Khamis, Ogos 25, 2016

Kalau begitu, siapa PM sebenar semasa 22 tahun?


Selalunya setiap kali dikritik menyalahgunakan ISA, Tun Dr Mahathir akan kata dia lepaskan tahanan ISA sebaik naik jadi PM.

Maka sebaik sahaja naik jadi PM, Dato Najib juga ikut jejak langkah Mahathir yang merupakan mentor padanya untuk lepaskan tahanan ISA. Malah dia pertingkatkan contoh baik Mahathir hingga dia hapuskan ISA dan batalkan EO.

Agak kecewa bila diketahui bahawa Mahathir yang kini sudah lebih liberal dalam serba serbi bukan orang yang sebenarnya bertanggungjawab tahan ramai orang bawah ISA. Dia kata mantan Timbalannya dalam Kementerian Dalam Negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid yang arah dan dia ikut saja.

Semasa dia hidup Megat Junid memang orang yang taat. Jika dia hidup lagi, mungkin dia akan terima saja kata-kata Mahathir ini tanpa melawan atau menafi.

Ada yang marah dan anggap Mahathir tidak bertanggungjawab untuk berkata demikian. Ada kata Mahathir berbohong. Penyokong taksub sedia terima berbohong sebagai taktik politik.

Mungkin Mahathir hanya terlepas cakap. Agak pelik kuasa yang begitu besar diserahkan kepada orang lain bertaraf Timbalan Menteri sahaja.

Jika demikian, Najib hanya mengikut contoh baik arwah Megat Junid.


Husin terfikir pula.

Mahathir sering menuduh Najib sudah dicucuk hidung dan ikut telunjuk isterinya Datin Rosmah. Jika benar, berkemungkinan Najib mengikut contoh dari mentornya juga.

Dan selama 22 tahun, Mahathir pun hanya sign dan ikut arahan Tun Siti Hasmah juga. Tak sangka Tun Siti merupakan kuasa sebenar disebalik Mahathir.

Wow! Padan orang putih perkenal isteri sebagai "my better half".
  


11 ulasan:

KZSO berkata...

errr admin... apa hukum fitnah dan matlamat menghalalkan cara yaaa?

Tanpa Nama berkata...


Memang Allahyarham Dato Megat Junid yang menandatangani writ penahananan ISA. Hal ini dibuktikan dimahkamah bila mereka mencabar melalui Herbous Courpus dan nama Dato Megat Junid yang disebut ketika dicabar.

Mohon semak fakta sejarah.

Quantum Metal Consultant berkata...

Mahathir itu nyanyok dalam usia 91 tahun.

Takkan ada orang muda pun nak mengaku nyanyok semata-mata untuk kaberap dan dimaafkan !!!

Tanpa Nama berkata...

Tum M boleh la cakap..kawan tu dah mati....

Yang sebetul nya org tua nie dah nyayok.....

Tanpa Nama berkata...

Kemunafiqannya terserlah umor sudah meniti senja. Tersurat dan tersirat.

Tanpa Nama berkata...

tak payah layan tun m skrg.
his time is up. 22 tahun dah cukup lama dia nak buat mcm2.
now is najibs turn. biar najib dgn cara dia nak jaga negara.
kita rakyat pulak focus jaga diri sendiri dan keluarga.
x payah nak semak masuk campur hal2 yg kita tak pandai.
pastu duk main angguk jer.

Tanpa Nama berkata...

Herbous Courpus tu menatang gapo. Angin kus-kus penyamun tarbus ka?

Unknown berkata...

Membangkit yg lepas kalau tak betul tak bermakna. Yg penting sekarang dan masa depan. Yg benar kita sokong. Yg salah kita tegur. Kalau yg salah itu jenayah, kita ada undang undang dan gunapakailah undang tersebut dan bukannya menyalah gunakuasa.

Ingatlah kita akan hidup selepas mati.

Tanpa Nama berkata...

EH....Kluang sesat kat sini menunjukan kebodohan ....terlalu banyak jilat Kahak kot
Memang la Arwah sign..tapi atas arahan siapa....ha..ha

Tanpa Nama berkata...

EH....Kluang sesat kat sini menunjukan kebodohan ....terlalu banyak jilat Kahak kot
Memang la Arwah sign..tapi atas arahan siapa....ha..ha

Tanpa Nama berkata...

Perihal mengkambing hitamkan seseorang adalah strategi yang sangat ampuh syaratnya tega. Mana tahu di kemudian hari ada pula kenyataan - sy hanya beri cadangan, tsmy yg daftar, sy tak pi pun.