Selasa, Februari 05, 2019

Azmin jalani pembedahan sebaik khabar dilantik PM-in-waiting


Husin sudah kata Azmin Ali yang bakal naik jadi PM #8.

Hairannya, kenapa sakit masuk hospital sebaik timbul khabar angin, Azmin bakal di lantik TPM lepas cuti Kong Hee Fatt Choy.

Perlantikan Azmin itu ramalan dari analisa penulis blog ABITW. Pandangan itu menarik lalu dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian.

Namun, ia ditarik keluar ekoran panggilann dari seorang pemimpin politik kepada Ketua Editor.

Ada yang meneka Dato Husam Musa kerana namanya timbul sebagai lebih sesuai untuk mempengerusikan Pengerusi MNTg Kelantan dari Azmin Ali.

Mana kala, ada pula meneka Datin Seri Dr Wan Azizah yang meminta laporan itu ditarik balik.

Maklumlah, ia menjejaskan jawatan beliau dan masa hadapan suaminya, Dato Seri Anwar Ibrahim.

Jika tidak ada angin, masakan pokok boleh bergoyang. Tanpa angin, beruk pun boleh goyangkan pokok.

Selain Sinar, Utusan Malaysia turut memberi liputan. Manakala, Berita Harian melaporkan reaksi Wan Azizah. Adakah Jijah yang talipon Sinar?

Berbalik kepada Azmin, The Star melaporkan ia sedang pulih dari pembedahan yang tidak diketahui.

Kalau pembedahan CABG (Coronary Artery By-pass Grafting), lama kena ambil cuti baru Azmin boleh di lantik TPM dan Lim Guan Eng jawab sendiri isu pembatalan ECRL.

Mungkin pembedahan yang dihadapi ialah kejutan By-pass Acute POlitical Corollary Gasping (BAPOC G) akibat mengharap naik jadi PM#8 dan bukan PM-in-waiting.

Sedia maklum lah PM-in-waiting bakal terpaksa menunggu selama-lamanya untuk dapat jadi PM.

Tidak hairan jika yang suruh tarik balik laporan itu seorang yang hampir tercengkik ketika mendengar khabar ini ketika sedang makan.

Dia lah PM-in-waiting yang kept on waiting forever.

Wow! Jual PM-waiting lagi seronok dari makan banyak


2 ulasan:

cikminah berkata...

Wow!...makan begitu banyak tak heran boleh tutup semua salor darah. Tak sempat nak buat pintasan cronary, dah kena serang and goal!!!!.....hahaha.

Tanpa Nama berkata...

Bila kuat kencing, akhirnya sakit kencing