Seorang rakan menghantar gambar di atas dalam Whass App Husin menanyakan gambar apa itu.
Setelah sekian lama, baru Husin terjumpa dan tahu bahawa itu simbol Herman Tino yang berhasrat mahu tanding di pilihanraya kecil Kajang.
Kasihan buat Herman Tino kerana isterinya yang bekerja dengan kerajaan tidak menyokong usahanya.
Dalam laporan berita SINI, Cik Noraini Ibnu, yang juga Ketua Unit Penerbitan Radio RTM berkata beliau tidak bersetuju dengan hasrat Herman memandangkan suaminya itu tidak mempunyai wang untuk bertanding, sebaliknya akan dihina dan diketawakan oleh masyarakat.
Pada pilihanraya umum yang lepas, Herman bertanding sebagai calun bebas dalam pertandingan tiga penjuru bersama Dato Noh Omar di Tanjong Karang.
Ada mungkin merasakan Herman hanya melakukan 'stunt' untuk ambil perhatian ramai bagi mengingatkan dirinya masih wujud. Mana tau lepas ini lagi laku Herman sebagai penyanyi. Dia pun sudah reka sebuah lagu untuk PRK Kajang.
Lagunya berjodol "Pesona Palsu" dan ditujukan pada seorang yang "mabuk kuasa". Siapa agaknya orang itu?
Chew Mei Fun mungkin boleh perolehi undi dari penyokong setia BN dan sebahagian kecil dari pengundi cina. Zaid Ibrahim boleh menarik sedikit undi dari puak-puak liberal dan protes terhadap Anwar kerana BERSIH dan Bar Council pun menyelarnya mempermainkan proses demokrasi.
Cerita terkini memberitahu penerimaan pengundi kepada Anwar Ibrahim dalam majlis agak suam dan pasif. Agaknya mereka tahu Anwar pembohong yang cakapnya tidak boleh dipercayai langsung berbanding ahli politik lain yag ada juga bohongnya.
Anwar sudah berkempen sebulan sebelum penamaan dan SPR kata kuasa polis dan polis kata kuasa SPR.Mungkin penonton sudah muak. Dan mungkin juga ini semua kerana PAS sudah muak.
Nampaknya walaupun Herman penyanyi lama yang tidak lagi "hot", mungkin caranya yang tidak konvensyional dapat perolehi undi protes anak muda.
Wow! Herman Tino faham politik
5 ulasan:
Salam Takzim,
Buat Herman Tino,
Sudah sudah lah tu, Jangan di turutkan kehendak hati.
Jangan ikutkan sangat peragahgai setengah setengah JAWA Tg. Karang tu
Jogo toto tertib jowo, Mas
Ojo nuruti hati
Mengko sampian mati (pejah)
Sami sani wong jowo,
Kulo ngelengaken sampian.
Muga di paringi waras selamet !!
Jowo Peranakan.
..ok apa Herman org jawa.. org jawa yg sedar serta tahu halal haram.. bukan mcm aljuburi..
bersorak la ko org sebelum kalah..
kalau dia menang dia bercita-cita hendak menyertai taliban di afghanistan ke..??? ke nak pergi syria lawan assad..??? atau nak masuk hutan pahang untuk Islamkan orang asli pahang tu ...???
Org Kajang masih ada pilihan. Pilihlah melayu Islam yg baik. Lupakan kafir yg tak sedar dek untung. Jgn lupa dgn apa yang dia org buat untuk mejahanam kan org melayu.
Catat Ulasan