Hebat kamu menunjuk perasaan membela Lebanon yang diserang Israel di Kedutaan Amerika dan di luar Majlis yang dihadiri Condoleeza Rice. Di atas pentas kamu memanggil orang dengan gelaran berok, kera dan pelbagai kata. Betul bagaikan aksi badut yang lucu.
Biasalah ada yang mudah dilekakan dengan kata-kata. Mudah dijaja dengan janji, benda dan mimpi. Baik yang memimpin dan dipimpin ... sama sahaja serba tidak tahu dan jiwa yang kosong.
Bukan tak biasa ku lihat kamu lari dari perdebatan. Kamu pernah tak mahu hadir bila diajak berbicara secara terbuka. Kami sedar kamu hanya berani di halaman sendiri dan sesama rakan-rakanmu sahaja. Tahu juga si anu kamu kecut.
Hindraf menghina bangsa dan parti, membohongi sejarah, menuntut yang bukan hak, menuduh yang bukan-bukan, memalukan negara, dan pelbagai lagi. Berdiam sahaja kamu dan Pemuda UMNO dalam berolok-olok, menjadi badut untuk diketawa, sebenar diri itu tolol, dan pengecut rupanya ...
Ah .. kamu fahamkah apa yang kamu kata kepada The Star pada November 2hb, 2007:
Khairy also said that he felt strongly about wanting to start a genuine national conversation among people of different backgrounds, ethnicity and religions on Malaysians as a people.
“There must be a middle ground somewhere,” he added.
Bodoh betul. Tahukah membezakan hak dan kepentingan? Berkata sesuka dan sesedap hati. Tahu tapi tak faham. Hanya berpura-pura berlagak pandai. Jiwa kosong tidak punya jatidiri.
Inikah yang beriya-iya mahu kehadapan membelakangi yang lebih layak untuk memimpin agama, bangsa, parti dan negara?
Terkini dari Forum MyKMU:
Akademik Khairy adalah berikut:
October 1994 – May 1997
St. Hugh College, University of Oxford
BA (Hons) Philosopy, Politics and Economics
October 1997 – September 1998
University College, London
MA Legal and Political Theory
September – December 2002
Oxford Centre for Islamic Studies
Sedutan dari Wikipedia:
St Hugh's College is one of the constituent colleges of the University of Oxford, England, located on St Margaret's Road, North Oxford. It was founded in 1886 as a women's college, and accepted its first male students in 1986. As of 2006 the college had an estimated financial endowment of £27 million.
Satu lagu ku dedikasikan buat pengakhir ...
Disebalik lakaranmu, rupanya jiwa mu didik untuk menjadi "perempuan" ...
3 ulasan:
gembira dgn husin, at least ada bloggers melayu yg mula bersuara ttg hindraf ni, kj tu memang tak guna, tapi hindraf lagi tak guna, mereka harus diajar, bloggers melayu jgn berdiam diri.
Cakap aja banyak kutu ini ... Apa dia cakap, kita boleh kumpul ratusan ribu? But** lah ....
Melayu usah bertindak ikut perasaan: Khairy
KUALA LUMPUR: Generasi muda, khususnya orang Melayu yang marah dengan tindakan melampau Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) diminta bertenang dan tidak bertindak balas mengikut perasaan serta melanggar undang-undang.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata beliau amat risau dengan maklum balas yang diterima pergerakan Pemuda yang mengatakan rasa marah mereka dengan tindakan Hindraf seolah-olah mempertikaikan kerajaan yang membawa pembangunan kepada rakyat Malaysia.
Katanya, beliau khuatir kemarahan rakyat Malaysia yang lain, khususnya orang Melayu akan meningkat selagi perkara ini tidak dapat diselesaikan.
“Saya harap setiap pihak khususnya generasi muda orang Melayu yang dilihat begitu marah pada peringkat akar umbi dapat bertenang kerana kita tidak mahu satu tindak balas yang beremosi daripada Orang Melayu.
“Saya harap Pemuda UMNO mengamalkan pendekatan matang. Walaupun kita boleh menyuarakan rasa tidak puas hati atas tindakan Hindraf, tetapi kita tahu itu satu tindakan minoriti, bukan mewakili semua kaum India di Malaysia.
“Jangan kita salahkan mana-mana kaum dalam perkara ini kerana secara langsung mencetuskan perasaan tegang,” katanya kepada wakil media selepas menghadiri Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Kecanggihan Penyelidikan Dalam Sains Halal di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.
Persidangan selama dua hari itu dirasmikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis.
Khairy berkata, beliau akan mencadangkan kepada parti supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap Hindraf kerana membangkitkan tuduhan bahawa UMNO bertanggungjawab terhadap pembunuhan rakyat Malaysia berbangsa India di Kampung Medan, Petaling Jaya, beberapa tahun lalu.
“Ini satu tuduhan yang serius kerana jika kita tidak memperbetulkan tuduhan itu, ia akan membawa tanggapan negatif terhadap UMNO sendiri. Majlis Tertinggi UMNO dan Jawatankuasa Pengurusan UMNO perlu mengambil tindakan undang-undang secepat mungkin.
“Kita tidak boleh membiarkan tuduhan itu menjadi sesuatu yang tidak dijawab atau dibalas dengan usaha untuk membersihkan nama UMNO,” katanya.
Ditanya mengenai dakwaan ada cubaan menarik simpati serta campur tangan negara luar dalam urusan dalaman Malaysia mengenai perhimpunan haram Hindraf pada Ahad lalu, Khairy berkata, beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu memang wujud.
Bahkan, beliau percaya ia juga membabitkan sokongan pihak tertentu dalam negara yang bertindak di belakang tabir.
Beliau percaya semua kejadian itu bermotifkan politik kerana wujud tanggapan umum bahawa pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.
“Ada banyak usaha menarik perhatian oleh parti atau individu tertentu untuk mencetuskan keadaan huru-hara bagi menggambarkan seolah-olah kemarahan rakyat begitu tinggi.
“Kalau kita letakkan dalam konteks sebenar, apakah itu (peserta perhimpunan) seramai 10,000 orang berbanding berjuta-juta rakyat Malaysia yang menjadi pengundi, ini adalah jumlah begitu kecil,” katanya.
i was told that if you've money one can easily masuk oxford.
Catat Ulasan