Selasa, Jun 24, 2008

SMS Dari Khalid

Rahman menalipon Yahya Saari, Setiausaha Sulit Pejabat Menteri Besar Selangor,"Yahya, aku dapat SMS ini dan rasanya untuk engkau. Aku tak faham isi kandungnya."

"Kau forward kat akulah."

Dalam hatinya, dia sudah merasakan ada sesuatu tidak kena sedang berlaku. Tet! tet! ... bunyi signal handphone memberitahu kemasukkan SMS baru. Dibacanya:

"Tetotolong be..be..be..berita...ta..ta..hu Yaye. Awak..wak ...aaa de..aaaa...dengan iii..ini ... aaaa di..di...aaaa..gan...tung..tung..tung du..du..du..dua bulan ke..ke..ker..kerja. Kekekekalau ...aaa... Bip..Bip...Bip.. P ..Arrr lepas, bebebole ker ker kerja balik."

Ah! Ini SMS si Khalid la, kata Yahya dalam hati. Teruknya gagap si Khalid sampai tulis SMS pun ikut gagap.

Ditalipon Rahman, "Aku dah dapat dah. Itu SMS boss."

"Apa hal?"

"Dia gantung aku pasal laporan polis hari itu. Celaka punya Khalid. Penakut nak beritahu sendiri. Dia ingat aku tak tahu apa dia buat belakang-belakang," beritahu Yahya dengan geram.

Hari itu, Khalid kata siasatan awal BPR tidak menunjukkan apa-apa masaalah dan dia akan hantar Yahya pergi kursus. Rupanya ia bermaksud gantung.

Berita terbaru mengatakan, Yahya sudah berhenti dari menjadi Setiausaha Sulit Khalid. Sahlah seperti dikatakan orang bahawa ini cara tidak ada hati perut orang korporat untuk memberhentikan orang dan menutup salah diri.

Padan hari Ahad, ada demo tuntut Khalid turun di Gombak. Malam tadi orang berkerumun dihadapan rumah rasmi Khalid dan hari ini mereka bertemu Anwar Ibrahim dirumahnya tengahhari.

Baguslah digantung bergaji sementara penyiasatan. Tuluskan? Kenapa Yahya marah?

Rupa-rupanya ada cerita lain. Ada orang kata laporan polis itu didalang oleh kaum keluarga Khalid yang tidak suka Yahya. Ada yang melihat ini adalah usaha untuk mengetepikan akar umbi reformasi untuk membawa orang-orang korporat masuk.

Maklumat hampir dengan maklumat Si Lempoyang memberitahu Khalid mendalang laporan untuk buat sandiwara.

Apahal pun letih Husin melihat sandiwara Khalid dengan taktik alih pandang.

Baru 100 hari dah macam-macam cerita. Dari nak buat kilang babi ke banyaknya rumah urut. Kasi air free tapi ranapkan syarikat negeri KDEB. Bila ditegur dia tuduh pentadbiran lepas?

Nak rayakan 100 hari buat apa? Apa hasil yang nak diraikan?

Tet! Tet! ... SMS baru masuk dalam handphone Yahya ...

"Per..per..per..le..le..le..takkan..kan..kan jawa..tan..tan..tan ke..ke..ka..kamu diteri...mememama."

Wow! Husin hanya menegur. Kalau tak mahu dengar, nanti kena jual macam Sadiq Sigaraga.

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau banyak orang gagap dalam msia, untung celcom dan maxis .... heheheh celaka kau Husin

Tanpa Nama berkata...

"Ddd..dd...dd..u..aa...pp...pp..pu..luhh...pp...pp...pp..per..senn!"

Akar Umbi berkata...

siut betul, makin gila kawan aku ni buat aku sakit perut.... Siap ko sin

Tanpa Nama berkata...

Sedutan tulisan saya di MyKMU:

Jika benar Yahya Saari, pegawai tersebut benar sedang di siasat, kenapa pula ada aktivis akar umbi Reformasi, Nora kini terlibat bersama Yahya menuntut pengunduran Khalid?

Pasti ada perkara yang lebih besar dari itu. Mengikut rasmi orang korporat, mereka akan memberhentikan seseorang walaupun cara pemberhentian itu salah, demi menutup kesalahan masing-masing.

Khalid pernah lakukan sedemikian dengan seorang Pengurus Melayu di Guthrie. Selepas diberhentikan, Khalid menggunakan pengaruhnya untuk menghalang Pengurus tersebut mendapat kerja dan mencari nafkah di Kuala Lumpur. Malah, hati Khalid begitu jahat hingga menalipon majikan yang menerima Pengurus tersebut supaya diberhentikannya. Akhirnya Pengurus sekeluarga tersebut terpaksa berhijrah ke New Zealand.

Jika Yahya buat perkara itu dan hanya sedang dicutikan untuk siasatan, kenapa pula dia memberontak? Kenapa dia mahu menuntut pemecatan Khalid pula?

Sahabat setingkatan saya yang pernah dianiayakan Khalid

Tanpa Nama berkata...

Hang memang jahat la hussin.. tunggula aku jumpa hang... aku cabut uban hang sampai botak...

Tanpa Nama berkata...

c..ccc..uuuu.uu inn.nn. cou..u.rrr..tt

Tanpa Nama berkata...

husin

ismet ulamraja masih ada tinggalkan harta di negeri gohead gostan utk tolong mereka2 yg disaman oleh pentadbiran yg penyangak.

saya lawyer, sulaiman kahlakan akan bantu anda. Kau salah apa Husin nak kena samaan?

Khalid berlakun dia gagap rupanya. Tak apa kita saman. Hantar sms pada dia ... jgn ko pun ikut gagap.

Hasbullah Pit berkata...

Dengan ini saya menuntut penulis artikel meminta maaf secara terbuka atas penghinaan terhadap orang-orang gagap.

Sekian terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

sin, masuk raja lawak musim ke-3! Afundi hussin!

Siti Hawa berkata...

selalu buat saya gelak...teruskan usaha..hehehe.

apisfires berkata...

bagus sin bagus...
hahahah

Tanpa Nama berkata...

Siapakah Rosli Ibrahim yang dilantik sebagai penasihat KDEB? Atas kelayakan apakah beliau dilantik?
Burung gagak semuanya hitam hanya nak tengok yang mana lebih kotor.
Ibrahim sebelah Bro Anwar Bin Ibrahim atau sebelah Kandang Babi Industri.

Gelombang Rakyat berkata...

Hu hu hu hu sinsin Lem lem lempo po po yangyang, nak nak nakta ta nya nyanya, err err dah dah dahlu lup lup lup pa.

Mama ma ma ma afkan kan kan ka ka kam kam kam mi.

Quantum Metal Consultant berkata...

Huuhu..hu..sin..sinnnn, kkaauuuuu bbuu..bbuu....aattt..aat aaaaaaa..kuu pppppeecccaaahhh epepepe..rutttttt..nnakkkkkk kkekeketaattaattaaawaaawaaaaa..

Tanpa Nama berkata...

si khalid gagap ni mentadbir selangor pun tergagap-gagap. Dia ni pun yalah tak guna, bila orang pertikaikan kelemahan dia mentadbir selangor, dia boleh jawab,

"Masalah itu encik boleh tanya dalam masa dua bulan lagi. Maksudnya dalam bulan Ogos nanti barulah encik boleh bangkitkan semula isu ni".

Apa punya pemimpin yang jawab macam ni? Nampak sangat tak tahu dan takde plan langsung untuk menangani masalah negeri. Kalau tunggu dua bulan baru nak tanya semula pada dia, maknanya sempat la berpulu-puluh tan lagi orang curi pasir di Selangor!!

Husin Lempoyang berkata...

Semacam jawapan Ibrahim Ali diserbu orang OKU, tujuannya adalah hanya kepada Khalid Ibrahim.

Husin mintak maaf kerana tajuk yg tidak sesuai. Dengan ini diubah dari 'SMS Orang Gagap' kepada 'SMS Dari Khalid'.

Gelombang Rakyat berkata...

Husin Lempoyang, baru teringat soalannya, ini Khalid, Saudagar dari mana? Namanya tak se famous si Dol...

Tanpa Nama berkata...

Tak jadi aku nak cabut uban botakkan kepala hang usin...
tapi aku nak hang telanjangkan khalid ni dengan mentor-mentor dia sekali... paklah dgn jin anak menantu dia sama jugak husin.. hang telanjangkan depa ni semua...

Husin Lempoyang berkata...

Anakkulim

Kalau nak cabut uban husin, silakan. Satu 10 sen ... sedap hilang gatal...

MENGKARUNG JINGGA berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
MENGKARUNG JINGGA berkata...

Tuan Husin,

Setiap kali ana baca blog ente, ana gelak besar.

Ente kata Khalid gagap ana gelak....belum sempat tarik nafas...ente kata dia juling pulak..

Adoooi sakit perut ana.

Ana bukan gelakkan Khalid,tapi ana gelakkan cara persembahan ayat tu.

BETUL KE dia gagap?