkan sebagai Naib Presiden penaja dan menerima. Maka Dolah yang perancang utama hingga UMNO diharamkan adalah orang pertama masuk balik UMNO Baru. Sepanjang masa, dia beriya-iya hendak balik jadi Menteri hingga menggunakan seorang Sultan untuk pujuk Dr Mahathir.
Kenapa dia bertindak demikian seperti orang yang tidak ada tulang belakang? BUkan kerana dia mahu selamatkan UMNO dan mahu Melayu bersatu atau lebih pentingkan perjuangan dari peribadi. Ini semua temberang dan pembohong Dolah macam sekarang juga.
Semasa Menteri-Menteri dari kumpulan yang kalah ini letak jawatan bersama Ku Li atas dasar prinsip, Dolah dan Kadiaq Mamak yang tidak meletakan jawatan Menteri. Sebab Kadiaq kita tak tahu, tetapi Dolah kita tahu. Kadiaq pun orang Musang juga.
Semasa hari Rabu lepas pemilihan, Dolah ingat semua business as usual. Dia pergi Mesyuarat Kabinet dan lepas itu, dia ada rancangan untuk makan tengahhari dengan Si Lempoyang yang menunggu di pejabat. Sesampainya ke pejabatnya di MINDEF (semasa itu dia Menteri Pertahanan), satu surat sampai.
Dolah tersentak kerana surat itu surat ia pemberhentian. Masa itu Si Lempoyang melihat Dolah berubah muka menangis. Dalam hatinya berasa hairan, dah masuk lawan dengan Team B dan kalah, mestilah kemungkinan ini berlaku. Sebagai Menteri, kerja bukan kerja tetap dan sentiasa boleh ditukar bila-bila masa.
Selepas dia uruskan apa yang perlu dilakukan, Pak Lah balik dan dia ajak Si Lempoyang ikut sama balik dalam kereta untuk teman dia yang sedih. Dalam kereta dia mengeluh dengan tangisan, "Pak Lah ini Menteri tau. Kesana kemari ada kolonel angkat beg dan cermin mata Pak Lah."
Rupanya besar benar erti jadi Menteri dari prinsip yang diperjuangkan oleh Team B masa itu. Pada Husin masa itu, Team A atau Team B, berbezanya adalah pada pendekatan, semangat perjuangan sama.
Rupanya besar padanya untuk ada seorang Kolonel angkat beg dan cermin matanya. Askar tabik padanya perasaan hebat sangat. Padahal dia bukan pegawai askar.
Si Lempoyang sound terus.
Itu yang dalam fikiran Pak Lah sekarang gut?
Ini satu lagi Dolah pernah kata pada Si Lempoyang, "Sekarang kita diam-diam dan ikut saja. Bila dah naik, time kita pulak."
Ini yang Kamaluddin dan Khairy buat gut, pasal time dia.
Jangan pulak hangpa semua nak menangis, pasal hangpa bukan Menteri. Rasanya hangpa patut menangis kerana inilah pemimpin bangsa, agama dan negara kita yang perasan diri cemerlang, gemilang dan terbilang. Padahal seperti kata seorang Ketua Cawangan Johor direct pada Dolah, dia sudah membawa huru hara kepada negara dan menggadaikan kedaulatan Melayu di Tanah Melayu.
Mari kita semua usaha sungguh-sungguh demi alif ba ta untuk memastikan Dolah menangis secepat mungkin. Kalau Tok Najib nak cepat naik PM, janjikan pada Dolah seorang kolonel yang akan sentiasa bersama untu membawa beg dan cermin mata masa dia pencen di Perth kelak.
Wow! Bangga cerita Husin Lempoyang disampaikan oleh Tun Dr Mahathir sendiri. Dia pun menangis juga dulu.
* Updated 23/6/2008 8:51
6 ulasan:
Sin tlg reset time awak ni ke ke GMT+8. Back to the future sin, awak ketinggalan 16 jam dari kami semua atau jangan2....... awak tulis dari amerika.Jgn2 awak ni CIA.... Balik ke pangkal jalan sin, kena tolong alif ba ta sin.
Kita bodoh betul-betul bodoh.
seorang perdana menteri malaysia, dicaci dihina bertubi-tubi.
Tak malukah dengan orang lain, PM negara kita dicaci begini rupa?
Sin
Anon atas ini pasti budak pekida yang sama bodoh dengan dol.
KIta maksud saya sekali. Jgn maksud saya dan org2 yang lama melihat kebodohan DOlah.
Gunalah perkataan kami yang maksudnya awak dan kawan2 awak yang serupa bodoh dengan awak serta ayahanda awak dolah bodowi.
Jangan masukkan aku, kau saja yang bodoh!
Kalau berhenti dari jadi menteri dah menangis.
Tak boleh bayangkan Pak Lah berhenti dari jawatan perdana menteri.
Tok Najib kena sediakan tisu byk2 semasa hari dia diberhentikan ... hahaha
suka ati engko la Sin
Aku sokong majoriti 2/3 pada Anon 8.59 berkenaan si Anon 2.37.
Bodohwi punya Anon 2.37.
Catat Ulasan