Rabu, Oktober 17, 2012

Ci-bi-uk ... Bukan Cebuk


Seorang rakan baru buka sebuah restoren makanan Sunda di Kajang. Nama restoren itu Rumah Makan Cibiuk.

Nama Cibiuk (atau dituturkan ci-bi-uk) sebut itu bersempana satu sambal yang popular di Jawa bernama sambal Cibiuk. Selain itu, Ciciuk adalah nama satu desa di Jawa Barat.

Dalam sembang-sembang, Husin beritahu rakan tersebut bahawa namanya kurang enak dan akan disalaherti dengan cebok.

Orang Jowo di Johor atau orang Melaka sebut cebok untuk perlakuan membersihkan hadas kecil dengan menyimbah air dari gayung.

"Nanti nama perniagaan jadi bahan dipermainkan," kata Husin.

Seorang kawan pula memberi pandangan, "Husin, kita tidak boleh cibuk-cibuk. Itu biznes rakan kita ini. Terpulanglah pada dia."

Rakan yang isterinya berasal dari kampung sama dengan Husin di Johor, kata mula-mula dia rasa janggal. Lama-lama dia sudah rasa biasa dan tidak apa-apa.

Kawan tadi pun berpendapat namanya unik dan boleh jadi ingatan ramai. Yang penting, makanannya sedap.

Rakan itu berkata, "Yang aku mula-mula risau adalah adakah orang ramai akan oder menu yang ada nasi liwet dan sop bontot? Makna liwet adalah tanak dan sup buntut adalah sop ekor."

Kawan tadi terus berkata, "Kena tukar nama tu."

"Tadi kau tak kasi tukar nama restoren. Nama menu tak unik ka?" taya Husin.

Kawan itu ada saja jawabnya.

"Bayangkan nanti ada pelanggan mintak nasi yang belum di liwet. Takkan pelayan nak jawab maaf Pak nasi kami semua mesti di liwet baru boleh dihidangkan.

"Lepas tu, ada pelayan jeritkan oder. Sup bontot meja sini! Satu kedai tengok nanti."

Ketawa kami ...

Sebenarnya, yang menarik mengenai perniagaan ini adalah amal jariah disebalik usaha ini.

Johan ke? Oh ... Dr Fadhilah Kamsan

Rumah Makan Cibiuk ini berasal dari Bandung dan amat terkenal sekali. Ada lebih 34 cawangan di Bandung dan Jakarta.

Pemilik asal rangkaian restoren ini, Pak Iyus Ruslan merupakan seorang yang soleh yang objektifnya selain dari berniaga, adalah untuk menolong para hafiz dari pensantren di Indonesia.

Hampir kesemua pekerja dia - panggilan karyawan, (tukang masak dan pelayan) terdiri dari hafiz. Dia melatih para karyawan sehingga boleh pandai berniaga, sekurang-kurangnya membuka restoren.

Zakat perniagaan restoren Cibiuk juga disalurkan pada pesantren-pesantren di Bandung. Dan nawaitu pengusaha restoren ini adalah untuk menggunakan model ini menyokong pengajian hafiz di Malaysia. Insya Allah ....

Maka sila mampir ke:

Rumah Makan Cibiuk 
No. 1-G, Jalan Putra 6, Taman Putra Kajang, 
43000 Kajang, Selangor Malaysia. 
GPS: 2.98, 101.8 
Tel: 03-89254918 Email: cibiukmalaysia@gmail.com
Laman web: cibiuk.my Blog: cibiuk.blogspot.com


Nak datang liwet-liwet, pun tak mengapa. Masanya 11.00 pagi hingga ke 11.00 malam.

Wow! Makanan Sunda yang berjaya di KLCC kini ada di Kajang

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Muga sukses

jebat13 berkata...

Semoga suksess pak..

Tanpa Nama berkata...

Pongging liwet ada dijual pak ? Bisa aja ..

jebat berkata...

Tuan Haji Husin,

Suatu kelainan bahkan kejnggalan.
Suku Sunda atau Periangan tidak ramai di sini,

Hati-hatilah bila buat ulasan.

Tanpa Nama berkata...

Pak husin kuih lompang supply cula unta lah kat restoran tu....

Tanpa Nama berkata...

Bagus Tuan Haji.......cerita tentang makan kan lebih baik dari mengata dan mengumpat orang. A good beginning: Bak kata orang putih.

Tanpa Nama berkata...

Salam sin,

tokeh dia bukan nuar brahim ke..kah..kah..kah